Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

15
PENGANTAR AKIDAH KIST 21042 enciptaan manusia terdiri daripada jasad dan roh. Manusia amat bergantung kepada 2 elemen ini untuk menjalani kehidupan seharian. Keperluan jasad dan roh juga masing-masing amat bergantungan antara satu sama lain. Baik yang diterima oleh jasadiah, baik jualah kepada ruhiah. Misalnya, makanan yang halal & baik di sisi Tuhan mempunyai kebaikan tersendiri kepada jasadiah manusia. Dengan makanan inilah yang memberi kesihatan kepada tubuh badan manusia lantas memudahkan ibadah seharian sebagai seorang hamba-Nya. Secara tidak langsung, keperluan ruhiah telah dipenuhi. Begitu juga sekiranya keperluan ruhiah dipenuhi, maka terpeliharalah jasadiah kita dalam mentaati perintah-Nya. P Namun apa yang perlu dititikberatkan adalah persoalan rohani. Kehidupan manusia amat bergantung terhadap kekuatan dalaman untuk terus hidup. Hakikat dunia telah menyaksikan bahawa kecacatan pada tubuh badan manusia tidak menjejaskan kedudukan kita untuk beriman kepada Allah S.W.T. Sirah juga membuktikan Abdullah Ummu Maktum, salah seorang sahabat Rasulullah yang buta namun lantaran kekuatan rohani untuk terus hidup sebagai hamba Allah yang beriman, beliau menjadi 1 PENDAHULUAN

description

 

Transcript of Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

Page 1: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

enciptaan manusia terdiri daripada jasad dan roh. Manusia amat bergantung kepada

2 elemen ini untuk menjalani kehidupan seharian. Keperluan jasad dan roh juga

masing-masing amat bergantungan antara satu sama lain. Baik yang diterima oleh

jasadiah, baik jualah kepada ruhiah. Misalnya, makanan yang halal & baik di sisi Tuhan

mempunyai kebaikan tersendiri kepada jasadiah manusia. Dengan makanan inilah yang

memberi kesihatan kepada tubuh badan manusia lantas memudahkan ibadah seharian sebagai

seorang hamba-Nya. Secara tidak

langsung, keperluan ruhiah telah dipenuhi.

Begitu juga sekiranya keperluan ruhiah

dipenuhi, maka terpeliharalah jasadiah kita dalam

mentaati perintah-Nya.

P

Namun apa yang perlu

dititikberatkan adalah persoalan rohani.

Kehidupan manusia amat bergantung terhadap kekuatan dalaman untuk terus hidup. Hakikat

dunia telah menyaksikan bahawa kecacatan pada tubuh badan manusia tidak menjejaskan

kedudukan kita untuk beriman kepada Allah S.W.T. Sirah juga membuktikan Abdullah

Ummu Maktum, salah seorang sahabat Rasulullah yang buta namun lantaran kekuatan rohani

untuk terus hidup sebagai hamba Allah yang beriman, beliau menjadi orang pertama di antara

sahabat-sahabat yang pergi ke Madinah dan membacakan al-Quran sehingga ramai yang

memahami Islam.

ال� �ع�م��� ان� األ �يم��� �الل��ه� إ �ه� ب ول س��� و�ر�

�ف�ض�ل� أBenarlah sabda Nabi junjungan S.A.W yang diriwayatkan al-Bukhari bahawa,

“Perbuatan atau amalan paling utama (secara mutlaknya) ialah beriman dengan Allah dan

Rasul-Nya”. Jelaslah kekuatan dalaman seperti inilah yang diredhai Allah lantas memberi

manfaat kepada kehidupan manusia sejagat. Jadi, apakah kesan & pengaruh iman dalam

kehidupan manusia?

1

PENDAHULUA

Page 2: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

1.0 DEFINISI IMAN

Jumhur ulama’ berpendapat bahawa iman itu:

. ار ر إ�ق���� ، و ان� ل ب�الل�س��� ان� و ع م��� ك��� ر� ب�ا�أل

د�ي�ق ، ت ص� ل�ب� ب�ا�لق

Maksudnya: Membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan mengamalkan

dengan anggota badan.

1.1 MEMBENARKAN DENGAN HATI

- Membenarkan & menerima segala apa yang dibawa Rasulullah S.A.W

- Percaya dan bertekad tiada Tuhan selain Allah & Muhammad utusan-Nya

1.2 BERIKRAR DENGAN LISAN

- Mengucapkan dua kalimah syahadah, “Asyhadu allaa Ilaah Illallah wa

asyhadu anna Muhammad Rasulullah”

1.3 MENGAMALKAN DENGAN ANGGOTA BADAN

- Anggota badan beribadah hanya kepada-Nya

- Bertingkah laku sesuai dengan kehendak-Nya

2.0 SEKILAS TENTANG IMAN

2

Page 3: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

Al-Quran telah menerangkan tentang perbezaan orang mukmin & orang muslim,

mafhum-Nya: Orang-orang " A'raab" (orang Arab dusun) berkata: "Kami telah beriman".

