Kesediaan Membaca Dalam Kefahaman

download Kesediaan Membaca Dalam Kefahaman

of 13

Transcript of Kesediaan Membaca Dalam Kefahaman

PERINGKAT-PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA1. Kesediaan Membaca

Apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama.Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. Bagi mengatasi masalah kemahiran membaca, guru hendaklah memberi perhatian kepada dua perkara yang berikut;(a) perasaan murid(b) bahasa murid

Guru hendaklah memberikan pengalaman kepada murid supaya mereka bersedia untuk membaca. Oleh itu, peringkat kesediaan murid ini penting bagi mencapai tujuan yang berikut;Untuk memberi peluang kepada murid merapatkan dirinya dengan guru. Ini boleh menimbulkan keyakinan mereka.Supaya dapat menimbulkan kemahiran dan keinginan murid untuk meluaskan lagi pengalamannya yang sedia ada.Untuk membina tabiat gemar membaca dan menghargai apa yang dibaca.Melatih murid supaya boleh memerhati sesuatu dengan baik dan cuba mengecamnya.Untuk mencapai tujuan ini langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru ialah:Adakan aktiviti yang melibatkan murid seperti menyanyi, berlakon, bercerita dan sebagainya yang menarik hati.Banyakkan bermain-main dengan murid misalnya berbual-bual, bersoal jawab dengan cara yang tidak formal.Perbendaharaan kata yang difikirkan perlu hendaklah ditambah dari semasa ke semasa secara tidak langsung.Bina asas bahasa murid melalui pertuturan. Beri galakan dan pimpinan yang sepatutnya supaya murid mahu bertutur.Pada peringkat kesediaan ini, guru hendaklah memerhati kesediaan murid sama ada murid telah bersedia untuk membaca atau sebaliknya. Oleh itu, beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru bagi menentukan sama ada murid telah bersedia atau belum ialah dengan menjawab soalan-soalan yang berikut;Bolehkah dia mengecam gambar-gambar atau warna-warna asas serta membezakannya?Bolehkah murid itu faham atau dapat mengikuti percakapan orang lain terutama gurunyaDapatkah dia melihat dengan baik? Kenalkah dia bentuk-bentuk seperti garisan, bulatan dan lain-lain.Dapatkah dia melahirkan perasaan atau fikirannya?Bagaimana dengan kesihatannya? Dapatkah dia belajar dengan baik?Tahukah dia memegang alat baca dan tulis seperti buku, pensel dan sebagainya?Bagaimana dengan latar belakang keluarganya?Beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca

1. Keadaan fizikalpenglihatanpendengaranpertuturanumurjantina2. Pengalaman dan persekitaranpendedahan bahan bacaan di rumah3. Emosi dan motivasiadakah kanak-kanak menghadapi masalah emosi?adakah kanak-kanak bersikap negatif terhadap buku?adakah kanak-kanak menghadapi masalah sosial?adakah kanak-kanak mempunyai minat tertentu?4. Kecerdasan dan perkembangan kognitifdaya kecerdasankebolehan mental secara keseluruhanadakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara perkataan dengan gambar?adakah kanak-kanak dapat melihat perbezaan antara huruf dengan perkataan?

2. Prabacaan

Minat membaca sebenarnya bermula sejak kita dilahirkan. Bayi baru lahir belajar mengenai dunia sekeliling mereka dengan mendengar bunyi, nada bunyi dan bahasa percakapan. Ini merupakan persediaan awal untuk mereka belajar mengenali perkataan dan tulisan. Beberapa cara untuk memupuk minat membaca boleh dilaksanakan bagi bayi sejak mereka dilahirkan. Antaranya,Jadikan aktiviti bercerita sebagai aktiviti harian bayi. Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti ini adalah selepas memandikan bayi pada waktu pagi dan semasa waktu makan.Bercerita menggunakan rima semasa menyusukan bayi. Bayi suka mendengar suara anda semasa menyusu dan ini dapat menanamkan semangat mendengar cerita. Selain daripada bercerita, bayi juga boleh diperdengar lagu-lagu yang mempunyai rima yang sama.3. Aktiviti prabacaan

Contoh aktiviti prabacaan yang boleh dijalankan di sekolah ialah;mengenal gambar yang berlainanmengenal bentuk yang berlainan.Pengalaman bayi melakukan aktiviti prabacaan merupakan proses untuk menyediakan seseorang kanak-kanak kepada peringkat pramembaca. Oleh itu, tahap ini merupakan satu tempoh masa menyediakan murid untuk membaca. Penyediaan dilakukan dengan memberi mereka pengalaman, iaitu mengenal dan mengecam sebelum membaca huruf itu. Pada tahap ini murid perlu didedahkan kepada aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Penekanan juga perlu diberi kepada pengalaman yang membolehkan murid membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah.

