KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA...
Transcript of KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA … · Web viewTitle KESAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA...
KAJIAN ISU PSV 2TAJUK : KEBERKESANAN KAEDAH PENGAJARAN MULTIMEDIA
INTERATIF DALAM PENGAJARAN TEORI SENI TERHADAP PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN EMPAT, SMK SUNGAI RAMBAI,
MELAKA.
1. Pengenalan
Pencapaian akademik pelajar terutama sekali dalam peperiksaan pada peringkat
kebangsaan sering mendapat perhatian masyarakat. Terdapat banyak pembolehubah
yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Salah satu daripadanya
ialah kaedah pengajaran yang diamalkan oleh guru dalam menyampaikan pelajaran.
Cara penyampaian pengajaran sedang mengalami revolusi, pengajaran ICT
melibatkan jaringan global yang dahulunya sukar diperolehi kini boleh diperolehi
oleh sesiapa sahaja di mana jua dia berada. Multimedia bermakna pelbagai jenis
maklumat seperti teks, grafik, muzik dan video dipakejkan bersama untuk
memudahkan para pengguna. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat kesan
kaedah pengajaran ke atas pencapaian akademik pelajar, namun kaedah pengajaran
multimedia interatif dalam penguasaan teori seni didapati tidak ada kajian khusus
yang telah diusahakan pada peringkat tingkatan empat di negara kita.
Objektif kajian rintis ini ialah untuk:
a) Mengetahui keberkesanan kaedah pengajaran multimedia interatif ke atas
pencapaian akademik dalam penguasai teori seni bagi sejarah seni catan.
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
1
b) Untuk menentukan kesan pengajaran multimedia interaktif terhadap min skor
ujian pretest dan min skor ujian pasca berbanding dengan kaedah pengajaran
tradisional dalam penguasaan teori seni bagi sejarah seni catan.
2. Pernyataan Masalah
Menurut J.F Adams (1964), masalah terbesar bagi para remaja yang bersekolah
ialah mengenai hal-hal berkaitan dengan persekolahan mereka. Ilmu pengetahuan
sejarah seni amat penting untuk mendidik pelajar membangunkan kesedaran dan
persepsi artistik dalam seni, menghargai sumbangan dan mempelajari semangat
pandai tukang dalam menghasilkan kraf, serta memajukan tahap ketrampilan seni
yang konsisten dalam media seni yang tertentu.
Sejarah seni sebagai sebahagian Sukatan Pendidikan Seni Visual di sekolah
menengah. Ia penting kerana pemahaman tentang sejarah seni dapat memperkayakan
lagi visi artistik seseorang yang menghargai karya seni. Mengetahui dan mendalami
subjek seni dapat menjadi asas kepada sesi kritikan. Pemahaman sejarah seni juga
dapat meningkatkan lagi kebolehan pelajar membuat keputusan estetika yang
menghadapi dalam kehidupan harian . selain daripada itu sejarah seni dapat memufuk
sifat pelajar yang berkesedaran dan meninggikan sensitiviti terhadap nilai keindahan
alam.
3. Soalan Penyelidikan
1. Adakah kaedah multimedia interatif lebih baik daripada kaedah tradisional dalam
pengajaran teori seni catan?
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
2
2. Adakah kaedah multimedia interatif mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
ujian pasca dalam pemahaman sejarah seni catan?
4. Pernyataan Hipotesis dan hipotesis statistik
Hipotesis 1
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian pretest di kalangan
pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Hipotesis 2
Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap skor min ujian pasca di kalangan
pelajar kumpulan eksperimen dan pelajar kumpulan kawalan.
Hipotesis 3
Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan skor min ujian
pasca di kalangan kumpulan eksperimen yang mengikuti kaedah pengajaran
multimedia interaktif dalam pengajaran teori seni.
Hipotesis 4
Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara skor min ujian pra dengan skor min
ujian pasca di kalangan kumpulan kawalan yang mengikuti kaedah pengajaran secara
konvensional.
Terdapat perbezaan diantara skor min ujian pretest dan ujian pasca.
