kesalahan tatabahasa

18
Kesalahan Ejaan Salah Betul kelinik klinik goreng pisang pisang goreng perabut perabot kampong kampung pelancung pelancong tulin tulen talipon telefon masok masuk Minibas Bas mini Ajenda Agenda Patriotisma Patriotisme Teknoloji Teknologi Profession Profesion Television Televisyen Berkerja Bekerja e-mail e-mel Berlajar Belajar

description

bahasa melayu

Transcript of kesalahan tatabahasa

  • Kesalahan Ejaan

    SalahBetulkelinikklinikgoreng pisangpisang gorengperabutperabotkampongkampungpelancungpelancongtulintulentalipontelefonmasokmasukMinibasBas miniAjendaAgendaPatriotismaPatriotismeTeknolojiTeknologiProfessionProfesionTelevisionTelevisyenBerkerjaBekerjae-maile-melBerlajarBelajar

  • Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan

    SalahBetulPara-para pelajarPara pelajarMereka-merekaMerekaSemua penduduk-pendudukSemua pendudukSetengah-tengahSesetengah / Setengah-setengahBerpuluh-puluh orang-orangBerpuluh-puluh orangTiap-tiap pekerja-pekerjaTiap-tiap pekerja/ Setiap pekerjaSepuluh buah sekolah-sekolahSepuluh buah sekolahSetiap peserta-pesertaSetiap pesertaPelbagai buku-bukuPelbagai bukuBaju-baju di kedai itu cantik-cantik.Baju di kedai itu cantik-cantik.TiapTiap-tiap / SetiapBerbagaiBerbagai-bagai

  • Kesalahan penggunaan kata bilangan dalam ayat.1. Berbagai juadah atau kuih-muih dijual di pasar malam. (Berbagai-bagai) Kata Bilangan himpunan berbagai tidak boleh disingkatkan.2. Setengah murid masih lemah dalam penguasaan tatabahasa. (Setengah-setengah / sesetengah) Setengah tidak boleh disingkatkan.

    3. Tiap murid dikehendaki memakai pakaian seragam ke sekolah. (Setiap, tiap-tiap)

    4. Para-para guru digalakkan mengambil bahagian dalam acara sukaneka. (Para) Para tidak perlu diulang kerana menunjukkan maksud jamak.

    5. Ayah membeli ikan bawal dengan harga lapan setengah ringgit. (lapan ringgitsetengah) Kata bilangan tentu tidak boleh bersama kata bilangan pecahan.

  • Kesalahan Penggunaan Kata Sendi NamaMenurut Awang Sariyan (1980:14), kesalahan umum penggunaan kata sendi nama terbahagi kepada dua iaitua) Kesalahan penggunaan kata sendi b) Pengabaian penggunaan kata sendi.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada, di dan pada, ke dan kepada (AwangSariyan, 1980:14).

    Kata Sendi NamaPenggunaandaritempat, masadaripadaperbandingan, asal kejadianditempatpadamasa, orang, benda abstrakketempat, masa kepadabenda bernyawa, benda abstrak

  • Contoh penggunaannya:

    SalahBetulDia berasal daripada Pulau Pinang.Dia berasal dari Pulau Pinang.Surat itu dari pengetua.Surat itu daripada pengetua.Meja itu dibuat dari kayu.Meja itu dibuat daripada kayu.Di masa depanPada masa depanDi zaman teknologi maklumatPada zaman teknologi maklumatDi hari iniPada hari iniDiserahkan ke Siti.Diserahkan kepada SitiDilontar ke AliDilontar kepada AliOleh keranaOleh sebabSuka manggisSuka akan manggisBalik PahangBalik ke PahangPergi perpustakaanPergi ke perpustakaanSuka gadis ituSuka kepada gadis itu

  • Kesalahan Penggunaan Kata Sendi Nama1. Dari digunakan untuk masa dan tempat. Daripada digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian dan benda a) Meja ini diperbuat dari kayu jelutong. (Salah) Meja ini diperbuat daripada kayu jelutong. (Betul) Daripada digunakan untuk asal kejadian sesuatu benda. b) Bangunan ini lebih tinggi dari bangunan itu. (Salah) Bangunan ini lebih tinggi daripada bangunan itu. (Betul) Daripada digunakan untuk perbandingan. c) Mereka menjalani latihan bola sepak daripada pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Salah) Mereka menjalani latihan bola sepak dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. (Betul) Dari digunakan untuk masa.

  • 2. Penggunaan kata sendi nama di digunakan untuk tempat. a) Di hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Salah)Pada hari ini, majlis penyampaian hadiah diadakan di dewan sekolah. (Betul) 3. Kata sendi nama pada digunakan untuk masa, orang dan benda abstrak. a) Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada dengan CikguAhmad. (Salah) Markah murid-murid untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup ada pada CikguAhmad. (Betul)

  • 4. Penggunaan ke untuk tempat, masa dan benda tidak bernyawa. Kata sendi kepada digunakan untuk benda bernyawa dan benda abstrak.

    a) Surat permohonan itu telah diserah ke guru biasiswa. (Salah) Surat permohonan itu telah diserah kepada guru biasiswa. (Betul)b) Ayah pergi kepada pasar besar dengan menaiki motosikal. (Salah) Ayah pergi ke pasar besar dengan menaiki motosikal (Betul)

    5. Kata sendi nama oleh digunakan selepas kata kerja pasif berawalan di- dan ter-. Kata sendi nama dengan tidak boleh digunakan selepas kata kerja pasif. a) Khadijah tertarik dengan keindahan pemandangan di tepi pantai. (Salah) Khadijah tertarik oleh keindahan pemandangan di tepi pantai. (Betul)

