Kertas Kerja Projek Pertanian Bersepadu Skpk 2016

6
PENTERNAKAN PUYUH DAGING

description

ppki SKPK

Transcript of Kertas Kerja Projek Pertanian Bersepadu Skpk 2016

PERTANIANPENTERNAKAN IKAN KELI

PENTERNAKAN PUYUH DAGING

KERTAS CADANGANPROJEK PERTANIAN BERSEPADU

KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)SK PARIT KUDUS, PONTIAN,

JOHOR DARUL TAKZIM.

1.0 Pengenalan

Kertas cadangan ini disediakan oleh Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP) Sekolah Kebangsaan Parit Kudus (SKPK), Pontian, Johor bagi mendapatkan sokongan, komitmen, kelulusan dan pembiayaan bagi menjalankan Projek Pertanian Bersepadu dari pihak sekolah.

2.0 Tujuan Kertas Cadangan

Kertas cadangan ini akan menjelaskan dengan terperinci mengenai tujuan akan projek ini dijalankan.

3.0 Objektif

3.1 Untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai cara pentaksiran Peperiksaan Penilaian Alternatif Sekolah Rendah (PASR) yang baru diperkenalkan pada tahun ini oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

3.2 Memberi peluang kepada pelajar Pendidikan Khas untuk mengaplikasikan kaedah dan cara di dalam projek ini didalam kehidupan mereka pada masa akan datang.

3.3 Untuk melatih pelajar-pelajar Pendidikan Khas mengenai semangat bekerjasama didalam kerja berkumpulan.

3.4 Untuk memberi pilihan kepada calon-calon PASR pelbagai bidang kemahiran antaranya pertanian, penternakan, masakan atau jahitan yang sesuai untuk setiap calon.

4.0 Kumpulan Sasaran

Pelajar-pelajar Pendidikan Khas SK Parit Kudus, Pontian Johor.

5.0 Lokasi Penternakan

Kawasan Taman Pertanian Bersepadu, belakang kelas Pendidikan Khas.

6.0 Jawatankuasa Projek Pertanian Bersepadu SK Parit Kudus

Pengerusi

Ustaz Reduan bin Muhamad

(Guru Besar SK Parit Kudus)

Naib. Pengerusi

Pn Norlila bt Md Said

(PK Pentadbiran)

Pn Rokiah bt Jamil

(PK Hem)

En Zaidi bin Deris

(PK Kokurikulum)

Penyelaras Projek

En Jailani bin Hamdi

Setiausaha

Pn Noor Hadilawati Basari

Bendahari

Cik Nur Hamizah bt Rahmat

JAWATANKUASA KERJA

1. Pn Siti Asah bt Taib (PPM)

2. En Kamdi (pekerja sekolah)

3. Semua murid PPKIBP SK Parit Kudus

7.0 Anggaran Perbelanjaan

Penternakan Burung Puyuh

Pembinaan sangkar/reban burung puyuh :

Kayu 2 x 3 = 6’ x 4 batang = RM 43.20

Kayu 1 x 2 = 6’ x 17 batang = RM 75.60

Kayu gambir = RM 19.20

Bata 50 biji = RM 12.50

Paku gambir = RM 5.00

Paku 2” = RM 5.00

Paku 2 ½ = RM 5.00

Atap 5” = RM 96.00

Simen RM 18.00 x 2 = RM 36.00

Dawai 1 gulung ¾ = RM 70.00

Pasir kasar = RM 45.00

Upah = RM 200.00

JUMLAH = RM 612.50

Kos Anak burung Puyuh 80 ekor x RM1.20 = RM 96.00

Kos bahan makanan puyuh = RM 100.00

JUMLAH BESAR = RM 196.00

Penternakan Ikan Keli

Tangki Air 250 gelen X 5 tangki =RM220.00

Jaring pukat 1 gulung =RM 80.00

Tali Rapia 1 gulung =RM 5.00

Anak Ikan Keli 3inci 1kg =RM 6.00

Makanan ikan 1 guni =RM 60.00

JUMLAH BESAR =RM371.00

Disediakan oleh Cikgu Jailani menggunakan kayu-kayu dan alatan terpakai di bangunan lama sekolah.

Telah sedia ada menggunakan peruntukan 2015

Pertanian (Kobis, Cili Api, Kangkung, Kailan)

Tanah Top Soil 2 lori =RM360.00

Bata Merah =RM350.00

Simen 2 beg =RM 36.00

Upah =RM100.00

Benih Kangkung & Kailan =RM 36.00

Benih Cili Api, Kobis =RM 50.00

Baja Tahi kambing 9 guni =RM 30.00

JUMLAH =RM962.00

8.0 Penutup

Pihak PPKIBP SK Parit Kudus amat berharap agar pihak sekolah dapat memberikan kelulusan serta peruntukan seperti yang tertera bagi meningkatkan proses pembelajaran. Semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T. Keprihatinan dan kerjasama dari pihak sekolah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. .......................................NOOR HADILAWATI BASARI USTAZ REDUAN BIN MUHAMADSetiausaha Projek Guru BesarSK Parit Kudus SK Parit Kudus

Telah disediakan menggunakan peruntukan pcg 2014.