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian),

tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja:

"Kami telah Islam". Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin),

Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana

sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".

Jadi jelaslah orang mukmin itu semestinya seorang muslim namun seorang muslim itu

tidak semestinya mukmin. Seharusnya seorang muslim itu beriman kerana ianya melengkapi

status muslim sebagai penganut agama Islam, agama yang diredhai di sisi-Nya.

Iman berfungsi sebagai pendorong seseorang bertingkah laku baik dan yang penting

diredhai oleh-Nya. Menurut Abu Hurairah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa iman

mempunyai 70 cabang. Dan setiap satunya menuntut untuk berakhlak seperti yang disuruh-

Nya. Berikut merupakan 70 cabang-cabang iman:

2.1 CABANG-CABANG IMAN

1. Beriman dengan Allah s.w.t dan tidak berlaku syirik kepada-Nya.

2. Selain Allah S.W.T, semuanya adalah ciptaan-Nya dan Dialah yang kekal buat selamanya.

3. Beriman dengan Malaikat.

4. Beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan Allah.

5. Beriman dengan utusan-utusan Allah.

6. Beriman dengan takdir Allah, sama ada baik dan buruk semuanya dari Allah.

7. Beriman dengan hari qiamat.

8. Beriman dengan adanya syurga.

9. Beriman dengan adanya neraka.

3

Page 4: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

10. Mencintai Allah dengan sebenar-benarnya.

11. Mencintai dan membenci seseorang kerana Allah.

12. Mencintai baginda Rasulullah S.A.W.

13. Ikhlas.

14. Taubat.

15. Takut kepada Allah.

16. Mengharapkan rahmat Allah.

17. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

18. Bersyukur.

19. Menepati janji.

20. Bersabar.

21. Tawadhuk.

22. Mengasihi dan bersikap lemah lembut.

23. Redha dengan apa yang ada.

24. Tawakkal.

25. Tidak sombong.

26. Menjauhi kemarahan.

27. Berperasaan malu.

28. Menjauhi iri hati dan hasad dengki.

29. Menjauhi kekecohan seperti buruk sangka dan tipu daya.

30. Tidak terlalu mencintai dunia.

31. Mengucap kalimah tayyibah (syahadah)

32. Membaca al-Quran.

33. Mempelajari ilmu agama.

34. Mengajar ilmu.

35. Berdoa dan bermunajat.

36. Mengingati Allah dan beristighfar.

37. Menjauhi perkara lagha (sia-sia) dan perkataan yang melampaui batas.

38. Bersih pada badan, pakaian dan tempat tinggal.

39. Melakukan ibadah solat dengan bersungguh-sungguh.

40. Sedekah dan berzakat.

41. Puasa.

42. Haji.

4

Page 5: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

43. Iktikaf.

44. Meninggalkan kampung halaman untuk menegakkan agama/berjihad.

45. Menunaikan nazar dan kifarah.

46. Menjaga amanah.

47. Menutup aurat.

48. Berkorban.

49. Menyempurnakan jenazah.

50. Menjelaskan/membayar hutang.

51. Membaiki muamalah dan mencari harta dengan cara yang baik.

52. Menjadi saksi terhadap perkara yang benar.

53. Wajib wara' dalam makan minum dan menjauhi perkara yang tidak halal.

54. Menjauhi perzinaan.

55. Menunaikan hak anak dan isteri, hamba dan lain-lain.

56. Menunaikan hak kedua ibubapa.

57. Memberi didikan agama kepada anak-anak.

58. Menghormati orang yang lebih tua dan jiran tetangga.

59. Mengeratkan silaturrahim.

60. Memerintah dengan adil.

61. Menyertai jamaah.

62. Mentaati hakim (yang hukumnya tidak bertentangan dengan agama Islam).

63. Mendamaikan antara pihak yang bertikai.

64. Amar makruf nahi munkar.

65. Membantu seseorang ke arah kebajikan.

66. Memelihara batasan Allah.

67. Membelanjakan harta di tempat yang diredhai Allah, tidak membazir,boros dan kedekut.

68. Menyelamatkan penduduk dunia dari kerugian dan penderitaan.

69. Bersalam-salaman dan mengucapkan 'Yarhamkumullah' bila orang bersin.

70. Menolak dan membuang benda-benda yang boleh menyakiti orang yang lalu lalang.

5

Page 6: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

1. IMAN MERUPAKAN SUMBER KETENANGAN

Allah merupakan Khaliq yang menciptakan manusia. Sudah pasti Yang

Menciptakan mengetahui baik & buruk makhluk ciptaan-Nya. Lumrah manusia akan

merasakan suatu ketenangan yang jarang diungkap dengan perkataan apabila kembali

ke tempat yang harus kita kembali.

