Kertas Kerja Projek Bilik Muzik

6
KERTAS KERJA PROJEK KECERIAAN BILIK MUZIK SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUALA TERENGGANU TARIKH: 18 - 21 OKTOBER 2015 TEMPAT: SKPK KUALA TERENGGANU ANJURAN: GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

description

kertas keceriaan bilik muzik

Transcript of Kertas Kerja Projek Bilik Muzik

Page 1: Kertas Kerja Projek Bilik Muzik

KERTAS KERJA PROJEK

KECERIAAN BILIK MUZIK

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS

KUALA TERENGGANU

TARIKH: 18 - 21 OKTOBER 2015

TEMPAT: SKPK KUALA TERENGGANU

ANJURAN:

GURU PELATIH IPG KAMPUS ILMU KHAS

Page 2: Kertas Kerja Projek Bilik Muzik

KERTAS KERJA UNTUK PROJEK KECERIAAN BILIK MUZIK

SEKOLAH KEBANGSAAN PENDIDIKAN KHAS KUALA TERENGGANU

1.0 PENDAHULUAN

Bilik Muzik merupakan salah satu kemudahan bilik khas yang perlu disediakan di

setiap sekolah. Justeru, keceriaan dan kebersihan adalah penting untuk

memberikan keselesaan kepada guru-guru serta murid-murid semasa

menggunakan bilik khas tersebut.

2.0 RASIONAL

2.1 Memastikan Bilik Muzik SKPK Kuala Terengganu sentiasa berada dalam

keadaan bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat yang berkaitan

dengan mata pelajaran Dunia Muzik.

2.2 Memberikan keselesaan kepada guru-guru dan murid untuk tujuan

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Dunia Muzk

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Membentuk suasana Bilik Muzik yang lebih selesa dan ceria untuk kegunaan

warga SKPK Kuala Terengganu

3.2 Menarik minat guru dan murid untuk menggunakan Bilik Muzik bagi sesi

pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk mata pelajaran Dunia

Muzik

4.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 18 - 21 Oktober 2015

Tempat : Bilik Muzik Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuala Terengganu

Page 3: Kertas Kerja Projek Bilik Muzik

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Encik Mohd Rashid Bin Long

Guru Penasihat 1 : Puan Hafizam Binti Mohamed

Guru Penasihat 2 : Puan Nor Hafiza Binti Hamzah

Pengarah Program : Cik Nur Najmi Syamila Binti Mohd Sakari

Setiausaha : Cik Siti Nur Farhanah Binti Omar Baki

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan

Bil Perkara Jumlah

1 Manila Kad RM5.00

2 Kertas A4 RM8.00

3 Binding Tape RM2.50

4 Kertas Mahjung RM2.00

5 Kertas Warna RM10.00

6 Marker Pen RM6.00

7 Plastik Laminate RM12.00

8 Riben RM 5.00

9 Polisterin RM 10.00

10 Kertas Pembalut Hadiah RM 12.00

Jumlah Perbelanjaan RM 72.50

Sumber Kewangan

Bil Perkara Jumlah

1 Guru Pelatih RM100.00

Jumlah RM100.00

7.0 CADANGAN AKTIVITI

Membuat Label Alat-Alat Muzik Memasang Langsir

Menghias Papan Kenyataan Mengemas Dan Menyusun Atur

Peralatan

8.0 PENUTUP

Page 4: Kertas Kerja Projek Bilik Muzik

Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan

seperti yang telah dirancang. Diharapkan projek ini dapat memberikan manfaat kepada

semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

………………………

(SITI NUR FARHANAH BINTI OMAR BAKI)

Setiausaha

Program Keceriaan Bilik Muzik

SKPK Kuala Terengganu

Disemak oleh,

…………………………….… ……….………………………

(HAFIZAM BINTI MOHAMED) ( NOR HAFIZA BINTI HAMZAH )

Guru Penasihat 1 Guru Penasihat 2

Program Keceriaan Bilik Muzik Program Keceriaan Bilik Muzik

SKPK Kuala Terengganu SKPK Kuala Terengganu

Diluluskan oleh,

………………………

(MOHD RASHID BIN LONG)

Guru Besar

SKPK Kuala Terengganu.