KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR ...

5
Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia 08 – 10 Okt 2013 KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR MALAYSIA (Satefy and Health in Nuclear Malaysia’s Workplace) Yii Mei-Wo Bahagian Teknologi Sisa dan Alam Sekitar Jawatankuasa Kecil Penyelia Kawasan (JKPK) Agensi Nuklear Malaysia Bangi, 43000 Kajang, Malaysia Tel: 03-8925 0510 Faks: 03-8928 2977 E-mel: [email protected] Abstrak Keselamatan dan kesihatan tempat kerja adalah penting untuk menjamin kesihatan pekerja seperti yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Di Agensi Nuklear Malaysia, setiap bangunan/blok telah dilantik satu/dua orang penyelia yang dikenali sebagai Penyelia Kawasan untuk memastikan keselamatan bangunan/blok. Penyelia kawasan tersebut akan menjalankan pemeriksaan berkala setiap dwibulan ke atas bangunan/blok seliaan masing-masing. Kertas kerja ini membentangkan hasil pemeriksaan 80 orang penyelia kawasan ke atas 45 bangunan/blok di Agensi Nuklear Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2013. Abstract Safety and health at work place is essential to ensure the health of their workers as required under the Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514). In Malaysian Nuclear Agency, each building / block was appointed with one / two supervisors, known as Area Supervisor to ensure the safety of buildings / blocks. The area supervisor will conduct periodic bimonthly inspections of the building / block under their supervision. This paper presents the results of the inspection of 80 supervisors over 45 buildings / blocks at the Malaysian Nuclear Agency for the first six months of the year 2013. Kata kunci: Keselamatan dan Kesihatan tempat kerja; Penyelia kawasan; PENGENALAN Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (JKSHE) Nuklear Malaysia telah ditubuhkan untuk memenuhi kehendak perundangan di bawah Peraturan 30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Salah satu tanggungjawab JKSHE ialah dikehendaki sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja (Peraturan 31a) [DOSH, 2013]. Untuk membolehkan JKSHE berjalan dengan lancar di Nuklear Malaysia, beberapa jawatankuasa kecil telah ditubuhkan dibawahnya dan salah satu daripadanya ialah Jawatankuasa Kecil Penyelia Kawasan, JKPK yang ditubuhkan pada bulan Ogos 2012 dan diwakili oleh semua penyelia kawasan (blok) di Nuklear Malaysia dan dipengerusikan oleh Dr. Nik Ghazali Nik Salleh. Individu yang didapati adalah ketidakpatuhan kepada peraturan keselamatan yang ditetapkan boleh dikenakan penalti di Peraturan 19 Akta 514 dengan denda tidak melebihi ringgit Malaysia lima puluh ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali[DOSH, 2013]. Penyelia kawasan ialah pegawai yang dilantik oleh Ketua Pengarah Nuklear Malaysia untuk menyelia keselamatan tempat kerja sesuatu blok (bangunan). Kebiasaanya, di setiap blok akan dilantik satu ke dua orang penyelia kawasan. Tempoh lantikan setiap penyelia kawasan adalah selama dua tahun bagi setiap penggal. Setakat ini, seramai 80 orang penyelia kawasan telah dilantik untuk menyelia 45 blok di Nuklear Malaysia. Penyelia kawasan akan melakukan pemeriksaan ke atas setiap blok untuk melihat aspek-aspek keselamatan blok samada dalam keadaan yang memuaskan atau memerlukan tindakan baikpulih. Semakan blok akan dilakukan oleh

Transcript of KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR ...

Page 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR ...

Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia 08 – 10 Okt 2013

KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR MALAYSIA (Satefy and Health in Nuclear Malaysia’s Workplace)

Yii Mei-Wo

Bahagian Teknologi Sisa dan Alam Sekitar Jawatankuasa Kecil Penyelia Kawasan (JKPK)

Agensi Nuklear Malaysia Bangi, 43000 Kajang, Malaysia

Tel: 03-8925 0510 Faks: 03-8928 2977

E-mel: [email protected]

Abstrak Keselamatan dan kesihatan tempat kerja adalah penting untuk menjamin kesihatan pekerja seperti yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Di Agensi Nuklear Malaysia, setiap bangunan/blok telah dilantik satu/dua orang penyelia yang dikenali sebagai Penyelia Kawasan untuk memastikan keselamatan bangunan/blok. Penyelia kawasan tersebut akan menjalankan pemeriksaan berkala setiap dwibulan ke atas bangunan/blok seliaan masing-masing. Kertas kerja ini membentangkan hasil pemeriksaan 80 orang penyelia kawasan ke atas 45 bangunan/blok di Agensi Nuklear Malaysia untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2013.

