Kesenian Alat Muzik Tradisional Pantai Barat Malaysia

35
NAZATUR SHIMA BINTI SAHANAN KESENIAN ALAT MUZIK TRADISIONAL PANTAI BARAT MALAYSIA

description

Kesenian Alat Muzik Tradisional Pantai Barat Malaysia

Transcript of Kesenian Alat Muzik Tradisional Pantai Barat Malaysia

KESENIAN ALAT MUZIK TRADISIONAL PANTAI BARAT MALAYSIA

NAZATUR SHIMA BINTI SAHANANKESENIAN ALAT MUZIK TRADISIONAL PANTAI BARAT MALAYSIASecara amnya, alat muzik digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis muzik. Alat-alat muzik merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa(magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan.

ALAT MUZIK TRADISIONALMuzik ini dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron II, Gambang serta Kenong.Gamelan merupakan himpunan alat muzik seperti bonang, gambang, gendang dan gong. Perkataan 'gamelan' berasal daripada perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang bermaksud memukul atau tukulGAMELANBONANG

Bonang merupakan alat terpenting dalam muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu. Bonang dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalutGAMBANG

Merupakan alat muzik yang diperbuat dari kayu keras, mempunyai 21 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza ketebalan dan panjang. biasanya dimainkan menggunakan 2 bilah kayu pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara memainnya dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan serentak KENONG

Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis, bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan bunyi yang merdu setelah diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama sepeti pengetuk bonang. SARON

Saron terdiri daripada bilah-bilah yang disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis saron iaitu saron demong, saron penerus dan saron pekingGENDANG

Gendang merupakan satu alat yang penting dalam setiap persembahan gamelan, ibarat tidak lengkap sesebuah persembahan gamelan tanpa gendang malah pincang. GONG

Berperanan seperti tulang belakang dalam persembahan gamelan.

Campuling adalah sebuah muzik tradisional yang dibawa oleh masyarakat Jawa di Jugra. Ia merupakan sebuah nyanyian yang halus dan bercampur dengan bahasa Arab.

Permainan ini mula diperkenalkan pada awal kedatangan Tanah Melayu. Pada awalnya, agak sukar untuk golongan muda mempelajari Islam. Untuk menarik golongan muda mendalami Islam dan membaca al-Quran dengan memuji-muji kebesaran Allah swt.

Selain itu liriknya juga mengandungi perkara-perkara dalam rukun islam. Alat yang digunakan untuk bermain ialah gendang panjang, gendang, kempul, kemperang dan iting-iting.

Campuling (Negeri Selangor) kempul

kemperang

gendang

Selain itu, Gordang Sembilan juga merupakan budaya muzik tradisi rakyat Selangor. Ianya merupakan kesenian suku Mandailing dan dimainkan sebagai tanda kerja besar atau meraikan ketibaan orang kenamaan. Ikatan Kebajikan Mandailing Malaysia memperkenalkan Gordang sembilan ini.

Gordang Sembilankompang

Alat melodi dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ianya diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan.Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk mendiskripsikan jenis ensemblenya. Mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.Cak Lempong (Negeri Sembilan)Dalam permainan Cak Lempong lazimnya alat-alat seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong disertakan bersama untuk mengiringi Pencak Silat, Tari Lilin, Randai dan Tari Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan oleh masyarakat tempatan untuk mendiskripsikan kumpulannya. Dalam permainan ini alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di mana setiap pemain akan memegang dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta satu rangkap melodi pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain. cak lempong

seruling buluh

gong

angklung

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu.Bukan penyanyi Melayu saja petah berpantun secara sepontan malah masyarakat Baba Nyonya, Portugis dan Chitti juga membuktikan bakat mereka.Dondang sayang wujud di Melaka sejak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.Dondang Sayang muncul pada kurun ke15 Masihi semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur ShahDondang Sayang (Melaka)Ahli Dondang SayangBiasa diiringi oleh empat orang ahli muzikSeorang pemain biolaDua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) MelayuSeorang pemain tawak (gong kecil).

Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal.Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alat-alat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan.Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan dengan akordion. rebana

biola

tawak

Ghazal merupakan satu kesenian tradisional masyarakat Melayu Negeri Johor yang popular dewasa ini.Pada peringkat permulaannya, seni muzik ghazal ini disebut sebagai qamat yang bererti nyanyian dan beriuh rendah dikatakan berasal dari Tanah Arab.Peralatan muzik ghazal pada mula-mulanya terdiri daripada Peti Harmonium, Biola, Gambus dan Tabla atau Do(Gendang). Kemudian alat-alat ini ditambah lagi dengan beberapa jenis alat muzik yang sesuai seperti gitar, kecepi Jepun, Keroncong dan Marakas.

Ghazal (Negeri Johor)harmonium

tabla

gambus

tamborin

marakas

gitar

kecapi