KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient...

24
KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN INTELEKTUAL PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN NADILA BINTI MOHD YUSOFF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient...

Page 1: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN INTELEKTUAL

PELAJAR PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI

PENDIDIKAN

NADILA BINTI MOHD YUSOFF

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

v  

   

ABSTRAK

    

Persekitaran merupakan satu faktor penting dalam mempengaruhi budaya dan

pembangunan diri pelajar. Penyelidikan deskriptif ini bertujuan meninjau tahap

keberkesanan faktor persekitaran UTM dalam membangunkan intelektual pelajar

Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan. Lima faktor persekitaran yang

dilihat adalah Hal Ehwal Pelajar (HEP), fakulti, kokurikulum, kolej kediaman dan rakan

sebaya. Kajian ini hanya menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklum balas

responden. Kajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891.

Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti

Pendidikan dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Data-

data diproses dengan menggunakan ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS versi

16.0) bagi mendapatkan nilai min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan ANOVA. Hasil

kajian menunjukkan kesemua faktor persekitaran memberikan kesan ditahap tinggi

terhadap pembangunan intelek pelajar kecuali faktor HEP di tahap sederhana. Secara

keseluruhanya, faktor rakan sebaya mencatatkan nilai min yang tertinggi iaitu 3.90.

Analisis ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor

rakan sebaya terhadap pembangunan intelektual berdasarkan CGPA pelajar. Manakala

korelasi Pearson secara keseluruhanya menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan

antara kelima-lima faktor persekitaran dalam membangunkan intelektual pelajar.

Sebagai kesimpulannya dirumuskan bahawa faktor persekitaran di UTM berjaya

membangunkan intelektual pelajar. Akhir sekali, beberapa cadangan kajian lanjutan

telah dikemukakan untuk penyelidikan pada masa hadapan.

 

Page 3: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

vi

ABSTRACT

Environment is an important factor which influence culture and students self-

development. The purpose of descriptive research was to observe the level of

effectiveness of UTM environmental factors in bringing up intellectual students of

technical and engineering department in educational faculty. The effectiveness of

UTM’s environmental factors is seen according to five factors in which are student

affairs (HEP), faculty, co-curriculum, hostels and peers. This research only use set of

questionnaire to get feedback from respondents. Pilot study shows the set of

questionnaire reliability coefficient for question answer is 0.891. 180 final year students

of technical and engineering department of educational faculty were chosen as

respondents from four different technical courses using random sample method. Data’s

were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS 16.0 version) to get

the min value, standard deviation, Pearson Correlation and one-way ANOVA. Results of

the research showed all the environmental factors were at high level except for student

affairs which is at medium level. Overall, peer factor showed highest min value at 3.90.

Analysis ANOVA showed no significant difference between peer factors in bringing up

intellectual based on students CGPA. While Pearson Correlation in overall showed a

significant relationship between environmental factors in bringing up intellectual

students. As a conclusion, it can be summarized that UTM environmental factors are

able to bring up intellectual students. Finally, there has been several identified

recommendation for further research in the future.

Page 4: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

vii  

   

KANDUNGAN

    

BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Hipotesis Kajian 12

1.7 Rasional Kajian 12

1.8 Kepentingan Kajian 13

1.9 Skop dan Batasan Kajian 14

1.10 Kerangka Kajian 15

1.11 Definisi Kajian 16

1.11.1 Pembangunan pelajar 16

Page 5: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

viii  

1.11.2 Intelek 17

1.11.3 Kesan 17

1.11.4 Faktor Persekitaran 17

1.11.5 Hal Ehwal Pelajar (HEP) 18

1.11.6 Fakulti 18

1.11.7 Kokurikulum 19

1.11.8 Kolej Kediaman 19

1.11.9 Rakan Sebaya 20

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 21

2.2 Konsep Pembangunan Pelajar 21

2.3 Teori Pembangunan Intelek Pelajar 24

2.3.1 Teori Vektor Pembangunan Pelajar 24

2.3.2 Teori Erik Erikson 24

2.3.3 Teori Sandford 25

2.3.4 Teori Struktur Kognitif 26

2.3.5 Teori Kecerdasan 26

2.3.6 Teori Berorentasikan Sifat Kognitif 28

2.4 Pencapaian dan Kecemerlangan Akademik 30

2.5 Faktor Persekitaran UTM 32

2.5.1 Peranan Hal Ehwal Pelajar (HEP) 32

2.5.2 Peranan Fakulti 33

2.5.3 Peranan Kokurikulum 34

2.5.3.1 Bidang Kokurikulum 35

2.5.3.2 Implikasi Kokurikulum Dalam

Pencapaian Akademik 36

2.5.4 Peranan Kolej Kediaman 37

2.5.5 Rakan Sebaya 39

2.6 Kajian Lepas 40

2.6.1 Kajian Lepas Tempatan 41

Page 6: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

ix  

2.6.2 Kajian Lepas Luar Negara 42

2.7 Penutup 43

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 44

3.2 Reka Bentuk Kajian 44

3.3 Tempat, Populasi dan Sampel Kajian 45

3.4 Instrumen Kajian 46

3.4.1 Bahagian A 47

3.4.2 Bahagian B, C, D, E, dan F 47

3.5 Kajian Rintis 49

3.6 Prosedur Pengedaran Soal Selidik 50

3.7 Penganalisisan Data 50

3.8 Penutup 52

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Analisis Data Latar Belakang Responden 54

4.3 Analisis Berdasarkan Persoalan Kajian 56

4.3.1 Tahap Sumbangan Faktor Persekitaran Terhadap

Pembangunan Intelektual Pelajar 57

4.3.2 Kesan Faktor Persekitaran UTM Terhadap

Pembangunan Intelektual Pelajar Mengikut

Turutan 57

4.3.3 Pengujian Hipotesis 68

4.3.3.1 Hipotesis nol 1 69

4.3.3.2 Hipotesis nol 2 70

4.4 Rumusan Dapatan 71

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 73

Page 7: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

x  

5.2 Rumusan 73

5.3 Perbincangan dan Kesimpulan 75

5.3.1 Kesan Faktor Persekitaran UTM Terhadap

Pembangunan Intelektual Pelajar 75

5.3.2 Faktor Rakan Sebaya Terhadap Pembangunan

Intelektual Berdasarkan CGPA Pelajar 78

5.3.3 Hubungan Antara Faktor-Faktor Persekitaran

UTM Terhadap Intelektual Pelajar 79

5.4 Cadangan Kajian 80

5.4.1 Cadangan Tindakan 81

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.5 Penutup 84

BIBLIOGRAFI 86

LAMPIRAN 93

Page 8: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

xi  

   

SENARAI JADUAL

    

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

        2.1 Kitaran Usia Mengikut Peringkat Umur 25 3.1 Pemilihan Sampel Kajian 46

  3.2 Bilangan Item Mengikut Bahagian, Lima Elemen 48

Persekitaran yang Dikaji dan Nombor Soalan

3.3 Skala Likert 48

3.4 Garis Panduan Analisis Markat Min 51

3.5 Kekuatan Hubungan Guilford (r) 52

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 54

Mengikut Jantina

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 54

Mengikut Umur

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 55

Mengikut Keturunan

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 55

Mengikut Kursus

Page 9: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

xii  

4.5 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden 56

Mengikut Gred Pencapaian Akademik (CGPA)

4.6 Kesan Faktor Persekitaran Terhadap Pembangunan 57

Intelektual Pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan UTM

4.7 Min Keseluruhan Dan Sisihan Piawai Bagi Semua Elemen 58

Dalam Memberi Sumbangan Terhadap Pembangunan

Intelektual Pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 59

Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Hal Ehwal Pelajar (HEP)

Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar

4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 61

Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Pengurusan

Fakulti Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 63

Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Pengurusan

Kokurikulum Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar

4.11 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 65

Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Pengurusan

Kolej Kediaman Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar

4.12 Taburan Responden Mengikut Peratus dan Kekerapan (f), 67

Min dan Sisihan Piawai bagi Elemen Rakan Sebaya Terhadap

Pembangunan Intelektual Pelajar Fakulti Pendidikan

Page 10: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

xiii  

4.13 Min dan Nilai Signifikan Antara CGPA dengan 69

Rakan Sebaya Terhadap Pembangunan Intelektual Pelajar

Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan

4.14 Korelasi Pearson, r dan Nilai Signifikan Antara 70

Faktor –Faktor Persekitaran (HEP, Fakulti, Kokurikulum,

Kolej Kediaman dan Rakan Sebaya) Terhadap Pembangunan

Intelektual Pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan

4.15 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 71

Page 11: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

xiv  

   

