Kertas Kerja Tadika Bestari

69
TADIKA BESTARI, JOHOR BAHRU 1.0 Pengenalan. Pendidikan prasekolah adalah pendidikan terawal yang diterima oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Perkembangan kanak-kanak pada masa ini berada pada tahap kritikal dan membangun dengan pesat sekali meliputi aspek perkembangan fizikal, intelek, emosi, rohani dan sosial. Daripada perspektif Islam, akal kanak-kanak mula bercahaya semasa berumur lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai keupayaan menerima sebarang pengetahuan yang diajar dan dapat menggunakan serba seikit logik akal apabila menyelesaikan masalah. Pendidikan di prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat mengekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan di prasekolah juga juga merupakan pengajaran lanjutan daripada pengajaran di rumah. Oleh itu, penubuhan Tadika Bestari adalah merupakan yang perlu sebagai khidmat kepada masyarakat dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang mereka perlukan. Motto Tadika Bestari adalah Kearah pembentukan Insan Berkualiti dan bertemakan Fun In Learning . 2.0 Rasional. Rasional penubuhan prasekolah ini antaranya adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Selain adalah menjadi hasrat dan cita- 1

description

kertas kerja penubuhan prasekolah

Transcript of Kertas Kerja Tadika Bestari

TADIKA BESTARI, JOHOR BAHRU1.0Pengenalan.Pendidikan prasekolah adalah pendidikan terawal yang diterima oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Perkembangan kanak-kanak pada masa ini berada pada tahap kritikal dan membangun dengan pesat sekali meliputi aspek perkembangan fizikal, intelek, emosi, rohani dan sosial. Daripada perspektif Islam, akal kanak-kanak mula bercahaya semasa berumur lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai keupayaan menerima sebarang pengetahuan yang diajar dan dapat menggunakan serba seikit logik akal apabila menyelesaikan masalah.Pendidikan di prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan kepada kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat mengekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Pendidikan di prasekolah juga juga merupakan pengajaran lanjutan daripada pengajaran di rumah.Oleh itu, penubuhan Tadika Bestari adalah merupakan yang perlu sebagai khidmat kepada masyarakat dalam memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang pendidikan yang mereka perlukan. Motto Tadika Bestari adalah Kearah pembentukan Insan Berkualiti dan bertemakan Fun In Learning.2.0Rasional.Rasional penubuhan prasekolah ini antaranya adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat terhadap kehendak pendidikan awal kanak-kanak. Selain adalah menjadi hasrat dan cita-cita prasekolah ini untuk membina sebuah prasekolah yang mampu melahirkan kanak-kanak yang kreatif dan mampu berdikari.

Tadika Bestari juga berhasrat untuk menjadi tadika rintis yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang budaya usahawan. Rasional penubuhan prasekolah juga adalah untuk menghasilkan kanak-kanak yang mempunyai sikap mesra masyarakat melalui usahasama penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran kanak-kanak.

Penubuhan Tadika Bestari ini juga bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam menyediakan anak-anak mereka melangkah ke alam persekolahan. Suasana yang stimulatif diharap dapat membekalkan anak-anak dari aspek akademik, sosial dan akhlak.

3.0Visi dan Misi Tadika Bestari

3.1MisiMelahirkan kanak-kanak yang berkualiti dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial serta mampu berdikari.

3.2Visi

Pembelajaran di Tadika Bestari akan memberikan kanak-kanak pengalaman dalam interaksi dan sosial yang luas disamping penerapan konsep Islam dalam diri kanak-kanak yang kreatif dan inovatif.

4.0 Objektif Penubuhan.Penubuhan Tadika Bestari dilihat bertepatan dengan suasana dan hala tuju wawasan yang diharap-harapkan. Ia memberi peluang untuk menyuburkan potensi tersembunyi (latent potentials) dalam aspek pembangunan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS).

Objektif-objektif yang hendak dicapai adalah :

4.1 Membentuk perkembangan mental dan intelektual kanak-kanak.

4.2 Membentuk perkembangan sosial dan perhubungan.

4.3 Melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran asas dalam

membaca, menulis dan mengira.

4.4 Memberi kemahiran keusahawanan dalam diri kanak-kanak melalui

pengalaman langsung.

4.5 Membekalkan pembelajaran berkonsepkan Islam yang sebenar.

4.6 Melahirkan kanak-kanak yang berdikari, kreatif dan inovatif.

4.7 Mendidik kanak-kanak menyedari tentang kepentingan penampilan dan

keyakinan diri.5.0 Lokasi Tapak dan BangunanTapak tadika ialah di atas sebidang tanah seluas 800 meter persegi di Jalan Uda Utama 1/1 Johor Bahru. Tapak dan bangunan ini adalah milik persendirian. Pelan Lokasi disertakan dalam Lampiran 1.6.0 Pelan Lantai Bahagian Dalam dan Luar Tadika Bestari6.1 Pelan Lantai Bahagian Dalam (Rujuk Lampiran 2). Merujuk kepada pelan di muka surat tersebut kami telah menyediakan satu pelan bahagian dalam bangunan Tadika Bestari. Bangunan ini adalah seluas 20 X 40 kaki persegi di atas sebidang tanah seluas 50 X 60 kaki persegi.

Bangunan ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kanak-kanak dan aktiviti pembelajaran mereka. Pada asalnya, bangunan ini merupakan sebuah rumah banglo setingkat, yang memiliki 2 buah bilik seluas 10 x 10 kaki persegi dan sebuah bilik utama seluas 10 x 12 kaki persegi. Selain itu terdapat juga sebuah dapur seluas 8 x 12 kaki persegi dan di sebelahnya pula terdapat sebuah tandas seluas 8x8 kaki persegi. Kami telah mengubahnya menjadi sebuah tadika yang mempunyai 1 bilik penyediaan dan penyimpanan makanan, 2 tandas murid, 1 bilik guru dan ibu bapa, 1 bilik aktiviti khas yang dilengkapi dengan set dapur usahawan serta 2 lagi bilik pembelajaran.

Terdapat satu bilik penyediaan makanan di tadika kami ini. Bilik ini adalah seluas 8 X 12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan satu set kabinet dapur berbentuk L beserta ketuhar, dapur dan sinki, sebuah peti ais, serta sebuah rak pinggan mangkuk. Terdapat satu pintu bertutup supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran kanak-kanak dan untuk keselamatan terdapat satu lagi pintu menghala ke bahagian belakang bangunan. Setiap kelengkapan dan peralatan yang ada di bilik ini dilabel bagi memudahkan kerja dan pengurusan barang-barang serta mengekalkan kekemasan bilik.

Terdapat 2 tandas di dalam bangunan Tadika Bestari dan setiap satunya adalah seluas 8 x 4 kaki persegi. Tandas ini dilengkapi dengan tingkap kecil dan kipas pengalir udara untuk mengalirkan bau busuk ke luar. Tandas ini turut dilengkapi dengan mangkuk tandas, tapak pemijak serta sinki dan cermin yang mengikut saiz dan ketinggian kanak-kanak. Lantainya pula dipasang dengan jubin anti lumut dan anti licin bagi mengelakkan kemalangan.

Bilik pembelajaran khas pula merupakan sebuah dapur usahawan dan digunakan juga sebagai bilik makan kanak-kanak. Billik ini seluas 10 X 10 kaki persegi Bilik ini menempatkan beberapa set dapur untuk kanak-kanak serta sinki untuk kemudahan kanak-kanak. Bilik ini digunakan apabila kanak-kanak menjalankan aktiviti seperti masakan, pembungkusan makanan, serta lain-lain aktiviti yang menggunakan peralatan di dapur.

