Kesalahan Penggunaan Kata Sendi

20
Kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Melalui kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’, murid sering terkeliru antara penggunaan dari dan daripada. Seperti yang kita ketahui kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu tempat dan masa manakala daripada pula menunjukkan punca sesuatu perkara. Contoh : Saya berasal daripada Kuala Kangsar. (salah) sepatutnya Saya berasal dari Kuala Kangsar. (betul) Selain itu, kesalahan penggunaan kata sendi juga sering berlaku ketika murid-murid menulis ayat seperti berikut. Jadi, elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan. (a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dari) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)

description

kata sendi

Transcript of Kesalahan Penggunaan Kata Sendi

Kesalahan penggunaan kata sendi dari dan daripada. Melalui kata sendi nama dari dan daripada, murid sering terkeliru antara penggunaan dari dan daripada. Seperti yang kita ketahui kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu tempat dan masa manakala daripada pula menunjukkan punca sesuatu perkara.Contoh : Saya berasal daripada Kuala Kangsar. (salah) sepatutnya Saya berasal dari Kuala Kangsar. (betul)

Selain itu, kesalahan penggunaan kata sendi juga sering berlaku ketika murid-murid menulis ayat seperti berikut. Jadi, elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan. (a) Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada) (b) Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dari) (c) Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari) (d) Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari) (e) Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)

KATA SENDI NAMA

1. Pak Mus bekerja di ladang kelapa sawitnya dari pagi hingga _______ petang. A di B ke C pada D kepada

2. Hanya kain batik tulis lebih mahal ______ harga kain batik cap. A oleh B dengan C dari D daripada

3. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak menyampaikan hadiah ______ para pelajar. A untuk B pada C kepada D ke

4. Maria membeli sehelai selendang ______ ibunya sebagai hadiah hari jadi. A daripada B untuk C demi D bagi

5. Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______ haiwan. A terhadap B hingga C dalam D oleh

6. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _______ empat tahun. A di B dengan C kepada D hingga

7.Oleh sebab rasa cinta _______ kebudayaan Melayu, Puan Hawa sanggup menjelajah seluruh negara untuk membuat kajian.A dalam B untuk C akan D terhadap

8. Pak Uteh menjaga potret yang dilukis _______ anaknya itu dengan baik. A sejak B oleh C tentang D dalam

9. Pada setiap pagi, keadaan di pelabuhan itu sibuk _______ kapal dagang yang datang dan pergi. A dengan B untuk C bagi D di

10. Perajurit itu rela berkorban nyawa ______ kedaulatan tanah air yang tercinta. A pada B akan C demi D terhadap

11. Kesenian wayang kulit yang terkenal di Kelantan dipercayai berasal ______ selatanThailand. A dari B daripada C ke D di

12. Pihak kerajaan telah pun menjalankan pelbagai usaha _______ mengurangkan kadar buta huruf di kalangan penduduk di luar bandar. A sejak B tentang C oleh D untuk

13. Suara biduanita itu sungguh merdu _______ buluh perindu apabila mendendangkan lagu Melayu asli. A sampai B umpama C demi D antara

14. Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______ pagi _______ ke petang. A daripadasehingga B darihingga C sejakke D padahingga

15. Ayah dan ibu sangat suka _______ mee goring yang dijual di restoran itu. A oleh B kepada C akan D pada

16.Suratyang ayah baca itu _______ abang yang berada di luar negara . A dari B daripada C kepada D untuk

17. _______ pesta tersebut , perbagai barangan cenderamata dijual di gerai-gerai yang disediakan . A dengan B pada C di D seperti

18. Berita _______ bencana alam itu disiarkan di televisyen dari semasa ke semasa . A akan B dengan C tentang D antara

19. Setibanya saya _______ Kuala Kangsar ,saya telah dipelawa _______ seorang penduduk kampung di situ bertandang ke rumahnya. A keoleh B padadengan C di oleh D dalam daripada

20. _______ kegawatan ekonomi yang berlaku sekarang ,kita perlulah berjimat cermat . A di B pada C dalam D daripada

