Kertas Kerja Projek INTERSHIP

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8 SEKOLAH PALONG 8 (F), 73 470 GEMAS, NEGERI SEMBILAN OLEH: SHUKOR BIN AHMAD GURU PELATIH INTERNSHIP IPGKPM 10 PENDAHULUAN

description

8678657457

Transcript of Kertas Kerja Projek INTERSHIP

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

KERTAS KERJA PROJEK INTERNSHIP SEMESTER 8SEKOLAH PALONG 8 (F),73 470 GEMAS,

NEGERI SEMBILANOLEH:SHUKOR BIN AHMADGURU PELATIH INTERNSHIP IPGKPM

1.0 PENDAHULUAN

Internship merupakan salah satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada sebagai seorang guru. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah/ tempat bertugas. Sehubungan dengan itu, saya sebagai guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka telah ditugaskan untuk melaksanakan satu projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan subjek major iaitu Matematik bagi menjayakan internship yang bermula dari 30 Mac 2015 hingga 24 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Palong 8 (F), N. Sembilan.Kemahiran mendarab nombor merupakan salah satu kemahiran yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Penguasaan kemahiran ini seharusnya bermula sejak murid berada di tahap satu lagi. Namun begitu, terdapat juga murid tahap dua yang masih belum menguasai kemahiran ini dengan sepenuhnya. Terdapat empat operasi asas dalam mata pelajaran Matematik yang perlu dikuasai oleh murid iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Melalui projek internship ini, saya akan mengetengahkan teknik tangga dalam pengajaran dan pembelajaran inovasi di dalam bilik darjah. Teknik tangga yang dipilih ini adalah antara salah satu cara untuk membantu murid menyelesaikan soalan darab berbanding murid menggunakan bentuk lazim atau pun kaedah latice yang biasa di gunakan. Tujuan teknik ini diketengahkan adalah untuk membantu dan memperkayakan teknik belajar murid dalam kemahiran mendarab nombor di samping dapat membantu murid mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif pelaksanaan projek ini ialah untuk ;

Untuk meningkatkan kemahiran mendarab nombor dikalangan murid. Membantu murid mempelbagaikan teknik mendarab sedia ada. Memberikan pengalaman baharu kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran inovasi. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam tajuk darab. Merancang dan melaksanakan projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dipersetujui oleh pihak sekolah. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akuntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas. Berkomunikasi secara berkesan dengan komuniti sekolah Membimbing dan melatih murid-murid berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi pengalaman sepanjang pelaksanaan projek inovasi. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan projek inovasi. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak program pendidikan semasa.

Menunjukkan inisiatif kearah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.

Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran dan pembelajaran,pengurusan projek dan sebagainya.3.0 STRATEGI DAN PERANCANGANBIL PERANCANGAN AKTIVITITARIKH

1.Menetapkan projek bersama mentor dan Pihak Pentadbir SK Palong 8 (F)Minggu pertama internship

(30 Mac-3 April 2015)

2.Merangka kertas kerja

3.Memurnikan dan menghantar kertas kerja projek inovasi kepada pihak Pentadbir SK Palong 8 (F)

4.Membuat persediaan bagi pelaksanaan projek inovasiMinggu kedua internship

(6-10 April 2015)

5.Membina bahan bagi pelaksanaan projek inovasi

6.Melaksanakan projekMinggu ketiga internship(13-17 April 2015)

7.Mengumpul hasil post mortem bagi pelaksanaan projek inovasiMinggu keempat internship

(20-24 April 2015)

8.Penulisan laporan dan refleksi

4.0 PELAN TINDAKAN

Rujuk Lampiran 1 (Pelan Tindakan Projek Inovasi)

Rujuk Lampiran 2 (Rancangan Pengajaran Harian)5.0 AHLI JAWATANKUASAPENAUNG

:En. Noor Azmee Bin Arshad

( Guru Besar SK Palong 8 (F) )PENASIHAT PROJEK:En. Mohd Shariff Bin Mansor

( GPK Kurikulum SK Palong 8 (F) )MENTOR

:En. Kamarudin Bin Mohamed YassinAJK PELAKSANA

: En. Shukor Bin Ahmad5.0 TEMPATSekolah Kebangsaan Palong 8 (F).

6.0 TEMPOH MASA

30 Mac hingga 24 April 20147.0 SENARAI PERALATANBILITEMUNIT

1.Kertas Manila 2 keping

2.Kertas Sebak4 keping

3.Pen Marker5 batang

4.Kertas A41 rim

5.LCD Projektor1 unit

6.Pita Pelekat1 unit

8.0 ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARAUNITHARGA SEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

1. Kertas Sebak4 keping0.502.00

2.Kertas A41 rim10.0010.00

3. Pen Marker5 batang2.0010.00

4.Kertas Manila2 keping1.002.00

5.Pita Pelekat1 unit2.502.50

6.Hadiah2 unit2.004.00

JUMLAH30.50

9.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan saya agar projek inovasi ini dapat diterima dan akan berjalan seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh :........................................

(SHUKOR BIN AHMAD)

Guru Pelatih,

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.Disemak oleh :.............................................

(EN. KAMARUDIN BIN MOHAMED YASSIN)

Mentor Internship,

SK PALONG 8 (F).

Disahkan oleh :..................................................

(EN. NOOR AZMEE BIN ARSHAD)Guru Besar,

SK PALONG 8 (F).