Kertas Konsep Karnival Keilmuan Dan Kesenian Islam

download Kertas Konsep Karnival Keilmuan Dan Kesenian Islam

of 22

description

kertas kerja prasekolah ipgm

Transcript of Kertas Konsep Karnival Keilmuan Dan Kesenian Islam

KARNIVAL KEILMUAN DAN KESENIAN ISLAM KANAK-KANAK PRASEKOLAH IPGKTAA

TARIKH8 & 9 OKTOBER 2014TEMPATIPG KAMPUS TG AMPUAN AFZANKUALA LIPIS

ANJURAN UNIT PRASEKOLAH JABATAN ILMU PENDIDIKANIPG KAMPUS TG AMPUAN AFZANKUALA LIPIS

1. Pendahuluan

Pendidikan Prasekolah merupakan satu agenda pendidikan yang utama selain daripada agenda besar yang lain. Pelaksanaannya menjurus kepada pembangunan insan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran separa formal. Pendekatan pedagogi yang sesuai harus dititikberatkan dan konsep mudah ubahmenjadi kunci kepada pelaksanaan pendidikan prasekolah. Kertas kerja ini mencadangkan supaya dianjurkan Karnival Keilmuan dan Kesenian Islam Prasekolah bagi membantu dan memberi peluang kepada murid di peringkat ini untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka serta menanam dan memupuk minat kanak-kanak dalam menghayati Islam sebagai cara hidup.Program karnival prasekolah ini merupakan salah satu program yang boleh merapatkan hubungan di antara murid-murid dan tenaga pengajar tadika KEMAS dan PERPADUAN serta Prasekolah Kementerian Pendidikan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Afzan. Program ini banyak memberi impak yang mendalam kepada peserta yang terlibat baik pihak penganjur mahupun pihak yang menyertainya. Program ini juga memberi tumpuan kepada pengisian untuk pensyarah, guru pelatih, murid-murid dan ibu bapa. Program yang dijalankan ini melibatkan beberapa pengisian seperti kursus latihan dalam perkhidmatan serta pameran kepada guru-guru prasekolah dan pensyarah-pensyarah JIP serta guru-guru pelatih manakala murid-murid terlibat dalam beberapa program pertandingan seperti Nasyid, Tulisan Jawi, Bercerita Sirah Nabi, Busana Muslimah dan Mewarna.

2. Objektif

a. Mencungkil bakat dan potensi dalam pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak serta memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan.b. Menggalakkan murid-murid agar dapat berinteraksi sesama mereka serta menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.c. Menanam minat kanak-kanak terhadap tulisan jawi dan mendalami sirah Nabi sertamembentuk daya kreativiti dan estetika secara Islamik.d. Meningkatkan profesionalisme guru-guru dan pensyarah melalui perkongsian ilmu.e. Mempertingkat dan memantapkan pengetahuan serta kemahiran di kalangan guru, pensyarah dan guru pelatih.f. Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang pengurusan program kokurikulum.

3. Tarikh8-9 Oktober 2014(Rabu dan Khamis)

4. TempatIPG Kampus Tg. Ampuan Afzan

5. Penyertaan

Penyertaan adalah terdiri daripada guru, pembantu pengurusan murid serta murid-murid tadika KEMAS, PERPADUAN dan prasekolah sekitar daerah Lipis,

6. Strategi Pelaksanaan

a. Mewujudkan jawatankuasa induk di peringkat IPGb. Melantik jawatankuasa kerja yang terdiri daripada pensyarah JIP, guru pelatih dan waris prasekolah.c. Mengenalpasti lokasi setiap kategori pertandingan.d. Merangka aktiviti bagi pelaksanaan karnival.e. Menjalankan mesyuarat.f. Menyedia dan mendapatkan peruntukan.g. Melaksanakan karnival.