21. Majlis perkahwinan _______ Anita dan Masri berlangsung dalam suasana yang cukup meriah . A daripada B seperti C antara D dengan

22. _______ semalam anak kecil Puan Faridah asyik menangis . A daripada B sejak C antara D dengan

23. _______ pesta tersebut ,pelbagai program yang menarik diadakan _______ drama, persembahan dikir barat , cabutan bertuah ,dan sebagainya . A diseperti B pada sebagai C dalam hingga D dengan seperti

24. Menteri-menteri Kesihatan Asean itu sedang berbincang wabak SARS di Thailand. A tentang B dalam C terhadap D oleh

25.Seminar Keusahawanan Bumiputera itu bermula _______ hari ini. A sampai B daripada C pada D hingga

26. Perjanjian persefahaman _______ kedua-dua buah syarikat komputer itu telah ditandatangani semalam. A untuk B antara C dalam D umpama

27. Tun Perak menggunakankebijaksanaannya menentang lanun perairan Melaka. A demi ke B bagi hingga C oleh di D untuk di

28.Tolong sampaikan pesanan saya ini _______ Kamil,kata Siva kepada Chee Hong. A untuk B kepada C bagi D pada

29. Jambangan bunga ini Noriah bersempena dengan sambutan hari kelahirannya. A kepada B bagi C untuk D pada

30.Seramik ini dibuat _______ tanah liat. A dari B pada C di D daripada

31. Budak itu mengidap penyakit barah _______ kecil lagi. A sejak B dari C pada D daripada

32. Ketua Kampung itu mengambil beratmasalah anak-anak buahnya. A kepada B terhadap C untuk D pada

33. kain-kain sutera itu diimport Korea Selatan. A ke B pada C dari D daripada

34.Lembu-lembu itu ditambatnya _______ sebatang pokok. A di B ke C kepada D pada

35. abad ke-14,Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan antara timur dan barat. A pada B di C kepada D daripada

36.Dia menerima sepucuksurat _______ abangnya yang menuntut di luar negara. A dari B daripada C pada D di

37. Bahasa Melayu merupakan salah satu _______ matapelajaran teras dalam KBSR. A pada B kepada C dari D daripada

32. Ketua Kampung itu mengambil beratmasalah anak-anak buahnya. A kepada B terhadap C untuk D pada

33. Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk sampai _______ puncak banjaran gunung kerana kabus tebal. A kepada B dari C di D ke

35. Mak Intan suka _______ kehalusan budi pekerti anak angkatnya yang berbangsa Inggeris itu. A akan B pada C oleh D sejak

36. Sekumpulan ahli kaji purba telah menemui lukisan purba yang dilukis ________ dinding gua itu. A di B dalam C pada D antara

37. Pasukan Leftenan Adnan rela berkorban _______ keamanan Negara tercinta. A bagai B daripada C terhadap D demi

38. Sejak akhir-akhir ini, para pengguna sering merungut _______ kenaikan harga barang-barang. A bagi B tentang C terhadap D demi

39. ketua pengawas, kamu hendaklah menunjukkan teladan yang baik. A Pada B Sebagai C untuk D Daripada

40. Usaha kerajaan _______ mengurangkan kadar kemalangan jalan raya kurang berjaya. A kepada B dari C untuk D tentang

41. Amira hendak menghadiahkan pen ini _______ Suhaila. A akan B pada C oleh D kepada

42. Subi diumumkan ________ pemenang pertama. A seperti B sebagai C pada D antara

43. Pak Mail dan rakannya bertolak ke laut _______ matahari terbit. A bagai B sebelum C terhadap D sehingga

44. Balai polis itu tidak jauh _______ sekolah, kata Ramli kepada pemuda itu. A daripada B tentang C terhadap D dari

45. Sebahagian besar pelanggan di gerainya ialah pekerja-pekerja kilang. A kepada B terhadap C daripada D pada

46. _______ kamu membuang masa menonton televisyen, lebih baik kamu tolong ayah cuci kereta ni, kata ayah kepada adik. A Kepada B Dari C Daripada D Pada

