KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda...
Transcript of KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN … · syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda...
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN
DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU
KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA
KRAI, KELANTAN.
MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikanatau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek SarjanaMuda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA KRAI, KELANTAN.
(HURUF BESAR)
DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN 622, RPT CHUCHOH PUTERI B,
18000 KUALA KRAI,KELANTAN.
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Tandatangan :…………………………………………………..
Penyelia : DR. ABDUL RAHIM BIN HAMDAN
Tarikh :…………………………………...
KESESUAIAN ISI KANDUNGAN, MASA, KEMUDAHAN DAN ALATAN
DAN KAEDAH TUNJUK CARA (DEMONSTRASI) DALAM MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN TEKNIKAL DARI PERSPEKTIF GURU-GURU
KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA
KRAI, KELANTAN.
MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ….……………………………
Nama Penulis : MOHD ZAWAWI BIN ISMAIL
Tarikh : ………………………………
iiii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.
Khas Buat
Ayahanda & Bonda
Hj. Ismail B. Yusoff & Hjh. Mek Hasmah Bt Mat Amin
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua
dan kasih-sayang yang ayahanda serta bonda berikan tidak terbalas oleh anakanda.
Adik-Beradik Tersayang…
Abg Ziz, Abg Nan, Kak Nik, Abg Din, Kamal, Siti dan Mimi
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak termampu diungkapkan dengan kata-kata.
Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap menjadi teladan
dan kenangan kita sekeluarga .
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.
Pensyarah-pensyarah, Guru-guru & Rakan Seperjuangan sekalian….
Terimakasih di atas pengorbanan, kesetiaan , serta
doronganmu yang tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan
semangatku dalam mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.
iiv
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang”
Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka
kajian ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.
Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada penyelia iaitu Dr. Abdul Rahim B. Hamdan di atas segala bimbingan,
tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah
diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan bagi memudahkan
menyiapkan kajian ini. Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu
membalasnya.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak
memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua Pengetua, guru-guru
dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan,
peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam
matapelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di
Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Instrumen kajian yang
digunakan dalam kajian ini ialah kaedah tinjauan berbentuk soal selidik. Sampel yang
digunakan terdiri daripada 30 orang guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran
Teknikal. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains
Sosial (SPSS) Versi 11.5. Hasil daripada analisis diterjemahkan dalam bentuk
frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati nilai purata min keseluruhan bagi
empat persoalan mencatatkan 3.7 iaitu pada tahap penilaian tinggi. Jika dihalusi
secara lebih terperinci mengikut item menunjukkan bahawa persoalan kajian yang
kedua mencatatkan nilai min 3.3 iaitu pada tahap penilaian sederhana. Di samping
itu, ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan
masa ,kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara
pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat
Menengah Rendah. Dapatan daripada ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan
alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar
guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.
Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak Pentadbir Sekolah
supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk pengajaran matapelajaran
Kemahiran Teknikal.
ivi
ABSTRACT
This research aimed to identify the appropriateness of the content, time
allocation, facilities and tools, as well as demonstration techniques for lower
secondary school students who are learning Living Skills’ subject. This study is
merely from the perspective of Living Skills’ subject teachers who are teaching the
Technical subjects in the district of Kuala Krai, Kelantan. The research instrument
used in this study are questionnaires. The samples for this study are 30 Technical
Skills teachers. The data and findings of this study are processed using the Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) version 11.5. The data analysis from the
findings is presented in the forms of frequency, percentage and min. The result shows
that min values for the 4 research questions are 3.7 which are at the high level. By
evaluating this accordingly to the item, it is clearly shown that the second research
question shows an average min value of 3.3. Instead of that, the t-test is used to
differentiate the appropriateness of contents, time allocation, facilities and
demonstration techniques during the lesson as far as the teachers’ experience are
concerned. Result shows that there are no significant differences towards the
appropriateness of the content, time allocation, facilities and tools, as well as the
suitability of demonstration techniques, to be compared with the teachers’ experience
teaching the subject matters. It is recommended to the Ministry of Education and
School Administrator to evaluate the justification of the time allocation provided for
teaching and learning of the Technical Subject.
ivii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Hipotesis Kajian 8
1.6 Rasional Kajian 9
iviii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Kemahiran Hidup 11
1.8.2 Guru Kemahiran Teknikal 11
1.8.3 Kemahiran Teknikal 12
1.8.4 Sukatan Kemahiran Hidup 12
1.8.5 Isi Kandungan 12
1.8.6 Peruntukan Masa 13
1.8.7 Alatan dan Kelengkapan 13
1.8.8 Kaedah Pengajaran 13
2 SOROTAN PENULISAN 14
2.0 Pendahuluan 14
2.1 Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) 15
2.2 Kesesuaian Isi Kandungan 17
2.3 Peruntukan Masa 18
2.4 Alatan dan Kemudahan 20
2.5 Kaedah Pengajaran Guru 22
2.5.1 Jenis-jenis Kaedah 23
2.5.1.1 Kaedah Kerja Praktik 24
2.5.1.2 Kaedah Tunjuk Cara 24
2.6 Strategi Pengajaran 25
3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.0 Pengenalan 28
3.1 Rekabentuk Kajian 28
3.2 Sampel Kajian 29
3.3 Instrumen Kajian 30
3.3.1 Bahagian A 30
3.3.2 Bahagian B 30
3.4 Kajian Rintis 32
3.5 Prosedur Kajian 33
iix
3.6 Jangkamasa Kajian 34
3.7 Penganalisasan Data 34
4 ANALISI DATA 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Data Bahagian A 38
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 38
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 39
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 39
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik 40
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jawatan 40
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman 41
4.3 Analisis Data Bahagian B 42
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 43
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 46
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 49
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 52
4.3.5 Persoalan Kajian Kelima 55
4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 58
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 60
5.0 Pengenalan 60
5.1 Rumusan dan Perbincangan Kajian 61
5.1.1 Kesesuaian isi kandungan mata pelajaran
Kemahiran Teknikal 62
5.1.2 Kesesuaian peruntukan masa 64
5.1.3 Kemudahan dan alatan bagi proses pengajaran
dan pembelajaran 66
5.1.4 Kesesuaian Kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
dalam pengajaran Kemahiran Teknikal 69
ix
5.2 Cadangan 70
5.2.1. Kementerian Pelajaran Malaysia 70
5.2.2. Pihak Pentadbir Sekolah 71
5.2.3. Guru-guru Kemahiran Hidup 71
5.2 Kajian Lanjutan 72
5.3 Penutup 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN A-F 79
ixi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Komponen yang terdapat di dalam KHB 3
3.1 Senarai Nama Sekolah dan Bilangan Responden 29
3.2 Taburan soalan mengikut persoalan kajian 31
3.3 Item persoalan kajian yang diubah 32
3.4 Pekali Alpha Cronbach 33
3.5 Pengkelasan semula Skala Likert 35
3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 35
3.7 Tahap penilaian responden berdasarkan min 36
4.1 Taburan peratus responden mengikut jantina 38
4.2 Taburan responden mengikut umur 39
4.3 Taburan responden mengikut bangsa 39
4.4 Taburan responden mengikut kelulusan akademik 40
4.5 Taburan responden mengikut jawatan 40
4.6 Taburan responden mengikut pengalaman 41
4.7 Pemeringkatan skala likert 42
4.8 Tahap penilaian responden berdasarkan min 42
4.9 Analisis kekerapan,peratusan dan min responden yang menjawab Item bagi kesesuaian Isi kandungan Mata pelajaran Kemahiran Teknikal 43
4.10 Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang Menjawab Item bagi masa yang di peruntukan untuk pengajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal 46
4.11 Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang Menjawab Item kemudahan dan alatan bagi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal. 49
ixii
4.12 Analisis kekerapan, peratusan dan min responden yang menjawab Itembagi kaedah tunjuk cara (demonstrasi) 52
4.13 Analisis perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman mengajar guru-guru. 55
4.14 Analisis perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman mengajar guru-guru 56
4.15 Analisis perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antarapengalaman mengajar guru-guru. 57
4.16 Analisis perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)antara pengalaman mengajar guru-guru. 57
4.17 Analisis Keseluruhan Purata Min Dan Tahap Penilaian Persoalan Kajian 58
ixiii
SENARAI SINGKATAN
EPRD Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
JPNK - Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KH - Kemahiran Hidup
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia
NO - Nombor.
