Kesan Buli

14
APA ITU BULI? Oleh MOHD SAIFUL AZHAR MAULA AB RASHID ABSTRAK BULI Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Kertas kerja ini selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung keadaan ini. Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar. PENGENALAN Dewasa ini gejala buli di kalangan pelajar sekolah begitu hangat diperkatakan. Berita Harian bertarikh 13 Ogos 2005 melaporkan pada tahun 2003, peratusan salahlaku disiplin pelajar termasuklah kes buli adalah sebanyak 2.11 % dan pada tahun 2004, sebanyak 2.07%. Samada tingkahlaku buli itu berlaku secara langsung atau tidak langsung, ciri penting tentang buli ialah ugutan berlaku secara berterusan, mewujudkan satu pola gangguan fisikal dan psikologi (Batsche & Knoff, 1994; Olweus, 1993). Di Amerika Syarikat misalnya, bentuk buli yang paling banyak berlaku ialah buli bahasa (Hoover, Oliver & Thompson, 1993). Di Itali pula, kanak-kanak sekolah telah didapati sering memanggil rakan-rakan lain dengan nama ejekan, selain daripada berlakunya buli fizikal dan peras ugut (Genta, Menesini, Fonzi, Costabile & Smith 1996). Naluri peraga diri dan keinginan menjadi ‘wira’ atau ‘hero’ yang digeruni sesama rakan sebaya antara punca pencambahan kegiatan membuli di kalangan pelajar. Masalah ini merupakan perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperinci memandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara. Negara memerlukan bakal pemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan

Transcript of Kesan Buli

Page 1: Kesan Buli

APA ITU BULI?

OlehMOHD SAIFUL AZHAR MAULA AB RASHID

ABSTRAK BULIGejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di dada-dada akhbar sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Kertas kerja ini selain membincangkan tentang jenis-jenis perlakuan buli, juga akan mengutarakan aspek-aspek penting yang mempengaruhi dan yang berkaitan dengan tingkah laku buli ini. Buli dikatakan sering berlaku di dalam bilik darjah, di padang, di koridor, di dalam dewan, di kantin dan juga di dalam tandas. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuai dilakukan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendung keadaan ini. Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar.

PENGENALANDewasa ini gejala buli di kalangan pelajar sekolah begitu hangat diperkatakan. Berita Harian bertarikh 13 Ogos 2005 melaporkan pada tahun 2003, peratusan salahlaku disiplin pelajar termasuklah kes buli adalah sebanyak 2.11 % dan pada tahun 2004, sebanyak 2.07%. Samada tingkahlaku buli itu berlaku secara langsung atau tidak langsung, ciri penting tentang buli ialah ugutan berlaku secara berterusan, mewujudkan satu polagangguan fisikal dan psikologi (Batsche & Knoff, 1994; Olweus, 1993).Di Amerika Syarikat misalnya, bentuk buli yang paling banyak berlaku ialahbuli bahasa (Hoover, Oliver & Thompson, 1993). Di Itali pula, kanak-kanak sekolahtelah didapati sering memanggil rakan-rakan lain dengan nama ejekan, selain daripadaberlakunya buli fizikal dan peras ugut (Genta, Menesini, Fonzi, Costabile & Smith1996).Naluri peraga diri dan keinginan menjadi ‘wira’ atau ‘hero’ yang digerunisesama rakan sebaya antara punca pencambahan kegiatan membuli di kalangan pelajar.Masalah ini merupakan perkara yang perlu difikirkan secara serius dan terperincimemandangkan mereka merupakan bakal pemimpin negara. Negara memerlukan bakalpemimpin yang mempunyai keperibadian yang mulia untuk merealisasikan Wawasan

