Kesantunan Bahasa KPDM.doc

16
ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT Penghargaan 2 Pengenalan 3 Definisi Kesantunan Berbahasa 4 Ketidaksantunan Berbahasa Dan Puncanya 9 Penutup 11 Bibliografi 12 1

Transcript of Kesantunan Bahasa KPDM.doc

KESANTUNAN BAHASA

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURATPenghargaan

2

Pengenalan

3Definisi Kesantunan Berbahasa

4Ketidaksantunan Berbahasa Dan Puncanya

9

Penutup

11

Bibliografi

12PENGHARGAAN

Alhamdulillah,saya bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan kekuatan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Ruslan bin Abdullah selaku pensyarah kerana telah memberi sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang amat berguna sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini.Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan dari kumpulan SABK 1D yang sudi berkongsi maklumat dan idea sehingga selesai saya menyiapkan tugasan ini .Semoga segala usaha ini akan meningkatkan lagi penguasaan ilmu dan pengalaman berkaitan dengan Bahasa Melayu.PENGENALAN

Kemahiran berkomunikasi adalah satu keperluan dalam sesuatu masyarakat ataupun lebih tepat lagi sesuatu komuniti pertuturan (speech community). Komuniti pertuturan ialah satu kumpulan orang yang menggunakan bahasa yang sama. Komuniti ini boleh merupakan satu kumpulan yang kecil seperti di dalam bilik darjah ataupun kumpulan yang terdiri daripada semua orang dalam dunia yang bertutur bahasa yang sama.

Bahasa seperti yang kita maklumi merupakan satu wahana komunikasi yang paling berguna kepada manusia. Melalui bahasa, manusia dapat melahirkan perasaan mereka, seperti suka dan duka. Pada zaman dahulu orang purbakala menyampaikan maksud melalui isyarat tetapi dengan terciptanya bahasa, mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain dengan akrab dan rapat lagi. Oleh itu bahasa sebagai satu wadah sudah mula digunakan dengan tertip. Kini, kesantunan bahasa diutamakan dan dituntut benar dalam dalam masyarakat dunia memandangkan bahasa menjadi alat sosial yang amat mustahak untuk menjalinkan persahabatan dan hubungan sesama manusia disamping menyampaikan maksud.

Malangnya, apa yang mendukacitakan dan membimbangkan ialah kini sudah tampak kecenderungan di kalangan para penutur bahasa Melayu yang tidak begitu mengendahkan soal kesopanan dan budi bahasa. Sudah ada peristiwa peristiwa yang memperlihatkan kes masyarakat Malaysia, khususnya golongan muda-mudi, walaupun mereka yang masih di bangku sekolah atau yang sudah berkerja, sering melanggar etika kesopanan bahasa.

Kebimbangan seumpama ini pernah disuarakan oleh yang Bhg. Tuan Haji Jumaat bin Dato Haji Mohd. Noor, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dalam ucapan penyampain Hadiah Peraduan Mereka Bentuk Poster Gerakan Cintailah Bahasa Kita yang bertemakan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa pada bulan Ogos 1989 (Pelita Bahasa, Oktober1989)

DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan berbahasa didefinisikan sebagai kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moain, 1992). Untuk mengetahui kesantunan berbahasa dengan lebih jelas, cara yang paling mudah adalah dengan cara mengetahui apa yang di sebaliknya, iaitu kebiadaban berbahasa. Terdapat berbagai-bagai kebiadaban berbahasa yang dilakukan oleh orang ramai, sama ada disedari atau tidak.

Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, notis, surat dan laporan yang terlalu singkat yang tidak kena pada tempatnya menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan penerimanya. Setiap bentuk komunikasi yang ingin disampaikan mestilah bersesuaian dengan tempatnya.KESANTUNAN BERBAHASA : SAPAAN DAN RUJUKAN DALAM BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu mempunyai sapaan dan rujukan yang berbeza daripada bahasa-bahasa lain dan setiap penuturnya mesti menguasainya dan menggunakannya dengan betul dalam konteks yang sesuai dengan lawan tutur mereka. Kesalahan penggunaan sapaan dan rujukan ini boleh menimbulkan suasana yang tegang dan tidak harmoni di antara penutur dan lawan tutur. Kata-kata bukan sahaja berfungsi untuk merujuk seseorang tetapi mendukung fungsi memperlihatkan kesopanan penutur menggunakan bahasa tersebut.

Sapaan dan rujukan dalam bahasa Melayu terbahagi kepada dua situasi, iaitu situasi formal dan situasi tidak formal. Dalam situasi tidak formal, kebiasaannya penutur menggunakan sapaan yang merujuk hubungan akrab dengan lawan tutur. Di dalam hubungan formal, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan tersendiri berbeza daripada situasi tidak formal.