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPSS - Statistical Package For Social Science
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
% - Peratus
ixiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang soal selidik 80
B Surat kelulusan menjalankan kajian dari Kementerian
Pelajaran Malaysia 88
C Surat kebenaran menjalankan kajian di negeri
Kelantan 91
D Surat kebenaran menjalani Projek Sarjana Muda 93
E Surat pengesahan menjalankan kajian 95
F Abstract aprroval 100
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Matlamat kerajaan Malaysia adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah
negara maju menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara maju, kita
mestilah menyediakan lebih ramai tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Oleh itu
berbagai usaha sedang dilakukan untuk mendidik masyarakat berilmu berteraskan
perindustrian. Salah satu kaedahnya melalui sistem pendidikan negara. Kurikulum
pendidikan telah diubahsuai supaya mampu menyediakan rakyat yang cenderung ke
arah kemahiran dan vokasional. Dengan itu mata pelajaran KHB diperkenalkan
dalam KBSM sejak tahun 1989. Ia merupakan salah satu mata pelajaran teras dalam
KBSM.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu mata pelajaran teras
berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Kemahiran Hidup
Bersepadu merupakan mata pelajaran berbentuk pravokasional yang telah digubal
semula berasaskan mata pelajaran elektif Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Ekonomi
Rumah Tangga dan Perdagangan (Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan, 1989).
Mata pelajaran ini juga digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan
Negara. Ia dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui
penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi
2
sejajar dengan dasar dan keperluan negara. Mata pelajaran ini merupakan sebahagian
usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan.
Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid
boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia
teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk sikap
kerja yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam
pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.
Aktiviti yang diberi tumpuan adalah bercorak kerja-buat-sendiri yang mudah
berkaitan dengan pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan.
Disamping itu masakan, jahitan, tanaman, ternakan, pengurusan akaun dan
perniagaan turut diberi tumpuan. Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja
yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalam mata
pelajaran ini dapat diwujudkan.
Oleh itu, matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu digubal sedemikian rupa
dengan harapan dapat memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mengorak
langkah dalam menjayakan Matlamat Falsafah Pendidikan Negara itu iaitu
melahirkan generasi negara akan datang yang seimbang dari aspek rohani, jasmani,
emosi dan intelek serta berketrampilan.
Dengan demikian, keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang
bersidang pada 29 September 1988 telah memutuskan
Bahawa matapelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu hendaklah
dilaksanakan di semua sekolah menengah pada tahun 1989
yang menggantikan Matapelajaran elektif (Anika Jurusan).
Ia juga merupakan satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia
ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Matapelajaran
ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan
3
produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan
produktif.
Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup semakan terbaru (2002),
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah satu matapelajaran yang
berunsurkan teknologi di Tingkatan 1 hinga Tingkatan 3. Ia dirancang untuk
meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga
kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan dasar dengan keperluan
Negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Jadual 1 menunjukkan pecahan
huraian terbaru KHB.
Jadual 1.1: Komponen yang terdapat di dalam Kemahiran Hidup Bersepadu
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam tempoh dua dekad yang lalu terdapat usaha secara berterusan untuk
memperbaiki kurikulum sekolah dan pengajaran. Penyusunan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menegah (KBSM) misalnya adalah bertujuan untuk mewujudkan pendidikan
yang mampan dan dapat menyediakan tenaga kerja untuk pasaran negara. Dalam
usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan telah dilaksanakan
oleh Kementerian Pendidikan, antaranya memperkenalkan Matapelajaran Kemahiran
Hidup Bersepadu pada tahun 1989 bagi menggantikan Mata pelajaran Elektif (Anika
Jurusan).
Matapelajaran
Teras Rekabentuk Teknologi
Pilihan 1 Kemahiran Teknikal
Pilihan 2 Ekonomi Rumah Tangga
Pilihan 3 Pertanian
Pilihan 4 Perdagangan Dan Keusahawanan
4
Di antara objektif KHB ialah untuk membolehkan pelajar menjalankan kerja
mudah dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Untuk merealisasikan objektif ini
pengajaran dijalankan dalam bentuk aktiviti dan kerja praktis yang pelbagai.
Pengetahuan dalam kandungan pelajaran hendaklah disampaikan semasa sesuatu
aktiviti dan kerja amali dijalankan (Yahya,1993).
Pendidikan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah matapelajaran pra-vokasional
yang bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas. Ini
adalah untuk membolehkan pelajar mengendalikan kehidupan secara produktif dalam
dunia teknologi dan perindustrian yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah.
Kemahiran ini tertumpu kepada kemahiran menjalankan kerja buat sendiri yang
mudah serta boleh dilakukan dalam pelbagai situasi.
Laporan Jemaah Nazir sekolah mendapati guru kurang yakin serta kurang
keupayaan untuk melaksanakan pengajaran KHB secara total. (Utusan Malaysia, 7
September 1996). Ia meliputi penyampaian dan pembelajaran pengetahuan serta
kemahiran yang terkandung dalam sukatan tersebut. Keluh kesah ini timbul bukan
sahaja mereka kurang yakin terhadap kebolehan mereka, faktor minat, keadaan
bengkel, bahan dan peralatan serta kefahaman isi kandungan sukatan.
Bertitik tolak daripada sukatan mata pelajaran KHB yang dirombak pada
tahun 2002, penyelidik merasa perlunya dibuat kajian bagi mengenalpasti kesesuaian
sukatan KHB elektif Kemahiran Teknikal berdasarkan kesesuaian isi kandungan,
masa, alatan dan juga kaedah yang digunakan oleh guru mengikut pandangan guru-
guru Kemahiran Hidup yang mengajar pilihan Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah.
5
1.2 Penyataan Masalah
Secara umumnya guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah rendah
dijangka dapat mendalami pengetahuan dan kefahaman mengenai matlamat mata
pelajaran Kemahiran Hidup, menguasai isi kandungan sukatan pelajaran ini melalui
strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta mempraktikkan pelbagai
strategi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di dalam bilik darjah.
Sukatan pelajaran Kemahiran Hidup (rombakan 2002) dirangka untuk
mencapai tujuan tersebut. Walaupun struktur sukatan pelajaran ini merangkumi
semua aspek yang perlu diajar oleh guru Kemahiran Hidup, namun adakah ianya
bersesuaian dengan tahap pelajar menengah rendah dari segi masa, peralatan yang
mencukupi atau tidak atau bengkel yang bersesuaian serta kesediaan guru itu sendiri
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan strategi
yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan yang besar untuk memenuhi
sukatan pelajaran yang dirangka oleh kementerian pelajaran.
Pengajaran yang baik dihasilkan oleh keupayaan untuk merangsangkan murid
supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses
pembelajaran, mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta
mengekalkan konsep itu (Atan Long, 1978).
Penyelidik ingin mengkaji sejauh mana kesesuaian isi kandungan, peruntukan
masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam mata
pelajaran Kemahiran Teknikal untuk proses pengajaran dan pembelajaran peringkat
menengah rendah. Bagi menjawab persoalan tersebut, satu kajian yang terperinci
dibuat bagi menilai kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan
alatan dan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi) untuk pelajaran menengah rendah
mengikut pandangan guru-guru Kemahiran Hidup yang mengajar Mata Pelajaran
Kemahiran Teknikal.
