Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

14
KERTAS KONSEP KEJOHANAN SUKAN MUHIBAH 1MURID 1SUKAN TAHUN 2015 Disediakan oleh: Unit Sukan Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Sarawak Tel.: 082-473646 / 656 /669/658 Faks: 082-473668 Alamat emel: [email protected] 0

Transcript of Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

Page 1: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

KERTAS KONSEP

KEJOHANAN SUKAN MUHIBAH 1MURID 1SUKAN

TAHUN 2015

Disediakan oleh:

Unit SukanSektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pendidikan SarawakTel.: 082-473646 / 656 /669/658 Faks: 082-473668

Alamat emel: [email protected]

”MENJULANG PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK”

Fly Kenyalang Fly, Fly High

1. TAJUK

Kejohanan Sukan Muhibah 1Murid 1Sukan

0

Page 2: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

2. LATAR BELAKANG

Kejohanan Sukan Muhibbah 1Murid 1Sukan merupakan kejohanan Sukan yang dicadangkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia dipertandingkan di peringkat negeri dan kebangsaan. Kejohanan ini hanya melibatkan murid-murid sekolah menengah yang belajar di Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sahaja.

3. TUJUAN

Dibentangkan sebagai panduan kepada Jawatankuasa Pengelola untuk memberikan gambaran dan maklumat-maklumat penting yang perlu diberi penekanan semasa merancang dan melaksanakan tugasan.

4. MATLAMAT

Pengelolaan Kejohanan ini adalah bermatlamatkan:

4.1 Kejohanan ini adalah merupakan satu program sukan yang mendukung usaha untuk memenuhi kehendak semua murid sekurang-kurangnya terlibat dalam satu jenis sukan.

4.2 serta mewujudkan perpaduan kaum melalui sukan.

5. OBJEKTIF

Objektif Kejohanan ini adalah seperti berikut;

a) Mencungkil bakat dalam kalangan murid untuk dilatih secara sistematik serta diberi pendedahan ke peringkat yang lebih tinggi.

b) Menjadikan aktiviti bersukan sebagai sebahagian daripada budaya dalam kalangan murid terlibat ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.

c) Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid di antara sekolah yang terlibat.

6. PERISTIWA PENTING SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS KEJOHANAN

6.1 Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Muhibah 1Murid 1Sukan

6.2 Taklimat Kejohanan Sukan Muhibbah kepada Pengelola.6.3 Mesyuarat penyelarasan Jawatakuasa Kerja 6.4 Surat Jemputan ke Kejohanan oleh Pengelola kepada 11 PPD6.5 Laporan Program setelah Kejohanan tamat.6.6 Mesyuarat post-mortem Kejohanan (sekiranya perlu).

7. TARIKH KEJOHANAN

7.1 Peringkat Negeri : 26-28 Ogos 2015 (3 hari )

8. PENGELOLA KEJOHANAN

Pengelola PPD Tatau 1

Page 3: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

9. SISTEM KEJOHANAN

9.1 Kategori : Murid Sekolah Menengah Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan dua sahaja (Lelaki dan Perempuan)

9.2 Peringkat Umur : 13-14 Tahun semasa9.3 Penyertaan : Sekolah Menengah9.4 Sistem pertandingan : Rujuk Peraturan AM MSSM

9.4.1 Sistem pertandingan adalah mengikut peraturan pertandingan sukan masing-masing.

9.4.2 Pungutan mata bagi tempat pertama hingga tempat keenam belas adalah seperti berikut:

KED 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

MATA 50 35 25 20 16 14 12 10 8 7 6 5 4 3 2 1

9.5 Penentuan Johan Keseluruhan:

9.5.1 Daerah yang mengumpul jumlah mata tertinggi daripada semua sukanyang dipertandingkan akan diistiharkan sebagai Johan Keseluruhan.

