Kertas Kerja Program Remaja Cantik d'Hati 2012

13
Disediakan Oleh: Zawawi Bin Zakaria

description

Sebagai panduan menganjurkan program

Transcript of Kertas Kerja Program Remaja Cantik d'Hati 2012

Disediakan Oleh: Zawawi Bin Zakaria

KANDUNGAN

1. MUQADDIMAH

2. OVER VIEW & OBJEKTIF MODUL PROGRAM BINA INSAN

3. MODUL PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH

4. PELAKSANAAN KURSUS

“ Bisikan suara , saranan serta lintasan hati akan membentuk akal bawah sedar lalu membentuk tindakan di dalam kehidupan ..”

Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji dan puja hanya buat Allah Tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda, serta seluruh para Sahabat R.A.

MUQADDIMAH

Apabila kita cenderung memilih untuk menekankan aspek motivasi dan bina insan terhadap masalah masyarakat, bererti kita telah memilih penyelesaian secara paradigma mencegah. Ia adalah penyelesaian pintar terhadap sesuatu masalah berbanding paradigma merawat yang meliputi penyelesaian berbentuk menyediakan kan set hukuman,denda atau pun balasan setimpal.

Sesungguhnya terlalu tinggi harga yang perlu di bayar untuk membiarkan sesuatu masalah itu meledak di tengah –tengah masyarakat kemudian baru kita berusaha menyelesaikan nya. Justeru itu , jalan yang terbaik dan berkesan adalah membina sahsiah ahli sesebuah masyarakat dengan ramuan yang terbaik!

PENGENALAN

Membina kecemerlangan bermaksud membina kualiti. Di dalam kehidupan bermasyarakat ia menjadi teras kepada seluruh gerak kerjanya. Ia penentu sesebuah masyarakat itu menjadi masyarakat yang berjaya atau sebaliknya. Kita dapati bahawa faktor yang paling teras adalah faktor manusia yang merupakan nukleus ( pusat kuasa) keberkesanan di dalam masyarakat.

Faktor dalaman manusia bergantung kepada empat elemen: Daya intelek (Ilmu), Kemahiran (skill), Maklumat dan Sikap .

Menurut kajian yang di keluarkan oleh Havard Business School faktor dominan kepada kejayaan individu adalah terletak pada elemen sikap. Sikap menyumbang 93% berbanding 7% disumbang oleh Ilmu, Kemahiran serta Maklumat. Berpandukan kepada kajian oleh Dr. Thomas Barry (Pakar Kualiti IBM), kejayaan individu di pengaruhi oleh 90% sikap dan hanya 10% ilmu pengetahuan.

Ini diperkukuhkan lagi dengan kajian terkini yang mendapati faktor E.Q (Emotional Quotient) dan S.Q (Spiritual Quotient) menjadi faktor dominan di dalam mencapai kecemerlangan berbanding hanya pada I.Q (Tahap kecerdasan akal).

Jadi sekiranya timbul pelbagai gejala negatif di tengah masyarakat ia sebenar menyerlahkan betapa kekosongan berlaku di dasar diri anggota masyarakat tersebut. Teori iceberg adalah istilah popular yang menjelaskan fenomena ini.

JUSTIFIKASI

Gejala negatif yang tercetus di tengah masyarakat hari ini memberi cabaran agar kita mempersiapkan program-program bagi menyediakan ahli masyarakat yang mempunyai sahsiah mantap. Dengan cara ini individu akan mempunyai ketahanan diri untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran yang bakal mendatang.

OVER VIEW PROGRAM

Merubah masyarakat ke arah kebaikan bukanlah suatu tugas yang mudah. Program Bina Insan adalah antara program yang dirangka secara khusus untuk membantu menggerakkan pelbagai lapisan masyarakat ke arah perubahan positif.

ISU DAN FOKUS

Kajian mendapati di dalam sesebuah masyarakat ia terdiri daripada tiga kelompok teras. Berdasarkan kepada apa yang di perjelas kan oleh Allah swt. di dalam al-Quran mengenai kaedah berhadapan dengan ketiga kelompok ini secara umum:

Kelompok satu ( 5-25 %) ~ Dengan hikmahKelompok dua ( 60 –85 %) ~Dengan pengajaran yang baikKelompok tiga ( 5 – 20 %) ~ Berhujah dengan cara yang baik

Setiap kelompok ini perlu kepada pendekatan berbeza dan pelbagai untuk mencapai kesan positif yang maksimum.