47. Bungkusan kuih raya itu akan dikirimkan _______ para tentera yang bertugas ketika Hari Raya nanti. A akan B pada C oleh D kepada

48. Gayahidupnya sudah seperti orang Barat ________ pulang dari luar negara, kata Mak Minah kepada jiran- jirannya. A sejak B dalam C pada D antara

49. Sebelum perlumbaan dimulakan, para pelumba diberi taklimat _______ syarat dan peraturan perlumbaan. A bagai B tentang C terhadap D demi

50. _______ dalam akuarium itu terdapat pelbagai jenis ikan hiasan untuk dijual. A Bagi B Ke C Di D Demi

51. Saya ingin menjadi seorang pemuzik yang handal ________ Datuk Ahmad Nawab, kata Hairil kepada gurunya. A bagi B pada C tentang D seperti

52. Komputer itu dihadiahkan ayah kerana lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM. A kepada B oleh C untuk D pada

53. _______ hari ini dalam tahun 1957, Negara kita telah mencapai kemerdekaan daripada kerjaan British. A Kepada B Dari C Pada D Hingga

54. _______ kematian kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan itu , adik-beradik Admad sering sahaja berasa kesunyian. A Dengan B Sejak C Dari D Daripada

55. _______ pagi hingga ke petang, dia asyik menghadap komputernya sahaja. A Akan B Pada C Daripada D Dari

56. Model bangunan tertinggi di dunia itu diilhamkan ________ jurutera dariMalaysia. A oleh B dalam C pada D antara

57. Hadiah yang istimewa itu khas _______ teman wanitanya yang akan menyambut hari jadi pada minggu depan. A untuk B daripada C terhadap D demi

58. Saya tidak mahu campur tangan _______ hal rumah tangga kamu, kata Hadi kepada Man. A bagi B dalam C terhadap D demi

59. Nisah menggunting kain sutera itu sebilah gunting yang baru dibelinya. A kepada B terhadap C untuk D dengan

60. Pada pagi itu matahari bersinar _______ cerah sekali. A kepada B dari C dengan D laksana

61. Mereka menunggu ketibaan Menteri Besar _______ pagi tadi. A akan B pada C oleh D sejak

62. Ambillah pengajaran ________ kisah tadi, nasihat Cikgu Aminah. A daripada B dalam C pada D antara

63. Kebanyakan pelajar yang belajar _______ Cikgu Anis berjaya mendapat 5A dalam UPSR. A bagai B daripada C terhadap D dengan

64. Rombongan diraja itu tiba _______ pukul 10.00 pagi. A bagi B tentang C pada D demi

65. Hal ini akan saya adukan Guru Besar secepat mungkin. A kepada B terhadap C untuk D pada

66. Kita harus berdoa _______ Allah _______ berusaha untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. A kepada, sampai B pada,selain C kepada, selain D pada, sebagai

67. Perabot yang diperbuat _______ kayu jati itu dibeli ________ ayah. A dari,oleh B daripada, oleh C dari, daripada D daripada, kepada

68. Dia ragu-ragu ________ kebolehannya untuk lulus dalam peperiksaan. A terhadap B dengan C pada D kepada

69. Ibu menunggu ayah _______ pukul 7.00 pagi ________ pukul 10.00 pagi tetapi dia masih belum tiba. A daripada, ke B dari, hingga C sampaikan, pada D manakala, kepada

70. Persembahan tarian kuda kepang itu mendapat tepukan gemuruh_______ penonton. A bagi B dari C kepada D daripada71. Siti berteduh ________ bawah pohon ketapang. A di B dari C kepada D daripada

72. Ahmad menendang bola itu arah penjuru kananpadang. A kepada B ke C daripada D pada

73. _______ saat-saat yang mencemaskan itu, dia tidak teringat _______ anaknya. A Di,pada B Di, akan C Pada,pada D Pada,akan

