kertas kerja sukan tahunan 2014.doc
-
Upload
vani-taah-g -
Category
Documents
-
view
67 -
download
1
Transcript of kertas kerja sukan tahunan 2014.doc
(A) Perancangan dan Pelan Tindakan Penglibatan Pasukan Olahraga Sekolah
Ke Kejohanan Balapan Padang MSS Zon/ Kawasan 2013
1.0 Nama program : Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar
2.0 Rasional
Mewujudkan seorang insan yang sihat dan cerdas serta meningkatkan disiplin
dalam diri setiap individu. Secara tidak langsung, gejala-gejala kurang sihat seperti melepak
dan penyalahgunaan dadah akan dapat dibendung. Ini kerana aktiviti pelajar telah diisi
sepenuhnya dengan penglibatan dalam beberapa aktiviti yang berfaedah seperti bersukan.
3.0 Objektif
3.1 Melahirkan peserta yang dapat mengendalikan program seumpama ini
dengan baik.
3.2 Sekurang-kurangnya dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang
kejohanan yang akan dilaksanakan.
3.3 Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya sukan
untuk kesihatan dan kecergasan dari semua aspek termasuk fizikal atau
mental.
3.4 Mempereratkan lagi silaturrahim sesama peserta, guru-guru, pihak sekolah
dan ibubapa.
3.5 Melahirkan masyarakat (murid) yang cintakan sekolah.
3.6 Mewujudkan suasana yang harmonis semasa kejohanan ini berlangsung.
4.0 Tarikh : 9 / 4 / 2013 (Hari Selasa) - 10 / 4 / 2013 (Hari Rabu)
5.0 Tempat : Sekolah Menengah Chung Hwa Tinggi, Muar.
6.0 Waktu / Masa : 7.30 hingga 4.30 petang
7.0 Sasaran Program : Murid sekolah Tahun 4 hingga Tahun 6
8.0 Penganjur : Sekolah Menengah Chung Hwa Tinggi, Muar.
9.0 Bilangan Pegawai : 6 orang
1
10.0 Bilangan Atlet : 17 orang
11.0 Anggaran perbelanjaan :
1. MAKANAN MURID DAN GURU - RM138
2. LAIN-LAIN - RM100
JUMLAH RM238
12.0 Sumber peruntukan : Peruntukan dari PIBG sekolah
13.0 Acara yang dipertandingkan :
1. 100m
2. 200m
3. 4 x 100m
4. Lompat Tinggi
5. Lompat Jauh
6. Lontar Peluru
2
(B) Penyertaan dan Penglibatan Pasukan Sekolah Saya
Kategori
Acara
Lelaki
bawah 10
Perempuan
bawah 10
Lelaki
bawah 12
Perempuan
bawah 12
100m x x x x
200m x x x x
4 x 100m x x x x
Lompat Tinggi x x x x
Lompat Jauh x x x x
Lontar Peluru x x
Tanda 'x' mana yang berkenaan.
Peserta :
1) Ng Sheng Jian (Lelaki bawah 10) 100m , Lompat Tinggi, 4 x 100m
2) Wong Yu Yang (Lelaki bawah 10) 200m , Lompat Jauh, 4 x 100m
3) Sia Wei Sheng (Lelaki bawah 10) 4 x 100m
4) Siah Jing En (Lelaki bawah 10) 4 x 100m
5) Ng Tian Sing (Perempuan bawah 10) 200m, 4 x 100m
6) Ng Jin Yu (Perempuan bawah 10)100m, Lompat Tinggi, 4 x 100m
7) Gan Jia Yi (Perempuan bawah 10) Lompat Jauh, 4 x 100m
8) Angie Haw (Perempuan bawah 10) 4 x 100m
9) Peh Wee Ping (Lelaki bawah 12) 200m, 4 x 100m
10) Khoo Yeong Wee (Lelaki bawah 12) 100m, 4 x 100m, Lompat Tinggi
11) See Wilson (Lelaki bawah 12) 4 x 100m, Lompat Jauh
12) Yap Soon Cheng (Lelaki bawah 12) 4 x 100m
13) Gwi How Zheng (Lelaki bawah 12) Lontar Peluru
14) Kelly Tang (Perempuan bawah 12) Lompat Tinggi, 4 x 100m
15) Loi Pei Rong (Perempuan bawah 12) Lompat Jauh, 4 x 100m
16) Lim Yee Chin (Perempuan bawah 12) 100m, 200m, 4 x 100m
17) Tay Zhong Mei (Perempuan bawah 12) Lontar Peluru, 4 x 100m
3
(C) Perancangan Pelan Tindakan Yang Mesti Diambil
PELAN STRATEGIK SUKAN OLAHRAGA
Isu Prestasi pencapaian Olahraga sekolah kurang cemerlang
Masalah 1) Tiada pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah dalam acara
MSSD Daerah Muar.