4. Mekanis

Pada peringkat ini murid sudah boleh membunyikan huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatang perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup. Murid membaca secara kuat dengan menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang.

Tujuan bacaan mekanis ialah;Membolehkan murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.Membolehkan murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat berhenti yang betul.Membolehkan murid membaca dengan irama membaca yang betul.Dapat menggunakan kemahiran membaca dalam mata muridan yang lain.Untuk membolehkan murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca secara kuat.Pada peringkat bacaan mekanis ini, guru boleh melaksanakan langkah-langkah yang berikut;Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid.Bersoal jawab dan membantu murid dengan perkataan dan rangkai katra yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.Guru membaca sebagai contoh dan murid menyemak bacaan guru.Guru membaca dan murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.Guru membimbing murid membaca secara individu dan bergilir-gilir.Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid tentang isi bacaan untuk menguji kefahaman mereka.Contoh aktivitiAktiviti yang boleh dijalankan dalam bacaan mekanis ialah bacaan kuat dengan menggunakan kad imbasan yang mengandungi huruf, suku kata, frasa dan ayat. Contoh kad adalah seperti yang di bawah;Kad huruf

Kad Huruf

Kad Suku Kata

Kad Suku Kata

Kad Perkataan

Kad Perkataan

Kad Frasa

Kad Frasa

Kad Ayat

Kad Ayat

5. Membaca dan Memahami

Pada tahap bacaan dan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk;(a) mengumpul maklumat dan makna daripada bahan yang dibaca.(b) Mentafsir dan menilai sesuatu dengan sepenuhnya tentang bahan yang dibaca.Penguasaan kosa kata boleh membantu murid memahami kandungan dan mesej yang hendak disampaikan melalui bacaan. Tanggungjawab utama guru dalam mengajarkan bacaan dan kefahaman adalah untuk membantu murid menambah dan meluaskan kosa kata. Pengajaran kosa kata seharusnya dapat membantu murid dalam hal yang berikut;Mengaitkan perkataan baru dengan pengalaman sedia ada. Dengan cara ini murid akan dapat memahami makna perkataan baru dengan lebih cepat dan berkesan serta mengekalkan makna perkataan itu dengan lebih lama.Mengkaji perkataan untuk melihat persamaan dsan perbezaannya, meneliti pertalian antara perkataan dan menggunakannya dalam konteks.Membina pengetahuan tentang makna perkataan dengan luas dan rapi.Membina strategi pembelajaran yang berkaitan dengan perkataan dan konsep secara bebas. Ini membolehkan murid berusaha sendiri tanpa sentiasa dibimbing atau dibantu oleh guru.Menggalakkan penglibatan secara aktif. Murid akan memberi tindak balas melalui perbincangan, soal jawab atau menggunakan perkataan dalam ayat.Peringkat membaca dan memahami juga hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan kecenderungan murid. Guru janganlah hanya mementingkan sebuatan suara dan kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang mudah untuk kefahaman. Dalam hal ini bacaan senyap hendaklah juga digalakkan supaya murid dapat melatih diri sendiri untuk menangkap maksud isi muridan yang dibaca. Guru hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara yang berikut;Memulakan membaca setelah murid dapat membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf.Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman murid selepas membaca.Beri murid peluang membaca dan memaham dalam mata muridan lain seperti Sejarah, Geografi, Sains dan sebagainya.Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran membaca.Kategori kefahaman bacaan

Kefahaman bacaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kefahaman literal, kefahaman inferensi dan kefahaman kritikal.