7. Jawatankuasa Induk Karnival PrasekolahPENAUNG : PengarahPENASIHAT: Timbalan PengarahPENGERUSI: Cik Hjh. Salbiah bt IshakPENYELARAS 1: En. Haizuan b. Md YunusPENYELARAS 2: Pn. Rofida bt. HassanSETIAUSAHA: Pn. Zakiah bt Hj. Mohd YunusAHLI JAWATANKUASA: Semua pensyarah JIP Wakil Ibu Bapa En. Zolpatai b. Elias

8. Jawatankuasa Kerja Karnival Prasekolah8.1Jawankuasa Teknik Pertandingan Tn. Hj. Muzafar Shah b. Mustafa En. Abd Jamil b. Sabdin En. Shafie b. Majid 8.2Jawatankuasa Jemputan/Sambutan/Protokol Tn. Syed Ahmad Ruslan b. Syed Abd. Aziz En. Roziky Effendy b. Repin 8.3Jawatankuasa Buku Program Pn. Liew Fee Lan En. Fazli b. Mohd Bazin 8.4Jawatankuasa Hadiah/Sijil/Cenderamata Pn. Maznah bt Madu Pn. Norhamimah bt. Abd Majid 8.5Jawatankuasa Jamuan Pn. Sabiah bt. MohamedEn. Fauzi b. Hassan 8.6Jawatankuasa Pendaftaran En. Hatim Aziwir b. Zaadun Zabir En. Ramlan b. Mustapha 8.7Jawatankuasa Dokumentasi Tn. Hj. Mazda @ Mazdarudin b. Md. IsaEn. Rozman b. Rosely 8.8Jawatankuasa TeknikalEn. Mohd Faizal b. Hassan8.9Jawatankuasa Persiapan TempatEn. Ab. Karim b. AbdullahPn. Norhafizah Hanim bt. Masrom8.10Jawatankuasa PameranCik Hjh Rusini bt. KamaluddinEn. Che lah b. Che MamatEn. Kamarul Arifin b. Abd Rahman8.11Jawatankuasa Bengkel/LPSEn. Mohd Mokhtar b. Nawi8.12Jawatankuasa Publisiti/PenajaanEn. Zolpatai b. Elias

Tentatif ProgramTARIKHMASAAKTIVITITEMPAT

HARI PERTAMA 8 Okt. 2014

8.30 pgPendaftaran

Dewan Darul Makmur

9.00-11.00 pgBengkel Kreativiti dalam prasekolah

Gymnasium & Bilik Tarian

11.00- 2.30 ptgREHAT

2.30-4.30 ptgBengkel Menulis Lirik Lagu Kanak-kanak (BI)

Gymnasium & Bilik Tarian

HARI KEDUA9 Okt 20148.30 pg-Hafazan-Bercerita Sirah Nabi-Pertandingan Mewarna-Pertandingan Tulisan Cantik Jawi Surau As Syafie Prasekolah Ruang legar cafetaria

10.30 pg-Pertandingan Nasyid(Bahasa Inggeris)-Pertandingan Busana Muslim/Muslimah

Dewan Darul Makmur

2.00 ptgJamuanPerasmian Penutup

Dewan Darul Makmur

9. Kewangan / Kos Perbelanjaan Program

SumberOS 29000OS 27000OS 24000Yuran penyertaan Guru & Murid

BILPERKARAANGGARAN KOSSUMBER

1.Makan/Minum Peserta(Murid)(Minum Pagi, Tengahari, Petang)

RM 6 x 460 RM 2760Yuran Peserta

2.Makanan dan Minuman Guru Pengiring(Minum Pagi, Tengahari, Petang)

RM 12.00 x 42 x 2 hari

RM 1008Yuran Peserta

3.Peralatan Pertandingan Murid

RM 500OS 27000

4.Makan minum petugas:

RM 16.00 x 70 x 2 hari

RM 2240OS 29000

5.HadiahSaguhati RM 8.00 x 17Ke-4 : RM 10.00 x 6Ke-3 : RM 15.00 x 6Ke-2 : RM 20.00 x 6Johan : RM 30.00 x 6Cenderahati : RM 560

RM 1146

OS 29000

6.Sijil dan FolderRM 2.00 x 101RM 202OS 27000

7.Pentas dan Hiasan

RM 300OS 24000

8.Pelbagai

RM 300OS 27000

JUMLAH

RM 8456

10. Acara Yang Dipertandingkan dan Jumlah Peserta

BILACARAMURID(setiap sekolah)CATATAN

1.Hafazan/ Azan

2

2.Bercerita Kisah Nabi

2

3.Tulisan Jawi

1

4.Mewarna

3

5.Nasyid

8-10

6.Busana Muslim/Muslimah

2

11. Pameran

Pameran akan diadakan di Pusat Sumber sepanjang program karnival dijalankan.

