kesan penggunaan educational multifunctional programmable logic ...
Transcript of kesan penggunaan educational multifunctional programmable logic ...
KESAN PENGGUNAAN EDUCATIONAL MULTIFUNCTIONAL
PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLER KIT TERHADAP PENCAPAIAN
PELAJAR YANG BERBEZA GAYA KOGNITIF
NOORLIN RAWAIDA BINTI MOHD ISA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JULAI 2012
v
ABSTRAK
Penggunaan kit pembelajaran merupakan salah satu ABBM di dalam proses P&P
bagi membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih berkesan. Kajian ini
bertujuan untuk melihat kesan penggunaan Educational Multifunctional
Programmable Logic Controller Kit terhadap pencapaian pelajar yang berbeza gaya
kognitif (Field Independent & Field Dependent). Reka bentuk kajian yang digunakan
adalah kuasi-eksperimental. Kajian ini di jalankan di dua buah ILP iaitu ILP Pasir
Gudang dan ILP Bukit Katil. Sampel kajian terdiri daripada dua kumpulan pelajar
iaitu kumpulan rawatan (pelajar dari ILP Pasir Gudang) dan kumpulan kawalan
(pelajar dari ILP Bukit Katil) yang masing-masing mempunyai 29 orang dan 26
orang. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra, ujian pasca, ujian GEFT,
kit pembelajaran E.M.P.L.C.K. dan borang soal selidik. Data-data yang diperolehi di
analisis menggunakan statistik deskriptif seperti skor min dan frekuensi dan ujian -t
untuk menguji hipotesis pada aras 0.05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan di antara pelajar
kumpulan rawatan iaitu kumpulan yang menggunakan kit pembelajaran dan
kumpulan kawalan iaitu kumpulan yang menggunakan kaedah konvensional. Kedua,
terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor peningkatan bagi tahap pencapaian
pelajar di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam kalangan pelajar
FD, tetapi tiada perbezaan yang signifikan bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan di kalangan pelajar FI. Akhir sekali, terdapat perbezaan yang signifikan bagi
pelajar yang memiliki gaya kognitif FI dan FD. Kit pembelajaran meliputi empat
elemen iaitu mudah digunakan (min=4.146), kesesuaian reka bentuk kit (min=4.11),
membantu mempelajari topik (min=4.25) dan motivasi (min=4.136).
Kesimpulannya, kit pembelajaran berpotensi dalam meningkatkan pencapaian pelajar
serta memberi manfaat kepada pelajar yang berbeza gaya kognitif (FI-FD).
vi
ABSTRACT
Learning kit usage is one of the teaching aids in the process of learning to help
students understand the subject more effectively. The purpose of this study is to
examine the effectiveness of using Educational Multifunctional Programmable Logic
Controller Kit on the achievement of student with different cognitive styles (Field
Independent & Field Dependent). The quasi-experimental methodology was used in
this study. This study was conducted at ILP Pasir Gudang and ILP Bukit Katil. The
study samples consisted of two groups of students that are divided into treatment
(students from ILP Pasir Gudang) and control (students from ILP Bukit Katil)
groups, which respectively have 29 people and 26 people. This study involved GEFT
test, pre and post test, E.M.P.L.C.K. learning kits and questionnaires as a instrument.
Data collected was analyze using descriptive statistic such as mean score and
frequency and Independent t-test is used to test the hypothesis at the level of 0.05.
Finding shows that there is a significant difference in mean score between students of
the treatment groups that using E.M.P.L.C.K.in teaching and learning and the control
group that using the conventional method. Secondly, there is a significant difference
in mean score gains between the control and treatment groups among FD students,
but there is no significant difference for the control and treatment groups among FI
students. Lastly, there is a significant difference between the two cognitive styles of
FI and FD students. Leaning kit includes four elements that is easy to use
(mean=4.146), the suitability of the design kit (mean=4.11), help to learn in topic
(mean=4.25) and motivation (mean=4.136). As a conclusion, the kit has the potential
in enhancing the students’ achievement and give benefit to students with different
cognitive styles (FI and FD).
KANDUNGAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Tujuan kajian 8
1.5 Objektif kajian 8
1.6 Persoalan kajian 9
1.7 Hipotesis kajian 9
1.8 Kepentingan kajian 11
1.9 Skop kajian 12
1.10 Kerangka konsep kajian 12
1.11 Definisi istilah 14
vii
1.11.1 Pengajaran 14
1.11.2 Pembelajaran 14
1.11.3 Alat bahan bantu mengajar (ABBM) 15
1.11.4 Kit pengajaran dan pembelajaran 15
1.11.5 Pembelajaran konvensional 15
1.11.6 Gaya kognitif 16
1.11.7 Gaya kognitif Field Independent (FI) 16
1.11.8 Gaya kognitif Field Dependent (FD) 16
1.11.9 Programmable Logic Controller (PLC) 17
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18
2.1 Pengenalan 18
2.2 Model-model kajian 18
2.2.1 Model kajian Witkin, Moore, Goodenough,
dan Cox (1977)
19
2.2.2 Model kajian Derussy dan Futch (1971) 21
2.2.3 Model kajian Saracho dan Spodek (1981) 22
2.2.4 Model kajian Dunn dan Dunn (1978) 23
2.3 Definisi gaya kognitif 26
2.3.1 Ciri-ciri gaya kognitif FI - FD 27
2.3.2 Proses pengajaran dan pembelajaran gaya
kognitif FI dan FD
30
2.4 Alat bahan bantu mengajar (ABBM) 32
2.4.1 Keberkesanan penggunaan alat bahan bantu
mengajar
33
2.4.2 Kepentingan kit pembelajaran sebagai ABBM 34
2.4.3 Kit Educational Multifunctional
Programmable Logic Controller sebagai
ABBM
36
2.5 Kajian-kajian lepas 37
2.6 Latar belakang mata pelajaran yang dikaji 39
2.7 Institusi yang dikaji 39
2.7.1 Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang 40
2.7.2 Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil 40
viii
2.8 Rumusan 41
BAB 3 METODOLOGI 42
3.1 Pengenalan 42
3.2 Reka bentuk kajian 42
3.2.1 Reka bentuk kuasi eksperimental 44
3.3 Populasi dan sampel 46
3.4 Lokasi kajian 46
3.5 Instrumen kajian 47
3.5.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 47
3.5.2 Ujian pra – pasca 48
3.5.3 Ujian pasca (Ketekalan) 49
3.5.4 Borang soal selidik 50
3.6 Rawatan kajian 51
3.6.1 Reka bentuk kit 51
3.6.2 Fungsi kit 53
3.6.3 Kebolehfungsian kit 54
3.7 Kesahan instrumen 56
3.8 Kebolehpercayaan instrumen 56
3.8.1 Group Embedded Figures Test (GEFT) 57
3.8.2 Ujian pra - pasca 58
3.8.3 Soal selidik 59
3.9 Prosedur kajian 59
3.10 Kaedah analisis data 62
3.11 Andaian kajian 63
3.12 Rumusan 64
BAB 4 ANALISIS DATA 65
4.1 Pengenalan 65
4.2 Analisis data 66
4.3 Penentuan gaya kognitif pelajar 67
4.4 Perbezaan pencapaian ujian pra antara pelajar
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
67
ix
4.5 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara
pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
68
4.6 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara
pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)
71
4.7 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara
pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)
73
4.8 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di antara
pelajar Field Independent (FI) dengan Field
Dependent (FD)
75
4.9 Skor min bagi penilaian pelajar terhadap elemen-
elemen di dalam kit pembelajaran E.M.P.L.C.K
76
4.9.1 Kemudahan penggunaan 78
4.9.2 Kesesuaian reka bentuk kit 79
4.9.3 Membantu mempelajari topik 81
4.9.4 Motivasi 82
4.10 Rumusan 83
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 84
5.1 Ringkasan 84
5.2 Rumusan kajian 85
5.2.1 Rumusan analisis faktor gaya kognitif pelajar 85
5.2.2 Rumusan persoalan kajian 86
5.3 Perbincangan 88
5.3.1 Faktor gaya kognitif Field Independent (FI)
dan Field Dependent (FD)
89
5.3.2 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di
antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan
89
5.3.3 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di
antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan dalam kalangan pelajar Field
Independent (FI)
91
x
RUJUKAN 103
LAMPIRAN 110
5.3.4 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di
antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan
kawalan dalam kalangan pelajar Field
Dependent (FD)
92
5.3.5 Perbezaan peningkatan ujian pencapaian di
antara pelajar Field Independent (FI) dengan
pelajar Field Dependent (FD)
93
5.3.6 Elemen-elemen dalam kit pembelajaran
E.M.P.L.C.K yang membantu pemahaman
dalam proses pembelajaran
95
5.4 Model perkaitan di kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan gaya kognitif pelajar
97
5.5 Cadangan 99
5.6 Cadangan kajian lanjutan 101
5.7 Penutup 102
xi
SENARAI JADUAL
2.1 Perbezaan gaya kognitif FI – FD (Witkin. Moore,
Goodenough & Cox, 1977: Yahaya, A. et al., 2005)
20
2.2 Pilihan pendidikan dan pekerjaan oleh individu FD dan FI 22
2.3 Perbezaan antara individu FD dan individu FI
(Saracho dan Spondek, 1981)
23
2.4 Ringkasan ciri-ciri FI – FD dari tiga aspek berlainan
(Town, 2003)
29
2.5 Perbezaan gaya kognitif FI-FD dalam proses pengajaran
(Sigel, & Brodzinky, 1997: Yahaya, A. et al., 2005)
31
2.6 Perbezaan gaya kognitif FI – FD dalam proses pembelajaran
(Willerman,1979: Yahaya, A. et al., 2005).
