kesalahan lompat jauh

6
5.0 Kesalahan (error) 5.1 Kesalahan Lakuan Dan Pembetulannya 5.1.1 Kesalahan Umum Dalam Lompat Jauh Fasa Lari Landas Atlit mengejar papan lonjakan dan lonjakkannya tidak cukup tinggi. Larian atlit yang tidak mencapai kelajuan optimum atau terlambat mempercepatkan kelajuan. Atlit kehilangan kelajuannya apabila menghampiri papan lonjak. Fasa Lonjakan Atlet lonjak sebelum atau selepas mencapai papan lonjak.

description

waj3112

Transcript of kesalahan lompat jauh

5.0Kesalahan (error)

5.1 Kesalahan Lakuan Dan Pembetulannya

5.1.1 Kesalahan Umum Dalam Lompat Jauh

Fasa Lari Landas

Atlitmengejar papan lonjakan dan lonjakkannya tidak cukup tinggi.

Larian atlit yang tidak mencapai kelajuan optimum atau terlambat mempercepatkan kelajuan. Atlit kehilangan kelajuannya apabila menghampiri papan lonjak.

Fasa Lonjakan Atlet lonjak sebelum atau selepas mencapai papan lonjak. Atlet berlari melepasi papan lonjakan.

Fasa Penerbangan/ layangan Kaki atlet yang tidak diangkat cukup tinggi dan tidak melunjurkan kaki. Atlet tidak melentikkan badan. Atlet yang terlebih putar badannya menjejaskan postur

Fasa pendaratan Atlet mendarat dengan kaki kangkang atau bebas.

Pendaratan atlet yang mendarat terbaring di tempat mendarat. Atlet mendarat di luar tempat mendarat. Atlet tidak mengayunkan tangan dan tidak mendarat pada kaki dahulu.

5.1.2 Senarai Kesalahan Lakuan Dan Pembetulannya

KESALAHANPEMBETULAN

Perubahan yang berlebihan dalam langkah terakhir sebelum fasa lonjakan.Kekalkan kelajuan sebelum dan selepas fasa lonjakan.

Menjejakkan tumit ketika melonjak dari papan lonjakan.Gunakan bebola kaki untuk melonjak dari papan lonjakan.

Badan terlalu condong ke hadapan atau ke belakang ketika melonjak.Tegakkan badan dengan menghala ke atas semasa melonjak.

Keadaan tidak seimbang ketika fasa layangan.Gunakan sepenuhnya kedua-dua tangan untuk mengawal imbangan.

Melakukan leg shoot atau lunjuran kaki ke hadapan terlalu awal.Cuba mencapai julat terbaik pergerakan dan lewatkan lunjuran kaki ke hadapan hingga saat terakhir.

Kaki tidak dilunjurkan sepenuhnya.Lunjurkan kaki ke hadapan untuk mendapatkan jarak yang lebih.

Pendaratan kaki tidak serentak.Lakukan latih tubi mendarat untuk mendapatkan imbangan jatuhan kaki serentak ketika mendarat.

5.2 Persoalan Yang Timbul, Jawapan Dan PenambahbaikanPenglibatan Wanita Di Dalam Acara Lompat Jauh Pada peringkat awal , penyertaan wanita di dalam olahraga dan sukan amnya , mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Tetapi , lama-kelamaan, diakui bahawa penglibatan mereka adalah setanding dengan kaum lelaki. Penglibatan wanita dalam sukan khususnya lompat jauh tidaklah seawal penglibatan dan mengalami sejarah pahit seperti kaum lelaki. Mengikut sejarah olahragawan , wanita pada mulanya , dilarang daripada mengambil bahagian dalam acara sukan. Pelbagai andaian negatif dilemparkan kepada mereka. Malah wanita juga dilarang daripada menonton kaum lelaki mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik Kuno. Ketika olahraga rancak menular ke negeri-negeri Eropah khususnya England , wanita masih dilarang mengambil bahagian di dalam acara lompat jauh. Persatuan Olahraga juga enggan mengatur dan menganjurkan kejohanan dan perjumpaan olahraga untuk wanita. Menyedari penglibatan dan penyertaan wanita juga perlu maka sebuah persatuan olahraga khusus untuk kaum wanita ditubuhkan. Persatuan ini diberi namaFEDERATION SPORTIVE FEMININEINTERNATIONALE. Tujuan utamanya ialah untuk mencadangkan kepada Majlis Olimpik Antarabangsa supaya penyertaan Sukan Olimpik dibuka juga kepada wanita yang bakal berlangsung pada 1924. Cadangan itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai tetapi bukan untuk tahun 1924. Akhirnya pada tahun 1928 , wanita telah diberi peluang untuk menyertai Sukan Olimpik.Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perancangan Pemakanan Atlit Lompat JauhPerancangan pemakanan atlit yang ideal perlu mengambil kira pelbagai aspek yang mempengaruhinya bagi memastikan prestasi atlit dapat dipertingkatkan ke tahap optimum. Faktor yang mempengaruhinya antaranya ialah :

Lokasi latihan / pertandingan di altitude

Suhu sejuk

Suhu panas dan humiditi

Intensiti latihan

Saiz badan atlit

Jangka masa latihan / pertandingan

Tahap kecergasan atlit.

Pemakanan mengikut fasa pertandingan :

Fasa Pra Musim

Penggunaan kalori amat tinggi pada fasa ini. Kehilangan berat badan kerap terjadi akibat dehidrasi dan perubahan bentuk latihan. Atlit seharusnya minum lebih banyak iaitu tambahan 500 ml air sehari bagi setiap penurunan 420 gram berat badan.

Fasa Pra Pertandingan.

Penyediaan diet seharusnya berasaskan individu. Setiap individu seharusnya mengambil kira aspek - aspek yang mempengaruhi pemakanan. Rancang program pemakanan (karboloading ) seminggu sebelum pertandingan.

Fasa Pos Pertandingan

Kebanyakan atlit mengalami pertambahan berat badan ketika fasa ini. Ini berlaku akibat aktiviti yang rendah intensitinya serta amalan pemakanan yang tidak menentu.Atlit boleh mengamalkan cara merekod pengambilan makanan mereka.