12. Penutup

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah digariskan. Semoga usaha ini dapat memberi manfaat besar kepada semua pihak yang terlibat. Semoga program ini mendapat pertimbangan dan sokongan daripada pihak pengurusan IPG Kampus Tg Ampuan Afzan. Segala sokongan yang diberi didahului dengan ucapan terima kasih.Disediakan oleh,Disemak oleh,

(ZAKIAH BT. MOHD YUNUS)(PN. ROFIDA BT. HASSAN)SetiausahaPenyelaras Program Karnival KeilmuanProgram Karnival Keilmuandan Kesenian Islam Prasekolahdan Kesenian Islam PrasekolahIPG Kampus Tg Ampuan Afzan.IPG Kampus Tg Ampuan Afzan.

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

(CIK. HJH. SALBIAH BT ISHAK)(DATO HJ. JAAFAR B. IDRIS)Pengerusi PengarahProgram Karnival Keilmuan IPG Kampus Tg Ampuan Afzandan Kesenian Islam Prasekolah 27200 Kuala Lipis, Pahang.IPG Kampus tg Ampuan Afzan.

Disemak oleh,

(PN. ROFIDA BT. HASSAN) Penyelaras Program Karnival Keilmuan dan Kesenian Islam Prasekolah IPG Kampus Tg Ampuan Afzan

Disahkan oleh,

(CIK. HJH. SALBIAH BT ISHAK) Pengerusi Program Karnival Keilmuan dan Kesenian Islam Prasekolah IPG Kampus Tg Ampuan Afzan

Diluluskan oleh,

(DATO HJ. JAAFAR B. IDRIS) Pengarah IPG Kampus Tg Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis, Pahang.

13. Senarai Tugas Jawatankuasa9.1Jawatankuasa Teknik Pertandingana. Menguruskan pertandingan antara pasukan.b. Membuat undian dan menetapkan susunan pertandinganc. Menyedia dan mengedarkan jadual pertandingan.d. Menyediakan borang-borang khas yang diperlukan dalam pertandingan.e. Menyediakan peraturan pertandingan.f. Menyediakan gambarajah tempat pertandingan.g. Melantik seorang runner pertandingan.h. Menyelaraskan semua pertandingan dan pengacaraan pertandingan.i. Menyediakan atucara tadbir pertandingan.

9.2 Jawatankuasa Kepegawaian dan Penghakiman

a. Menentukan hakim-hakim yang akan dilantik.b. Memastikan kedudukan hakim dengan jawatankuasa teknik dan pertandingan.

9.3 Jawatankuasa Jemputan/ Sambutan /Protokol

a. Menyediakan atucara tadbir perasmian penutupan.b. Menguruskan kedudukan dan bilangan kerusi VVIP di atas pentas.c. Menyediakan 2 orang juruacara.d. Menyediakan penyambut tetamu dan pengiring VVIP.e. Menyelaraskan tugas dengan j/kuasa hadiah untuk penyampaian hadiah dan cenderamata.f. Menguruskan acara sambutan VVIP.g. Menyediakan persembahan sebelum upacara perasmian penutup.h. Menetap serta menguruskan upacara perasmiann penutup.i. Menyedia dan mengurus jemputan.

9.4 Jawatankuasa Buku Program

a. Menentukan susunan acara rasmi.b. Menyiapkan kata-kata aluan untuk buku program.c. Mengumpulkan lengkap ahli jawatankuasa .d. Menyediakan draf untuk disemak sebelum dicetak.e. Merancang dan menguruskan percetakan buku mengikut jadual.f. Mengedarkan buku cenderamata lebih awal.