Abstract

Safety and health at work place is essential to ensure the health of their workers as required under the Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514). In Malaysian Nuclear Agency, each building / block was appointed with one / two supervisors, known as Area Supervisor to ensure the safety of buildings / blocks. The area supervisor will conduct periodic bimonthly inspections of the building / block under their supervision. This paper presents the results of the inspection of 80 supervisors over 45 buildings / blocks at the Malaysian Nuclear Agency for the first six months of the year 2013. Kata kunci: Keselamatan dan Kesihatan tempat kerja; Penyelia kawasan;

PENGENALAN

Jawatankuasa Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (JKSHE) Nuklear Malaysia telah ditubuhkan untuk memenuhi kehendak perundangan di bawah Peraturan 30 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Salah satu tanggungjawab JKSHE ialah dikehendaki sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan keselamatan dan kesihatan orang-orang di tempat kerja (Peraturan 31a) [DOSH, 2013]. Untuk membolehkan JKSHE berjalan dengan lancar di Nuklear Malaysia, beberapa jawatankuasa kecil telah ditubuhkan dibawahnya dan salah satu daripadanya ialah Jawatankuasa Kecil Penyelia Kawasan, JKPK yang ditubuhkan pada bulan Ogos 2012 dan diwakili oleh semua penyelia kawasan (blok) di Nuklear Malaysia dan dipengerusikan oleh Dr. Nik Ghazali Nik Salleh. Individu yang didapati adalah ketidakpatuhan kepada peraturan keselamatan yang ditetapkan boleh dikenakan penalti di Peraturan 19 Akta 514 dengan denda tidak melebihi ringgit Malaysia lima puluh ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua-duanya sekali[DOSH, 2013]. Penyelia kawasan ialah pegawai yang dilantik oleh Ketua Pengarah Nuklear Malaysia untuk menyelia keselamatan tempat kerja sesuatu blok (bangunan). Kebiasaanya, di setiap blok akan dilantik satu ke dua orang penyelia kawasan. Tempoh lantikan setiap penyelia kawasan adalah selama dua tahun bagi setiap penggal. Setakat ini, seramai 80 orang penyelia kawasan telah dilantik untuk menyelia 45 blok di Nuklear Malaysia. Penyelia kawasan akan melakukan pemeriksaan ke atas setiap blok untuk melihat aspek-aspek keselamatan blok samada dalam keadaan yang memuaskan atau memerlukan tindakan baikpulih. Semakan blok akan dilakukan oleh

Page 2: KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR ...

Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia 08 – 10 Okt 2013

penyelia kawasan pada selang setiap dua bulan. Sebarang ketidakpatuhan yang ditemui akan dilaporkan oleh penyelia kawasan menerusi ‘Helpdesk’ untuk mendapat tindakan pembaikan dari unit-unit yang berkaitan.

KAEDAH PERSAMPELAN

Satu senarai semak telah disediakan oleh JKPK mulai tahun 2013 yang merangkumi enam skop iaitu Keadaan am, Pencahayaan, Kecemasan, Keselamatan Kebakaran, Keselamatan Elektrikal dan Keselamatan Sinaran sebagai panduan kepada Penyelia Kawasan untuk melakukan semakan ke atas blok setiap dua bulan. Keadaan Am Di bawah skop ini, Penyelia kawasan akan memeriksa keadaan blok dari segi kekemasan kawasan, keadaan lantai yang bersih dan selamat, label dan papan tanda amaran merbahaya diletakkan di kawasan yang perlu, keadaan siling dan keadaan sistem pengudaraan dan hawa dingin. Pencahayaan Di bawah skop ini, Penyelia kawasan akan memeriksa keadaan blok dari segi pencahayaan dan keadaan lampu. Kecemasan Di bawah skop ini, Penyelia kawasan akan memeriksa keadaan blok dari segi siapsiaga terhadap kecemasan seperti peti pertolongan cemas, pelan kecemasan, tanda kecemasan, lampu kecemasan dan laluan kecemasan. Keselamatan Kebakaran Di bawah skop ini, Penyelia kawasan akan melihat dari segi siapsiaga terhadap kebakaran seperti pintu rintangan api, alat pencegah kebakaran, hos air dan sebagainya. Keselamatan Elektrikal Di bawah skop ini, Penyelia kawasan akan memeriksa dan memastikan kord/ wayar / pendawaian elektrik berada dalam keadaan baik (tidak terdedah dsb) Keselamatan Sinaran Di bawah skop ini, Penyelia kawasan akan memastikan kadar dos sinaran kawasan yang diselia berada dibawah paras yang dibenarkan (kurang dari 0.5 µSv/ jam di kawasan bersih). Bagi kertas kerja ini, maklumbalas dari penyelia kawasan untuk bulan Februari, April dan Jun 2013 telah dibentangkan. Kepuasan penyelia kawasan terhadap setiap blok akan dikira berdasarkan jumlah respon terhadap perkara-perkara yang memuaskan.