Matlamat 1) Meningkatkan pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah dalam
acara MSSD Daerah Muar.
2) Meningkatkan pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah dalam
Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar .
Strategi 1) Mewujudkan sistem pemantauan pelaksanaan aktiviti kokurikulum
sekolah yang mantap.
2) Mengadakan latihan acara olahraga secara berterusan.
3) Memberi ganjaran kepada murid yang berjaya memperoleh
kemenangan dalam mana-mana pertandingan atau kejohanan.
Indikator
Pencapaian
1) Peratus kejayaan dalam kejohanan Olahraga di peringkat daerah.
2) Peratus kejayaan dalam Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-
Sekolah Chung Hwa Muar.
4
PELAN TAKTIKAL SUKAN OLAHRAGA
PELAN OPERASISUKAN OLAHRAGA
Program Latihan Intensif Olahraga
Objektif 1. Mengenal pasti dan memilih atlet yang berbakat untuk mewakili
sekolah dalam acara sukan MSSD Muar dan Sukan Tahunan
Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar.
2. Melatih atlet mengikut kebolehan dalam acara.
3. Melatih atlet menguasai teknik dan kemahiran acara masing-
masing.
Tanggungjawab 1. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
2. Setiausaha Sukan Sekolah
3. Guru Penasihat Kelab Olahraga
4. Guru Rumah Sukan
Tempoh Jan - Apr
Kos/Sumber -
TOV Tiada Pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah dalam
pertandingan daerah
ETR Pencapaian acara olahraga Sekolah dalam MSSD:
Tempat ke-3 dalam saringan acara larian 100m
Peserta 10 terbaik dalam lompat tinggi.
Indikator Pencapaian
Pencapaian Pasukan Olahraga Sekolah Peratus penglibatan
murid secara aktif dalam latihan intensif.
5
Nama Projek Latihan Intensif Olahraga
Objektif 1. Mengenal pasti dan memilih atlet yang berbakat untuk
mewakili sekolah dalam acara sukan MSSD Muar dan
Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa
Muar.
2. Melatih atlet mengikut kebolehan dan acara.
3. Melatih atlet meguasai teknik dan kemahiran acara
masing-masing.
Tempoh Januari - April
Kumpulan Sasaran Atlet- atlet yang berbakat dan murid yang berminat
Guru Terlibat 1. Penolong Kanan Kokurikulum
2. Setiausaha Sukan
3. Guru Penasihat Kelab Olahraga
4. Guru Rumah Sukan
Proses Kerja Mengadakan beberapa siri mesyuarat/perjumpaan
pelaksanaan latihan olahraga.
Mengagihkan tugas dan menyediakan jadual latihan
Mengeluarkan surat makluman tentang penglibatan
murid dalam dalam latihan olahraga sepanjang bulan
Januari hingga April kepada ibu bapa
Melaksanakan latihan intensif olahraga
Memilih pemain yang berbakat untuk mewakili Pasukan
Olahraga Sekolah
Kekangan 1. Tiada padang sekolah
Pemantauan 1. Penolong Kanan Kokurikulum
2. Setiausaha Sukan
3. Guru Bertugas
Penilaian Aspek penilaian meliputi:
1. Kualiti pertandingan dan pencapaian rekod peribadi
Pasukan Olahraga sekolah.
