kertas kerja sukan sekolah

12
SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (FELDA) 73470 GEMAS N. SEMBILAN KERTAS CADANGAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKP8 KALI KE-17 TAHUN 2014 PADANG SK PALONG 8(F), GEMAS, N. SEMBILAN. . KERTAS CADANGAN

Transcript of kertas kerja sukan sekolah

Page 1: kertas kerja sukan sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8 (FELDA)

73470 GEMAS

N. SEMBILAN

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKP8 KALI KE-17

TAHUN 2014

PADANG SK PALONG 8(F), GEMAS,

N. SEMBILAN.

.

Page 2: kertas kerja sukan sekolah

KERTAS CADANGAN

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SKP8 KALI KE-17

PADANG SK PALONG 8(F), GEMAS, N. SEMBILAN.

TAHUN 2014

1.0 PENDAHULUAN

Kejohanan Balapan Dan Padang adalah satu aktiviti sukan yang penting dalam

kalendar sekolah dan melibatkan penyertaan murid secara menyeluruh. Setiap sekolah

perlu berusaha membangunkan dan membudayakan aktiviti sukan dalam kalangan warga

sekolah agar institusi sekolah dapat berfungsi untuk mengembangkan potensi murid

secara seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Penglibatan murid dalam sukan dapat memupuk semangat kerjasama, patriotik

dan bersatu padu di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Pertumbuhan

kanak-kanak yang cemerlang adalah terbentuk daripada gabungan intelek, jasmani,

rohani, emosi dan sosial yang berpotensi tinggi. Ia terkandung di dalam Falsafah

Pendidikan Negara.

Sehubungan itu, untuk tujuan pembentukan insan yang seimbang itu, maka

Sekolah Kebangsaan Palong 8 (F) akan mengadakan satu Kejohanan Balapan Dan

Padang untuk menjurus kepada pembentukan insan seimbang itu. Ia dilaksanakan secara

permuafakatan ibu bapa untuk merapatkan hubungan sosial dikalangan masyarakat

setempat. Kejohanan Sukan ini dinamakan dengan Kejohanan Balapan Dan Padang

SKP8 bagi tahun 2013

.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan insan (murid) yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek

dan sosial seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Page 3: kertas kerja sukan sekolah

3.0 OBJEKTIF

Kejohanan Balapan Dan Padang SKP8 bagi tahun 2014 kali ke-17 ini

diadakan dengan beberapa objektif. Antaranya ialah:

Memenuhi keperluan murid untuk beriadah dan bersukan.

Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.

Memupuk semangat berkerjasama dan berganding bahu dalam satu pasukan.

Mengilap bakat istimewa murid di dalam bidang sukan untuk diserlahkan

keperingkat lebih tinggi.

Memilih murid untuk mewakili sekolah ke Kejohanan MSSD Jempol pada tahun

2015.

Melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah

pertandingan.

Melatih murid-murid memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam satu

pasukan.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

Tarikh yang dirancang ialah 14, 15 dan 16 Oktober 2014 iaitu pada hari Selasa,

Rabu dan Khamis.

Dilaksanakan selama 3 hari

Masa pelaksanaan melibatkan waktu petang pada hari Selasa. Waktu pagi dan

petang pada hari Rabu dan Khamis.

Hari kemuncak Kejohanan Balapan Dan Padang adalah pada hari Khamis iaitu 16

Oktober 2014.

Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1.

Page 4: kertas kerja sukan sekolah

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang Sekolah Kebangsaan Palong

8(F) :

Terletak di dalam kawasan SK Palong 8(F).

Kawasan padang yang berdekatan dengan tempat tinggal murid-murid.

Tiada kos bayaran padang/balapan.

Bebas dari sebarang gangguan luar.

Mempunyai keluasan yang mencukupi untuk melaksanakan Kejohanan Balapan

Dan Padang SKP8 kali ke-17.

6.0 PERASMIAN

Kejohanan Balapan Dan Padang SKP8 kali ke-16 ini akan dirasmikan oleh Yang

Dipertua PIBG SK Palong 8 (F) iaitu En. Selamat Bin Amat . Ianya akan berlangsung di

padang SK Palong 8 (F). Beliau akan diberi peluang memberi ucapan ringkas sekaligus

merasmikan Kejohanan Balapan Dan Padang SKP8 kali ke-17 pada tahun ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Jumlah peserta : 250 orang

Jumlah Ajk kejohanan: 35 orang

Page 5: kertas kerja sukan sekolah

8.0 JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG.

PENAUNG : PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH JEMPOL

PENASIHAT : EN. NOOR AZMIE BIN HJ ARSHAD( GB SK PALONG 8 (F) )

PENGERUSI : EN. SAMSUDIN BIN SALLEHBERSAMA ( GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM )

EN.SELAMAT BIN AMAT (YDP PIBG SK PALONG 8 )

NAIB PENGERUSI : EN. MOHD SHARIF BIN MANSOR (GPK T&K)EN. MOHD RAKIB BIN SADUI (GPK HEM)