32
3.1 Reka bentuk kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan 43
3.2 Aktiviti penilaian sebenar 44
3.3 Taburan responden mengikut kumpulan 46
3.4 Pengelasan pelajar FI dan FD mengikut skor 48
3.5 Reka bentuk kaedah ujian pra-pasca (Chua, 2006) 49
3.6 Skala likert 51
3.7 Kod sistem robotik dan PLC 54
3.8 Tafsiran skor Cronbach’s Alpha (Mohd Najib, 1999) 57
3.9 Indeks diskriminasi dan aras diskriminasi piawai (Mok, 1994) 58
3.10 Indeks kesukaran dan aras kesukaran piawai
(Mok, 1994)
58
3.11 Interpretasi skor min 62
3.12 Kaedah penganalisisan data 63
xii
4.1 Taburan skor ujian GEFT bagi kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan
67
4.2: Ujian kesejenisan ANOVA skor ujian pra bagi kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan
68
4.3 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian
pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
69
4.4 Ujian Kolmogorov-Smirnov bagi kumpulan rawatan dan
kawalan
70
4.5 Analisis peningkatan pencapaian pelajar kumpulan kawalan
dan rawatan
70
4.6 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian
pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam
kalangan pelajar FI
71
4.7 Analisis peningkatan pencapaian kumpulan kawalan dan
rawatan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI)
72
4.8 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian
pelajar bagi kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam
kalangan pelajar FD
73
4.9 Analisis peningkatan pencapaian kumpulan kawalan dan
rawatan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD)
74
4.10 Skor min ujian pra, ujian pasca dan peningkatan pencapaian
pelajar FI dan FD
75
4.11 Analisis peningkatan pencapaian pelajar Field Independent
(FI) dan Field Dependent (FD)
76
4.12 Skor min bagi penilaian elemen-elemen di dalam kit
pembelajaran
77
4.13 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen
kemudahan penggunaan
78
4.14 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen
kesesuaian reka bentuk kit
80
4.15 Taburan responden mengikut peratusan dan min bagi elemen
membantu mempelajari topik.
81
xiii
4.16 Taburan responden mengikut peratusan, min dan sisihan
piawai bagi elemen motivasi
82
xiv
SENARAI RAJAH
1.1 Model Learning Pyramid 5
1.2 Purata pencapaian program latihan di ILP bagi tahun 2005 6
1.3 Kerangka konsep kajian 13
3.1 Rekabentuk kuasi-eksperimental ujian pra-pasca kumpulan
rawatan dan kumpulan kawalan
45
3.2 Educational Multifunctional Programmable Logic Controller
Kit
51
3.3 Pemindahan pengaturcaraan komputer (Cx Programmer) ke
kit pembelajaran E.M.P.L.C.K
56
3.4 Penunjuk apabila suis ditekan 56
3.5 Carta alir prosedur kajian 61
5.1 Model perkaitan antara kaedah p&p dengan pelajar yang
berbeza gaya kognitif (FI-FD)
98
xv
SENARAI SINGKATAN
ABBM - Alat Bahan Bantu Mengajar
E.M.P.L.C.K - Educational Multifunctional Programmable Controller Kit
FD - Field Dependent
FI - Field Independent
ILJTM - Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia
ILP - Institut Perindustrian Latihan
GEFT - Group Embedded Figures Test
NC - Normally Closed
NO - Normally Open
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PLC - Programmable Logic Controller
SPSS - Statistical Package Social Science
xvi
SENARAI LAMPIRAN
A Gantt chart projek sarjana 110
B Ujian GEFT 112
C Jadual penentuan ujian 118
D Ujian pra Programmable Logic Controller 119
E Ujian pasca Programmable Logic Controller 126
F Cadangan skema jawapan 133
G Lembaran kerja Educational Multifunctional Programmable
Controller Kit
141
H Borang soal selidik 159
I Kajian rintis ujian GEFT 163
J Kajian rintis analisis item ujian pra-pasca 164
K Kajian rintis soal selidik 167
L Pengesahan instrumen 168
M Surat kebenaran menjalankan kajian 174
xvii
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan merupakan sesuatu perkara asas yang perlu di pandang berat oleh
sesebuah negara dalam usaha menyediakan generasi muda yang berwibawa dan
berdaya saing untuk berdepan dengan cabaran globalisasi. Pendidikan merupakan
satu proses menyampaikan atau penyampaian sesuatu ilmu. Ini dapat dilakukan
dengan menggunakan kaedah dan cara yang teratur di mana pendidik menyediakan
satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bersesuaian dan dipercayai
berkesan bagi membolehkan pelajar menerima pembelajaran dan mencapai objektif
yang telah ditetapkan setelah sesi pembelajaran. (Abdul Khalil, 2011).
Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai keunikan dan kaedah
pengurusannya yang tersendiri. Salah satu daripada bidang pendidikan yang
diperkenalkan oleh kerajaan adalah bidang pendidikan teknik dan vokasional.
Bidang ini diperkenalkan melalui Laporan Rahman Talib untuk mewujudkan pelajar
yang berpengetahuan, berkemahiran, dan berketrampilan sebagai penyumbang
perkembangan ekonomi dan pendidikan negara (Mok, 2000). Pendidikan teknik dan
vokasional dihasratkan memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai
kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja
dalam bidang industri Negara. Konsep pengajaran dan pembelajaran dalam bidang
teknik dan vokasional adalah sama dengan bidang pendidikan biasa selain
mementingkan kemahiran.
Kebanyakan kemahiran-kemahiran memerlukan teknologi yang tinggi
mengikut peredaran zaman. Walau bagaimanapun, kebanyakan kaedah pengajaran
teknik dan vokasional yang digunakan di institut pendidikan teknik dan vokasional
masih mengamalkan pendekatan pembelajaran secara tradisional iaitu pembelajaran
di dalam kelas yang tidak melibatkan aktiviti hands on dan berorientasikan
peperiksaan. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai perlu diaplikasikan secara
menyeluruh bagi bertepatan dengan perubahan zaman dan teknologi, di samping
dapat mengatasi masalah tersebut. Kepelbagaian teknik pengajaran perlu dikuasai
oleh para pensyarah dalam memenuhi gaya pembelajaran pelajar sekali gus dapat
meningkatkan kemahiran generik pelajar seperti kemahiran menyelesaikan masalah,
bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi, lebih bertanggungjawab dan
aktif terhadap pembelajaran dan menjadikan mereka lebih berdikari. Maka, di sinilah
perlunya penggunaan ABBM sebagai alat sokongan dalam proses P&P. ABBM perlu
disesuaikan mengikut peredaran zaman. Pensyarah atau guru perlu mempelbagaikan
teknik pengajaran bersesuaian dengan perkembangan teknologi terkini. Ia akan
menarik minat yang mendalam dan penguasaan pelajar terhadap pembelajaran
tersebut. Oleh itu, penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah penting dan wajar kerana ia membantu meningkatkan tahap kognitif pelajar.
Gaya kognitif merupakan satu dimensi personaliti yang mempengaruhi sikap,
nilai dan interaksi sosial seseorang individu (Yahaya et al., 2005). Setiap individu
adalah berbeza dari segi kecerdasan atau kecerdikan dan ini mempengaruhi tahap
pembelajaran seseorang. Perbezaan inilah yang dinamakan sebagai gaya kognitif di
mana ia berkaitan dengan cara seseorang individu itu menerima maklumat daripada
persekitarannya. Selain itu gaya kognitif juga boleh dirujuk sebagai cara individu
memproses maklumat. Gaya kognitif juga menunjukkan perbezaan dalam
memproses dan mengurus maklumat serta bertindak balas pada rangsangan
persekitaran. Contohnya sesetengah individu bertindak balas begitu cepat dalam
beberapa situasi dan ada juga yang bertindak perlahan walaupun mempunyai
pengetahuan yang sama terhadap sesuatu perkara. (Yahaya et al., 2005).
