Kes Ponteng

5
KES PONTENG- SEBAB-SEBAB Selaras dengan pasca permodenan Malaysia yang kian mendaki ke arah kejayaan, pembangunan modal insan juga harus digiataktifkan demi meneruskan lagi kecemerlangan taraf ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan gejala sosial para remaja sedikit sebanyak telah meniti ke arah gaung kerisauan para masyarakat. Antara gejala sosial remaja yang semenjana parah adalah masalah ponteng sekolah. Terdapat pelbagai kesan- kesan ponteng sekolah yang mampu memberikan dampak negatif kepada pelbagai pihak ammnya pelajar itu sendiri,masyarakat mahupun guru. Bermula dari peringkat pencapaian sekolah, pelajar-pelajar yang ponteng sekolah dapat mencenderungkan pemunduran pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah. Dipetik sebuah contoh nan teguh, pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di dalam pelajaran sejajar dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya pelajar itu tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Impaknya, pencapaian akademik pelajar itu akan merosot dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, susu rosak sebelanga. Kerana kesilapan pelajar itu sendiri, tompok hitam tercalit ke atas kertas putih pencapaian akademik sekolah. Tambahan pula, tabiat remaja yang sering ponteng sekolah ini secara eksplisitnya telah menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru disekolah. Para guru akan merasa kerugian kerana tidak dapat mencurahkan ilmu yang setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidak difahami oleh pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah dicoplabelkan sebagai modal insan negara semenjak hari pertama memasuki zaman persekolahan, namun mereka sendiri yang telah meleburkan masa depan mereka dan negara. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah tidak memberikan keuntangan mana-mana pihak.

description

Kes Ponteng

Transcript of Kes Ponteng

KES PONTENG- SEBAB-SEBABSelaras dengan pasca permodenan Malaysia yang kian mendaki ke arah kejayaan, pembangunan modal insan juga harus digiataktifkan demi meneruskan lagi kecemerlangan taraf ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan gejala sosial para remaja sedikit sebanyak telah meniti ke arah gaung kerisauan para masyarakat. Antara gejala sosial remaja yang semenjana parah adalah masalah ponteng sekolah.Terdapat pelbagai kesan-kesan ponteng sekolah yang mampu memberikan dampak negatif kepada pelbagai pihak ammnya pelajar itu sendiri,masyarakat mahupun guru. Bermula dari peringkat pencapaian sekolah,pelajar-pelajar yang ponteng sekolah dapat mencenderungkan pemunduran pencapaian akademik seseorang dan sesebuah sekolah. Dipetik sebuah contoh nan teguh, pelajar yang ponteng sekolah akan ketinggalan dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang digiatkan oleh guru di sekolah. Hal ini akan menyebabkan pelajar itu tidak faham mengenai setiap titik penting di dalam pelajaran sejajar dengan alasan tidak hadir ke sekolah. Akhirnya pelajar itu tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Impaknya, pencapaian akademik pelajar itu akan merosot dan akhirnya menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik sekolah. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, susu rosak sebelanga. Kerana kesilapan pelajar itu sendiri, tompok hitam tercalit ke atas kertas putih pencapaian akademik sekolah.

Tambahan pula,tabiat remaja yang sering ponteng sekolah ini secara eksplisitnya telah menggangu sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru disekolah.Para guru akan merasa kerugian kerana tidak dapat mencurahkan ilmu yang setaraf dengan pelajar lain kepada pelajar yang kerap ponteng sekolah dan akibatnya memberi kesan kemerosotan terhadap corak pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tambahan pula, pelajar yang ponteng sekolah akan merumitkan lagi tugas seorang guru kerana terpaksa mencuri masa untuk mengulang kembali pelajaran yang tertinggal serta tidakdifahami oleh pelajar yang ponteng sekolah. Walhal, pelajar itu sendiri telah dicoplabelkan sebagai modal insan negara semenjak hari pertama memasuki zaman persekolahan, namun mereka sendiri yang telah meleburkan masa depan mereka dan negara. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah tidak memberikan keuntangan mana-mana pihak. Seterusnya,tabiat ponteng sekolah dikalangan pelajar dapat menyumbang kepada peningkatan statistik jenayah di Malaysia.Sememangnya kita sudah sedia maklum, darah muda remaja yang kian membuak-buak yang semedang ingin mencuba sesuatu yang baru. Ketiadaan pemikiran kritis-(satu bentuk pemikiran yang tidak dengan begitu saja menerima atau mempersetujui sesuatu) di kalangan pelajar telah menjerumuskan mereka ke lurah kesesatan yang juga memberikan impak yang amat teruk terhadap pelbagai pihak. Pelajar yang sering mengamalkan tabiat ponteng sekolah sering melakukan tabiat yang negatif. Contohnya, melepak, seks bebas, menagih dadah, menjadi pelesit kota, lumba haram serta mencemarkan alam sekitar. Tambahan pula, siasatan yang dilakukan oleh krew-krew rancangan 999, ramai pelajar yang ponteng sekolah membuang masa yang begitu berharga di pusat membeli belah pada waktu sekolah semata-mata untuk melepak. Sikap remaja masa kini diibaratkan seperti kera mendapat bunga.