74. Keputusan pertandingan nasyid itu sedang dinantikan _______ semua peserta yang bertanding. A untuk B oleh C dari D daripada

75. Amaran bercita-cita hendak bekerja _______ peguam. A terhadap B kepada C sehingga D sebagai

76. Pengunjung berpeluang untuk memilih beraneka jenis makanan yang dijual ________ warung itu. A ke B di C dengan D daripada

77. Ibu asyik terkenang _______ abang yang belajar di luar negara. A untuk B akan C terhadap D demi

78. Tujuan majlis itu diadakan adalah _______ meraikan kejayaan pasukan Perak menjuarai PialaMalaysia. A tentang B dalam C terhadap D untuk

79. Nisah menggunting kain sutera itu sebilah gunting yang baru dibelinya. A kepada B terhadap C untuk D dengan

80. Penjelasan _______ pencemaran alam sekitar mudah difahami oleh peserta bengkel. A kepada B tentang C dengan D laksana

81. Mereka menunggu ketibaan Menteri Besar _______ pagi tadi. A akan B pada C oleh D sejak

82. Dia bercerita ________ pengalamannya bertempur dengan pengganas komunis. A daripada B bagi C tentang D antara

83. Abang lebih garang _______ kakak sulung saya. A bagai B daripada C terhadap D dengan

84. Orang ramai mendengar penerangan itu _______ teliti. A dengan B tentang C pada D demi

85. pendapat saya, hal ini dapat diselesaikan jika kita bersepakat. A Kepada B Terhadap C Untuk D Pada

86. Ishak menceritakan pengalamannya menjadi anak angkat keluarga orang asli _________ kawannya. A kepada B pada C tentang D demi

87. Kepupusan hasil hutan berpunca _______ penerokaan hutan yang berterusan dan tanpa kawalan. A dari B daripada C pada D kepada

88. Pak Seman menangkap ikan ________ menggunakan lukah. A untuk B dengan C pada D kepada

89. Kasutnya diperbuat _______ kulit yang diimport ________ Kanada. A daripada, dari B dari, hingga C antara, pada D sejak, kepada

90.Parapelancong terpesona _______ keindahan kehidupan laut di Pulau Tioman. A bagi B akan C oleh D kepada91. Kedua-dua ibu bapa Sarah _______ berangkat ke Mekah esok. A akan B pada C oleh D sejak

92. Murid-murid 5 Anggerik berusaha mengumpulkan wang ________ membeli hadiah guru kelas mereka. A daripada B untuk C tentang D antara

93. Mak Cik Esah sedang menunggu anaknya pulang _______Kuala Lumpur. A dari B daripada C terhadap D dengan

94. Jaketnya itu dibuat _______ kulit. A dengan B daripada C pada D demi

95. Kereta Mercedes itu diimport Amerika Syarikat. A kepada B dari C untuk D pada

96. Kami _________ pergi keIpoh_________ hari Sabtu . A akan,kepada B akan, pada C akan, tentang D akan, demi

97. Kedatangan Maal Hijrah tahun ini disambut _______ majlis tahlil dan doa selamat. A untuk B daripada C pada D dengan

98. Keindahan Pulau Langkawi menjadi terkenal ________ seluruh dunia. A untuk B dengan C di D oleh

99. Serahkan borang yang telah siap diisi _______ Cikgu Johari. A daripada B dari C pada D kepada

100. Kita patut bersyukur _______ semua anugerah Allah. A bagi B akan C oleh D dengan

Teknik Mat

~DARI~1. arah2. tempat2. masacontoh:1. Ali muncul tiba-tiba dari belakang Abu.2. Pemain itu berasal dari Kelantan.3.` Dari pukul lapan pagi lagi, latihan sudah dijalankan.

~DARIPADA~Umum1. Orang2. asal kejadian3. perbandinganContoh:1. Bunga itu hadiah daripada guru.2. Kerusi dibuat daripada kayu.3. Aisyah lebih cantik daripada Swee Lan.