6
1.3 Objektif Kajian
Dalam mengkaji masalah ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi
mengetahui kesesuaian sukatan Kemahiran Hidup mengikut pandangan guru-guru
Kemahiran Hidup. Objektif kajian ini ialah untuk :
1.3.1 Mengenalpasti kesesuaian isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal
bagi pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah.
1.3.2 Mengenalpasti masa yang diperuntukkan sesuai bagi sesuatu sesi pengajaran
mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah.
1.3.3 Mengenalpasti kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah
rendah.
1.3.4 Mengenalpasti kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah
rendah.
1.3.5 Mengenalpasti perbezaan kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa ,
kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara
pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal
peringkat Menengah Rendah.
7
1.4 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan
kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul.
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:
1.4.1 Adakah isi kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal sesuai untuk
pengajaran dan pembelajaran peringkat menengah rendah?
1.4.2 Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk sesuatu sesi pengajaran mata
pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah rendah?
1.4.3 Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi proses pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat menengah
rendah?
1.4.4 Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi) sesuai dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat menengah
rendah?
1.4.5 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman
mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat
Menengah Rendah?
1.4.6 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman
mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat
Menengah Rendah?
1.4.7 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara
pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal
peringkat Menengah Rendah?
8
1.4.8 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran
Teknikal peringkat Menengah Rendah?
1.5 Hipotesis
Hipotesis yang dibina adalah berdasarkan persoalan kajian berikut :-
1.5.1 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian isi kandungan antara pengalaman
mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat
Menengah Rendah?
Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian isi
kandungan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata
pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.
1.5.2 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian peruntukan masa antara pengalaman
mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat
Menengah Rendah?
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian
peruntukan masa antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata
pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.
1.5.3 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kemudahan dan alatan antara
pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal
peringkat Menengah Rendah?
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian
kemudahan dan alatan antara pengalaman mengajar guru-guru dalam
mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah Rendah.
9
1.5.4 Adakah terdapat perbezaan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
antara pengalaman mengajar guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran
Teknikal peringkat Menengah Rendah?
Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kesesuaian kaedah
tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar guru-guru
dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah
Rendah.
1.6 Rasional kajian
Melalui kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan gambaran tentang
kesesuaian sukatan pelajaran, peruntukan masa, alatan dan bahan dan kaedah
tunjukcara mengikut persepsi guru-guru Kemahiran Teknikal di peringkat menengah
rendah. Begitu juga semoga kajian ini dapat memberi panduan kepada beberapa
pihak iaitu:
1.6.1 Dari segi profesion perguruan, diharapkan dapatan kajian ini akan menjadi
panduan kepada guru dalam melaksanakan dan memotivasikan diri khususnya
dalam mempertingkatkan kesediaan guru dalam mengajar matapelajaran
Kemahiran Teknikal.
1.6.2 Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merangka isi kandungan mata
pelajaran Kemahiran Teknikal yang sesuai dan dapat dilaksanakan dengan
berkesan oleh guru-guru.
1.6.3 Pihak Kementerian boleh menggunakan dapatan penyelidikan ini untuk
membantu menangani masalah yang dihadapi oleh guru mata pelajaran
Kemahiran Teknikal.
10
1.6.4 Pihak sekolah agar dapat membuat perancangan atau tindakan bagi
penyusunan jadual, penyelenggaraan bengkel dan pembahagian guru
Kemahiran Hidup Bersepadu.
1.7 Skop dan Batasan Kajian
Walaupun skop dan bidang kajian luas dan menyeluruh, penyelidik
menjalankan kajian mengikut batasan tertentu berdasarkan tempat kajian, sampel
kajian dan bilangan sampel kajian.
Kajian yang dijalankan melibatkan semua Sekolah Menengah Harian Biasa di
Daerah Kuala Krai Kelantan yang terdiri daripada 9 buah sekolah. Sampel kajian
dipilih adalah terbatas kepada guru-guru yang mengajar subjek Kemahiran Teknikal
di sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Krai. Bilangan sampel kajian yang
digunakan terdiri daripada keseluruhan populasi guru iaitu seramai 30 orang di daerah
Kuala Krai.
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa konsep dan istilah yang boleh diperjelasklan bagi
menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-
perkara yang dibincangkan oleh penyelidik dalam kajian ini. Antaranya adalah
seperti berikut:
11
1.8.1 Kemahiran Hidup
Kemahiran hidup ialah merupakan salah satu matapelajaran yang digubal
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Kemahiran Hidup ialah kemahiran-
kemahiran asas yang perlu dibekalkan kepada pelajar untuk membolehkan mereka
bertindak mengendalikan hidup secara produktif di dalan dunia teknologi dan
perdagangan dan keusahwanan.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989 , KHB ialah satu mata
pelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Menengah bagi menggantikan mata
pelajaran elektif (Seni Perusahaan, Ekonomi Rumah Tangga, Sains Pertanian,
Perdagangan dan Keusahawanan).
Rombakan terkini sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah dalam
tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi
Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.
1.8.2 Guru Kemahiran Teknikal
Guru Kemahiran Teknikal ialah guru yang mengajar mata pelajaran
Kemahiran Hidup pilihan Kemahiran Teknikal di sekolah menengah kebangsaan
bantuan kerajaan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Kamus Dewan Edisi Baru (1989) mendefinisikan , guru adalah
pendidik, pengajar dan pengasuh. Dalam kajian ini, guru yang dimaksudkan ialah
individu yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan atau Jabatan
Pendidikan Negeri sama ada terlatih atau tidak terlatih untuk mengajar mata pelajaran
KHB di sekolah-sekolah.
12
1.8.3 Kemahiran Teknikal
Kemahiran Teknikal ialah salah satu pilihan elektif Kemahiran Hidup
Bersepadu. Kemahiran ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan praktis
dalam bidang teknologi. Dalam kontek kajian ini, kemahiran Teknikal merujuk
kepada komponen mata pelajaran pilihan yang terdapat dalam matapelajaran
Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Dalam Kamus Dewan (1994), kemahiran
ditakrifkan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu.
1.8.4 Sukatan Kemahiran Hidup
Merupakan dokumen yang memperincikan kandungan yang perlu
dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar mata pelajaran kemahiran hidup.
1.8.5 Isi Kandungan
Merupakan dokumen yang memperincikan kandungan yang perlu
dilaksanakan dan diajarkan kepada pelajar subjek kemahiran hidup. Sukatan dan
huraian ini boleh didapati di sekolah dan dibekalkan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia digunakan oleh guru sebagai garis
panduan dalam pengajaran sepanjang tahun.
13
1.8.6 Peruntukan Masa
Peruntukan Masa dalam konteks kajian ini merujuk kepada peruntukan masa
yang diberikan untuk sesuatu tempoh pengajaran dan pembelajaran Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup (Kemahiran Teknikal).
1.8.7 Alatan dan Kelengkapan
Peralatan adalah sejenis alat yang menggunakan tangan untuk melakukan
kerja (Kirkpatrick, 1983). Peralatan yang diambil kira dalam kajian ini ialah seperti
alatan pertukangan, alatan automotif, alatan perkebunan, alatan menjahit dan lain-
lain.
Kelengkapan adalah barang-barang tidak habis guna seperti perabot, mesin
dan buku-buku (Lawton, 1993). Maka dalam kontek kajian ini kelengkapan
Kemahiran Hidup adalah bilik yang dilengkapi oleh perabot seperti kerusi dan meja
pelajar yang sesuai, mesin-mesin, buku teks dan komputer.