SETIAUSAHA : EN SHUKOR BIN AHMAD( SETIAUSAHA SUKAN )PEN.SETIAUSAHA : PN. ZARILA BT JANAI( SETIAUSAHA KO-KU )

BENDAHARI : PN. NORHIDAYAH BT MD JALI (PIBG)

AHLI : EN. FAZLEE BIN ISMAIL JAWATANKUASA (KETUA RUMAH HANG KASTURI)

PN. NORHIDAYAH BT MD JALI(KETUA RUMAH HANG JEBAT)

PN. NORKHALISA BT ZALKARNAIN(KETUA RUMAH HANG LEKIR)

EN. ANUAR BIN HASSAN(KETUA RUMAH HANG TUAH)

9.0 ACARA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

Sebanyak 45 acara yang akan dilaksanakan sepanjang Kejohanan Balapan Dan

Padang SKP8 kali ke-16 ini. Acara yang dipertandingkan sepanjang Kejohanan Balapan

Dan Padang SKP 8 adalah seperti di dalam lampiran 2.

Page 6: kertas kerja sukan sekolah

10.0 PERATURAN/SYARAT PERTANDINGAN

Merupakan murid-murid yang bersekolah di Sek.Keb.Palong 8(F) bagi sesi 2014.

Berdaftar dalam rumah-rumah sukan iaitu Rumah Merah( Hang Tuah), Hijau

( Hang Jebat ) ,Biru( Hang Kasturi ) dan Kuning( Hang Lekir )

Peserta diwajibkan memakai pakaian sukan atau t-shirt putih.

Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan bagi acara individu iaitu Kategori

Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6.

Terdapat 2 kategori yang dipertandingkan bagi acara kumpulan iaitu kategori

bawah 12 tahun dan kategori bawah 10 tahun.

Nombor peserta hendaklah ditampal di hadapan dan belakang baju.

Nombor peserta hendaklah jelas dan mudah dilihat.

Nombor peserta mengikut rumah sukan yang ditetapkan:

o Hang Tuah( Merah ) ( 1000 – 1999 )

o Hang Jebat( Hijau ) ( 2000 – 2999 )

o Hang Kasturi( Biru ) ( 3000 – 3999 )

o Hang Lekir( Kuning ) ( 4000 – 4999 )

Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam 4 acara individu dan

1 acara berpasukan sahaja.

Setiap rumah sukan dibenarkan untuk mengambil peserta yang mempunyai umur

kurang daripada kategori individu yang dipertandingkan dan tidak dibenarkan

mengambil peserta yang melebihi had umur bagi setiap kategori. Contohnya,

Murid tahun 3 dibenarkan untuk menyertai kategori tahun 4 dan Murid tahun 5

tidak dibenarkan menyertai kategori tahun 4.

Johan Keseluruhan rumah sukan ditentukan menerusi jumlah mata yang

diperolehi semasa kejohanan iaitu Emas = 5 mata ,Perak = 3 mata dan

Gangsa = 2 mata.

Pemilihan Olahragawan dan Olahragawati ditentukan mengikut jumlah pungutan

pingat emas dan catatan rekod kejohanan dalam acara individu.

Keputusan pengadil adalah muktamat. Sebarang bentuk rayuan dan bantahan

tidak akan dilayan melainkan atas ihsan pengadil.

Page 7: kertas kerja sukan sekolah

11.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan untuk Kejohanan

Balapan Dan Padang SKP 8 kali ke-17 bagi tahun 2014:

BIL PERKARA KUANTITIHARGA

SEUNIT

JUMLAH

(RM)

1. Hadiah Sukaneka Tahap 1

TAHUN 1, 2 & 3

Johan

1. Susun tin

2. Gelek bola menggunakan gelung rotan

3. Junjung pundi kacang

Naib Johan

1. Susun tin

2. Gelek bola menggunakan gelung rotan

3. Junjung pundi kacang

30 unit

30 unit

30 unit

30 unit

30 unit

30 unit

RM 2.00

RM 2.00

RM 2.00

RM 1.00

RM 1.00

RM 1.00

RM 60.00

RM 60.00

RM 60.00

RM 30.00

RM 30.00

RM 30.00

2. Hadiah Acara Olahraga

1. Individu(Emas)

2. Individu(Perak)

3. Individu(Gangsa)

4. Kumpulan(Emas)

5. Kumpulan(Perak)

6. Kumpulan(Gangsa)

7. Olahragawan Sekolah(Tahun 6)

8. Olahragawati Sekolah(Tahun 6)

9. Olahragawan Harapan(Tahun 5)

10. Olahragawati Harapan(Tahun 5)

11. Olahragawan Harapan(Tahun 4)

12. Olahragawati Harapan(Tahun 4)

32 unit

32 unit

32 unit

16 unit

16 unit

16 unit

1 unit

1 unit

1 unit

1 unit

1 unit

1 unit

RM 4.50

RM 4.50

RM 4.50

RM 4.50

RM 4.50

RM 4.50

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 144.00

RM 144.00

RM 144.00

RM 72.00

RM 72.00

RM 72.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

RM 20.00

3. Hadiah Perbarisan Rumah Sukan &

Hiasan Rumah Sukan

2 unit RM70.00 RM 140.00

Page 8: kertas kerja sukan sekolah

4. Hadiah Acara Pegawai dan ibubapa - - RM 150.00

5. Cenderamata VIP 1 unit RM 50.00 RM 50.00

6. Air Mineral Pegawai 15 kotak RM 12.00 RM 180.00

7. Jamuan Pegawai

( Sebelum & Semasa Kejohanan )

