Kertas Penerangan -Komponen Rosak

12
TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP ELEKTRONIK INDUSTRI - TAHAP1(SEMESTER 1) No.DAN TAJUK MODUL M 06 – FAULT FINDING No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN LE1 - BINA GAMBARAJAH BLOK LE2 - PERIKSA SECARA PEMERHATIAN (VISUAL CHECK)KEATAS KOMPONEN-KOMPONEN YANG ROSAK LE3 - UJI KOMPONEN /SLOTCARD YANG ROSAK OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE KESAN KEROSAKAN PADA KOMPONEN/SLOD CARD DENGAN BERPANDUKAN KEPADA TURUTAN PROSES GAMBARAJAH BLOK DAN PEMERIKSAAN SECARA PEMERHATIAN SERTA PENGGUNAAN PERALATAN PENGUKURAN SUPAYA KEROSAKAN PADA KOMPONEN /SLOT CARD DAPAT DIUJI DAN DIKENALPASTI SETERUSNYA DAPAT DIPERBAIKI/DITUKAR. 129 INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN (B05 – 01 – 06 – LE3 – IS3a)

Transcript of Kertas Penerangan -Komponen Rosak

Page 1: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP

ELEKTRONIK INDUSTRI - TAHAP1(SEMESTER 1)

No.DAN TAJUK MODUL M 06 – FAULT FINDING

No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE1 - BINA GAMBARAJAH BLOKLE2 - PERIKSA SECARA PEMERHATIAN (VISUAL

CHECK)KEATAS KOMPONEN-KOMPONEN YANG ROSAK

LE3 - UJI KOMPONEN /SLOTCARD YANG ROSAK

OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE

KESAN KEROSAKAN PADA KOMPONEN/SLOD CARD DENGAN BERPANDUKAN KEPADA TURUTAN PROSES GAMBARAJAH BLOK DAN PEMERIKSAAN SECARA PEMERHATIAN SERTA PENGGUNAAN PERALATAN PENGUKURAN SUPAYA KEROSAKAN PADA KOMPONEN /SLOT CARD DAPAT DIUJI DAN DIKENALPASTI SETERUSNYA DAPAT DIPERBAIKI/DITUKAR.

129

INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN (B05 – 01 – 06 – LE3 – IS3a)

Page 2: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

ISI KANDUNGAN

LE 3 – UJI KOMPONEN /SLOT CARD YANG ROSAK

Task 01.02 - Produce Block Diagram

Task 04.01 -Visual Check On Defect Component

Task 04.02 -Check for faulty hardware

130

Page 3: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

No. & TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN

LE 3 – UJI KOMPONEN / SLOT YANG ROSAK

No. & TAJUK TUGASAN

Task 04.02 - Check For Foulty Hardware

TEMPAT : TEMPOH : 1 jam CODE NO : B05–01–06–LE3–IS3a Muka: 1 drpd 7

TAJUK : MENGENAL PASTI PUNCA DAN CARA MENGATASI KEROSAKAN ( Title )

TUJUAN : (Aims)

Kertas penerangan ini akan menerangkan lebih lanjut tentang sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar elektronik, masalah yang biasa berlaku pada litar elektronik , kaedah mengesan kerosakan serta langkah-langkah mengesannya dan cara meguji komponen yang rosak.

PENERANGAN :

Kerosakan pada litar elektronik sering terjadi ini adalah disebabkan kecuaian manusia sendiri, alam semulajadi atau berpunca dari haiwan. Dengan adanya kertas penerangan ini pelajar-pelajar akan dapat;

1. Mengetahui sebab-sebab kerosakan serta masalah yang sering berlaku pada litar Elektronik.

2. Cara membaiki dan juga kaedah untuk mencegah dari berlakunya kerosakan tersebut.

1. Sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar Elektronik

a. Kelemahan semasa pemasangan.b. Pengerakan tidak normal.c. Defect dari kilang.d. Haba, kelembapan, kekotoran dan pencemarane. Binatang atau serangan

