kes culik

2
Lelaki diculik ditemui mati JOHOR BAHRU 2 Jun - Polis menemui mayat seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Kangkar Pulai, Gelang Patah dekat sini yang sebelum ini dilaporkan telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki pada 25 Mei lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal berkata, mayat mangsa, Azarudin Che Mat, 20, ditemui pukul 5.30 pagi ini dalam keadaan reput dengan kesan luka di bahagian perut, dipercayai ditikam dengan senjata tajam. "Penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kota Tinggi adalah hasil daripada tangkapan enam orang suspek di beberapa lokasi di Johor Bahru,'' katanya pada sidang akhbar di sini. Ditanya sama ada kes itu bermotif penculikan, Amer menegaskan, polis masih menjalankan siasatan dan tidak mahu membuat sebarang andaian awal. "Polis masih menyiasat untuk mengenal pasti motif kejadian ini dan mengapa mangsa dilarikan," katanya. Menurut Amer, berdasarkan laporan polis yang diterima, mangsa dilarikan oleh sekumpulan lelaki yang menaiki dua kereta dan sebuah van dari sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini minggu lalu. "Hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan dalam kes ini, pihak polis menahan dua lelaki pada 26 dan 29 Mei serta memberkas tiga lagi pada 30 Mei lalu. "Penahanan seorang lagi suspek hari ini pada pukul 1.45 pagi di sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan membawa kepada penemuan mayat mangsa," katanya. Beliau menambah, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai dibunuh beberapa jam selepas dilarikan oleh

description

kes culik

Transcript of kes culik

Page 1: kes culik

Lelaki diculik ditemui mati

JOHOR BAHRU 2 Jun - Polis menemui mayat seorang lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Kangkar Pulai, Gelang Patah dekat sini yang sebelum ini dilaporkan telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki pada 25 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal berkata, mayat mangsa, Azarudin Che Mat, 20, ditemui pukul 5.30 pagi ini dalam keadaan reput dengan kesan luka di bahagian perut, dipercayai ditikam dengan senjata tajam.

"Penemuan mayat mangsa yang berasal dari Kota Tinggi adalah hasil daripada tangkapan enam orang suspek di beberapa lokasi di Johor Bahru,'' katanya pada sidang akhbar di sini.

Ditanya sama ada kes itu bermotif penculikan, Amer menegaskan, polis masih menjalankan siasatan dan tidak mahu membuat sebarang andaian awal.

"Polis masih menyiasat untuk mengenal pasti motif kejadian ini dan mengapa mangsa dilarikan," katanya.

Menurut Amer, berdasarkan laporan polis yang diterima, mangsa dilarikan oleh sekumpulan lelaki yang menaiki dua kereta dan sebuah van dari sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini minggu lalu.

"Hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan dalam kes ini, pihak polis menahan dua lelaki pada 26 dan 29 Mei serta memberkas tiga lagi pada 30 Mei lalu.

"Penahanan seorang lagi suspek hari ini pada pukul 1.45 pagi di sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan membawa kepada penemuan mayat mangsa," katanya.

Beliau menambah, berdasarkan siasatan awal, mangsa dipercayai dibunuh beberapa jam selepas dilarikan oleh suspek terbabit yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Amer berkata, kelima-lima suspek, termasuk seorang anggota Askar Wataniah, ditahan reman sehingga 5 Jun ini.

Dalam pada itu, beliau turut memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki bernama Ahmad Nazrul Mamat @ Bidas bagi membantu siasatan kes tersebut.

Katanya, lelaki berusia 20 tahun itu beralamat di No. 36, Jalan Surau, Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru.

Page 2: kes culik

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Supritendan Abdul Razak di talian 013-3814942 atau mana-mana balai polis berhampiran.

© UTUSAN MELAYU (M) BERHAD, 46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur. Terma & Syarat