Seterusnya, menyelusuri fakta yang bertunjangkan akar nan sahih,gejala ponteng sekolah memberikan impak negatif terhadap imej negara. Elemen ini dapat dibuktikan kesahihannya apabila para pelajar yang bermuka tembok mempelesitkan diri di ceruk kota dan memampangkan diri mereka dihadapan para pelancong. Kecuaian ini secara implisitnya memberikan perspektif yang negatif terhadap para pelancong yang ingin melihat keunikan Malaysia. Namun, hakikatnya para pelajar yang sepatutnya menuntut ilmu di sekolah telah menunjukkan taring hitam mereka dihadapan para pelancong. Kesannya, para pelancong akan merasa terganggu dan sudah terang lagi bersuluh, mereka pasti beranggapan modal insan negara telah hilang budaya ketimuran. Tambahan lagi, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kebudayaan danPelancongan, terdapat ramai pelancong yang kurang senang dengan gelagat golongan remaja yang melepak di kawasan membeli belah, dan terdapat juga pelancong yang mengadu mereka diganggu dan sering menerima kata-kata kesat daripada golongan pelajar yangponteng sekolah. Tuntasnya, gejala ponteng sekolah ini telah mengguris nama baik Malaysia.

PUNCA-PUNCA KES PONTENGBeberapa hari kebelakangan ini, orang ramai mula heboh memperkatakan mengenai fenomena ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Isu ini mula mendapat tempat di media massaapabila Pengarah Pelajaran sebuah negeri membuat kenyataan bahawa separuh daripada pelajar di sebuah sekolah ponteng pada hari Khamis dan Jumaat. Isu tersebut semakin mendapat perhatian apabila seorang Timbalan Menteri menyatakan bahawa guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca utama peningkatan peratusan pelajar yang ponteng sekolah ini ibaratmakan gaji buta. Persoalannya, benarkah guru yang tidak pandai mengajar menjadi punca mengapa pelajar ponteng?

Punca utama pelajar ponteng sekolah ialah kurangnya minat untuk bersekolah. Kebanyakan pelajar ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah dan mereka juga malas untuk membuat latihan yang diberikan oleh guru dan mereka bukannyaulat buku. Mereka beranggapan bahawa hadir di sekolah merupakan satu bebanan kerana terpaksa belajar dari pagi hingga tengahari di samping terpaksa membuat pelbagai latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Jalan penyelesaian yang dipilih oleh mereka adalah dengan ponteng sekolah. Pelajar dalam kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang lengkap. Malangnya, destinasi pagi mereka bukan sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di mana-mana tempat lain untuk berseronok-seronok. Di kawasan pekan atau bandar, tempat yang menjadi tumpuan utama pelajar seperti ini adalah pusat snuker atau pusat permainan video.

Kurangnya pemantauan ibu bapa yang sepertimelepaskan batuk di tanggajuga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan anak-anak berani untuk ponteng sekolah. Sebilangan ibu bapa sibuk bekerja untuk mencari nafkah tambahan bagi anak-anak mereka sehingga mereka tidak menyedari serta mengambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka di luar rumah. Keadaan menjadi semakin rumit apabila sesetengah ibu bapa enggan datang ke sekolah bagi membincangkan permasalahan anak mereka. Ini menyulitkan lagi proses untuk menangani pelajar-pelajar yang bermasalah seperti ini.

Memang tidak dinafikan bahawa terdapat sesetengah guru yang tidak pandai mengajar atau tidak menunjukkan kesungguhan di bilik darjah sehingga membuatkan pelajar bosan lalu ponteng sekolah. Namun bilangan guru yang bersikap seperti ini sangat kecil. Hal ini dibuktikan oleh Dt. Amirah Latif dan Dr. Adillah Syazwani Khairi, dua orang pensyarah pendidikan di Universiti Malaya dalam kajian mereka tentang punca pelajar ponteng di beberapa buah sekolah di sekitar Lembah Klang. Dalam kajian yang melibatkan 125 orang pelajar yang pernah ponteng sekolah, hanya 10 orang pelajar yang menyatakan bahawa mereka bosan dengan cara pengajaran guru. Lain-lain menyatakan bahawa mereka ponteng kerana kurangnya minat untuk belajar, suka mengikut kawan-kawan dan tidak kurang juga yang melakukan kerja sambilan.

Biar apa pun puncanya pelajar ponteng sekolah, perkara penting yang patut difikirkan adalah cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, semakin ramai pelajar yang akan membuat keputusan untuk ponteng sekolah. Ibu bapa perlu memberikan kerjasama yang padu kepada pihak sekolah untuk mengatasifenomenaini. Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab untuk membentuk, mendidik serta mengawasi anak-anak mereka kepada pihak sekolah sepenuhnya, tetapi mereka juga harus memainkan peranan dalam mengawasi kegiatan anak mereka di luar sekolah. Jika tidak, anak-anak mereka akan menjadi tidak terkawal dan bebas untuk berkeliaran di luar sekolah.

Kesimpulannya, fenomena ponteng sekolah bukanlah satu gejala yang tidak boleh ditangani. Dengan adanya kerjasama yang kukuh dan padu daripada semua pihak, sudah pasti gejala ini akan berkurangan ibaratbulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Semua pihak khasnya ibu bapa, pihak sekolah, pihak PIBG, serta masyarakat sekeliling harus menggembleng tenaga dan bersatu padu untuk mengurangkan gejala ponteng sekolah ini.