Kertas Penerangan Wtp 202 k9

12
Kod Kertas WTP 202/P(9/12) Muka surat : 1 Drpd 12 KOLEJ VOKASIONAL BINTULU SARAWAK KM 12 JALAN TANJUNG KIDURONG 97000 BINTULU KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA PROGRAM/PROGRAM CODE AND NAME WTP – CONSTRUCTION TECHNOLOGY TAHUN/SEMESTER TAHUN 1 SEMESTER 2 NO. DAN TAJUK MODUL WTP 202 KERJA BATA NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN 1. Memilih Bahan 2. Menyediakan mortar 3. Membina tembok ikatan sisi bata, English dan Flemish dalam pelbagai jenis kemas ikat 4. Membina gerbang kasar dan gerbang axe 5. Membuka kotak bentuk 6. Membina tiang tunggal 7. Membina tiang jinjang 8. Membina copping dan cappping pada tiang dan tembok bata 9. Membina laluan pejalan kaki 10. Membina laluan pejalan kaki menggunakan blok dan papak konkrit 11. Membina tembok blok berongga 12. Memasang lapisan kalis lembab pada kerja bata NO. KOD/CODE No. WTP 202/P(9/12) Muka : 1 Drpd :

description

kompetensi 9

Transcript of Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Page 1: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 1 Drpd 12

KOLEJ VOKASIONAL BINTULU SARAWAKKM 12 JALAN TANJUNG KIDURONG

97000 BINTULU

KERTAS PENERANGAN

KOD DAN NAMA PROGRAM/PROGRAM CODE AND NAME

WTP – CONSTRUCTION TECHNOLOGY

TAHUN/SEMESTER TAHUN 1 – SEMESTER 2

NO. DAN TAJUK MODUL WTP 202 – KERJA BATA

NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN

1. Memilih Bahan2. Menyediakan mortar3. Membina tembok ikatan sisi bata, English dan Flemish

dalam pelbagai jenis kemas ikat4. Membina gerbang kasar dan gerbang axe5. Membuka kotak bentuk6. Membina tiang tunggal7. Membina tiang jinjang8. Membina copping dan cappping pada tiang dan tembok

bata9. Membina laluan pejalan kaki10. Membina laluan pejalan kaki menggunakan blok dan

papak konkrit11. Membina tembok blok berongga12. Memasang lapisan kalis lembab pada kerja bata

NO. KOD/CODE No. WTP – 202/P(9/12) Muka : 1 Drpd : 12

NAMA PELAJAR

Page 2: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 2 Drpd 12

NO. KAD PENGENALAN

TAJUK : MENGENAL PASTI DAN MEMILIH BAHAN – BAHAN UNTUK KERJA BATA

TUJUAN :

Kertas penerangan ini adalah untuk menerangkan kepada pelatih mengenai peralatan

tangan serta bahan yang diperlukan dalam kerja bata, memilih jenis bata.

PENERANGAN :

Bata telah digunakan pada lebih 5 ribu tahun dan masih merupakan sejenis bahan

pembinaan paling popular seperti tembok, tiang, lantai, tangga, jalan dan lain-lain.

Bata yang digunakan dalam pembinaan adalah diperbuat daripada beberapa jenis bahan

mentah. Bahan utamanya ialah tanah liat, pasir, kapur, simen. Saiz bata piawai ialah

216mm x 103mm x 65mm. Saiz bata tidak didapati dengan tepat kerana bata mengalami

pengecutan dan pengembangan dalam proses pengeringan dan pembakaran.

Pemilihan bata tidak semudah yang disangka. Terdapat pelbagai jenis, saiz, kualiti dan

kos untuk membuat pemilihan bata. Oleh itu, pereka atau arkitek perlu mengenalpasti

kualiti dan sifat bata. Iaitu warnanya yang merah tua, berbunyi ketukan besi.

1.0Memilih bahan yang digunakan mengikut spesifikasi dan teknik yang betul.

Alat khas untuk kerja – kerja bata.

1. Sudip

Alat ini merupakan alat asas dalam kerja mengikat bata. Sudip digunakan untuk memindahkan mortar kepada bata dan mendatarkan permukaan atas lapisan bata yang telah diikat. Dihasilkan dalam beberapa saiz dan bentuk mengiku kesusaian kerja. Saiz yang sesuai ialah 150mm hingga 250mm. Sudip terdiri daripada dua bahagian iaitu mata dan pemegang. Matanya diperbuat daripada keluli dan pemegangnya daripada kayu.