Kesimpulannya adalah, bagaimana kita berupaya menggerakkan manusia berpotensi di dalam kelompok satu mempengaruhi iklim perubahan kepada kelompok dua ( golongan majoriti ) sehingga kelompok bermasalah akan benar – benar terpinggir pengaruh negatifnya di tengah masyarakat.

TAHAP PROGRAM BINA INSANIa mengandungi tiga tahap berpandukan kepada model tiga proses

didikan yang telah dilagang dan dilalui oleh Rasulullah S.A.W.

MODEL NAMA KURSUS PENGISIAN

1. MAKKAH “Peningkatan Sahsiah” 1.Mengutamakan prinsip di dalam kehidupan

2.Mencari asas kekuatan Diri

3.Melatih empat asas kekuatan

4.Komunikasi dan interaksi berkesan

SASARAN: SEMUA PERINGKAT MASYRAKAT

2. HIJRAH “Berubah Demi Kecemerlangan” 1.Memupuk kekuatan diri

2.Memahami halangan3.Pendekatan dan perhatian individu

4.Khidmat masyarakat

SASARAN 1: LANJUTAN UNTUK KURSUS SASARAN 2: INDIVIDU BERMASALAH

3. MADINAH “Kepimpinan Untuk Kecemerlangan”

1.Sifat kepimpinan2..Team building3.Komunikasi 4.Khidmat masyarakat

SASARAN 1: LANJUTAN UNTUK KURSUS UMUM SASARAN 2: KEPIMPINAN REMAJA

KESINAMBUNGAN KURSUS

PENINGKATAN SAHSIAH

KEPIMPINAN UNTUK KECEMERLANGAN(TAHAP 1 - 2 - 3)

BERUBAH DEMI KECEMERLANGAN(TAHAP 1 - 2 - 3)

MODUL 1 PENINGKATAN SAHSIAH

PENGENALAN

Kecemerlangan dikaitkan dengan piawai tertinggi bagi nilai hidup insan.Ironi nya,langkah pertama kecemerlangan itu bermula daripada satu titik kesedaran !

Justeru itu adalah sangat penting untuk membangkitkan ‘kuasa kesedaran’ yang tidur di dalam diri setiap individu demi mencapai kecemerlangan yang di inginkan.

Ia adalah proses yang terhasil oleh perubahan yang bersifat ‘dari dalam ke luar’ (inside out). Ia juga merangkumi apa yang diistilahkan sebagai self empowerment, self discipline, self mastering, self effeciency di mana ialah yang sebenarnya penentu kepada sistem nilai, keyakinan diri, pembentukan paradigma, persepsi, visi, dan seterusnya kepada perubahan sikap, karektor dan personaliti seseorang.

FOKUS DAN ISU

Membentang rahsia kekuatan diri Merancang misi & visi hidup Menghilangkan jurang komunikasi, memberi penekanan terhadap

tanggung jawab dan peranan : Diri - Keluarga - Masyarakat

OBJEKTIF

Menghayati kebesaran dan keagungan Ilahi Menyedari ibadah dan akhlak sebagai prinsip asas di dalam kehidupan Mempunyai keyakinan berganda terhadap keupayaan dan kemampuan

diri Punyai visi & misi yang jelas di dalam hidup serta berupaya menyusunnya Menghargai orang lain serta berupaya berinteraksi dengan baik Bersedia memikul tanggung jawab serta boleh berperanan secara

berkesan

PENDEKATAN PROGRAM

Bagi memastikan keberkesanan pada objektif, pendekatan berikut akan

dilaksanakan sepanjang program:

Kuliah interaktif

Bengkel

Penghayatan Ibadah

Penghayatan sejarah

Berhibur melalui lagu dan nasyid motivasi serta nazam dan zikir

PELAKSANAAN PROGRAM

Pihak Juru Perunding akan mengendalikan keseluruhan program termasuk menyediakan laporan prestasi serta pencapaian setelah sesuatu program selesai termasuk kesinambungan untuk program berikutnya.

TENTATIF

Lampiran 1

PENUTUP

Diharap dengan adanya modul ini, maka dapatlah membantu menyediakan program yang berkesan untuk meningkatkan potensi sumber yang paling kritikal yakni sumber manusia di dalam sesebuah masyarakat. Semoga lahir masyarakat yang “Cemerlang ,Gemilang dan Terbilang”.