9.5.2 Jika berlaku seri, johan keseluruhan akan ditentukan berdasarkan kedudukan terbaik daerah dalam setiap sukan

10. SUKAN YANG AKAN DIPERTANDINGKAN:

a) Bola Tampar 4 on 4 Lelaki b) Bola Tampar 4 on 4 Perampuanc) Bola Keranjang 3 on 3 Lelaki d) Bola Keranjang 3 on 3 Perempuan

11 PENDAFTARAN PASUKAN DAN PERMAIN

11.1 Penyertaan peserta berasaskan 11 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)11.2 Murid warganegara Malaysia yang bersekolah sepenuh masa di sekolah kerajaan.11.3 Penyertaan dibenarkan hanya satu pasukan sahaja bagi setiap jenis sukan yang

dipertandingkan.11.4 Murid yang bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia (SSM) atau Sekolah Sukan Negeri

(SSN) tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.11.5 Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai satu jenis sukan sahaja dalam kejohanan ini.11.6 Pendaftaran peserta hendaklah menggunakan borang M01 dan M02 beserta salinan kad

pengenalan yang telah disahkan oleh Pengetua / Penolong Kanan / Unit Sukan MSSB.11.7 Pendaftaran setiap pasukan mestilah terdiri daripada tiga (3) kaum yang berbeza (Melayu,

Cina, India dan Bumiputera Sabah, Sarawak)11.8 Setiap pasukan yang bertanding hendaklah dianggotai oleh sekurang-kurangnya dua (2)

kaum dalam satu masa.11.9 PPD yang menjadi JOHAN di peringkat negeri akan bertanding ke peringkat kebangsaan.

2

Page 4: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

11.10 Setiap PPD wajib menghantar 4 pasukan sahaja.11.11 Setiap PPD hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai pasukan dan peserta

sebagaimana yang telah ditetapkan seperti berikut;

SUKAN

PEGAWAI ATLET

JUMLAH

KET

UA

K

ON

TIN

JEN

PEN

GU

RU

S

JURULATIH

LELA

KI

PER

EMPU

AN

LELA

KI

PER

EMPU

AN

1 1

Bola Tampar 4 on 4 2 1 1 8 8 20

Bola Keranjang 3 on 3 2 1 1 6 6 16

JUMLAH KESELURUHAN 1 4 2 2 14 14 37

12. PELAN TINDAKAN JAWATANKUASA PENGELOLA

BIL PERKARA TINDAKAN PELAKSANAAN1 Merangka kertas Konsep dan urusan

mendapatkan maklumat dan lain-lain kemudahan asas mengenai kejohanan. Anggaran Belanja Mengurus Dapatkan waran peruntukan Tempat kejohanan Kelulusan Kertas Konsep

Pengelolaan

Urus Setia, Unit Sukan

9-15 Julai 2015

2 Mesyuarat, Lawatan Teknikal oleh Pegawai Unit Sukan dan Pengerusi Teknik MSS: Mesyuarat Penubuhan

Jawatankuasa (JK)Pengelola Pembentangan Kertas Konsep Pengesahan Jawatankuasa

Pengelola

Unit Sukan PPD Tatau

3 Ogos 2015

3 Melantik JK Kecil dan Penyediaan kertas kerja Jawatankuasa Kecil (JKK). Semua JKK 5 Ogos 2015

3

Page 5: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

4 Hantaran Siaran Kejohanan ke Kepada 11 PPD

Unit Sukan PPD Tatau

6 Ogos 2015

5 Mesyuarat JK Pengelola(Laporan setiap JKK)Mesyuarat Kedua

Unit Sukan PPD Tatau dan semua JKK

17 Ogos 2015

6 Mengemaskini bahan-bahan untuk buku program.

Unit Sukan PPD Tatau dan semua JKK

18-20 Ogos 2015

7 Menyelaras semua keperluan JKK. Unit Sukan PPD Tatau dan semua JKK

20-21 Ogos 2015

8 Urus Setia beroperasi / Kontinjen PPD Lapor Diri / Pendaftaran dan Penyemakan Peserta

JKK Berkenaan 25 Ogos 2015

9 Penyelarasan dan penyesuaian gelanggang

Unit Sukan PPD Tatau dan JKK Berkenaan

25 Ogos 2015

10 Taklimat Pengadil

Kejohanan bermula

Unit Sukan PPD Tatau dan JKK Berkenaan

26-28 Ogos 2015

11 Penyelarasan Majlis Penutupan Rasmi.

Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah.