Misalnya seorang anak yang merantau ke luar bandar dapat merasa

ketenangan setibanya pulang ke kampung halaman bertemu ibubapa yang mendidik &

membesarkan mereka. Inikan pula Allah yang menciptakan manusia. Hal ini

membenarkan firman-Nya yang Maha Agung:

Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka

dengan mengingati Allah. Ketahuilah dengan mengingati Allah, tenang tenteramlah

hati-hati manusia.

Jelaslah keimanan seseorang sudah cukup untuk mendatangkan ketenangan

dalam diri seseorang hamba. Keimanan kepada Allah merupakan amal yang seiring

dengan fitrah penciptaan seseorang manusia sebagaimana firman-Nya yang

menyatakan tentang penciptaan manusia & jin hanyalah untuk beribadat kepada-Nya

(51:56).

2. PENDORONG UNTUK BERAKHLAK BAIK & MENJAUHI MAKSIAT

6

KESAN & PENGARUH

Page 7: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

Keimanan yang mendalam menggalakkan diri seseorang melakukan amalan yang

hanya diredhai-Nya di samping meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Hal ini kerana

orang yang beriman memahami hikmah perintah & larangan-Nya. Terdapat sepotong

hadith yang membuktikan bahawa iman mampu menjauhkan diri dari maksiat:

“Tidak berzina seseorang yang berzina, sedangkan ketika ia

berzina dalam keadaan beriman, tidak mencuri seseorang

pencuri itu sedangkan ia dalam keadaan beriman, dan tidak

minum arak seseorang peminum arak sedangkan ia dalam

keadaan beriman” [Riwayat Bukhari & Muslim]

3. DIKURNIAKAN KEUTUHAN UKHUWAH BERTERASKAN IMAN

Maksudnya: “Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang

beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi,

nescaya engkau tidak dapat menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi

Allah telah menyatu-padukan (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa lagi

Maha Bijaksana” [Al-Anfal 8:63]

4. MENGUTUHKAN PEGANGAN AQIDAH

Iman dan aqidah saling mempengaruhi antara satu sama lain. Kualiti iman

menjamin utuhnya pegangan aqidah seseorang. Sirah rasul-rasul terdahulu

7

Page 8: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

membuktikan kemantapan iman yang diterapkan rasul kepada pengikut-pengikutnya

telah mengutuhkan aqidah mereka walau diseksa pihak kuffar dan musyrikin.

Di zaman Nabi S.A.W, keislaman Sumayyah telah tersebar di kota Mekah

menyebabkan beliau serta keluarga diseksa sehingga syahid namun tidak berganjak

keimanan dan aqidah mereka kepada Allah walau di saat peritnya diseksa musyrikin.

Begitu juga dengan Bilal Bin Rabah yang diseksa tuannya, Umayyah Bin Khalaf

di tengah padang pasir ditambah pula dengan batu yang besar diletakkan di atas dada

beliau. Namun, keimanan yang diterap Rasulullah S.A.W berhasil mendidik aqidah

beliau supaya meng-Esakan Allah.

5. SENTIASA BERMURAQABAH

Muraqabah telah jelas didefinisikan melalui hadith riwayat al-Baihaqi yang

bermaksud; “Iman seseorang yang paling utama adalah dia menyedari bahawa Allah

sentiasa ada bersamanya di mana pun”. Hadith tersebut juga jelas membuktikan

pengaruh & kesan iman ke atas individu.

Orang yang beriman amat yakin dan percaya bahawa Allah itu bersifat al-Basir,

Yang Maha Melihat. Walau di mana saja mereka berada, mereka tidak memerlukan

Closed Circuit Television (CCTV) ciptaan manusia untuk tidak berkelakuan buruk.

Cukuplah bagi mereka Allah melihat kelakuan mereka seharian kerana apa yang perlu

dikejar hanyalah redha-Nya yang mengatasi segalanya dan bukan pandangan manusia

yang tidak menguntungkan.

6. SENTIASA DI BAWAH NAUNGAN ALLAH

Jelaslah kaum terdahulu yang beriman telah dibantu Allah bersama rasul yang

membimbing mereka. Hal ini bertepatan dengan janji-Nya di dalam potongan ayat

surah ar-Rum, ayat 47; “..dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami

menolong orang yang beriman”.

