Kertas Konsep Program Mentor Mentee

17
PEKAN PAHANG DARUL MAKMUR KERTAS KONSEP: “BERSAMA MENINGKATKAN JATIDIRI MURID” Disediakan oleh: UNIT HAL EHWAL MURID SMK INDERA SHAHBANDAR KUALA PAHANG 1

Transcript of Kertas Konsep Program Mentor Mentee

Page 1: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

PEKAN PAHANG DARUL MAKMUR

KERTAS KONSEP:

“BERSAMA MENINGKATKAN JATIDIRI MURID”

Disediakan oleh:

UNIT HAL EHWAL MURIDSMK INDERA SHAHBANDAR

KUALA PAHANG26660 PEKAN

1

Page 2: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN

2.0 ISU

3.0 PENGENALAN PROGRAM

4.0 RASIONAL

5.0 MATLAMAT

6.0 OBJEKTIF

7.0 PENGISIAN PROGRAM

8.0 AHLI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA PELANCARAN

9.0 PENUTUP

10.0 LAMPIRAN

2

Page 3: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

PROGRAM MENTOR - MENTEE SEMARAK KASIH

1.0 PENDAHULUAN

Program Mentor-Mentee Semarak Kasih adalah sebuah program yang

telah dirancang dan dilaksanakan di bawah Unit Hal Ehwal Murid SMK Indera

Shahbandar Pekan Pahang pada tahun 2012. Program ini merupakan

kesinambungan daripada dua buah program yang telah dilaksanakan sebelum

ini iaitu Program Menuju ke Puncak (tahun 2010) dan Program Akademik

PMR Straight A’s (tahun 2011)

2.0 ISU

Sejak penubuhannya, pada tahun 2001, SMKIS telah berjaya

mengemukakan calon sulung peperiksaan SPM pada tahun 2004 dan calon

sulung PMR pada tahun 2006.

Setelah mengambil kira keputusan peperiksaan PMR bagi calon-calon

SMK Indera Shahbandar sepanjang tempoh 5 tahun berturut-turut, pihak

sekolah merasakan pola pencapaian pelajar dalam peperiksaan tersebut amat

tidak memuaskan dan perlunya ada tindakan yang lebih drastik untuk mengubah

pola pencapaian itu ke arah yang lebih positif.

Apa yang lebih membimbangkan ialah tiadanya calon PMR sepanjang

tempoh 5 tahun itu yang mampu mencapai kejayaan mendapat 8 A dalam

semua mata pelajaran walaupun setelah diadakan pelbagai program akademik

setiap tahun

3

Page 4: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

3.0 PENGENALAN PROGRAM

Program Mentor-Mentee Semarak Kasih adalah kesinambungan dan

perluasan daripada Program Straight A’s PMR 2011, yang terbukti berjaya

menghasilkan seorang calon peperiksaan PMR yang mendapat kejayaan 8A

dalam semua mata pelajaran.

Hasil kejayaan yang membanggakan sekolah ini telah menjadi titik tolak

dan pemangkin kepada perlunya program ini diperluaskan kepada semua

pelajar agar mereka juga mampu mengecap nikmat kejayaan. Jesteru itu

Program Mentor-Mentee Semarak Kasih telah menjadi wadah sempurna untuk

mencapai matlamat tersebut.

Program Mentor-Mentee Semarak Kasih adalah sebuah program di mana

sebilangan pelajar (mentee) diletakkan di bawah kawal selia seorang guru

(mentor). Pemilihan pelajar adalah dibuat secara rawak di mana pelajar di ambil

daripada setiap kelas yang berlainan prestasi akademiknya. Jumlah bilangan

mentee bagi setiap mentor adalah bergantung kepada bilangan semua pelajar

yang mendaftar bagi tahun berkenaan. Contoh:

Bagi tahun 2012:

Jumlah pelajar (mentee) : 520 orang

Jumlah guru (mentor) : 43 orang

Purata mentee bagi setiap mentor = 520 / 43

= 12 orang

4

Page 5: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

4.0 RASIONAL

4.1 Hampir 70 % masa pelajar di siang hari berada di sekolah. Ini bermakna,

gurulah yang berperanan penting sebagai penyambung kasih dan

penentu prestasi akademik dan akhlak mereka. Namun adalah sukar bagi

setiap guru untuk mengawal 520 orang pelajar yang memiliki pelbagai

karenah dalam satu masa. Maka melalui Program Mentor-Mentee

Semarak Kasih ini, semua guru (mentor) berganding bahu untuk

mengawal selia sebilangan mentee yang dipertanggungjawabkan kepada

mereka.

