Kertas Kerja Rmh Seri Kenangan Melaka

5
Kertas kerja Lawatan sambil BELAJAR ke RUMAH SERI KENANGAN, CHENG, MELAKA ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN DAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL , SMKSA

description

sivik

Transcript of Kertas Kerja Rmh Seri Kenangan Melaka

Kertas kerja

Lawatan sambil BELAJAR ke RUMAH SERI KENANGAN, CHENG, MELAKAANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN DAN PANITIA PENDIDIKAN MORAL , SMKSA 1.0 PENDAHULUAN Rumah Seri Kenangan, Seremban merupakan pusat penempatan orang tua di bawah penyeliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia dikendalikan oleh pegawai- pegawai yang dilantik dan diketuai oleh seorang Penguasa. Orang- tua yang berada di pusat ini terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Mereka ini mungkin disisihkan keluarga, tidak mempunyai anak, anak- anak tidak sanggup menjaga mereka dan pelbagai sebab yang lain. Pada amnya, orang tua yang tinggal di sini adalah daripada kalangan mereka yang dahagakan kasih sayang. Dengan itu, Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan bersama Panitia Pendidikan Moral SMK Seri Ampangan ingin mengadakan lawatan ke pusat jagaan tersebut.

2.0 RASIONAL

Memberi pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan sebenar orang- orang tua yang berada di pusat jagaan itu

Memberi kesedaran kepada pelajar agar mereka tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa

3.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar sekolah yang penyayang, berperikemanusiaan dan berbudi pekerti yang baik.4.0 OBJEKTIFLawatan ini bertujuan untuk:

4.1 Memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya kasih sayang4.2 Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar4.3 Memupuk semangat tolong- menolong antara pelajar dan guru5.0 TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

Tarikh : 01 Ogos 2015 (Sabtu)Tempat : Rumah Seri Kenangan, Cheng, MelakaMasa : 7.00 pagi 6.30 petang6.0 KUMPULAN SASARAN

80 orang pelajar Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan pelajar Pendidikan Moral, SMK Seri Ampangan7.0 TENTATIF PROGRAM

06.45 pagi

- Pendaftaran07.00 pagi - Bertolak dari SMK Seri Ampangan ke Rumah Seri Kenangan, Cheng, Melaka08.30 pagi

- Sarapan pagi & Taklimat aktiviti oleh Penguasa / Pegawai R.S.K09.00 pagi- Gotong- royong membersihkan kawasan persekitaran Rumah Seri Kenangan Cheng 11.30 pagi - Program Persaudaraan menemubual para penghuni Rumah Seri Kenangan 12.30 tgh - Sesi pemberian sumbangan kepada Rumah Seri Kenangan, Melaka. 1.00 tgh- Bertolak ke Bandaraya Melaka untuk makan tengah hari.

2.00 ptg- Melawat A Famosa, dan bersiar siar di Dataran Pahlawan, Melaka

5.00 ptg- Bertolak dari Melaka ke SMK Seri Ampangan.

6.30 ptg- Sampai ke SMK Seri Ampangan.

JAWATANKUASA KERJAPenaung

: Tn Hj Mohd Sazali bin Hj Sam

Pengerusi

: En Sahak bin Ahmadun

Naib Pengerusi I: En Mohd Noor b Ab WahabNaib Pengerusi II: En Abd Aziz bin Udin

Penyelaras

: En Shunmugham a/l Myniretanam

Pn Nur Aida bt Abdul JalilSetiausaha Projek: Phang Khang KeeNaib Setiausaha: Wong Weng YiKewangan

: Cik Enawaty binti Anuwar

Hanna Sufia Balqis binti Zaimi

Nur Hanis Rasydah binti Abd Rahman

Pendaftaran

: Pn Suseela Devi a/p Shunmugam

En Sunderrao a/l SitharamPengangkutan

: En Mohd Fadzly bin Saleh

Cik Noraini bt Zakaria8.0 SUMBER KEWANGANBayaran pelajar ( RM 10 x 80 orang )

RM 800

Bayaran guru ( RM 10 x 8 orang )

RM 80

Sumbangan PCG ( Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan )RM 1600Sumbangan guru & pelajar SMKSA

RM 300

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Jumlah

RM 2780

--------------------------------------------------------------------------------------------------9.0 ANGGARAN PERBELANJAANa. Sumbangan PCG ( Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan )

PERBELANJAANJUMLAH

1. Pengangkutan basRM 1600.00

JUMLAH RM 1600.00

b. Bayaran pelajar, guru dan sumbangan warga SMKSAPERBELANJAANJUMLAH

1. Makanan ( sarapan pagi & makan tengahari pelajar dan guru )RM 880.00

2. Cenderahati RM 200.00

3. Lain-lain ( pengurusan ) RM 100.00

JUMLAH RM 1,180.00

JUMLAH BESAR : a + b = RM 2780.0010.0 PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat memberi pendedahan yang lebih mendalam mengenai kepentingan menjaga ibu bapa dan orang tua serta memberi kesedaran kepada semua bahawa hidup ini mestilah ada sifat kerjasama, toleransi dan kasih sayang antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak secara langsung atau tidak langsung, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh:

.............................

(Nur Aida bt Abdul Jalil ) Penyelaras Program Panitia Sivik SMK Seri Ampangan Diluluskan oleh:

..............................

( Hj Mohd Sazali bin Hj Sam )

Pengetua SMK Seri Ampangan