Kesalahan Ejaan

14
Analisis Kesalahan Ejaan Dalam Karangan Bahasa Melayu Murid Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Melangkap Kota Belud. Oleh Abstrak Skop kajian ini akan membentangkan analisis kesalahan ejaan dalam karangan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Melangkap Kota Belud. Sampel kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 5 iaitu seramai 30 murid. Analisis kesilapan ejaan dalam kalangan murid akan dikupas dengan lebih mendalam bagi memberi maklumat kepada pengkaji untuk melakukan tindakan susulan dengan tujuan untuk memperbaiki kesilapan ejaan yang sering dilakukan oleh murid dalam penulisan Bahasa Melayu. Kajian ini juga akan melampirkan sekali kesalahan ejaan atas faktor jantina. Kesalahan ejaan yang dianalisis juga akan merangkumi dua bahagian utama iaitu kesalahan ejaan perkataan dan kesilapan penggunaan tanda baca. Data yang dikumpul akan dianalisis untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 5 ini.

description

a Proposal tesis of kesalahan ejaan

Transcript of Kesalahan Ejaan

Page 1: Kesalahan Ejaan

Analisis Kesalahan Ejaan Dalam Karangan Bahasa Melayu Murid Tahun 5

di Sekolah Kebangsaan Melangkap Kota Belud.

Oleh

Abstrak

Skop kajian ini akan membentangkan analisis kesalahan ejaan dalam karangan bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Melangkap Kota Belud.

Sampel kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 5 iaitu seramai 30 murid. Analisis kesilapan

ejaan dalam kalangan murid akan dikupas dengan lebih mendalam bagi memberi maklumat

kepada pengkaji untuk melakukan tindakan susulan dengan tujuan untuk memperbaiki kesilapan

ejaan yang sering dilakukan oleh murid dalam penulisan Bahasa Melayu. Kajian ini juga akan

melampirkan sekali kesalahan ejaan atas faktor jantina. Kesalahan ejaan yang dianalisis juga

akan merangkumi dua bahagian utama iaitu kesalahan ejaan perkataan dan kesilapan penggunaan

tanda baca. Data yang dikumpul akan dianalisis untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran

menulis Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 5 ini.

Page 2: Kesalahan Ejaan

BAB 1

MASALAH KAJIAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar belakang kajian

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Kerangka Konsep

1.4 Tujuan Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Batasan Kajian

1.7 Definisi Istilah

1.8 Rumusan

Page 3: Kesalahan Ejaan

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan melakukan tinjauan ke atas pendapat daripada kajian-

kajian lepas yang berkaitan dengan kajian ini.

2.1 Tinjauan Literatur

Menurut Halimah Hj. Ahmad (1993), ahli-ahli linguistik sudah lama menunjukkan minat

yang mendalam terhadap kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar iaitu sejak akhir

tahun 1960-an. Pada waktu itu, pendekatan analisis kesalahan bahasa telah dimulakan

dengan serius dan sistematik oleh pengkaji-pengkaji luar dan tempatan. Tambah beliau,

terdapat tiga istilah yang biasa digunakan berhubung dengan kajian ini iaitu kesalahan,

kesilapan dan lupa sementara (lapse). Walaupun ketiga-tiga istilah ini sering bertukar

ganti penggunaanya kerana pengertiannya yang hampir-hampir sama, masih ada tokoh-

tokoh penyelidik bahasa yang mampu membezakannya.

2.2.1 Kesalahan

Menurut Coder (1973), kesalahan didefinisikan sebagai bentuk bahasa yang tidak betul

daripada segi nahu. Jais Sahok (1991) dalam kajiannya yang bertajuk “Menguasai Sistem Jamak

dalam Bahasa Melayu” pula menyatakan bahawa kesalahan bahasa membawa maksud

penggunaan bahasa yang tidak wajar dari segi tempat dan status yang diberikan kepadanya.

Manakala Awang Had Salleh (1981) menakrifkan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa

yang salah dari segi tatabahasanya.

Page 4: Kesalahan Ejaan

2.2.2 Kesilapan

Corder (1974) menyatakan bahawa kesilapan merujuk kepada bahasa yang kurang

lengkap dari segi bentuknya dan wujudnya perbezaan tingkat sosial. Sharma (1981) pula

mengkategorikan kesilapan kepada tiga bahagian utama iaitu error atau lapse, wujud kelainan

dalam penggunaan bahasa dan yang ketiga adalah kesilapan yang disebabkan oleh faktor

sosiolinguistik akibat laras dan dialek tempatan.