4.2 Seliaan dan kawalan terhadap pelajar akan lebih mudah dilaksanakan

dalam jumlah yang kecil. Segala permasalahan atau salah laku disiplin

akan lebih mudah ditangani dan dikawal. Ini sekaligus membantu pihak

sekolah dalam mengawal tata tertib dan disiplin pelajar.

4.3 Dalam kondisi di mana sebahagian besar hidup pelajar berada di sekolah,

maka secara rasionalnya mentorlah tempat mentee berkongsi ketawa dan

duka. Mentor bolehlah dianggap sebagai ibu bapa kedua mereka. Sama

ada dalam menangani masalah akademik mahu pun masalah peribadi,

program ini tentunya dapat memberi ruang kepada pelajar untuk

mendapat khidmat nasihat serta berkongsi pendapat dalam

menyelesaikan sebarang permasalahan.

4.4 Secara rasionalnya perkongsian kasih sayang dan sikap prihatin yang

dipupuk dan disemai antara mentor dan mentee ini akan dapat memupuk

jalinan rasa saling hormat menghormati di antara satu sama lain.

Hubungan ukhuwah yang terjalin erat ini tentunya akan menjadi asas

dalam membina kecemerlangan yang lebih besar dari pelbagai sudut.

5

Page 6: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

5.0 MATLAMAT

5.1 memupuk hubungan mesra dan saling menghormati di antara guru

dengan pelajar.

5.2 membentuk suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif,

harmoni serta menjadikan sekolah sebagai satu institusi yang digemari.

5.3 menjadikan sekolah sebagai suatu “keluarga” yang besar

5.4 melahirkan modal insan berkualiti yang cemerlang akademik, minda,

sahsiah dan kecergasan diri.

6.0 OBJEKTIF

6.1 membantu mentee dalam menyelesaikan masalah khusus berhubung

masalah akademik

6.2 memberi dorongan dan motivasi kepada semua mentee bagi mencapai

kejayaan cemerlang dalam peperiksaan

6.3 memantau prestasi akademik pelajar dari semasa ke semasa

6.4 mengenalpasti latar belakang dan permasalahan keluarga mentee yang

mungkin menjejaskan pelajaran mereka

6.5 memberi nasihat dan teguran kepada mentee sekiranya berlaku salah

laku disiplin

6.6 memberi bantuan dan kerjasama kepada Lembaga Disiplin Sekolah

apabila timbul kes salah laku mentee.

6

Page 7: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

7.0 PENGISIAN PROGRAM

Keseluruhan aktiviti dalam program ini dirangka khusus untuk memenuhi hasrat

yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani, emosi dan jasmani.

BIDANG AKTIVITI HURAIAN AKTIVITI

KURIKULUM BERSAMA MENTOR

(10 MINIT)

Bagi memastikan kecemerlangan akademik pelajar

sentiasa terpelihara semua mentor diberi peluang

untuk mengadakan sessi perjumpaan dengan

mentee masing-masing bagi selama 10 minit

setiap hari Jumaat bagi membincangkan sebarang

permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dalam

bidang akademik.

KOKURIKULUM a. SENAM ROBIK

b. MORNING WALK

c. SUKANEKA

Aktiviti-aktiviti ini menjurus kepada membina

jasmani dan kesihatan pelajar agar sentiasa sihat

dan cergas berdasarkan konsep minda yang

cergas datang dari badan yang sihat

HAL EHWAL

MURID

a. KEMPEN SAYANGI

SMKIS

Murid diterapkan sikap untuk menyayangi sekolah

melalui aktiviti keceriaan sekolah. Setiap kumpulan

mentor-mentee ini akan diberikan satu

tapak/lokasi/bilik/sudut angkat yang akan dijaga

dan diceriakan dari semasa ke semasa.

BIDANG AKTIVITI HURAIAN AKTIVITI

b. KEM

PEMBANGUNAN

ROHANI PELAJAR

- SOLAT HAJAT

Modal insan tidak mencapai tahap berkualiti

sekiranya kesucian rohani mereka tidak terpelihara.

Aktiviti seperti solat berjemaah, solat hajat perdana,

ceramah-ceramah agama dan kempen memperkasa

solat mengisi ruang aktiviti program mentor-mentee

7

Page 8: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

- CERAMAH agar landasan agama mereka terus terpelihara.

KAUNSELING MODUL AKTIVITI KAUNSELING Bagi menjamin kesempurnaan program pihak

kaunseling juga memainkan peranan penting dalam

mengukuh emosi pelajar. Modul aktiviti pelajar yang

disediakan dapat membantu pelajar untuk mengatur

langkah dalam mencorak masa depan mereka.

8.0 JAWATAN KUASA PELANCARAN PROGRAM MENTOR-MENTEE

TUGASAN GURU TERLIBAT PROSPEK KERJA

Pengerusi Majlis En Mohd Hafiz b Mohd Noor -mengelolakan acara majlis dari awal sehingga akhir

Surat Jemputan En Zaifol Bahrizan b Mohd ZanPn Roslina bt Yusoff

-menguruskan surat jemputan kepada tetamu yang ditetapkan

Persiapan Tempat En Suzaimi b JusohEn Rosli b RamliEn A’si b OmarEn Mohd Farizal

Pn Hasnita bt MamatPn Saraja bt Ibrahim

-menyediakan kerusi tetamu,guru-guru dan murid di tempat yang dikhaskan-menyediakan susun atur kerusi mantee mengikut kumpulan yang disediakan.

-mengemas semula kerusi yang digunakan di tempat yang diambil

8

Page 9: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

Pn Wan Besah bt SemanPekerja SwastaPengawas

Makanan /Minuman ( tetamu)

Makanan/Minuman (Murid)

Pn Azrina Ba’ai Pn Norashikin bt Mat JunohPn Mahani bt Endut

Pn Dahlia bt Dahari KamilPn Marliana bt MohamadPn Sy.Norhayati bt Sy Jaafar

-memastikan tempahan makanan sudah dilakukan dengan kadar harga yang dipersetujui Puan Pengetua.

-memastikan makanan mencukupi untuk tetamu dan guru

-memastikan tempahan makanan mencukupi untuk murid.-memastikan murid berada dalam keadaan terkawal semasa dan selepas makan

Cenderahati Pn Shariza Fazliana bt Mat YusofPn Salmiah bt HarunPn Fadillah bt IsmailPn Siti Fatimah bt Md Zahari

-berbincang dengan Puan Pengetua jenis hadiah dan harga yang sepatutnya

-memastikan goodies mencukupi dan sama jenis untuk tetamu jemputan

-menyediakan minuman(air mineral untuk Pengarah JPN ,PPD,Pengetua)

-menyediakan dulang untuk hadiah dan pemegang dulang hadiah.

Gimik Pelancaran En Mohd Adzrul b Mohd AdzhariEn Mohd Shahir bin Seni

-memikirkan dan merancang jenis gimik yang perlu dan bersesuaian untuk majlis pelancaran

-gimik tidak keterlaluan dan menyentuh sensitivity mana-mana pihak.

Siaraya En Azman b Abd RaghniEn Hanif b Zakaria

-perlu menyediakan peralatan siaraya, seperti speaker,mikrofon dan stand serta laptop jika perlu semasa majlis berlangsung.

Fotografi En Mohd Nadzrin b Mat AriffinEn Husairi

-mengambil gambar sepanjang program berlangsung.

-mengambil gambar tetamu yang hadir

-mengambil gambar mentor dan mantee jika berkesempatan dengan waktu.

-menyerahkan gambar kepada setiausaha mentor mantee untuk didokumentasikan.