Page 2: Kesan Buli

2020. Tindakan sewajarnya amat penting untuk menangani salah laku yang semakinmembimbangkan ini.Semua pihak harus mengembeling tenaga bagi memastikan masalah initidak berterusan atau menjadi lebih parah lagi. Pengembelingan tenaga semuapihak seperti ibu bapa, guru, kaunselor, guru disiplin, pengubalan kurikulum dan pihakpolis dilihat mampu mengatasi masalah ini.Sehubungan dengan itu, Berita Harian bertarikh 11 Ogos 2005 melaporkanKementerian Pelajaran Malaysia bercadang melatih guru disiplin ketika menjalanilatihan di maktab agar dapat dibekalkan dengan pelbagai pendekatan seperti kaunselingdan lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran dan masalah pelajar.Apakah Yang Dikatakan Sebagai Buli?Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikalatau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu ataukumpulan yang lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakanseseorang dan meletakkan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan (Tattum, 1988).Ianya diarahkan kepada individu yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinyadalam situasi yang sebenar.Menurut Smith dan Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu settingkah laku yang mana dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratansecara fizikal serta psikologi penerimanya. Tingkah laku buli termasuklah tindakantindakanyang bersifat mengejek, penyisihan sosial dan memukul.Perlakuan buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaianperlakuan ganas daripada zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan. MenurutFarrington (1993), pemangsaan remaja di sekolah mungkin merupakan salah satutingkah laku awal yang menyumbang kepada perkembangan jangka panjang polatingkah laku anti sosial, dan ianya boleh juga menjadi perintis kepada tingkah laku antisosial dan jenayah. Perlakuan buli dan pemangsaan di sekolah telah dikenal pasti secarauniversal sebagai perosak psikologi, sosial dan perkembangan kanak-kanak.Buli boleh didefinisikan sebagai keinginan untuk mencederakan ataumeletakkan seseorang kepada situasi dalam tekanan. Banks (2000), menghuraikanperlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul, mencuri

Page 3: Kesan Buli

dan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih terhadapmangsa. Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagaiketidakimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa. Perlakuan buli jugamenggabungkan julat tingkah laku yang luas seperti panggilan nama yang bersifatmenghina, peras ugut, perlakuan ganas, fitnah, penyisihan daripada kumpulan,merosakkan harta benda orang lain dan ancaman verbal.Daripada ulasan-ulasan tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkahlaku keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh seorang atausekumpulan individu ke atas individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankandirinya dengan niat untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau meletakkannyadalam keadaan yang tertekan secara sengaja.Muka surat 3/13Kategori Tingkah Laku BuliTingkah laku buli boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bentuk fizikaldan juga verbal serta psikologi. Perlakuan ini boleh dialirkan secara langsung ataupuntidak langsung. Tingkah laku buli dalam bentuk fizikal adalah perbuatan yangmelibatkan pukul-memukul atau sepak terajang. Ianya juga boleh melibatkanpenggunaan senjata, ugutan serta ancaman.Buli bentuk verbal dan psikologi pula lebih kepada ejek-mengejek misalnya jikanama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa; maka itu akan dijadikan bahanejekan pelajar senior yang membuli. Pelajar yang mempunyai paras rupa tidak menarikatau berkulit gelap juga kerap menjadi mangsa. Sungguhpun kes buli secara verbal danpsikologi ini kurang mendapat perhatian media, ia sebenarnya lebih serius berlaku disekolah berbanding kes buli secara fizikal. Walaupun perbuatan seperti ejek-mengejekitu pada pandangan orang dewasa merupakan perkara biasa di kalangan kanak-kanakatau remaja; namun ianya boleh menjerumus kepada akibat yang lebih buruk iaitupergaduhan yang melibatkan aksi memukul.Fizikal VerbalSecara Langsung Serangan dalam bentuk fizikal Menggelar dengan nama� �yang buruk

Bercakap dengan bahasa�kesatSecara Tidak

Page 4: Kesan Buli

Langsung Menyembunyikan atau�

merosakkan harta Penyisihan daripada kumpulan� Menyebarkan fitnah� Menghina mangsa di�

belakangnyaJadual: Jenis-Jenis Tingkah Laku Membuli(Sumber: Stephenson and Smith, 1989)Elemen-Elemen Berkaitan Tingkah Laku MembuliSecara umumnya, elemen-elemen berikut adalah berkaitan dengan tingkah lakumembuli iaitu:

Buli melibatkan ketidakseimbangan kuasa di mana kanak-kanak atau remaja�yang membuli lebih berkuasa dari segi umur, saiz, sokongan rakan sebaya ataustatus.