131

Page 4: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

Code no.B05–01–06–LE3–IS3a Muka: 2 drpd 7

Huraian :

a. kelemahan semasa pemasanga.- Kerosakan ini berpunca daripada pekerja-pekerja kilang yang tidak berpengalaman

Untuk membuat litar tersebut.- Contohnya pekerja-pekerja asing yang datang bekerja disektor perkilangan yang tidak

mempunyai pengalaman dalam menjalankan kerja membuat litar elektronik dan ini menyebabkan litar elektronik tidak tahan lama atau sering berlakunya kerosakan dalam jangkamasa yang singkat.

b. Pengerakan tidak normal.- Kerosakan ini adalah disebabkan daripada litar yang terjatuh dan berlakunya

goncangan yang kuat.- Contohnya pekerja-pekerja yang mengangkat sesuatu barang elektronik untuk dihantar

Ke kedai atau syarikat dan barang tersebut terjatuh semasa kerja-kerja pemungahan. Pekerja-pekerja tidak akan memeriksa barang tersebut jika berlaku kerosakan ataupun tidak.

c. Defect dari kilang - kerosakan ini disebabkan berlakunya Dry selepas 1 minggu solder tersebut akan

lekang, ini adalah kerana timah pemateri yang digunakan tidak sesuai atau kekurangan timah pemateri semasa kerja pematerian

d. Haba, Kelembapan dan Kekotorani. Haba- Sebagai contoh, peti sejuk tidak boleh berdekatan atau terlalu rapat pada dinding, ini

adalah kerana haba yang keluar daripada peti sejuk tersebut akan tersekat dan menyebabkan peti sejuk tersebut cepat rosak atau tidak tahan lama.

ii. Kelembapan- sebagai contoh rice cooker yang mengeluarkan terlalu banyak wap air.iii. Kekotoran- Contoh television, habuk-habuk yang terdapat didalam television tersebut boleh

menyebabkan berlakunya kerosakan kerana habuk-habuk ini boleh mempengaruhi kesan udara atau kepanasan pada television tersebut.

e. Binatang- Binatang adalah punca utama yang sering berlakunya kerosakan pada komponen

atau litar atau alat elektronik.- Ini adalah kerana badan binatang mempunyai cecair jika binatang tersebut terkena

arus elektrik cecair tersebut menyebabkan berlakunya litar pintas pada alat elektronik.

132

Page 5: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

Code no. B05–01–06–LE3–IS3a Muka: 3 drpd 7

2. Masalah yang biasa berlaku pada litar elektronik

a. Litar pintas (Short Circuit) - Arus mengalir secara terus dan tiada sekatan voltan akan turun. - Haba akan meningkat. - Berlaku letupan apabila menghidupkan alat elektronik.

b. Litar Buka (Open Circuit) - Salah satu kaki komponen terbuka atau terputus - Arus menunjukan ‘0’ - Litar tidak beroperasi - Berlakunya dry solder.

c. Bumi (Ground) - Berlaku pintasan kebumi iaitu salah satu kaki komponen bersentuh ke ground. - Berlaku arus luar biasa iaitu arus tidak normal seperti keadaan biasa. - Operasinya tidak dalam keadaan biasa sebagai contoh mesin basuh apabila di ‘ON’ tidak bergerak

d. Kerosakan Mekanikal - Kerosakan fizikal seperti patah, jem, tidak bergerak, bergegar akibat daripada perjalanan

dan sebagainya

e. Dry Solder - bermaksud pematerian yang dibuat tidak sempurna atau timah terlalu sedikit. Bila diukur dengan multimeter tiada voltan atau arus melaluinya.