2. Kecekapan dan keberkesanan latihan intensif olahraga
3. Kualiti atlet
Penambahbaikan Penambahbaikan akan dilakukan bagi memperbaiki kecekapan
6
LATIHAN INTENSIF OLAHRAGA
Bil STRATEGI PERLAKSANAAN
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept
1 Mesyuarat
2 Menyediakan Modul Latihan
3 Melaksanakan latihan
4 Memantau,menilai dan menambah baik
5 Membuat laporan
(D) Kriteria Pemilihan Peserta
Kita boleh memilih peserta yang menyertai Kelab Olahraga.7
Kita juga boleh merujuk pencapaian kejohan peringkat sekolah dan MSSD pada tahun yang
lepas supaya dapat memilih peserta yang berpotensi.
Guru PJK boleh memilih peserta semasa murid tersebut dapat menjalankan setiap
aktiviti dengan aktif.
Pihak sekolah boleh mengadakan ujian saringan untuk memilih peserta yang layak.
Kita juga boleh memilih peserta yang memenuhi syarat dari segi fizikal.
(E) RANCANGAN MENGAJAR OLAHRAGA
Latihan : Olahraga
Tunjang : Kemahiran ( Olahraga)
8
Tajuk : Lompat Jauh
Tarikh : 15 Mac 2013
Masa : 2:00 – 300 petang
Tahun : 4,5 6 ( Tahap II)
Bil. Murid : 25 orang
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:
1. Kognitif:
-Menyatakan fasa-fasa acara lompat jauh.
2. Psikomotor:
-Melakukan kemahiran lompat jauh dengan betul dan selamat.
3. Afektif:
-Membina keyakinan diri.
Kemahiran Berfikir : Membanding beza fasa-fasa pergerakan lompat jauh.
Pengalaman sedia ada : Murid boleh dan pernah melakukan lompatan.
Bahagian/
Masa
Aktiviti Butiran mengajar/
Fokus pembelajaran
Organisasi Alatan/
Catatan
Permulaan
( 5 minit)
1, Memanaskan
badan:
Lari dan
lompat
setempat.
2. Aktiviti
regangan
Murid-murid digalakkan
bertindak mengikut
isyarat.
i. Melangkah ke
hadapan dengan kaki
kiri diletakkan ke
belakang.
ii.Tangan kanan
diletakkan pada lutut
sebagai sokongan.
iii. Perlahan-lahan turun
ke bawah sehingga
lutut lurus.
iv. Tukar kaki, sama
turun ke bawah
perlahan-lahan dan
tahan lapan hingga
Berseorangan.
Bebas dan terkawal
dalam kawasan yang
ditetapkan.
Berseorangan-
berselerak dalam
kawasan yang
ditetapkan.
9
sepuluh saat.
Perkem-
bangan
Langkah 1
(15 minit)
Langkah 2
(20 minit)
Gerakerja:
1. Berlari anak
dan melangkah
ke dalam
kawasan
mendarat.
2. Berlari sambil
melonjak tinggi.
Tunjuk cara guru:
1. Fasa
penujuan
2. Fasa
lonjakan
3. Fasa
layangan
4. Fasa
pendaratan
i. Tanda permulaan
larian ditetapkan.
ii. Pelajar tidak
semestinya memijak
papan lonjak.
i. Lari ke arah papan
lonjak.
ii. Melompat dari
papan.Kedua-dua
tangan dihayun ke
hadapan dan ke
atas.
iii. Badan berada di
udara.
iv. Kaki dihulur ke
hadapan dan lutut
dilenturkan semasa
mencecah tempat
mendarat. Badan
dicondongkan ke
Hadapan.
Berpasangan—
bergilir-gilir bergerak
ke kawasan
mendarat.
Selepas tunjuk cara
guru, pelajar perlu
cuba lompat jauh
dengan 4 fasa
tersebut.