1.8.8 Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan
kecekapan merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya
untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1994). Dalam
kajian ini kaedah pengajaran adalah merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh
guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
14
BAB 2
SOROTAN PENULISAN
2.0 Pendahuluan
Dalam bab ini, penyelidik akan membuat sorotan beberapa petikan dan
kajian-kajian yang telah dibuat berkaitan dengan matapelajaran Kemahiran Hidup.
Tumpuan perbincangan adalah berkisar tentang kesesuaian mata pelajaran Kemahiran
Teknikal di sekolah bagi pelajar menengah rendah dari beberpa aspek iaitu isi
kandungan matapelajaran, peruntukan masa, alatan dan kemudahan dan kaedah
tunjukcara yang dilaksanakan oleh guru kemahiran hidup. Menurut Mohd Najib
(1999), semua kajian yang hendak dijalankan seharusnya dilandaskan kepada kajian
lepas yang berkaitan bagi membentuk satu pengetahuan yang boleh menyumbang
kepada perbandingan dapatan atau manfaat untuk pengkaji yang akan datang.
Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysian bertarikh 4
November 1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua
komponen yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Pada tahun
1991, sukatan sekali lagi dirombak dan digantikan dengan Kemahiran Hidup
Bersepadu. Rombakan terkini sukatan mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah
dalam tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi
Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.
15
2.1 Kemahiran hidup bersepadu (KHB)
Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan I hingga
Tingkatan III. Mata pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai
matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan
masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif. Mata pelajaran ini digubal ke arah
membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan
ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam
suasana bekerja. Tenaga kerja yang sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi,
aspirasi dan keperluan negara yang sedang membangun dalam zaman yang sedang
menyaksikan kemajuan teknologi komunikasi maklumat.
Mengikut Pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysian bertarikh 4
November 1988 semua guru Kemahiran Hidup dimestikan mengajar semua
komponen yang terdapat dalam Kemahiran Hidup Program Peralihan. Sukatan
pelajaran ini telah dirombak sekali lagi apabila matapelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu mula diperkenalkan pada tahun 1991. Elektif Perdagangan telah
dimansuhkan dan yang tinggal hanyalah Manipulatif Tambahan, Ekonomi Rumah
Tangga dan Sains Pertanian. Bagi pilihan Manipulatif Tambahan peratusan bidang
yang terkandung didalamnya adalah terdiri daripada 60 peratus bidang Manipulatif,
20 peratus Perdagangan dan Keusahawanan dan 20 peratus bidang Pertanian. Bagi
pilihan Ekonomi Rumah Tangga dan Sains Pertanian 60 peratus dari Manipulatif, 20
peratus Perdagangan dan Keusahawanan dan 20 peratus lagi adalah dari bidang
masing-masing. Rombakan terkini sukatan mata pelajaran kemahiran Hidup adalah
dalam tahun 2002 dengan menawarkan pilihan elektif Kemahiran Teknikal, Ekonomi
Rumahtangga, Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.
Untuk menyediakan guru-guru yang bersesuaian dengan sukatan pelajaran
baru ini, sekali lagi pihak Pusat Perkembangan Kurikulum telah mengadakan kursus
khas untuk guru-guru kanan dari sistem Aneka Jurusan. Guru-guru yang dilatih khas
ini dikenali sebagai kakitangan sumber mata pelajaran kemahiran hidup. Seramai 100
16
orang guru kanan dari seluruh Malaysia telah dibawa untuk berkursus di Maktab
Perguruan Temenggong Ibrahim selama 8 hari bermula 8 Mei hingga 29 Mei 1990
(Pekeliling PPK April 1990).
Pada 3 Mei hingga 5 Mei satu kursus peringkat kemahiran dalam bidang
elektronik untuk kakitangan sumber sekolah menengah telah diadakan di Pusat
Perkembangan Kurikulum Kuala Lumpur. Bermula dari tahun 1990, Maktab
Perguruan Teknik mula membuat pengambilan pelatih untuk pengkhususan
kemahiran hidup bersepadu. Kumpulan pelatih pertama pengkhususan ini mula
mengajar pada tahun 1992.
Pada tahun 1996, bidang rekacipta telah dimasukkan ke dalam sukatan
pelajaran kemahiran hidup bersepadu. Bidang ini telah disepadukan dalam sukatan
yang sedia ada. Pelajar didedahkan dengan konsep rekacipta dan mereka digalakkan
untuk membuat projek amali berasaskan rekacipta mereka sendiri.
Salleh Hassan (1994), menyatakan Kemahiran Hidup Bersepadu adalah
matapelajaran yang lengkap. Ia meliputi pelbagai bidang kemahiran dan nilai-nilai
murni. Perlaksanaannya dapat memenuhi falsafah dan aspirasi kurikulum bersepadu
sekolah menengah iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.
Kesimpulan daripada penjelasan diatas dapatlah dikatakan bahawa guru-guru
yang mengajar mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu kini mempunyai tugas dan
tanggungjawab yang besar. Mereka terpaksa sentiasa meningkatkan keupayaan diri
bagi memastikan kejayaan perlaksanaannya.
17
2.2 Kesesuaian isi kandungan
Menurut Ramachandran dan Azni Jaffar (2003) di dalam jurnalnya,
berdasarkan kepada persepsi guru-guru KH mengenai sukatan mata pelajaran
Kemahiran Hidup, didapati majoriti daripada guru-guru bersetuju bahawa sukatan
Kemahiran Hidup relevan dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ini menunjukkan
bahawa Kementerian Pendidikan mengambil kira kepentingan masyarakat dan
kehendak negara.
Kesesuaian sukatan mata pelajaran juga perlu menitikberatkan kepada
golongan pelajar selaku penerima perubahan dan juga guru sebagai agen kepada
perubahan tersebut. Dapatan kajian oleh Ramanchandran dan Azni Jaffar (2003)
menunjukkan majoriti daripada guru KH tidak suka perubahan-perubahan yang
dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berpunca daripada perubahan
yang dibuat terlalu drastik dan guru-guru tidak bersedia dari segi pengetahuan dan
Kemahiran. Kementerian Pendidikan tidak mengambil kira pandangan guru-guru
dalam merealisasikan program baru. Mengikut Stufflebeam, Forley dan Guba (1971),
untuk merencanakan sesuatu program baru, masalah yang wujud sebelum itu perlu
diambil kira. Ini adalah untuk memastikan masalah itu diselesaikan.
Abu Bakar Nordin (1991) telah mencadangkan kepada pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia supaya membuat pilihan yang rapi terhadap aktiviti-aktiviti dan
kurikulum bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Beliau
mencadangkan tiga langkah sebagai panduan semasa memilih setiap kurikulum
tersebut, iaitu menentukan objektif yang paling sesuai untuk kurikulum-kurikulum
itu, mengetahui keadaan yang membolehkan sesuatu kurikulum itu mencapai
kejayaan, dan meneliti sifat-sifat kurikulum berkenaan untuk mengetahui bahagian
yang tetap dan bahagian yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. Di antara
kurikulum yang sesuai untuk strategi pengajaran pembelajaran bagi guru-guru ialah
kuliah, tunjukcara, pemerhatian, temuramah, percambahan fikiran, buzz,
perbincangan kelompok kecil dan main peranan.