9.5 Jawatankuasa Hadiah/ Sijil/ Cenderahati

a. Mendapatkan hadia-hadiah /cenderamata daripada urusetia.b. Menentukan susunan upacara penyampaian hadiah.c. Bekerjasama dengan jawatankuasa atucara supaya atucara semasa penyampaian hadiah dapat diselaraskan.d. Mengenalpasti penyampai juga penerima hadiah/ cenderahati.

9.6 Jawatankuasa Jamuan

a. Mengaturkan jamuan-jamuan yang telah diputuskan.b. Mengatur dan mengelolakan jamuan.c. Menyediakan makanan dan minuman bagi peserta.

9.7 Jawatankuasa Pendaftaran

a. Memberi penerangan tentang perjalanan acara pertandingan kepada pengurus pasukan.b. Menguruskan pendaftaran.c. Menguruskan bacaan doad. Menguruskan aspek keselamatan

9.8 Jawatankuasa Dokumentasi

a. Menyediakan laporan sepanjang pelaksanaan program.b. Membuat rakaman gambar dan video sepanjang program.c. Mendokumentasikan program.9.9 Jawatankuasa Pertandingan / Urusetiaa. Memastikan tempat pertandingan ,keperluan alatan pertandingan dan membuat perhiasan tempat pertandingan.b. Mengenalpasti hakim yang mempunyai kepakaran untuk menghakimi pertandingan.c. Menyediakan borang-borang berkaitan untuk para hakim.d. Mengumpulkan semua keputusan pertandingan .e. Bekerjasama dengan jawatankuasa hadiah /cenderamata.

HAFAZAN

1. Penyertaan

Setiap prasekolah akan diwakili oleh seorang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan.

2. Hafazan2.1 Surah wajib Al Fatihah2.2 Surah pilihan dua surah dari Kurikulum Prasekolah Kebangsaan2.2.1 Surah An-Nas2.2.2 Surah Al-Falaq2.2.3 Surah Al Ikhlas2.2.4 Surah Al-Lahab2.2.5 Surah An-Nasr2.2.6 Surau Al Asr2.3 Tempoh masa tidak melebihi 7 minit.

3. Pemarkahana. Bahagian A (50)-Hafaz dan Lancarb. Bahagian B (10)-Suara dan Gayac. Bahagian C (40)-Tajwid dan Fasohah

4. Penghakiman4.1 Dihakimi oleh 3 orang panel hakim (Diketuai oleh seorang ketua hakim)Jika berlaku persamaan markah, hendaklah dirujuk kepada markah hafazan dan kelancaran, jika masih berlaku persamaan perlu dirujuk kepada masalah tajwid dan fasohah.4.2 Keputusan hakim adalah muktamad.4.3 Pemenang:a. Johanb. Naib Johanc. Ketigad. Sijil Penyertaan/ Hadiah Saguhati

5. Peraturan Am5.1 Setiap prasekolah hanya diwakili 2 orang peserta.5.2 Bacaan berbentuk tadwir5.3 Setiap peserta diuji bacaan Al Quran secara hafazan dengan lisan melalui surah-surah yang ditetapkan dengan lancar serta mengambilkira hukum hakam tajwid ,fasohah dan suara.5.4 Munabih akan membacakan setiap awalan surah sebanyak dua kali.5.5 Setelah 10 saat peserta gagal meneruskan bacaannya ,munabih akan membimbing peserta. Sekiranya peserta masih gagal meneruskan bacaannya, hafazan tersebut ditamatkan.5.6 Munabih boleh menamatkan bacaan peserta jika difikirkan perlu.