Perbezaan gaya kognitif seseorang pelajar dikatakan amat mempengaruhi
pembelajaran individu itu sendiri. Ini terbukti melalui kajian yang dilakukan oleh
Riding dan Rayner (2000), iaitu prestasi pembelajaran seseorang individu seolah-
olah dipengaruhi oleh interaksi antara gaya kognitif pelajar dan cara bagaimana
bahan pembelajaran distrukturkan, mod persembahan dan jenis isi kandungan. Maka
2
gaya kognitif seseorang pelajar berkait rapat dengan cara bagaimana seseorang guru
itu menyampaikan pengajaran mereka dan bagaimana para pelajar menerima
maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada bentuk lain. Parkinson &
Redmond (2002) mengatakan bahawa gaya kognitif juga merupakan pendorong atau
faktor bagi kejayaan dalam pendidikan seseorang individu yang bergelar pelajar.
Dalam bidang teknik dan vokasional pula, pengajaran dan pembelajaran berbantu
teknologi terutamanya kit pembelajaran ini banyak membantu pelajar dapat
mempelajari dalam perkara-perkara yang abstrak dan susah untuk difahami secara
bacaan semata-mata dan terutamanya bagi pelajar yang mempunyai ciri-ciri gaya
kognitif Field Dependent. Penggunaan perkakas atau peralatan juga membolehkan
pelajar mudah mengingati subjek-subjek yang abstrak terutama subjek-subjek dalam
bidang teknik dan vokasional.
Institut Latihan Perindustrian merupakan salah satu institusi yang
menawarkan subjek-subjek dalam bidang teknik dan vokasional. ILP juga adalah
salah sebuah institut kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM),
Kementerian Sumber Manusia yang ditubuhkan bagi mengendalikan latihan
vokasional secara formal. Bagi merealisasikan Wawasan 2020, negara perlulah
mengembangkan kepakaran dalam industri sedia ada serta melahirkan pakar dalam
pelbagai sektor. Melalui pendidikan teknik dan vokasional (PTV), pelajar yang
mempunyai kemahiran diharap dapat memenuhi permintaan sektor perindustrian
yang memerlukan tenaga mahir dengan segera untuk bersaing di dalam dunia yang
giat membangun ini. Dalam melahirkan pelajar yang serba berkemahiran, kurikulum
ILP adalah meliputi segala kegiatan yang mengandungi unsur-unsur perkembangan
nilai yang mampu membantu proses pembentukan diri dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek bersesuaiam dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selaras dengan FPK, sistem pendidikan di Malaysia perlu menekankan kepentingan
memahami perbezaan di kalangan individu-individu dalam usaha meningkatkan hasil
pembelajaran. Salah satu ciri perbezaan yang ada pada setiap individu terutamanya
bagi pelajar adalah dari sudut gaya kognitif.
3
1.2 Latar belakang masalah
Pembelajaran teknik dan vokasional adalah berbeza dengan pembelajaran di bidang
lain. Pembelajaran teknik dan vokasional memerlukan pemahaman yang mendalam
terutamanya dalam pengaplikasiannya apabila berhadapan dengan objek sebenar.
Selain itu pengajarannya turut memakan tempoh masa yang panjang untuk
menerangkan konsep sebenar kepada pelajar terutamanya pelajar yang baru
mengenali subjek teknikal tersebut. Kaedah yang lama digunakan oleh guru dengan
menggunakan papan hitam adalah membosankan dan kurang efektif untuk memberi
pemahaman kepada pelajar (Yahaya, 2006).
Pada masa kini, perkembangan pemikiran pelajar adalah terhad di mana
mereka perlu melihat perkara yang mereka pelajari di hadapan mata mereka semasa
proses pembelajaran berlaku. Bagi pelajar teknik dan vokasional, kemahiran adalah
faktor penting yang perlu diberi perhatian. Dalam konteks ini, peningkatan teknologi
yang semakin canggih memerlukan seseorang individu tersebut mengetahui dan
seterusnya memahami dengan lebih mendalam sesuatu kemahiran. Para pelajar
banyak didedahkan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara teori
berbanding dengan amali terutamanya bagi pelajar aliran teknik dan vokasional.
Dalam konteks kajian ini, kuliah secara tradisional adalah tidak cukup untuk
pelajar yang berpencapaian sederhana ke rendah atau pelajar yang mempunyai
kemahiran penyelesaian masalah sederhana ke rendah untuk memahami konsep
pengaturcaraan yang cuba disampaikan oleh pensyarah atau guru-guru mereka.
Selain itu juga, pelajar kurang berkebolehan untuk membaca kod aturcara seterusnya
tidak memahami perlaksanaan kod aturcara yang telah diberikan. Kelebihan
memahami sesuatu kod aturcara akan memberikan kelebihan kepada pelajar tersebut
untuk mengesan suatu ralat logik yang terdapat dalam keratan kod aturcara yang
diberi.
Di samping itu, penggunaan masa yang agak terhad semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di institusi pendidikan turut mempengaruhi proses penguasaan
pelajar terhadap isi pelajaran tersebut. Pensyarah pula dikehendaki menghabiskan isi
pelajaran bagi sesuatu topik mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Ini secara
tidak langsung menyukarkan para pelajar memahami keseluruhan isi pelajaran dalam
tempoh masa yang telah ditetapkan terutama bagi pelajar yang mempunyai tahap
4
pencapaian akademik yang agak lemah atau sederhana (Abdullah & Muda, 2007).
Oleh yang demikian bahan sokongan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
adalah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar memahami isi
kandungan pembelajaran dan terlibat secara aktif bukannya sekadar menerima
daripada guru sahaja.
Bahan sokongan seperti Alat Bahan Bantu Mengajar (ABBM) dapat menarik
minat pelajar untuk belajar dan seterusnya dapat menentukan kejayaan mereka dalam
pelajaran. Alat bahan bantu mengajar tidak terhad kepada buku-buku teks, papan
tulis, dan gambar-gambar sahaja tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Ismail, 2002). Penggunaan ABBM yang
efektif dapat merangsang minda dan minat pelajar bahkan ia juga memberi peluang
kepada pelajar untuk menggunakan alat-alat tersebut sebagai kemahiran dan
pengalaman baru serta dapat meningkatkan aspek kognitif dan psikomotor untuk
lebih mudah memahami isi kandungan pengajaran yang diajar secara teori.
Rajah 1.1: Model Learning Pyramid
Rajah 1.1 menunjukkan model Learning Pyramid yang menunjukkan kadar purata
seseorang individu itu dapat mengingati sesuatu yang telah dipelajarinya selepas 24
jam. Berdasarkan rajah tersebut, jelas menunjukkan bahawa pelajar yang aktif adalah
pelajar yang melakukan aktiviti kinestatik di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Amalan seperti melakukan aktiviti dengan sendiri menunjukkan kadar
peratusan yang tinggi iaitu sebanyak 75% untuk mengingati sesuatu pembelajaran
yang telah dipelajari. Amalan ini berkait rapat dengan penggunaan alat bahan bantu
5
mengajar (ABBM) seperti kit pembelajaran yang dapat meningkatkan kemahiran dan
secara tidak langsung prestasi pencapaian pelajar dalam pembelajaran mereka juga
dapat dipertingkatkan. Selain itu, faktor perbezaan bagi setiap individu juga perlu
diambil kira. Antaranya adalah dari sudut gaya kognitif seseorang individu.
Aspek kognitif berkait rapat dengan daya ingatan bagi seseorang manusia itu
terutamanya bagi yang bergelar pelajar. Menurut Ismail (2002), menyatakan bahawa
daya ingatan seseorang dapat menyimpan hanya 20% daripada pembacaan, 30%
daripada pendengaran, 40% daripada penglihatan, 50% daripada sebutan sendiri,
60% daripada apa yang dibuat dan 90% daripada pembacaan, pendengaran,
penglihatan, sebutan dan perbuatan sendiri dengan melakukannya secara serentak.
Penggunaan kit pembelajaran dapat memenuhi ciri yang keenam daya ingatan
seseorang dapat menyimpan iaitu 90% kerana pelajar dapat mengalami sendiri
pembelajaran tersebut (A. Karim et al., 2005).
