Kertas Kerja Program Kitar Semula

5
Kertas Kerja Program Kitar Semula 2012 Kertas Kerja Program Kitar Semula Peringkat Sekolah 2012 SK PANDAN PERDANA, Ampang, Selangor. 1.0 Pendahuluan Bagi melaksanakan salah satu projek intership di sekolah ini, kami guru praktikum IPG Kampus Pendidikan Teknik ingin menjalankan Program Kitar Semula yang juga banyak dijalankan di sekolah-sekolah lain. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu ia juga membantu untuk menjaga kebersihan, kecantikan dan keceriaan sekolah. 2.0 Objektif 2.1Memenuhi kehendak IPG yang menghendaki guru praktikum mengendalikan program-program di sekolah. 2.2 Melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian. 2.2Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar. 2.3Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah.

Transcript of Kertas Kerja Program Kitar Semula

Page 1: Kertas Kerja Program Kitar Semula

Kertas Kerja Program Kitar Semula 2012

Kertas Kerja

Program Kitar Semula Peringkat Sekolah 2012

SK PANDAN PERDANA, Ampang, Selangor.

1.0 Pendahuluan

Bagi melaksanakan salah satu projek intership di sekolah ini, kami guru praktikum

IPG Kampus Pendidikan Teknik ingin menjalankan Program Kitar Semula yang juga

banyak dijalankan di sekolah-sekolah lain. Tujuan program ini dilaksanakan adalah

untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang kepentingan menjaga

alam sekitar. Selain itu ia juga membantu untuk menjaga kebersihan, kecantikan dan

keceriaan sekolah.

2.0 Objektif

2.1 Memenuhi kehendak IPG yang menghendaki guru praktikum mengendalikan

program-program di sekolah.

2.2 Melatih pelajar untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam kehidupan

seharian.

2.2 Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam diri pelajar.

2.3 Mengurangkan pembuangan sampah di dalam kawasan sekolah.

3.0 Matlamat

3.1 Melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan

mempraktikkan amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran,

menjimatkan kos, tenaga dan menjimatkan sumber kita.

4.0 Sasaran

Page 2: Kertas Kerja Program Kitar Semula

Kertas Kerja Program Kitar Semula 2012

Seluruh warga SK Pandan Perdana.

5.0 Pelaksanaan

Tarikh: 9 – 13 Jun 2012

Tempat: Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana Ampang, Selangor.

Masa: Sepanjang minggu kedua bulan Jun.

Aktiviti:

Hari/

Aktiviti Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Isnin

Majlis

Perasmian

Refleksi

Minda

Kuiz

Pertandingan

Kitar semula

Penyampaian

Hadiah.

Page 3: Kertas Kerja Program Kitar Semula

Kertas Kerja Program Kitar Semula 2012

Pada 9 Jun 2012 akan datang (minggu hadapan), Guru Praktikum dari IPG

Kampus Pendidikan Teknik akan mengadakan Majlis Pelancaran Program Kitar

Semula peringkat sekolah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada

pelajar mengenai program ini. Program ini akan dijalankan sepanjang minggu kedua

bulan Jun bermula dari tarikh ini. Guru praktikum yang bertanggunkawab terhadap

program ini akan member penerangan ringkas mengenai kitar semula dan

seterusnya menerangkan langkah-langkah yang betul dalam mengendalikan bahan-

bahan yang boleh dikitar semula semasa majlis pelancaran ini.

Bagi menarik minat pelajar untuk menyertai kempen ini, akan dijalankan

pertandingan pengumpulan bahan kitar semula yang paling banyak. Pertandingan

akan diadakan bagi dua tahap secara berasingan, iaitu tahap satu dan tahap Dua.

Pemenang pertama, kedua dan ketiga akan dipilih berdasarkan berat bahan yang

dikumpulkan. Pertandingan akan dijalankan sepanjang minggu, dan pemenang akan

diumumkan pada perhimpunan rasmi minggu hadapan.

Pengumpulan akan dijalankan setiap hari di mana setiap kelas akan

mengumpul. Pengurusan pengumpulan bahan-bahan ini akan dibantu oleh para

pengawas sekolah dan guru-guru yang terlibat. Tarikh dan waktu pengumpulan akan

diberitahu dari semasa ke semasa melalui perhimpunan pagi yang dijalankan pada

setiap hari.

6.0 Kos

Perbelanjaan

RM 50 akan diperuntukkan untuk hadiah pelajar-pelajar yang mendapat tempat

dalam pertandingan pengumpulan bahan kitar semula yang paling banyak.

Page 4: Kertas Kerja Program Kitar Semula

Kertas Kerja Program Kitar Semula 2012

7.0 Penutup

Kejayaan pelaksanaan Program Kitar Semula ini bergantung kepada

kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga SK Pandan Perdana

terutama guru dan pelajar. Melalui program ini, diharapkan perasaan cintakan alam

sekitar dapat disemai di dalam diri setiap warga sekolah , menjadikan persekitaran

sekolah lebih bersih dan kondusif dan seterusnya mengurangkan masalah

pencemaran yang semakin membimbangkan kini.

Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi

daripada semua pihak untuk memastikan kejayaan program ini.

Disediakan oleh:

......................................

(Heriansyah Bin Hamsyah)

Disahkan oleh:

......................................

(Pn Hjh Salmah B Kamaruddin)

Guru Besar SK Pandan Perdana