Kesan Positif Dan Negatif Internet

5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU Kementerian Pelajaran Malaysia KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA PERAK DARUL RIDZUAN TUTORIAL (RESOS MATEMATIK) Banding beza pembelajaran di bilik darjah dengan makmal matematik. Nama Kumpulan : MAREA SANTHANASAMY THIRUMALAR SELVANDRAN VEJJITRADEVI KRISHNAN

description

b nmnnbb b

Transcript of Kesan Positif Dan Negatif Internet

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKementerian Pelajaran MalaysiaKAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTAPERAK DARUL RIDZUAN

TUTORIAL (RESOS MATEMATIK)

Banding beza pembelajaran di bilik darjah dengan makmal matematik.

Nama Kumpulan :MAREA SANTHANASAMY THIRUMALAR SELVANDRAN VEJJITRADEVI KRISHNAN

Kesan-kesan positif dan negatif penggunaan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Sekolah Rendah Internet atau "International Network of Network" ialah suatu rangkaian komputer di peringkat antarabangsa. Penggunaannya semakin meningkat di negara kita walaupun tidaklah sehebat negara maju. Ini menggambarkan keadaan realiti rakyat negara kita yang semakin celik komputer dan tidak lagi fobia kepada teknologi baru. Ini jelas terbukti apabila institusi pendidikan juga semakin berusaha ke arah meningkatkan penggunaan teknologi moden ini terutamanya warga pendidik. Kalau dahulu, tidak adapun guru di Malaysia yang mengetahui apa itu internet, apa lagi untuk menggunakannya.Tetapi kini, bilangan guru yang mempunyai akses ke internet sudah mencapai angka ratusan dan tidak mustahil ianya akan meningkat kepada jumlah yang lebih besar pada masa akan datang.Penggunaan internet ini akan memberi kesan negatif dan juga positif dalam pengajaran dan pembelajaran.Sesetengah pihak mungkin tidak begitu memahami apakah yang boleh dibuat oleh seorang pendidik dalam internet. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seorang guru dengan guru yang lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa atau murid dengan murid yang lain. Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah projek-projek yang telah dijalankan oleh pendidik berasaskan internet, rancangan pengajaran dan pembelajaran, bahan maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan dan kemahiran berbahasa, perkongsian maklumat , saluran komunikasi dan sejarah tentang matematik. Disamping itu,internet manjadi satu sumber pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan matematik. Terdapat pelbagai bahan menarik yang meliputi tajuk-tajuk seperti arithmetik, geometri, statistik, kalkulus, algebra dan lain-lain yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan pelajar berhubung dengan pendidikan matematik.Antara teori pembelajaran yang sering dibincangkan oleh warga pendidik pada masa ini ialah konstruktivisme. Beberapa pendekatan pembelajaran yang berkait rapat dengan teori tersebut ialah pembelajaran koperatif, penyelesaian masalah dan konstruktif (inkuiri penemuan). Kajian olehChristle (1996)terhadap penggunaan mel elektronik (email) dan penerokaan maklumat dalam kalangan para pelajar sekolah mendapati bahawa selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka alam yang baru ditemui ini.Nolan dan Martin (1994)menyatakan bahawa pembelajaran dan suasana baru seperti menggunakan internet di sekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebih mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal.Pelajar-pelajar juga suka meneroka sesuatu yang canggih dengan penggunaan Internet.Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memurnikan dan memperkayakan lagi tajuk yang diajar. Sedekad yang lalu, NCTM ( National Council of Teachers of Mathematics, 1980 ) telah menggariskan cadangan supaya pengajaran matematik mengambil peluang luas yang ditawarkan oleh komputer. Cockcroff ( 1982 ) menyarankan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bukan setakat boleh memperbaiki kualiti pengajaran matematik malah penggunaan komputer juga boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam silibus matematik. Situasi yang sama mungkin wujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain di sekolah.Kesan positif yang terdapat adalah,pendekatan pembelajaran peyelesaian masalah merupakan alternatif yang paling sesuai dalam meningkatkan kemahiran berfikir pelajar. Melalui penggunaan internet, guru dan pelajardapat melihat pelbagai soalan mengikut aras pemikiran pelajar. Di sini para guru boleh membimbing pelajar untuk memilih soalan-soalan berkaitan untuk diselesaikan di dalam atau