Bilik Matahari pula merupakan satu bilik pembelajaran seluas 10 x 10 kaki persegi. Bilik ini menempatkan sebuah papan putih, dua buah meja bulat, enam buah meja trapezium, lima buah meja segi empat, dan dua puluh kerusi bersaiz kecil khas untuk kanak-kanak. Dinding bilik ini dihiasi dengan pelbagai jenis carta dan mural bagi membantu aktiviti pembelajaran kanak-kanak. Di bahagian syiling pula turut tergantung pelbagai mobil dan bahan bantu mengajar yang lain untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan kanak-kanak.Bilik pembelajaran kedua pula dinamakan Bilik Teratai dan bilik ini adalah seluas 10 X 12 kaki persegi. Bilik ini dilengkapi dengan permaidani pelbagai warna bagi menandakan kawasan kanak-kanak. Bilik ini digunakan untuk aktiviti permainan dalam, kerja berkumpulan dan juga bilik aktiviti kreativiti dan estetika. Bilik ini lebih khusus kepada sudut kreativiti dan fizikal. Terdapat juga beberapa tingkap untuk pengaliran udara dan satu pintu masuk.

Terdapat sebuah garaj berbumbung di bahagian hadapan tadika kami. Garaj ini adalah seluas 10 x 6 kaki persegi. Terdapat sebuah pintu masuk utama dan empat rak kasut untuk kanak-kanak yang disusun di tepi dinding. Garaj ini digunakan sebagai tapak perhimpunan kanak-kanak diwaktu pagi dan tempat kanak-kanak menunggu ibu bapa mereka ketika waktu petang selepas selesai waktu persekolahan. Lantai garaj ini dikemaskan dengan jubin jenis kesat bagi mengelakkan lantai menjadi licin apabila terkena tempias hari hujan.

Bilik guru dan ibu bapa di prasekolah kami adalah seluas 10 X 6 kaki persegi. Bilik ini menempatkan sebuah meja guru, sebuah kerusi beroda untuk guru, sebuah rak fail, dan satu set sofa untuk ibu bapa. Terdapat dua pintu masuk iaitu satu dari arah luar bangunan dan satu lagi dari arah dalam bangunan. Kedua-dua pintu masuk ini berupa pintu kaca jenis gelongsor.bagi membolehkan guru memantau keadaan di dalam dan di luar bangunan. Bilik ini dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada guru dan ibu bapa. Bilik ini turut dilengkapi dengan satu cermin menghadap ke dalam kelas dan digunakan untuk ibu bapa dan guru memantau dan memerhati kanak-kanak. Walaubagaimanapun, untuk tujuan kecemasan atau gangguan bekalan elektrik,bilik ini turut dilengkapi dengan tingkap kaca jenis gelongsor untuk laluan udara dan laluan kecemasan.

Sudut pembelajaran terbuka yang berada di bahagian tengah tadika kami ini seluas 20 X 10 kaki persegi. Sudut ini dilengkapi dengan sebuah pentas, 2 cermin gergasi serta permaidani bagi aktiviti perbualan pagi. Sudut ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti perbualan pagi, membina yakin diri, membina personaliti diri, main peranan, simulasi, demonstrasi dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian sama ada secara individu, kumpulan ataupun kelas.

Sudut senyap pula adalah seluas 6 X 6 kaki persegi dan terletak bersebelahan dengan bilik penyediaan makanan. Dilengkapi dengan rak buku, permaidani tebal, satu tilam bersaiz kecil, bantal pelbagai bentuk dan warna serta sofa kecil untuk kanak-kanak. Sudut ini digunakan untuk kanak-kanak yang sakit berehat serta untuk kanak-kanak lain berehat di waktu senggang. Sudut ini juga menjadi tempat untuk kanak-kanak bersantai dan membaca buku secara senyap. Sudut ini terletak bersebelahan bilik penyediaan makanan dan dinding yang menyambungkan bilik ini dengan bilik penyediaan makanan diperbuat dari kaca tebal supaya pembantu boleh memantau keadaan murid dari dalam bilik penyediaan makanan.

Bersebelahan sudut senyap pula terdapat satu sudut khas yang dinamakan Sudut Usahawan. Sudut ini menempatkan gambar-gambar dan barangan yang dihasilkan oleh murid-murid dan segala yang berkaitan dengan program usahawan. Sudut ini dihias dan diselenggara oleh kanak-kanak dua minggu sekali.

6.2 Pelan Lantai Bahagian Luar (Rujuk Lampiran 3).Di bahagian luar tadika pula terdapat sebuah kolam ikan dan sebuah gazebo di bahagian hadapan. Manakala diantara kolam dan gazebo ini terdapat sebuah pagar utama dan laluan untuk ibu bapa dan kanak-kanak masuk ke tadika. Gazebo tersebut digunakan untuk ibu bapa berehat dan menunggu anak-anak mereka keluar dari kelas manakala kolam ikan pula sebagai hiasan dan permandangan serta tempat untuk kanak-kanak memelihara ikan masing-masing.

Di bahagian tepi pula terdapat sebuah taman herba khas untuk kanak-kanak bercucuk tanam, sebuah taman permainan dan sebuah zoo mini. Taman herba tersebut dibina sendiri oleh kanak-kanak kerana kami ingin memberi lebih banyak pengalaman langsung kepada mereka sekali gus kami akan meningkatkan lagi kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu, taman ini juga akan menghasilkan permandangan yang lebih menarik di tadika kami.

Di sebelah taman herba terdapat sebuah taman permainan yang mengandungi satu set Triorocer, beberapa set mini jongkang - jongket dan satu set buaian. Kawasan sekeliling taman ni pula ditutupi dengan rumput jenis permaidani bagi mengurangkan kecederaan jika kanak-kanak terjatuh ketika mereka sedang bermain.

Zoo mini pula terletak bersebelahan dengan taman permainan. Zoo tersebut mengandungi beberapa sangkar berkunci untuk menempatkan beberapa haiwan jinak seperti burung, kura-kura ayam, dan arnab. Kanak-kanak akan diberi tugas secara bergilir untuk memberi haiwan-haiwan tersebut makan dan untuk aspek kebersihan pula, kami akan melantik pekerja khas untuk membersihkan kawasan luar tadika kami. Dengan cara itu, kawasan kami akan kekal bersih dan teratur.

Di bahagian belakang tadika pula terdapat satu sudut khas untuk aktiviti main pasir dan satu lagi sudut khas untuk aktiviti main air. Kawasan tersebut dilengkapi dengan pili yang boleh digunakan untuk aktiviti main air, berwuduk dan memberus gigi. Hal ini membantu kami untuk menjimatkan penggunaan ruang kerana kebanyakan sudut kami boleh digunakan untuk tujuan yang pelbagai. Kedua-dua sudut ini di tempatkan di bahagian luar bangunan tadika supaya kanak-kanak dapat menghirup udara segar di luar dan mengalami pengalaman yang lebih bermakna dengan situasi sebenar.Secara keseluruhannya, tadika kami mempunyai kawasan seluas 30 kaki persegi di bahagian tepi, 15 kaki persegi di bahagian depan dan 5 kaki lagi di bahagian belakang. Kami memilih untuk memagar keseluruhan kawasan kami bagi memastikan keselamatan kanak-kanak dan harta benda kami terjaga.

