Kertas Konsep Peningkatan Badan Pengawas Sekolah

4
Dokumen Rasmi MPP SMKA Inanam Kertas Kerja Ke arah memperkasakan MPP SMKA Inanam tahun 2008 Pengenalan Badan Pengawas atau Majlis Pimpinan Pelajar(MPP) SMKA Inanam merupakan badan pelajar yang membantu pihak pengurusan sekolah dan asrama dalam usaha mengurus, memantau, mendisiplin dan mentadbir pelajar demi mencapai visi dan misi sekolah. Setakat ini, Badan Pengawas atau MPP SMKA Inanam dapat menjayakan segala tugas yang diberikan dengan memuaskan. Ia telah menjadi contoh ikutan dalam beberapa aspek apabila sekolah-sekolah lain membuat lawatan penanda aras atau benchmarking. MPP SMKA Inanam mempunyai beberapa kelebihan yang ketara seperti: 1. Kekemasan berpakaian dan personaliti yang menarik. 2. Kebolehan mengelolakan majlis rasmi mengikut protokol yang betul 3. Keupayaan yang baik dalam persembahan multimedia dan ICT 4. Membantu sekolah dalam menjalankan urusan pengurusan dan pentadbiran pelajar. Namun begitu, badan pelajar ini belum mempunyai kertas konsep yang menggariskan perjalanan kerja dan perlaksanaan tugas pengawas atau MPP. Sehingga setakat hari ini, pengawas atau MPP hanya bertugas mengikut aturan terdahulu atau tradisi sepertimana yang telah dilakukan oleh pengawas atau MPP sebelum ini. Ini tidak bermaksud MPP sekolah ini agak statik dalam pengurusan dan pentadbirannya. Memang berlaku penambahbaikan dari setahun ke setahun, tetapi ia agak terhad, tidak tersusun dan bersifat ad-hoc atau mengikut keperluan semasa.

Transcript of Kertas Konsep Peningkatan Badan Pengawas Sekolah

Page 1: Kertas Konsep Peningkatan Badan Pengawas Sekolah

Dokumen RasmiMPP SMKA Inanam

Kertas Kerja Ke arah memperkasakan MPP SMKA Inanam tahun 2008

Pengenalan

Badan Pengawas atau Majlis Pimpinan Pelajar(MPP) SMKA Inanam merupakan badan pelajar yang membantu pihak pengurusan sekolah dan asrama dalam usaha mengurus, memantau, mendisiplin dan mentadbir pelajar demi mencapai visi dan misi sekolah.

Setakat ini, Badan Pengawas atau MPP SMKA Inanam dapat menjayakan segala tugas yang diberikan dengan memuaskan. Ia telah menjadi contoh ikutan dalam beberapa aspek apabila sekolah-sekolah lain membuat lawatan penanda aras atau benchmarking. MPP SMKA Inanam mempunyai beberapa kelebihan yang ketara seperti:

1. Kekemasan berpakaian dan personaliti yang menarik.2. Kebolehan mengelolakan majlis rasmi mengikut protokol yang betul3. Keupayaan yang baik dalam persembahan multimedia dan ICT4. Membantu sekolah dalam menjalankan urusan pengurusan dan

pentadbiran pelajar.

Namun begitu, badan pelajar ini belum mempunyai kertas konsep yang menggariskan perjalanan kerja dan perlaksanaan tugas pengawas atau MPP. Sehingga setakat hari ini, pengawas atau MPP hanya bertugas mengikut aturan terdahulu atau tradisi sepertimana yang telah dilakukan oleh pengawas atau MPP sebelum ini.

Ini tidak bermaksud MPP sekolah ini agak statik dalam pengurusan dan pentadbirannya. Memang berlaku penambahbaikan dari setahun ke setahun, tetapi ia agak terhad, tidak tersusun dan bersifat ad-hoc atau mengikut keperluan semasa.

Ini memerlukan satu perancangan semula untuk menyusun-atur semula pengurusan dan pentadbiran badan pengawas atau MPP ini. Ini perlu memandangkan badan ini memerlukan satu garis panduan yang lebih tersusun dan sesuai mengikut kehendak dan hala tuju baru sekolah ini.

Matlamat

Menambah-baik dan memperkasakan pengurusan dan pentadbiran serta individu MPP dengan menyediakan satu sistem kerja dalaman yang boleh digunapakai MPP semasa dan MPP masa depan.

Page 2: Kertas Konsep Peningkatan Badan Pengawas Sekolah

Dokumen RasmiMPP SMKA Inanam

Objektif

1. Menyediakan Kertas Kerja Pengurusan MPP SMKA Inanam2. Menyediakan Fail Meja MPP SMKA Inanam3. Menyediakan semua borang dan dokumen berkaitan4. Menyediakan kertas konsep latihan kepimpinan dan kemahiran MPP

Visi

Ke arah melahirkan MPP cemerlang menjelang akhir 2010

Misi

1. Menjenamakan semula MPP dalam segi penampilan, ketrampilan dan personaliti

2. Menjadikan MPP modal insan yang berminda kelas pertama dengan latihan atau kursus kepimpinan, kemahiran dan kursus-kursus lain yang berkaitan yang terarah sifatnya.

3. Menyediakan satu sistem kerja dalaman yang merangkumi semua dokumentasi berkaitan termasuk carta alir dan fail meja MPP.

Perlaksanaan

Untuk mencapai visi dan misi ini, perkara-perkara berikut akan dilaksanakan

Bil Perlaksanaan Tarikh

1Menyediakan kertas kerja bertajuk ’ Ke arah memperkasakan MPP SMKA Inanam.

Mei 2008

2Menyediakan Fail Meja MPP dan perincian fail meja

Mei 2008

3Menyediakan borang-borang dan dokumentasi yang akan digunakan oleh MPP dalam melaksanakan tugas mereka.

Jun 2008

4

Menyediakan contoh-contoh laporan rasmi, kertas kerja, kertas konsep dan dokumentasi lain yang diperlukan dalam memantapkan sistem dokumentasi dan fail MPP

Jun 2008

5Menjalankan kaji selidik untuk untuk pemantapan individu dan organisasi MPP dari semasa ke semasa.

Sepanjang tahun

Page 3: Kertas Konsep Peningkatan Badan Pengawas Sekolah

Dokumen RasmiMPP SMKA Inanam

6Melaksanakan tugas dan program sekolah, asrama dan MPP mengikut fail meja terkini

Jun

7Melaksanakan program-program pemantapan diri dan organisasi MPP

Sepanjang tahun

Penutup

Besarlah harapan kami agar kertas kerja ini dapat dilaksanakan dan disempurnakan supaya visi dan misinya dapat dicapai dengan baik. Ia penting dalam memperkasakan MPP, supaya badan pelajar ini dapat menyumbang tenaga dan kemahiran dalam mencapai visi dan misi sekolah.

Disediakan oleh:

..........................(MATDIRIS ISMAIL)Guru Penasihat MPPSMKA Inanam

Disahkan oleh:

...........................(SHARIFULBAHRI RAHMAT)Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSMKA Inanam

Diluluskan oleh:

......................(IDRUS ABD RAHMAN)PengetuaSMKA Inanam