18
Mengikut Abdul Raof Dalip (1991) sesungguhnya kejayaan sukatan pelajaran
baru bergantung besar kepada keupayaan guru untuk melaksanakannya dengan penuh
semangat dan dedikasi. Oleh itu, guru sepatutnya memahami dan menguasai terlebih
dahulu tentang sesuatu kurikulum dari segi matlamatnya dan perlu diberi latihan yang
secukupnya. Sepertimana yang kita sedia maklum KH merupakan gabungan kepada
empat kemahiran iaitu Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Perdagangan dan Ekonomi
Rumah Tangga. Ini merumitkan guru untuk mengajar topik yang mereka tidak
pernah belajar. Ada guru-guru tidak diberi latihan yang mencukupi untuk
melaksanakan program KH. Didapati, majoriti daripada guru tidak diberi kursus
yang mencukupi dalam topik-topik yang terdapat dalam sukatan KH seperti enjin,
lukisan teknik, perakaunan, letrik dan sebagainya. Akibatnya mereka sukar
menerima perubahan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana
mereka tidak bersedia untuk mengajar kurikulum yang baru dalam mata pelajaran
KH.
Mengikut Stufflebeam (1971) sesuatu program dikira berjaya jika kelemahan-
kelemahan dalam setiap dimensi itu berjaya diperbaiki dan hasil setiap dimensi
menunjukkan tanda-tanda yang baik. Dengan mengkaji pencapaian objektif
pengajaran dan pembelajaran KH, guru dapat mengetahui sama ada objektif KH ini
tercapai atau tidak. Objektif KH adalah untuk melatih pelajar-pelajar berdikari dan
di samping menggunakan pelajaran yang mereka pelajari untuk kegunaan di rumah.
Dengan cara ini kita akan dapat maklumat akan keberkesanannya nanti.
2.3 Peruntukan masa
Elemen masa dalam konteks pembelajaran seseorang pelajar ada kaitannya
dengan kadar dan tahap tenaga pada keadaan berbeza bagi hari tersebut. Samada
masa yang dipilih untuk konsentrasi dalam pembelajaran itu sesuai pada waktu pagi,
tengahari atau petang adalah perkara yang berbeza antara satu individu dengan
individu yang lain. Setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza untuk
19
menerima sesuatu pelajaran. Pelajar yang lemah memerlukan lebih masa untuk
memahami sesuatu pengajaran berbanding pelajar yang pintar. Begitu juga dalam
melakukan aktiviti amali atau kemahiran, tahap penerimaan pelajar mempunyai
jurang perbezaan untuk melakukan sesuatu tugasan.
Dalam mata pelajaran KH peruntukan masa yang diberikan ialah empat waktu
seminggu yang mengandungi 160 minit. Pengagihan waktu seminggu di dalam KH
tidak seragam. Ini semua bergantung kepada budi bicara pihak pentadbir sekolah.
Dalam penyediaan jadual waktu, faktor kesesuaian mata pelajaran perlu
dipertimbangkan untuk memenuhi kehendak mata pelajaran tersebut. Penjadualan
waktu pengajaran haruslah disusun dengan baik supaya mata pelajaran itu dapat
disampaikan pada waktu yang sesuai kepada pelajar. Disamping itu, jadual waktu
yang tersusun kurang merumitkan pelaksanaan pengajaran.
Untuk melicinkan pelaksanaan KH, pihak sekolah telah memberi kerjasama
yang baik bagi memastikan bahawa program KH dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan Keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu bergantung kepada
kesesuaian dalam penyusunan jadual waktu (Fowziah,1995). Dalam kajian ini
didapati kebanyakan daripada sekolah menggunakan kombinasi jadual waktu dua
waktu (double period) sekali dalam satu masa pengajaran. Ini amat sesuai dengan
perjalanan program KH kerana ia memudahkan untuk merancang kerja projek yang
berbentuk amali. Jadual waktu yang sistematik kurang menimbulkan masalah kepada
guru-guru terutamanya dari segi kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran
(Fowziah ,1995).
Di samping itu juga didapati penyusunan jadual waktu dibuat dengan baik dan
mengambil kira kehendak mata pelajaran tersebut. Tidak banyak berlaku pertindihan
dalam penggunaan bengkel dan ia berjaya dielak oleh pihak sekolah. Perjalanan
amali pertanian juga dibuat mengikut situasi amali iaitu pada waktu pagi. Kajian ini
juga tidak selari dengan dapatan yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik sebelum ini.
Di antaranya ialah Mardevan (1990) yang menyatakan bahawa pelaksanaan jadual
waktu KH tidak sesuai dengan waktu amali contohnya dalam amali pertanian di mana
20
guru membawa pelajar-pelajar ke kebun pada waktu 12.00 tengah hari. Ini tidak
sesuai dengan amalan pertanian yang sebenarnya. Guru-guru merungut kerana
penyusunan jadual yang tidak memuaskan.
Masalah yang timbul dari perubahan, persediaan dan kesediaan guru adalah
faktor penting untuk menentukan keberkesanan pelaksanaan sesuatu kurikulum baru.
Memandangkan topik KH terlalu banyak dan peruntukan waktu yang terhad, pelajar-
pelajar kadang-kadang terpaksa menyiapkan kerja projek sehingga dua minggu di
rumah kerana peruntukan masa yang digunakan di sekolah tidak mencukupi untuk
menyiapkan kerja tersebut. Perancangan perlu dibuat agar pelaksanaan sesuatu
program dapat dijalankan dengan lebih teratur dan memberi manfaat kepada pelajar-
pelajar.
2.4 Alatan dan kemudahan
Bagi mencapai matlamat pendidikan Negara, setiap sekolah telah
diperuntukan dengan bahan dan alatan bagi memudahkan tugas guru menjalankan
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Untuk memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran KH,
pihak sekolah perlulah menyediakan peralatan yang mencukupi supaya pelajar dapat
belajar dalam keadaan yang memuaskan tanpa sebarang halangan yang boleh
mengganggu proses pembelajaran (Rohana, 1996). Dari aspek persediaan bengkel,
ladang dan rumah bunga perlu disediakan bagi melicinkan pelaksanaan kurikulum
KH. Dengan adanya kemudahan tersebut latihan amali dapat dijalankan tanpa
sebarang gangguan daripada pihak lain (Rohana, 1996). Pelajar-pelajar akan
bergerak ke tempat amali sementara guru akan menunggu di bengkel atau pun di
ladang. Dengan cara ini murid-murid mempunyai tempat khas untuk menjalankan
projek dan menyimpan hasil-hasil projek.
21
Untuk memastikan pelajar mencapai tahap penguasaan yang maksima dalam
pembelajaran peralatan dan kemudahan mestilah mencukupi, boleh digunakan dan
diselenggaran dengan baik. Ketidakcukupan peralatan ini menyebabkan pelajar tidak
mendapat pengetahuan cara menggunakan dan mengendalikan sesuatu alatan.
Pelajar-pelajar mungkin mahir tetapi ditahap yang rendah dan sederhana. Untuk
menentukan sesuatu program itu berjaya, sumber-sumber dalam dimensi input perlu
mencukupi bagi memastikan penggunaan yang optimum. Walaupun guru guru dan
pelajar menyatakan hasil yang diperolehi dari aspek tingkahlaku, kemahiran dan
pengetahuan adalah baik selepas tamat tingkatan tiga, tetapi ia tidak mencerminkan ia
berjaya seratus peratus kerana kejayaan sesuatu program ditentukan dengan
kemudahan asas yang disediakan.
Saharin (1993), menyatakan dalam kajiannya, kerja amali Kemahiran Hidup
tidak dapat dilaksanakan sekiranya peralatan digunakan tidak mencukupi kerana guru
tidak mengetahuinya disebabkan tidak berpengetahuan dalam perlaksanaan bengkel.