Membuli adalah perlakuan yang diulang-ulang di mana seseorang kanak-�kanakitu disisihkan lebih daripada sekali dan lazimnya dalam keadaan yang kronik.

Tujuan membuli adalah untuk memudaratkan mangsa.� Keagresifan secara fizikal, penghinaan berbentuk verbal atau lisan,�

penyebaranfitnah atau gosip dan penyisihan daripada kumpulan sebaya termasuk dalamtingkah laku membuli.Muka surat 4/13Mengapa buli berlaku di sekolah?Ada yang menyalahkan ibu bapa kerana dianggap cuai mendidik anak-anakmereka di rumah. Sering kali pula guru-guru dipersalahkan kerana tidak dapatmendisiplinkan pelajar mereka di sekolah. Bagi menangani masalah ini, kita perlumemahami apakah punca yang menyebabkan perlakuan buli ini wujud di kalanganpelajar?Isu buli kini mula mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Ramai dikalangan pakar-pakar dalam bidang pendidikan dan psikologi mulamemperkembangkan kajian serta definisi mereka terhadap isu-isu keganasan danmasalah buli di sekolah. Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah Amerika Syarikat pada tahun 1984 mendapati bahawa 25peratus daripada pelajar yang dikaji menyatakan bahawa salah satu perkara yang palingmerisaukan mereka adalah takut dibuli (Batsche & Knoff, 1994).Punca Pelajar Menjadi PembuliBanyak punca yang menyumbang kepada perlakuan tidak sihat ini. Faktor rakan

Page 5: Kesan Buli

sebaya adalah pengaruh yang paling kuat dalam mengubah tingkah laku pelajar. Jikadiperhatikan kejadian membuli melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usiamereka adalah sebaya. Tekanan rakan sebaya akan mendorong pelajar terpengaruhuntuk mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli.Faktor lain ialah dari segi fizikal. Pelajar yang bertubuh besar dan tegap sukamembuli pelajar yang saiz tubuhnya lebih kecil bagi menunjukkan `kuasa' dan kekuatanfizikal. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan pelajar membuli kerana berasadirinya tidak selamat jika tidak berbuat sesuatu yang boleh melindungi dirinya daripadaperkara yang tidak diingini. Mereka kerap berasa curiga dan tidak selamat berada disekolah dan untuk mengatasi perasaan itu, mereka mula membuli pelajar junior.Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa dan tidakmudah digertak.Pendapat lain pula mengatakan ianya adalah disebabkan pihak sekolah dankementerian yang terlalu menekankan program-program bercorak akademik. Tujuanprogram ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidangakademik. Namun aspek pendidikan sosial agak dipinggirkan. Maka lahirlah pelajaryang cemerlang dalam akademik tetapi menjadi pembuli ketika di sekolah. Misalnya,pelajar sekolah berasrama penuh yang keputusan peperiksaan mereka amat baik tetapimenjadi pembuli. Oleh itu, di samping aktiviti akademik sekolah juga seharusnyamenyediakan premis untuk para pelajar mendalami hal-hal sosial agar insan yang keluarkelak adalah insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Faktor lain yang mungkin menjadi punca ialah sikap guru yang suka memujipelajar tertentu pandai di dalam kelas. Walaupun ianya kelihatan remeh namun sikapguru ini boleh mencetuskan perasaan tidak puas hati dan cemburu pelajar lain yangkurang pandai.Kesibukan para guru juga dikatakan merupakan salah satu penyebabberleluasanya kegiatan membuli di sekolah termasuklah sekolah-sekolah berasramapenuh. Guru dan pengetua tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengawasiMuka surat 5/13