Unit Sukan PPD Tatau JKK Berkenaan

28 Ogos 2015

12 Perjalanan Balik Kontinjen MSS Bahagian.

Urus Setia dan JKK Pengangkutan 29 Ogos.2015

13. SUMBER KEWANGANBahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia : RM 12,000.00 peruntukan tersebut hanya untuk pengelola. Manakala Urus Setia Unit Sukan akan menurunkan sebanyak RM 55,000.00 kepada 11 PPD bagi menampung perbelanjaan Pengelolaan di PPD, Pengangkutan, makan minum pemain semasa Kejohanan Peringkat Negeri.

14. PANDUAN BIDANG TUGAS JAWATANKUASA KECIL (JKK)

i. JKK PERTANDINGAN, PERALATAN, DAN KEPUTUSAN

a. Pertandingan: Memastikan tempat pertandingan dilengkapi dengan alatan yang diperlukan dan ikut

seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat penyelarasan. Menyediakan Jadual Pertandingan dengan bantuan PTPS MSSB/MSSS. Mengadakan taklimat pengurus Pasukan. Menyediakan peti / tray surat untuk setiap PPD. Lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

b. Kemudahan & Peralatan

4

Page 6: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

Menyediakan peralatan kejohanan yang berkaitan. Peralatan Am seperti kerusi meja di tempat kejohanan untuk

kegunaan Jawatankuasa pertandingan, teknik, pegawai, para jemputan,penonton. Menyediakan kelengkapan dan bersedia digunakan 30 minit sebelum kejohanan

dimulakan. Bekerjasama dengan JKK Keselamatan dan kecemasan untuk menandakan tempat-tempat

yang penting seperti letakkan kenderaan kecemasan serta pasukan PBSM / St. John Ambulance.

Lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

c. Statistik & Keputusan Pengeluaran dan pengedaran keputusan kejohanan. Memaparkan keputusan semasa. Keputusan keseluruhan kejohanan (Saiz kertas A4). Edarkan keputusan rasmi kepada setiap PPD. Lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

ii. JKK TEKNIKAL

a. Pendaftaran Pemain: Pemeriksaan Borang Pendaftaran (Borang MO1 dan MO2) Maklumkan kepada Urus Setia jika ada keraguan dalam pengesahan pemain. Mengumpul Borang dan hantar kepada Urus Setia untuk simpanan, rekod, maklumat data

atlet. Lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

b. Teknikal: Menyediakan peraturan dengan bantuan PTPS MSSB/MSSS. Melantik pegawai dan pembantu (murid) kejohanan. Sedia kelengkapan gelanggang mengikut standard yang telah ditetapkan. Penyediaan jenis borang dan pengedaran borang. Mengadakan taklimat pengurus Pasukan. Bekerjasama dengan petugas kebersihan bagi memastikan tempat kejohanan bersih

sebelum, semasa dan selepas kejohanan. (JKK Kebersihan) Lain-lain tugas yang difikirkan perlu.

iii. JKK MINUMAN PERTANDINGAN Minuman disediakan untuk pembantu muridl dan pegawai kejohanan di setiap tempat. Menyediakan minum pagi dan minum petang untuk pegawai kejohanan. Lain-lain tugas yang difikrkan perlu.

iv. JKK MAJLIS PENUTUPAN RASMI

Selaraskan dengan Urus Setia, JK Teknikal dan JK Pertandingan mengenai masa dan ATUR CARA Majlis Rasmi.Melantik ketua dalam pembahagian tugas seperti berikut:

Perbarisan dan peralatan, contohnya papan tanda setiap pasukan. Pembawa papan tanda MSSB. Juruacara dan penulisan skrip pentadbiran majlis. Mengadakan dan menguruskan sesi raptai Majlis Penutupan Rasmi. Menguruskan Jamuan seperti berikut:

5

Page 7: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

Semasa Penutupan Rasmi. Peralatan Jamuan, berhubung dengan Jawatankuasa Persiapan Tempat Kemudahan & Peralatan Am

untuk penyelarasan tempat, kerusi, meja dan lain-lain. Menentukan sistem pembahagian jamuan untuk pegawai kejohanan dan pembantu murid.