di luar kelas.Selain itu,koleksi jurnal matematik dari seluruh dunia dalam pelbagai bidang berhubung dengan matematik sesuai digunakan oleh para guru dan pelajar. Setiap jurnal mengandungi artikel yang terkini dan boleh dicetak untuk dijadikan sumber rujukan. Terdapat juga laporan hasil kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji dari seluruh dunia.Disamping itu,Satu ruangan perbincangan siber tokoh-tokoh pendidikan matematik dari seluruh dunia dimuatkan dalam ruangan ini. Tajuk dan perbincangan tokoh-tokoh tersebut dikumpulkan dan disusun dengan sistematik bagi memudahkan pencarian. Turut dimuatkan ialah isu-isu terkini dalam dunia matematik dan pendidikan matematik. Terdapat kemudahan "bahan pencari" atausearch, di mana kita hanya perlu menulis kata kunci atau topik-topik tertentu tentang matematik. Satu senarai yang berkenaan akan muncul dan kita boleh memilih item/tajuk yang sesuai.Pada masa yang sama,dalam ruangan ini, kita berpeluang untuk mengemukakan sebarang kemusykilan dengan matematik dalam pelbagai bidang. Soalan yang ditanya akan dijawab oleh pakar-pakar matematik yang berpengalaman. Melalui email kita juga dapat membaca koleksi soalan dan pertanyaan yang telah dikumpulkan mengikut topik-topik tertentuTerdapat banyak rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para pendidik dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Rancangan pengajaran ini mengandungi aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang meliputi pelbagai topik dan tahap. Kita juga berpeluang untuk mengemukakan rancangan pengajaran yang lengkap untuk dimuatkan dalam laman web (jika terpilih).Tambahan pula kesan yang positif adalah, Online exercises ialah latihan yang dibuat secara online di mana para pelajar akan membuka laman web yang dikirimkan oleh guru dan menyelesaikan semua masalah yang terdapat dalam latihan tersebut. Para pelajar dikehendaki mengemukakan jawapan sahaja atau bersama-sama dengan jalan pengiraan. Cara ini boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian, kerja projek, soal selidik dan sebagainya. Melalui cara ini juga, pembelajaran dapat dilakukan secara optimum dan berterusan. Proses pembelajaran akan berlaku di dalam dan luar waktu persekolahan melalui bimbingan secara siber. Ini kerana masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada proses pembelajaran.Matematik adalah suatu seni. Bentuk-bentuk geometri yang diolah dan dipelbagaikan akan menghasilkan satu corak yang menarik dan berharga. Guru dan pelajar akan berpeluang menghasilkan corak-corak tersebut dengan menggunakan daya kreativiti dan imaginasi masing-masing. Ianya boleh digunakan sebagai bahan projek atau dalam pendidikan seni.Terdapat banyak perisian matematik yang boleh digunakan untuk pengajaran sesuatu konsep dan penguasaan kemahiran matematik. Perisian ini boleh digunakan samada secara "online" atau didownloadke komputer peribadi. Ianya mudah digunakan dan merangkumi banyak topik dalam matematik.Walaupun kesan positif ini membentuk Proses P&P yang lancar malah ada juga kesan negatif iaitu adakalanya mendapat kandungan yang tidak relevan dan mengelirukan.Hal ini mengakibatkan pelajar yang kurang memahami.Kadang kala pelajar-pejar terlalu mengharapkan sesuatu keputusan yang didapati melalui pencarian maklumat menerusi laman web.Hal ini juga memberi kesan yang tidak baik kepada pelajar. Selain itu, Internet juga dapat melekakan seseorang pelajar. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata. Masa yang patut diperuntukkan dengan mengulang kaji pelajarang terbuang begitu sahaja. Kesannyan, pelajar akan ketinggalan dari segi akademik.Penggunaan Internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Remaja lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer.Berdasarkan penggunaan internet yang dinyatakan di atas, jelas menunjukkan bahawa ianya berpotensi untuk menjadikan sesuatu p & p itu lebih menarikdan bermakna. Terpulang kepada guru untuk membawa penggunaan internet ini ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada. Walaupun akses ke internet ini masih belum meluas di peringkat sekolah pada hari ini, tetapi kemudahan untuk menggunakan internet terdapat di mana-mana; rumah, kedai, perpustakaan awam, pusat/kedai komputer dan lain-lain. Penggunaan komputer dan internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang lebih kepada student centered/ berpusatkan murid. ini akan menjayakan matlamat perlaksanaan sekolah bestari untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif serta berakhlak mulia.