Page 6: Kesan Buli

dan mendisiplinkan pelajar kerana dibebani dengan tugas-tugas sampingan yangbanyak.Faktor persekitaran turut menyumbang kepada perlakuan agresif tersebut. Faktorpersekitaran ini membabitkan sikap ibu bapa dan masyarakat yang kurang berdisiplinhingga menyebabkan penerapan nilai-nilai ini dalam diri para remaja. Selain itu,pengaruh media seperti televisyen, filem dan juga Internet juga tidak boleh diketepikandalam memperkatakan tentang isu ini.Buli juga mungkin berkaitan dengan emosi para pelajar. Pelajar-pelajar sekolahmenengah yang sedang meniti alam remaja mudah terbawa-bawa dengan emositerutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar atau remaja ini mempunyai emosidan ego yang tinggi manakala yang lain pula mempunyai perasaan rendah diri(inferiority complex).Kurangnya hubungan komunikasi antara pelajar dengan orang dewasa menjadifaktor penyumbang kepada tingkah laku buli. Perlakuan membuli yang berlaku disekolah adalah perkara yang lumrah berlaku di kalangan pelajar. Golongan ini sedangmengalami proses menuju kedewasaan dan mula hendak mengenali isu-isu yangberhubung dengan bahasa, hak asasi, pengaruh dan penegakan prinsip. Proses inimenyebabkan mereka mudah terjebak dengan perlakuan yang ganas dan agresif sebagaisatu cara fizikal untuk mengawal emosi.Teori Psikososial Erikson: Krisis Identiti RemajaErik Erikson ialah seorang ahli psikologi personaliti yang telah dilahirkan diJerman pada tahun 1902. Beliau telah diabaikan oleh bapanya sejak dia masih dalamkandungan lagi dan telah dibesarkan oleh bapa tirinya, Dr. Theodore Homburger yangberbangsa Yahudi. Erikson merupakan seorang kanak-kanak yang mengadapi dilemaidentiti. Beliau lebih menyayangi bapa tirinya daripada ayah kandungnya sendiri lalumeletakkan nama Homburger sebagai nama keluarganya.Mengikut teori perkembangan psikososial Erikson, setiap individu akan melaluilapan peringkat perkembangan iaitu:1) Peringkat Oral-sensori (tahun pertama kelahiran)2) Peringkat Muskular-Anal (2 hingga 3 tahun)3) Peringkat Lokomotor-Genital (4 hingga 5 tahun)4) Peringkat Latency (6 hingga 12 tahun)5) Peringkat Remaja (13 hingga 19 tahun)6) Peringkat Awal Dewasa (20 hingga 24 tahun)

Page 7: Kesan Buli

7) Peringkat Pertengahan Dewasa (25 hingga 64 tahun)8) Peringkat Tua (65 tahun hingga meninggal dunia)Setiap peringkat ditentukan oleh pelbagai krisis psikososial yang mana perludiselesaikan oleh individu sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya. SekiranyaMuka surat 6/13individu tersebut menangani krisis-krisis yang berlaku dalam keadaan yang tidaksesuai, maka ia akan mengalami kesusahan untuk menanganinya pada masa akandatang.Berdasarkan kepada teori Erikson, peringkat kelima iaitu remaja berlaku pada usiaantara 13 hingga 19 tahun. Di negara kita usia ini adalah usia pelajar pada peringkatsekolah menengah. Proses memasuki alam remaja ini adalah satu transisi yang sangatrumit bagi sesiapa sahaja. Krisis identiti kerap berlaku pada peringkat ini. Krisis identitiini timbul daripada kekeliruan peranan (role confusion). Remaja keliru tentang siapadiri mereka sebenarnya dan bagaimanakah kehidupan mereka pada masa hadapan.Remaja akan berusaha untuk menyelesaikan krisis identiti ini dengan mengujipelbagai peranan, nilai dan perhubungan. Dalam tahap inilah remaja akan mudahterikut-ikut dengan ideologi yang difikirkan betul tanpa mengira ianya positif ataunegatif seperti menganggotai kumpulan tertentu, tidak bertoleransi dan membuli remajayang berlainan identiti untuk mempertahankan identiti sendiri daripada lenyap.Namun demikian, Erikson mempunyai pandangan positif terhadap remaja.Menurutnya, kegagalan dan keraguan remaja bukan salah mereka tetapi faktor politik,budaya dan teknologi yang menjadikan mereka keliru. Untuk mengatasi krisis ini,sekolah wajar menyediakan premis untuk pelajar mendalami hal-hal sosial selainakademik.Hubungan Buli Dan Konsep KendiriPelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah mungkin melibatkan diridalam perlakuan membuli dalam usaha mereka untuk meningkatkan konsep kendirimereka. Staub (1999), menyatakan bahawa kanak-kanak mungkin tidak mempunyainiat nilai sosial untuk mencapai imej positif melalui kompeten dan pencapaian yangbaik.Oleh yang demikian mereka akan mengarahkan estim kendiri mereka dalam

