kertas kerja TKRS 2012

11
SEKOLAH KEBANGSAAN ULU PIOL,MANONG PERAK KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) 2012 TEMPAT: KEM LATA PERANGINAN PECAH BATU,MANONG KUALA KANGSAR, PERAK TARIKH : 13 – 15 APRIL 2012

Transcript of kertas kerja TKRS 2012

Page 1: kertas kerja TKRS 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN

ULU PIOL,MANONG

PERAK

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN TUNAS KADET

REMAJA SEKOLAH

(TKRS)

2012TEMPAT:

KEM LATA PERANGINAN PECAH BATU,MANONG

KUALA KANGSAR, PERAK

TARIKH :

13 – 15 APRIL 2012

ANJURAN:

PERSATUAN TKRS

Page 2: kertas kerja TKRS 2012

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU PIOL, MANONG

MENGADAKAN PERKHEMAHAN

TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) PERINGKAT SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Program perkhemahan ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan

oleh unit beruniform Tunas Kadet remaja sekolah (TKRS). Aktiviti ini

dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang

ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar

itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial

mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman

yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka

apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan

dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk

meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap

peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam

diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran

yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk

membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal

insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

Page 3: kertas kerja TKRS 2012

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam

menyertai program kepimpinan.

3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan

diri dalam setiap situasi.

3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi,

bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti

yang disediakan.

3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea

yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis

sikap mementingkan diri sendiri.

3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 13 hingga 15 April 2012 iaitu pada hari

Jumaat sehingga hari Ahad.

4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam

4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

4.4 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

Page 4: kertas kerja TKRS 2012

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Kem Lata Peranginan Pecah Batu,

Manong, Kuala Kangsar, Perak;

5.1 Kawasan perkhemahan dengan bentuk muka bumi yang luas dan

selamat

5.2 Keadaan Aliranang sungai yang sederhana

5.3 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti.

5.4 Kedudukan berdekatan dengan Kawasan Kampung pecah batu,

Manong.

5.5 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan

sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 PERASMIAN

Program Perkhemahan Bersepadu ini akan dirasmikan oleh YDP PIBG Sekolah

Kebangsaan Ulu Piol, Manong dalam Majlis Perasmian Penutup Perkhemahan

TKRS. Ia akan berlangsung di perkarangan dewan yang disediakan berdekatan

dengan tapak perkhemahan. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20

minit .

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah peserta : 42 orang (pelajar Tahun 3,4,5 dan 6)

(senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

7.2 Jumlah fasilitator: Guru – guru SK Ulu Piol, Manong

Page 5: kertas kerja TKRS 2012

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat : En Ahamd Ruslan Bin Kamaruddin(Guru Besar)

Pengarah Program : Cik Rasmuna Binti Awang Nik (GK Kokurikulum)

Timb. Pengarah 1 : En Yusra Bin Mohd Yusuf (GK Pentadbiran)

Timb. Pengarah 2 : Pn Hamsiah Binti Abd Rani (GK Hem)

Setiausaha 1 : En Izani@Riduan Bin Berhim

Setiausaha 2 : En Azhami Ikhwan Bin Jamil

Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi : Cik Rasmuna Binti Awang Nik

Setiausaha : En Azhami Ikhwan B Jamil

Bendahari : En Izani@Mohd Riduan Bin Berhim

Kem Komandan : En Hasrul Bin Ismail

Kem Komandan II : Cik Nor Suhaini Binti Abdul Wahab

AHLI JAWATANKUASA

AJK Makanan :

Pn Suzilawati Binti Mahayuddin & Pn Noor Fadhilah Binti Othman

AJK Kerohanian :

En Azhami Ikhwan Bin Jamil

AJK Hadiah dan Sijil :

Pn Aida Binti Mokhtar & Cik Nur Syamsiah Binti Ahmad Bashah

AJK Media :

En Shaharuddin Bin Yub Razali & Cik Rasmuna Binti Awang nik

AJK Disiplin :

Cik Nor Suhaini Bin Abdul Wahab & En Hasrul Bin Ismail

AJK Pendaftaran & Persiapan :

Pn Nur Hamsiah Binti Abd Rani & Pn Khadijah Aini Binti Salleh

AJK Peralatan :

En Yusra Bin Mohd Yusuf & En Izani@Mohd Riduan Bin Berhim

Page 6: kertas kerja TKRS 2012

9.0 PERBELANJAAN

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)

1 Sewa tapak 150.00

2 Cukai Hutan 30.00

3 Aktiviti RM5 X 40 orang 200.00

4 sijil 20.00

5 Hadiah 4 kumpulan X RM30 120.00

6 Sagu hati penceramah 80.00

7 Makan

tengahari x 2

malam x 1

pagi x 1

RM6 x 40 orang

RM3 x 40 orang

RM2 x 40 orang

240.00

120.00

80.00

8 BBQ 200.00

Jumlah 1240.00

Sumber kewangan

Bil Perkara kuantiti Jumlah(RM)1. Kutipan Murid RM15 X 40 600.002. Peruntukan Sekolah 820.003. Sumbangan Luar -4. Sumbangan Guru RM20 x 15 300.00

Jumlah 1720.00

Page 7: kertas kerja TKRS 2012

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan

berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam

aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian

mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan

terbilang. Oleh itu, Kerjasama daripada pihak Tuan amat kami hargai dan

didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. ..................................................

(En Azhami Ikhwan Bin Jamil) (En Ahamd Ruslan bin Kamaruddin)

Setiausaha, Guru Besar,

Persatuan TKRS, Sekolah Kebangsaan Ulu Piol,

Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, 33800, Manong, Kuala Kangsar.

33800, Manong,Kuala Kangsar.

Page 8: kertas kerja TKRS 2012
Page 9: kertas kerja TKRS 2012
Page 10: kertas kerja TKRS 2012

LAMPIRAN 1

JADUAL PERKHEMAHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH

(TKRS)

ANJURAN PERSATUAN TKRS

SEKOLAH KEBANGSAAN ULU PIOL, MANONG

Masa 6.00

8.00

8.00

13.00

13.00

14.00

14.00

16.00

16.00

17.00

17.00

18.00

18.00

20.00

20.00

22.00

22.00

23.00

HARI

PERTAMA

13.4.2012

TAKLIMAT

MENGEMAS

BARANG

PENGURUSAN

DIRI

SOLAT MINUM

PETANG

LDK 1

ICE BREAKING

PEMBENTUKAN KUMPULAN

HARI

KEDUA

14.4.2012

PENGURUSAN DIRI

SOLAT

SENAMAN PAGI

SARAPAN PAGI

PERBARISAN

ORIENTERING

MASAKAN

RIMBA

PENGURUSAN

DIRI SOLAT

MINUM PETANG

ASAS IKATAN

DAN SIMPULAN

TALI

PENGURUSAN

DIRI SOLAT

MINUM PETANG

LDK 2

PERANAN

SEORANG

PEMIMPIN

LDK 3

KRAFTANGAN

HARI

KETIGA

15.4.2012

PENGURUSAN DIRI

SOLAT

SENAMAN PAGI

SARAPAN PAGI

LATIHAN KAWAD

KAKI

MENCARI

HARTA KARUN

PERASMIAN

PENUTUP

DAN

PENYAMPAI

HADIAH DAN

SIJIL

PENGURUSAN

DIRI SOLAT

MINUM PETANG

MENGEMAS ALATAN, REFLEKSI, BREAK CAMP

DAN PULANG