7.0 Kurikulum dan Program Pembelajaran.7.1Kurikulum Utama

Kurikulum yang digunakan di tadika ini adalah berdasarkan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang merangkumi enam komponen utama iaitu komponen bahasa dan komunikasi, komponen perkembangan kognitif, komponen kerohanian dan moral, komponen perkembangan sosioemosi, komponen perkembangan fizikal dan yang terakhir adalah komponen kreativiti dan estetika.

Kurikulum utama yang lengkap disertakan dalam Lampiran 4.

7.2Kurikulum Tambahan

Kurikulum tambahan tadika ini adalah berdasarkan kemahiran keusahawanan serta pendidikan Fardhu Ain di sebelah petang.

Kurikulum tambahan yang lengkap disertakan dalam Lampiran 5.7.3Jadual Pembelajaran

Sesi pembelajaran adalah dari jam 8.00 pagi 12.00 tengah hari.

Terdapat juga sesi pembelajaran sebelah petang selama 2 hari untuk kelas untuk kurikulum tambahan kami yang kami panggil Iqra yang bermula jam 1.00 petang 2.00 petang.

Jadual pembelajaran yang lengkap boleh dirujuk pada Lampiran 6.7.4Buku khas yang digunakanTadika Bestari telah memilih empat buah buku khas yang digunakan dalam pembelajaran kanak-kanak di sini. Buku-buku tersebut terdiri daripada buku yang bertajuk Cahayaku untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia, buku Little Ones Eduworld untuk pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan English, Iqra untuk pembelajaran sewaktu Kelas Fardhu Ain dan sebuah Art Book untuk komponen kreativiti dan estetika.

7.6Program Tambahan

Program-program tambahan yang dirancangkan adalah program-program yang melibatkan kerjasama ibu bapa dan komuniti setempat.

Rujuk Lampiran 7 untuk melihat kalendar akademik (Takwim) Tadika Bestari.8.0 Aspek Pemakanan.8.1 Prinsip Penyediaan Makanan

Penyediaan Makanan TadikaStatus pemakanan mempengaruhi perlakuan kanak-kanak. Kandungan nutrisi dalam kombinasi penyediaan menu makanan sangat penting kepada perkembagan kanak-kanak. Oleh itu,kami memilih untuk menyediakan makanan secara sendiri oleh pembantu tadika yang telah dilatih. Terdapat beberapa prinsip penyediaan makanan yang disyorkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia yang turut diamalkan di Tadika Bestari, iaitu :i. Berikan pelbagai jenis makanan yang baik dan berkhasiat melalui kombinasi yang bersesuaian berdasarkan piramid makanan.

ii. Jadikan nasi, lain-lain bijirin dan makanan berasaskan bijirin sebagai sumber tenaga yang utama.

iii. Galakkan pengambilan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan vitamin dan mineral.

iv. Berikan ikan, daging tanpa lemak, ayam, telur, kekacang dan berasaskan kekacang untuk protein.

v. Berikan susu, produk tenusu dan lain-lain makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari.

vi. Berikan daging tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran dan makanan lain yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk mencegah kekurangan zat besi.

vii. Lemak adalah penting tetapi pemberian secara berlebihan patut dielakkan.

viii. Hadkan gula-gula, makanan manis dan minuman bergula dan kurangkan pengambilan garam.

ix. Jika snek diperlukan, pilih makanan yang berkhasiat dalam jumlah yang kecil dan berikan pada masa yang sesuai.

x. Sediakan makanan yang bersih dan selamat untuk dimakan.

8.2 Menu Makanan

Terdapat beberapa amalan pemakanan yang dijadikan rutin harian di Tadika Bestari. Antaranya adalah :i. Sebelum memulakan pembelajaran murid akan diberi makan 7 biji kismis.

ii. Bagi murid yang tidak bersarapan disediakan biskut dan juga susu.

iii. Terdapat 4 set menu makanan bagi sarapan pagi yang ditukar pada setiap minggu.

iv. Untuk selingan antara sarapan pagi dan makan tengahari kami menyediakan kudapan. Kebiasaanya sajian bagi kudapan adalah kuih, tetapi bagi menyeimbangkan zat dan vitamin kepada kanak-kanak kami menghidangkan buah-buahan sebagai snek.

v. Makan tengahari disediakan untuk hari Isnin, Selasa dan Khamis disebabkan murid mengikuti kelas fardhu ain pada sebelah petang. Untuk makan tengahari terdapat 2 set menu makanan yang ditukar pada setiap minggu

Set menu yang lengkap boleh dilihat dalam Lampiran 8.9.0 Aspek Kebersihan dan Keselamatan.

9.1 Aspek Kebersihan. Rujuk Lampiran 9 9.2 Aspek Keselamatan. Rujuk Lampiran 10

10.0 Aspek Kesihatan.Tadika Bestari amat mementingkan kesihatan murid-muridnya. Pihak Tadika perlu mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah untuk meminta pihak klinik datang dan membuat pemeriksaan ke atas murid-murid. Menurut Kementerian Kesihatan Bahagian Sekolah, antara masalah-masalah kesihatan yang di kesan di kalangan murid sekolah adalah:

1. Obesiti

2. Ketajaman penglihatan

3. Rabun warna

4. Tulang rangka yang tidak normal

5. Jangkitan cacing

6. Kudis buta

7. Kurang pendengaran

Perkhidmatan kesihatan sekolah

Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, kanak-kanak Tadika Bestari akan menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut:

1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

2. Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di tadika dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.

3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.

11.0 Kos Penubuhan.

Modal permulaan RM 20, 000 penubuhan tadika ini adalah hasil perkongsian 2 orang pemilik Tadika Bestari iaitu :

1) Nur Arif Shah bin Ramli2) Soraya Alia bt. Abdul WahabAnggaran pendapatan dan perbelanjaan Tadika Bestari yang lengkap boleh dilihat pada Lampiran 11.12.0 Staf

Seramai 2 orang guru dan seorang pembantu telah dipilih untuk bekerja dengan prasekolah ini. Kriteria pemilihan adalah mereka yang mempunyai minat mendalam dan berpengalaman serta gru yang mempunyai keputusan yang agak baik dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Sains di peringkat Diploma Pendidikan atau sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.Butir-butir mengenai guru-guru adalah seperti berikut :BilNamaNo. K/PKelulusanPengalaman Berkaitan

1Areej bt Ifzam890511-06-5380Diploma Pendidikan, UM (TESL, Ekonomi)Menjadi guru tadika di Kuala Lumpur selama 3 tahun.

2Muhrizah Huda bt Idham870303-01-5844Degree In Statistics, UITMMenjadi guru tuisyen dan menjadi guru tadika selama 5 tahun.

13.0Penutup.

Pada masa kini, kebanyakan ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan akan menghantar anak-anak mereka ke tadika atau prasekolah seawal usia 4 atau 5 tahun lagi. Kesukaran mencari sekolah bagi ibu bapa akan dapat diselesaikan dengan tertubuhnya tadika ini. Tadika Bestari ini dapat memberikan pendidikan dan pengalaman yang dapat menyediakan kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar. Oleh itu, diharapkan agar kertas kerja ini dapat diberikan kelulusan agar tadika yang akan melahirkan generasi muda yang berkualiti dapat ditubuhkan dengan jayanya.LAMPIRAN 1

PELAN LOKASI TADIKA BESTARI

LAMPIRAN 2

PELAN DALAM TADIKA BESTARIPELAN DALAM TADIKA BESTARI

Petunjuk :

LAMPIRAN 3

PELAN LUAR TADIKA BESTARIPELAN LUAR TADIKA BESTARI

Petunjuk :

LAMPIRAN 4

KURIKULUM UTAMA TADIKA BESTARIKOMPONEN

: BAHASA DAN KOMUNIKASI

MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA.