Page 8: Kesan Buli

lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal terhadap orang lain. Mengancamorang lain mungkin akan menjadi satu cara mengukuhkan identiti kendiri dan untukmemenuhi atau menampung kekecewaan dalam bidang-bidang yang lain.Pengalaman dibuli akan mengundang masalah emosi yang besar. Selainmengalami trauma, penghargaan kendiri (self-esteem) individu yang dibuli akanmenurun. Mangsa buli lazimnya akan menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlakudan melihat diri mereka sebagai orang yang mengalami kegagalan sosial. Percubaanuntuk membunuh diri juga mungkin akan dilakukan oleh individu ini. Emosi negatif iniakan terbawa-bawa apabila individu tersebut berkembang ke alam dewasa di manapenghargaan kendiri mereka rendah dan akan menyumbang kepada masalah mentalyang lain seperti kemurungan.Peranan Orang SignifikanPeranan orang signifikan juga tidak boleh dinafikan dalam mempengaruhiperlakuan buli di kalangan pelajar di sekolah. Didikan guru melalui penerapan nilaiMukasurat 7/13nilai murni serta pematuhan peraturan dan undang-undang sekolah memainkanperanan yang penting dalam membentuk identiti dan konsep kendiri pelajar.Pengabaian aspek-aspek ini di sekolah akan menyebabkan para pelajar di sekolahmenengah mengambil tindakan sendiri mengikut logik dan kepercayaan mereka.Penerapan nilai-nilai yang betul melalui program-program intervensi dapat membantupara pelajar dan guru membentuk etos yang betul terhadap identiti, konsep kendiri, jenisperlakuan buli dan persepsi yang betul terhadap perlakuan buli di sekolah.Buli Dan Kaitannya Dengan Perbezaan JantinaDari aspek jantina, perlakuan buli dilihat lebih cenderung berlaku di kalanganpelajar lelaki. Namun menurut Roberts (1988), perlakuan buli di kalangan pelajarperempuan tidak harus diketepikan malah ada yang merasakan bahawa kekerapanperlakuan buli di kalangan pelajar perempuan semakin meningkat. Walaupun beberapainsiden yang berlaku sejak akhir-akhir ini membabitkan hanya pelajar lelaki, namunianya tidak membuktikan bahawa pelajar perempuan sebenarnya bebas daripada tingkahlaku ini. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan sebenarnya mempunyai potensi yang

Page 9: Kesan Buli

sama untuk dibuli.Secara amnya, pelajar lelaki dilihat lebih gemar untuk membuli secara fizikal.Berbeza dengan remaja perempuan yang lebih suka membuli secara verbal danpsikologi seperti menyisihkan mangsa dari segi sosial. Namun tidak mustahil juga bagisegolongan pelajar perempuan yang boleh bertindak agresif secara fizikal khususnyamereka yang gemar berlagak atau berkelakuan seperti lelaki. Faktor-faktor berikutmungkin menyumbang kepada situasi ini:

kurang didikan ibu bapa� terpengaruh dengan media yang memaparkan wanita yang beraksi ganas�

adalahhebat; misalnya dalam gusti

dengan bertindak agresif akan memberikan satu nilai status yang tinggi buat� dirimereka

