Kertas Kerja Program Keceriaan

8
KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2015 CIK SRI MAHESWARY A/P SOMASUNDARAM UNIT HEM (KECERIAAN) SJKT BUKIT BERUNTUNG

description

education

Transcript of Kertas Kerja Program Keceriaan

Page 1: Kertas Kerja Program Keceriaan

KERTAS KERJA PROGRAM KECERIAAN

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

2015 

CIK SRI MAHESWARY A/P SOMASUNDARAM

UNIT HEM (KECERIAAN)

SJKT BUKIT BERUNTUNG

48000 BANDAR BARU RAWANG.

Page 2: Kertas Kerja Program Keceriaan

1.0 PENDAHULUAN

Unit Keceriaan SJKT Bukit Beruntung dengan kerjasama warga sekolah akan

mengadakan aktiviti keceriaan sempena Bulan Patriotisme bermula 10 Ogos hingga 14

Ogos 2015 bagi menyemai dan menanam perasaan cinta akan negara dalam kalangan

murid sekaligus mengingatkan murid agar mengisi  kemerdekaan ini dengan perkara-

perkara positif ke arah pembangunan diri ,sekolah dan negara.Selain itu,program ini

juga diadakan bagi mengisi takwin sekolah bagi tahun 2015. Unit keceriaan akan

mengambil inisiatif untuk mengadakan pelbagai aktiviti yang melibatkan murid-murid

Tahun 1 hingga 6 dan Prasekolah.Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberi

manfaat dan pendedahan kepada murid selain menjadi pemangkin untuk memupuk

hubungan mesra dan menanam semangat patriotisme dalam jiwa masing-masing.

2.0 RASIONAL

Sambutan Bulan Kemerdekaan merupakan satu sambutan yang diadakan di seluruh

negara sempena merayakan tahun-tahun kemerdekaan yang telah dikecapi oleh

negara di samping mengingati jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara ini. Generasi

muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah

perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah menjadi

antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina pelajar mempunyai semangat

patriotisme yang tinggi.

3.0 TEMA

Sehati Sejiwa

4.0 OBJEKTIF

4.1 Menanam sikap sayang dan cinta kepada sekolah dan seterusnya kepada negara.

Page 3: Kertas Kerja Program Keceriaan

4.3 Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.

4.4 Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

4.5 Mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan dan menghargai jasa pemimpin

5.0 AKTIVITI-AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN

Lampiran 1

6.0 CADANGAN TARIKH

10 hb Ogos 2015 sehingga 14 Ogos 2015

7.0 TEMPAT

SJKT Bukit Beruntung

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar SJKT Bukit Beruntung

9.0 SUMBER KEWANGAN

Lampiran 2

10.0 PENUTUP

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah

digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan

kelulusan daripada pihak tuan.

Page 4: Kertas Kerja Program Keceriaan

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

................................... ...........................................

(Cik S.Sri Maheswary) ( PN.T. Mahadevi )

Penolong Penyelaras Unit Keceriaan, Guru Besar

SJKT Bukit Beruntung. SJKT Bukit Beruntung.

Page 5: Kertas Kerja Program Keceriaan

Lampiran 1

AKTIVITI KECERIAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN 2015

Bil Aktiiviti Tarikh Pelaksanaan Panitia/Kawasan Sasaran/Waktu

1. Pertandingan Melukis

Poster Patriotik.

10 Ogos - 14 Ogos Pendidikan Seni

Visual/

Bilik Darjah

Murid-murid Tahap

2/Matapelajaran Seni

2. Pertandingan Mewarna

Jalur Gemilang.

10 Ogos – 14 Ogos Pendidkan Seni

Visual/

Bilik Darjah

Murid-murid Tahap

1/Matapelajaran Seni

3. Pertandingan Kelas

Tercantik

10 Ogos – 14 Ogos Bilik Darjah Semua murid dan

guru SJKT Bukit

Beruntung.

4. Pertandingan Papan

Kenyataan Tercantik.

10 Ogos – 21 Ogos Semua Panitia

Koridor Sekolah

Semua murid dan

guru SJKT Bukit

Beruntung

Lampiran 2

Page 6: Kertas Kerja Program Keceriaan

KEWANGANBil Aktiiviti Kuantiti Anggaran Kos

1. Hadiah Pertandingan Mewarna

Tahap 1 ,Pra Sekolah

Pra Sekolah (RM 3 X 3)

Tahun 1 (RM 3 X 3)

Tahun 2 (RM 3 X 3)

Tahun 3 (RM 3 X 3)

RM 36.00

2. Hadiah Pertandingan Melukis

Poster.

Tahun 4 (RM 3 X 3)

Tahun 5 (RM 3 X 3)

Tahun 6 (RM 3 X 3)

RM36.00

3. Pertandingan Kelas Tercantik Tahap 1 –

Tempat Pertama (RM30)

Tempat Kedua (RM12.00)

Tempat ketiga (RM 10.00)

Tahap 2 –

Tempat Pertama (RM30)

Tempat Kedua (RM12.00)

Tempat ketiga (RM 10.00)

RM104.00

4. Pertandingan Papan Kenyataan

Tercantik.

RM30.00 X 3 RM90.00

5. JUMLAH RM 266.00