Kertas Kerja..Sample

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS 14000 KANGAR PERLIS KERTAS CADANGAN PROGRAM “KEM MOTIVASI PENINGKATAN AKADEMIK” ANJURAN PERSATUAN KEBUDAYAAN GURU PELATIH INDIA IPG KAMPUS PERLIS 1.0 TUJUAN Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pihak pengurusan berkaitan Program Kem peningkatan Akademik sebagai salah satu projek Kebudayaan Guru Pelatih India pada 28 September 2013 dan 29 September 2013. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Program ini merupakan asas kepada mempertingkatkan akademik dikalangan guru pelatih IPG Kampus Perlis 2.2 Penganjuran program ini akan memainkan peranan penting bagi menyediakan guru pelatih untuk

description

kk

Transcript of Kertas Kerja..Sample

Page 1: Kertas Kerja..Sample

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PERLIS

14000 KANGAR

PERLIS

KERTAS CADANGAN

PROGRAM

“KEM MOTIVASI PENINGKATAN AKADEMIK”

ANJURAN

PERSATUAN KEBUDAYAAN GURU PELATIH INDIA

IPG KAMPUS PERLIS

1.0 TUJUAN

Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan pihak pengurusan

berkaitan Program Kem peningkatan Akademik sebagai salah satu projek

Kebudayaan Guru Pelatih India pada 28 September 2013 dan 29 September

2013.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Program ini merupakan asas kepada mempertingkatkan akademik

dikalangan guru pelatih IPG Kampus Perlis

2.2 Penganjuran program ini akan memainkan peranan penting bagi

menyediakan guru pelatih untuk meningkatkan prestasi akademik dan

memberi pendedahan yang akan dijalankan pada tahun ini.

Page 2: Kertas Kerja..Sample

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Program ini merupakan salah satu projek tambahan Persatuan

Kebudayaan Guru Pelatih India bagi tahun 2013 bagi meningkatkan

prestasi akademik guru-guru pelatih.

3.2 Melatih guru pelatih untuk memimpin murid-murid sekolah rendah

selepas penempatan pada masa hadapan.

3.3 Guru-guru pelatih juga mampu menjalinkan hubungan persahabatan

sesama sendiri serta memupuk nilai bekerjasama, toleransi dan tolong-

menolong antara satu sama lain.

3.4 Melalui program ini juga guru-guru pelatih dapat memperoleh

pengetahuan penganjuran sesuatu program.

4.0 STRATEGI PELAKSANAAN

4.1 Matlamat program ini adalah untuk :

I. Menjadi motivasi dan kaunseling kepada guru pelatih supaya lebih

berdedikasi, bersemangat dan mempunyai keyakinan

II. Meningkatkan disiplin dan memupuk semangat keyakinan diri serta

sikap bertanggungjawab dalam kalangan guru pelatih.

III. Mewujudkan integrasi dalam kalangan guru pelatih melalui aktiviti

dalam program ini.

4.2 Kumpulan sasaran ialah guru-guru pelatih seramai 94 orang .

4.3 Penceramah daripada luar Kampus “Vivekkam Motivation team”.

4.3 Ahli Jawatankuasa Sila rujuk Lampiran 1

Page 3: Kertas Kerja..Sample

4.4 Program ini akan diadakan pada 19 Januari 2013 hingga 20 Januari

2013 (Sabtu-Ahad).

4.5 Susunan dan peruntukan masa bagi program ini adalah seperti berikut:

Sila rujuk Lampiran 2

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

5.1 CENDERAMATA

Dihadiahkan kepada penceramah.

5.2 SUMBANGAN

RM 15.00 sebagai sumbangan daripada setiap guru pelatih.

Jumlah ahli = 100 orang

Jumlah sumbangan = 100 orang × RM 15.00

= RM 1500.00

JUMLAH KESELURUHAN SUMBANGAN = RM 1900.00

5.3 PERBELANJAAN

Harga Makanan

Minum pagi =110×RM 2×2 kali = RM 4

Tengah hari/ Malam =110×RM 3×2 kali = RM 9

Minum petang =110×RM 2×2 kali = RM 4

Jumlah (seorang) RM 17

Page 4: Kertas Kerja..Sample

BIL JENIS PERBELANJAAN PERBELANJAAN JUMLAH

1 Makanan (Guru Pelatih) RM 17 x 100 RM1700.00

2 Makanan (Fasilitator) RM 17 x 10 RM170.00

3 Lain-lain RM 30.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 1900.00

6.0 STOR

Tiada implikasi kewangan . Perbelanjaan ditanggung oleh guru pelatih sendiri.

Walaubagaimanapun, diperlukan bahan-bahan seperti senarai di bawah

daripada stor.

Bil Kuantiti Bahan-bahan

1 6 rim Kertas A4

2 100 unit Pen

3 100 unit Fail Kertas

4 100 keping Sijil Penyertaan

5 10 keping Sijil penghargaan

6 10 unit Beg Plastik Sampah

7 7 Kotak Air Mineral

8 2 kotak Pen Marker

9 20 Helai Kad Manila

10 100 Unit Tag Nama

11 2 Gulung Kertas Majong

12 8 unit Cenderamata

7.0 KESIMPULAN

Page 5: Kertas Kerja..Sample

Perancangan dan pengurusan program ini merupakan salah satu komponen

latihan yang amat penting kepada para guru pelatih , dari segi kepimpinan

dan pengendalian aktiviti. Secara keseluruhannya, projek ini mampu

melahirkan kelompok guru yang dapat menunjukkan bakat masing-masing.

Selain itu, projek ini membolehkan para guru pelatih menimba pengalaman

yang berfaedah dan membina guru pelatih yang mantap dari segi

pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran kelak .

8.0 SYOR

Dengan harapan ini semua sokongan daripada semua pihak amat dihargai

dan akan dilaksanakan dengan jayanya dan terancang. Dengan

menganjurkan program ini, dapat meningkatkan disiplin dan memupuk

semangat keyakinan diri serta sikap bertanggungjawab dalam kalangan guru

pelatih.

Disediakan oleh: