kertas pemahaman tahun 3

12
1 Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Soalan 1-19 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai . 1. Cikgu kelas saya ialah ___________________. A. Acer C. Proton Saga B. Si Tompok D. Encik Adam Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah. Gambar 1 2. Di dalam bakul itu ada tiga _________________ mangga. A. biji C. buah B. bilah D. ulas 3. Kamal dan Latif _______________ di padang. A. berlari C. larian B. pelari D. larikan

Transcript of kertas pemahaman tahun 3

Page 1: kertas pemahaman tahun 3

1

Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat

pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu

jawapan sahaja.

Soalan 1-19

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Cikgu kelas saya ialah ___________________.

A. Acer C. Proton Saga

B. Si Tompok D. Encik Adam

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 1

2. Di dalam bakul itu ada tiga _________________ mangga.

A. biji C. buah

B. bilah D. ulas

3. Kamal dan Latif _______________ di padang.

A. berlari C. larian

B. pelari D. larikan

Page 2: kertas pemahaman tahun 3

2

4. Tali pinggang itu diperbuat _________________ kulit.

A. di C. pada

B. dari D. daripada

5. Zaki ditangkap oleh gurunya kerana ________________.

A. panjang tangan C. kaki ayam

B. panas baran D. ambil angin

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 2

6. Mereka main jongkang-jongkit di ________________.

A. bilik tidur C. taman permainan

B. kedai D. pasar raya

7. ______________ kamu sampai?

A. apa C. siapa

B. mengapa D. bila

8. Baju Rita _____________ kena hujan.

A. kering C. basah

B. lembab D. koyak

Page 3: kertas pemahaman tahun 3

3

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 3

9. ___________________ ini sangat cantik.

A. labah-labah C. biri-biri

B. kura-kura D. rama-rama

10. Zaki menyapu sampah ____________ menyanyi.

A. dan C. tetapi

B. sambil D. atau

11. Adik ______________ telev isyen dengan kakak di ruang

tamu.

A. mendengar C. melukis

B. melihat D. menonton

12. Si Tompok ialah _____________ kesayangan Liza.

A. buku C. pensel

B. kucing D. kereta

13. Siti _____________ tangan adiknya ketika melintas jalan.

A. memeluk C. menyentuh

B. memimpin D. mendukung

Page 4: kertas pemahaman tahun 3

4

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 4

14. Adik menangis kerana _____________nya patah.

A. gigi C. baju

B. rambut D. buku

15. Murid-murid membaca ______________ tentang

rombongan ke Kuala Lumpur.

A. bahan edaran C. bahan bacaan

B. bahan-bahan D. surat jemputan

16. Hadi meminjam dua _____________ buku di pusat

sumber.

A. buah C. helai

B. ketul D. keping

17. Fifi dan Lily murid tahun 3. ______________ berkawan

baik.

A. Dia C. Kami

B. Beliau D. Mereka

18. Burung itu terbang _______________.

A. jauh C. dekat

B. tinggi D. bawah

Page 5: kertas pemahaman tahun 3

5

Soalan 19 berdasarkan gambar di bawah.

Gambar 5

19. __________________ itu bergerak laju.

A. Bas C. Lori

B. Komuter D.Kapal terbang

20. Ayah menambah nasi kerana masakan ibu sungguh

lazat.

Pilih perkataan seerti bagi lazat.

A. manis C. sedap

B. cantik D. bersih

21. Zahar rajin mengulang kaji pelajarannya di rumah.

Pilih perkataan berlawan bagi rajin.

A. jahat C. malas

B. gemar D. nakal

Page 6: kertas pemahaman tahun 3

6

Soalan 22-23

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

22. I Ibu memasak rendang di dapur.

II Zali membaca buku di bawah pokok yang

rendang itu.

III Buku itu rendang di baca.

IV Doktor rendang pesakitnya dengan teliti.

A. I dan II C. I , II dan IV

B. I dan IV D. II , III dan IV

23. I Kak Siti membeli sebuku sabun mandi di kedai

runcit.

II Tina menerima sebuku surat daripada kawannya.

III Pengemis itu makan sebuku roti dengan lahap.

IV Encik Amir memiliki sebuku tanah di hujung

kampung.

A. I dan II C. I dan IV

B. I dan III D. III sahaja

24. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

Sahibba ialah permainan membina perkataan

daripada huruf.

A. Apakah Sahibba?

B. Mengapakah Sahibba?

C. Bilakah Sahibba?

D. Siapakah Sahibba?

Page 7: kertas pemahaman tahun 3

7

25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Harga barang itu berapa?

A. Barang ini mahal harganya.

B. Barang ini berharga RM10.50.

C. Barang ini dipunyai oleh ayah.

D. Ibu membeli tiga jenis barang.

Soalan 26 dan 27

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

26. Murid-murid gemar bersukan.

A. Murid-murid malas bersukan.

B. Bersukan disukai murid-murid.

C. Murid-murid kuat bersukan.

D. Mari kita bersukan.

27. Puan Hanis guru kelas saya.

A. Guru kelas saya seorang yang penyayang.

B. Dia sememangnya guru kelas saya.

C. Guru kelas saya ialah Puan Hanis.

D. Mereka guru kelas saya.

Page 8: kertas pemahaman tahun 3

8

Soalan 28 – 30

Pilih ayat yang betul.

28. A. Gina suka menulis gambar .

B. Kamal memandu motosikal .

C. Suara Naziha manis.

D. Dia sepupu saya.

29. A. Siti dan keluarganya akan bercuti ke Jelebu pada

minggu lepas.

B. Kanak-kanak itu bermain bola sepak di kolam

renang.

C. Kakak rajin menolong ibu di dapur.

D. Buku itu menconteng oleh Amar.

30. I Abang suka minum nasi lemak.

II Adik tertidur di meja makan.

III Kakak mencuci sayuran.

IV Ibu memasak pakaian.

A. I dan II C. II dan III

B. II , III dan IV D. IV sahaja.

Page 9: kertas pemahaman tahun 3

9

Soalan 31-35

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya.

31. Kemanakah Li Yin dan ibunya pergi ?

A. kedai runcit C. pasar saya

B. kedai mini D. kedai barangan elektrik

32. Apakah yang dibeli oleh ibu Li Yin?

A. peti ais C. pemanas air

B. penghawa dingin D. seterika

Li Yin dan ibunya pergi ke kedai yang menjual barangan elektrik.

Li Yin : Ibu, alat apakah ini?.

Ibu : Ini ialah alat pemanas air.

Li Yin : Apakah kegunaan alat ini ibu?

Ibu : Alat ini digunakan untuk memanaskan air mandian. Alat ini

dipasang di dalam bilik air.

Li Yin : Wah, cantiknya pemanas air ini, ibu!

Ibu : Ya, warnanya cantik. Ada tertulis ciri keselamatan pada

alat ini. Ibu hendak membeli alat ini untuk kita.

Li Yin : Bolehkan saya menggunakan alat ini nanti, ibu?

Ibu : Boleh. Ibu akan membantu kamu menggunakannya nanti.

Alat ini berbahaya kepada kanak-kanak kerana alat ini

mengalirkan arus elektrik. Oleh itu, kita mesti berwaspada

semasa menggunakannya.

Page 10: kertas pemahaman tahun 3

10

33. Nyatakan kegunaan alat ini?

A. untuk memanaskan air

B. untuk menyejukkan badan

C. untuk memanaskan air mandian

D. untuk mencantikkan ruang tamu

34. Dimanakah alat ini perlu dipasang?

A. dapur

B. bilik air

C. ruang tamu

D. bilik tidur

35. Mengapakah alat ini bahaya kepada kanak-kanak?

A. kerana alat ini mengalirkan arus elektrik.

B. kerana alat ini mudah meletup.

C. kerana alat ini mudah rosak.

D. kerana alat ini tajam.

Page 11: kertas pemahaman tahun 3

11

Soalan 36 – 40

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-

soalan yang berikutnya.

36. Apakah yang dilakukan oleh Nisa semasa cuti sekolah?

A. bercuti

B. berkhemah

C. membaca buku

D. menonton wayang

37. Dimanakah rumah rehat yang disewa oleh mereka?

A. Kuala Lumpur C. Alor Gajah

B. Senawang D. Jelebu

Pengusaha Rumah Rehat

Pada cuti sekolah, Nisa mengikut keluarganya bercuti ke

Jelebu, Negeri Sembilan. Mereka menyewa sebuah rumah

rehat di Kampung Pelangi, Jelebu. Mereka menginap di situ

selama empat hari.

Pengusaha rumah rehat itu bernama Encik Mazlan bin Abu

Bakar. Beliau membuka rumah rehat ini atas usahanya sendiri.

Beliau mendapat modal dengan mengeluarkan wang

simpanannya.

Pengunjung suka datang ke rumah rehat Encik Mazlan

kerana harga sewaan biliknya berpatutan. Nisa dan

keluarganya gembira dan berpuas hati dengan layanan yang

diberikan oleh Encik Mazlan.

Page 12: kertas pemahaman tahun 3

12

38. Berapa lama mereka menginap di situ?

A. seminggu

B. 2 hari

C. 4 hari

D. sehari

39. Bagaimanakah Encik Mazlan mendapat modal untuk

memulakan perniagaannya?

A. pinjam dari bank

B. perniagaan keluarga

C. bantuan daripada kerajaan

D. dengan mengeluarkan wang simpanannya

40. Mengapakah pengunjung suka datang ke rumah rehat

Encik Mazlan?

A. kerana harga sewaan biliknya berpatutan

B. kerana berdekatan dengan bandar

C. kerana layanan yang baik

D. kerana bersih