A. MATLAMAT

1. Mengenali, menyebut dan menulis huruf-huruf abjad.

2. Boleh menerima dan melakukan arahan.

3. boleh berhubung dengan ibu bapa dan kawan-kawan dengan komunikasi yang baik.

B. SUKATAN PELAJARAN

a) LISAN :-

1. Membiasakan murid-murid dengan lafaz yang baik, seperti :

Assalamualaikum

Apa Khabar

Terima Kasih

2. Membezakan bunyi-bunyi :

Binatang

Kenderaan

Orang menangis.

3. Menamakan benda-benda maujud.

4. Menerangkan bentuk-bentuk asas, warna dan saiz.

5. Melakukan sesuatu permintaan yang mudah dengan bahasa yang betul

dan tepat.

b) BACAAN

1. Mengkelaskan benda-benda mengikut kumpulan dari segi saiz dan warna.

2. Menyusun benda-benda mengikut urutan dari benda yang kecil kepada besar, rendah kepada tinggi.

3. Menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama.

4. Mengenal huruf-huruf mengikut bentuk yang seakan-akan sama.

Contoh : b dan d, p dan q

5. Membunyikan suku kata-suku kata terbuka.

6. Membaca perkataan.

c) TULISAN

1. Latihan pergerakan tangan.

2. Menguasai pergerakan tangan secara bebas supaya bleh menulis dengan selesa dan sempurna.

3. Latihan mata dari kiri ke kanan / atas ke bawah.

4. Koordinasi mata dan tangan.

5. Menekap huruf-huruf yang diajar.

6. Menulis bentuk-bentuk huruf.

7. Menulis suku kata.

8. Menulis perkataan mudah.KOMPONEN

: PERKEMBANGAN KOGNITIF

MATA PELAJARAN : MATEMATIK

A. MATLAMAT

1. Memberi pengalaman kepada murid-murid mengenai konsep angka berasaskan pengalaman harian.

2. Membolehkan murid-murid mendapat pengalaman mengenai persekitaran mereka dan hubungannya dengan angka.

3. Membolehkan murid-murid mengenal bentuk-bentuk dalam matematik berasaskan pengalaman harian.

B. SUKATAN PELAJARAN

1. Pengalaman warna-warna asas.

2. Pengalaman set (himpunan).

3. Mengenal 1-10 (termasuk menulis angka-angka tersebut).

4. Mengenal bentuk-bentuk geometri.

5. Konsep saiz dan ukuran.

6. Konsep siri.

7. Konsep nilai.

8. Konsep tambah atau tolak dengan nilai 1-10.C. PELAKSANAAN

1. Menggunakan kad-kad warna asas dalam mengenalkan warna-warna, seterusnya benda-benda di sekeliling yang selalu digunakan.

2. Latihan mewarna / membulatkan benda-benda di sekeliling yang selalu digunakan.

3. Menyediakan benda-benda yang sama jenis untuk konsep pengajaran himpunan set.

4. Mengajar saiz : besar, kecil, panjang, pendek, tinggi dan rendah.

5. Mengajar konsep nilai dengan menunjukkan kad-kad imbasan yang mempunyai nilai-nilai tertentu.

6. Mengajar konsep tambah dan tolak dengan cara menggunakan benda-benda maujud dan kad-kad angka.

KOMPONEN

: PERKEMBANGAN KOGNITIF

MATA PELAJARAN : ASAS SAINS.

A. MATLAMAT.

1. Memperkenalkan konsep sains dan fungsinya dalam alam sekitar dan man-made-environment.

2. Memperkenalkan konsep membesar.

3. Memperkenalkan konsep panas, sejuk, kering basah dan alam sekitar.

4. Memperkenalkan tempat tinggal manusia dan haiwan.

5. Memperkenalkan makanan manusia.

B. SUKATAN PELAJARAN.

1. Kecil dan besar dalam alam sekitar (bumi, langit, air, tanah dan sebagainya) dan man-made-environment.

2. Prinsip membesar.

3. Panas, sejuk, kering dan basah.

4. Tempat tinggal manusia, haiwan dan perbezaan-perbezaannya.

5. Makanan manusia jenis-jenis makanan, proses pemakanan.

C. PELAKSANAAN.

1. Gunakan alam sekitar tadika untuk menerangkan konsep saiz atau gambar-gambar benda hidup yang berbeza saiz.

2. Prinsip membesar tumbesaran biji benih (melalui ujikaji).

3. Panas dan sejuk gunakan ais dan air. Gunakan jangkasuhu untuk melihat perbezaan suhu.

4. Cuaca gambar-gambar di musim panas, kering dan atau hujan dan terangkan aktiviti-aktiviti di musim-musim yang tertentu ini.

5. Gunakan gambar-gambar untuk menerangkan tempat-tempat tinggal manusia berbagai-bagai jenis tempat tinggal.

6. Makanan bahagikan makanan yang boleh didapati dari binatang dan dari tumbuhan.KOMPONEN

: KREATIVITI DAN ESTETIKA

MATA PELAJARAN : SENI VISUAL

A. MATLAMAT

1. Agar murid-murid dapat melibatkan diri, pemikiran dan daya kreatif untuk satu-satu ciptaan Allah yang berfaedah serta menambahkan ketajaman pengamatan dan meningkatkan daya koordinasi antara mata dan tangan yang bak untuk menghasilkan karya seni.

B. SUKATAN PELAJARAN

1. Lukisan

2. Catan

3. Kolaj

4. Cetakan

5. Capan

6. Muzik

7. Lipatan dan guntingan

8. Lipatan dan celupan

9. Main pondok-pondok

C. PELAKSANAAN

1. Teknik yang digunakan untuk pengajaran adalah mengikut daya kreativiti guru-guru.

KOMPONEN

: BAHASA DAN KOMUNIKASI

MATA PELAJARAN : BAHASA INGGERIS.

A. MATLAMAT

Memperkenalkan dan mengajar asas Bahasa Inggeris.

B. SUKATAN PELAJARAN.

1. Mengenal diri sendiri nama, jantina, umur dan anggota badan.

2. Mengenal warna-warna asas.

3. Mengenal angka 1-10 dalam Bahasa Inggeris.

4. Mengenal konsep saiz dan perbezaannya.

5. Konsep masa.

C. PELAKSANAAN.

1. Dalam mata pelajaran ini, guru boleh menggunakan teknik :

i. Lisan.

ii. Kad-kad imbasan atau benda-benda di sekeliling tadika.

iii. Slide show.

iv. Lakonan.

2. Teknik yang digunakan bergantung kepada kebolehan murid-murid sama ada cepat atau lambat menerima pengajaran.

KOMPONEN

: PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM

A. MATLAMAT

1. Membekalkan murid dengan pengetahuan asas Islam dalam agama yang merangkumi ilmu Tauhid, Fiqah, Tasawwuf dan Sejarah Islam.

2. Menanamkan rasa cinta dan taat kepada Allah serta mewujudkan rasa hubungan langsung dengan-Nya dalam setiap perlakuan di dunia.

3. Memahamkan murid akan hubungan manusia dan alam dengan Pencipta serta kaitan kehidupan di dunia dengan akhirat.

4. Membina peribadi mukmin yang beriman, bertaqwa, berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh kerana Allah semata-mata.