SENARAI RAJAH

    

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Konseptual Kajian 15

2.1 Insan yang Seimbang dan Harmonis 23

2.2 Sistem Pengurusan Akademik di Fakulti 34

Page 12: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

xv  

   

SENARAI LAMPIRAN

    LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

 

A Surat Pengesahan Status Pelajar 94

B Surat Pengesahan Soal Selidik 95

C Analisa Kajian 96

D Set Soal Selidik 100

Page 13: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

xvi  

   

SENARAI SINGKATAN

    

UTM – Universiti Teknologi Malaysia

UKM – Universiti Kebangsaan Malaysia

IPT – Institut Pengajian Tinggi

IPTA – Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS – Institut Pengajian Tinggi Swasta

FPK – Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IQ – Intelligence Quotient

EQ – Emotional Quotient

SQ – Social Quotient

HEP – Hal Ehwal Pelajar

RMK-9 – Rancangan Malaysia Ke-9

FPPSM – Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

CGPA – Cumulative Grade Point Average

SPA     –    Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE – Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik) SPJ – Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

SPH – Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Page 14: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan Malaysia pada dasarnya mempunyai matlamat dalam

mempertingkatkan kualiti pendidikan negara demi memperkembangkan potensi setiap

individu secara sepenuhnya melalui penetapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Sejajar dengan matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai matlamat

tersendiri yang menghendakkan peningkatan taraf pendidikan tempatan sehingga

menjadikan sistem pendidikan negara kita bertaraf dunia (Wan Mohd Zahid, 1993).

Dasar sistem pendidikan di Malaysia sentiasa berhasrat untuk memastikan

kecemerlangan pencapaian akademik dan bukan akademik di kalangan para pelajar sama

ada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti. Dengan itu, pelbagai tindakan

telah dijalankan bagi memastikan keseimbangan akademik dan aktiviti kokurikulum

bagi melahirkan pelajar yang serba boleh.

Bagi melahirkan pelajar yang serba boleh, institusi pendidikan perlu memainkan

peranan yang cukup besar dalam mendidik pelajar ke arah memenuhi matlamat dan

hasrat FPK. Matlamat utama institusi pendidikan adalah untuk menyediakan dan

melengkapkan pelajar untuk menghadapi alam pekerjaan dan dunia luar. Bagi

memastikan institut pendidikan tinggi (IPT) melaksanakan tugas ini, maka prestasi

pelajar dijadikan kayu ukur.

Page 15: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

2

Pelajar merupakan sebahagian daripada sumber manusia. Apabila

membincangkan tentang pelajar yang serba boleh, maka ia perlu dilihat berdasarkan

pembangunan pelajar di institusi itu sendiri. Nedler dalam Jamaludin et. al (1996)

mentakrifkan pembangunan sumber manusia sebagai satu proses pembelajaran

terancang dalam jangka masa tertentu yang boleh mengubah prestasi melalui

pembelajaran.

Konsep pembangunan pelajar berkait rapat dengan konsep pembangunan

manusia. Ini kerana pelajar adalah sebahagian daripada manusia. Mereka perlu

dibangunkan dari dua aspek iaitu fizikal dan spiritual sesuai dengan fitrah kejadiannya

bagi melahirkan kehidupan yang diredhai (Abdul Jalil, 1995).

Menurut Abdul Halim et. al. (1994) pula mentakrifkan pembangunan sumber

manusia sebagai satu proses pembangunan dan pengembangan manusia melalui

pembelajaran dan latihan yang terancang. Kedua-dua takrifan ini merupakan takrif

umum pembangunan sumber manusia sebagai satu proses pembelajaran yang disusun

dan dilaksanakan secara terancang. Walau bagaimanapun, takrifan di atas tidak

mengaitkan matlamat individu atau sesebuah organisasi yang menaungi sumber manusia

yang menjadi penentu kepada bentuk dan hala tuju pembangunan sumber manusia. Oleh

itu, dalam konteks pembangunan pelajar lebih tepat jika ditakrifkan bahawa

pembangunan pelajar sebagai satu proses pembelajaran dan latihan yang di susun dan

dilaksanakan secara terancang selaras dengan matlamat institusi dan FPK.

