Kertas Kerja Sukan Benta

download Kertas Kerja Sukan Benta

of 5

description

Kertas Kerja

Transcript of Kertas Kerja Sukan Benta

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SJKT LADANG BENTA, PAHANG27300 PAHANG

KERTAS CADANGANKEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-21

TEMPAT: PADANG AWAM LADANG BENTA

TARIKH:04 OKTOBER 2015

KERTAS KERJAPENGELOLAAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNANSJKT LADANG BENTA, 27300 BENTA, PAHANG.TAHUN 2015

1. PENGENALAN

Sukan olahraga merupakan aktiviti yang amat menyeronokkan dan menyihatkan badan. Namun begitu, negara kita ketandusan bakat-bakat muda dalam olahraga terutamanya bagi peringkat pelapis bawah 12 tahun. Menyedari hakikat ini pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda terutamanya di bawah umur 12 tahun untuk mewakili sekolah ini pada tahun hadapan pada peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan sejajar dengan usaha berterusan pihak kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengesyorkan acara-acara sukan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun.Kejohanan Olahraga Tahunan yang dijalankan ini diharapkan akan dapat disertai oleh 100% warga SJKT LADANG BENTA, PAHANG. Aktiviti ini yang dijalankan dalam bentuk pertandingan antara 4 pasukan rumah sukan. Johan keseluruhan akan diberikan hadiah ganjaran dan sijil penyertaan .2 . OBJEKTIF2.1 Memperkembangkan potensi setiap warga SJKT LADANG BENTA dengan Falsafah Pendidikan Negara.2.2 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti Sukan secara positif. 2.3 Menjadi pemangkin kepada sasaran PPD dalam aspek Kokurikulum

3 . MATLAMAT 3.1 Menambah lagi bilangan penyertaan pelajar dan guru serta staf ke arah intergrasi Nasional. 3.2 Membina budaya dan gaya hidup sihat serta mengamalkan Konsep Kegairahan Bersukan (Passion of Sport ).

4 . TENTATIF PELAKSANAAN 4.1 Dijalankan pada: 04.10.2015 (Ahad) - Hari Kejohanan 4.2 Masa : 8.00 pagi 4.3 Tempat : Padang Awam Ladang Benta

5. JAWATANKUASA INDUK (Rujuk Lampiran 1)

6. TENTATIF PROGRAM (Rujuk Lampiran 2)

7. PENYERTAAN 8.1 Penyertaan semua pelajar dan guru sebagai pegawai pengelola KECUALI atas arahan kesihatan. 8.2 Pendaftaran dikira melalui kehadiran pelajar yang akan diambil oleh guru kelas. 8.3 Borang pertandingan (rujuk lampiran 4)

8 . KESELAMATAN9.1 Anggota PBSM akan bertugas sebagai pembantu semasa berlakunya kecederaan .

9. HADIAH10.1 Hanya 3 hadiah akan disediakan untuk pemenang tempat pertama ketiga.10.2 Pasukan rumah yang mengutip kemenangan terbanyak dianggap sebagai JOHAN KESELURUHAN

10 . ANGGARAN PERBELANJAAN

BilPendapatanRMPerbelanjaanRM

1Yuran murid ( 76 org x RM10 )760.00Hadiah

2Sumb. PIBG100.00i. Medal ( 40 set x RM8 )320.00

3Sumb. Sekolah330.00ii. Sukaneka ( 4 acara x RM50)200.00

4Persiapan Trek/Padang100.00

5Runcit/Alatan150.00

6Jamuan Tetamu200.00

7Minuman Murid (semasa acara)20.00

8Cenderahati Perasmian40.00

9Cenderahati Pegawai30.00

10Urusetia20.00

Jumlah1190.00Jumlah1180.00

11. PENUTUPKerjasama dari pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung adalah amat diharapkan bagi melancarkan lagi perjalanan program yang telah masuk tahun ke-21 ini.

Disediakan oleh:

(HASSANUTHIN BIN MUSTAFA) Setiausaha SukanSJKT LADANG BENTA

Disemak oleh:

(PN. NAVAMANI A/P PATCHAIPAN ) GPK KokurikulumSJKT LADANG BENTA

Disahkan oleh:

(PN AMMALU A/P RAMAN )Guru BesarSJKT LADANG BENTA