3. Kaedah Mengesan Kerosakan

a. Mengukur Voltan- Peralatan yang digunakan adalah Multi meter, osiloskop- Pengukuran voltan mestilah selari dengan litar.- Jika voltan yang diukur adalah tinggi ini menunjukan berlakunya litar pintas.- Jika voltan tiada voltan pada masukan ini menunjukan litar buka.

b. Pengukuran Arus- Pengukuran arus hendaklah diukur secara sesiri- Jika arus tinggi ini menunjukan Open Circuit atau litar buka.- Jika arus atau meter menunjukan arus tinggi ini bermaksud Short Circuit atau litar pintas.

c. Ujian keterusan- Perkara utama yang perlu dilakukan semasa menjalankan ujian keterusan adalah OFF kan bekalan kuasa- Tujuan ujian ini adalah untuk mengetahui samada penyambungan berada dalam keadaan baik atau tidak.

133

Page 6: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

Code no. B05–01–06–LE3–IS3a Muka: 4 drpd 7

d. Pengukuran Rintangan - Mengukur rintangan pada satu-satu bahagian, keseluruhan bahagian atau kumpulan litar yang didapati rosak. - Nilai perintang mesti diukur walaupun mempunyai kod warrna kerana, mungkin dikhuatiri terdapat kerosakan pada perintang tersebut. - Litar yang menggunakan IC, langkah-langkah yang perlu dipatuhi ialah memeriksa bekalan kuasa pada pinpin IC.

e. Kaedah Gantian - Kaedah ini adalah dengan mengantikan litar yang rosak kepada litar yang baik. - Ini bermaksud dengan mengantikan terus semua litar tersebut.

f. Bridging (Penyatuan) - Ini bermaksud mengantikan komponen yang sudah lama atau mengambil komponen pada litar lain yang tidak digunakan lagi. - Selalunya juruteknik hanya mengantikan kapasitor sahaja.

g. Kaedah pemasangan - Kaedah ini bermaksud koper pada litar apabila panas ia akan bercamtum dan apabila sejuk ia akan putus atau mengecut. (Open Circuit) h. Kaedah Pembekuan - Ini bermaksud menggunakan alat penejuk sebagai contoh gunakan kipas untuk bahagian yang panas apabila beroperasi.

i. Solder Semula - Ini adalah untuk litar yang berlakunya litar buka atau Open Circuit.

j. Half-split - Kaedah ini bermaksud mencari atau memeriksa kerosakan dari blok ke blok. k. Input ke Output - Memeriksa atau mencari kerosakan dari Input litar hingga ke output litar

l. Output ke Input - Kaedah ini pula mencari kerosakan dari Output atau keluaran litar ke input atau masukan litar. m. Random - Kaedah ini pula dengan memeriksa litar tersebut secara rawak dan kebanyakan juruteknik menggunakan cara ini lebih berkesan atau mudah.

4. 4. Langkah-Langkah Mengesan Kerosakan di Dalam Litar

Untuk memudahkan kita melakukan trouble shoot terhadap sesuatu litar atau peralatan, kita semestinya mengesan sebarang kerosakan yang terdapat pada peralatan tersebut. Kerosakan-kerosakan dapat dikesan berdasarkan bacaan yang telah kita perolehi daripada litar yang sebelum kita mula mencari sebarang kerosakan.

134

Page 7: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

Code no. B05–01–06–LE3–IS3a Muka: 5 drpd 7

a) Analisa Keadaan ( visual inspection ) – Mengenalpasti punca berlakunya kerosakan dimana kita perlu menganalisa sesuatu kaedah pada peralatan samada ianya rosak atau tidak. Terdapat 4 perkara yamg perlu diambil kira dalam trouble shoot iaitu:-

- Dengar – kemungkinan apabila litar di’ON’kan terdengar bunyi atau meletup.- LIhat - melihat secara kasar samada komponen berada dalam keadaan baik, hitam

atau kelunturan warna pada badan component, putus atau terbakar.- Hidu – kemungkinan terdapat bau yang hangit yang mungkin disebabkan oleh

komponen yang terbakar.- Sentuhan – menyentuh komponen jika didapati panas ini menunjukan komponen

tersebut adalah rosak atau berlakunya litar pintas ( short circuit). b) Dapat Litar – Setelah memastikan punca atau masalah kerosakan dapatkan litar yang sesuai untuk membaiki litar tersebut.

c) Mengesan Kerosakan sebenar – Setelah mempunyai litar, kaedah untuk mengesan kerosakan dimulakan.

d) Tentukan Simptom – Simpton bermaksud tanda-tanda kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar secara jelas atau tidak jelas.