Aspek latihan yang telah disebutkan di atas merupakan satu aktiviti yang

membantu pelajar meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap serta

nilai terhadap kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan. Segala pengetahuan,

kemahiran, sikap dan nilai yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti latihan dalam program

pembangunan pelajar perlu dirancang dengan teliti dan jelas supaya dapat dipraktikkan

pada masa akan datang.

Page 16: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

3

Dalam hal ini, Jamaludin et. al (1996) melihat aktiviti pembangunan pelajar

haruslah didokong oleh organisasi-organisasi IPT pelajar. Aktiviti ini penting kerana

boleh membantu para pelajar mengetahui perubahan-perubahan teknologi dan sosial

yang terkini. Oleh yang demikian, sesuatu program pembangunan pelajar perlu

mempunyai matlamat yang jelas supaya dapat menentukan bentuk pelajar yang ingin

dilahirkan.

Melalui Rodgers (1990) pembangunan pelajar adalah satu cara bagaimana pelajar

membesar, bertindak, dan menambahkan perkembangan kemahiranya sebagai hasil dari

pengajianya di IPT. Miller & Winston et. al (1991) menyatakan pembangunan pelajar

adalah suatu pengaplikasian prinsip-prinsip pembangunan manusia ke atas pelajar dalam

persekitaran pengajian tinggi. Oleh sebab itu, pembangunan pelajar boleh dianggap

sebagai satu asas teori dan falsafah tentang tujuan pengajian tinggi dan sebab wujudnya

bidang Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Pembangunan dan kemajuan yang berlaku di sesebuah negara banyak bergantung

kepada perkembangan ilmu di institusi pengajian tinggi (IPT) negara tersebut. Ini

bermakna peranan IPT amatlah penting bukan sahaja untuk melahirkan tenaga mahir

dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk serta mengawal sahsiah

seseorang insan supaya dapat mengembangkan ilmu dan daya kognitifnya bagi

menghadapi segala cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan (Noran Fauziah, 1993).

Bagi semua IPT, pencapaian akademik pelajar merupakan salah satu

tanggungjawab penting pembangunan pelajar dan merupakan kayu ukur pembangunan

pelajar sesebuah universiti. Pencapaian akademik seseorang pelajar itu banyak di

pengaruhi oleh kecerdasan minda pelajar atau melihat pada tahap Intelligence Quotient

(IQ) mereka.

Page 17: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

4

Kecerdasan minda atau Intelligence Quotient (IQ) seseorang pelajar itu banyak

dipengaruhi oleh faktor baka. Baka yang diwarisi oleh seseorang itu, boleh menentukan

sama ada IQ seseorang itu tinggi atau rendah. Walau bagaimanapun, faktor persekitaran

juga memainkan peranan dalam menilai tahap ketinggian IQ yang di warisi oleh

seseorang itu. Kajian-kajian kecerdasan tentang tahap ketinggian IQ menunjukkan

bahawa nisbah antara baka yang diwarisi dengan faktor persekitaran adalah 51:49

peratus (Nik Azis, 1999). Setiap individu dilahirkan mewarisi beberapa ciri dari kedua

ibu bapa serta saudara sedarah sebelumnya. Begitu juga dengan aspek intelek, baka

menentukan had kecerdasan seseorang. Menurut ahli Psikologi seperti Galton, Goddard,

Newman, dan Shieldo dalam Nik Azis (1999), setiap individu mempunyai kecerdasan

dan kebolehan intelek yang berbeza dari rakan-rakan sebayanya ini boleh diperhatikan

melalui prestasi pelajaran dalam kelas.

Kematangan IQ bagi seseorang pelajar itu tidak mempunyai hadnya. Biasanya,

kematangan IQ akan meningkat, iaitu bermula daripada kegiatan mental yang paling

mudah bergerak kepada proses mental yang lebih kompleks (pendekatan induktif).

Tahap IQ seseorang itu boleh dinilai dengan melihat kepada sejauhmanakah keupayaan

pemikiran seseorang itu berada. Keupayaan IQ yang tinggi seperti ini perlu ditekankan

terutamanya dalam hubungan dengan kesediaan belajar.