PERTANDINGAN BERCERITA SIRAH NABI

1. PengenalanDalam pendidikan prasekolah, bahasa dan komunikasi merupakan teras kepada pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahiran asas bahasa, murid boleh memahami konsep, menerima maklumat, berfikir, menyelesaikan masalah serta berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain.Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan berkesan akan meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran. Penguasaan kemahiran ini boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan seperti aktiviti bercerita. Kesepaduan aktiviti berteraskan kepada pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema akan menjadikan matlamat Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dapat dicapai. Aktiviti bercerita merupakan asas amalan yang bersesuaian dengan perkembangan murid (ABP).

2. Objektif a. Membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid prasekolah.b. Mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat dan potensi .c. Melahirkan insane yang berketrampilan dan berkeyakinan.d. Mengetahui dan menyemai nilai-nilai murni daripada cerita.e. Mendalami dan mencontohi sirah Nabi.

3. Syarat Pertandingan

Penyertaan3.1Terbuka kepada murid 5 dan 6 tahun .Setiap sekolah dikehendaki menghantar seorang peserta lelaki dan seorang peserta `perempuan.

3.2 Pemilihan Ceritai. Buku cerita yang terdapat di pasaran .ii. Mesej cerita yang bersesuaian dengan tahap muridiii. Mempunyai unsur pengajaran.3.3Masa 3.3.1 Masa penambahan bagi setiap peserta tidak melebihi 5 minit. 3.3.2 Loceng akan dibunyikan pada minit ke 5 menandakan masa tamat. 3.3.3 Markah tidak akan dikira bagi peserta yang melebihi tempoh masa yang ditetapkan.3.3.4 Maksima 5 markah akan ditolak jika melebihi masa yang ditetapkan.3.3.5 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira.

3.4Tatacara Persembahan 3.4.1 Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran berbahasa.

3.4.2 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi dilarang menggunakan props dan Muzik.3.5Pemarkahan BahasaGaya Bahasa-20 markahSebutan jelas-tatabahasa betul-20 markahPengajaran cerita penyampaian-10 markahPetah/kelancaran-15 markahVariasi dan Kreativiti-10 markahIntonasi suara-10 markahPenghayatan (mimik muka, bahasa)-10 markahKostum-5 markah

3.6 Hal-hal lain3.6.1Jika didapati 2 atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama,pemenang akan ditentukan dengan mengambil kira siapa yang mendapat markah tertinggi dalam kombinasi sebutan jelas dan kepetahan.3.6.1Keputusan hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.3.6.1Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Induk.PERTANDINGAN NASYID KONTEMPORARI BAHASA INGGERIS

1. Pengenalan

Pertandingan ini dapat memberi peluang kepada murid melahirkan perasaan ,mencungkil bakat dan memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui nyanyian dan gerakan bercorak keislaman.Penglibatan aktif dalam aktiviti tersebut berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor murid disamping nilai estetika.Melalui komponen ini, murid diberi pendedahan kepada lagu dan muzik.

2. Objektif

2.1 Mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang nyanyian.2.2 Memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berketrampilan.2.3 Mempertingkatkan daya kreatif murid dalam bidang nyanyian .

3. Penyertaan

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid yang berumur 5 dan 6 tahun.

4. Syarat Pertandingan

4.1 Penyertaan 4.1.1Penyertaan terbuka kepada semua murid tidak melebihi umur 6 tahun.4.1.2Setiap kumpulan adalah seramai 8-10 orang peserta.4.2Masa4.2.1Masa yang diperuntukkan ialah 8-10 minit.4.2.2Masa akan hanya dikira sebaik sahaja peserta telah bersedia untuk membuat persembahan.4.2.3Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambilkira dalam masa persembahan.4.2.4Persediaan 5 minit dan kemas 3 minit.

4.3Tatacara Persembahan 4.3.1Sebarang pakaian dan props adalah dibenarkan.4.3.2Murid dikehendaki membuat persembahan diiringi muzik minus one.4.4Skema Pemarkahan4.4.1Harmoni-25 %4.4.2Tempo/Rentak-15 %4.4.3Kreativiti dan Gerakan-25 %4.4.4Persembahan-20 %4.4.5Pakaian dan Props-15 %4.5Keputusan Pengadil4.5.1Keputusan pengadil adalah muktamad.