Pencapaian kandungan program latihan di Institut Latihan Perindustrian (ILP)
yang merangkumi silibus (isi kandungan) yang digunakan, contoh –contoh yang
berkaitan dengan sukatan pelajaran, peralatan yang berkaitan seperti mesin dan
sebagainya. Selain daripada itu, penekanan terhadap teori dan amali juga merupakan
sebahagian daripada kandungan program latihan. Pencapaian ini menerangkan
tentang tahap pencapaian para pelajar di ILP yang masih berada pada tahap yang
sederhana iaitu pada aras minimum kerana pihak ILJTM telah menetapkan sasaran
7.0 bagi memenuhi kriteria minimum prestasi yang diperlukan. Hal ini dibuktikan
dengan rajah pencapaian pelajar di bawah.
Rajah 1.2 : Purata pencapaian program latihan di ILP bagi tahun 2005
6
1.3 Pernyataan masalah
Pelajar sukar untuk memahami penerangan pensyarah tentang sesuatu isi pelajaran
yang memerlukan kemahiran dan kreativiti pelajar untuk berfikir di mana pensyarah
jarang menggunakan alat bantu mengajar dan hanya melibatkan kaedah ‘chalk and
talk’. Kaedah ini perlu digantikan dengan kaedah yang lain. Contohnya penggunaan
bahan bantu mengajar yang berteknologi (Daud et al., 2006; Ting & Woo, 2005;
Ishak, 2002). Pengaturcaraan PLC adalah sesuatu yang abstrak dan sukar untuk
difahami oleh pelajar. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengaturcaraan
melibatkan keupayaan kognitif yang lebih tinggi. Faktor kognitif memainkan
peranan yang penting di dalam kebolehan dalam membina sesebuah aturcara.
(Marjuni, Macintyre, 2006; Mancy dan Reid, 2004; Jenkins, 2002; White dan
Sivitanides, 2002; Hudak. 1990)
Ada kalanya kaedah pengajaran yang dirasakan sesuai masih tidak mampu
meningkatkan pencapaian kesemua pelajar. Ini adalah berikutan perbezaan individu
kepelbagaian menerima maklumat yang cuba disampaikan akibat daripada gaya
kognitif yang berbeza-beza di antara pelajar. Kewujudan perbezaan individu di
kalangan pelajar merupakan salah satu faktor penyebab kepada kesulitan pelajar
menerima sesuatu pembelajaran kerana penguasaan pembelajaran sangat
mementingkan aspek perbezaan individu. Pelajar perlu mengulangi pelajaran
beberapa kali untuk memahami sesuatu konsep pembelajaran. Oleh itu, waktu
pembelajaran fleksibel mengikut kemampuan pelajar diperlukan (Yusof et al., 2005.;
A. Karim et al., 2005; Noordin, 1996; Gainen & Locatelli, 1995)
Justeru itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan kit
pembelajaran Educational Multifunctional Programmable Logic Controller Kit
terhadap tahap pencapaian pelajar bagi subjek Programmable Logic Controller dan
pelajar yang berbeza gaya kognitif. Gaya kognitif yang akan dikaji ialah Field
Independent dan Field Dependent kerana menurut kajian, ciri-ciri gaya kognitif Field
Independent dan Field Dependent memainkan peranan di dalam pendidikan yang
berasaskan teknologi (Mancy dan Reid, 2004; Hansen, 1995)
7
1.4 Tujuan kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan
Educational Multifunctional Programmable Logic Controller Kit (E.M.P.L.C.K)
terhadap peningkatan pencapaian ujian pra dan ujian pasca bagi mata pelajaran
Programmable Logic Controller dalam kalangan pelajar yang bergaya kognitif Field
Independent (FI) dan Field Dependent (FD)
1.5 Objektif kajian
Objektif kajian yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam
peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan.
ii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam
peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan dalam kalangan pelajar Field Independent (FI).
iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam
peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan
kawalan kumpulan dalam kalangan pelajar Field Dependent (FD).
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam
peningkatan ujian pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan
pelajar Field Dependent (FD).
v. Mengenal pasti tahap penilaian pelajar terhadap elemen-elemen (kemudahan
penggunaan, kesesuaian reka bentuk kit, membantu mempelajari topik dan
motivasi) yang terdapat pada E.M.P.L.C.K yang membantu pemahaman
dalam proses pembelajaran.
8
1.6 Persoalan kajian
Persoalan ini adalah untuk mendapatkan jawapan-jawapan terhadap persoalan kajian
seperti berikut:
i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian
pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan?
ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian
pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam
kalangan pelajar Field Independent (FI)?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian
pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam
kalangan pelajar Field Dependent (FD)?
iv. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian
pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field
Dependent (FD)?
v. Sejauh manakah tahap penilaian pelajar terhadap elemen-elemen (kemudahan
penggunaan, kesesuaian reka bentuk kit, membantu mempelajari topik dan
motivasi) yang terdapat pada E.M.P.L.C.K membantu pemahaman dalam
proses pembelajaran?
1.7 Hipotesis kajian
Dalam kajian ini terdapat beberapa hipotesis nul dan hipotesis alternatif telah dibuat
oleh penyelidik untuk membuat penjelasan terhadap keputusan kajian yang berkaitan
dengan semua persoalan kajian yang diperolehi. Tujuan hipotesis dibuat adalah untuk
menjawab persoalan-persoalan kajian yang berkait rapat dengan aspek perbezaan di
antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji.
9
Di antara hipotesis nul (HO) adalah seperti berikut:
HO1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian
pencapaian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
HO2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian
pencapaian pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam
kalangan pelajar Field Independent (FI)
HO3 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian
pencapaian pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam
kalangan pelajar Field Dependent (FD)
HO4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian
pencapaian di antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field
Dependent (FD)
Di antara hipotesis alternatif (Ha) adalah seperti berikut:
Ha1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di
antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Ha2 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian
pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan
pelajar Field Independent (FI)
Ha3 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian
pelajar di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam kalangan
pelajar Field Dependent (FD)
Ha4 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan ujian pencapaian di
antara pelajar Field Independent (FI) dengan pelajar Field Dependent (FD)
10
1.8 Kepentingan kajian
Adalah menjadi harapan agar segala maklumat yang diperoleh daripada kajian ini
dapat dijadikan panduan kepada beberapa pihak yang berkenaan. Penggunaan
Educational Multifuctional Programmable Logic Controller Kit dapat memberi
manfaat kepada para pelajar yang menggunakannya. Pelajar yang belajar
menggunakan kit pembelajaran ini dapat berinteraksi dengan objek dan perkara-
perkara dalam topik tersebut akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar
berupaya membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberikan
serta menjadikan kit ini sebagai sistem latihan. Selain itu, ia dapat membantu pelajar
memahami dan meningkatkan lagi kefahaman dengan jelas tentang sesuatu topik
yang dipelajari. Penggunaan kit pembelajaran ini mampu menjadi daya penarik untuk
pelajar terus belajar dan menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal. Pelajar dapat
mempraktikkan pembelajaran berasaskan teori kepada amali. Ini mampu menjadikan
sesuatu pembelajaran itu sentiasa diingati. Dengan penggunaan kit ini dapat memberi
pengalaman sebenar yang boleh merangsang aktiviti sendiri di kalangan pelajar dan
menyediakan pengalaman-pengalaman yang tidak diperoleh melalui bahan-bahan
lain dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam. Kesan daripada
penggunaan kit ini juga mampu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dan
memotivasikan mereka untuk terus belajar.
Pensyarah dapat memainkan peranan sebagai fasilitator yang akan merancang
dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Pensyarah juga berpeluang
menjadi pembimbing yang akan membantu pelajar menyedari kerelevanan isi
pelajaran yang dipelajari dalam kehidupan mereka. Selain itu, pensyarah dapat
mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya
dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Dengan adanya kit pembelajaran ini, dapat
memudahkan tugas pensyarah dalam menyampaikan isi pembelajaran kepada pelajar
yang berbeza gaya kognitif. Para pensyarah dapat menjalankan aktiviti pengajaran
yang pelbagai dan dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan alam realiti.
Selain itu, pembelajaran lebih berpusatkan kepada pelajar akan wujud dan pensyarah
hanya menjadi perangsang pemikiran dan minda pelajar. Hasil kajian ini dapat
dijadikan panduan kepada pensyarah-pensyarah di Institut Latihan Perindustrian
(ILP) dalam mempertingkatkan kemahiran mengajar semasa di dalam kelas.