Hipotesis statistik bagi kajian ini ialah
H0 : U1 – U2 = 0
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
3
H1 : U1 – U2 = 0
H0 : U1 = U2
HA : U1 = U2
Kajian Literatur
a) Tajuk 1
A Comparison of College Students’ Achievement Following Tradisional and
Integrated Media Presentations.
b) Soalan penyelidikan
Adakah terdapat perbezaan dalam pencapaian pelajar kolaj menggunakan media
bersepadu (Integrated Media Presentations) dalam kaedah mengajar berbanding
dengan kaedah tradisional.
c) Hipotesis
Penyampaian pengajaran menggunakan media bersepadu lebih berkesan
berbanding dengan kaedah tradisional.
d) Subjek
Seramai 367 pelajar universiti di Midwest sebagai subjek yang dibahagi kepada
dua kumpulan. Kumpulan kawalan seramai 206 orang pelajar universiti manakala
kumpulan eksperimen seramai 161 orang pelajar universiti.
e) Rekabentuk kajian
Eksperimen kuasi yang dikenali sebagai “non-equivalent control group design
(Campbell & Stanley, 1963).
f) Outcome variable dan alat pengukuran
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
4
Ujian pretest dan postest yang mengandungi 60 soalan. Sebelum kajian SD = 5.0,
tidak ada laporan tentang kebolehpercayaan tetapi penyelidik menggunakan a
split-half & Spearman-Brown untuk mengukur kebolehpercayaan. Nilai
kebolehpercayaan ialah .72 (Gay. 1992, p.169).
g) Hasil kajian
Terdapat perbezaan yang signifiken antara kaedah menggunakan media bersepadu
dengan kaedah tradisional. Hasil daripada ANOVA digunakan untuk
menganalisa perbezaan pencapaian di antara kumpulan rawatan dengan kumpulan
kawalan. Ujian postest dan ujian pretest menunjukkan kedua kumpulan mencapai
skor yang serupa. Pelajar kumpulan rawatan (Min = 23.74, SD = 5.89) dan
kumpulan kawalan (Min = 24.93, SD = 5.89). Dapatan menunjukkan terdapat
perbezaan pencapaian yang signifikan di antara kumpulan rawatan dengan
kumpulan kawalan dalam ujian pre dan pos. Dapatan menunjukan kumpulan
rawatan (Min = 3.98, SD = 4.77) manakala kumpulan kawalan (Min = 8.46, SD =
5.75). Oleh itu kumpulan kawalan menunjukkan perbezaan pencapaian yang lebih
tinggi diantara ujian pre dengan ujian pos.
Dapatan menunjukkan pelajar dalam kumpulan rawatan (N = 118) (Min = 27.72 ,
SD = 6. 85), manakala pelajar dalam kumpulan kawalan pula (N = 149) (Min =
33.499 , SD = 6.13). Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah menggunakan
media bersepadu (ICT) tidak memberi kesan yang ketara kepada pencapaian
pelajar dalam topik ‘Introduction to Computer Information Systems’. Dalam
‘postest’ pelajar yang mengikuti pengajaran dalam kaedah tradisional
menunjukkan pencapaian yang lebih tinggi (p<.05)
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
5
a) Tajuk 2
The Effect of a Computer Simulation Activity versus a Hands-on Activity on
Product Creativity in Technology Education
b) Soalan penyelidikan
i. Adakah kaedah simulasi berpandukan komputer lebih ‘kreatif’ daripada
kaedah hans-on tradisional?
ii. Adakah kaedah simulasi berpandukan komputer lebih ‘asli’ daripada
kaedah hans-on tradisional?
iii. Adakah kaedah simulasi berpandukan komputer lebih ‘kegunaan’ daripada
kaedah hans-on tradisional?
c) Hipotesis
Umum: Tidak ada perbezaan dalam produk “kreatif” dianatara kaedah simulasi
berpandu komputer dan kaedah tradisional yang sedia ada.
Khusus:
i. Tidak ada perbezaan dalam “keaslian” produk dianatara kaedah simulasi
berpandu komputer dan kaedah tradisional yang sedia ada.
ii. Tidak ada perbezaan dalam “kegunaan” produk diantara kaedah simulasi
berpandu komputer dan kaedah tradisional yang sedia ada.
d) Subjek
Seramai 58 pelajar pendidikan teknologi gread tujuh dari 3 buah sekolah di
Northern Viginia, Washington, D.C. diambil sebagai subjek. Mereka terdiri
daripada 21 perempuan dan 37 lelaki. Umur purata ialah 12.4 tahun. Setiap orang
diberi nombor pengenalan dan dipilih secara rawak kepada 2 kumpulan.
