Kertas Kerja Program Keceriaan Sekolah
-
Upload
hakimi-raihani -
Category
Documents
-
view
1.151 -
download
65
description
Transcript of Kertas Kerja Program Keceriaan Sekolah
KERTAS KERJA :
PROJEK KECERIAAN SEKOLAH (MURAL)
LOKASI :
SEKOLAH KEBANGSAAN MUHIBBAH
SANDAKAN, SABAH
TARIKH :
12 OKTOBER 2015 HINGGA 12 NOVEMBER 2015
ANJURAN :
GURU PELATIH PISMP PENGAJIAN ISLAM, PEMULIHAN, PEND KHAS & TESL SEMESTER 8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU & KAMPUS IPOH
DENGAN KERJASAMA SEKOLAH KEBANGSAAN MUHIBBAH SANDAKAN
1.0 PENGENALAN
Institusi Pendidikan Guru pada masa kini membantu membangunkan minda komuniti warga
sekolah melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah
sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang
bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif.
Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses pembelajaran
di sekolah di samping dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Menyedari
kepentingan keindahan dan keceriaan sekolah terhadap para murid, guru pelatih internship
IPG Kampus Tawau telah mendapatkan ilham untuk mengadakan projek keceriaan sekolah
dengan melukis mural di kawasan dinding sekolah. Mural yang bertemakan “Ilmu
Pengetahuan” yang berunsurkan keceriaan ini akan dibuat di kawasan sekolah untuk semua
warga Sekolah Kebangsaan Muhibbah Sandakan. Projek keceriaan sekolah merupakan
sebuah projek yang diadakan bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah.
2.0 RASIONAL
Projek Keceriaan Sekolah ini diadakan sebagai salah satu usaha untuk menceriakan
kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif
menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan
mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para murid.
Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran
sekolah mestilah berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya
diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati penggunanya.
Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran
yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung
melalui lukisan mural ini, para murid akan dapat meningkatkan motivasi dalam diri mereka.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan menarik serta dapat dijadikan
sumber perhatian terutamanya murid dan tetamu yang mengunjungi sekolah.
3.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah.
3.3 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
3.4 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti
dalam melaksanakan tugas.
3.5 Hasil kerja tangan guru pelatih internship sebagai buah tangan atau kenang
kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.
4.0 PENGANJUR
Guru pelatih IPG Kampus Tawau dan Kampus Ipoh yang sedang menjalani Program
Internship PISMP selama sebulan dengan kerjasama warga Sekolah Kebangsaan
Muhibbah Sandakan.
5.0 TARIKH
12 Oktober 2015 – 12 November 2015
6.0 TEMPAT
Mural yang bertemakan Ilmu Pengetahuan ini akan dibuat pada dinding kawasan
Sekolah Kebangsaan Muhibbah Sandakan.
7.0 KONSEP MURAL
Mural ini berkonsepkan “Ilmu Pengetahuan” yang terkandung di dalam sukatan
pelajaran dan salah satu cabang pendidikan di Malaysia. Lukisan mural ini bukan
sahaja membangkitkan semangat dalam diri para murid untuk mempelajari asas ilmu
pengetahuan itu sendiri, bahkan lukisan mural ini juga memberi satu suasana baru
yang ceria dan dapat menjadi sumber inspirasi kepada murid.
8.0 SENARAI JAWATANKUASA
(Sila Rujuk Lampiran 1)
9.0 PELAN TINDAKAN PROJEK
(Sila Rujuk Lampiran 2)
10.0 PERBELANJAAN
Cadangan Sumber Kewangan.
(Sila Rujuk Lampiran 3)
11.0 PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga projek menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para murid di
samping mengindahkan lagi kawasan sekolah. Semoga projek ini mendapat manfaat
kepada semua pihak. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
SK Muhibbah Sandakan SK Muhibbah Sandakan
Disahkan oleh,
......................................................
(PUAN INDAH HJ. SANTONG)
Guru Besar,
SK Muhibbah Sandakan
ULASAN :
...................................................................................................................................................
. .................................................................................................................................................
...
.................................................................................................................................................
.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
....................................................................... ..................................................... (MOHD ABDUL HAKIM BIN RUDDIN) (USTAZ MAHYUDDIN BIN HJ.
MANSOR) Setiausaha, Guru Pembimbing,
Projek Keceriaan Sekolah, Projek Keceriaan Sekolah,
LAMPIRAN 1
SENARAI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA INDUK PROJEK KECERIAAN SEKOLAH
(MURAL)
SK MUHIBBAH SANDAKAN 2015
Penasihat : Puan Indah Hj. Santong (Guru Besar)
Pengerusi : En. Chen Tet Seong @ Mohd. Firdaus (PK Kurikulum)
Naib Pengerusi : Ustaz Mahyudin bin Hj. Mansor ( GP Projek)
Penyelaras Projek : Akmal Ridhwan bin Lipoh
Timb. Penyelaras Projek : Sunardi bin Asmad
Setiausaha : Mohd Abdul Hakim bin Ruddin
Timb. Setiausaha : Mohd Afiq bin Adjad
Bendahari : Rozalia binti Rahim
Timb. Bendahari : Farah Syuhana binti Mohamad Ali
LAMPIRAN 2
PELAN TINDAKAN PROJEK KECERIAAN SEKOLAH
(MURAL)
SK MUHIBBAH, SANDAKAN 2015
LANGKAH AKTIVITI
1 - Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis mural melalui internet.
- Mengukur saiz perkataan.
- Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti pita ukur, pensel dan kapur.
2 - Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka atau cat mural dan berus.
- Mencetak perkataan yang diperlukan untuk mural.
3 - Mewarnakan perkataan-perkataan secara berperingkat mengikut tarikh yang dicadangkan secara berperingkat
4 - Mewarnakan imej-imej yang dilukis secara berperingkat mengikut tarikh yang dicadangkan secara berperingkat
5 - Membuat penambahbaikan di fasa terakhir pelaksanaan projek keceriaan sekolah (mural).
LAMPIRAN 3
ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK KECERIAAN SEKOLAH (MURAL)
SK MUHIBBAH, SANDAKAN 2015
BIL BARANG BARANG / INVENTORI
KUANTITI HARGA SEUNIT
HARGA KESELURUHAN
1 CAT KAPUR (PUTIH)
CAT PELAKA :
HITAM
PUTIH
MERAH
BIRU
HIJAU
KUNING
ROLL BRUSH
1
1
1
1
1
1
1
1
RM 40
RM 10
RM 10
RM 10
RM 10
RM 10
RM 10
RM 25
RM 40
RM 10
RM 10
RM 10
RM 10
RM 10
RM 10
RM 25
2 BERUS (BESAR DAN KECIL)
10 RM 1.50 RM 15.00
ANGGARAN KESELURUHAN RM 140.00