Menurut Webber (1981), kesilapan bahasa juga boleh berlaku disebabkan oleh kekeliruan

atau ketidakmampuan seseorang pengguna bahasa untuk menguasai bahasa yang dipelajarinya.

Bahasa yang digunakan secara formal akan dianggap salah jika ejaannya menyimpang daripada

peraturan dan sistem bahasa. Pendapat ini dikemukakan oleh Nik Safiah Kasim (1978) dan

dipersetujui oleh Awang Sariyan (1980).

2.2.3 Lupaan Sementara (lapse)

Lupaan sementara didefinisikan sebagai kesalahan yang wujud akibat gangguan psikologi

seperti lalai dan terburu-buru. Corder (1974) telah mengemukakan pendapat ini dan Sharma

(1981) juga bersetuju dengannya.

2.2 Kajian Berkaitan

Disiplin analisis kesalahan ini telah bermula di Eropah. Dari rantau itu, disiplin ini telah

berkembang ke Amerika Syarikat sehingga membolehkannya muncul sebagai satu bidang kajian

yang sangat penting. Pada pertengahan abad ke-20, telah timbul kesedaran untuk mengetahui

sebab-sebab yang penting berkenaan dengan kewujudan kesalahan dalam proses penguasaan

bahasa kedua (Mohd. Daud Yusuf 1989). Daripada kesedaran inilah yang akhirnya akan

Page 5: Kesalahan Ejaan

mewujudkan banyak kajian tentang analisis kesalahan tidak kira di negara barat mahupun di

Malaysia ini sendiri.

Menurut Azman Wan Chik (1982), kajian-kajian untuk melihat pendekatan atau kaedah

yang berkesan untuk mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa pertama amat diperlukan. Hal ini

kerana proses penguasaan bahasa pertama berlainan dengan bahasa kedua, maka tidak wajar

pendekatan mengajar bahasa kedua digunakan untuk mengajar bahasa pertama. Untuk itu, beliau

telah membuat satu kajian tentang kesilapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan murid-

murid Melayu. Subjek terdiri daripada dua kelompok iaitu murid Melayu yang ekabahasa dan

murid Melayu yang dwibahasa. Keputusan kajian beliau mendapati bahawa kesalahan ejaan

menyumbang peratusan paling tinggi iaitu 54.74% daripada jumlah kesalahan, diikuti kesalahan

huruf besar 21.22% dan kemudian kesalahan tanda baca sebanyak 20.37%.

Awang Sariyan (1980) menyatakan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan

pelajar masih banyak kekeliruan, bermula dari kesalahan ejaan hinggalah kepada kesalahan

sintaksis. Dapatan ini menunjukkan mutu kemahiran bahasa dalam kalangan pelajar masih

rendah. Kajian seumpama ini dinyatakan oleh beliau dalam bukunya Kesalahan Umum

Penggunaan Bahasa Malaysia.

Kadir bin Amin (1981) telah membuat kajian terhadap kesilapan penggunaan bahasa

Malaysia murid-murid Melayu darjah enam di dua buah sekolah rendah di Melaka. Kajian beliau

ditumpukan kepada empat aspek kesilapan bahasa iaitu tanda baca, huruf besar, imbuhan dan

ejaan. Dapatan kajian beliau mendapati pelajar lebih banyak melakukan kesalahan ejaan yang

merangkumi 54.74% daripada kesemua kesalahan yang dikaji. Purata kesalahan ejaan 5.16 kali

bagi tiap-tiap orang murid. Kesalahan-kesalahan ini amat mempengaruhi markah pelajar

Page 6: Kesalahan Ejaan

tambahan pula pelajar bukan sahaja melakukan kesalahan ejaan tetapi juga kesalahan lain seperti

tanda baca dan imbuhan.

Kajian Azahari (2001) juga mendapati kesilapan imbuhan merupakan kesalahan yang

paling tinggi berbanding dengan kesilapan lain. Sampel kajiannya terdiri daripada 97 orang

pelajar lelaki dan perempuan tingkatan empat di daerah Kinta, Ipoh, Perak. Secara keseluruhan

jenis kesilapan morfologi yang paling tinggi kekerapan kesalahan dilakukan ialah imbuhan

(64.9%), diikuti penggandaan (18.32%) dan seterusnya pemajmukan (14.7 %). Selain itu, hasil

dapatan beliau juga mendapati bahawa sampel lelaki lebih banyak melakukan kesilapan iaitu

66.33% yang meliputi kesalahan penggunaan ejaan. Walau bagaimanapun, kesilapan

penggunaan penggandaan dan pemajmukan tidak memperlihatkan perbezaan yang ketara antara

sampel lelaki dan perempuan.