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Hasil maklumbalas dari penyelia kawasan untuk setiap blok telah dikaji dan diasingkan mengikut kumpulan skop seperti pada rajah 1 di bawah. Dari graf-graf tersebut boleh dikatakan skop ‘Keadaan Am’ dan ‘Kecemasan’ mempunyai paling banyak perkara yang memerlukan tindakan iaitu hampir 20 peratus bagi setiap skop. Di dalam skop ‘Keadaan Am’ perkara yang berulang timbul dalam senarai tersebut adalah aduan terhadap kerosakan pada siling blok samada sudah tidak ada siling, bocor air atau siling perlu diganti. Manakala di bawah skop ‘Kecemasan’, perkara yang selalu menimbulkan aduan dari Penyelia Kawasan adalah terhadap kelengkapan dalam peti pertolongan cemas yang telah tamat tempoh luput atau tidak mencukupi. Seperkara lagi yang sering mendapat aduan di bawah skop ‘Kecemasan’dari Penyelia kawasan adalah kerosakan kepada lampu kecemasan serta tidak mempunyai tanda arah keluar bangunan yang mencukupi.

Page 3: KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR ...

Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia 08 – 10 Okt 2013

Rajah 1: Jumlah bilangan perkara yang memerlukan tindakan (PT merah) berbanding dengan perkara memuaskan (KM biru) untuk setiap dwibulanan bagi pertengahan tahun pertama 2013 untuk skop ‘Keadaan Am’, ‘Pencahayaan’, ‘Kecemasan’, ‘Keselamatan Kebakaran’, ‘Keselamatan Elektrikal’ dan ‘Keselamatan Sinaran’.

Secara keseluruhannya, dari segi keselamatan kawasan blok, respon yang diberi oleh Penyelia Kawasan adalah sangat positif kecuali dua perkara yang perlu dimbil tindakan seperti ‘alat pemadam api’ yang telah tamat tempoh sah dan perlu diganti. Manakala seperkara lagi ialah “pintu rintangan api” di koridor yang selalu dibiarkan terbuka. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan hazad kebakaran di mana api akan merebak dengan cepat sekiranya berlaku kebakaran. Aduan terhadap keselamatan elektrikal adalah rendah menunjukkan tidak ada masalah pendawaian haram yang tidak selamat manakala untuk keselamatan sinaran juga rendah menunjukkan kepatuhan pengelasan kawasan kerja di Nuklear Malaysia kepada Akta 304. Secara keseluruhannya (Rajah 2), adalah boleh didapati bahawa jumlah peratusan perkara yang memerlukan tindakan adalah dalam trend yang menurun melawan masa. Ini menunjukkan aduan yang dilakukan oleh Penyelia Kawasan telah diambil tindakan baikpulih yang sewajarnya oleh bahagian tertentu dari semasa ke semasa. Sementara itu, kalau dilihat pencapaian kepuasan blok mengikut kelas peratusan seperti yang dipersembahkan dalam Rajah 3, maka boleh didapati semakin banyak blok yang mempunyai kepuasan tinggi terhadap keadaan blok masing-masing. Jumlah bilangan blok yang masih mempunyai kepuasan yang rendah (kurang dari 70%) telah berkurang dari 11 blok pada semakan bulan Jan-Feb ke 8 blok pada bulan Mac-Apr dan 7 blok sahaja pada bulan Mei-Jun. Manakala keadaan sebaliknya telah berlaku untuk jumlah blok yang mempunyai kepuasan yang tinggi (lebih dari 80 %) iaitu berlaku pertambahan dari 19 blok pada semakan bulan Jan-Feb kepada 22 blok pada bulan Mac-Apr dan menjadi 27 blok pada bulan Mei-Jun. Dalam pada itu, kalau dilihat dari kepuasan untuk setiap individu blok seperti dalam Rajah 4, maka boleh didapati bahawa terdapat beberapa blok yang mempunyai kepuasan yang amat rendah (sekitar 60% atau kurang, bulatan merah). Trend tersebut boleh dilihat pada blok 19, 28, 37, 43T, 56 dan 59. Ini menunjukkan terdapat banyak perkara yang selalu wujud di blok-blok tersebut dan memerlukan tindakan segera. Namun keadaan sebaliknya juga berlaku di mana terdapat beberapa blok yang mempunyai kepuasan yang teramat sangat tinggi (100%, bulatan biru) seperti di blok 15, 18, 30 dan 34. Ini menunjukkan keadaan empat-empat blok tersebut telah dijaga dengan sempurna.