keliru antara tindakan agresif atau asertif�Mengapa buli perlu dicegah bermula daripada sekolah?Kesan terhadap perlakuan buli ini boleh membawa kepada tahap yang palingmemudaratkan. Olweus (1991) menyatakan bahawa pembuli lazimnya akan menjadipenjenayah pada masa akan datang. Lazimnya mereka tidak dapat menumpukanperhatian mereka terhadap kerja dan tugasan di sekolah. Mangsa buli juga bertindaktidak mahu ke sekolah. Mangsa buli juga menurut Olweus (1991) lagi akan mengalamitekanan yang hebat. Kajian Alsaker dan Valkanover (2001), melaporkan bahawa 16peratus kanak-kanak lelaki yang berumur antara 5 tahun hingga 7 tahun 11 bulan bolehdiklasifikasikan sebagai mangsa buli dan mereka ini seterusnya membuli kanak-kanaklain. Terdapat juga kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa perlakuan buli dalambentuk mengejek, merupakan peristiwa yang sering dialami oleh para remaja dan bolehmembawa akibat yang serius.Kajian serta penyelidikan yang sistematik tentang perlakuan buli di sekolahsebenarnya telah bermula sejak akhir tahun 1970 an oleh Dan Olweus (1991), yangtelah menjalankan beberapa siri kajian terhadap tingkah laku buli di sekolah-sekolah diMuka surat 8/13

Page 10: Kesan Buli

negara-negara Scandinavia dan seterusnya kajian tentang perlakuan buli di sekolahini mula disebarkan ke serata dunia. Tingkah laku buli telah dikenal pasti sebagaisuatu masalah yang besar di Amerika, di Australia, di Jepun dan di negara Britain.Keagresifan semasa zaman kanak-kanak dan remaja telah menjadi fokus utama kepadabanyak kajian empirikal sejak beberapa dekad ini. Buli yang merupakan subset kepadaagresif telah dikenal pasti sebagai masalah yang boleh memberi impak kepada kesihatanfizikal dan psikologikal individu yang kerap dibuli dan juga kepada mereka yangmembuli rakan sebaya semasa usia muda (Batsche & Knoff, 1994).Lokasi Kegemaran PembuliKajian-kajian yang dijalankan mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasidi mana perlakuan buli paling kerap berlaku. Perkara ini boleh berlaku sekiranya gurulewat masuk ke kelas. Oleh sebab itu, pihak pengurusan sekolah sangat menitikberatkanketepatan waktu untuk guru. Kelewatan walaupun seminit boleh mengundang bencana.Selain itu lokasi seperti padang permainan, koridor sekolah, dewan, kantin dantandas turut menjadi pilihan pembuli untuk melakukan kegiatan mereka. Jika di sekolahmenengah biasa buli lazimnya berlaku pada waktu rehat, dalam perjalanan pulang darisekolah dan juga ketika dalam perjalanan ke sekolah. Manakala di sekolah berasramapenuh pula, didapati dometri/asrama merupakan lokasi yang paling biasa perlakuan buliini dilakukan oleh para pelajar, diikuti dengan padang permainan, tandas dan bilikdarjah.Di mana buli berlaku?Kajian Olweus (1991), mendapati bahawa bilik darjah merupakan lokasi yangpaling banyak dilaporkan masalah perlakuan buli dilakukan dan para pelajar merasakanbahawa mereka merasa kurang selamat dan tidak selesa dengan kehidupan di sekolah.Didapati di sekolah rendah dan menengah bahawa padang permainan dan bilik darjahmerupakan lokasi paling kerap berlakunya perlakuan buli diikuti dengan dalamperjalanan dari sekolah dan di koridor sekolah.Kajian yang dijalankan oleh Blatchford (1998), terhadap situasi bermain disekolah mendapati bahawa waktu rehat boleh merupakan masa berlakunya tingkah