- Secara jelas – tanda-tanda kerosakan yang dapat dilihat dengan mata kasar.- Secara tidak jelas – tanda-tanda kerosakan yang tidak nampak atau tidak nyata Kerosakannya

e) Tentukan peralatan yang sesuai – untuk uji talian litar bagi mengesan kerosakan.

f) Menyelesaikan masalah - dengan teknik-teknik trouble shoot berpandukan skematik diagram.

5. Cara pengujian komponen yang rosak :

a) Kapasitor- Litar bukaLitar buka biasanya disebabkan oleh bahagia dalam terminal yang tertanggal dari plat pemuat. Kerosakan ini boleh dikesan dengan menggunakan multimeter dimana jarum penunjuk multimeter bacaan yang paling rendah.

- Litar pintasLitar pintas mungkin berlaku disebabkan oleh kerosakan pada penebat dielektrik kerana

voltan yang berlebihan atau terlampau panas. Kerosakan ini boleh dikesan dengan melakukan ujian penerusan melalui multimeter dalam julat ohm. Jarum penunjuk multimeter bacaan yang paling rendah.

135

Page 8: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

Code no. B05–01–06–LE3–IS3a Muka: 6 drpd 7

- Kebocoran berlebihan Pemuat disifat sebagai bocor berlebihan apabila ia tidak dapat menyimpan cas. Ia boleh diuji dengan menggunakan multimeter dalam julat ohm dimana jarum penunjuk akan naik dan turun dengan cepat. Apabila satu pemuat yang baik diuji dengan multimeter dalam julat ohm, jarum penunjuk meter akan turun ke bacaan rendah dan perlahan-lahan bergerak ke bacaan yang tinggi ( pemuat jenis elektronik )

b) Diod - Terbuka

Apabila diuji dengan meter ohm, jarum penunjuk meter akan memberi bacaan Infiniti ( ∞) atau jarum langsung tidak bergerak walaupun diterbalikkan kekutuban talian meter.

- BocorJarum penunjuk meter yang tidak tepat di mana ketika diuji pada keadaan pincang songsang jarum penunjuk meter akan naik sedikit. Keadaan ini menunjukkan diode itu telah berlaku kebocaran.

- Pintas Jarum Penunjuk meter akan menunjukkan bacaan sifar di mana keadaan ini memastikan telah berlaku litar pintas pada diode tersebut.

c) LED- gunakan julat multimeter x 1 ohm.- LED tidak menyala.

d) IC Bagi kerosakan litar yang menggunakan IC terdapat langkah-langkah yang perlu dipatuhi bagi proses baik pulih:

- Memeriksa bekalan kuasa pada pin-pin IC- Pastikan masukan pada pin IC adalah sama seperti dalam diagram- Periksa output yang sesuai.- Periksa secara mata kasar atau menggunakan meter bagi setiap litar buka atau pintas pada track IC.

136

Page 9: Kertas Penerangan -Komponen Rosak

Code no. B05–01–06–LE3–IS3aMuka: 7 drpd 7

SOALAN:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerosakan akibat overheated? _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

2. Sebutkan sebab-sebab berlakunya kerosakan pada litar elektronik?i. _________________________ii. _________________________iii. _________________________iv. _________________________v. _________________________

3. Terdapat 4 perkara yang perlu diambil kira dalam proses troubleshoot. Senaraiakan keempat-empat perkara tersebut?

i. _________________________ii. _________________________iii. _________________________iv. _________________________

4. Nyatakan akibat dan tanda-tanda berlakunya litar pintas (short circuit)?________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

5. Berikan definisi symptom? _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________

6. Nyatakan 3 langkah sebelum mencari kerosakan?i. _________________________________________________________________ii. _________________________________________________________________iii. _________________________________________________________________

RUJUKAN:

1.WIM IE-010-01-02

137