KERTAS KERJA SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

6

description

CONTOH SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS (PPKI)

Transcript of KERTAS KERJA SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

Page 1: KERTAS KERJA SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS
Page 2: KERTAS KERJA SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

1.0 Tujuan Kertas Kerja

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kebenaran pihak atasan dan kelulusan sumber kewangan daripada PCG murid-murid pendidikan khas bagi menjayakan program Mini Sukaneka PPKI.

2.0 Pengenalan Program

Selaras dengan perkembangan semasa dan hasrat kerajaan untuk menerapkan budaya bersukan

dalam kalangan murid berkeperluan khas di negara ini. Program Pendidikan Khas Integrasi, SK

Pasoh Satu (F) akan menganjurkan Mini Sukaneka. Mini Sukaneka ini dirasakan perlu bagi

mengeratkan hubungan silaturrahim diantara guru dengan murid pendidikan khas SK Pasoh

Satu (F).

3.0 Objektif Program

3.1 Program ini diadakan adalah untuk menerapkan sikap bekerjasama di dalam diri murid Pendidikan Khas.

3.2 Membantu perkembangan motor kasar dan halus murid-murid Pendidikan Khas yang rata-rata kemampuam mereka masih ditahap minimum.

3.3 Memberi keseronokan dan menggalakkan setiap murid berkeperluan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan aktif.

4.0 Tarikh

23 Oktober 2012 (Selasa)

5.0 Masa

7.00 pagi hingga 12.00 tengahari

6.0 Tempat

Padang Sek. Keb. Pasoh 1 (F)

7.0 Peserta

Murid- murid PPKI : 12 orang

Page 3: KERTAS KERJA SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

8.0 Anjuran

Program Pendidikan Khas Integrasi Sek. Keb. Pasoh 1 (F).

9.0 Tentatif Program

Lampiran A

10.0 Anggaran Belanjawan

Lampiran B

11.0 Penutup

Program Mini Sukaneka ini diharap akan mencapai objektif yang dirancang dan seterusnya dapat memperkembangkan motor kasar dan motor halus murird-murid berkeperluan khas. Oleh itu segala keperihatinan dan kerjasama dalam usaha meluluskan serta mempertimbangkan kertas kerja ini amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________ __________________(Dayang Normeme Binti Azmi)Guru PPKI,Program Pendidikan Khas Integrasi,Sekolah Kebangsaan Pasoh 1 (F)

Lampiran A

Page 4: KERTAS KERJA SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

Tentatif Program

Hari : RabuTarikh : 23 Oktober 2012Tempat : Padang SK Pasoh 1

MASA AKTIVITI

08.00 Pagi – 08.30 Pagi

08.30 Pagi – 09.00 Pagi

09.00 Pagi – 11.00 Pagi

11.00 PAGI – 12.00 Tengahari

12.00 Tengahari

Berkumpul Di Padang Sek Keb Pasoh 1 (F)

Senaman Aerobik

Mini Sukaneka PPKI Sek Keb Pasoh 1 (F)

‘Ais Krim Gergasi’

‘Puncak Mahligai’

REHAT

‘Span Air”

‘Larian Baton’

Penyampaian hadiah

Majlis Bersurai

Lampiran B

Page 5: KERTAS KERJA SUKANEKA PENDIDIKAN KHAS

ANGGARAN BELANJAWAN

Pendapatan RM

i) Bantuan Ko-kurikulum 200.00

Perbelanjaan

i) Peralatan 44.00ii) Kanopi Peserta (saiz 10’x10’) (1 x RM 80.00 ) 80.00iii) Hadiah (4 acara x RM 10.00) 40.00

iv) Makan & Minum ( RM 3.00 x 12) 36.00Jumlah Perbelanjaan 200.00