Page 3: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 3 Drpd 12

2. Sudip kemas ikatan

3.

2.0

3.0

Alat khas untuk kerja bata.

Kertas Penerangan ini memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya dapat

mengetahui persediaan yang perlu dilakukan sebelum kerja-kerja MELEPAdijalankan disamping

mempelajari tentang lukisan kerja akitek, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan,

kelengkapan dalam kerja melepa dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan.

PENERANGAN

 Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.

2.1. Tujuan Lepaan

i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.

ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.

iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.

iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak.

v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.

vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.

2.2. Jenis-jenis Lepaan

a. Lepa Kapurb. Lepa Gypsumc. Lepa Simen

a.Lepa KapurLepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.

b.Lepa GypsumBahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan air.

Page 4: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 4 Drpd 12

Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.

c.Lepa simen.Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.

Mortar untuk LepaanMortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.

a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm. 

b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)

2.3. Perkakas dan peralatan Kerja Lepa

a. Sudip lepa (Plastering Trowel)b. Kayu perata (Wooden Float)c. Pemaras kayu panjang (Darby)d. Penatang Mortar (Hawk)e. Sudip Penjuru (Angle Iron)f. Baldi (Bucket)g. Alat aras Spirit (Spirit Level)h. Berus cati. Sponge Trowelj. Rough Cast Machinek. Penyembur air (Iron Spray)l. Kotak Penyukat (Gauge Box)

2.4. Jenis – jenis kemasan lepaan

a. Kemasan Licin (Cement Face)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.

Page 5: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 5 Drpd 12

b. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

c.Kemasan Shanghai

Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.

d. Kemasan Kerutu (Rough Cast Finishing)

Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.

3. Peranca Pada Kawasan Tempat Kerja Yang Tinggi

Peranca ialah binaan bersifat sementara yang berfungsi memudahkan dan membolehkan pekerja – pekerja binaan menjalankan kerja seperti mengikat bata, melepa, memasang siling, mengecat dan sebagainya pada tempat yang tinggi dengan selamat. Ia boleh dibina dengan pelbagai kaedah dan bentuk untuk menyesuaikan dengan keadaan dan tempat yang berlainan

3. 1. Jenis – Jenis Peranca

Peranca diketegorikan kepada pelbagai jenis mengikut cara binaannya. Ia biasanya diketegorikan kepada keadaan rendah dan tingginya satu – satu binaan itu. Bagi kerja – kerja rendah dan ringan, peranca yang biasa diaplikasikan ialah peranca jenis kuda – kuda, tangga dan pendakap. Manakala peranca yang digunakan untuk pembinaan yang tinggi ialah peranca jenis putlog tunggal, bebas ganda, julur dan peranca bergerak. Bahan – bahan yang digunakan sebagai pembuatan kepada peranca adalah terdiri daripada kayu bakau, paip besi, aloi aluminium, buluh dan sebagainya. Bahan bahan peranca hendaklah ditentukan tidak memiliki sebarang kerosakan atau kecacatan. Ini adalah untuk menjaminkan keselamatan

Page 6: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 6 Drpd 12

pekerja yang menggunakannya.

3.2. Perkara Yang Diambil Perhatian Semasa Pemasangan Peranca

Keadaan tanah di lokasi yang akan didirikan perancah.

Galas tanggungan beban permukaan di mana perancah didirikan.

Saiz dan berat peranca.

Struktur penyokong, dan perembat yang sesuai.

Pengikat dan pencangkuk yang digunakan.

3.3. Langkah –langkah mendirikan perancah bermula dengan aktiviti berikut :

3.3.1. Menyediakan bahan-bahan Perancah :

Bahan-bahan untuk perancah boleh dipilih dari bahan berikut :

Kayu.

Tiub Keluli / kerangka tiub keluli.

Buluh.

Aluminium aloi.

Bagi pembinaan perancah bebas ini, bahan yang akan digunakan difokuskan kepada 2 jenis iaitu

tiub keluli dan kerangka tiub keluli yang tersedia dalam pelbagai bentuk komponen.

Penyediaan bahan-bahan perancah melibatkan komponen-komponen dan pepasang

penyambung. Oleh itu semua komponen perancah yang terlibat perlu dikenal pasti, ketahui dari

segi fungsi dan disediakan mengikut prosedur. Berikut adalah komponen-komponen perancah

yang perlu disediakan :

3.3.2. Komponen Kerangka Tiub Keluli

a) Rangka Utama (Main Frame)

Berbentuk U terbalik dengan ukuran lebar ;

762, 914, 1,219 dan tinggi 1,524, 1,700 & 1,930

mm.