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
6
e) Rekabentuk kajian
Rekabentuk kajian jenis Eksperimen.
f) Outcome variable dan alat pengukuran
Produk yang dihasilkan (perbezaan produk yang dihasilkan oleh 2 kumpulan
tersebut) sebagai outcome variable. Produk yang dihasilkan oleh sampel dinilai
dengan menggunakan Creative Product Semantic Scale atau CPSS (Besemer &
O’Quin, 1989) untuk menentukan kreativiti sesuatu produk. Sub skala “original”
dan “useful” dari CPSS dipilih kerana ketekalannya dengan teori model Moss.
Kebolehpercayaan CPSS tinggi dalam menilai pelbagai produk kreatif
berdasarkan objektif dan ukuran analisis kreativiti. Kajian ini juga dilengkapkan
dengan skala perbezaan simantik.
g) Hasil kajian
i. Tiada perbezaan dari segi kreativiti produk antara kumpulan simulasi
berpandu komputer (M = 41.7, SD = 7.67) dengan kumpulan hans-on
tradisional (M = 42.0, SD = 5.58). Hipotesis null diterima, F(5.52) = 0.54,
p = 0.75.
ii. Tiada perbezaan dari segi keaslian produk antara kumpulan simulasi
berpandu komputer (M = 20.59, SD = 4.44) dengan kumpulan hans-on
tradisional (M = 21.10, SD = 3.10). Oleh itu, hipotesis null diterima,
F(5.52) = 1.07, p = 0.39.M
iii. Tiada perbezaan dalam kegunaan produk antara kumpulan simulasi
berpandu komputer (M = 21.15, SD = 4.17) dengan kumpulan hans-on
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
7
tradisional (M = 20.90 SD = 3.20). Hipotesis null diterima, F(5.52) = 0.49,
p = 0.78.
a) Tajuk 3
Integrated Technology, Mathematics, and Science Education: A Quasi-
Experiment
b) Soalan penyelidikan
1. Adakah pengajaran bersepadu TmaSe (kandungan dan aktiviti) memberi
kesan yang setara kepada pengajaran kognitif.
2. Adakah pengajaran bersepadu TmaSe membantu persepsi pelajar berkaitan
dengan teknologi, matematik dan sains dari segi kandungan dan konsep.
3. Adakah ingatan pelajar terhadap kandungan TmaSe yang di ajar bertambah
baik pada jangka masa panjang dengan pendekatan pempelajaran dan
pengajaran yang bersepadu.
c) Hipotesis
H1: Pelajar sekolah tinggi yang terlibat dalam pembelajaran bersepadu kurikulum
TmaSe yang diajar oleh guru pendidikan teknologi, pengajaran kognitif mereka
akan meningkat berbanding dengan pelajar sekolah tinggi yang tidak mengikut
program yang sama.
H2: Pelajar yang terlibat di dalam pendekatan kurikulum bersepadu TmaSe akan
dapat mengenal lebih banyak istilah, frasa, dan contoh-contoh teknologi,
matematik dan sains yang berkaitan dengan keadaan sebenar berbanding dengan
pelajar yang berlainan.
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
8
H3: Pelajar yang terlibat dalam pendekatan TmaSe akan menunjukkan
peningkatan ‘content retention’ dalam 2 dan 4 minggu selepas rawatan
berbandingan dengan pelajar yang tidak terlibat dengan pendekatan TmaSe
kandungan.
d) Subjek
Seramai 71 daripada 225 pelajar sekolah tinggi di sebuah kampong kecil di
Amerika dipilih untuk kajian ini.
e) Rekabentuk kajian
Kajian ini menggunakan kaedah ‘quasi-experimental non equivalent control group
design’ yang diubahsuai. Ini kerana penyelidik mnenggunakan kumpulan
perbandingan bukannya kumpulan kawalan yang sebenar.