Memberikan kerjasama kepada Media Massa semasa membuat liputan. Memberi taklimat semasa mesyuarat Pengurus Pasukan. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

v. PENYAMPAIAN SIJIL, HADIAH DAN CENDERAMATA

Mendapatkan hadiah dan sijil daripada Urus Setia. Menyediakan pembantu, peralatan berkaitan dengan penyampaian hadiah. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

vi. JK BUKU PROGRAM, FOTOGRAFI, RAKAMAN DAN SIARAYA

Mereka kulit Buku Program, Banner, Backdrop Mendapatkan, mengumpulkan bahan untuk buku program. Kandungan Buku Cenderamata:

Jawatankuasa Kerja MSS Sarawak Senarai Jawatankuasa MSS Bahagian Senarai Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Kerja Analisis Bilangan Kontinjen Kronologi dan Atur Cara Kejohanan Jadual Kejohanan Peraturan Kejohanan Penghargaan

Memasang banner di tempat kejohanan. Mengambil gambar dari mula hingga akhir kejohanan. Juruteknik, P.A.Sistem dan pentas. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

vii. JK KECEMASAN DAN PERUBATAN

Melantik petugas dari ahli Bulan Sabit Merah atau St. John mengikut jumlah yang dipersetujui dan giliran bertugas.

Memastikan petugas yang dilantik berada di tempat pertandingan pada tarikh, masa yang telah ditetapkan.

Bertanggungjawab terhadap petugas yang dilantik serta kebajikan mereka. Menandakan tempat letak ambulans. Sekiranya ambulans tidak mencukupi, kenderaan Standby harus ditetapkan dan

dimaklumkan kepada pengurus pasukan semasa sesi taklimat. Maklumkan nombor telefon kecemasan yang berkaitan. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

viii. JK KAWALAN KESELAMATAN, LALULINTAS DAN KEBERSIHAN

6

Page 8: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

Menyediakan petugas khasnya mengawal lalu lintas di kawasan meletak kereta. Tumpuan diberikan di Kawasan Pertandingan dan Majlis Penutupan. Menyediakan beg plastik di tempat strategik untuk membuang sampah. Mengumpulkan sampah sarap di tempat kejohanan. Memastikan tempat kejohanan dalam keadaan bersih sebelum, semasa dan selepas

perlawanan. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

ix. JK JEMPUTAN MAJLIS, SAMBUTAN DAN PROTOKOL

Merangka format Kad Jemputan Perasmian Kejohanan. Mengedarkan Kad Jemputan Majlis Penutupan Rasmi kepada (Cadangan):

Pegawai Unit Sukan , JPNS. Semua Setiausaha / Pengurus Pasukan MSSB Semua Penaja. Pegawai Pendidikan Daerah. Pengetua dan Guru Besar Lain-lain jemputan yang difikirkan perlu.

Menyelaraskan dengan JKK Penutupan Rasmi, JK Persiapan Tempat bagi melabel tempat duduk para jemputan dan lain-lain Jemputan.

Menyediakan Pegawai yang bertugas untuk menyambut tetamu semasa Majlis Penutupan. Merangka, mencadang bentuk sambutan yang akan dibuat semasa ketibaan tetamu

kehormat semasa perasmian dan penutupan rasmi dijalankan. Dapatkan dan edarkan buku program semasa menyambut tetamu kehormat. Lain-lain perkara yang difikirkan perlu.

x. BULETIN KEJOHANAN

Mencadangkan kerangka, menyenaraikan isi kandungan dan penyusunan muka surat buletin

Menyunting, mencetak dan mengedarkan buletin kepada semua MSSB, pemberita, JKK dll melalui peti / tray surat di Bilik Urus Setia / Tempat Kejohanan.

7

Page 9: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

Disediakan oleh:

......................................(Urus Setia, Unit Sukan)

Sektor Pengurusan Pembangunan KemanusiaanJabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Disemak oleh:

..............................................(Encik Alta Abang Anak Katum)

Ketua Unit SukanSektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Disokong oleh:

....................................(Encik Ambrose Anak Jarit)

Ketua SektorSektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Diluluskan oleh:

...........................................(Puan Rakayah Binti Haji Madon)

Pengarah Pendidikan Sarawak

8

Page 10: Kertas Konsep Kejohanan Sukan Muhibbah 2015.doc

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

9