Begitu juga pengetahuan tentang mesin dan pengendalian mesin
Menurut Mok Soon Sang (1996 ), untuk mencapai prestasi yang baik di
bidang akademik pihak sekolah sepatutnya mempunyai kemudahan fizikal yang baik
seperti meja, kerusi, alat-alatan, dan ruang pembelajaran yang selesa bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran tanpa ada sebarang gangguan dari
pihak luar. Pengelolaan bilik darjah yang baik akan mewujudkan suasana yang
selesa, sistematik, berdisiplin dan dapat mempengaruhi pencapaian yang baik
Menurut Othman Md. Johan (1995), keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai
patutlah diwujudkan. Kelas seharusnya cukup besar untuk menampung semua pelajar
dalam keadaan yang selesa. Baharudin Othman (1998), pula menyatakan bahawa
iklim dan susun atur peralatan di bilik darjah yang terancang dan sesuai dengan
aktiviti-aktiviti pendidikan akan membawa kesan yang positif dan dapat
mempertingkatkan prestasi dalam pembelajaran.
22
2.5 Kaedah pengajaran guru
Kaedah dan teknik pengajaran juga sangat penting dalam sesuatu pengajaran.
Mengikut Mohd. Salleh (1996), dalam kaedah pengajaran moden sekarang, teknik
yang selalu digunakan lazimnya tidak sama dan bergantung kepada tajuk pelajaran,
kandungan, saiz bilik darjah, kumpulan pelajar dan kematangan guru sendiri serta
cara mengendalikannya. Pemilihan teknik pengajaran yang betul dan bersepadu akan
menarik minat pelajar dan menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran.
Menurut Ee Ah Meng (1990), kaedah pengajaran yang berpusatkan guru
sebenarnya tidak menggalakkan pelajar memindahkan pembelajaran langsung. Guru
sepatutnya menggunakan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar. Beliau juga
menekankan bahawa guru perlu memberi motivasi yang kuat supaya mendorong
pelajar-pelajar mencapai objektif pembelajaran pada aras yang lebih tinggi. Oleh itu
guru hendaklah memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat
menimbulkan minat pelajar serta mendorong mereka memperolehi pencapaian yang
baik.
Sharifah Alawiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.
Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya
bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk
memberi kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu
adalah kaedah. Melihat kepada contoh-contoh yang diutarakan oleh Sharifah
Alawiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak
Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang
dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi,
Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya.
Pembentukan konsep ialah sejenis pembelajaran penemuan yang melibatkan
pembentukan hipotesis, pengujian dan juga membuat generalisasi daripada contoh-
23
contoh khusus. Melalui proses pembentukan konsep, maka perbezaan konsep-
konsep yang telah diperolehi dengan cara asimilasi, konsep akan berlaku,
kebanyakan konsep baru akan diperolehi dengan cara asimilasi konsep, perbezaan
progresif dan penyesuaian intergratif, Sharifah Alawiyah (1986).
Kaedah adalah satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set
prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.
Manakala menurut Sharifah Alawiyah (1983) kaedah pengajaran ialah peredaran ke
arah sesuatu tujuan pengajaran yang telah dirancang dengan teratur. Kaedah-kaedah
yang betul adalah sangat penting dalam sesuatu pendidikan yang ideal. Setiap
kaedah yang digunakan oleh guru dalam bilik darjah mempunyai objektifnya yang
tertentu.
Guru perlulah memilih menggunakan kaedah-kaedah yang paling sesuai bagi
membantu pelajar-pelajarnya dan dirinya sendiri mencapai objektif-objektif
pengajaran yang dirancangnya. Hal ini penting kerana wujudnya faktor-faktor yang
mempengaruhi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran seperti perbezaan latar
belakang pelajar, keadaan persekitaran sekolah, suasana dan keadaan fizikal bilik
darjah, persediaaan peralatan, bilangan pelajar dan masa.
2.5.1 Jenis-Jenis Kaedah.
Kaedah yang baik dan sesuai dapat membantu pelajar-pelajar membina nilai
yang baik dan sikap yang betul terhadap kerja, menekankan pembelajaran yang
bertujuan konkrit dan realistik, memberi peluang pelajar menggunakan pengetahuan
yang dipelajari, melatih murid belajar sendiri, mengembangkan kebolehan berfikir
dan melahirkan pendapat dengan jelas dan meluaskan minat pelajar-pelajar (Musa
Daia, 1992).
24
Kini, berbagai-bagai pendekatan dan kaedah lain telah dikemukakan, dikaji
dan kemudian diaplikasikan. Tiada satu kaedah yang paling baik untuk semua
situasi pengajaran. Kebiasaannya berbagai-bagai kaedah digunakan bersama
mengikut kesesuaian. Menurut Sharifah Alawiyah (1983) guru harus mengetahui,
memahami dan dapat menggunakan kesemua kaedah ini, dan memilih kaedah-
kaedah yang paling berkesan untuk pengajarannya. Antara kaedah kerja amali
ialah:-
2.5.1.1 Kaedah Kerja Praktik.
Kerja praktik boleh ditakrifkan sebagai suatu aktiviti yang mempunyai tujuan
untuk mendapatkan hasil daripada kerjanya. Dalam pengajaran amali, kaedah kerja
praktik ialah suatu kaedah yang digunakan untuk melatih murid-murid menggunakan
alatan dan yang paling utama ia digunakan untuk menguasai kemahiran dalam
sesuatu bidang kursus. Dalam pengajaran amali kimpalan, kaedah kerja praktik
merupakan kaedah yang utama.
2.5.1.2 Kaedah Tunjuk Cara (Demontrasi)
Tunjuk cara atau lebih dikenali sebagai demonstrasi adalah satu teknik
pengajaran dan pembelajaran yang boleh diamalkan oleh guru-guru dalam bengkel.
Kaedah ini menegaskan pemusatan aktiviti yang melibatkan individu tertentu
menunjukkan cara membuat sesuatu atau menghasilkan sesuatu di hadapan idividu-
individu lain. Teknik ini menekankan kepada pemusatan perhatian pelajar-pelajar
terhadap langkah-langkah atau prosedur, atau peraturan-peraturan yang terlibat
dengan sesuatu proses ‘manual’. Tujuan kaedah ini ialah untuk menunjukkan sesuatu
prinsip supaya pelajar-pelajar dapat melakukan sesuatu itu dengan cara yang
sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Apabila sesuatu demontrasi ditunjukkan
25
dengan cara yang berkesan, maka para pelajar akan dapat meniru perilaku guru tadi,
dan kaedah ini juga boleh dipanggil ‘peniruan pasif’.
2.6 Strategi Pengajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan
kecekapan merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya
untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1994).
Menurut Mok Soon Sang (1994), pendekatan strategi, kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah menengah adalah berlandaskan
kepada rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang telah
digubal berdasarkan kepada falsafah dan matlamat pendidikan negara. Untuk
mencapai objektif tersebut, beberapa pendekatan telah disarankan.
Mengikut program KBSM ini, selain daripada memperolehi ilmu dan
menguasai kemahiran, pelajar juga hendaklah diberi peluang memperkembangkan
serta meningkatkan daya intelek mereka. Ini bermakna, aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan sepatutnya diajar bukan sahaja di bawah aras
kemahiran kognitif peringkat rendah iaitu peringkat pengetahuan, kefahaman dan
aplikasi tetapi juga hendaklah pada peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat
analisis, sintesis dan penilaian.
Justeru itu, untuk mencapai objektif ini, aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran haruslah meliputi pelbagai aktiviti pelajar seperti kerja projek, main
peranan dan lain-lain di samping pelbagai teknik mengajar seperti perbincangan,
penyelesaian masalah dan sumbangsaran bagi mengembangkan dan meningkatkan
daya intelek pelajar.
26
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang mencapai
matlamat kurikulum bergantung kepada banyak faktor, sama ada yang terdapat pada
guru, pada pelajar mahupun pada keadaan fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul
Razak, 1996). Kandungan mata pelajaran Kemahiran Teknikal sememangnya sudah
tercatat dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran dan buku-buku teks. Terpulanglah
kepada guru untuk menghurai dan memperkembangkan dari satu peringkat ke satu
peringkat yang lain berdasarkan kemampuan murid untuk memahaminya .
