keselamatan jalan raya

3
Tajuk : Pengguna Jalan Raya Berhekmah Salam Sejatera saya ucapkan di erena pidato ini. Yang Berusaha Pengacara Majlis, barisan Penel Hakim yang Arif lagi bijaksana, guru – guru, rakan – rakan sepejuangan seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekelian. Berdirinya saya di sini adalah ingin menyampaikan pidato bertajuk “ Pengguna Jalan Raya Berhekmah”. Sidang Hadirin Sekelian, Menurut Kamus Dewan, Penggguna Jalan Raya bermaksud setiap orang yang menggunakan jalan raya, manakala berhekmah menbawa makna bertanggungjawab berdisplin, berhati – hati dan bersopan santun. Maka secara konsepnya Pengguna Jalan Raya Berhekmah bolehlah diertikan menggunakan jalan raya sama ada menggunakan kenderaan bermotor atau sebaliknya secara bertatasusila iaitu mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai pengguna jalan raya berhekmah kita perlulah menanam sikap berdisplin pada setiap masa tampa ada krompromi. Salah satu contoh kesalahan yang sering kali dilakukan oleh pengguna jalan raya ialah melanggar lampu isyarat. Struktur pidato saya pada hari ini adalah seperti pengguna jalan raya perlulah mematuhi undang - undang jalan, perlu berhati – hati dan peka, beradab serta bertatasusila, kempen jalan raya dan bukti – bukti statitik yang menyokong pidato saya pada hari ini. Sidang hadirin sekelian, Dewasa ini, kejadian merempit semakin beluasa dikalangan muda – mudi kita. Malah mereka menjadikan jalan raya, litar lumba maut kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain. Malah undang – undang jalan raya sering kali dicabul oleh mereka. Perkara ini sering kali terpanpang di dada akhbar dan ditayang di telelvisyen. Di tambah lagi dengan sikap biadab mat – mat rempit ini di jalan raya yang sering mencilok di celah – celah kenderaan. Pengguna jalan raya 1

Transcript of keselamatan jalan raya

Page 1: keselamatan jalan raya

Tajuk : Pengguna Jalan Raya Berhekmah

Salam Sejatera saya ucapkan di erena pidato ini. Yang Berusaha Pengacara Majlis, barisan Penel Hakim yang Arif lagi bijaksana, guru – guru, rakan – rakan sepejuangan seterusnya sidang hadirin yang dihormati sekelian. Berdirinya saya di sini adalah ingin menyampaikan pidato bertajuk “ Pengguna Jalan Raya Berhekmah”.

Sidang Hadirin Sekelian,

Menurut Kamus Dewan, Penggguna Jalan Raya bermaksud setiap orang yang menggunakan jalan raya, manakala berhekmah menbawa makna bertanggungjawab berdisplin, berhati – hati dan bersopan santun. Maka secara konsepnya Pengguna Jalan Raya Berhekmah bolehlah diertikan menggunakan jalan raya sama ada menggunakan kenderaan bermotor atau sebaliknya secara bertatasusila iaitu mengikut segala peraturan yang telah ditetapkan. Sebagai pengguna jalan raya berhekmah kita perlulah menanam sikap berdisplin pada setiap masa tampa ada krompromi. Salah satu contoh kesalahan yang sering kali dilakukan oleh pengguna jalan raya ialah melanggar lampu isyarat. Struktur pidato saya pada hari ini adalah seperti pengguna jalan raya perlulah mematuhi undang - undang jalan, perlu berhati – hati dan peka, beradab serta bertatasusila, kempen jalan raya dan bukti – bukti statitik yang menyokong pidato saya pada hari ini.

Sidang hadirin sekelian,

Dewasa ini, kejadian merempit semakin beluasa dikalangan muda – mudi kita. Malah mereka menjadikan jalan raya, litar lumba maut kepada mereka dan pengguna jalan raya yang lain. Malah undang – undang jalan raya sering kali dicabul oleh mereka. Perkara ini sering kali terpanpang di dada akhbar dan ditayang di telelvisyen. Di tambah lagi dengan sikap biadab mat – mat rempit ini di jalan raya yang sering mencilok di celah – celah kenderaan. Pengguna jalan raya berhekmah perlulah mematuhi undang – undang jalan raya dan menggunakannya dengan berhekmah.

Sidang hadirin sekelian,

Pengguna jalan raya berhekmah perlulah berhati – hati daan peka. Kita perlulah peka dengan keadaan sekeliling, semasa memandu kereta, menunggang motosikal dan berjalan kaki jika cuai maka malang tidak akan berbau. Kita perlu peka dengan keadaan kenderaan yang kita

1

Page 2: keselamatan jalan raya

gunakan. Contohnya memastikan brek, tayar, lampu, dan sebagainya berfungsi dengan baik sebelum kita menggunakan kenderaan itu. Setiap orang mempunyai hak terhadap jalan raya maka yang berhekmahlah akan mennjadikan perjalanan kita selamat sampai ke distinasi yang dituju.

Sidang hadirin sekelian,

Senario semasa kini, dapatlah kita lihat bergitu banyak kemalangan yang berlaku di negara kita hingga Malaysia telah tersenarai sebagai salah sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang paling tertinggi di dunia. Perkara adalah amat memalukan bagi kita semua. Ini memandang kita dikatakan bangsa yang mempunyai adab sopan dan tatasusila yang tinggi. Dimanakah hilang nilai bangsa kita itu? Tepuk dada tanya akal.

Sidang hadirin sekelian,

Kebelakang ini, kita lihat bergitu banyak kempen dilancarkan untuk menjadikan rakyat kita pengguna jalan raya yang berhekmah. Contohnya kempen musim perayaan seperti Ops Sikap yang hingga kini bilangannya berjumlah 4. Kempen – kempen sebegini adalah usaha berterusan PDRM dan komitmen untuk merealisasi matlamat menjadikan jalan raya negara kita paling selamat dan sikap pengguna yang berhekmah, bertimbang rasa dan bersopan santun. Persoalannya, bagaimana aspirasi ini boleh kita capai.

Sidang hadirin sekelian,

Apakah cabaran yang perlu kita atasi? Untuk menjawab soalan ini. Mari kita tinjau betapa seriausnya kadar kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini yang mempengaruhi pesepsi selamat atau sebaliknya jalan raya kita. Mengikut statitik dalam tempoh 15 hari dalam musim perayaan tahun 2003 sejumlah 10 277 kes kemalangan telah dicatatkan. Kes ini terus meningkat kepada 11 063 kes pada tahun 2004 dan bertambah sebanyak 2 239 kes kemalangan pada tahun 2005. Manakala kes – kes kemalangan maut telah bertambah daripada 199 kes pada tahun 2004 kepada 253 kes pada tahun 2005 iaitu bertambah 40.8 peratus.

Sidang Hadirin sekelian,

Justeru itu, jika ingin menjadi pengguna jalan yang berhekmah, kita perlulah memberi penumpuan ketika memandu, sentiasa mengikut peraturan, peka dengan kenderaan, jalan raya dan cuaca. Kesimpulannya gunalah akal fikiran dan undang – undang semasa

2

Page 3: keselamatan jalan raya

mengggunakan jalan raya bukannya mennggunakan perasaan semata – mata. Berhekmahlah dijalan raya amalan mulia. Berfikirlah secara bijak, kerana anda mampu mengubahnya. Izinkan saya pengguna jalan raya berhekmah mengundur diri.

Sekian. Salam sejatera.

3