Tiga kumpulan eksperimental dan 3 kumpulan perbandingan digunakan dalam
kajian ini. Mereka terdiri daripada pelajar semester kedua gred 9-12. Kumpulan
eksperimental adalah mereka yang mengambil kursus ‘komersial design’,
‘industrial education orientation’, ‘pre–engineering graphics’ pada hari “A”
(Selasa dan Khamis). Kumpulan perbandingan pula ialah mereka yang
mengambil kursus ‘building trades’, CAD, dan ‘wood production’ pada hari ‘B’
(Rabu dan Jumaat). Guru yang sama digunakan untuk di kedua-dua kumpulan
untuk memastikan ‘internal validity’. Persampelan rawak tidak digunakan untuk
pemilihan subjek kepada kumpulan dan subjek terdiri daripada satu kumpulan
(kelas) yang sedia ada. Kelas-kelas ini dipilih secara rawak kepada kumpulan
eksperimental dan kumpulan perbandingan berdasarkan jadual akademik sekolah
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
9
dan pelajar. Kandungan dan aktiviti mengikut kurikulum biasa tetapi dirancang
khas untuk pengajaran selama 2 minggu .
Setiap kelas (6 kelas) dipilih secara rawak untuk menjadi kumpulan eksperimental
(3 kelas) atau kumpulan perbandingan (3 kelas). Pada hari pertama (Isnin) setiap
kelas diberikan 100 solan pretest. .Selama 2 minggu kumpulan eksperimental
menerima rawatan manakala kumpulan perbandingan belajar perkara yang sama
tetapi bukan dalam bentuk P & P yang bersepadu.. Ujian pretest diberi pada hari
pertama dan postest 2 minggu kemudian. Ujian postest kedua diberikan 2 minggu
selepas ujian postest pertama.
f) Outcome variable dan alat pengukuran
Pencapaian murid melalui ujian pre dan pos. Ujian kebolehpercayaan ‘Cronbach’s
cxoefficient alpha’ digunakan. Data diproses menggunakan SPSS Versi 10.5 for
Windows.
g) Hasil kajian
1. Tiada perbezaan yang ketara dalam min skor diantara kumpulan eksperimental
dengan kumpulan perbandingan
2. Tiada perbezaan yang ketara dalam mengenalpasti ‘terms’ , frasa dan contoh-
contoh bagaimana sains, matematik dan teknologi berhubungkait dengan dunia
sebenar diantara kumpulan eksperimental dengan kumpulan perbandingan
3. Tiada perbezaan yang ketara diantara kumpulan eksperimental dan kumpulan
perbandingan dalam pengekalan ingatan bahan diajar 2 minggu dan 4 minggu
selepas menerima rawatan.
5. Kaedah
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
10
a) Subjek
Seramai 60 orang pelajar tingkatan 4 Perdagangan dan 4 Ekonomi daripada
Sekolah Menengah Sungai Rambai telah mengambil bahagian dalam kajian rintis
ini.
Kumpulan kawalan mengandungi seramai 30 orang pelajar, pelajar lelaki (N = 18)
dan pelajar perempuan (N=12). Manakala kumpulan eksperimen pula
mengandungi seramai 30 orang pelajar, pelajar lelaki (N=9) dan pelajar
perempuan (N = 21). Julat umur mereka ialah di antara 15 tahun 6 bulan hingga
16 tahun 6 bulan. Kebanyakan mereka adalah daripada golongan sosio-ekonomi
sederhana.
b) Prosedur
Kedua-dua kumpulan telah dipilih secara rawak serah (random assignment). Satu
kumpulan dijadikan kumpulan eksperimen yang didedahkan kepada kaedah
pengajaran multimedia interatif dan satu lagi sebagai kumpulan kawalan yang
didedahkan kepada kaedah pengajaran konvensional. Semua pelajar kemudiannya
mengikuti unit pengajaran yang mempunyai objektif yang sama.
Analisis menggunakan statistik infereni ANOVA sehala pada gred yang
diperolehi dalam Sijil Rendah Pelajaran untuk menentukan kesejenisan
(homogeneity) kedua kelompok berkenaan. Kedua-dua kumpulan telah diberi
praujian pencapaian sebelum mereka memulakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Di akhir kaedah tersebut mereka akan diberi ujian pasca. Pelajar
yang memperolehi kurang daripada 70% betul akan digalakan membuat aktiviti
pemulihan dan sebaliknya pelajar yang memperolehi 70% dan ke atas betul diberi
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
11
peluang meneruskan pembelajaran di bahagian pengayaan. Dalam kajian ini, aras
70% digunakan sebagai titik pemisah (Tuckman dan Waheed).
c) Alat pengukuran
Satu set 40 soalan objektif aneka pilihan telah disediakan mengikut Jadual
Penentuan Ujian yang merangkumi aras kognitif mengikut teksonomi Bloom
(1965). Tatatingkat taksonomi kognitif Bloom adalah pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Jadual Penentuan Ujian digunakan untuk
senarai objektif pengajaran dan aras pemahaman yang akan diuji. . Pembahagian
aras kesukaran mengikut penentuan dari JPM iaitu 50% mudah (aras
pengetahuan, kefahaman,) 30% sederhana (aras aplikasi, analisis) dan 20% susah
(aras sintisis, penilaian).
Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah peningkatan pencapaian akedemik
(achievemnet gain) dan penguasaan kefahaman sejarah seni catan. Aras
penguasaan (mastery level) tujuh puluh persatus telah digunakan dalam kajian ini
(Tuckman dan Waheed, 1981).
Peningkatan pencapaian akademik diukur berdasarkan perbezaan pencapaian
mereka dalam praujian dan ujian selepas pengajaran.
4. Hasil kajian
Bagi menjawab hipotesis satu iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
skor min ujian pretest di kalangan pelajar kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Penyelidik menggunakan ujian t. Analisis ujian t menunjukkan t (51.59) = -.074, p = 94
adalah tidak signifikan. Hipotesis nol diterima. Keputusan ujian menunjukkan bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pretest antara kumpulan kawalan
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
12
(M = 49.0, SD = 10.11) dengan kumpulan eksperimen (M = 49.17, SD = 6.99). sila rujuk
jadual 7.1
Bagi menjawab hipotesis 2 iaitu terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min
ujian pasca di kalangan kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Analisis ujian t
menunjukkan t (58) = -5.55, p = 0.00 adalah signifikan. Hipotesis nol diterima.
Keputusan ujian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian
pasca antara kumpulan kawalan (M = 52.2, SD = 9.92) dengan kumpulan eksperimen (M
= 67.0, SD = 10.70). sila rujuk jadual 7.1
Jadual 7.1 T-Test
Group StatisticsKumpulan N Mean Std.
DeviationStd. Error
Mean Ujian pretest
Kawalan 30 49.0000 10.1132 1.8464
Eksperimen 30 49.1667 6.9979 1.2776 Ujian pasca
Kawalan 30 52.2000 9.9287 1.8127
Eksperimen 30 67.0000 10.7093 1.9552
Independent Samples TestLevene's Test for Equality of
Variances
t-test for Equality of
Means F Sig. t Df Sig. (2-tailed)
Ujian pretest
Equal variances assumed
5.723 .020 -.074 58 .941
Equal variances
not assumed
-.074 51.592 .941
Ujian pasca
Equal variances assumed
.024 .877 -5.551 58 .000
Equal variances
not assumed
-5.551 57.671 .000
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
13
Bagi menjawab hipotesis 3 iaitu: Terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min
ujian pra dengan skor min ujian pasca di kalangan kumpulan eksperimen yang
mengikuti kaedah pengajaran multimedia interaktif dalam pengajaran teori seni.
Untuk menguji hipotesis tentang 2 kumpulan yang berkaitan. Paired Sample t-test
digunakan. T (59) = -8.43 , p = 0.000 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
antara ujian pretest ( M = 49.08, SD = 8.62) dan ujian pasca (M = 59.6, SD = 12.67)
(rujuk Jadual 7.2)
Merujuk Indeks Davis yang menyatakan :
0.70 atau lebih mewakili korelasi sangat kuat
0.50 hingga 0.69 mewakili korelasi kuat……
maka, hasil dapatan menunjukkan r = 0.648 adalah kuat.
Jadual 7.2
Paired Samples StatisticsMean N Std.
DeviationStd. Error
Mean Pair 1 ujian
pretest49.0833 60 8.6226 1.1132
ujian pasca
59.6000 60 12.6695 1.6356
Paired Samples CorrelationsN Correlation Sig.
Pair 1 ujian pretest &
ujian pasca
60 .648 .000
Paired Samples TestPaired
Differencest df Sig. (2-
tailed)Mean Std.
DeviationStd. Error
Mean95%
Confidence Interval of the
DifferenceLower Upper
Pair 1 ujian pretest - ujian pasca
-10.5167 9.6629 1.2475 -13.0129 -8.0205 -8.430 59 .000
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
14
Jadual 7.2: Peningkatan Pencapaian Akademik di antara kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan
Reportkumpulan ujian
pretestujian
pasca kawalan Mean 49.0000 52.2000
N 30 30Std.
