Kertas KerjaPenutup Mini Ulul Albab MRSM Beseri

5
KERTAS KERJA PROGRAM PENUTUPAN DAN PERTANDINGAN HAFAZAN MINI ULUL ALBAB MRSM BESERI 2015 MUQADDIMAH Al Qur’an ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah : “ Sesungguhnya Al Qur’an ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus.”(Al Isra’:9) “Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al Qur’an? Kalaulah Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”(An Nisa’:82). Hadith Rasulullah SAW : “ Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.” Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak MRSM Beseri ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan membaca Al Qur’an. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al Qur’an untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat. RASIONAL Pelajar MRSM Beseri terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Pelajar yang terabai dan tercicir daripada kemahiran Al Qur’an perlu diberi perhatian yang wajar kerana jika dibiarkan berterusan ,akan lahirlah generasi yang kurang berminat untuk menghayati Al Qur’an dan Islam. Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada kebejatan sosial dikalangan masyarakat dan menjejaskan imej Negara. Oleh itu, program celik Al Qur’an menjadi satu keperluan dan tuntutan yang patut dilaksanakan. Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu pelajar untuk membaca dan seterusnya membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan. TEMA Al Qur’an Panduan Hidup Sepanjang Masa

description

Ulul Albab

Transcript of Kertas KerjaPenutup Mini Ulul Albab MRSM Beseri

Page 1: Kertas KerjaPenutup Mini Ulul Albab MRSM Beseri

KERTAS KERJA PROGRAM PENUTUPAN DAN PERTANDINGAN

HAFAZAN MINI ULUL ALBABMRSM BESERI 2015

MUQADDIMAHAl Qur’an ialah Kalam Allah yang menjadi kitab rujukan utama sebagai panduan hidup seorang Muslim. Mafhum Firman Allah : “ Sesungguhnya Al Qur’an ini memberi petunjuk, memimpin kepada jalan yang paling baik dan paling lurus.”(Al Isra’:9)

“Patutkah mereka tidak mahu memikirkan isi Al Qur’an? Kalaulah Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”(An Nisa’:82).

Hadith Rasulullah SAW : “ Aku tinggalkan untuk kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengannya iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.”

Harapan dan wawasan ibu bapa dan pihak MRSM Beseri ialah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara asas bagi penghayatan agama ialah dengan membaca Al Qur’an. Setiap orang Islam bertanggungjawab mempelajari Al Qur’an untuk mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

RASIONALPelajar MRSM Beseri terdiri daripada mereka yang beragama Islam. Pelajar yang terabai dan tercicir daripada kemahiran Al Qur’an perlu diberi perhatian yang wajar kerana jika dibiarkan berterusan ,akan lahirlah generasi yang kurang berminat untuk menghayati Al Qur’an dan Islam. Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada kebejatan sosial dikalangan masyarakat dan menjejaskan imej Negara. Oleh itu, program celik Al Qur’an menjadi satu keperluan dan tuntutan yang patut dilaksanakan. Pelaksanaan program ini diharap dapat membantu pelajar untuk membaca dan seterusnya membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan.

TEMAAl Qur’an Panduan Hidup Sepanjang Masa

OBJEKTIF1. Melahirkan pelajar yang mahir membaca Al Qur’an secara tartil.2. Mendekatkan diri pelajar dengan Al Qur’an dan melahirkan pelajar “PINTAR SOLEH”.3. Memupuk kesedaran pelajar kea rah memahami pengajaran daripada Al Qur’an dan

seterusnya membudayakan Al Qur’an dalam kehidupan.4. Menggembleng kerjasama erat pelbagai pihak ke arah membudayakan Al Qur’an dalam

kehidupan.

Page 2: Kertas KerjaPenutup Mini Ulul Albab MRSM Beseri

SASARANSemua pelajar Muslim lelaki dan perempuan tingkatan satu hingga lima , MRSM Beseri.

TARIKH & TEMPOH MASA16 Oktober 2015 (Jumaat)8.00 pagi – 12.00 tgh

TEMPATDewan Besar MRSM Beseri, Perlis.

MODUS OPERANDI1. Penyediaan kertas kerja dan pembentangan kertas kerja.2. Pembentukan AJK pelaksana.

KANDUNGAN SILIBUS UNTUK PERTANDINGANMenengah Atas – Surah-surah pilihan

1. Tingkatan Empat (2 surah, 61 ayat) : Surah as-Sajdah dan Surah al-Insan.2. Tingkatan Lima (2 surah, 113 ayat): Surah Yaasin dan Surah al-Mulk.

Menengah Rendah – Juzu’ ke 301. Tingkatan Satu (22 surah, 157 ayat) : Surah an-Naas hingga Surah ad-Dhuha.2. Tingkatan Dua (10 surah, 231 ayat) :Surah al-Layl hingga Surah al-Muthaffifin.3. Tingkatan Tiga (5 surah, 176 ayat) :Surah al-Infitar hingga Surah an-Naba’.

SENARAI AHLI JAWATANKUASARujuk lampiran A

ANGGARAN BELANJAWANRujuk lampiran B

Page 3: Kertas KerjaPenutup Mini Ulul Albab MRSM Beseri

KESIMPULAN

Adalah diharapkan semoga program yang akan dijayakan ini bakal memberikan kesan yang mendalam terhadap hati dan minda setiap pelajar untuk sama-sama menghasilkan yang terbaik demi untuk agama, bangsa, keluarga dan negara.

Disediakan Oleh :

(NOOR LIZA BINTI SHUKOR)Setiausaha ,Program Hafazan Mini Ulul Albab,MRSM Beseri,Perlis.

Disokong Oleh :

(AIDBAH BINTI SULAIMAN)Timbalan Pengetua HEP,Maktab Rendah Sains MARA Beseri,Perlis.

Diluluskan Oleh:

(MOHAMAD SALIM BIN L.BULAT)Pengetua,Maktab Rendah Sains MARA Beseri,Perlis.

Page 4: Kertas KerjaPenutup Mini Ulul Albab MRSM Beseri

LAMPIRAN A

SENARAI AJK

1. Penyelaras : Ustaz Abu Hasan Bin Ahmad2. Setiausaha : Ustazah Noor Liza Binti Shukor3. Persiapan Tempat : Ustazah Habibah Binti Abdul Razak4. Peralatan & Siaraya : Ustazah Muniratun Syakirah Binti Abdul Rahman5. Sijil & Hadiah : Ustazah Siti Amrina Binti Bokhari6. Juru Kuiz : Ustaz Nazarudin Bin Othman7. Hakim : Ustaz Mohd Sofian Bin Hussin (Ketua)

: Ustaz Abu Hasan Bin Ahmad: Ustaz Amirul Nassir Bin Yusof

Page 5: Kertas KerjaPenutup Mini Ulul Albab MRSM Beseri

LAMPIRAN B

ANGGARAN BELANJAWAN

BAHAGIAN KUANTITI JUMLAH (RM)

JOHAN RM 50.00 X 6 300.00

NAIB JOHAN RM 40.00 X 6 200.00

SAGUHATI RM 10.00 X 27 270.00

JUMLAH 770.00