Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

download Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

of 6

Transcript of Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

  • 8/10/2019 Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

    1/6

    (Tukar lencana sekolah Pasir Putih)KERTAS KERJA

    INOVASI PENGAKAP LAUTKUMPULAN 154JB

    PROJEK TANAMAN CILI FERTIGASI

    2014

    Dianjurkan Oleh :

    PENGAKAP LAUT KUMPULAN 154JB

    SMK PASIR PUTIH

    Dengan Kerjasama :

    PERSATUAN IBU BAPA & GURU

  • 8/10/2019 Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

    2/6

    PROJEK TANAMAN CILI FERTIGASI 2014

    1.0 RASIONAL DAN LATAR BELAKANG

    Projek Tanaman Cili Fertigasi 2014 merupakan inovasi dan usaha bersama antara Pengakap Laut

    Kumpulan 154JB & Persatuan Ibu Bapa & Guru yang berhasrat untuk meningkatkan nilai ilmu

    khususnya dalam bidang pertanian. Selain itu, projek perintis dengan kapasiti 100 pokok cili ini

    adalah satu cara yang dilakukan untuk meningkatkan jumlah tabungan pengakap melaksanakan

    pelbagai aktiviti tahunan.

    Permulaan projek ini akan dikendalikan bersama kelolaan syarikat konsultan Excellent

    Agrotech Farm yang terletak di Taman Daya, Johor Bahru, Johor. Syarikat yang dikendalikan

    oleh seorang guru SMK Taman Johor Jaya 2 iaitu Encik Mohd Izranuddin Bin Jelani ini telah

    beroperasi 9 bulan yang lalu dan berjaya mengeluarkan hasil yang sangat memberangsangkan.

    Guru berkenaan akan menunjuk ajar semua aspek termasuk semaian, penanaman,penyelenggaraan, tuaian mengeluarkan hasil sehingga kepada pemasaran pada masa akan datang.

    Pihak sekolah akan membentuk satu jawatankuasa yang terdiri daripada para pemimpin

    dan ahli pengakap bagi menyelia setiap hari pelbagai perkara yang melibatkan penanaman cili ini

    mengikut jadual yang telah ditetapkan sehingga berjaya.

    Pembiayaan projek berharga RM3000 ini akan mengguna pakai sistem saham dibiayai

    oleh sumbangan ahli-ahli pengakap yang berminat membeli satu saham dengan harga RM30.

    Sasaran untuk mendapatkan nilai berkenaan memerlukan 100 orang ahli. Namun demikian, ahli

    yang berminat membeli lebih daripada satu saham adalah amat dialu-alukan. Dengan nilai RM30bagi satu anak pokok yang dibayar itu, ahli akan mendapat perkara-perkara seperti polibeg, sabut

    kelapa, anak pokok, racun dan baja. Pembelian saham dengan harga belian tidak akan

    dikembalikan dan jumlah keuntungan yang diperolehi hasil jualan tuaian akan diagih-agihkan

    mengikut jumlah saham yang dibeli setelah ditolak kos penyelenggaraan dan operasi.

    Jika mendapat kelulusan semua pihak, projek ini dijangka dimulakan pada minggu

    pertama bulan Mei 2014 dan hasil pertama dijangka dapat dikeluarkan selewat-lewatnya minggu

    pertama bulan Julai. Ianya akan berterusan sehingga 4 bulan sebelum pokok ditebang dan

    melalui peringkat penanaman semula sekiranya dipersetujui oleh ahli, PIBG dan sekolah.Kejayaan projek ini diharap dapat membantu pihak sekolah khususnya dalam menambah

    pengetahuan para guru dan pelajar dalam berbakti kepada tanah seterusnya mendapatkan hasil

    yang berupaya mengukuhkan kedudukan kewangan pengakap sekaligus membantu pelbagai

    perkara berkaitan.

  • 8/10/2019 Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

    3/6

    2.0 MATLAMAT

    Matlamat projek ini untuk meluaskan penggunaan ilmu yang tidak hanya tertumpu dalam bilik

    darjah semata-mata tetapi secara praktikal melibatkan semua pihak khususnya pentadbir, para

    guru, murid dan masyarakat komuniti. Kerjasama semua pihak ini secara tidak langsung

    mengukuhkan hubungan semua pihak kerana satu tujuan iaitu mendapatkan hasil terbaik daripada

    apa yang diusahakan secara bersama berbakti kepada tanah.

