KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN - ppukm.ukm.my · mementingkan keselamatan ini dapat dipraktiskan...

6
KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 2018 JABATAN KESIHATAN MASYARAKAT, PPUKM Kepada Bakal Pekerja Dalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Zon Tengah (Kuala Lumpur & Selangor)

Transcript of KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN - ppukm.ukm.my · mementingkan keselamatan ini dapat dipraktiskan...

KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

2018

JABATAN KESIHATAN MASYARAKAT, PPUKM

Kepada Bakal PekerjaDalam Kalangan Pelajar Kolej Vokasional Zon Tengah (Kuala Lumpur & Selangor)

SEMINAR KKP

3

KERTAS KERJA PROJEK-MY SCHOOLSEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) KEPADA BAKAL PEKERJA

DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL ERT SETAPAK, KUALA LUMPUR

1. PENGENALAN

Keselamatan dan kesihatan merupakan aspek penting dalam melaksanakan sesuatukerja yang menggunakan tenaga manusia dalam sesuatu proses kerja. Pengabaian terhadapaspek ini akan mengakibatkan kecederaan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.Justeru kesedaran mengutamakan keselamatan dan kesihatan semasa melakukan sesuatukerja perlu dilaksanakan pada peringkat akar umbi agar dapat memupuk sikap pekerja yangsentiasa peka terhadap aspek keselamatan dan kesihatan semasa melakukan sesuatu kerja.

Pusat kemahiran atau institusi yang menawarkan aliran kemahiran merupakansumber kepada negara dalam melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagaibidang. Oleh yang demikian, usaha untuk melatih dan membentuk tenaga kerja yangmempunyai sikap dan amalan kerja yang betul serta mengamalkan nilai-nilai positif sepertiberdisiplin, dedikasi dan tekun perlu dilakukan.

Kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan dalam pekerjaan perlulah ditanampada peringkat awal termasuk kepada bakal pekerja atau pelajar supaya sikapmementingkan keselamatan ini dapat dipraktiskan semasa membuat kerja amali di bengkeldan seterusnya diamalkan setelah memasuki alam pekerjaan.

2. RASIONAL

Sebahagian kursus-kursus yang ditawarkan di Kolej Vokasional membuka ruangkepada pelbagai risiko kemalangan dan kesihatan ketika melakukan kerja amali di bengkelterhadap pelajar. Kemalangan mungkin berlaku semasa aktiviti penyediaan bahan-bahanmentah seperti logam, keluli, ketika mengendalikan pelbagai jenis mesin yang besar dancanggih, penggunaan alat–alat memotong dan alatan tangan yang tajam.

Bagi memastikan pelajar dan bakal pekerja dipersiapkan dengan ilmu dan kemahiraninsaniah yang betul sebelum melangkahkan kaki memasuki alam pekerjaan, makaperkongsian ilmu dengan pihak industri dan pihak berkepentingan dari luar institusi adalahsangat penting. Justeru program yang ingin dilaksanakan ini bertujuan untukmemperkasakan para pelajar dan bakal pekerja dengan pelbagai kemahiran dalam aspekteknikal, kesihatan mahupun pengurusan kewangan agar ia tidak menjadi bebanan kepadamereka kelak.

SEMINAR KKP

4

3. NAMA PROGRAM

Seminar Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Kepada Bakal Pekerja DalamKalangan Pelajar Kolej Vokasional Zon Tengah ( Kuala Lumpur & Selangor)

3. MATLAMAT

Matlamat seminar ini adalah untuk;

I. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar di Kolej Vokasional tentang aspekkeselamatan dan kesihatan pekerjaan.

II. Mempromosi usaha pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di bengkel,makmal dan bakal tempat kerja.

III. Mempersiapkan pelajar dengan pengetahuan pengurusan keewangan di alampekerjaan.

IV. Mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.V. Pendedahan asas kepada aspek pertolongan cemas dalam kalangan pelajar.

VI. Memperkasakan kakitangan JKM dan PPUKM di dalam aspek tanggung jawab sosial.VII. Mempromosi JKM, PPUKM dan UKM kepada masyarakat.

4. OBJEKTIF

Adalah diharapkan di akhir program, para peserta akan dapat;

I. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran amalan Keselamatan Dan KesihatanPekerjaan (KKP) sebagai bakal pekerja.

II. Sentiasa mengamalkan budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan dibengkel, makmal dan tempat kerja.

III. Melaksanakan program Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sepanjangtempoh belajar dan apabila memasuki alam pekerjaan.

IV. Dapat mengenalpasti hazard dan menilai risiko seterusnya mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengawal dan menguruskan risiko.

V. Meningkatkan pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.VI. Meningkatkan kesedaran akan kepentingan gaya hidup sihat.