Deviation10.1132 9.9287
Eksperimen
Mean 49.1667 67.0000
N 30 30Std.
Deviation6.9979 10.7093
Total Mean 49.0833 59.6000N 60 60
Std. Deviation
8.6226 12.6695
Kumpulan Min (SP)
Ujian Pretest Ujian Pasca
Peningkatan Skor /
DF
Perbezaan skor
Kawalan
(N=30)
Eksperimen
(N=30)
49 52.2
49.17 67
2.8
17.83
=15.03
H0 : Md = 0
HA : Md = 0
Sumery data
Ud = 0 Sd = 12.66
D = 2.8 n = 60
t = d – ud df = 60 – 1 = 59
n
= 2.8 – 0 t = 0.05
12.66 2
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
15
60 = 0.025
= 2.8
1.63
= 1.71
5. Perbincangan
a) Interpretasi temuan
Berdasarkan dapatan kajian, kaedah pengajaran dengan multimedia interakif
memberi kesan terhadap pencapaian pelajar kerana sistem multimedia berasaskan
komputer bukan sahaja membenarkan integrasi berbagai jenis maklumat pada komputer,
malah pencapaian maklumat yang bersesuaian mudah dilaksanakan melalui perhubungan
maklumat. Dapatan juga sejajar dengan pendapat Fisher (1994) iaitu melalui multimedia
interaktif satu konsep yang lebih menarik berbanding dengan sistem pengajaran tradisi
ialah membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang dipanggil pembelajaran terbuka.
Kebaikan menggunakan multimedia dalam pembelajaran ialah
1. Dokumen dalam perisian multimedia menuntut kepada interaksi pengguna.
2. Kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik.
3. Dokumen dapat digunakan dan dikolerasikan dengan mana-mana applikasi
dalam komputer.
Peningkatan pencapaian pada ujian pasca oleh kumpulan eksperimen % telah
menunjukkan pengajaran multimedia interaktif memberi keseronokan kepada pelajar dan
memudahkan proses pemahaman. Johnston (1990) mengatakan bahawa penggabungan
pelbagai media seperti teks, data, imej , grafik, animasi dapat memberi kesan positif
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
16
kepada pelajar. Rumusan dari kenyataan ini menguatkan bahawa multimedia merupakan
elemen yang sangat sesuai dalam pembelajaran pendidikan seni kerana keseluruhan
media merangkum dalam perisian multimedia.
Hasil dapatan kajian dalam peningkatan pencapaian akedamik turut menyokong
kajian yang dilakukan oleh Cox (1997) mengenai penggunaan multimedia dikalangan
pelajar-pelajar, didapati dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa 50 peratus
menyatakan teknologi multimedia telah menjadikan sesuatu subjek itu penting. 75
peratus pelajar mengatakan multimedia telah membantu meningkatkan minat mereka
belajar dan 50 peratus mengatakan multimedia telah membantu mereka memahami lebih
baik dalam pelbagai mata pelajaran yang mereka pelajari.
b) Implikasi
1. Pembelajaran interaktif multimedia menjadikan proses pembelajaran dan
pengajaran lebih hidup dan pelajar lebih tertarik serta berminat untuk belajar.
2. Pembelajaran konstrativisme dan aseks kendiri dapat dipupuk di kalangan pelajar.
Pelajar dapat belajar mengikut kadar kecepatan proses pembelajaran masing-masing di
samping dapat menjimatkan masa pembelajaran. Ini dapat di sokong oleh Alessi dan
Trollip (1991), pelajar dapat mengatasi masalah tanpa selalu berjumpa dengan guru.
3. Sejajar dengan Sandholtz (1997), penggunaan komputer dalam bilik darjah telah
berjaya meningkatkan mutu pendidikan. Peranan guru sebagai fasilitator. Pelajar akan
kurang bergantung kepada orang lain setelah dapat menumpukan masa yang lebih pada
papan kekunci komputer.
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
17
4. Keyakinan guru dalam menyampaikan pengajaran akan meningkat. Geisert dan
Futrell (1990) berpendapat komputer sebagai teman dalam mengendalikan pengajaran
dan ia dapat meningkatkan profesyen perguruan.