PERTANDINGAN MEWARNA1. Pengenalan

Kemahiran mewarna harus diajar di peringkat prasekolah lagi kerana ia akan membantu murid melatih daya membuat banding beza antara warna panas sejuk, harmonis dan gabungan warna.Tambahan pula aktiviti ini akan membantu kanak-kanak aktif dalam kemahiran motor halus mereka.

2. Objektifa. Membentuk kemahiran memilih warna yang sesuai dengan gambar yang diberi.b. Mengasah dan membentuk bakat dan potensi murid dalam bidang kesenian Islam.c. Membina minda yang cergas dan cerdas.

3. Penyertaan

Terbuka kepada murid berumur 5 dan 6 tahun.

4. Syarat Pertandingan4.1 PenyertaanPenyertaan terbuka kepada semua murid yang tidak melebihi 6 tahun.4.2 Bahan4.2.1 Peserta dibekalkan dengan kertas lukisan bergambar. Pensel warna hendaklah disediakan oleh peserta sendiri.4.2.2 Nama peserta ditulis di bahagian belakang kertas lukisan bergambar.4.2.3 Guru pengiring tidak dibenarkan membantu peserta.4.2.4 Semua hasil warna adalah hak milik penganjur.4.2.5 Keputusan pengadil adalah muktamad.

5. MasaMasa 1 jam 30 minit

6. Skema Pemarkahan

6.1Warna menepati objek-30 markah6.2Warna Harmoni- 30 markah6.3Kekemasan- 20 markah6.4Ton Warna- 10 markah6.5Kreativiti`-10 markah

PERTANDINGAN BUSANA MUSLIM/ MUSLIMAHSyarat-syarat Pertandingan 1. Terbuka kepada murid prasekolah dan tadika yang berumur 5 hingga 6 tahun.2. Penyertaan adalah mengikut sekolah .Setiap sekolah boleh menghantar 2 orang peserta sahaja.3. Pakaian yang dipertandingkan dinilai dari aspek kekemasan, penampilan diri dan gaya persembahan

PERTANDINGAN TULISAN CANTIK JAWISyarat-syarat Pertandingan 1. Terbuka kepada murid prasekolah dan tadika yang berumur 5 hingga 6 tahun.2. Penyertaan adalah mengikut sekolah .Setiap sekolah boleh menghantar 1 orang peserta sahaja.3. Murid hendaklah menulis tulisan jawi yang dibekalkan oleh pihak penganjur.4. Murid dibenarkan menggunakan pensil khat (pensel yang diukir oleh guru).5. Semasa murid menyalin huruf hijaiyah(huuruf alif hingga ya) dan ayat tunggal,pastikan murid menulis dengan betul dari arah kanan ke kiri.6. Ketepatan menulis sangat penting ,markah akan ditolak sekiranya huruf yang ditulis tidak menepati huruf sebenar.Contohnya huruf ya tiada titik dan sebagainya.7. Setiap kesilapan akan ditolak satu markah ,contohnya sekiranya terdapat 10 huruf hijaiyah yang salah maka 10 markah juga akan ditolak.8. Manakala bagi ayat tunggal murid hendaklah menyalin ayat yang sama sebanyak lima kali berturut-turut.Sekiranya ada perkataan yang tertinggal atau huruf yang tidak lengkap maka 1 markah akan dipotong. Kesilapan berulang tidak diambilkira ,penolakan bagi kesilapan yang berulang akan dikira sekali sahaja.Contohnya huruf tanpa titik ditulis berulang-ulang.9. Masa yang diperuntukkan untuk pertandingan tulisan cantik jawi ialah 40 minit sahaja.

Skema Pemarkahan Kriteria akan dinilai berdasarkan skema pemarkahan seperti berikut:-

a. Ketepatan(60 markah)1. Menulis huruf hjijaiyah dengan betul(35 markah)2. Menulis ayat tunggal dengan betul (25 markah)

b. Cara menulis (20 markah)Dari arah kanan ke kiric. Kekemasan dan Kebersihan (20 markah)

d. Markah penuh adalah 100.