Page 11: Kesan Buli

laku-tingkah laku agresif, mencemuh, dan buli. Waktu rehat juga boleh merupakanmasa berlakunya peluang kepada pelajar membentuk ikatan persahabatan, pembentukankompeten sosial dan budaya. Sekolah kini menghadapi cabaran besar bagi mencapaiimbangan antara mengawal tingkah laku pelajar sambil membekalkan para pelajarmereka dengan perkembangan sosial dan berdikari.Kajian untuk melihat semula peranan padang permainan sebagai kawasan atauagen untuk menghentikan perlakuan buli di sekolah telah dijalankan oleh Pereira et, al(2002). Mereka mendapati bahawa ruang fizikal mewakili salah satu keadaan yangpaling menonjol apabila menganalisa pembelajaran di sekolah secara keseluruhan yangmana meliputi sosial, hubungan dan persahabatan dimensi pembelajaran.Muka surat 9/13Dalam kawasan sekolah, padang permainan merupakan kawasan yangpaling biasa perlakuan buli dilakukan, diikuti oleh kawasan dewan, bilik darjah,kantin dan tandas. Manakala di asrama penuh pula, didapati dometri merupakan lokasiyang paling biasa perlakuan buli ini dilakukan oleh para pelajar, diikuti dengan padangpermainan, tandas dan bilik darjahStrategi menangani buli di sekolahBatsche dan Knoff (1994), mencadangkan beberapa strategi untuk menanganimasalah tingkah laku buli di sekolah. Cadangan-cadangan yang telah dikemukakan itutermasuklah:i. Menyediakan fakta-fakta berkenaan perlakuan buli kepada para pelajarii. Menghapuskan kepercayaan berkenaan tingkah laku agresif di kalanganpelajariii. Menjalankan penilaian berkenaan kes-kes buli di sekolah.iv. Membentuk kod tingkah laku pelajar.v. Menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa buli dan pembuli.vi. Melibatkan ibu bapa dalam program-program intervensi.vii. Mengimplimentasikan strategi-strategi intervensi khusus kepada parapelajar yang aggresif.viii. Memperkemaskan lagi sistem penilaian dan akauntabiliti.Tanda-tanda awal perlakuan buli di sekolahPihak pentadbir dan kakitangan termasuk guru di sekolah perlu peka dansentiasa sedar tentang kewujudan tanda-tanda awal bahaya dan ancaman di sekolah.Antara tanda-tanda awal menurut Tucker et al. (2002), ialah;i. Ancaman dan ugutan.

Page 12: Kesan Buli

ii. Aktiviti-aktiviti yang tidak sah dan mencurigakan di sekolah.iii. Cemuhan.iv. Aktiviti-aktiviti yang tidak sah dan mencurigakan dalamkomuniti.Sekolah seharusnya selamat, aman, tenteram dan dilindungi daripada sebaranggangguan dan ancaman. Proses pembelajaran tidak akan berlaku dengan baik dansempurna apabila para pelajar yang belajar di sekolah merasa bimbang dan takut kepadakeganasan sama ada dalam bentuk fizikal atau ancaman verbal. Keselamatan adalahkeperluan asas dan hak yang perlu dipertahankan.Senario Buli di MalaysiaAdakah sekolah-sekolah di negara kita ini merupakan institusi yangmenyediakan persekitaran yang selamat kepada pelajar-pelajar untuk menjalani prosespembelajaran yang sihat dan selamat? Dalam kajian ini penyelidik menggunakanpenilaian persepsi kelaziman perlakuan buli bagi mengukur persepsi guru berkenaanperlakuan buli dan persekitaran sekolah yang selamat.Peranan kurikulum pencegahanWise (1999), menyatakan bahawa komitmen yang tetap kepada kurikulumpencegahan dan penjagaan di sekolah oleh para pendidik merupakan langkah yangterbaik bagi melindungi kanak-kanak daripada tingkah laku ganas di sekolah. Kajianbeliau mendapati bahawa hanya beberapa orang guru sahaja yang mempunyai latihanMuka surat 10/13bagi memenuhi kehendak psikologikal atau teknik-teknik untuk menanganikemarahan dan kekecewaan di kalangan pelajar sekolah.Anda dan Diane (1999), telah menjalankan kajian penilaian terhadap programpencegahan tingkah laku ganas untuk pelajar remaja di sekolah. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa terdapat peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan terhadapkeselamatan persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di sekolah.Bagaimana membentuk persekitaran yang selamat?Kajian tentang keupayaan sekolah untuk menangani tingkah laku ganas disekolah telah dijalankan oleh Banks dan Stephanie (2000). Mereka mendapati bahawapihak Sekolah Virginia Beach berjaya membentuk persekitaran selamat denganmenyediakan program-program serta polisi-polisi yang positif melalui kerjasama antarayang erat antara komuniti sekolah, ibu bapa dan masyarakat. Pelajar-pelajar Bosnia

