Kertas Konsep Dewan

download Kertas Konsep Dewan

of 9

description

mohon sumbangan

Transcript of Kertas Konsep Dewan

KERTAS KONSEPPEMBINAAN GELANGGANG SERBAGUNA BERBUMBUNGSK DATOK KERAMAT (1)KAMPONG DATOK KERAMAT54000 KUALA LUMPUR

1. LATAR BELAKANGSK Datok Keramat 1 (SKDK1) merupakan sebuah sekolah yang terletak dipinggir bandar Kuala Lumpur dan berkongsi premis dengan SK Datok Keramat 2. Sekolah ini mempunyai kawasan yang terhad dan tidak memiliki padang untk menjalankan aktiviti luar bilik darjah samaada sukan mahupun aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO). Walaupun mempunyai sebuah dewan, buat masa ini, warga SKDK1 menjadikan dataran terbuka sebagai tapak perhimpunan dan tapak untuk mengadakan sebarang aktiviti sukan dan GERKO. Kemudahan dewan yang tersedia tidak mampu menampung jumlah yang warga SKD1 yang seramai 500 orang. Namun begitu, apabila hari hujan, sebarang program yang dirancang seperti Perhimpunan Rasmi, GERKO dan PdP Pendidikan Jasmani sedikit terganggu. Oleh yang demikian , pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sekolah bersepakat untuk mencari dana bagi membolehkan satu gelanggang serbaguna berbumbung dibina di tapak perhimpunan yang digunakan sekarang.

2. MATLAMAT2.1 Menyediakan prasana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid berhimpun dan beriadah2.2 Menyediakan kemudahan tempat menjalankan aktiviti luar yang lebih selamat2.3 Program jangka panjang bagi melahirkan bakat-bakat baru.2.4 Memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam penekanan terhadap aktiviti Kokurikulum 3. OBJEKTIF KHUSUS3.1 Meningkatkan kecemerlangan unit Kokurikulum SKDK13.2 Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid dalam sukan dan permainan3.3 Mewujudkan kawasan sekolah yang selamat dan selasa kepada warga sekolah.

4. TARIKH CADANGAN PERLAKSANAANSelewat-lewat akhir November 2015 (juga bergantung kepada bajet yang diterima)

5. JAWATANKUASA PELAKSANA5.1 Pengerusi: Pn Hjh Hasnah bt Hj Daud( Guru Besar SKDK 1)5.2 Pengerusi Bersama : En Mohd Zarki b Jaafar(YDP PIBG SKDK 1) 5.3 N. Pengerusi I: Pn. Nik Zarina bt Yunus( GPK Kokurikulum ) 5.4 Pengerusi II: Pn. Rozitah bt Samsudin( GPK Tadbir dan Kurikulum )5.5 N. Pengerusi III: Cik Lim Beng Siew( GPK Hal Ehwal Murid )5.6 Penyelaras: En Abdul Wahab b Khalid(Guru Cemerlang)5.7 Setiausaha: En Azlan b Azhar(Setiausaha Sukan)5.8 Bendahari: Pn Aishah Arifah bt Amat Ramsa (Bendahari PIBG)5.9 AJK Kecil: Semua Guru dan JK PIBG SKDK1

6. KOMPONEN PROJEK 6.1 Projek ini melibatkan dua jenis pembinaan, iaitu :6.1.1 Gelanggang serbaguna6.1.1.1 Gelanggang akan digunakan untuk perhimpunan pagi, PdP Pendidikan Jasmani dan lain-lain aktiviti luar bilik darjah. Gelanggang akan dibina mengikut saiz standard bola tampar namun juga boleh digunakan untuk bola jaring, futsal, dan sepak takraw

6.1.2 Bumbung gelanggang6.1.2.1 Bumbung akan dibina meliputi seluruh gelanggang untuk membolehkan perhimpunan dijalankan walaupun semasa hari hujan. Binaan bumbung akan memberi keselesaan dan perlindungan daripada hujan dan panas.

6.1.3 Spesifikasi binaan adalah seperti berikut :6.1.3.1 Spesifikasi gelanggang ialah panjang 20.5 meter x 10.4 meter (213.2 m2)6.1.3.2 Spesifikasi bumbung ialah tinggi 20 meter

7. ANGGARAN KOS PROJEK7.1 Binaan gelanggang (termasuk upah)RM 15,000.007.2 Binaan bumbung (termasuk upah) RM 70,000.00JUMLAHRM 85,000.00Disediakan oleh,

.........................................AZLAN BIN AZHARSETIAUSAHA SUKAN

Disahkan dan disokong oleh

.......................................................