Menurut Piaget dalam rencana motivasi Akanizam (2007), beliau mendefinisikan

kecerdasan sebagai kebolehan menggunakan pengalaman ataupun apa yang diketahui

dengan cekap bagi penyesuaian pada persekitaran. Ahli-ahli psikologi mendapati

kecerdasan mempunyai beberapa jenis termasuk kecerdasan bahasa, kebolehan umum

belajar, dan memahami bacaan dengan baik, kebolehan menyelesaikan masalah fikiran

dan penaakulan abstrak seperti menggunakan pengetahuan kepada masalah yang ada dan

mengenalpasti hubungan antara idea-idea dan kecerdasan praktikal mengukur situasi

dengan baik, menentukan bagaimana hendak mencapai matlamat, dan cekap bersosial.

Page 18: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

5

Mahasiswa di IPT boleh dilihat sebagai satu contoh pembangunan pelajar yang

ketara. Ini kerana pelajar boleh menggunakan kecerdasan minda mereka dalam pelbagai

sudut bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi bidang kemasyarakatan, sukan dan

sebagainya. Mahasiswa merupakan satu aset yang penting kepada sesebuah institusi

pendidikan dalam memberi gambaran atau imej yang baik kepada institusi berkenaan.

Kemampuan seseorang pelajar itu bertindak dengan cemerlang di dalam diri mereka dan

masyarakat akan dapat meningkatkan nama dan memberi gambaran yang baik kepada

institusi itu.

Kecemerlangan seseorang pelajar semasa di universiti itu sedikit sebanyak

menunjukkan tahap kematangan IQ pelajar itu. Kecemerlangan ini dipengaruhi oleh

suasana pembelajaran di fakulti, kehidupan di kampus, peranan Hal Ehwal Pelajar

(HEP) dan pengaruh rakan sebaya. Pelajar yang aktif sama ada dalam kokurikulum,

bidang akademik, sosial, agama mahupun bidang sukan semasa menuntut di universiti

biasanya dapat menampilkan dirinya dengan mudah dalam masyarakat.

Wawasan 2020 dan FPK sesungguhnya telah menjadi pendorong dan panduan

kepada IPT supaya dapat menggariskan wawasannya yang tersendiri sesuai dengan

peranan dalam lapangan keilmuan yang berasaskan kepada sains dan teknologi.

Harapan negara terhadap graduan yang dihasilkan daripada IPT adalah sangat tinggi.

Graduan yang dihasilkan hendaklah berilmu, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan menyatakan;

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah perkembangan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

Page 19: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

6

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan Negara.

Justeru itu, IPT perlu memenuhi cabaran untuk melahirkan bilangan graduan

yang secukupnya untuk menampung keperluan tenaga manusia dalam berbilang jurusan

serta memenuhi keperluan dan kehendak industri semasa.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidik dan persekitaran pendidikan merupakan dua elemen terpenting dalam

proses pembangunan pendidikan. Pendidik bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi

juga perlu mentarbiah pelajar supaya wujud keseimbangan dalam proses perkembangan

diri pelajar yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Untuk menyokong

proses ini supaya boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan, persekitaran pendidikan

yang terbaik perlu disediakan yang mana dapat menampung keperluan-keperluan asas

pendidikan itu sendiri (Jamaludin et. al, 1996).

Secara keseluruhan, FPK jelas berpaksikan kepada ketuhanan yang mempunyai

beberapa perkara pokok antara lain mahu melahirkan cendekiawan Malaysia yang baik,

memperkembangkan potensi individu yang bersifat menyeluruh dan bersepadu dengan

ciri-ciri insan yang seimbang. Pendidikan secara total diperlukan bagi pelajar untuk

meningkatkan ilmu pengetahuan dan mengembangkan kekuatan minda bagi

membolehkan seseorang itu bertindak dengan bijak dalam mengatur hidupnya di tengah

masyarakat dalam era globalisasi ini.

Falsafah Pendidikan UTM, sebagaimana FPK, juga menekankan bahawa

pendidikan adalah usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu

Page 20: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

7

sebagai ahli teknologi secara menyeluruh dan bersepadu yang berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara berasaskan kepatuhan kepada Tuhan. Asas yang sama juga

digunakan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM yang mana mempunyai matlamat untuk

melengkapkan sistem pendidikan di universiti terutama dalam aspek pendidikan secara

formal dan tidak formal.