Page 13: Kesan Buli

pula dikatakan akan berasa selamat sekiranya mereka dapat ke sekolah dan dapattinggal bersama keluarga dalam keadaan yang selesa dan tenteram.Cabaran sekolah mengekalkan persekitaran selamatCabaran yang besar juga dihadapi oleh pihak sekolah dewasa ini untukmengekalkan kehalusan imbangan di antara melindungi hak-hak individu danmemastikan kebajikan keseluruhan dengan mengekalkan sekolah sebagai persekitaranyang selamat dan selesa untuk kegiatan pembelajaran (McCarthy et al., 2000).Bagi mencapai hasrat ini sekolah perlu mencari formula serta kaedah untukmenangani tingkah laku berisiko tinggi di kalangan pelajar dengan menyediakanpelbagai program intervensi dan pencegahan. Untuk itu sekolah perlu berupaya untukmengesan dan bertindak balas terhadap tanda-tanda awal risiko masalah akademik dansalah laku pelajar di sekolah. Tanda-tanda awal ini dapat digunakan oleh pihak sekolahuntuk merangka serta membentuk program-program intervensi dan pencegahan awalbagi menangani masalah-masalah tersebut.Ciri-ciri sekolah yang selamatMenurut Murphy et al. (1985), menyatakan bahawa sekolah yang berkesan danefektif adalah sekolah yang berupaya untuk mengekalkan persekitaran yang selamat danteratur untuk persekitaran pembelajaran. Beliau merujuk kepada keupayaan sekolahuntuk menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah adalah bebasdaripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan mereka serta harta benda merekadi sekolah.Adalah disarankan supaya dengan menfokuskan kepada penyertaan sosial,sekolah boleh memainkan peranan yang penting bagi mencegah tingkah laku anti sosialdan kewujudan kumpulan samseng di sekolah. Sekolah seharusnya mengambil usahauntuk meningkatkan pengalaman pendidikan yang positif di kalangan para remajadengan mendedahkan mereka kepada pelbagai aktiviti perkaitan sosial yang positif.Tucker et al. (2002), telah menjalankan kajian penilaian pencegahan keganasanserta keperluan kemahiran sosial, bagi menilai tahap persekitaran selamat di sekolah.Kajian yang menggunakan soal selidik persepsi sekolah selamat ini cuba menyiasat

Page 14: Kesan Buli

kepercayaan guru kaunseling sekolah tentang persekitaran sekolah dengan matlamatuntuk meningkatkan program sedia dan strategi yang dilaksanakan di sekolahMuka surat 11/13berkenaan keselamatan di sekolah. Dapatan kajian mendapati bahawa kaunselorsekolah mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran yang selamat disekolah mereka. Masalah paling serius yang dihadapi oleh para kaunselor adalahperlakuan ejek-mengejek di kalangan pelajar, perlakuan buli dan ancaman verbal.KESIMPULANKita sesungguhnya tidak boleh melihat kes-kes buli yang berlaku di sekolahsebagai satu masalah terpinggir. Walaupun nisbah kejadian adalah sangat kecil tetapi iaboleh menjadi satu barah dalam usaha membentuk masyarakat madani. Malah perludilihat semula sejauh manakah keseimbangan antara tumpuan kepada akademik danhal-hal sosial. Adakah kita mahu berbangga dengan pelajar yang mendapat keputusanakademik terbaik tetapi hidupnya dipenuhi dengan budaya memukul, membuli dansebagainya?Seberapa segera pihak Kementerian Pelajaran digesa dapat merangka danmewujudkan model program anti-buli yang khusus bagi mencegah dan menanganimasalah perlakuan buli di sekolah-sekolah. Model ini dapat dijadikan rujukan danpanduan kepada setiap sekolah di seluruh negara. Ianya dapat dijadikan sebagai asaskepada pembentukan program anti-buli yang disalurkan melalui kurikulum sekolah.Ianya juga dapat dijadikan sebagai garis panduan umum kepada semua sekolah tentangperlakuan buli serta bagaimana pihak sekolah dapat menangani masalah tersebut disekolah.