ANGGARAN HARGA BINAAN GELANGGANG BERBUMBUNGBIlPerkaraUnit KuantitiHargaAmaun

1.

1.1

1.2GELANGGANG

Kerja-kerja Penyediaan Tapak H/Pukal 1,500.00 1,500.00

a) Mengeluarkan dan mengikis segala yang terkopek, lumut-lumut serta calar-calar di keseluruhan kawasan dataran untuk membina semula dataran yang baru.

b) Menguji dataran pada kawasan air yang bertakung dan menampal serta membaiki ke tahap yang dibenarkan dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa / Wakilnya.

c) Mencuci dataran tersebut dengan mesin tekanan air tinggi (water jet ) sehingga bersih dan diluluskan oleh Pegawai Penguasa / Wakilnya.

d) Kerja-kerja pengorekkan tanah 3000mm lebar dari tepi gelanggang sepanjang 28000mm dengan purata tebal 150mm bagi mendapatkan aras yang dikehendaki dan kerja-kerja membekal serta menambak tanah daripada jenis yang diluluskan oleh Pegawai Penguasa. Kadar termasuk merata dan memadatkan tanah. m 13 25.00 325.00

Kerja-kerja membuat dataran semula ( RE-SURFACING) m 390 25.00 9,750.00 Membekal dan memasang bahan dataran yang baru dari bahan 'TENNISPAVE' atau yang setaraf dengannya dan tahan lasak dengan kaedah seperti berikut :

a) Satu (1) lapisan Prime Coats

b) Dua (2) lapisan Filler Coats

c) Dua (2) lapisan Colour Texture Coats mengikut warna seperti yang diluluskan

d) Dua (2) lapisan tanda dan garisan mengikut ukuran yang diluluskan.

H/Pukal

M3

M2

13

312

2000

40

40

2000

520

12,480

JUMLAH DIBAWA KEBELAKANG15,000

BIlPerkaraUnit KuantitiHargaAmaun

2.

1.1

1.2

1.3

BUMBUNG

Pemasangan :Trusses

Pemasangan Atap

Pemasangan Tiang

H/Pukal

45,000

15,000

5,000

45,000

15,000

10,000

JUMLAH70,000

JUMLAH KESELURUHAN85,000

SK DATOK KERAMAT 154000 KUALA LUMPURTELEFON: 0342560061 FAKS: 0342602968 E-mel :[email protected] Kami: SKDK (1) 800-2/5/1 Jld 2 ( )Tarikh: 18 Jun 2015YB Dato Johari b Abdul GhaniAhli Parlimen Titiwangsa

D/A : Pusat Khidmat MasyarakatAhli Parlimen P119 TitiwangsaWisma Jozawa, No. 39, Jalan 3/76d,Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur.

PROJEK PEMBINAAN GELANGGANG SERBAGUNA BERBUMBUNG SK DATOK KERAMAT (1) Dengan ini perkara diatas adalah dirujuk2. untuk makluman YB Dato pihak sekolah ini sedang berusaha mempertingkatkan kemudahannya untuk kepentingan murid-muridnya. Salah satu projek yang ingin dilaksanakan adalah pembinaan gelanggang serbaguna berbumbung. Pembinaan ini melibatkan iaitu pembinaan sebuah gelanggang serbaguna yang akan dijadikan sebagai: 2.1 Tapak perhimpunan rasmi sekolah setiap hari. 2.2 Tapak gelanggang serbaguna untuk aktiviti-aktiviti seperti: Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani Latihan bola tampar, sepak takraw dan bola jaring Latihan GERKO 3. Oleh itu, besar harapan kami YB Dato, dapat menghulurkan bantuan kewangan untuk menjayakan Pembinaan Gelanggang Serbaguna Berbumbung SK Datok Keramat (1)4. Segala kerjasam dan keprihatinan YB Dato, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.Sekian.BERKHIDMAT UNTUK NEGARASaya yang menurut perintah,

----------------------------------------- ( HJH HASNAH BT HJ DAUD ) Guru Besar , SK Datok Keramat (1), Kampong Datok Keramat,54000 Kuala Lumpur