1. Kefahaman literalmakna perkataanmakna ayathuraian isiidea utamaurutan ideaperbandinganhubungan sebab dan akibat2. Kefahaman inferensimembuat kesimpulanmengeluarkan idea utamamembuat perbandinganmenunjukkan hubungan sebab dan akibatmembuat jangkaanmemahami dan menghuraikan bahasa kiasan3. Kefahaman kritikalmembezakan kenyataan daripada fantasimembezakan fakta daripada pendapatmenentukan kecenderungan dan gaya bahasa penulismenentukan kecekapan penulis dalam sesuatu bidangmenentukan tujuan penulisPada peringkat membaca dan memahami, seseorang pembaca perlu menjadi pembaca yang aktif. Konsep pembaca aktif berasaskan interaksi antara sesuatu teks dan seorang pembaca. Kita merupakan pembaca aktif apabila kita membaca untuk kefahaman dan maksud. Hal ini berbeza dengan pembaca hafalan kerana pembaca hafalan hanya membaca untuk mengingati dan mengulang.Mereka tidak berusaha untuk memahami apa yang ditulis.Kita berkata sesorang membaca dengan aktif kerana sebahagian daripada teks adalah bergantung kepada input pembaca. Misalnya, kita memahami tentang dunia tempat kita tinggal melalui pengetahuan kita mengenainya. Oleh yang demikian, jika kita mempunyai perbendaharaan kata yang lebih untuk menerangkan objek, manusia dan situasi,maka interpretasi kepada apa yang kita baca adalah berbeza, berbanding dengan sesorang yang mempunyai perbendaharaan kata yang terhad.

Seterusnya, kita memahami tentang hidup dengan bergantung kepada kecekapan bahasa kita serta pengetahuan kita mengenai dunia. Jika kita tidak biasa dengan sesuatu situasi, kita tidak akan dapatmemahaminya. Biasanya, kita cuba memahami sesuatu situasi baru dengan menggambarkan pengalaman masa lampau kita. Kita menggunakan pengetahuan masa lampau kita untuk memahami masa sekarang. Jika situasi itu sama dengan pengalaman masa lampau kita maka kita fikir kita telah tahu mengenainya. Akhirnya kita akan membuat kesimpulan.Walau bagaimanapun, kadang-kadang kesimpulan pertama yang kita buat mungkin salah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Perbezaan budaya dan beberapa perkara yang bergantung kepada aspek yang diketahui, boleh menyebabkan kita membuat kesimpulan yang salah. Jadi, kita mesti menilai semula atau memikir semula konteks situasi berkenaan.

MASALAH DALAM MEMBACAMembaca merupakan suatu proses yang bukan sahaja dilalui oleh pelajar malah ia turut dilalui oleh pembaca dewasa. Lazimnya, membaca merupakan proses yang paling banyak dilalui oleh pelajar semasa mereka menuntut di institusi pengajian tinggi. Mereka membaca untuk mencari tugasan, menganalisis teks untuk mendapatkan maklumat, membaca jurnal, laporan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, mereka juga mengalami kesukaran dalam proses membaca terutamanya yang melibatkan usaha untuk memahami isi kandungan teks. Menurut Carrell (1992), beliau menyatakan keupayaan untuk memahami isi kandungan teks banyak dipengaruhi oleh latar belakang bahan yang dibaca, bahasa yang sukar difahami, jenis dan panjang sesuatu petikan. Malahan, dapatan kajian yang dilakukan oleh Kid dan Greene (2002) menunjukkan pembaca dewasa juga menghadapi masalah dalam membaca seperti masalah kesedaran fonemik, analisis perkataan, kelancaran, perbendaharaan kata dan pemahaman. Memandangkan penguasaan membaca dianggap penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka kita perlu menilai aspek yang mempengaruhi permasalahan dalam membaca untuk memastikan pembelajaran tersebut berkesan. (Yahya Othman, 2003 : 9)

Antara masalah yang mempengaruhi proses membaca adalah seperti membaca secara pasif, strategi yang tidak jelas, kurangnya pengetahuan lalu, kurang mengintegrasi maklumat, sikap sambil lewa, kesedaran meta kognitif serta kesedaran dan pemantauan proses membaca.

a)Membaca secara pasifMembaca secara pasif merupakan salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada masalah membaca. Keadaan ini wujud apabila pembaca tidak mementingkan pembinaan makna dan strategi membaca. Hal ini kerana strategi membaca dan penguasaan perbendaharaan kata mempengaruhi kebolehan membaca. Secara signifikannya, terdapat perbezaan dari segi penggunaan strategi membaca dalam kalangan pembaca dewasa. Contohnya, terdapat pembaca yang menggunakan strategi pengulangan ayat dan sesetengah mereka tidak terikat dengan mana-mana strategi yang khusus. Hal ini menunjukkan pembaca dewasa berupaya menganalisis, merumus dan mensintesiskan maklumat teks serta melakukan inferens jika strategi yang digunakan adalah sesuai.

b)Strategi yang tidak jelasMenurut kajian oleh Pressley et.al (1995), beliau menunjukkan pelajar tidak mempunyai strategi terancang apabila mempelajari teks untuk tujuan peperiksaan. Mereka gagal dalam mencari maklumat dalam teks, tidak memantau dama ada mengetahui idea utama petikan dan tidak menghuraikan fakta yang terdapat di dalam teks. Pelajar juga dikatakan menggunakan strategi yang tidak sofistikated dan tidak efektif jika dilihat dalam perspektif pemprosesan maklumat. Pelajar tidak dapat memahami teks yang mempunyai pembinaan makna apabila melibatkan konteks yang lebih mencabar. Akibatnya, mereka kurang menguasai teks dengan baik dan keadaan ini mempengaruhi pemahaman.

c)Kurangnya pengetahuan laluPengetahuan lalu berkaitan tajuk yang dibaca juga mempengaruhi kebolehbacaan membaca dan pemahaman. Pengalaman hidup pembaca berkaitan kandungan teks yang dibaca memberikan peluang kepada mereka menyesuaikan pengalaman tersebut dengan maklumat teks. Walau bagaimanapun, masalah wujud kerana pembaca kurang memiliki pengetahuan lalu yang mungkin disebabkan oleh kurangnya pendedahan atau peluang untuk menguasainya adalah terhad.

d)Kurang mengintegrasikan maklumatDalam proses membaca, pembaca bukan sahaja menumpukan perhatiannya dengan kandungan teks yang dibaca, malah mereka perlu mampu mengintegrasikan maklumat yang dibaca agar selaras dengan tugasan membaca yang diberikan kepada mereka. Contohnya, sesetengah pembaca mampu mendapatkan maklumat yang diminta tetapi gagal untuk menyesuaikannya dengan keperluan tugasan. Secara tidak langsung, keadaan ini menunjukkan mereka sukar untuk memanfaatkan kandungan teks untuk tujuan pemahaman. Maka, pembaca memerlukan proses seimbang dengan pendekatan berbentuk lingkaran (spiral) yang menggabungkan pengajaran secara responsif dengan pembinaan pengetahuan, makna dan mengenal pasti perkataan.e)Sikap yang tidak mengambil beratSikap yang tidak mengambil berat terhadap kelangsungan proses membaca telah dibincangkan oleh Slater dan Horstman (2002). Mereka berpendapat aspek afektif dalam proses membaca memberi kesan terhadap kemajuan penguasaan membaca. Faktor sikap yang tidak mengambil berat ini juga turut disokong oleh Koda (2005) yang mengatakan bahawa pembaca sering tidak mementingkan proses pemahaman membaca yang perlu dikuasai oleh pembaca. Pembaca seharusnya melihat perspektif membaca dari segi konstruktif yang memerlukan penguasaan skema yang mendasari pemahaman. Manakala, pembaca yang matang akan menguasai proses membaca dengan memiliki kesedaran meta kognitif untuk memahami teks tersebut. (Margaret Ann Richek et.al, 2002 : 6)

f)Kesedaran meta kognitifSelain itu juga, kesedaran meta kognitif dianggap mempengaruhi kebolehan membaca. Tambahan pula, pada masa kini kajian dalam bidang membaca telah mula memberi fokus terhadap peranan meta kognitif. Kajian-kajian yang dilakukan ke atas pelajar adalah lebih matang dan menunjukkan wujudnya keperluan terhadap kesedaran meta kognitif bagi meningkatkan kebolehan memahami teks dengan lebih berkesan.

g)Kesedaran dan pemantauanPengetahuan atau kesedaran metakognitif adalah pengetahuan yang dimiliki. Tugasan yang dihadapi dan strategi yang digunakan oleh pembaca. Aspek kesedaran dan pemantauan dalam proses membaca juga dianggap penting dalam mempengaruhi kebolehan membaca. Menurut Mokhtari dan Carla (2002), kedua-dua aspek tersebut banyak mempengaruhi kebolehan membaca seseorang. Berdasarkan kajian yang mereka menunjukkan bahawa pelajar juga perlu didedahkan dengan strategi metakognitif yang didapati dapat membantu mereka memahami teks dengan lebih berkesan.Selain itu juga, masalah membaca ini turut dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menyumbang kepada kebolehan membaca.Contohnya, faktor pembaca sendiri, faktor psikologi dan faktor persekitaran. (Yahya Othman, 2004 : 18)