Menurut Profesor DiRaja Ungku Aziz dalam rencana A. Amri (2008), walaupun

hampir setengah abad Malaysia mengharungi zaman kemerdekaan, namun secara

umumnya budaya ilmu di kalangan masyarakat dan para cendekiawan di negara ini

belum banyak berubah. Ini kerana kadar pembacaan buku ilmiah di kalangan pelajar

dan masyarakat Melayu adalah rendah.

Oleh sebab itu, masyarakat Melayu sering dianggap masyarakat yang tercicir

berbanding dengan kaum lain. Hal ini juga terjadi apabila di institusi pengajian tinggi,

pencapaian akademik pelajar melayu sering dibandingkan dengan kaum yang lain

terutamanya Cina.

Hal ini mungkin terjadi kerana kegagalan proses perkembangan atau

pembangunan diri pelajar itu semasa menuntut di IPT. Kegagalan proses pembangunan

diri melibatkan dua faktor utama iaitu baka dan persekitaran. Adakalanya seseorang

individu itu tidak banyak mewarisi faktor baka dari persekitaran dan ada juga yang

sebaliknya. Antara kegagalan yang sering berlaku di IPT ialah faktor pencapaian

akademik atau CGPA pelajar.

Kegagalan faktor ini boleh dilihat dari aspek intelek pelajar atau IQ. Ada yang

mengatakan IQ seseorang itu menentukan had kecerdasan seseorang. IQ juga diwarisi

dari baka bukannya persekitaran. Namun begitu Anastasi (1985) dalam Tang Chee Yee

(1991) mengatakan bahawa tidak kira faktor apa yang lebih penting dalam proses

pembangunan diri, tetapi apa yang lebih utama adalah membincangkan bagaimana

Page 21: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

8

kedua-dua faktor ini iaitu persekitaran dan baka dalam proses perkembangan dan

pembangunan diri.

Ahli-ahli psikologi yang mengkaji kecerdasan seperti Alfred Binet (1857-1911),

Theodore Simon (1873-1961), dan Guilford dalam Ramlah Jantan dan rakan (2005)

percaya bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui

pengajaran, Borich & Tombari, (1997). Pendapat mereka ini tidak dipersetujui oleh ahli

psikologi yang mengkaji kecerdasan dari tradisi revisionis seperti Howard Gardner

(1983) dan Sternberg (1985) yang mengatakan kecerdasan yang diwarisi boleh di

pertingkatkan melalui pembelajaran.

Walau bagaimanapun, Thomas Edison pernah berkata, mereka yang mempunyai

kepintaran dan IQ tinggi yang semulajadi ini selalunya tidak dapat menghasilkan

pencapaian yang mengagumkan dunia. Ini kerana, ada faktor lain yang lebih penting

lagi iaitu daya usaha. Kejayaan seseorang terletak pada daya usaha yang tinggi iaitu

98%. Kepintaran hanya menyumbang 2% sahaja. Oleh itu, yang menentukan kejayaan

dan kepintaran adalah usaha, ketekunan serta pemikiran yang berimaginasi seperti mana

dilakukan oleh Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Pada masa kini, kebanyakkan pelajar di IPT memperolehi pencapaian akademik

yang mendatar dan di bawah tahap yang sepatutnya. Pihak IPT sebenarnya dapat

melahirkan pelajar yang meningkat dari segi kuantiti, dan bukan dari segi kualiti. Ini

akan mewujudkan bilangan pelajar yang memperolehi kelas pertama dan kelas kedua

tinggi adalah terhad berbanding dengan bilangan pelajar yang memperoleh kelas kedua

rendah dan kelas ketiga.

Menurut H.M.Jajuli (2003) dalam rencana “Intelektual Melayu Alaf Baru”,

prestasi universiti tempatan sekarang tidak menyenangkan terhadap bilangan graduan

yang dilahirkan oleh universiti tempatan. Universiti tempatan juga kurang berkesan

Page 22: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

9

dalam melaksanakan penyusunan semula keseimbangan intelektual antara bumiputera

dan bukan bumiputera.

Hasil kajian Zainap (1999) mendapati bahawa majoriti pelajar UTM hanya

berjaya memperolehi pencapaian yang sederhana iaitu melebihi setengah daripada

bilangan jumlah responden yang terlibat. Hanya sebilangan kecil responden iaitu 3.2

peratus yang memperolehi keputusan yang cemerlang dari segi akademik. Di mana,

masih terdapat 5.2 peratus responden yang mempunyai keputusan yang lemah dalam

akademik.