9

Page 10: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

Pamplet Cik Nik Munirah SaadahCik Nor Asyikin bt Jusoh

-menyediakan pamphlet untuk edaran tetamu jemputan dan guru

Penyambut Tetamu En Zamri b YusofSemua GPKPegawas( 2 orang)

-menunggu ketibaan dif-dif jemputan dan wakil-wakil kelompok dan menunjukkan tempat berlangsungnya majlis.

Urusetia Semua Guru Kanan -memastikan perjalanan pada hari tersebut berjalan dengan lancer dan selamat.

-memastikan tetamu berpuas hati dengan acara dan tempat yang disediakan.

Kawalan Murid Lelaki

Kawalan Murid Perempuan

En Abdul Rahim b OmarEn Saadan b Yusof En Romzi b MohamedEn Edy Mohd Sahlan b Osman

Pn Azizah bt SayutiPn SuhartiniCik Azlina bt Mohd Zeni

-memastikan murid lelaki dan perempuan berada dalam keadaan senyap dan menghormati majlis.

-mengurangkan bilangan murid ke tandas semasa majlis berlangsung.

Lalu Lintas danKawalan Trafik

En. Mohd Nadzri b. Ab. Latif Mengawal lalulintas kenderaan .

9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program ini dapat memberikan sumbangan dan

manfaat yang besar ke arah melestari kecemerlangan sekolah dalam

melahirkan pelajar-pelajar berkualiti sebagai modal insan cemerlang akademik

dan gemilang peribadi.

10

Page 11: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

Unit Hal Ehwal Murid merakamkan ucapan terima kasih di atas kerjasama

dan keperihatinan guru dan pelajar dalam menjayakan program ini. Tanpa

kerjasama yang kukuh dan komitmen yang jitu, program seumpama ini tidak

mampu berlangsung dengan lancar dan jayanya.

SEKIAN

LAMPIRAN

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM MENTOR-MENTEE(Laporan ini perlu dihantar kepada Unit HEM selepas setiap aktiviti di laksanakan)

BIL NAMA MENTEE KELAS T/TGN123456789

10

11

Page 12: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

11121314

TARIKH AKTIVITI: …………………………………………MASA:………………………...

AKTIVITI: ……………………………………………………………………………………(Nyatakan)

LAPORAN PENGISIAN AKTIVITI:(Sertakan gambar jika ada)

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

NAMA MENTOR:……………………………………….………………………………………

TANDATANGAN:………………………………….. TARIKH:………………………………..

12

Page 13: Kertas Konsep Program Mentor Mentee

13

PROGRAM MENTOR MENTEE SEMARAK KASIH SMK INDERA SHAHBANDAR 2012

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL SENARAI JEMPUTAN BIL

1 PENGARAH PELAJARAN PAHANG 1

2 PEGAWAI JABATAN PELAJARAN PAHANG 7

3 PEGAWAI PELAJARAN DAERAH 11

4 PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PEKAN 4

5 PENGETUA-PENGETUA DAERAH PEKAN 16

6 GURU BESAR -GURU BESAR DAERAH PEKAN 7

7 KAUNSELOR (SEKOLAH MENENGAH) 16

8 KAUNSELOR (SEKOLAH RENDAH) 7

9 PENGARAH PENJARA 2

10 PEGAWAI UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2

11 PEGAWAI LEMB. KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1

12 PEGAWAI YAYASAN RAHAH 1

13 PEGAWAI PERHUBUNGAN POLIS 1

14 PENGHULU 3

15 KETUA KAMPUNG 4

16 AJK PIBG SEKOLAH 10

17 GURU SMK INDERA SHAHBANDAR 44

18 STAF SOKONGAN SEKOLAH 10

JUMLAH JEMPUTAN: 147

BIL PERBELANJAAN RM

1 CANOPI 3 BUAH X RM180.00 540

2 CENDERAMATA 150 BUAH X RM 5.00 750

3 BANNER 2 BUAH X RM200.00 400

4 MAKAN MINUM PELAJAR 638 XRM7.00 4466

 JUMLAH PERBELANJAAN 6156