5. Memastikan murid mengamalkan adab-adab serta cara hidup Islam yang syumul dengan mengambilnya dari sumber-sumber Islam, terutama Al-Quran dan Al-Hadis.

6. Menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Nabi Muhammad melalui penceritaan riwayat hidup dan sifat-sifat baginda yang terpuji.

7. Menjadikan Nabi Muhammad dan sunnah baginda sebagai model untuk diteladani dalam segenap aspek kehidupan.

B. SUKATAN PELAJARAN

1. Aqidah (merangkumi Rukun Iman dan Rukun Islam)

2. Ibadah

3. Akhlak

4. Sirah

C. PELAKSANAAN

1. Guru membacakan serta menerangkan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah yang berkaitan dengan pelajaran Aqidah, Ibadah, Akhlak dan Sirah.

2. Guru mengajar dan melatih murid melakukan ibadah-ibadah khusus dan sunat dalam Islam, secara individu dan kumpulan.

3. Murid mempraktikkan cara berwudhuk dengan sempurna dan solat secara berjemaah.

4. Murid berlatih membaca doa-doa tertentu selepas solat, wirid/zikir dan doa-doa harian sehingga lancar, secara individu dan secara beramai-ramai.

5. Guru menjelaskan sifat-sifat Allah SWT, sifat-sifat Rasul dan perkara-perkara samiyyat menerusi cerita-cerita yang bersesuain dengan tahap murid.

6. Murid menghafal Rukun Iman, Rukun Islam, 99 nama Allah SWT, nama-nama 25 Rasul, sifat-sifat Allah dan sebagainya melalui nasyid yang diajar oleh guru.

7. Guru menceritakan riwayat hidup Rasulullah dan sifat-sifat terpuji baginda yang patut diamalkan oleh setiap muslim.

8. Guru mendidik murid berakhlak mulia dengan menerangkan adab-adab dalam Islam, sifat-sifat mahmudah dan mazmumah melalui contoh-contoh khusus, gambar-gambar, cerita-cerita agama dan kisah-kisah teladan yang menarik.

9. Murid-murid melakonkan watak-watak yang bersifat mahmudah atau mazmumah dengan bimbingan guru (main peranan).

10. Guru dan murid sama-sama mempraktikkan sunnah Nabi/cara hidup Islam sekadar termampu.

11. Guru menguji kefahaman dan ingatan murid menerusi sesi soal jawab dan pelbagai latihan.

LAMPIRAN 5

KURIKULUM TAMBAHAN

KURIKULUM TAMBAHAN.

MATA PELAJARAN : ASUHAN MEMBACA AL-QURAN

A. MATLAMAT

Untuk memperkenalkan semua huruf-huruf hijaiyah, bentuk huruf dan sebutannya dan persediaan untuk membaca Al-Quran.

B. SUKATAN PELAJARAN

Pembacaan menggunakan kaedah Iqra dari Buku 1 Buku 6.

C. PELAKSANAAN.

1. Murid-murid dikumpulkan dalam kumpulan lebih kecil dengan nisbah guru : murid maksima 1 : 5.

2. Murid-murid dibekalkan dengan buku-buku Iqra 1-6.

3. Pembacaan dimulakan dengan buku 1 dan seterusnya 2, 3, 4, 5 dan 6 mengikut kemahiran.

4. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) seperti kad imbasan atau kemudahan ICT. Tulisan-tulisan yang besar dan jelas digunakan.

5. Aktiviti-aktiviti menambahkan kemahiran seperti penulisan dan menggunakan plastisin bagi membentuk huruf-huruf.

MATA PELAJARAN : HAFALAN MUQADDAM.

A. MATLAMAT

1. Untuk mengajar murid-murid menghafal surah-surah pendek yang terkandung dalam Al-Quran.

2. Menanam rasa cinta kepada Al-Quran melalui tanggungjawab membaca dan menghafal.

B. SUKATAN PELAJARAN

1. Menghafal surah Al-Fatihah.

2. Menghafal dari awal surah iaitu Surah An-Nas, untuk yang selanjutnya

mengikut kemampuan hafalan mereka.

C. PELAKSANAAN.

1. Murid-murid dibekalkan dengan Muqaddam setiap seorang.

2. Guru membaca dan murid-murid mengikut bacaan guru. Setelah seorang murid telah lancar bacaannya, barulah dipindahkan ke surah yang baru.

3. Guru menyemak bacaan murid dan hafalan setiap daripada mereka supaya bacaan dan hafalan murid-murid adalah lancar dan tartil.

4. Tafsir ringkas untuk surah-surah yang diajar dan dihafal.

MATA PELAJARAN : KEUSAHAWANAN

A. MATLAMAT

1. Untuk memperkenalkan kanak-kanak kepada asas-asas keusahawanan.

2. Menanam rasa minat dan cinta kanak-kanak kepada bidang keusahawanan.

3. Menanam minat kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik melalui aktiviti berjual beli.

4. Memupuk nilai jujur dan amanah dalam menjalankan urusan jual beli.

B. SUKATAN PELAJARAN

1. Memperkenalkan kanak-kanak kepada mata wang yang digunakan di

Malaysia terlebih dahulu.

2. Mengajar kepada kanak-kanak tentang konsep keusahawanan.

3. Memperkenalkan perkara-perkara yang terlibat di dalam bidang keusahawanan seperti pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran.

C. PELAKSANAAN.

1. Kanak-kanak diperkenalkan dengan mata wang yang digunakan di Malaysia terlebih dahulu.

2. Kanak-kanak diberi peluang untuk menghasilkan sendiri barangan yang akan di pasarkan.

3. Seterusnya kanak-kanak akan di ajar tentang proses pembungkusan diikuti dengan proses pemasaran barangan.

4. Aspek kebersihan dan keselamatan turut diselitkan.

LAMPIRAN 6

JADUAL PEMBELAJARAN

LAMPIRAN 7

TAKWIM

TAKWIM TADIKA BESTARI SESI 2014.

JANUARI

BilPERKARATARIKH

1.Sesi Persekolahan Bermula02.01.2014

2.Minggu Kenali Diri (Orientasi)02.01.2014 06.01.2014

3.Minggu Cungkil Bakat Bermula16.01.2014 20.01.2014

4.Oh Ibu.. Oh Ayah..29.01.2014

FEBRUARI

BilPERKARATARIKH

1.Latihan Sukan06.02.2014 10.02.2014

2.Mentorku13.02.2014

3.Kemuncak Nyanyian26.02.2014

MAC

BilPERKARATARIKH

1.Karnival Sukan17.03.2014

2.Kemuncak Penglipur Lara23.03.2014

3.Mentorku26.03-2014

APRIL

BilPERKARATARIKH

1.Mentorku09.04.2014

2.Kemuncak Peragaan21.04.2014

3.Hari Alam Sekitar28.04.2014

MEI

BilPERKARATARIKH

1.Sayang Guru, Cintai Ibu16.05.2014

2.Kemuncak Persembahan Pentas28.05.2014

3.Mentorku28.05.2014

JUN

BilPERKARATARIKH

1.Ujian Pengesanan05.06.2014 07.06.2014

2.Kemuncak Budaya Puisi09.06.2014

2.Mentorku18.06.2014

3.Mesyuarat PIBG25.06.2014

JULAI

BilPERKARATARIKH

1.Minggu Usahawan Muda03.07.2014 07.07.2014

2.Mentorku16.07.2014

3.Kemuncak Kreativiti Seni28.07.2014

OGOS

BilPERKARATARIKH

1.Mentorku06.08.2014

2.Sambutan Hari Kebangsaan31.08.2014

3.Kemuncak Anak Merdeka31.08.2014

SEPTEMBER

BilPERKARATARIKH

1.Mentorku03.09.2014

2.Hari Keluarga16.09-2014

3.Kemuncak Yakin Diri29.09.2014

OKTOBER

BilPERKARATARIKH

1.Mentorku 08.10.2014

2.Kemuncak Hasil Kraf27.10.2014

NOVEMBER

BilPERKARATARIKH

1.Hari Kanak-kanak03.11.2014

2.Kemuncak Anak-anak Deena10.11.2014

3.Konvokesyen Prasekolah Deena17.11.2014

*** Oh Ibu Oh Ayah merupakan satu aktiviti suai kenal di antara kanak-kanak tadika bersama ibu bapa atau penjaga kanak-kanak. Ini adalah penting untuk membina hubungan kerjasama yang baik di antara mereka.