Memang tidak dinafikan bahawa persekitaran merupakan salah satu faktor utama

yang menyebabkan kegagalan pelajar dan juga kecemerlangan pelajar. Dalam konteks

membentuk pembangunan diri di IPT, ianya lebih tertumpu kepada berpusatkan pelajar

yakni peranan persekitaran di IPT itu sangat memberi kesan kepada pembangunan diri

pelajar kerana proses pembelajaran dan kematangan diri pelajar bergantung kepada

persekitaran mereka.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa faktor persekitaran yang dikupas oleh

penyelidik dalam kajian ini. Persekitaran yang dimaksudkan adalah suasana

pembelajaran di fakulti, kehidupan di kampus, peranan organisasi akademik Hal Ehwal

Pelajar (HEP), pengurusan kokurikulum, dan rakan sebaya.

Sebenarnya kegagalan memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang

bukanlah disebabkan oleh ketidakmampuan pelajar berkenaan, tetapi disebabkan oleh

persekitaran pembelajaran di universiti yang mana memerlukan keberkesanan dalam

kaedah belajar yang betul di kalangan pelajar. Sekiranya persekitaran pembelajaran

tersebut dapat dikenalpasti dan memainkan peranannya yang betul, nescaya kegagalan

pelajar untuk memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang mungkin boleh di

kurangkan.

Page 23: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

10

1.3 Penyataan Masalah

Persekitaran yang sihat dalam proses pembelajaran adalah faktor utama kepada

pencapaian akademik kepada seseorang pelajar institut (IPT). Di mana, persekitaran

yang dimaksudkan oleh penyelidik dalam kajian ini adalah peranan organisasi akademik

Hal Ehwal Pelajar (HEP), fakulti, kokurikulum, pengurusan kolej kediaman dan rakan

sebaya.

Dalam kajian Zainai, Asaruddin, dan Abu Azam (1995) menyatakan bahawa

pembangunan intelektual sumber manusia di semua peringkat di IPT dianggap

terpenting dalam proses melahirkan tenaga manusia yang selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Bagaimanapun, timbul persoalan sejauhmana keberkesanan faktor persekitaran

Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai berjaya membangunkan pelajar dari

aspek intelektual. Aspek intelektual yang dikaji adalah tertumpu kepada pencapaian

akademik seseorang pelajar itu. Selain itu, masalah-masalah yang wujud semasa proses

pembangunan pelajar juga dikenalpasti supaya kelemahan tersebut dapat di atasi.

1.4 Objektif Kajian.

Objektif khusus kajian ini adalah untuk :

i. Mengenal pasti tahap sumbangan faktor persekitaran UTM (Organisasi HEP,

Fakulti, Kokurikulum, Kolej Kediaman dan Rakan Sebaya) dalam

membangunkan intelektual pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti

Pendidikan.

Page 24: KESAN PERSEKITARAN UTM DALAM MEMBANGUNKAN … fileKajian rintis menunjukkan realiibility coefficient soal selidik adalah 0.891. Seramai 180 orang pelajar tahun akhir, Jabatan Teknikal

11

ii. Mengenal pasti tahap faktor persekitaran dalam membangunkan intelektual

pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan mengikut turutan.

iii. Melihat perbezaan yang signifikan antara faktor persekitaran yang tertinggi

terhadap pembangunan intelektual berdasarkan CGPA pelajar.

iv. Melihat hubungan antara faktor-faktor persekitaran terhadap pembangunan

intelektual pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan.

1.5 Persoalan Kajian

Berhubung dengan objektif kajian yang dinyatakan, berikut adalah persoalan-

persoalan kajian :

i. Apakah tahap sumbangan faktor persekitaran UTM (Organisasi HEP, Fakulti,

Kokurikulum, Kolej Kediaman dan Rakan Sebaya) dalam membangunkan

intelektual pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan ?

ii. Apakah kesan faktor persekitaran dalam membangunkan intelektual pelajar

Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan mengikut turutan ?

iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor persekitaran yang

tertinggi dengan pembangunan intelektual berdasarkan CGPA pelajar ?

iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor persekitaran

terhadap pembangunan intelektual pelajar Jabatan Teknikal dan Kejuruteraan,

Fakulti Pendidikan ?