Dalam situasi formal biasanya pengguna bahasa Melayu menggunakan perkataan yang menunjukkan rasa hormat terhadap lawan tutur mereka. Pengguna bahasa Melayu tidak boleh mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut secara sesuka hati.

Yang berikut diperincikan penggunaan Kata Ganti diri Sebagai Sapaan dan Rujukan. KATA GANTI DIRI ORANG YANG DITUJUKAN

Saudara/saudari Rujukan dan sapaan kepada orang yang baru dikenali, rujukan kepada hadirin majlis.

Cik Orang perempuan yang belum berkahwin/ berkedudukan tinggi daripada penutur.

Saya Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan mempunyai status yang lebih tinggi. (guru, orang yang lebih tua, orang yang baru dikenali)

Aku Digunakan dalam situasi tidak formal atau kepada kenalan rapat.

Patik/hamba Digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja.

Beta Digunakan oleh raja apabila bertutur dengan rakyat biasa.

Tuan Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur.

Puan Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan sperti Puan Pengetua.

Engkau/Kau Digunakan dalam situasi tidak formal / kenalan rapat.

Tuk Kadi/Iman/Penghulu

Anda Digunakan dalam situasi formal dan boleh ditujukan kepada pendengar tanpa mengira peringkat umur.

Tuanku/ Baginda Digunakan kepada raja.

Ia/Dia Boleh dirujuk kepada manusia tetapi tidak kepada objek bukan manusia dan benda.

Beliau Digunakan sebagai rujukan orang yang dihormati dan mempunyai kedudukan.

Mereka Kata ganti diri orang ketiga jamak.

-nya Kata ganti menunjukkan keupayaan bagi orang ketiga tunggal ( Misalnya, pen ini pennya). Boleh juga digunakan sebagai kata ganti diri orang ketiga tunggal.(Sampaikan salam saya kepadanya)

RUJUKAN ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA ALMARHUM Digunakan untuk kerabat diraja lelaki

ALMARHUMAH Digunakan untuk kerabat diraja wanita

ALLAHYARHAM Digunakan untuk lelaki Islam

ALLAHYARHAMAH Digunakan untuk perempuan Islam

MENDIANG Digunakan untuk lelaki atau perempuan bukan Islam

SAPAAN DAN RUJUKAN HORMAT BAGI YANG BERGELAR GELARAN RUJUKAN HORMAT

Yang di-Pertuan agong dan Raja Permaisuri Agong Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Raja-raja Duli yang Maha Mulia

Balu Raja Yang Maha Mulia

Bergelar warisan (Tengku, Raja, Tunku, Engku, Ungku) Yang Mulia

Perdana MenteriTimbalan Perdana MenteriMenteri BesarKetua Menteri Yang Amat Berhormat

TunOrang Besar EmpatToh puan Yang Amat Berbahagia

Yang Dipertua Negeri Yang Berbahagia

Tan sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Datuk Seri, Datuk seri Paduka. Yang Berbahagia

Ketua Hakim Negara Yang Arif

Kadi Sahibul-Fadilah

Mufti Sahibus-samahah

Ketua Jabatan Yang Berusaha

Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Lihat contoh berikut :

PakDigunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah kendiri.

MakDigunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri

TokDigunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.

AbangDigunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.

KakakDigunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.

AdikDigunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:

i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.

Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.

ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan

Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.Gelaran Warisan Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).

Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)

Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.

Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)

Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Gabungan Gelaran

(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji

(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji

(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.

(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik

(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji

(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji OsmanKETIDAKSANTUNAN BERBAHASA DAN PUNCANYA

Ramai orang tidak suka menjadi penerima sebarang bentuk sindiran sama ada berbentuk terbuka mahupun lembut. Sesuatu sindiran akan menyebabkan seseorang berasa maruahnya tercabar. Oleh itu, sewaktu berbicara atau berkomunikasi dengan orang lain, tidaklah wajar digunakan kata-kata yang berupa sindiran. Kata-kata sindiran sekiranya hendak digunakan juga, sebaik-baiknya ditujukan kepada orang yang memang rapat dengan kita dan merupakan kawan-kawan kita sahaja. Sekiranya komunikasi yang tersebut berlaku antara orang yang lebih tua daripada kita ataupun orang yang tidak kita kenali, bahasa sindiran tidak sepatutnya digunakan kerana akan menjejaskan kesantunan bahasa penutur berkenaan.

Seringkali seseorang komunikator menggunakan unggapan-unggapan berbentuk berpura-pura, contohnya kita semua sedia maklum, Seperti yang anda ketahui, Anda pun pasti sudah faham. Ungkapan-ungkapan tersebut, menggambarkan sikap kita yang melantik diri sendiri menjadi jurucakap orang lain seolah-olah kita lebih mengetahuinya.