5. Sebagai tenaga mengajar yang inovatif, amatlah wajar bagi guru bersikap positif
dalam meneroka, mempelbagaikan dan mengubahsuai teknik dan kaedah penyampaian
pelajaran agar objektif pembelajaran tercapai sejajar dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
6. Menyediakan dan memperkenalkan satu penerokaan pengalaman pelajar, sikap
melaksanakan penyelidikan meningkat secara aktif seperti yang dinyatakan dalam
objektif ke-2 dalam sukatan pelajaran pendidikan seni visual.
7. Pelajar yang mengamalkan pembelajaran kendiri berpandukan multimedia akan
memperkembangkan minda yang kreatif dan kritis.
8. Kaedah interaksi pelajar dan bahan adalah lebih berkesan dan lebih sistematik,
kerana pengajaran merupakan bentuk komunikasi dua hala. Bukti kenyataan ini
diperjelaskan oleh Romiszowski (1988) yang menyatakan bahawa pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan sekiranya pelajar menerima maklum balas segera apabila
memberi respon kepada sesuatu soalan.
9. Multimedia interaktif yang dibangunkan seharusnya ‘mesra pengguna’ dan
penyusunan grafik yang sistematik serta memberi motivasi kepada pelajar.
6. Rumusan
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami reformasi. Refomasi pendidikan
dilaksanakan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang wujud dalam system
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
18
pendidikan di samping untuk memenuhi keperluan-keperluan semasa dan kehendak masa
depan. Masyarakat bermaklumat (information society) merupakan sebuah pasca-
perindustrian yang berpaksikan ilmu bagi tujuan pengawalan social serta pencetusan
inovasi dan perubahan. Interaktif membenarkan perbezaan yang ketara kepada
keberkesanan, kecekapan dan kejayaan sesuatu proses yang dijanakan menerusi
multimedia. Multimedia interaktif jelas sebagai program pengajaran yang melibatkan
pelbagai sumber yang dihubungkan dengan pengajaran melalui komputer dalam satu
sistem. Dengan adanya multimedia intraktif, seseorang pengguna boleh berinteraksi
secara fizikal dan mental dengan media, seterusnya pencapaian akedemik mata pelajaran
pendidikan seni visual turut meningkat.
Kajian ini merupakan kajian rintis yang masih perlu kajian lanjutan untuk
menyokong dan mengkaji dengan terperinci agar dapat diketengahkan sebagai satu
dapatan yang kukuh dan memberi maaf dalam mencapai impian Kementerian Pendidikan
menjadikan pendidikan “Bertaraf Dunia”.
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
19
Rujukan
Chris Merrill, Intergrated Technology, Mathematics, and Science Education: A Quasi- Experiment. Illinois State University: Journal of Industrial Teacher Education.
Dade, C.J. (1993). The Future of Multimedia: Bridging to Virtual Worlds. Dalam Gayeski, D. M (1993), Multimedia For Learning. M.s 113-130. Englewood Cliffs, N. Jersey: Education Technology Publication.
Fisher, S. (1994). Multimedia Authoring Building And Developing Document. London: AP Professional
Gary W. Moore (1983). Developing and Evaluating Educational Research. Toronto: Little, Brown and Company.
Hassan Mohd Ghazali. (2000). Pembangunan Multimedia Interaktif Pendidikan Seni: Kepentingan P&P Menuju Alaf Baru.Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. UPSI.
Heinch. R., Molenda. M. Rusgell, J.D. Snaldino. (1996). Instructional Media And Technologies For Learning. New Jerney: Pretice Hall.
Jamaludin Mohaiadin. (1996). Interaktiviti dalam rekabentuk Multimedia, Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan IX, Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia.
Kurt Y. Michael, The Effect of a Computer Simulation Activity versus a hands-on Activity on Product Creativity in tecnology Education. Journal of Industrial Teacher Education.
Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Mohamed. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan : Falsafah, Teori dan Praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Walter R. Borg & Meredith Damien Gall (1983). Education Research An Introduction. New York & London: Longman.
William L. Havice, A Comparison of College Students’ Achievement Following Traditional and Intergrated Media Presentations. Clemson University: Journal of Industrial Teacher Education.
Salsabila Tang AbdullahGuru Seni SMKSR
20