Kertas Kerja Program Kem Jati Diri

8
SMK CYBERJAYA PERSIARAN FAUNA 2, ZON FLAGSHIP 2, 63000 CYBERJAYA, SEPANG SELANGOR. KERTAS CADANGAN PROGRAM KEM JATI DIRI KELAS 1 KRK ANJURAN PENYELARAS KRK DAN GURU-GURU KELAS TINGKATAN 1 KRK SMK CYBERJAYA TARIKH 14 OKTOBER 2014

description

Kelas Rancangan Khas 1 KRK

Transcript of Kertas Kerja Program Kem Jati Diri

SMK CYBERJAYA

PERSIARAN FAUNA 2, ZON FLAGSHIP 2,

63000 CYBERJAYA, SEPANG

SELANGOR.KERTAS CADANGAN

PROGRAM KEM JATI DIRI

KELAS 1 KRKANJURAN

PENYELARAS KRK DAN

GURU-GURU KELAS TINGKATAN 1 KRKSMK CYBERJAYA

TARIKH

14 OKTOBER 2014

TEMPAT

KEM WIRAJAYA, SUNGAI CONGKAK

HULU LANGAT

KERTAS CADANGAN PROGRAM KEM JATI DIRI TINGKATAN SATU KRK

1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Kelas Rancangan Khas. Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu kelas rancangan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya. Kelas rancangan khas bagi pelajar tingkatan satu adalah terdiri daripada dua kelas iaitu 1 KRK A dan 1 KRK B yang seramai 58 orang. Program ini dirancang untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar dalam meningkatkan daya saing dan semangat waja sebelum menghadapi peperiksaan akhir tahun. Semoga usaha ini akan memberi manfaat dan hasil kejayaan yang cemerlang dalam persediaan mereka dari masa ke semasa demi mengharumkan nama sekolah.2.0 MATLAMAT

Program kem jati diri ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam menghadapi pembelajaran peringkat sekolah menengah melalui strategi belajar yang lebih efektif sama ada secara mental, fizikal dan spiritual dalam tahap motivasi yang maksimum.3.0 TEMAProgram ini menitik beratkan tema daripada misi sekolah iaitu melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara. Tema khusus untuk program ini adalah Jati Diri Pencetus Pelajar Berpotensi.4.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini adalah diharapkan:

4.1 Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan

4.2 Membina keyakinan dan kepercayaan diri sebagai pelajar kelas rancangan khas dengan persediaan yang mantap mampu membantu ke arah peningkatan sahsiah

4.3 Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk cemerlang dalam aspek akademik dan bukan akademik

4.4 Memberi semangat, kekuatan mentaliti dan emosi untuk menghadapi sesi pembelajaran dan bidang ko kurikulum.5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 Bilangan peserta

Peserta terdiri dari 58 orang pelajar tingkatan 1 Kelas Rancangan Khas. Peserta lelaki seramai 23 orang dan peserta perempuan adalah seramai 31 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

5.2 Tarikh cadangan

Tarikh cadangan adalah 14 Oktober 2014 adalah hari Selasa.

5.3 Masa program

Masa yang diperuntukkan adalah dari 7.30 pagi hingga 1.50 petang.

5.4 Tempat programKem Wirajaya, Sungai Congkak. Hulu Langat..

5.5 Atur cara program

Mengikut jadual pihak Kem Wirajaya Recreational Forest (Lampiran A)6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUKPenasihat

: Ng Sie Fong

PengetuaPengerusi

: Pn Hjh Habsah Bt Mohamad

Penolong Kanan Kurikulum

Naib Pengerusi I: Pn Che Supiah Bt Che Awang

Penolong Kanan HEM

Naib Pengerusi II: Pn Hjh Aslaniah Bt Jamali

Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha

: Zarah Bt Ahmad

Penyelaras KRK

Bendahari

: Pn Riza Jupry

Bendahari PIBG

JAWATANKUASA PELAKSANABilJawatanPelaksanaHuraian

1Penyelaras programPn. Zarah Ahmad Memantau dan merancang pelaksanaan program

Menyediakan kertas kerja

Mendapatkan sumber kewangan program

2Urus setia pendaftaran

Urus setia kawalan disiplinPn. Siti Suraini Jamaluddin Menyediakan senarai pendaftaran pelajar

Memastikan disiplin pelajar terkawal sepanjang program

Melantik AJK dalam kalangan pelajar

3Urus setia pengangkutan

Urus setia keselamatanPn Riza Jupry Memastikan bas mengikut jadual perjalanan

Menyediakan peti kecemasan

Melantik AJK dalam kalangan pelajar

6Urus setia makanan & minuman peserta serta guruUrus setia dokumentasiPn. Suhaini Ali Menyediakan makanan dan minuman peserta dan guru

Melantik AJK dalam kalangan pelajar

Melengkapkan laporan berkaitan program

7.0 ANGGARAN KEWANGAN

7.1 Menggunakan sumber peruntukan daripada PIBG bagi membiayai bayaran pengangkutan.7.2 Yuran penyertaan adalah berdasarkan bayaran peserta yang ditanggung ibu bapa pelajar.7.3 Anggaran perbelanjaan :BILPERKARA (RM)JUMLAH (RM)

1.

Bayaran pihak kem wirajayaRM 45 x 602700.00

2.Pengangkutan

1000.00 x 1 buah / hari1000.00

JUMLAH3700.00

7.4 Sumber kewanganBILSUMBANGANJUMLAH (RM)

1.Pelajar RM 40.00 X 602400.00

2.PIBG RM 13001300.00

JUMLAH3700.00

8.0 IMPLIKASI JIKA PERMOHONAN DI TOLAK

Sekiranya pelajar-pelajar yang cemerlang ini seumpama aset sekolah tidak diberi sokongan dan pencetus jati diri melalui aktiviti-aktiviti yang bermatlamat kemungkinan besar mereka akan tiada panduan dalam strategi pembelajaran dan . Ini membolehkan faktor pencapaian akademik yang berkualiti dalam PT3 serta bidang kokurikulum boleh memberi kesan kepada prestasi pihak sekolah.9.0 PENUTUP

Dengan ini adalah di mohon Yang Berusaha Dipertua PIBG untuk mempertimbang dan meluluskan usul cadangan Program Jati Diri kelas 1 KRK anjuran bersama Penyelaras KRK dan guru-guru kelas rancangan khas dapat diluluskan.Diharap program yang dirangka dapat memberi pengetahuan dan semangat baru kepada pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pelajar kelas rancangan khas. Program ini juga diharapkan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat serta kesan positif dalam merealisasikan impian sekolah iaitu mengekalkan prestasi akademik dan ko akademik yang terbaik dalam daerah Sepang. Selain itu, membentuk potensi pelajar yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.BERKHIDMAT UNTUK NEGARADisediakan oleh:

(ZARAH BT AHMAD)Disemak oleh :

(HJH HABSAH BT MOHAMAD)

Disahkan oleh :

.

( NG SIE FONG)

4