Kertas Kerja Surau al Huda.docx
-
Upload
maswashamsudin -
Category
Documents
-
view
510 -
download
26
Transcript of Kertas Kerja Surau al Huda.docx
PENGENALAN SURAU AL-‘HUDA’
Surau Al-Huda dibina pada tahun 2005 hasil sumbangan ikhlas daripada YB Dato’
Osman Bin Abdul yang kini Ahli Parlimen Pendang. Pembinaan surau ini telah
menyelesaikan masalah murid dan warga sekolah untuk menunaikan solat secara
berjemaah dan juga melakukan aktiviti – aktiviti keagamaan.
Hasil perancangan yang baik daripada pihak pentadbiran sekolah dan Panitia
Pendidikan Islam SK Bukit Genting banyak aktiviti bercorak keagamaan telah di
jalankan dengan jayanya setiap tahun di surau ini seperti kelas mengaji, mengadakan
ceramah sempena meraikan hari – hari kebesaran islam seperti ceramah Maulidur
Rasul, Ceramah Isra’ Mikraj, Tadarus Al Quran dan Kem Bestari Solat sebagainya.
Bagi memberi keselesaan kepada warga SK Bukit Genting dan menampung jumlah
murid yang semakin ramai, jawatankuasa surau memutuskan untuk menaiktaraf surau
ini dengan memasang lantai jubin untuk mewujudkan suasana yang lebih kondusif.
Selain itu,jawatankuasa surau juga bercadang untuk membesarkan ruang surau supaya
dapat memuatkan lebih ramai jemaah dan memberi keselesaan kepada mereka
apabila mengadakan sambutan hari – hari kebesaran islam dan aktiviti keagamaan .
PROJEK PEMBANGUNAN SURAU AL-‘HUDA’
Keperluan untuk menaiktaraf Surau Al-‘Huda’ dengan memasang lantai jubin perlu
untuk keselesaan jemaah dan menjalankan aktiviti Panitia Pendidikan Islam yang
banyak. Oleh itu, pada Disember 2014 satu Jawatankuasa Tabung Pembangunan
SKBG telah dibentuk untuk merancang dan menguruskan projek menaiktaraf ini yang
diharapkan dapat disiapkan pada pertengahan Februari 2015. Oleh itu,
Jawatankuasa Tabung Pembangunan Surau Al-‘Huda’ memohon
sumbangan daripada orang-ramai untuk membiayai kos
pembangunan menaiktaraf surau ini.
Projek menaiktaraf Surau Al-‘Huda ini dibahagikan kepada 2 Fasa, di mana setiap
fasa akan dilaksanakan secara berasingan. Fasa-fasa tersebut dengan anggaran kos
adalah seperti berikut:
Bil Perkara Anggaran Kos RM1 FASA 1
Memasang jubin lantai1. Surau2. Tempat Wudhuk Lelaki3. Tempat Wudhuk
Wanita
RM 6000.00
2 FASA 2
Membuat pembesaran ruang solat bagi menampung jemaah wanita dan kegunaan aktiviti keagamaan Panitia Pendidikan Islam.
RM 10 000.00
Disediakan oleh
___________________ ( EN.MOHD ZAKI BIN ABDULLAH) NAIB YDP SK BUKIT GENTING PENDANG KEDAH.
AHLI JAWATANKUASA TABUNG PEMBANGUNAN SURAU AL-‘HUDA’
PenasihatEn Mat Saleh Bin Man
PengerusiEn. Mohd Nazri Bin Abd. Ghani
En. Mohd Zaki Bin Abdullah
Timbalan PengerusiEn. Hussain Bin Shaffie
SetiausahaPn Siti Rohayah Binti Abdullah
BendahariPn Maslina Binti Shamsudin
AJKPn. Nur Faizah Binti Peson
En. Mohd Rizal Bin KamarudinEn. Kamarul Saini Bin Saidin
En. Fazrul Hayat Bin SofaruddinPn. Hjh. Fadzilah Binti Hj. Mahamud
Pn. Masri Binti AbdullahPn. Zaidah Binti Hj. Yusuf
SURAU SK BUKIT GENTING YANG BELUM DINAIK TARAF
KERTAS KERJAMENAIK TARAF SURAU
AL - HUDA
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GENTING 06720 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.
SEK. KEB. BUKIT GENTING PENDANG KEDAH