    6. Kerana digolong sebagai kata hubung. Kata hubung kerana tidak boleh diletakkan selepas kata sendi nama oleh.

    a) Oleh kerana sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di sekolah tersebut telah dibatalkan. (Salah)

    Oleh sebab sambutan peserta kurang menggalakkan maka pertandingan syair di sekolah tersebut telah dibatalkan. (Betul)

  • Kesalahan Penggunaan Kata Ganti Nama DiriBeliau - orang yang terhormatIa - benda atau binatangContoh:Dia merasmikan bangunan baru itu. (Salah)Beliau merasmikan bangunan baru itu. (Betul)

  • Susunan kata (Hukum D-M) Diterangkan dan Menerangkan

    SalahBetulDr. Mariam KlinikKlinik Dr. MariamMedan RestoranRestoran MedanCili sosSos ciliMini basBas miniGoreng pisangPisang gorengLain-lain halHal-hal lainLain-lain perkaraPerkara-perkara lain

  • Kesalahan Penggunaan Kata Kerja Pasif

    1. a) Surat khabar itu aku akan baca. (Salah)

    Surat khabar itu akan kubaca. (Betul)

    2. a) Bilik darjah itu saya sudah bersihkan. (Salah)

    Bilik darjah itu sudah saya bersihkan. (Betul)

    3. a) Kerja rumah itu kita mesti siapkan pada hari ini. (Salah)

    Kerja rumah itu mesti kita siapkan pada hari ini. (Betul)

  • Kesalahan Penggunaan Makna 1. a) Apa nama bapa awak? (Salah) Siapakah nama bapa awak? (Betul) Apa menanya nama benda atau binatang. Siapa digunakan untuk menanyatentang orang.2. a) Bila dia sampai, kami boleh balik ke rumah. (Salah) Apabila dia sampai, kami boleh balik ke rumah. (Betul) Bila untuk menanya masa. Apabila merupakan kata hubung.

    3. Ramai tetamu menghadiri majlis perkahwinan Radiah. (Betul) Banyak - binatang, bend Ramai - manusia, suasana tempat

    4. Golongan - kalangan / kelompok Gulungan - benda / barang yang bergulung (tikar, kertas)

    5. Pedalaman - kawasan / daerah yang jauh terpencil Pendalaman - usaha mendalamkan sesuatu

    6. Pendapat - buah fikiran / pandangan Pendapatan - hasil pencarian / nafkah

  • Kesalahan Penggunaan Imbuhan

    SalahBetulkebanyakkankebanyakanmengalakanmenggalakkanmenggosokanmenggosokkanmenaikanmenaikkan

  • Kesalahan penggunaan akhiran "-kan"

    Kesalahan penggunaan akhiran "-an"

    SalahBetul1. kebanyakkankebanyakan2. galakkangalakan3. kedudukkankedudukan4. kemasukkankemasukan5. peruntukkanperuntukan

    SalahBetul1. mengalakanmenggalakkan2. mencantikanmencantikkan3. menaikanmenaikkan

  • Kesalahan penggunaan "di" dan "ke"

    Dibasuh dan dimasak dirapat kerana perbuatan. Manakala di dewan dijarakkan kerana bukan perbuatan.

    SalahBetul1. di basuhdibasuh2. di masakdimasak3. didewandi dewan4. diKuala Lumpurdi Kuala Lumpur5. disinidi sini6. ditepidi tepi7. ketengahke tengah8. ketepike tepi

  • Akhiran 'kan' dan ' i '

    SalahBetulmenghadiahkan ibumenghadiahi ibumengurniakan beliaumengurnai beliaumenganugerahkannya ilmumenganugerahinyamengirimkan saya suratmengirimi saya surat mengirimkan surat kepada saya

  • Kesalahan Penggunaan Kata Penguat

    1.a) Pemandangan di pantai Port Dickson amat cantik sekali. (Salah) b) Pemandangan di pantai Port Dickon amat cantik.(Betul) c) Pemandangan di pantai Port Dickson cantik sekali. (Betul) 2. a) Mereka amat gembira sekali. (Salah) b) Mereka amat gembira. (Betul) c)Mereka gembira sekali. (Betul)

    Penguat hadapanagak, begitu, paling, terlaluPenguat belakangbenar, betul, nian, sekaliPenguat bebasamat, sangat, sungguh

  • 3. a) Pemain-pemain bola sepak amat yakin benar dalam pertandingan itu. (Salah) b) Pemain-pemain bola sepak yakin benar dalam pertandingan itu. (Betul) c) Pemain-pemain bola sepak amat yakin dalam pertandingan itu. (Betul)

    4. a) Amin terlalu percaya sangat akan kata-kata kawannya. (Salah) b) Amin percaya sangat akan kata-kata kawannya. (Betul) c) Amin terpercaya akan kata-kata kawannya. (Betul)5. a) Jambatan Pulau Pinang amat panjang sekali di Asia Tenggara. (Salah) b) Jambatan Pulau Pinang panjang sekali di Asia Tenggara. (Betul) c) Jambatan Pulau Pinang amat panjang di Asia Tenggara. (Betul)6. a) Menara Kuala Lumpur paling tinggi sekali. (Salah) b) Menara Kuala Lumpur paling tinggi / tinggi sekali (Betul)

    7. a) Dia murid tertinggi sekali di dalam kelas 2A. (Salah) b) Dia murid tertinggi / tinggi sekali di dalam kelas 2A. (Betul)