Kertas Kerja- Smk Senawang

10
KELAB FASILITATOR PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KERTAS KERJA “KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR” TARIKH 11 APRIL 2015 LOKASI

description

Kertas kerja program kerjasama sekolah dan universiti

Transcript of Kertas Kerja- Smk Senawang

Page 1: Kertas Kerja- Smk Senawang

KELAB FASILITATOR PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

KERTAS KERJA

“KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR”

TARIKH

11 APRIL 2015

LOKASI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SENAWANG,

SENAWANG

Page 2: Kertas Kerja- Smk Senawang

KELAB FASILITATOR PELAJAR UiTM

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi memohon kelulusan program dan peruntukan

kewangan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara bagi

mengadakan Program Kepimpinan Pengawas bersama ahli Kelab Fasilitator

Pelajar UiTM (KEFAJAR) di SMK Senawang. Kursus yang akan dikendalikan

oleh jurulatih yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang fasilitator. Oleh

itu, dengan adanya jurulatih yang berpengalaman, pelajar akan mendapat

pendedahan yang secukupnya mengenai kursus kepimpinan.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Kursus Kepimpinan Pelajar adalah merupakan satu program yang lebih

menjurus kearah memperlengkapkan diri peserta dengan imej kendiri menjadi

lebih positif. Oleh itu, adalah sangat penting untuk membantu mereka

meningkatkan imej kendiri yang berkualiti seterusnya melahirkan para pemimpin

yang berinovatif. Cabaran dalam organisasi pendidikan hari ini memerlukan daya

kempipinan yang berkualiti dan berwawasan kearah menentukan hala tuju yang

ingin dicapai.

Bakat kepimpinan pelajar amat diperlukan dalam sesebuah sekolah. Kebolehan

dan kemampuan memimpin pada pelajar sekolah ini adalah amat penting dalam

membantu pihak pengurusan sekolah meningkatkan kualiti disiplin dan

ketrampilan warga sekolah serta membantu mewujudkan iklim yang baik. Oleh

itu, mereka seharusnya diberi latihan dan input asas kepimpinan yang selaras

dengan tugas-tugas mereka. Kewajipan melahirkan pemimpin amat dituntut

sebagai ibadah dan memerlukan pengorbanan semua pihak.

Kursus ini turut membantu peserta lebih yakin dalam menjalankan tugas yang

diamanahkan oleh sekolah. Sikap berkeyakinan, berani dan amanah amat

penting supaya tugas dapat dijalankan dengan sempurna. Selain itu,

1

Page 3: Kertas Kerja- Smk Senawang

KELAB FASILITATOR PELAJAR UiTM

kecemerlangan dalam bidang akademik memang menjadi hasrat semua pihak

termasuk ibu bapa, guru, sekolah mahupun para pelajar sendiri. Namun, dalam

usaha untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam bidang akademik

tersebut, seseorang pelajar perlulah memiliki jiwa yang kuat dan semangat yang

tidak mudah putus asa. Oleh yang demikian, di dalam diri setiap pelajar

terutamanya yang di amanah sebagai pemimpin dalam apa juga bidang perlulah

memiliki sifat-sifat dan cirri-ciri kepimpinan sejati dalam meneruskan

keberkesanan sesebuah organisasi.

Adalah diharapkan bahawa kursus ini memberi pendedahan secukupnya kepada

fasilitator baru UiTM agar menjadi fasilitator yang mampu mencorak masa

hadapan anak-anak muda untuk terus cemerlang dalam pelbagai bidang,

khususnya dalam bidang akademik sehingga melayakkan meraka untuk bergelar

mahasiswa dan seterusnya berjaya dalam kehidupan pada masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF

Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi latihan serta

pendedahan dalam bidang fasilitator kepada fasilitator pelajar UiTM cawangan

Seremban.. Antara objektif lain pada akhir program ini, para peserta akan:

Memupuk nilai-nilai kreatif dan semangat dalam proses melengkapkan diri dan

modul yang pelbagai.

Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan.

Melahirkan pemimpin yang dapat menjadi “Role Model” kepada pelajar lain dan

bersedia membantu kea rah peningkatan akademik dan sahsiah.

Membina individu yang berkeyakinan terhadap potensi diri.

Melahirkan pemimpin-pemimpin sekolah yang sentiasa berkerjasama dalam

menjalankan amanah.

2

Page 4: Kertas Kerja- Smk Senawang

KELAB FASILITATOR PELAJAR UiTM

4.0 JUSTIFIKASI PROGRAM

Kursus Kepimpinan yang bakal diadakan ini diharapkan dapat melahirkan

generasi yang memiliki sifat-sifat kepimpinan yang mampu menguruskan sebuah

organisasi dengan lebih cekap dan berfungsi sepenuhnya.

5.0 TARIKH DAN MASA PERLAKSANAAN

• 11 April 2015 (Sabtu)

• 7.30 Pagi – 5.00 Petang

6.0 LOKASI

• SMK Senawang

7.0 PENYERTAAN

• 150 Pelajar Sekolah

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Rujuk Lampiran A

11.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Tiada

13.0 KESIMPULAN

Kami dari Kelab Fasilitator Pelajar UiTM amat berharap agar cadangan ini dapat

dipertimbangkan dengan sebaiknya dan semoga dapat memberi manfaat yang

besar kepada peserta yang terlibat bagi menyiapkan diri mereka sebagai

3

Page 5: Kertas Kerja- Smk Senawang

KELAB FASILITATOR PELAJAR UiTM

pemimpin sekarang serta pada masa hadapan demi memastikan semangat

Kelab kami juga berharap kepimpinan dan fasilitator dapat dipupuk dalam

kalangan pelajar seterunya membawa nama UiTM ke mata dunia selaras

dengan kehendak Naib Cancelor UiTM sendiri. Semoga program ini akan

menjadi pemangkin bagi program seterusnya.

4

Page 6: Kertas Kerja- Smk Senawang

KELAB FASILITATOR PELAJAR UiTM

LAMPIRAN A

STRUKTUR JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Penasihat Program : En. Mohd Syahril bin Ibrahim

Pengarah Program : Nurul Amira Binti Zulkifli

Tim. Pengarah Program : Mohamad Hazwan B Hazrin

Setiausaha : Nor Atikah Binti Mohd Jenal

Bendahari : Azreen Binti Azhar

Ketua Fasilitator : Najiha Binti Mohd Anuar

Biro Program dan Protokol : Fiqrin Hanis Binti Rosli

Biro Disiplin dan Keselamatan : Aiman Nur Najah Binti Kamaruzaman

Biro Teknikal, Logistik & Pendaftaran : Muhammad Asyraf Bin Mohd Husnan

Biro hadiah & Tugas-tugas Khas : Ahmad Asoib Bin Shamsuddin

Biro Multimedia & Publisiti : Nur Atiqah Binti Mustapa

Biro Kebajikan : Nadhirah Binti Che Amani @ Kamal

5

Page 7: Kertas Kerja- Smk Senawang

KELAB FASILITATOR PELAJAR UiTM

LAMPIRAN B

TENTATIF PROGRAM

11 APRIL 2015 (HARI)

MASA AKTIVITI

0730 – 0800 Pendaftaran

0800 – 0820 Taklimat Program

0830 – 1000 Ceramah : Pelajar dan kepimpinan

En. Mohd Syahril bin Ibrahim

1000 – 1030 Minum Pagi

1030 – 0100 Mass

0100 – 0200 Rehat

0200 – 0330 LDK 1

0330 – 0430 LDK 2

0430 – 0500 Majlis Penutup (Bersurai)

6

Page 8: Kertas Kerja- Smk Senawang

KELAB FASILITATOR PELAJAR UiTM

7