*** Mentorku merupakan aktiviti istimewa Tadika Bestari yang diadakan setiap bulan. Pada setiap bulan, ibu bapa dan kanak-kanak tadika akan berkumpul dan membentuk beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan bergilir untuk menunjukkan sama ada cara memasak sesuatu atau cara-cara menghasilkan sesuatu rekaan kreatif. Ibu, bapa atau penjaga akan menjadi mentor yang akan membuat demonstrasi.

*** Aktivit kemuncak pada setiap bulan seperti Kemuncak Nyanyian, Kemuncak Penglipur Lara, Kemuncak Peragaan dan lain-lain memberi peluang kanak-kanak menyerlahkan potensi diri dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang dikhususkan dalam sesuatu bulan berkenaan. Pada bulan November, terdapat sebuah persembahan khas iaitu Kemuncak Anak-anak Bestari di mana kanak-kanak akan mempersembahkan kehebatan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing sama ada berpantun, bersyair, bercerita, berlakon dan menyanyi pada hari pertandingan ini. Aktiviti bulanan ini bertujuan untuk mengasah bakat dan menbina keyakinan diri yang tinggi di kalangan kanak-kanak.

*** Kemuncak Hasil Kraf merupakan kesinambungan daripada bulan Kemuncak Kreativiti Seni di mana pada bulan ini, kanak-kanak mempamerkan hasil-hasil kreativiti yang telak mereka cipta.

LAMPIRAN 8

SENARAI MENU

SARAPAN PAGI.

SET 1

HARIMENURAMUAN UTAMAKANDUNGAN NUTRISI

ISNINBubur Daging + air teho Beras, daging, sayur sawi, kentang, bawang, gula, garam dan teh.Bubur: Karbohidrat

Daging:Protein

Sawi: Vitamin

Kentang: Karbohidrat

Gula & garam:

Lemak

SELASASandwic Telur, salad + air susuRoti, telur, salad, timun, tomato, lobak, mayonis dan susu.Roti: Karbohidrat

Telur: Protein

Salad, timun, tamato: Vitamin

Mayonis: Lemak

Susu: Kalsium

RABUNasi Goreng + air miloBeras, ayam tanpa lemak, sayur campur, timun, milo dan susu.Nasi: Karbohidrat

Ayam: Protein

Sayur campur dan timun: vitamin

Milo (bijirin): Karbohidrat

Susu: Kalsium

KHAMISRoti Bakar, kacang panggang, telur mata kerbau+ air horlickRoti, kacang panggang, telur, salad, horlick dan susu.Roti: Karbohidrat

Kacang panggang, telur: Protein

Salad: vitamin

Horlick (bijirin): Karbohidrat

Susu: Kalsium

JUMAATPau ayam + air susuPau, ayam, kentang, lobak dan susu.Pau, kentang: Karbohidrat

Ayam: protein

Lobak: Vitamin

Susu: Kalsium

SET 2

HARIMENURAMUAN UTAMAKANDUNGAN NUTRISI

ISNINBan tuna + air susuRoti bun, sardin, salad, timun, tomato dan susu.Roti:Karbohidrat

Sardin: Protein

Salad & timun: Vitamin

Susu: Kalsium

SELASAMee Hoon Goreng + air tehoMee Hoon, daging, sawi, lobak, teh dan gula.Mee Hoon: Karbohidrat

Daging: Protein

Sawi, lobak: Vitamin

Gula: Lemak

RABULempeng pisang + air horlickTepung, susu, telur, pisang, dan horlick.Lempeng: Karbohidrat

Susu: Kalsium

Pisang: Vitamin

Telur: Protein

Horlick (bijirin): karbohidrat

KHAMISMee Sup + air ribenaMee, ayam, kentang, kubis, daun sup, jus ribena.Mee, kentang: Karbohidrat

Ayam: Protein

Kubis, daun sup: vitamin

Ribena: Vitamin, lemak.

JUMAATTauhu sumbat, sos + air milo.Tauhu basah, timun, ayam, sos, tomato,timun, milo dan susu.Tauhu (soya), ayam: protein

Timun, tomato: Vitamin

Sos: Lemak

Milo (bijirin): karbohidrat

Susu: Lemak

SET 3

HARIMENURAMUAN UTAMAKANDUNGAN NUTRISI

ISNINMee Goreng + air glukosa orenMee, taugeh, sawi, ayam, bawang, glukosa oren.Mee: Karbohidrat

Taugeh, sawi: Vitamin

Ayam: Protein

SELASASandwic tuna + air horlick.Roti, salad, timun, tuna, mayonis, sos, horlick dan susu.Roti: Karbohidrat

Salad, timun: Vitamin

Tuna: Protein

Sos, mayonis: Lemak

Susu: Kalsium

RABUBijirin sarapan + air susuBijirin sarapan dan susu.Bijirin sarapan: Karbohidrat

Susu: Kalsium

KHAMISPengat pisang + air miloPisang, sagu, milo dan susu.Pisang: Vitamin

Susu: Kalsium

Milo: Karbohidrat

JUMAATRoti Bakar, telur separuh masak + air susuRoti, kaya, telur dan susu.Roti: Karbohidrat

Kaya: Lemak

Telur: Protein

Susu: Kalsium

SET 4

HARIMENURAMUAN UTAMAKANDUNGAN NUTRISI

ISNINApam kukus + air horlickTepung, telur, ragi, horlick dan susu.Apam: Karbohidrat

Telur: Protein

Horlick: Bijirin

Susu: Kalsium

SELASATosai, kari ayam + air susuTepung, kari, telur, kentang, tomato, bendi,ayam dan susu.Tosai, kentang: Karbohidrat

Susu: Kalsium

Ayam, telur: Protein

Bendi, tomato: Vitamin

RABUKwey teow goreng + air tehKwey teow, daging, ikan bilis, sawi, timun, tomato dan teh.Kwey teow: Karbohidrat

Daging: Protein

Ikan bilis: Iodin

Sawi, timun, tomato: Vitamin

KHAMISPopiah basah + air glukosa lemonKulit popiah, taugeh, lobak, sengkuang dan glukos.Popiah: Karbohidrat

Taugeh, lobak, sengkuang: Vitamin

Glukos: Vitamin

JUMAATPau daging + air miloPau daging,kentang, lobak, kacang pic, milo dan susu.Pau, kentang: Karbohidrat.

Lobak, kacang pic: Vitamin

Milo: Karbohidrat

Susu: Kalsium

KUDAPAN.