Woo Choon (1988), membuat kajian terhadap 100 orang pelajar Cina tingkatan satu di

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina. Kajian beliau bertujuan untuk mengkaji pencapaian

dan kesalahan dalam penggunaan imbuhan bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar Cina

tingkatan satu. Dalam kajiannya, beliau mendapati pencapaian sampel dalam penggunaan

imbuhan bahasa Melayu adalah amat rendah. Minnya hanya 49.97 daripada markat penuh 100.

2.3 Rumusan

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar sekolah di Malaysia masih lagi belum

menguasai bahasa Melayu sepenuhnya. Lebih-lebih lagi pelajar yang tidak menggunakan bahasa

Melayu sebagai medium komunikasi yanng utama seperti murid-murid Tahun 5 di SK

Melangkap. Oleh itu, pelbagai usaha harus dilakukan untuk mencegah keparahan berbahasa ini

menjadi lebih teruk dan usaha tersebut harus dimulakan pada awal usia persekolahan.

Page 7: Kesalahan Ejaan

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Dalam bahagian metodologi kajian ini, proses mengumpul dan menganalisa data harus

mempunyai perancangan yang disusun rapi agar pelaksanaan kajian berjalan dengan sistematik.

Kajian ini bertujuan untuk meganalisis kesalahan ejaan dalam kalangan murid Tahun 5 bagi mata

pelajaran Bahasa Melayu. Turut dianalisis dalam kajian ini adalah kesilapan penggunaan tanda

baca. Bahagian ini akan menerangkan secara jelas bagaimana kajian ini akan dilaksanakan.

Antara aspek yang terkandung dalam bahagian ini adalah seperti reka bentuk kajian, instrumen

kajian, sampel dan populasi kajian, kaedah pelaksanaan kajian dan kaedah penganalisaan data.

3.1 Reka Bentuk kajian

Kajian ini menggunakan rekabentuk kaedah analisis kandungan. Kaedah ini digunakan untuk

menganalisis hasil karangan murid Tahun 5 di SK Melangkap dan seterusnya mengenal pasti

kesalahan-kesalahan umum dalam penulisan yang dilakukan oleh 30 murid sebagai sampel

kajian. Analisis dilakukan bagi menentukan skop kesalahan murid. Kaedah ini sesuai kerana ia

mudah memandangkan maklumat hanya dianalisis secara deskriptif iaitu dalam bentuk

kekerapan dan peratus sahaja.

Page 8: Kesalahan Ejaan

3.2 Populasi dan Sampel

Menurut Sidek Mohd Noah (2002), populasi ialah semua kes atau subjek yang kita minat untuk

mengkajinya. Sementara itu, beliau juga menerangkan bahawa pensampelan ialah cabutan kes

atau subjek daripada satu populasi. Dalam kajian ini, populasi adalah murid Tahun 5 di Daerah

Kota Belud. Oleh kerana populasi terlalu ramai persampelan akan dilakukan. Sampel terdiri

daripada murid dari salah satu sekplah rendah di daerah ini. Seramai 30 murid Tahun 5 di SK

Melangkap Kota Belud dipilih sebagai sampel secara rawak. Sampel terdiri daripada murid lelaki

dan perempuan dalam nisbah yang seimbang ialaitu 15:15. Pemilihan dilakukan berdasarkan

tahap kecekapan mereka yang lemah dalam bidang penulisan Bahasa Melayu. Jadual 1 di bawah

menunjukkan taburan kekerapan dan peratus sampel mengikit jantina.

Jadual 1

Jantina Sampel

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 10 50%

Perempuan 10 50%

3.3 Alat Kajian/ Instrumen

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan dua instrumen iaitu borang soal selidik dan

ujian pengesanan.

Page 9: Kesalahan Ejaan

3.3.1 Borang Soal Selidik

Borang soal selidik dibina untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan latar belakang

setiap murid. Misalnya data seperti jantina, bangsa dan pekerjaan ibu bapa. Borang ini hanya

akan diberi kepada sampel kajian yang terlibat iaitu seramai 30 orang. Murid diberi masa antara

45 minit hingga 1 jam untuk melengkapkan borang ini. Borang yang telang diisi dengan lengkap

akan dikepilkan bersama dengan jawapan hasil karangan murid.