11
Kajian ini juga berguna kepada pihak institusi khasnya untuk memberi
penekanan kepada beberapa ciri-ciri utama bagi setiap aspek mengoptimumkan
penggunaan ABBM seperti yang diharapkan oleh semua pihak. Seterusnya, kajian ini
juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran di kalangan pensyarah-pensyarah,
pelajar dan pihak institusi tentang betapa pentingnya penggunaan kit pembelajaran
untuk di aplikasikan dalam kehidupan seharian. Hasil kajian ini diharapkan dapat
memberi gambaran dengan jelas serta dapat dijadikan garis panduan yang berguna
kepada semua pihak untuk meningkatkan lagi prestasi pengajaran dan pembelajaran
serta mutu perkhidmatan dengan berbekalkan kemudahan dan kecanggihan teknologi
yang ada bagi memastikan tahap keberkesanan dan kompetensi dapat dipertingkatkan
lagi dari semasa ke semasa bagi manfaat pada masa hadapan. Selain itu, kajian ini
adalah diharapkan dapat meningkatkan prestasi pencapaian institusi dan menjadi
pemangkin untuk meningkatkan lagi kredibiliti institusi di mata masyarakat.
1.9 Skop kajian
Kajian ini tertumpu kepada kesan penggunaan E.M.P.L.C.K terhadap pelajar di
Institusi Latihan Perindustrian dan mengambil kira gaya kognitif pelajar iaitu Field
Independent (FI) dan Field Dependent (FD). Penggunaan E.M.P.L.C.K ini khas
kepada pelajar yang mengikuti kursus Teknologi Elektronik Industri dan mengambil
subjek Programmable Logic Controller (PLC).
1.10 Kerangka konsep kajian
Rajah 1.3 menunjukkan kerangka konsep kajian yang telah di adaptasi dari Madar et
al., 2009; Saracho dan Spodek, 1981; Dunn dan Dunn, 1978; Witkin et al., 1977;
Derussy dan Futch, 1971. Kerangka konsep dalam kajian ini menerangkan perkaitan
di antara ciri-ciri pelajar yang dibezakan melalui gaya kognitif dengan penggunaan
dua kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Satu kaedah pembelajaran
menggunakan kit pembelajaran manakala satu kaedah lagi adalah secara
12
Bersifat global
Mudah terpengaruh
dengan kritikan
Perlukan arahan untuk
selesaikan masalah
Perlukan struktur maklumat
diri
konvensional. Pelajar dibahagikan mengikut kategori gaya kognitif sama ada field
independent (FI) atau field dependent (FD) untuk mengenal pasti hasil pembelajaran
mereka yang dinilai melalui skor peningkatan pencapaian ujian pra-pasca setelah
menggunakan kit pembelajaran sebagai salah satu medium pembelajaran.
Rajah 1.3: Kerangka konsep kajian
(Adaptasi dari Madar et al., 2009; Saracho dan Spodek, 1981; Dunn dan Dunn, 1978;
Witkin et al., 1977; Derussy dan Futch, 1971)
13
Pelajar
Jenis Kognitif
Bersifat analisis
Kurang terpengaruh dengan
kritikan
Selesaikan masalah tanpa
arahan
Mempunyai matlamat diri
Field Dependent
(FD)
Field Independent
(FI)
P&P menggunakan Kit
Pembelajaran
P & P secara
Konvensional
Prestasi pencapaian pelajar di dalam ujian pra-
pasca Programmable Logic Controller
1.11 Definisi Istilah
Dalam kajian yang dijalankan ini terdapat beberapa istilah yang telah digunakan
untuk menggambarkan maksud kajian. Antara istilah yang telah digunakan adalah :
1.11.1 Pengajaran
Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-pelajar dengan
tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Guru-guru perlulah
merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada perubahan-
perubahan yang diingini (Mohd Yasin, 2008). Dalam kajian ini pengajaran adalah
merujuk kepada proses komunikasi atau interaksi yang berlaku sama ada secara
formal atau tidak formal di antara pelajar dengan pensyarah melalui kit
pembelajaran.
1.11.2 Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses perubahan tingkah laku atau perubahan ke atas sifat
seseorang manusia kesan daripada pengalaman melalui sistem pendidikan.
Pembelajaran adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan dua pihak iaitu
pelajar dan juga persekitaran belajar. Di pihak pelajar perlu ada kesanggupan,
motivasi dan keupayaan untuk belajar dalam keadaan persekitaran sosial dan
akademik yang sesuai serta instruksi yang berkesan kepada pelajar (Yusof et al.,
2005).
14
1.11.3 Alat bahan bantu mengajar (ABBM)
ABBM merupakan bahan yang digunakan oleh pengajar semasa mengajar. Bahan-
bahan ini terdiri daripada kapur dan papan tulis, carta, radas, spesimen, benda
maujud, gambar, peta dan glob, rakaman kaset dan video, transparensi dan projektor
(Mok, 2001). Dalam kajian ini, kit pembelajaran merupakan ABBM yang dapat
memudahkan pengajaran pensyarah kerana tidak memerlukan penerangan yang
panjang tentang pengajaran yang diajar di samping menjimatkan masa pensyarah
serta dapat merangsang minat pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku.
1.11.4 Kit pengajaran dan pembelajaran
Kit pembelajaran berperanan sebagai alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar
untuk meningkatkan pencapaian dan minat dalam pembelajaran (Ishak et al., 2009).
Kit dalam kajian ini bermaksud suatu reka bentuk ABBM yang direka dan diletakkan
dalam sebuah kotak mudah alih sebagai kemudahan untuk para pensyarah dan pelajar
melakukan aktiviti hands-on.
1.11.5 Pembelajaran konvensional
Menurut Yusof et al. (2005), pembelajaran berdasarkan kaedah ‘chalk and talk’ atau
pembelajaran konvensional merupakan proses pembelajaran yang biasa digunakan
oleh pendidik di institusi pendidikan. Pembelajaran jenis ini hanya berpusatkan guru.
Guru hanya memberi penerangan dan memberi tugasan dan ujian sebagai penilaian
tahap pencapaian pelajar.
15
1.11.6 Gaya kognitif
Gaya kognitif berkait rapat dengan psikologi kognitif di mana ia merupakan suatu
pendekatan yang memerlukan eksperimen. Ia bertujuan untuk memahami bagaimana
manusia menyusun dan melaksanakan aktiviti mental yang melibatkan proses
perolehan, penyusunan, perwakilan, penyimpanan, pengambil kembali dan
penggunaan membolehkan manusia memahami dan menyelesaikan masalah demi
menyesuaikan diri dengan tuntutan alam sekitar yang berubah dan merancang bagi
menghadapi masa akan datang (Yahaya et al., 2005)
1.11.7 Gaya kognitif Field Independent (FI)
Individu yang cenderung memisahkan suatu perkara kepada perkara-perkara yang
kecil daripada keseluruhannya. Ini membolehkan individu itu menganalisis
komponen-komponen kecil. Individu FI tidak cenderung pada aktiviti pertalian sosial
dan mereka melakukan dengan baik dalam matematik dan serius dalam melakukan
aktiviti menganalisis secara analitis (Yahaya et al., 2005)
1.11.8 Gaya kognitif Field Dependent (FD)
Individu Field Dependence (FD) cenderung melihat satu elemen daripada gambaran
keseluruhan. Individu FD suka memfokuskan pada satu aspek dalam satu situasi,
menggambarkan secara global, boleh bekerja dengan baik secara berkumpulan,
mempunyai memori yang baik dalam informasi sosial dan gemar pada subjek
kesusasteraan dan sejarah (Yahaya et al., 2005).
16
1.11.9 Programmable Logic Controller (PLC)
PLC adalah sejenis pengawal yang terdiri daripada satu mikropemproses bersama
dengan satu unit masukan dan satu unit keluaran. Aturcara kemudian ditulis dan
dijalankan oleh pemproses PLC untuk membaca isyarat daripada unit masukan iaitu
pengesan dan kemudian mengawal unit keluaran seperti motor, lampu dan lain-lain
bergantung kepada aturcara yang ditulis (Frank, 2005)
17
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian Literatur merupakan satu tinjauan yang menyeluruh mengenai satu topik yang
spesifik atau berkaitan dengan sesuatu kajian. Di dalam bab ini akan menyentuh
dengan lebih mendalam berkaitan model kajian, teori-teori yang berkaitan, latar
belakang mata pelajaran yang hendak dikaji dan institusi yang terlibat di dalam
kajian ini. Seterusnya, kajian-kajian lepas dijadikan bahan rujukan dalam
menghasilkan penulisan di dalam bab ini.