40 orang - RM 320.00

8. Jamuan VIP - - RM 100.00

9. Sewa Khemah 3 unit RM 70.00 RM 210.00

10. Persiapan padang

1. Spray Putih

2. Tali

4 botol

1 gulung

RM 6.00

RM 6.00

RM 24.00

RM 6.00

11. Runcit

1. 4 Rumah Sukan

2. Bateri Pembesar Suara

3. Pembalut Hadiah

4 rumah

4 unit

5 unit

RM 50.00

RM 10.00

RM 10.00

RM 200.00

RM 40.00

RM 50.00

12. Rencam (belanja tak terduga) - - RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2808.00

Page 9: kertas kerja sukan sekolah

12.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi peserta dalam menyertai

Kejohanan Balapan Dan Padang pada kali ini akan dapat dipraktikkan dalam kehidupan

seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan

terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

……………………………........... ……………………………............

( EN.SHUKOR BIN AHMAD) ( EN.SHAMSUDIN BIN SALLEH )

SETIAUSAHA SUKAN SKP 8 (F) GPK KOKURIKULUM SKP 8 (F)

Page 10: kertas kerja sukan sekolah

Lampiran 1

TENTATIF PROGRAM KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

SK PALONG 8(F) KALI KE-17 TAHUN 2014

Acara Saringan

1. Tarikh : 14 Oktober 2014

2. Hari : Selasa

3. Masa : 2:30 petang hingga 4:30 petang.

4. Tempat : Padang SK Palong 8(F)

5. Acara : Acara balapan peringkat Saringan( 100 m dan 200 m )

Acara padang

1. Tarikh : 15 Oktober 2014

2. Hari : Rabu

3. Masa : 8:00 pagi hingga 12:30 tengah hari.

4. Tempat : Padang SK Palong 8(F)

5. Acara : Acara padang Akhir ( Lompat Jauh, Lompat Tinggi dan Lontar Peluru)

Kemuncak Kejohanan Balapan dan Padang

1. Tarikh : 16 Oktober 2014

2. Hari : Khamis

3. Masa : 8:00 pagi hingga 5:00 petang

4. Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Palong 8(F)

5. Acara : Sukaneka, acara balapan individu akhir ( 100m dan 200m) dan kumpulan

akhir( 4 x 100m ), acara ibu bapa dan penjaga, acara belia dan acara beliawanis.

Page 11: kertas kerja sukan sekolah

41. Acara PPKI42. Acara Kaum Ibu43. Acara Kaum Bapa44. Acara Belia45. Acara Beliawanis

Lampiran 2

SENARAI ACARA YANG DIPERTANDINGKAN:

1. 100 M Perempuan Tahap 12. 100 M Lelaki Tahap 13. 100 M Perempuan Tahun 44. 100 M Lelaki Tahun 45. 100 M Perempuan Tahun 56. 100 M Lelaki Tahun 57. 100 M Perempuan Tahun 68. 100 M Lelaki Tahun 69. 200 M Perempuan Tahun 410. 200 M Lelaki Tahun 411. 200 M Perempuan Tahun 512. 200 M Lelaki Tahun 513. 200 M Perempuan Tahun 614. 200 M Lelaki Tahun 615. 4 X 100 M Perempuan BWH 1016. 4 X 100 M Lelaki BWH 1017. 4 X 100 M Perempuan BWH 1218. 4 X 100 M Lelaki BWH 1219. Lompat Jauh Perempuan Tahun 420. Lompat Jauh Lelaki Tahun 421. Lompat Jauh Perempuan Tahun 522. Lompat Jauh Lelaki Tahun 523. Lompat Jauh Perempuan Tahun 624. Lompat Jauh Lelaki Tahun 625. Lompat Tinggi Perempuan Tahun 426. Lompat Tinggi Lelaki Tahun 427. Lompat Tinggi Perempuan Tahun 528. Lompat Tinggi Lelaki Tahun 529. Lompat Tinggi Perempuan Tahun 630. Lompat Tinggi Lelaki Tahun 631. Lontar Peluru Perempuan Tahun 432. Lontar Peluru Lelaki Tahun 433. Lontar Peluru Perempuan Tahun 534. Lontar Peluru Lelaki Tahun 535. Lontar Peluru Perempuan Tahun 636. Lontar Peluru Lelaki Tahun 637. Acara Sukaneka Tahap 138. Acara Pra – Sekolah39. Perbarisan Rumah Sukan40. Hiasan Rumah Sukan