VII. Meningkatkan pengetahuan berkaitan asas pertolongan cemas.

SEMINAR KKP

5

5. IMPLIKASI PROGRAM

I. Universiti Awam boleh menyumbang kepada Pelan Induk Keselamatan & KesihatanPekerjaan 2016-2020 (OSHMP-20) dengan mengintegrasikan KKP dalam aktivitipendidikan dan khidmat untuk memupuk kesedaran KKP dalam kalangan pelajaratau bakal pekerja dengan itu aktiviti ini boleh meningkatkan jenama JKM, PPUKMdan UKM dalam kalangan masyarakat.

II. Melindungi modal insan negara sama ada pelajar atau bakal pekerja daripadakehilangan pekerjaan akibat daripada kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempatkerja.

III. Meningkatkan keyakinan pelajar dan bakal pekerja untuk melaksanakan kerja secaraproduktif.

IV. Menjamin keupayaan bekerja melalui pencegahan kemalangan dan penyakitpekerjaan yang boleh menyebabkan kesihatan terjejas,kecederaan dan kematian.

V. Mempromosi gaya hidup sihat dan asas pengurusan kewangan.

6. PENCERAMAH & FASILITITATOR

Modul 1 - Muhd Khaidir B Ismail Modul 2 - Mohd Rizam B Abd Rahman Modul 3 - Dr Halim B Ismail Modul 4 - Dr Halim B Ismail Modul 5 – Mohd Fuad Affader Modul 6 - Dr Halim B Ismail Modul 7 - Sazman B Wahab

7. SASARAN PENYERTAAN

Dianggarkan seramai 50-70 orang pelajar akan menghadiri seminar ini sebagai langkahuntuk mempersiapkan diri mereka memasuki alam pekerjaan.

SEMINAR KKP

6

8. TENTATIF PROGRAM

Hari 1 : 08.00-12.30SEMINAR KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN KEPADA BAKAL PEKERJA

08.00-08.30 am PENDAFTARAN PERSERTA

08.30-09.00 am MODUL 1 : PENGENALAN PELAN INDUK KESELAMATAN & KESIHATANPEKERJAAN 2016-2020 (OSHMP-20)Penceramah : En. Mohd Rizam B Abd Rahman,Peg.Pembangunan Masyarakat, HCTM

09.00-09.30 am MODUL 2 : SENAMAN & RELAKSASI DI TEMPAT KERJAPenceramah : En. Muhd Khaidir B Ismail, Jurulatih Kecergasan, HCTMFasilititator : Pelajar UiTM

09.30-10.00 am MODUL 3 : KESELAMATAN DI BENGKEL (PENDEDAHAN KEPADA HAZAD)Penceramah : Dr Halim B Ismail,Pensyarah Perubatan dan Pakar Kesihatan Awam, PPUKM

10.00-10.30 am REHAT

10.30-11.00 am MODUL 4 : PROMOSI BUDAYA PENCEGAHAN (HIRARC ASSESMENT)Penceramah : Dr Halim B Ismail,Pensyarah Perubatan dan Pakar Kesihatan Awam, PPUKM

11.00-11.30 am MODUL 5 : KESELAMATAN & KESIHATAN KEPADA BAKAL PEKERJA(PENDEDAHAN KEPADA PPE)Penceramah: En. Mohd Fuad Affader,

Pen. Peg Kesihatan Persekitaran PPUKM

11.30-12.00 am MODUL 6 : ASAS PERTOLONGAN CEMAS (LANGKAH-LANGKAH AWAL)Penceramah : Dr Halim B Ismail,,Pensyarah Perubatan dan Pakar Kesihatan Awam, PPUKM

12.00-12.30 pm MODUL 7 : PENGURUSAN KEWANGAN PEKERJA MUDAPenceramah : En. Sazman B Wahab,Peg.Pembangunan Masyarakat,HCTM

TAMAT

SEMINAR KKP

7

9. PENUTUP

Adalah diharapkan seminar ini dapat memberi panduan kepada pelajar dan bakal pekerjauntuk menempuhi alam pekerjaan dengan pengetahuan KKP yang mencukupi dan memberipeluang kepada ahli PPUKM untuk turut sama menyumbangkan ilmu dan kepakaran merekakepada dalam memenuhi tanggung jawab sosial kepada masyarakat.

Disediakan Oleh; Disemak Oleh;

................................................ . ..................................................MOHD RIZAM B ABD RAHMAN DR HALIM BIN ISMAILSetiausaha, Ketua Projek,

Disahkan Oleh;

……………………………………..PROF. DR MOHD RIZAL ABDUL MANAFKetua Jab. Kesihatan Masyarakat,Merangkap Pengerusi Seminar KKP.