2.2 Model-model kajian
Proses pembelajaran akan lebih memberangsangkan dan menghasilkan kualiti
pembelajaran yang tinggi sekiranya gaya kognitif pelajar dapat disesuaikan dengan
gaya pengajaran. Dalam membincangkan mengenai gaya kognitif ini, berikut adalah
beberapa model kajian yang berkaitan dengan Field Independent (FI) dan Field
Dependent (FD) yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan. Antaranya ialah:
19
2.2.1 Model kajian Witkin, Moore, Goodenough, dan Cox (1977)
Menurut Witkin et al., (1977) menyatakan bahawa terdapat dua proses dalam setiap
gaya kognitif iaitu satu yang berkaitan dengan persepsi maklumat daripada
rangsangan luaran dan yang kedua adalah berkaitan dengan cara-cara tertentu sesuatu
maklumat itu diproses oleh individu. Oleh yang demikian, Witkin dan rakan-
rakannya mentakrifkan gaya kognitif sebagai cara berfungsi kendiri yang tetap yang
ditunjukkan oleh seseorang individu dalam aktiviti-aktiviti persepsi dan
intelektualnya. Terdapat empat gaya kognitif yang penting di dalam model kajian
Witkin, Moore, Goodenough, dan Cox. Antaranya ialah:
i. Ciri yang pertama, gaya kognitif berkaitan dengan bentuk, bukan dengan
kandungan aktiviti kognitif. Gaya kognitif ini merujuk kepada perbezaan
individu dalam aspek melihat, berfikir, menyelesaikan masalah, belajar,
berhubung dengan orang lain dan sebagainya.
ii. Ciri yang kedua, gaya kognitif sebagai suatu dimensi yang meresap atau
menular. Berbeza daripada kebolehan yang lebih khusus kepada sesuatu
domain isi kandungan, gaya kognitif nampaknya merentasi semua domain.
Gaya kognitif adalah heuristik bertaraf tinggi yang mengatur dan mengawal
tingkah laku dalam pelbagai situasi yang berlainan. Dalam hal ini, gaya
kognitif menyerupai beberapa sifat personaliti.
iii. Ciri yang ketiga, gaya kognitif adalah stabil sepanjang masa. Gaya kognitif
mengembang perlahan-lahan mengikut pengalaman. Gaya kognitif tidak
boleh diubahkan dengan mudah melalui pengajaran atau latihan tertentu
tetapi boleh berubah mengikut kematangan. Misalnya, apabila kanak-kanak
mencapai kematangan umur mereka menjadi lebih Field Independent (FI)
daripada Field Dependent (FD). Walau bagaimanapun, perubahan semula
jadi ini tidak mengubahkan kedudukan relatif seorang individu dalam
kontinum tersebut (Witkin et al., 1977).
iv. Ciri yang keempat, gaya kognitif bersifat dwipola. Ciri ini penting kerana ia
membezakan konsep gaya kognitif daripada kecerdasan dan dimensi
kebolehan yang lain. Biasanya, mempunyai lebih banyak kebolehan adalah
lebih baik daripada mempunyai sedikit kebolehan. Tetapi setiap pola gaya
kognitif mempunyai nilai adaptif mengikut keadaan-keadaan tertentu. Oleh
20
itu setiap pola gaya kognitif boleh dianggap positif berkaitan dengan keadaan
tersebut. Ciri gaya kognitif yang neutral ini menjadikannya kurang
mengancam daripada konsep kebolehan yang penuh dengan nilai. Tetapi
kedua-dua konstruk gaya kognitif dan kebolehan bukan hanya bertentangan
tetapi juga bertindihan. Kajian-kajian korelasi telah menunjukkan ada
sedikit perhubungan yang positif antara ukuran gaya kognitif dengan
ukuran kecerdasan seseorang.
Jadual 2.1: Perbezaan gaya kognitif FI – FD
(Witkin, Moore, Goodenough & Cox, 1977: Yahaya et al., 2005)
Individu Field Independent Individu Field Dependent
Cepat dapat mengasingkan bentuk yang mudah
daripada bentuk yang kompleks
Menghadapi kesukaran melakukan pengasingan
Boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar
belakang yang mengganggu
Tidak boleh mengatasi kesan unsur-unsur latar
belakang yang mengganggu
Bersifat analisis Bersifat global
Berkemahiran membina struktur daripada suatu
yang tidak mempunyai struktur
Tidak berkemahiran membina struktur daripada
suatu yang tidak mempunyai struktur
Memerlukan masa yang singkat tanpa melakukan
banyak kesalahan
Memerlukan masa yang lebih, tetapi hanya
sedikit yang betul
Memerlukan bantuan supaya fokus pada perkara
yang melibatkan aktiviti sosial
Mempunyai kelebihan dari segi pembelajaran
sosial
Cenderung mempunyai matlamat diri dan
penguatkuasaannya
Memerlukan struktur matlamat diri dan
penguatkuasaannya
Kurang terpengaruh dengan kritikan Mudah terpengaruh dengan kritikan
Dapat menganalisis situasi dan
mengorganisasikan
Melihat secara global dan tidak mampu
mengorganisasikan
Lebih gemar menyelesaikan masalah tanpa
arahan daripada luar dan pemerhatian luar
Memerlukan arahan daripada luar untuk
menyelesaikan masalah
21
Jenis FI-FD adalah bagaimana cara individu itu menghadapi persekitaran secara
global mahupun analisis. Gaya kognitif FI-FD juga turut bergantung pada karaktor
personaliti individu itu sendiri (Olstad et al., 1981). Individu FI akan dapat
membezakan sesuatu persekitaran yang kompleks dengan mudah berbanding
individu FD yang sukar untuk mengasingkan diri daripada persekitaran. Individu FD
lebih cenderung untuk menerima kewujudan sesuatu perkara berdasarkan kepada
rangka luaran manakala individu FI pula cenderung membentuk informasi daripada
rangka yang berbeza (McGee, 1979).
2.2.2 Model kajian Derussy dan Futch (1971)
Kecenderungan pelajar terhadap FD atau FI memainkan peranan dalam pilihan
bidang major, efektif dan kerjaya mereka. Pilihan ini berdasarkan kepada darjah
keperluan kemahiran kognitif yang berkaitan dengan FI-FD dalam sesuatu bidang
akademik mahupun bidang vokasional. Individu FI lebih menyukai domain-domain
yang memerlukan kemahiran analisis dan domain-domain yang ada hubungan
dengan orang lain adalah tidak penting. Antara bidang yang diminati oleh pelajar
yang bergaya FI adalah Sains Fizikal, Biologi, Matematik, Kejuruteraan dan Seni
Bina.
Sebaliknya, pelajar FD lebih gemar kepada domain-domain yang mempunyai
kandungan sosial dan melibatkan perhubungan interpersonal, tetapi tidak
mementingkan kemahiran analisis dan penyusunan. Antara bidang yang diminati
oleh pelajar FD adalah Sains Kemasyarakatan, Kaunseling, Pengajaran Sekolah
Rendah, Pengajaran Sains Kemasyarakatan, Ilmu kemanusiaan Pengurusan,
Pentadbiran dan Pemasaran (DeRussy dan Futch, 1971)
22
Jadual 2.2: Pilihan pendidikan dan pekerjaan oleh individu FD dan FI
(DeRussy dan Futch, 1971)
Individu FD Individu FI
Lebih cenderung kepada kandungan sosial
Lebih cenderung kepada struktur analisis
Suka kepada hubungan interpersonal
Tidak suka kepada hubungan interpersonal
Bidang-bidang yang digemari:
i. Sains Kemasyarakatan dan
Kemanusiaan
ii. Bahasa
iii. Agama
iv. Pemasaran v. Kejururawatan
vi. Pemasaran
vii. Pengiklanan
Bidang-bidang yang digemari:
i. Matematik
ii. Fizik
iii. Kimia
iv. Biologi
v. Senibina vi. Kejuruteraan
vii. Perubatan
viii. Psikologi (Ujikaji)
2.2.3 Model Kajian Saracho dan Spodek (1981)
Menurut Amstrong dan Priola (2001), individu yang mempunyai gaya kognitif FI
lebih gemar kepada penggunaan secara analitikal dan tidak suka kepada hubungan
interpersonal. Manakala individu FD dapat membentuk tingkah laku seperti sosial-
emosi-orientasi. Ini menunjukkan bahawa individu FI lebih suka menyendiri dan
melakukan sesuatu dengan cara sendiri jika dibandingkan dengan individu FD yang
gemar menjalinkan interaksi dengan orang luar. Individu FD mudah mengikuti
aktiviti kemasyarakatan yang diadakan bagi tujuan kegiatan sosial.