a)Faktor pembaca sendiriKecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait antara satu sama lain. Pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi lazimnya berpeluang memahami bahan yang dibacanya berbanding pelajar yang lemah. Kecerdasan ini dapat membantu pelajar untuk menumpukan perhatian dan mengingat perkara yang dibacanya. Pertalian antara kecerdasan dengan tahap pemahaman sememangnya wujud. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang cerdas mempunyai tahap pemahaman yang lebih baik berbanding pelajar yang lain. Terdapat juga hubungan antara kebolehan berbahasa dengan kejayaan dalam membaca. Contohnya, penguasaan perbendaharaan kata yang luas dapat membantu pelajar memahami teks yang dibacanya tanpa gangguan mencari maksud perkataan yang sukar. Faktor individu dalam mempelajari kaedah membaca melibatkan aspekself-esteem, kawalan diri, mengambil risiko, kebimbangan dan motivasi. Sekiranya, pelajar tidak mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi, ia akan menyebabkan berlakunya masalah membaca dan mengurangkan tahap pemahaman pelajar.

b)Faktor psikologiMinat dan motivasi berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami proses pembacaannya. Dorongan dan pemupukan minat juga memerlukan kerjasama guru dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif bagi menangani masalah membaca dalam kalangan pelajar seperti :i.Menunjukkan kepentingan membaca dalam aktiviti harian.ii.Menyediakan bahan bacaan yang banyak dan pelbagai pilihan dalam kelas.iii.Menggalakkan aktiviti bercerita dan berkongsi pengalaman daripada bahan bacaan.iv.Menentukan pemilihan bahan bacaan, alatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.v.Memberikan ganjaran yang sesuai dalam pengajaran.

c)Faktor fizikalFaktor fizikal melibatkan deria pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar mendengar dengan baik dan jelas akan menggagalkannya membuat diskriminasi bunyi kata dan teks keseluruhannya. Ia juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi mengenal pasti makna daripada teks. Sekiranya pendengaran dan penglihatan tidak berfungsi dengan baik, ia bukan sahaja menyebabkan pelajar mendiskriminasikan huruf malah ia menyumbang kepada masalah membaca.Antara masalah dalam faktor fizikal ialah seperti :

i.Permintaan yang kerap supaya sesuatu penerangan diulang.ii.Ucapan atau sebutan yang tidak jelas.iii.Kebolehan mengeja lemah.iv.Tidak dapat memberikan perhatian.

d)Faktor persekitaranPersekitaran di rumah juga banyak memainkan peranan dalam menentukan kebolehan membaca termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosiobudaya, pendapatan, kestabilan emosi, corak interaksi dan komunikasi serta sikap ke atas pembelajaran. Ahli keluarga khususnya ibu bapa adalah model dalam tingkah laku, tabiat dan suka membaca.Peranan keluarga mewujudkan suasana membaca yang merangsang dan penyediaan bahan juga mempengaruhi membaca. Pelajar juga melihat sebab keluarganya membaca. Antara sebabnya ialah untuk mendapatkan maklumat, dunia atau peristiwa komuniti, mencari hobi atau minat yang baru. Sekiranya, keluarga itu sendiri tidak memupuk minat dalam diri pelajar, hal ini akan menyebabkan wujudnya masalah membaca dalam kalangan membaca sehingga membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran.Persekitaran sekolah juga mempengaruhi kebolehan membaca pelajar. Sekiranya sekolah tidak menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca, ia boleh mewujudkan masalah membaca dan memberikan kesan psikologi kepada pelajar untuk tidak mempunyai minat membaca. Maka, tingkah laku guru dalam mengendalikan bilik darjah amat mempengaruhi kebolehan membaca. Contohnya, guru perlu menyediakan bahan bacaan yang sesuai, jenis soalan yang baik dan memberi dorongan serta pengukuhan kepada pelajar. Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar adalah menarik minat mereka, mereka akan memberikan respon yang positif dan mudah bagi mereka untuk bertindak balas berdasarkan pengajaran guru. Maka, masalah membaca dalam kalangan pelajar juga dapat diatasi dengan baik.

Masalah membaca dalam kalangan pelajar juga dipengaruhi oleh persekitaran komuniti. Pembaca menggabungkan pengetahuan dan nilai yang ada dalam komuniti dengan perspektifnya sendiri bagi membezakan tahap pembacaan. Contohnya, pengalaman berkerja di ladang, hidup di kawasan setinggan ataupun di bandar kecil mempunyai perbezaannya tersendiri. Lebih banyak pengalaman dalam komuniti serta lebih banyak penglibatan dalam aktiviti, maka semakin kaya pengetahuan latar pembaca yang diperoleh semasa membaca. Begitulah sebaliknya.