Lampiran 1

CONTOH TENTATIF PROGRAM UNTUK 2 HARI

Objektif Hari Pertama:

Menghayati objektif keseluruhan kursus. Menjalin kemesraan di kalangan peserta. Mengenal diri, watak dan kekuatan diri. Solat sebagai teras program.

MASA PROGRAM HURAIAN PROGRAM MORAL8:30 am Pendaftaran9:00 Perasmian Kursus10:00 Minum10:30 Kuliah 1 Tajuk: Pemikiran Positif. Anak kunci

motivasi dan perubahan sikap bergantung pada persepsi dan imaginasi positif.

12:00 pm Makan tengah hari1:00 Aktiviti di Musolla Penghayatan ibadah,

perkemas solat, tazkirah serta bernazam dan berzikir.

Menghening rasa, menekankan aspek solat sebagai perkara paling penting di dalam hidup, sirah Rasulullah S.A.W sebagai ‘role’ model, mengisi jiwa dengan nazam dan zikir.

2:30 Bengkel Tajuk: Potensi vs Masalah. Bagaimana memanfaatkan potensi diri serta setiap peluang untuk mengatasi gejala dan masalah yang ada di tengah masyarakat.

4:00 Aktiviti di Musolla Penghayatan ibadah, perkemas solat, tazkirah serta bernazam dan berzikir, bertafakur & berdoa secara bernazam.

Menghening rasa, menekankan aspek solat sebagai perkara paling penting di dalam hidup,Sirah Para sahabat R.A sebagai Role model mengisi jiwa dengan bernazam dan berzikir.

5:30 Program ditangguh

Objektif Hari Kedua:

Memahami tanggungjawab. Mengenal kekuatan dalaman diri. Mencetus rasa persaudaraan. Mencetus kesedaran diri.

MASA PROGRAM HURAIAN PROGRAM MORAL8:30 am Kuliah 2 Tajuk : Rahsia Alam Diri. Kecemerlangan

terletak pada individu berjaya kenal diri serta meningkat potensi.

10:00 Minum10:30 Kuliah 3 Tajuk : Keluarga

Cemerlang.Memberi panduan untuk membina kecemerlangan, institusi keluarga sebagai wadah.

12:00 pm Makan tengah hari

1:00 Aktiviti di Musolla Penghayatan ibadah, perkemas solat, tazkirah serta bernazam dan berzikir.

Menghening rasa, menekankan aspek solat sebagai perkara paling penting di dalam hidup, sirah Rasulullah S.A.W sebagai ‘role’ model, mengisi jiwa dengan bernazam dan berzikir.

2:30 Forum Tajuk : Baldatun Thoyyibatun wa Rabbun Ghafuur.

Menjalin dan menyimpul seluruh segmen dan tajuk sebagai kesimpulan program.

4:00 Aktiviti di Musolla Penghayatan ibadah, perkemas solat, tazkirah serta bernazam dan berzikir. Bertafakur, bermuhasabah & berdoa secara bernazam.

Menghening rasa, menekankan aspek solat sebagai perkara paling penting di dalam hidup, sirah Rasulullah S.A.W sebagai ‘role’ model, mengisi jiwa dengan bernazam dan berzikir.

6:00 Program tamat

TENTATIF PROGRAM

MASA HARI 1 HARI 2 HARI 3

6:00 Solat Solat

7:00 RiadhahSimfoni Alam‘ Nilai Diri’

8:00 Sarapan pagi Sarapan pagi

9:00 Kuliah 1Rahsia Alam Diri

Kuliah 3Ruang & Peluang

!0:00 Kudapan Kudapan

10:30Kuliah 2Misi,Visi & Nilai

Pelan Tindak

12:30 pm Makan tengah hari Makan tengah hari1:30 Solat Solat

2:00 Bengkel‘Isu & Solusi’

Majlis Penutup

4:00 Pendaftaran Minum petang Tamat5:00 Solat Solat 6:00 Taklimat Kursus Permainan Minda7:00 Makan Malam Makan Malam8:00 Solat Solat 9:30 Ice Breaking Persembahan

Berkumpulan

10:30 Minum Minum11:00 Rehat