Selain itu, individu FD gemar melakukan cara luaran bagi memproses
maklumat berbanding individu FI yang melakukan melalui cara dalaman. Menurut
Paula Kay Montgomery (1991), jenis FI lawan FD juga adalah berkaitan dengan
keperibadian seseorang individu dari segi sosial intelektual dan persepsi domain
tingkah laku. Jadual 2.3 di bawah menjelaskan perbezaan antara individu FI dan
individu FD mengikut model kajian Saracho dan Spondek seperti berikut:
23
Jadual 2.3: Perbezaan antara individu FD dan Individu FI
(Saracho dan Spondek, 1981)
Individu FD Individu FI
Menghadapi persekitaran secara global Menghadapi persekitaran secara analitikal
Bergantung pada persekitaran Berdikari dan tidak bergantung pada persekitaran
Menggunakan petunjuk sebagai sumber informasi Lebih berusaha sedaya upaya
Mudah berinteraksi dengan orang lain Tidak peka kepada orang lain
Melibatkan diri dengan aktiviti sosial Kurang kemahiran sosial dan dingin dengan
orang lain
Hubungan interpersonal Hubungan impersonal
Memerlukan penglibatan orang lain dalam
pemilihan pekerjaan
Memilih pekerjaan tanpa bantuan orang lain
Bergantung pada autoriti
Bebas daripada autoriti
2.2.4 Model kajian Dunn dan Dunn (1978)
Ciri-ciri pembelajaran yang berbeza memerlukan satu pendekatan pengajaran
bersepadu yang mengambil kira perbezaan individu bukan saja dari segi gaya
kognitif tetapi juga dari aspek-aspek lain. Cadangan oleh Dunn dan Dunn (1978)
dilihat sebagai alternatif yang lebih sesuai di dalam menzahirkan pendekatan
pengajaran yang bersepadu. Selain itu, Dunn dan Dunn menyatakan bahawa “If
children cannot learn the way we teach them than we must teach them the way they
learn”.
Selain itu Dunn dan Dunn (1978) juga turut menyatakan bahawa kaedah
pengajaran di dalam kelas juga seharusnya selaras dengan gaya kognitif pelajar. Oleh
itu, perlunya proses mengenal pasti gaya kognitif pelajar. Ini turut disokong oleh
Carolina dan M. Fernanda (1997) yang mengatakan bahawa gaya kognitif juga
mempengaruhi prestasi pencapaian pelajar yang disebabkan oleh kecenderungan
intelek pelajar.
24
Dunn dan Dunn juga telah mengenal pasti lima jenis pemboleh ubah utama di
dalam model pembelajaran iaitu alam sekitar, sosial, emosi, fisiologi dan psikologi.
Lima elemen atau rangsangan yang diketengahkan di dalam model ini sememangnya
memberikan kesan atau implikasi terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Antaranya ialah:
a) Rangsangan Persekitaran
Rangsangan persekitaran merujuk kepada elemen-elemen cahaya, bunyi, suhu dan
reka bentuk. Kajian Dunn dan Dunn (1978) mendapati terdapat individu memerlukan
persekitaran cahaya terang semasa belajar. Individu juga memerlukan bunyi seperti
muzik di persekitaran mereka semasa belajar. Oleh itu, mereka akan memasang radio
atau televisyen sewaktu belajar (terutamanya ketika larut malam) kerana bunyi dari
radio atau televisyen akan dapat mengatasi suasana yang sunyi itu dan dapat
memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran mereka. Seseorang individu itu
mempunyai tindak balas yang berbeza terhadap suhu persekitaran. Proses
pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dalam suasana nyaman
dan berhawa dingin. Suhu yang panas akan menyebabkan fikiran dan emosi
seseorang terganggu dan cepat berasa mengantuk dan akan menyebabkan
produktiviti seseorang berkurangan. Pelajar yang gemar belajar dalam keadaan
formal memerlukan satu tempat yang khas untuk aktiviti pembelajaran mereka
seperti sebuah meja dan kerusi.
b) Rangsangan Emosional
Rangsangan emosional terdiri daripada elemen-elemen seperti motivasi, kecekalan,
tanggungjawab dan struktur. Motivasi merupakan daya penggerak utama yang
menjamin kejayaan seseorang dengan kecenderungan menyeluruh untuk bertindak
pada masa tertentu. Kecekalan penumpuan yang tinggi bagi seseorang individu dapat
membantu pelajar belajar dalam tempoh masa yang panjang. Tahap kecekalan yang
berbeza antara individu menyebabkan mereka memerlukan waktu dan tempoh masa
rehat yang berbeza. Pelajar yang mempunyai sikap bertanggungjawab terhadap
pelajarannya akan sentiasa melaksanakan tugasannya dengan inisiatif sendiri. Arahan
RUJUKAN
A. Karim, F., Sinone, R., Baharudin, J., dan Sahadan, N. (2005). Keperluan
Pembelajaran Berasaskan Multimedia Bagi Subjek Sistem Elektronik 1: Satu
Kajian Rintis di Politeknik Pasir Gudang. Seminar Pendidikan 2005,
Fakulti Pendidikan, UTM, 15 Oktober 2005.
Abdullah, N. S. (2010). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran Bersepadu Magnetik-
PLC Terhadap Kefahaman Konsep Asas Kawalan Magnet dan PLC.
Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana
Abdul Ghafar, M. N. (2003). Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: UTM
Abdul Khalil, M. K. (2011). Modul Pembelajaran Kendiri Berbantukan Komputer
Bagi Lukisan Isometri (Spcal-Li).Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Abdullah, Z & Muda, R. (2007). Pembangunan Koswer Pendidikan Berbantukan
Komputer Dengan Menggunakan Pendekatan Teori Pembelajaran
Behaviorisme Bagi Topik Kebarangkalian 1. Universiti Teknologi Malaysia:
Fakulti Pendidikan
Abu Hassan, N. (2004) Kebolehgunaan kit pengajaran dan pembelajaran bagi
meningkatkan prestasi pelajar: satu tinjauan di KUITTHO. Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana
Ahmad, N. (1989). Teknologi Pendidikan: Satu Pengenalan Kursus Asas Pendidikan
Sekolah Agama Terengganu. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.
Amstrong & Priola, V. (2001). Individual Difference in Cognitive Style and Their
Effect and Social Orientations of Self Managed Work Team. Small Group
Research. 32(3), 283 – 312.
104
Ashaari, O. (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Cetakan Pertama.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aris, B., Yahaya, N., Hj. Harun, J. & Tasir, Z. (2000). Teknologi Pendidikan Dari yang
Tradisi Kepada Yang Terkini. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.
Bradley, J.R. (2008). Teaching Mathematics To Elementary School Students Using a
Variety of Tools.
Canino, C. dan Cicchelli, T. (1988). Cognitive Styles, Computerized Treatments on
Mathematics Achievement and Reaction to Treatment. Journal of Educational
Computing Research. 4. 253 - 264.
Cano, J. & Metzger, S. (1995). The Relationship Between Learning Style and Levels
of Cognition of Instruction of Horticulture Teachers. Journal of Agricultural
Education, 36, 2.
Carolina, T. dan M. Fernanda, P. (1997). Field Dependence-Independence and
Academic Achievement: A Re-axamination of Their Relationship. Journal of
Educational Psychology. 67, 199-208.
Casey, S. (1993). Learning Style: An Overview of theories, models, and measures.
Educational Psychology. 24(4), 45-61.
Ch. Raja Sekhar (2001). Design of Courseware for e-Learning. Dicapai dari
http://www.cdac.in/html/pf/session4.3.pdf pada 30 januari 2012
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur, Malaysia: McGraw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.
Cohen, L. Manion, L. dan Morrison, K. (2007). Research Methods in Education (6th
Ed.). USA: Routledge.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Daud, M. Y., Ahmad, M. dan Aqsha Lubis, M. (2006). Penggunaan Internet dalam
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Dlm. Ab.
Halim. et al., Pendidikan Islam dan Bahasa Arab Pemangkin Peradaban
Ummah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
DeRussy, E. A. dan Futch, E. (1971). Field Dependence-Field Independence As
Related To College Curricula. Perceptual and Motor Skills. 33, 1235 – 1237.
Dunn, R & Dunn, K (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning
Styles: A Practical Approach. Virgina: Reston Publishing.
105
Emat, Y. (1993). Pendidikan Teknik dan Vokasional. Petaling Jaya: IBS Buku.
Zalina Yahya. 9 September 1996. “13 Kelemahan KBSM”. Utusan
Malaysia, Kuala Lumpur : 29.
Ford, N. & Chen, S. Y. (2001). Matching/mismatching Revisited: An Empirical Study
of Learning and Teaching Style. British Journal of Educational Technology,
32 (1), 5-22.
Frank, D. P. (2005). Programmable Logic Controller. 3rd
ed. Westerville: McGraw
Hill
Gainen, J. & P. Locatelli. (1995). Assesment for the New Curriculum: A Guide for
Profesional Accounting Programs. Accounting Education Series. Vol. 11.
Sarasota, FL: Accounting Education Change Commission and American
Accounting Association.
Gagne, F. & St Pere, F. (2002). When IQ is controlled, does motivation still predict
achievement? Intelligence, 30(1), 71 -100.
Hansen, J. W. (1995). Cognitive Styles and Technology-Based Education. Journal of
Technological Studies. 13(1), 14-23.