Menurut Atan Long (1991), untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan
seseorang guru perlu menyampaikan pengajaranya mengikut prinsip-prinsip yang
tertentu. Prinsip-prinsip ini adalah mengikut prinsip-prinsip pembelajaran seperti
berikut:
i.) Pelajar dilibatkan dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ii.) Guru menggunakan pelbagai kaedah dalam penyampaian pengajaran
iii) Isi pengajaran dikaitkan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar
iv) Pengajaran guru mempertimbangkan perbezaan sifat-sifat individu yang
ada pada pelajar
v) Pengajaran guru hendaklah terancang
vi) Guru selalu memberikan galakan dan rangsangan kepada pelajar
vii) Guru banyak menggunakan saranan-saranan daripada perintah
viii) Guru mengadakan suasana demokratik dalam bilik darjah
ix) Guru mengujudkan situasi yang sebenar-benarnya di dalam pengajaran.
Untuk memastikan guru melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik,
aktiviti guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah dipantau oleh pihak
pentadbir sekolah dari semasa ke semasa. Menurut Hussein Mahmood (1993),
penyeliaan terhadap guru hendaklah bertujuan untuk meningkatkan perkembangan
professional para guru. Di samping itu juga, penyeliaan bertujuan untuk
membetulkan kelemahan mereka. Jika penyeliaan terhadap guru dibuat secara
sistematik dan bermakna, prestasi pengajaran dapat dipertingkatkan.
27
Mengikut Nei dermeyer (1987), penyeliaan yang berfokuskan kepada
pencapaian pelajar dan bukannya berfokus kepada proses, boleh meningkatkan hasil
pembelajaran pelajar. Sesuatu sesi pengajaran dianggap berkesan apabila memenuhi
kriteria penilaian aspek-aspek tertentu yang terdapat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru berjaya menyampaikan keseluruhan isi pengajaran melalui
strategi-strategi tertentu, manakala pelajar-pelajar menerima pengajaran secara
berkesan. Perubahan-perubahan yang positif dari aspek kognitif, afektif dan
psikomotor akan berlaku pada diri pelajar. Tahap keberkesanan yang tinggi dicapai
melalui perancangan yang mantap dan rapi.
Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat
menyampaikan pengetahuan ataupun kandungan dengan berkesan dalam tempoh
yang ditetapkan (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Sekiranya kandungan sesuatu
kurikulum itu dapat disampaikan dengan jayanya menurut kehendak objektif yang
ditetapkan, semestilah matlamat suatu kurikulum dapat dicapai.
28
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Metodologi merupakan satu perkara penting di dalam menjalankan sesuatu
penyelidikan. Ia menggambarkan aliran kerja bagaimana sesuatu kajian itu
dijalankan agar persoalan kajian dapat dijawab. Tujuannya supaya maklumat yang
diperolehi boleh dipercayai dan mempunyai tahap kesahan yang tinggi.
Bab ini akan membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan
metodologi kajian khususnya mengenai reka bentuk kajian, lokasi kajian, sampel
kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen, prosedur kajian
dan analisis data.
3.1 Rekabentuk Kajian
Kajian yang telah dijalankan merupakan kajian yang berbentuk deskriptif.
Dalam reka bentuk kajian ini, penyelidik telah menggunakan kaedah tinjauan yang
berbentuk soal selidik. Dalam Majid (2000), kaedah tinjauan menerusi penggunaan
soal selidik amat sesuai digunakan bagi mengumpul maklumat mengenai
29
pembolehubah, malahan cara ini paling berkesan untuk mendapatkan maklumat
tersebut. Dalam konteks kajian ini pembolehubah bebas ialah faktor kesesuaian
sukatan mata pelajaran, peruntukan masa yang dibekalkan, kemudahan alatan dan
bahan dan kaedah pengajaran dan penggunaan kaedah tunjukcara untuk pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran kemahiran teknikal di peringkat Menengah Rendah.
3.2 Sampel Kajian
Sampel kajian yang telah dijalankan terdiri daripada 30 orang guru KHB
yang mengajar Kemahiran Teknikal di Daerah Kuala Krai. Di dalam kajian ini,
penyelidik menggunakan keseluruhan populasi sebagai sampel kajian. Mohd Najib
(1999) menyatakan bahawa jika jumlah populasinya adalah kecil penyelidik boleh
menggunakan keseluruhan ahli sebagai sampel. Justeru itu, keputusan penyelesaian
masalah yang dibuat adalah lebih tepat. Sebanyak 9 buah sekolah digunakan bagi
tujuan mendapatkan maklumat. Senarai nama sekolah dan bilangan responden
ditunjukkan dalam jadual 3.1 dibawah:-
Jadual 3.1: Senarai Nama Sekolah dan Bilangan Responden
Bil Nama Sekolah Bilangan Responden
1 SMK Keroh 2
2 SMK Kuala Krai 2
3 SMK Sultan Yahya Petra 1 5
4 SMK Sultan Yahya Petra 2 3
5 SMK Pahi 4
6 SMK Mengkebang 3
7 SMK Laloh 3
8 SMK Manek Urai 5
9 SMK Dabong 3
JUMLAH 30
30
3.3 Instrumen Kajian
Soal selidik adalah instrumen yang digunakan dalam kajian ini.
Beberapa perkara telah dipertimbangkan untuk memilih instrumen jenis ini, seperti:
i) Responden lebih mudah memberi tindakbalas terhadap aspek-aspek yang dikaji
kerana responden hanya perlu memilih jawapan sesuai yang telah disediakan. Ini
berbeza dengan kaedah temubual di mana responden terpaksa berfikir dan terikat
dengan emosi.
ii) Instrumen jenis ini adalah lebih cepat, menjimatkan masa dan menjimatkan
kos. Soal selidik yang dibina mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A
dan Bahagian B. Soalan-soalan dibina berdasarkan persoalan dan objektif kajian.
3.3.1 Bahagian A
Bahagian ini mengandungi 6 soalan yang bertujuan untuk mengetahui
latarbelakang responden. Responden dikehendaki menandakan () pada kotak
jawapan yang disediakan.
3.3.2 Bahagian B
Bahagian ini mengandungi 40 item pernyataan yang berkaitan dengan 4
pembolehubah iaitu iaitu persepsi guru-guru terhadap faktor kesesuaian isi
kandungan mata pelajaran, peruntukan masa yang dibekalkan, kemudahan alatan dan
bahan dan kaedah tunjukcara dalam pengajaran dan pembelajaran untuk pengajaran
subjek kemahiran teknikal di peringkat Menengah Rendah. Pernyataan bagi setiap
pembolehubah adalah seperti di jadual 3.2.
31
Jadual 3.2 : Taburan soalan mengikut persoalan kajian
Persoalan Kajian No. Item
Bil.
Item
i. Adakah isi kandungan mata pelajaran
Kemahiran Teknikal sesuai untuk pengajaran
dan pembelajaran peringkat menengah rendah?
ii. Adakah masa yang diperuntukan sesuai untuk
sesuatu sesi pengajaran mata pelajaran
Kemahiran Teknikal peringkat menengah
rendah?
iii. Adakah kemudahan dan alatan mencukupi bagi
proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat
menengah rendah?
iv. Adakah kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran kemahiran teknikal peringkat
menengah rendah?