SET1

HARIMENU

ISNINEpal merah biji + air masak

SELASAOren biji + air masak

RABUBetik biji + air masak

KHAMISMangga 3 potong + air masak

JUMAATTembikai 3 potong + air

SET2

HARI

MENU

ISNIN

Pisang 1biji + air masak

SELASA

Epal hijau biji + air masak

RABU

Belimbing 3 potong + air masak

KHAMIS

Limau 1 biji + air masak

JUMAATLai biji + air

MAKAN TENGAHARI.

SET1

HARIMENURAMUAN UTAMAKANDUNGAN NUTRISI

ISNINNasi + ayam masak kicap + sayur sawi goreng + air sirapBeras, ayam, kicap, bawang, sawi, dan kordial sirap.Nasi: Karbohidrat

Ayam: Protein

Sawi: Vitamin

Kordial Sirap: Gula

SELASANasi + sup daging, lobak merah dan kentang + air ribenaBeras, daging, bawang, daun sup, kentang, lobak dan kordial ribena.Nasi, karbohidrat: Karbohidrat

Daging: Protein

Daun sup, bawang, lobak: Vitamin

Kordial Ribena: Gula

KHAMISNasi + ikan masak masam manis + sayur lemak taugeh + air orenBeras, ikan kembung, sos, tomato, cili besar, taugeh, susu, bawang, taugeh, susu, kordial oren.Nasi: Karbohidrat

Ikan kembung: Protein

Cili, tomato,taugeh: Vitamin

Kordial oren, sos: Gula, lemak

Susu: Kalsium

SET2

HARIMENURAMUAN UTAMAKANDUNGAN NUTRISI

ISNINNasi ayam + air sarsiBeras, bawang, rempah ratus, daun sup, ayam, halia, timun, salad dan kordial sarsi.Nasi: Karbohidrat

Ayam: Protein

Bawang, daun sup, salad, timun: Vitamin

Kordial Sarsi: Gula

SELASANasi + kurma ayam + sayur kubis goreng + air barliBeras, ayam,serbuk kurma, rempah ratus, susu, kubis, bawang, ikan bilis dan kordial barli.Nasi: Karbohidrat

Ayam: Protein

Kubis, bawang: Vitamin

Kordial Barli: Gula

Ikan bilis: Iodin

Susu: Kalsium

KHAMISNasi + kari daging +sayur kangkung goreng + air manggaBeras, daging, rempah ratus, serbuk kari, bawang, kangkung, dan kordial mangga.Nasi: Karbohidrat

Daging: Protein

Kangkung: Vitamin

Kordial Mangga: Gula

LAMPIRAN 9

ASPEK KEBERSIHAN

ASPEK KEBERSIHAN.

Dari aspek kebersihan, kami membuat keputusan untuk mengupah pekerja kontrak bagi membersihkan dan menyelenggara kawasan luar bangunan tadika kami manakala bagi bahagian dalam bangunan, kami akan bergilir-gilir sesama kami dalam menyelenggara, mengurus dan membersihkan bangunan kami. Kami juga berhasrat untuk melibatkan ibu bapa pada hujung minggu tertentu setiap bulan untuk membantu kami membersihkan kawasan tadika dan menyediakan bahan bantu mengajar untuk aktiviti pembelajaran anak-anak mereka.

LAMPIRAN 10

ASPEK KESELAMATAN.

ASPEK KESELAMATAN.

Keselamatan merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam penubuhan sesebuah tadika. Keselamatan ini bukan sahaja melibatkan soal keselamatan kanak-kanak tetapi ia juga melibatkan soal harta benda, peralatan di dalam dan di luar bangunan serta semua yang berkaitan.

Sebelum mendapat kebenaran dan kelulusan terhadap penubuhan sesebuah tadika, pihak pengurusan tadika berkenaan perlu menyediakan pelan dalam dan luar dan pelan tersebut perlu disertakan di dalam kertas kerja serta dihantar dan disemak oleh pihak bomba, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain badan yang terlibat.

Merujuk kepada hasil temubual dan perbincangan antara kumpulan kami dan pihak bomba, mereka telah menerangkan banyak aspek yang perlu kami fikirkan berkaitan dengan keselamatan. Menurut pegawai di sana, sebelum pihak bomba member kelulusan dan cadangan keselamatan, pihak pengurusan prasekolah perlu menyediakan satu pelan yang lengkap supaya pihak bomba dapat menyemak keluasan dan kesesuian bangunan dengan alat-alat keselamtan yang akan mereka cadangkan kelak.

Setelah menghantar lukisan pelan dalam dan pelan luar tadika kami, pihak bomba telah mencadangkan supaya kami mencari pembekal untuk mendapatkan peralatan keselamatan yang sesuai. Pihak bomba tidak boleh membekalkan semua peralatan kerana mereka tidak dibenarkan untuk berniaga sebaliknya mereka hanya boleh membuat pengesahan dan penyeliaan . Walaubagaimanapun, pihak bomba sedia memberi bantuan dari segi khidmat nasihat dan mereka juga turut memberi kerjasama dengan memberi kami maklumat dan nombor telefon beberapa pembekal berhampiran Johor Bahru. Maklumat berkenaan sangat berguna dan membantu kami.

Berdasarkan nasihat dari pihak bomba, kami telah menyediakan satu pelan laluan keluar semasa berlaku kebakaran dan kecemasan (sila rujuk Lampiran 2). Seperti mana pelan tersebut, kami menyediakan dua pintu pagar untuk laluan keluar dan masuk iaitu di bahagian hadapan dan belakang begitu juga dengan bangunan prasekolah kami. Bangunan kami mempunyai satu pintu utama di hadapan dan juga satu lagi pintu di bahagian belakang. Menurut pihak bomba, untuk mendapat kelulusan dari pihak bomba, pihak pengurusan tadika perlu menyediakan pelan laluan kecemasan terlebih dahulu dan pelan tersebut perlu mengandungi dua pintu untuk laluan keluar dan masuk.

Aspek keselamatan boleh dibahagikan kepada beberapa aspek utama iaitu aspek bangunan, perabot dan peralatan, bahan bantu mengajar, bahan makanan, jalan raya dan lalu lintas, serta aspek emosi kanak-kanak. Dari segi bangunan, terdapat pelbagai perkara yang perlu di ambil. Antaranya seperti pemilihan jubin lantai. Di prasekolah kami, kami memilih jubin yang sederhana kesat untuk memastikan lantai kami tidak licin. Jubin jenis ini kami letakkan di bahagian bilik pembelajaran, bilik penyediaan makanan, bilik aktiviti khas, dan ruang pembelajaran terbuka. Di bahagian garaj dan tandas pula, kami memilih jubin kesat kerana kedua-dua kawasan ini lebih kerap untuk terkena air.

Selain lantai, punca kuasa juga perlu dijaga. Kami memastikan setiap punca kuasa mempunyai penutup bagi mengelakkan berlaku renjatan elektrik. Setiap punca kuasa juga ditempatkan di ketinggian yang tidak mudah untuk dicapai oleh kanak-kanak. Setiap punca kuaca diletakkan jauh dari sumber air demi menjaga keselamatan tadika kami.

Sekeliling bangunan kami pula dilengkapi dengan tingkap-tingkap kaca jenis gelongsor bagi membolehkan cahaya dan udara memasuki ruang bangunan kami. Setiap tingkap dan pintu pula dipasang grill yang boleh dibuka dan dikunci dari dalam bangunan. Grill jenis ini adalah cadangan dan saranan dari pihak bomba kerana menurut pihak bomba, jika berlaku kebakaran, grill dari jenis tidak boleh dibuka akan menyekat laluan kecemasan dan melambatkan proses menyelamat. Dengan menggunakan grill seperti yang disarankan oleh pihak bomba berkenaan, kami dapat mencegah dariberlakunya kecurian sekaligus dapat membantu pihak bomba dan penyelamat menyelamatkan kanak-kanak dengan lebih cepat.