3.3.2 Ujian Pengesanan

Ujian pengesanan diberikan kepada semua sampel melalui ujian menulis karangan. Ujian

ini dilakukan dengan tujuan untuk memunggut data berkenaan dengan kekerapan kesalahan

bahasa seperti kesalahan ejaan, tanda baca, imbuhan dan penggandaan. Ujian dikendalikan oleh

pengkaji sendiri selaku guru Bahasa Melayu Tahun 5 di SK Melangkap dan dibantu oleh dua

orang guru sebagai pemantau bagi memastikan murid tidak meniru antara satu sama lain bagi

memastikan kesahihan data. Murid dikehendaki menulis sebuah karangan dalam 50 patah

perkataan. Ujian ini dilakukan dalam 1 jam dan 30 minit.

3.4 Prosedur dan Teknik Kutipan Data

Data dikutip secara langsung daripada pelajar melalui ujian bertulis. Kaedah ini dipercayai dapat

menguji keupayaan sebenar pelajar (Johnson 1992:115). Situasi peperiksaan sebenar diwujudkan

agar pelajar merasakan seolah - olah berada dalam peperiksaan sebenar. Tajuk karangan yang

diberikan merupakan karangan berbentuk pengalaman (lihat Lampiran V), sesuai dengan tahap

pelajar tingkatan satu untuk mendapatkan data yang mempunyai kualiti yang hampir sama

dengan peperiksaan sebenar.

Page 10: Kesalahan Ejaan

Walaupun responden kajian ini terdiri daripada murid Tahun 5 sahaja tanpa melibatkan

murid-murid lain, hal ini tidak menjadi masalah kerana tujuan kajian ini menggunakan strategi

kenal pasti awal adalah untuk melihat kesalahan-kesalahan umum pelajar agar dapat dibetulkan

pada peringkat awal, supaya tidak terlewat apabila pelajar menghadapi peperiksaan sebenar,

UPSR umpamanya. Selain itu, murid Tahun 5 juga sudah terdedah dengan cara penulisan

karangan. Pelajar diberikan masa 1 jam 30 minit untuk menghasilkan karangan yang panjangnya

kira-kira 50 patah perkataan. Borang soal selidik diedarkan sejurus selepas ujian karangan tamat

dan pelajar diberikan masa 45 minit hingga 1 jam untuk melengkapkan ruang yang disediakan.

3.5 Kaedah Analisis Data

Dapatan data yang diperolehi daripada ujian pengesanan dijadikan sebagai data

maklumat. Pengkaji akan meneliti setiap hasil karangan pelajar yang telah dipilih sebagai sampel

kajian. Setiap kesalahan yang dilakukan akan ditanda, dicatat dan dikategorikan berdasarkan

jenis-jenis kesalahan yang telah ditetapkan. Data yang diperoleh akan dianalisis dengan

menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan kekerapan dan peratus.

Kesalahan-kesalahan yang telah dikenal pasti berdasarkan jenisnya akan ditambah untuk

mendapatkan kekerapan. Manakala bagi mendapatkan peratus keseluruhan kesalahan pula

adalah berdasarkan formula berikut:

Jumlah kesalahan = Jumlah kesalahan keseluruhan x 100 = peratus(%) kesalahan murid.

3.6 Rumusan

Page 11: Kesalahan Ejaan

Data-data yang diperolehi daripada kajian ini akan dijadikan bahan analisis selari dengan

kehendak kajian. Sehubungan dengan itu, untuk mendapatkan data yang boleh dipercayai

kejituan dan kejujuran semasa proses mengumpul data dilakukan adalah amat diperlukan.

Page 12: Kesalahan Ejaan

RUJUKAN

Awang Had Salleh (1981). Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan (1980). “Pencemaran Bahasa

dari Perspektif Budaya” dlm. Dewan Masyarakat XVIII (3) : 3-4

Corder, P.S. (1974). “The Significance of Learners Errors” dlm. Error Analysis Perspectives on

Second Language Acuisition oleh Richard, J.C. London: Longman Group Limited

Idris Sharma, S.K (1981). “Error Analysis: Why and How?” dlm Forum19(3) : 21-25

Ismail Dahaman. (1996). Pedoman Ejaan dan Sebutan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka

Nik Safiah Karim. (1980). “Pencemaran Bahasa Melayu dan Kesannya Terhadap Pengajaran

Bahasa Melayu” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 24 (10) : 10-20

Sidek Jais MD. (1990). Analisis Kesilapan dalam Penulisan Karangan Murid Tahun Lima di

Salah Sebuah Sekolah kebangsaan dalam Daerah Batang Padang, Perak Darul Ridzuan:

Satu kajian. Tesis Sarjana, Institut Pendidikan Sultan

Webber, R.D (1981). “A Practical Design for Identifying and Classifying Language-Learning

Errors” dlm. ForumXIX (4) :10-15

Page 13: Kesalahan Ejaan

LAMPIRAN