1,2,3,4,5,7,8,9,10
11,12,13,14,15,16
,17,18,19,20
21,22,23,24,25,26
,27,28,29,30
31,32,33,34,35,36
,37,38,39,40
10
10
10
10
Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan terhadap item-
item yang diberikan dengan membulatkan nombor- nombor yang diletakkan diakhir
item. Skala Likert digunakan untuk untuk mengukur persepsi responden. Lima
peringkat skala Likert adalah seperti berikut:
1. Sangat tidak Setuju (STS)
2. Tidak Setuju (TS)
3. Tidak Pasti (TP)
4. Setuju (S)
5 Sangat Setuju (SS)
32
3.4 Kajian Rintis
Satu kajian rintis telah diadakan di SMK Tunku Abdul Majid, Majidee, SMK
Seri Tebrau dan SMK Taman Molek, Johor Bahru. Kajian rintis ini menggunakan
item-item dalam borang soal selidik yang akan digunakan sebagai alat pengumpulan
data untuk kajian ini. Kajian rintis ini bertujuan untuk menguji keesahan dan
kebolehpercayaan item-item yang dikemukakan di samping dapat memperbaiki
sebarang kelemahan yang timbul semasa kajian rintis ini dijalankan. Hasil dari kajian
rintis ini akan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package of Social
Science for Windows) 11.5. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 10 orang guru di
tiga buah sekolah tersebut. Daripada kajian rintis yang dijalankan nilai alpha yang
diperolehi adalah 0.742 dan beberapa perubahan telah dibuat bagi memantapkan
soalan yang dikaji. Jadual 3.3 dibawah menunjukkan item persoalan kajian yang
telah diubah setelah mendapat nasihat daripada penyelia.
Jadual 3.3: Item persoalan kajian yang diubah
No
item
Item persoalan Kajian Rintis Item persoalan Kajian Sebenar
3 Kurikulum Kemahiran Teknikal membolehkan pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif dan selamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
Isi kandungan Kemahiran Teknikal menggalakkan pelajar-pelajar meningkatkan minat terhadap pembelajaran mata pelajaran ini
22 Saiz ruangan bengkel untuk matapelajaran Kemahiran Teknikal mencukupi untuk menampung bilangan pelajar.
Ruang kerja di dalam bengkel selesa untuk proses kerja amali dilakukan.
11 Jumlah 4 waktu seminggu untuk mata pelajaran Kemahiran Teknikal adalah mencukupi.
Jumlah masa pengajaran yang diperuntukan adalah mencukupi.
40 Pelajar akan lebih cepat menyiapkan kerja amali sekiranya saya melakukan kaedah demonstrasi dalam pengajaran
Pelajar akan merasa lebih yakin dan berani untuk melakukan amali sekiranya saya melakukan pengajaran menggunakan kaedah demontrasi.
33
Analisis data kajian rintis menggunakan statistik Alpha Cronbach iaitu
‘realibility coefficient’ atau pekali kebolehpercayaan untuk menguji keesahan dan
kebolehpercayaan item. Jadual di bawah menunjukkan nilai pekali Alpha Cronbach,
jika nilai alpha menghampiri 1 bermakna kebolehpercayaan amat tinggi, baik dan
berkesan. Menurut Mohd. Najib (1999), jika pekali Alpha Cronbach di antara 0.8
hingga 1.0 menunjukkan item kajian boleh diterima dan tidak perlu ditukar seperti
yang terdapat di Jadual 3.4.
Jadual 3.4: Pekali Alpha Cronbach
3.5 Prosedur Kajian
Sebelum memulakan kajian pengkaji membuat proposal. Proposal tersebut
dihantar kepada Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD) bagi mendapatkan
kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melakukan
kajian di sekolah-sekolah Menengah di daerah Kuala Krai, Kelantan. Selepas
mendapat pengesahan dari EPRD pengkaji pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri
Kelantan (JPNK) untuk mendapatkan persetujuan dari bahagian negeri untuk
melakukan kajian ini.
Setelah melakukan kajian rintis, pengkaji seterusnya membuat kajian sebenar
di sekolah yang telah dipilih. Borang soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru
Kemahiran Hidup oleh pengkaji, responden diberi masa selama dua hari untuk
menjawab soal selidik bagi mengelakkan responden merasa tertekan. Selepas itu,
0.0 – 0.2 Rendah (ubah semua item)
0.2 – 0.8 Sederhana (ubah sebilangan item)
0.8 – 1.0 Tinggi ( item boleh diterima)
34
kesemua borang soal selidik ini telah dikumpulkan oleh pengkaji untuk dianalisis.
Segala borang soal selidik digunakan untuk dianalisis menggunakan SPSS (Statistical
Package For Social Science, Version 11.5).
3.6 Jangkamasa Kajian
Penyelidikan telah dijalankan dari bulan Julai 2007 hingga bulan Februari
2008.
3.7 Penganalisisan Data
Data-data yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada
responden merupakan data mentah. Pemprosesan data dibuat untuk mendapatkan
hasil kajian yang dijalankan. Data ditunjukkan dalam bentuk frekuensi, peratus dan
min. Di samping itu, ujian-t digunakan untuk menentukan perbezaan kesesuaian isi
kandungan, peruntukan masa , kemudahan dan alatan dan kesesuaian kaedah tunjuk
cara (demonstrasi) antara pengalaman guru-guru dalam matapelajaran Kemahiran
Teknikal peringkat Menengah Rendah.
Menurut Sulaiman Ngah Razali (1996), Ujian-t digunakan untuk
membandingkan antara min yang dimiliki oleh kumpulan kawalan dengan min yang
dimiliki oleh eksperimen dengan syarat kedua-dua kumpulan itu mempunyai
kumpulan yang sama. Daripada penganalisisan tersebut pengkaji dapat membuat
penilaian terhadap responden dengan mengkategorikan penilaian tersebut kepada
beberapa tahap tertentu.
Untuk menganalisis data dalam kajian ini, perisisan SPSS (Statistical
Package For Social Science, Version 11.5) akan digunakan. Pengkelasan semula
35
skala Likert dibuat bagi menentukan kecenderungan responden dengan lebih mudah.
Pengkelasan yang dimaksudkan itu ialah seperti dalam jadual 3.4 dibawah:
Jadual 3.5: Pengkelasan semula skala likert
Mengikut Mohd. Majid (1994), takrifan terhadap fakta adalah hak individu
pengkaji. Oleh itu pengkaji membuat takrifan bahawa sekiranya responden memberi
jawapan bersetuju bermakna ia mempunyai persepsi positif dan sekiranya tidak
bersetuju ia adalah persepsi yang negatif. Pengkaji juga telah menetapkan julat
peratusan untuk mendapatkan tahap atau kedudukan persepsi. Ketetapan ini adalah
seperti berikut:
Jadual 3.6: Tahap penilaian responden berdasarkan peratus (Dipetik dari buku Mohd
Najib Ghafar, 1997, Pembinaan & Analisis Ujian Dalam Bilik darjah)
Berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan di atas pengkaji akan membuat
tahap penilaian terhadap responden. Darjah penilaian terhadap responden dianggap
rendah jika peratusannya berada di antara 0% hingga 30%, Sedarhana jika berada di
antara 31% hingga 60% dan tinggi jika berada sekitar 61% hingga 100%.
Selain itu peratusan nilai min juga akan digunakan dalam analisis data. Menurut
Mohd. Najib (1998), menyatakan nilai min boleh diterjemahkan kekuatannya melalui
perkadaran yang telah diukur. Hubungan kekuatan min adalah seperti berikut:
Likert Pengkelasan
5 dan 4
3
2 dan 1
Bersetuju
Tidak Pasti
Tidak bersetuju
Peratus Skor
61 – 100 Tinggi
31 – 60 Sederhana
0 – 30 Rendah
36
Jadual 3.7 : Tahap penilaian responden berdasarkan min
Min Tahap Penilaian
3.5 – 5.0 Tinggi
2.5 – 3.4 Sederhana
1.0 – 2.4 Rendah