Hashim, R. A. dan Rajaratnam, L. (1992). Pengurusan bilik darjah. Cetakan Kedua.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hudak, P. (1990). Single-Threaded Polymorphic Lambda Calculus. In Proceedings,
Fifth Annual IEEE Symposium on Logic in Computer Science, pages 333
Ishak, N. (2002). “Expanding Traditional Classroom Through Computer
Technology: A Collaborative Learning Process”.pg 17-28.
Ishak, N., Rahmat, N. R. dan Md. Noor, W. N. S., (2009). Kaedah Ulangan
Berbantukan Pelbagai Kit Pembelajaran untuk Murid Bermasalah
Pendengaran. Universiti Kebangsaan Malaysia
Ismail, M. Z. (2002). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru
– Guru Kemahiran Hidup Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
Satu Kajian Kes Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Kursus SPH Sesi 2001/2002,
UTM : Tesis Sarjana Muda.
Ismail, Z. (2002). “Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran.” Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Jayus, M. Z. (2005). Pembangunan dan Penilaian Kit Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Hidup Elektrik dan Elektronik Sekolah Rendah. Universiti Tun
Hussein Onn: Tesis Sarjana Muda.
106
Jenkins, T. (2002). On The Difficulty of Learning to Program. Proceeding of 3rd
Annual Conference of the LTSN-ICS. Loughborough, UK. Dicapai dari
http://www.ics.ltsn.ac.uk/pub/conf2002/tjenkins.pdf pada 14 September
2011.
Kailani, I. dan Rohani, M. S. (2011). Kesan Penggunaan Kit Pengajaran
Bermodul(KPB) Bagi Mata Pelajaran Matematik (Sudut Dongak Dan Sudut
Tunduk) Tingkatan 4 Di Dua Buah Sekolah Menegah Kebangsaan Di Daerah
Pontian, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Kerlinger, F. N. (1979). Behavioral Research: A Conceptual Approach. New York:
Holt, Rinehart dan Winston.
Kubiszyn, T. & Bozick, G. (1996). Educational Testing and Measurement. New
York, Harper Collins.
Lau, T. K. dan Zainuddin, A. (2001). Statistik Asas UiTM. Selangor: Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Lee, F.T., & Yeap, B.H. (2003). Application of Educational Technologies for
Engaged Engineering Teaching and Learning. Malaysia: Monash University.
Liu, M. & Reed, M. R. (1994). “The Relationship Between The Learning Strategies
and Learning Styles in a Hypermedia Environment.” Computer in Human
Behavior. 1(4). 419 - 434.
Lourdasamy, A. (1998). Perbezaan Gaya Kognitif Individu Dan Implikasi Terhadap
Pendidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Macintyre, T. (2006). So doku and problem solving. Mathematics Teaching.
PreQuest Education Journals.
Madar, A. R., Mohaiyiddin, M. Z., Mustafa, M. Z. & Buntat, Y. (2009). Kesan
Penggunaan Koswer Terhadap Tahap Pencapaian Pelajar Berdasarkan
Gaya Kognitif Field Independence- Dependence. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia & Universiti Teknologi Malaysia.
Mancy, R. dan Reid, N. (2004). Aspects of Cognitif Style and Programming. 16th
Workshop of the Psychology of Programming Interest Group. April 2004.
Carlow, Ireland.
Marjuni, M. (2006). Kawalan Motor Tiga Fasa Menggunakan PLC sebagai ABBM.
Universiti Tun Hussein Onn: Tesis Sarjana Muda
107
McGee, M. G. (1979). Spatial Abilities: the influences of genetic factors. In M.
potegal (Ed.), Spatial Abilities: Development and Physiological foundation
(pp. 199-222). New York: Academic Press.
McGee, M. G. (1979). Human Spatial Abilities: Psychometric Studies and
Environmental, Genetic, Hormon, and Neurological Influences.
Psychological Bulletin, 86(5), 889- 918.
Messick, S. (Ed.) (1976). Individuality in Learning. San Francisco: Jossey-Bass
Mohd Majid Konting (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib, A. G. (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.
Skudai: UTM.
Mohd Yasin, H. & Hamdan, A. R., (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar
(ABBM) Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik
Daerah Johor Bahru, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah
Sarjana Muda.
Mohd Daud, S., Said Hassan, F., Abd Latiff, L., Abdullah, M.,Tawi, K. & Abd
Ghan, R. (2006). Electrical and Electronics Engineering Studies Form 5.
Mok, S. S. (1994). Pedagogi2; Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mok, S. S. (2000). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd., edisi ketujuh.
Mok S. S. (2001). Psikologi Pendidikan untuk Diploma Perguruan. Subang Jaya:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok, S. S. (2003). Psikologi Pendidikan: Untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester 3. Cetakan kedua. Subang Jaya: Kumpulan Budiman.
Mundhenk, L. G. (2004). Toward An Understand of What It Means to be Student
Centered: A New Teacher’s Journey. Journal of Management Education, 28
(4).
Nader, N., Kholief, M., Tawfik, S., & Metwally, N., (2007). Mobile Knowledge
Tool-kit To Create A Paragdigm Shift in Higher Education. Egypt: College of
Computing and IT.
Noordin, S. (1996). Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran
Kendiri di Sekolah Menengah. Jurnal Akademik: 6. 1-13.
108
Olstad, Juarez, Davenport dan Haury (1981). Inhibitors to achievement in science
and mathematics by ethics minorities. Capaian maklumat pada 1 November
2011 dari http://evaluation .massey.ac.nz/lect18/lect 1800.htm.
Parkinson, A. & Redmond, J. A. (2002). The impact of Cognitive Styles and
Educational Computer Environments on Learning Performance. Dublin,
Ireland: Trinity College.
Paula Kay Montgomery (1991). Cognitive Style and The Level of Cooperation
Between The Library Media Specialist and Classroom Teacher. SLMQ 19(3).
231 – 265.
Pithers, B. (2000). Field Dependence-Field Independence and Vocational Teachers.
UTS Research Center Vocational Education and Training.
Portal BPTV (2010). Dicapai dari http://www.moe.gov.my/bptv/ pada 12 September
2011.
Riding, R. & Rayner, S. R. (2000). Cognitive Style and Learning Strategies.
London: Fulton Publishers.
Saracho, O. dan Spondek, B. (1981). Teacher’s Cognitive Styles and Their
Educational Implications. Educational Forum, 45 (2). pp: 1553-1559.
Sekaran, Uma. (1992). Research Methods For Bussines: A Skill Building Approach.
New York: Joh Wiley & Sons, Inc.
Shaari, F. R. (2002). Psikologi Kognitif Dalan Pembinaan Bahan Pengajaran
Berbantukan Komputer. Jurnal IPDA, 5: 38–44.
Shepard, R. N. (1978). The Mental Image. American Psychologist, 33(2), 125-137.
Tahar, M. S. (2008). Rekabentuk Pengajaran Kejuruteraan Menggunakan Realiti
Teknologi ( Sistem Tpu ) Satu Terjemahan Konsep Pengajaran Visual Dan
Kinestatik.. Universiti Tun Hussein Onn.
Ting, K. S. &Woo Y. L. (2005). “Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan
Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran
Penggunaan ICT”.
Town, D. A. (2003). Cognitive Styles and Learning Strategies. Dicapai daripada
http://www.monografias.com/trabajos16/learning-styles/learning-styles.shtml
pada 12 Oktober 2011.
Ward Mitchell Cates (1990). Penterjemah: Syaharom Abdullah. Panduan Amali
untuk Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
109
Williams, V. M. (2000). The Effects of Computer Animation on The Particule Mental
Models of College Chemistry Students. Journal of Research in Science
Teaching. 32. 521 -534.
Witkin, H. A., Moore, C. A., Goodenough, D. R. dan Cox, R.W. (1971). A Manual
for Embedded Figures Test. Palo Alto: Consulting Psychologists Press.
Witkin, H. A., Moore, C.A., Goodenough, D. R. dan Cox, R.W. (1977). Field
Independent and Field Dependence Cognitive Styles and Their Educational
Implications. Review of Educational Research.
White, G. L. dan Sivitanides, M. P. (2002). A Theory Of Relationship Between
Cognitive Requirements Of Computer Programming Languages And
Programmers Cognitive Characteristics. Journal of Information Systems
Education. Dicapai dari http://findarticles.com/p/articles.
Wiserman, D. C. (1999). Research Strategies for Education. United States: ITP.
Yahaya, A., Suboh, A., Zakariya, Z., & Yahya, F. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Yusof, R., Othman, N. dan Karim, F. (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman
Berasaskan Model Kolb. Jurnal Pendidikan 30. 113 – 128.