Kemuncak
( 15 minit)
Permainan kecil
”Lumba lari
berganti-ganti
melompat anak
sungai”
1 Apabila isyarat ’mula’
diberi, murid No 1
berlari ke hadapan
dan melompat anak
sungai ke seberang.
1. Kelas dibahagi
kepada 3
kumpulan.
2. Setiap kumpulan
dibahagi dua (1-4
tali skip,
skitel
10
Sekiranya gagal
melepasi sungai,
dia akan cuba
sehingga berjaya.
2.Sampai di seberang,
murid No 1 akan
menyentuh tangan
murid No 5.
3. Perlumbaan
diteruskan oleh murid
No 5 sementara
murid No 1 duduk di
hujung barisan.
4. Perlumbaan tamat
apabila semua murid
telah mendapat
giliran masing-
masing. Pasukan
yang selesai
lebih awal sekali
akan dikira
pemenang.
dan 5-
8) dan mengambil
tempat masing-
masing
seperti dalam
gambarajah.
1 2 3 4 5 6 7 8
x x x x x x x x
o o o o o o o
Penutup
( 5 minit)
Aktiviti gerak
kendur
1. Berjalan bebas
perlahan-lahan.
2. Apabila diberi isyarat,
cari kawan dan
berjabat tangan.
Berseorangan—
berselerak dalam
kawasan ditetapkan.
(F) Laporan Penglibatan Pasukan Olahraga Sekolah Ke Kejohanan Balapan Padang
MSS Zon/ Kawasan 2013
SEKOLAH : SJKC CHUNG HWA SATU B
11
KOD SEKOLAH : JBC 5013
MATLAMAT : 1. Mencungkil bakat murid dalam bidang sukan.
2. Memupuk minat murid terhadap pelbagai acara olahraga dan sukan.
3. Meningkatkam prestasi sukan sekolah.
TARIKH PELAKSANAAN : 9-4-2013 hingga 10-4-2013
PELAKSANAAN : Guru bertugas dan atlet Tahun 4,5 dan 6.
ACARA YANG DIPERTANDINGKAN :1. 100m
2. 200m
3. 4 x 100m
4. Lompat Tinggi
5. Lompat Jauh
6. Lontar Peluru
KEPUTUSAN :
1. 100m (Lelaki bawah 10) - NG SHENG JIAN - tempat ke-7(18:50s)
2. 200m (Lelaki bawah 10) - WONG YU YANG - tempat ke-7(40:44s)
3. 4 x 100m (Lelaki bawah 10) - tempat ke-5(76:00s)
4. Lompat Tinggi (Lelaki bawah 10) - NG SHENG JIAN - tempat ke-6(1.00m)
5. Lompat Jauh (Lelaki bawah 10) - WONG YU YANG - tempat ke-5(2.04m)
6. 100m (Perempuan bawah 10) - NG JIN YU - tempat ke-6(18:69s)
7. 200m (Perempuan bawah 10) - NG TIAN SING - tempat ke-7(44:23s)
8. 4 x 100m (Perempuan bawah 10) - tempat ke-6(78:56s)
9. Lompat Tinggi (Perempuan bawah 10) - NG JIN YU - tempat ke-10(95m)
10. Lompat Jauh (Perempuan bawah 10) - GAN JIA YI - tempat ke-8(1.82m)
11. 100m (Lelaki bawah 12) - KHOO YEONG WEE - tempat ke-4(16:44s)
12. 200m (Lelaki bawah 12) - PEH WEE PING - tempat ke-6(37:62)
13. 4 x 100m (Lelaki bawah 12) - tempat ke-3(67:62s)
14. Lompat Tinggi (Lelaki bawah 12) - KHOO YEONG WEE - tempat ke-5(1.06m)
15. Lompat Jauh (Lelaki bawah 12) - SEE WILSON - tempat ke-2(3.34m)
16. Lontar Peluru (Lelaki bawah 12) - GWI HOW ZHENG - tempat ke-6(5.42m)
17. 100m (Perempuan bawah 12) - LIM YEE CHIN - tempat ke-3(17:00s)
18. 200m (Perempuan bawah 12) - LIM YEE CHIN - tempat ke-3(35:19s)
19. 4 x 100m (Perempuan bawah 12) - tempat ke-2(68:99s)
12
20. Lompat Tinggi (Perempuan bawah 12) - KELLY TANG - tempat ke-3(1.13m)
21. Lompat Jauh (Perempuan bawah 12) - LOI PEI RONG - tempat ke-4(2.39m)
22. Lontar Peluru (Perempuan bawah 12) - TAY ZHONG MEI - tempat ke-2(6.10m)