Mei-Jun Mac-Apr Jan-Feb

Rajah 2: Jumlah bilangan perkara yang memerlukan tindakan (PT merah) berbanding dengan perkara memuaskan (KM biru) untuk setiap dwibulanan bagi pertengahan tahun pertama 2013 bagi semua keseluruhan

Rajah 3: Pencapaian Kepuasan Blok mengikut kelas peratusan

Page 4: KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR ...

Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia 08 – 10 Okt 2013

Rajah 5 menunjukkan sebahagian daripada aduan-aduan oleh Penyelia Kawasan yang memerlukan tindakan pembaikan dari pihak-pihak yang berkaitan. Rajah 5: Perkara-Perkara yang memerlukan tindakan pembaikpulih

Rajah 4: Pecapaian Kepuasan setiap Individu blok setiap dwibulanan bagi pertengahan tahun pertama 2013

Kekemasan Kawasan Kerosakan Siling

Halangan Laluan

Kecemasan dan Hazad Elektrikal

Pili bocor – lantai basah

dan licin

Retakan Bangunan

Kepingan kaca terbiar

Resapan air berlaku berhampiran isolator bekalan voltan tinggi Halangan Laluan

Page 5: KESELAMATAN DAN KESIHATAN TEMPAT KERJA DI NUKLEAR ...

Konvensyen Teknikal Nuklear Malaysia 08 – 10 Okt 2013

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, keselamatan dan kesihatan tempat kerja di Nuklear Malaysia telah dijaga dengan memuaskan. Penggunaan borang senarai semak telah membantu penyelia kawasan melakukan pemeriksaan blok dengan secara lebih bersistematik dan berkala untuk mengenalpasti perkara-perkara yang tidak patuh dan memerlukan tindakan baikpulih. Terdapat peningkatan kepuasan yang nyata dari bulan ke bulan pada separuh tahun awal 2013 menunjukkan keberkesanan sistem pengurusan di Nuklear Malaysia untuk memperbetulkan keadaan yang tidak patuh. Sebilangan kecil perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan serta-merta dan serius harus diambil tindakan baikpulih yang segera dari pihak yang berkaitan untuk mengelakkan berlakunya sebarang kejadian tidak diingini. Walaupun sebahagian besar blok di Nuklear Malaysia mempunyai tahap kepuasan yang tinggi menunjukkan suasana kerja yang selamat, namun masih ada sebilangan kecil blok yang memerlukan perhatian khusus seperti blok 19, 28, 37, 43T, 56 dan Blok 59 kerana terlalu banyak perkara yang perlu diambil tindakan.

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan beliau terhadap En. Andy Kong Shin Shyen (Pegawai SHO) dan Dr. Nik Ghazali Nik Salleh (Pengerusi JKPK) kerana menyediakan format borang senarai semak, JKSHE yang meluluskan borang senarai semak serta semua penyelia kawasan di Nuklear Malaysia yang telah memberi respon terhadap senarai semak tersebut setiap dwibulan.

RUJUKAN

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, (2013), Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514), dari laman sesawang http://www.dosh.gov.my/doshv2/

.