Page 7: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 7 Drpd 12

b) Rangka Lintang ( Horizontal Frame)

Dipasang melintang antara dua rangka utama, bertujuan

memegang rangka utama dan menyokong papan

pelantar. Ukurannya seperti dalam jadual;

c) Pampan Pelantar

d) Kekunci Lengan ( Arm Lock )

Dipasang pada dua rangka utama untuk memegang rangka

tersebut supaya tidak tercabut dari pin sambungan.

e) Rembat Palang ( Cross brace )

Dipasang antara rangka-rangka utama bagi menguatkan

pemasangan rangka utama dan mengukuhkan

kedudukannya.

Ukurannya pelbagai.diantaranya

f) Pengalas

Dipasang pada kaki rangka untuk dipaku pada papan alas

tapak.

Dua jenis pengalas - Pengalas tetap

- Pengalas Bicu berlaras

g) Pin Sambungan

Dipasang kepada setiap sendi iaitu antara rangka-rangka

utama untuk menghubungkan rangka utama dengan

B

Size ( A x B ) In mm

2,500 x 1,500

2,000 x 1,500

1,250 x 1,500

Page 8: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 8 Drpd 12

rangka utama yang lain supaya ketinggiannya dapat

ditingkatkan.

h) Pengikat Tembok

Berfungsi sebagai pengikat antara perancah dan

bangunan. Ikatan dilakukan antara rangka utama dan

cangkuk pengikat yang memegang kemas pada bol

tambatan yang ditanam dalam tembok.Keadaan ini akan

menstabilkan peranca dan mengelakkannya dari runtuh.

3.3.3. Langkah-langkah pemasangan [ untuk amali ]

• Pakai pakaian keselamatan yang sesuai.• Kenalpasti kawasan yang hendak dijalankan.• Bersihkan kawasan kerja.• Periksa peralatan kelengkapan supaya berada dalam keadaan baik dan selamat.• Bawa peralatan kelengkapan ke tempat pemasangan.• Kumpulkan dan asingkan peralatan kelengkapan ditempat yang berdekatan supaya mudah

diambil untuk memudahkan kerja dijalankan. • Pasang tanda amaran di kawasan kerja.• Letak Base plate/papan alas jika keadaan lantai tidak bersimen.• Letak Adjustble screw jack dengan jarak yang betul.• Letak dan dirikan Frame.• Pasangkan Cross Brace.• Levelkan,paraskan dan tegakkan dengan menggunakan Spirit Level.• Pasang Platform diatas frame.• Pasangkan Jointer jika perlu level yang seterusnya.• Ulang langkah sehingga sampai ke level yang dikehendaki.• Periksa setiap hari sebelum memulakan kerja.

5. Persediaan Permukaan Lepaan Bahagian Atas [ Siling,rasuk lantai tingkat atas ]

Page 9: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 9 Drpd 12

5.1. Mengenalpasti Tempat Yang Akan Dilepa

Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :a. Lepaan bahagian dindingb. Lepaan bahagian lantaic. Lepaan bahagian atas / siling

Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak DilepaTempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, catdan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.

a. Permukaan bataPermukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun blok

b. Permukaan konkrit.Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja.

Kaedah Lepaan

Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesin lepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa boleh dibahagikan kepada tiga lapisan.

Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan. Permukaan ini dilepadan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.

Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai dan kemasan kerutu.

SOALAN

Page 10: Kertas Penerangan Wtp 202 k9

Kod Kertas WTP – 202/P(9/12) Muka surat : 10 Drpd 12

1. Terangkan tiga (3) tujuan kerja melepa dijalankan.

i. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ii. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------iii. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ 3 markah ]

2. Namakan dua ( 2 ) jenis alat yang digunakan dalam kerja melepa.i. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ii. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ 2 markah ]

3. Senaraikan [ 3 ] langkah persediaan yang perlu diambil kira sebelum pemasangan peranca i. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ii -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- iii. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ 3 markah ]

4. Terangkan kaedah persediaan permukaan yang hendak dilepa ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

[ 3 markah ]

RUJUKAN

1. Kerja Melepa http://www.slideshare.kerja binaan , Kerja melepa 16 Jun 2014

2. http://www.slideshare.kerja binaan, Perancah – 16 Jun 2014