Gambar-gambar
13
14
Refleksi :
Kekuatan
15
Sebagai Setiausaha Sukan, saya berasa kerja kursus projek semester ini amat memberi
bantuan kepada saya apabila menjalankan latihan intensif olahraga untuk atlet-atlet sekolah
saya. Dengan rancangan saya murid tidak berasa bosan semasa menjalankan latihan. Selain
itu, atlet juga melibatkan diri dengan aktif dan bersemangat untuk mendapat keputusan yang
baik dalam kejohanan yang akan dipertandingkan. Pada peringkat permulaan latihan intensif
olahraga, atlet-atlet sudah biasa melakukan aktiviti memanaskan badan dengan berdisiplin dan
bekerjasama. Oleh itu, saya tidak perlu memberi tunjuk ajar semasa aktiviti memanaskan
badan. Melalui latihan intensif olahraga, atlet-atlet lebih memahami cara lompat jauh yang
berkaitan dengan 4 fasa yang penting itu. Mereka cuba mengaplikasikan semasa latihan
melompat. Saya mendapati lompatan-lompatan yang dilakukan oleh atlet-atlet semakin baik
dan jauh. Mereka juga berani untuk membuat percubaan walaupun mereka bukan atlet yang
berpotensi dalam acara lompat jauh. Selepas menagadakan latihan intensif olahraga, atlet
yang menyertai acara lompat jauh telah mendapat tempat ke-2 (lelaki bawah 12) dan tempat
ke-4 (perempuan bawah 12).
Kelemahan
Kelemahan yang saya dapati adalah tempat yang melakukan latihan adalah terhad. Ini
disebabkan sekolah saya tiada padang kerana sekolah saya dibina di tengah pusat bandar.
Selain itu, sekolah saya berkongsi bangunan sekolah dengan SJK(C) Chung Hwa 1A. Oleh itu,
kami tidak dapat menjalankan latihan intensif olahraga dengan secukupnya. Kami perlu
menjalankan aktiviti mengikut jadual masa yang ditentukan untuk menggunakan kawasan
sekolah. Tambahan pula, murid-murid tahun 4 yang baru menyertai latihan intensif olahraga
tidak dapat menguasai kemahiran dalam acara olahraga, terutamanya acara lompat jauh dan
lompat tinggi. Saya juga mendapati beberapa orang murid yang dipilih tidak berminat untuk
menyertai latihan intensif olahraga.
Penambahbaikan
Selepas Sukan Tahunan Gabungan Sekolah-Sekolah Chung Hwa Muar, saya telah
mengadakan post mortem dengan rakan-rakan sejawat supaya dapat meningkatkan prestasi
atlet-atlet sekolah saya dalam bidang sukan. Langkah yang penting untuk penambahbaikan
adalah pihak sekolah perlu mendapatkan kebenaran daripada ibubapa supaya dapat
membawa atlet-atlet ke stadium untuk menjalankan latihan intensif olahraga. Ini kerana atlet-
atlet dapat menjalankan latihan intensif olahraga dengan secukupnya dan tidak perlu berkongsi
kawasan latihan dengan atlet-atlet sekolah lain. Di samping itu, pihak sekolah perlu
mengadakan kem motivasi supaya dapat menarik minat murid-murid yang baru menyertai
latihan intensif olahraga mengambil bahagian dalam acara olahraga. Guru-guru yang terlibat
16
akan menyertai kursus-kursus tentang bidang olahraga supaya dapat membantu atlet-atlet
sekolah menguasai kemahiran-kemahiran acara olahraga.
17