Dari aspek perabot dan peralatan pula, kami memilih perabot dan peralatan yang sesuai dengan saiz kanak-kanak, kukuh dan tegap, tidak tajam dan berat, bebas selumbar, tidak mudah terbalik, bebas bahan kimia merbahaya, bebas karat, memenuhi keperluan dan standard,serta susunannya tidak menghalang pergerakan kanak-kanak. Selain itu, kami memilih perabot pelbagai warna menarik supaya dapat menceriakan kelas kami.

Dari aspek bahan bantu mengajar, kami memilih bahan-bahan yang sesuai dengan saiz dan keperluan kanak-kanak. Setiap bahan disimpan ditempat yang selamat dan dilabelkan. Selain itu, bahan basah dan kering juga di simpan di tempat berasingan bagi mengekalkan kualiti bahan dan memudahkan pengurusan bahan tersebut.

Dari aspek bahan makanan pula, kami menyediakan tempat menyimpan bahan makanan di bilik penyediaan makanan. Bahan kering di simpan di dalam cabinet dapur manakala bahan basah di simpan dalam peti ais. Bahan kering dibeli secara borong sebulan sekali manakala bahan bsah pula dibeli secara mingguan bagi memastikan kesegaran makanan tersebut sekaligus mengelakkan keracunan makanan.

Beralih kepada aspek jalan raya dan lalu lintas pula, kami menetapkan satu peraturan supaya ibu bapa atau penjaga kanak-kanak perlu menunggu dan mengambil anak masing-masing di dalam kawasan tadika. Mereka tidak dibenarkan membawa atau meletakkan kenderaan di dalam kawasan tadika mahupun di hadapan pintu pagar utama prasekolah. Kanak-kanak hanya dibenarkan pulang setelah diambil sendiri oleh ibu bapa dan penjaga mereka.Akhir sekali ialah dari segi aspek keselamatan emosi. Walaupun tidak dapat di lihat secara luaran, kami tetap menitik beratkan aspek ini kerana tanpa emosi yang stabil, adalah mustahil untuk kanak-kanak itu belajar dengan selesa dan mudah. Untuk memastikan keselamatan emosi kanak-kanak di tadika kami, kami memilih bahan pengajaran yang sesuai dengan kehendak, minat dan keperluan mereka. Kami turut mengaitkan pengajaran kami dengan isu-isu semasa yang tidak terlalu berat dan tidak sensitif.

Selain itu, kami juga menyediakan peralatan bagi mencegah dan memadam kebakaran seperti alat pemadam api, sprinkler di syiling, pengesan asap dan haba serta pelan laluan kecemasan. Setiap tiga bulan, pihak bomba dan penyelamat akan datang untuk memeriksa alat-alat berkenaan dan setiap tahun, pihak bomba juga akan mengadakan ceramah kebakaran untuk kanak-kanak dan ibu bapa serta di ikuti dengan latihan kebakaran buat untuk melatih kanak-kanak.

LAMPIRAN 11

KOS PENUBUHAN

A) PENDAPATAN

1) Modal permulaan RM 20,000.00

2) Yuran Pendaftaran (RM 30 x 25)RM 750.00

3) Yuran Bulanan(RM 250 x 11 x 25) RM 68,750.00

4) Bayaran Buku Kerja(RM 200 X 25)RM 5,000.00

5) Bayaran Alatan tulis(RM 70 X 25)RM 1,750.00

6) Bayaran Uniform(RM 44 X 25)RM 1,100.00

JUMLAH RM 97,350.00

B) PERBELANJAAN

1) Peralatan/perabot

i) Meja pelajar

Bulat

Segiempat

ii) Kerusi pelajar

Metal chair street back

iii) Meja komputer pelajar

iv) Kerusi meja guru

v) Kerusi meja pejabat

vi) Katil easy stack cot

vii) Manipulatif storage

(20 Baket)

viii) Manipulatif Cubby Shelf

ix) Manipulatif Storage Shelf

x) White board (double side)

(RM 285 x 8)

(RM 190 X 12)

(RM 40 X 30)

(Rm 295 x 2)

RM 2,280.00

RM 2,280.00

RM 1,200.00

RM 590.00

RM 630.00

RM 540.00

RM 180.00

RM 525.00

RM 490.00

RM 490.00

RM 329.00

RM 9,534.00

2) Taman Permainan

Playhouse Climber

Triorocer

Jongkang-jongkitRM 2,000.00

RM 149.00

RM 300.00

RM 2,449.00

3) Kos binaan dan upah GazeboRm 3,000.00

4) Staf

i) Guru-guru

ii) Kerani

iii) Tukang masak(RM 1,900 X 12)

(RM 800 X 12)

(RM 800 X 12) RM 22,800.00

RM 9,600.00

RM 9,600.00

5) Epf/insuransRM 4,600.00

6) Bayaran buku kerja(RM 150 X 25)RM 3,750.00

7) Bayaran alatan tulis(RM 50 X 25)RM 1,250.00

8) Makan / minum (RM 50 X 25)RM 1,250.00

9) Uniform tadika(RM 30 X 25)RM 750.00

10) Aktiviti tadikai) Keraian tadikaii) Sukan dan permainan(RM 100 X 12)

RM 1,200.00

RM 1,000.00

11) Api / air / telefon(RM 150 X 12)RM 1,800.00

12) Kos membaikpulih

bangunanRM 1,000.00

JUMLAH RM 73,583.00

ROTI, BIJIRIN, PASTA, MEE

BUAH-BUAHAN, SAYUR-SAYURAN

LEMAK, MINYAK, GULA

DAGING, IKAN, AYAM, KUMPULAN KACANG, SUSU, YOGART, KEJU

ARAS 2

MAKAN BANYAK

ARAS 3

MAKAN SEDERHANA

ARAS 4

MAKAN PALING SEDIKIT

ARAS 1

MAKAN PALING BANYAK

l

K

J

I

H

G

F

E

D

C

B

A

8 kaki

2 kaki

6 kaki

6 kaki

12 kaki

10 kaki

10 kaki

4 kaki

4 kaki

8 kaki

20 kaki

10 kaki

4 kaki

4 kaki

12 kaki

Pintu masuk utama

Bilik penyediaan makanan

A

Pintu keluar

Tandas murid lelaki

b

Pintu

Tandas murid perempuan

c

Tingkap

Bilik pembelajaran khas

D

Dinding cermin

Bilik Matahari

E

Pentas

Bilik Teratai

F

Cermin gergasi

Garaj

G

Sinki

Bilik Guru dan Ibu Bapa

H

Mangkuk tandas

Lorong laluan masuk

I

Alat pemadam api

Permaidani

Rak pemisah

Sudut Usahawan

l

Sudut senyap

K

Sudut pembelajaran terbuka

J

j

i

h

g

f

e

d

b

a

5 kaki

15 kaki

40 kaki

60 kaki

50 kaki

c

A

Bangunan prasekolah

b

Kolam ikan

c

Laluan masuk

D

Gazebo

E

Taman herba

F

Taman permainan

G

Zoo mini

H

Sedut main pasir

I

Sudut main air

Setor peralatan

J

Pintu pagar keluar

Pintu pagar masuk utama

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN TADIKA BESTARI

38