    3.0 OBJEKTIF

    Pada akhir program, sekolah dapat:

    3.1 Mengukuhkan kewangan dan tabungan pengakap bagi membiayai pelbagai perkara

    berkaitan akademik, infrastruktur dan kecemerlangan sahsiah.

    3.2 Mengintegrasikan ilmu teori bersama praktikal yang akhirnya membuka mata semua

    pihak bahawa banyak perkara yang boleh dilakukan jika kita bijak mencari peluang.

    3.3 Menyemai semangat untuk sentiasa berusaha mencapai matlamat pendidikan dalam

    semua aspek seperti terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan merangkumi

    jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial

    3.4 Merapatkan hubungan kekeluargaan antara pentadbir sekolah, ibu bapa dan anak-anak

    pelajar itu sendiri.

    4.0 TARIKH PELAKSANAAN

    Bermula Mei - Oktober 2014

    5.0 MASA

    Selama 6 bulan

    6.0 TEMPAT

    Kawasan lapang berhampiran Blok ***

    7.0 PENGANJUR PROGRAM

    Pengakap Kumpulan 154JB SMK Pasir Putih

  • 8/10/2019 Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

    4/6

    8.0 ANGGARAN KOS

    ANGGARAN PERBELANJAAN

    Kos keseluruhan menggunakan khidmat syarikat konsultan Excellent Agrotech

    Farn

    Baja 3 set (A + B) = 3 set x RM400

    RM1200.00

    Anak pokok 100 batang = 100 batang x RM2.50

    RM 250.00

    100 Polibeg + sabut = 100 set kali x RM3.50

    RM 350.00

    40 Pancang = 40 pancang x RM5

    RM 200.00

    Baja Brogard + Tong racun

    RM 300.00

    Alas pelapik tanah

    RM 200.00

    Sistem Perpaipan (Lump Sum)

    RM 500.00

    Khidmat rundingan - percuma

    RM3000.00

    JUMLAH RM3000.00

    9.0 SUMBER KEWANGAN

    ANGGARAN PENDAPATAN

    100 orang ahli dengan 1 pokok x RM30 RM3000.00

    JUMLAH RM3000.00

  • 8/10/2019 Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

    5/6

    10.0 SASARAN

    Semua ahli dan pemimpin Pengakap Laut Kumpulan 154JB SMK Pasir Putih yang berminat serta

    ahli jawatankuasa yang dibentuk dengan dibantu jawatankuasa yang terdiri daripada ahli

    pengakap dari tingkatan 1 hingga 5.

    11.0 CARA PELAKSANAAN

    TARIKH AKTIVITI TINDAKAN

    23/04/2014 Penyerahan Kertas Kerja Setiausaha

    25/04/2014 Mesyuarat Pengagihan Tugas Setiausaha & Semua AJK

    29/04/2014 Set up semua peralatan oleh syarikat

    konsultan

    Semua ahli yang terlibat

    30/04/2014 Penanaman anak pokok Semua ahli yang terlibat

    01/07/2014 Pemetikan hasil pertama & seterusnya selama

    4 bulan

    Semua ahli yang terlibat

    31/10/2014 Mesyuarat Post-Mortem Semua ahli yang terlibat

    12.0 JAWATANKUASA PROGRAM

    Pengerusi Bersama : Balwinder Kaur a/p Jagir Singh

    Pengetua, SMK Senai

    Timbalan Pengerusi : Puan Hajah Maswati BT. Meseran

    Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Senai

    Puan Hidayah Bt. Awi

    Penolong Kanan Petang, SMK Senai

    Setiausaha : Encik Mohd Azri B. Alias

    Bendahari : Puan Afdzanzurainee Bt. Abdul Aziz

    Penyelaras : Encik Ghazali B. Mastor

    AJK Guru :1) Encik Muhamad Hamri B. Wasiman

    2) Puan Nur Nadiah Bt. Ahnal

    3) Encik Aliff Maarof B. Sanan

    4) Puan Nur Farhain Bt. Hamdan

    5) Puan Nor Asfadila Bt. Juhari

    6) Puan Nor Azhani Bt. Manan

    7) Encik Mohd Nuhairi B. Ramlle

    10) Encik Ismajuri B. Ramli

  • 8/10/2019 Kertas Kerja Projek Fertigasi Cili

    6/6