Nada kemarahan akan dijawab dengan kemarahan, walaupun nada itu cuba kita lindungi dengan kata-kata manis yang palsu. Kita seharusnya menggelakkan nada kemarahan sewaktu kita berkomunikasi. Walau bagaimanapun, perasaan tersebut haruslah kita lindungi supaya kemarahan tersebut tidak ketara pada pandangan mata hadirin atau khalayak. Seharusnya kita bersifat sabar dan sentiasa memberikan senyuman manis kepada khalayak semasa berkomunikasi.

Penghinaan secara berterus terang jarang berlaku tetapi penghinaan yang tidak sengaja begitu lumrah berlaku dewasa ini. Kesantunan berbahasa itu akan hilang sekiranya perkataan penghinaan ini dibiarkan berleluasa. Misalnya, notis di pintu sesebuah pejabat yang berbunyi Dilarang masuk tanpa urusan begitu menyakitkan hati orang ramai yang sememangnya datang untuk berurusan. Adakah orang ramai sengaja pergi ke sesuatu pejabat tanpa sebarang urusan?. Adalah lebih bersopan jika notis tersebut ditukarkan menjadi sila masuk jika ada urusan.

Sering kali terjadi seseorang yang mengeluarkan sesuatu kenyataan tentang sesuatu tuduhan yang tidak disertai dengan bukti yang kukuh. Hal ini juga bolehlah dianggap sebagai satu kebiadaban berbahasa yang jelas. Sesuatu unggapan yang mengandaikan seseorang tidak tahu apa-apa, mencerminkan sikap merendah-rendahkan penerimanya. Misalnya unggapan sebagai seorang yang bijak, tentu anda tahu....... sebenarnya kurang sopan. Dalam komunikasi, kita tidak perlu mengajar-ajar khalayak kita.

Mungkin gejala seumpama ini terjadi kerana beberapa faktor.Pertama, kurang kemahiran menggunakan bahasa yang sopan ketika berkomunikasi. Kedua, tidak peka terhadap penggunaan bahasa yang sopan. Ketiga, tidak berasa janggal dan bersalah jika menggunakan penggunaan bahasa yang kurang sopan. Keempat, mungkin akibat pertembungan budaya kita dengan budaya barat menyebabkan para muda-mudi khususnya, mengabaikan dan memandang enteng terhadap peri mustahaknya kesopanan bahasa dalam pertuturan harian dikalangan masyarakat. Sebab lain, kini bahasa melayu bukan dituturkan oleh masyarakat malah oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada kaum Cina, India, Serani dan sebagainya kerana bahasa Melayu sudah menjadi bahasa rasmi dan bahasa pengantar di institusi-institusi pendidikan. Masyarakat bukan Melayu mungkin belum sedar akan hakikat kesantunan berbahasa. PENUTUPJika kesantunan berbahasa mahu dijaga maka pengguna bahasa haruslah sedar tiga perkara penting ketika berbahasa: tempat bahasa digunakan, bila bahasa digunakan. Dalam ilmu sosiolinguistik, hal ini amat diberi perhatian.

Oleh sebab amalan berbahasa bukan satu aspek tatabahasa yang boleh diajar secara formal di sekolah, maka guru-guru mestilah menegaskan dan mengutamakan kesantunan berbahasa di kalangan para pelajar agar mereka peka terhadap isu sosial ini. Kesantunan berbahasa dalam bahasa Melayu haruslah dipelihara dan digunakan serta dipertahankan dalam penggunaan agar kesopanan dan kesantunan berbahasa dapat dikekalkan.

Tambahan pula, amalan baik ini sudah menjadi tradisi hidup masyarakat Malaysia yang dipertahankan sejak dahulu lagi. Tradisi mulia ini haruslah dijaga dan dipupuk di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya generasi muda supaya sebati dalam sanubari mereka dan tidak ditelan masa. Dalam pada itu, segala usaha dan ikhtiar harus dilakukan untuk mempertahankan nilai budi bahasa kita daripada pupus memandangkan pengaruh budaya barat yang kuat kepada rakyat kita.Yang kurik itu hanya kundi,

Yang merah itu hanya saga,

Yang baik hanya budi,

Yang indah hanya bahasa.BIBLIOGRAFINik Safiah Karim (1986). Bahasa Melayu : Persoalan dan Pergolakan. Kuala Lumpur : Getaway Publishing Sdn.

Prof. Madya Dr. Juhari Moain (1989). Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar b. Mohd Tohor (1999). Protokol dan Etika Dalam Pengurusan dan Menghadapi Majlis. Institut Tadbiran Awam Malaysia.

Yeop Johari Yaakob (1987). Liku-Liku Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : International Book Service.PAGE 4