7. MERASAI NIKMAT BERIBADAH KEPADA-NYA

8

Page 9: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

Nikmat beribadah merupakan kurniaan Allah kepada hamba yang dikehendaki.

Sukar bagi seseorang mampu mencapai nikmat tersebut sekiranya keimanan kurang

terpelihara. Siapalah yang tidak berkeinginan untuk merasai nikmat tersebut kerana

ganjaran redha-Nya merupakan sebaik-baik ganjaran di dunia mahupun akhirat.

Sekiranya umat manusia memahami erti nikmat ibadah, sudah tentu ditinggalkan

segala larangan-Nya hanya untuk melakukan kerja seharian sebagai ibadah kepada-

Nya. Tak hairanlah sahabat-sahabat Nabi sanggup meninggalkan urusniaga sekiranya

terdengar laungan azan. Walaupun urusniaga tersebut dikira sebagai ibadah, namun

ibadah solat perlu lebih diutamakan.

8. RAJIN MELAKUKAN TUGASAN HARIAN

Bagaimana iman mampu mempengaruhi kerajinan seseorang dalam melakukan

tugasan seharian? Oleh kerana orang beriman mampu merasai nikmat melakukan

ibadah, ianya mendorong seseorang untuk sentiasa melakukan kerja sebaik mungkin

demi mencapai nikmat yang tertinggi dari-Nya.

9. SENSITIF TERHADAP KEMUNGKARAN

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia

mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, maka dengan

lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian

itulah selemah-lemah iman” [Riwayat Muslim]

Hadith di atas telah menyatakan selemah-lemah iman adalah mereka yang

mencegah kemungkaran dengan hati. Jadi jelaslah keimanan seseorang mampu dinilai

tahapnya menerusi cara pencegahannya. Iman mempengaruhi keupayaan seseorang

untuk mencegah kemungkaran kerana iman mendorong untuk menjauhi kemungkaran

bukan terhadap diri sendiri sahaja, malah menjaga persekitaran supaya sentiasa berada

dalam keadaan yang diredhai-Nya.

9

Page 10: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

Amar ma’ruf nahi munkar amatlah ditekan al-Quran dan hadith. Malah, tokoh-

tokoh pemikir Islam juga amat menggalakkan amal ini sehingga beberapa pendapat

ulama’ telah mewajibkan amar ma’ruf nahi munkar yang seharusnya menjadi rukun

Islam itu sendiri. Imam Ghazali juga berpendapat bahawa hukum asal dakwah adalah

fardhu kifayah sekiranya terdapat pemerintahan khilafah Islamiyah. Namun, menjadi

fardhu ain mengikut kemampuan sekiranya terjatuhnya khalifah Islam.

Iman merupakan syarat seseorang layak bergelar ahli syurga. Hadith Rasulullah yang

diriwayatkan Abu Sa’id al-Khudri ada menyebut bahawa mereka yang ke syurga dan neraka

akan ke sana bila tiba waktunya. Tetapi mereka yang ke neraka dan kemudian dinilai

mempunyai keimanan walau sebesar zarah sekalipun, maka Allah akan mengeluarkannya

dari neraka dan memasukkannya ke syurga (Sahih Bukhari).

Keislaman seseorang yang telah diiktiraf tidak menjamin penerimaan mereka ke

syurga. Insan yang mengucap kalimah syahadatain namun tidak melaksanakan perintah solat

yang menjadi tiang ugama sudah tentu tidak diredhai-Nya kerana suruhan utama tersebut

merupakan rukun Islam setelah mengucap syahadatain. Orang yang beriman kepada Allah

sudah tentu akan melaksanakan segala rukun agama yang telah ditetapkan Maha Pencipta.

Iman yang terpelihara menjamin peribadi yang diredhai Allah. Jatuh naik iman

memberi kesan kepada tingkah laku manusia. Apa yang diperlukan sekarang ialah peribadi

yang kental imannya untuk membina keluarga yang beriman, seterusnya masyarakat, negara

dan terbinalah empayar Islam yang dibangunkan atas dasar keimanan.

10

KESIMPUL

Page 11: Kesan & pengaruh iman terhadap kehidupan manusia

PENGANTAR AKIDAH KIST 21042

http://halaqahmuntijah.wordpress.com/2010/11/16/penjelasan-definisi-iman/

www.islamweb.net/

quran.com/

http://mindamuallim.blogspot.com/2008/10/70-cabang-iman.html

11

BIBLIOGRA