KESIHATAN › marissaslimway › ebook › UO2010.pdfSungguh seronok berjumpa jiran-jiran yang...
Transcript of KESIHATAN › marissaslimway › ebook › UO2010.pdfSungguh seronok berjumpa jiran-jiran yang...
KESIHATAN
ARKIB : 07/03/2010
Montokkan buah dada
Tepat pukul 10 pagi, loceng di pintu klinik
saya berdering. Pembantu klinik bergegas
membuka pintu. Kedengaran suara suara
kecil sapa menyapa di luar. Sebentar
kemudian tetamu tersebut di jemput masuk.
Saya terus keluar menemui tetamu tersebut.
Janji temu telah pun di buat seminggu yang
lalu dan kini beliau tiba bagi memenuhinya.
Wanita yang bernama Puan S memang
cantik bergaya berkebaya ketat. Potongan
badannya sungguh cantik. Sekali pandang
tak ubah macam seniwati Sarimah dalam
filem Tiga Abdul. Umur beliau dalam lingkungan awal 50-an.
Kalau zaman sekarang bolehlah dibandingkan dengan Beyonce atau Jennifer Lopez. Saya
kagum dengan penampilan beliau yang sungguh bergaya dan anggun.Meskipun usia sudah
melepasi angka 50, namun beliau masih cantik bergaya. Jelas beliau yang amat menitik
beratkan imej .Saya mempersilakan beliau masuk ke bilik rundingan. Di situ lebih privacy
dan kami boleh berbincang panjang lebar. Puan S bekerja sebagai seorang setiausaha di
sebuah jabatan. Selain itu dia juga bijak berniaga secara kecil-kecilan. Tutur katanya lembut
dan berhemah sekali.
''Saya ada masalah besar doktor,'' katanya sambil menyambung:
''Buah dada saya dah mengecut dan perkara ini amat merunsingkan saya."
Setelah membuat pemeriksaan, saya agak terkejut melihat apa yang dikatakan adalah
benar. Dia terpaksa memakai coli yang tebal dan memasukkan seketul kapas tebal di
dalamnya. Jika tidak dadanya akan kelihatan rata sahaja. Timbul perasaan kasihan di dalam
hati saya.
"Selepas mengandung dan bersalin anak kelima saya jadi begini. Mulanya saya tidak kisah
namun akhirnya hal ini tidak di senangi oleh suami saya. Gara gara dada yang leper kami
bercerai," perlahan wanita menutur kata.
Saya bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata tersebut lantas bertanya:
"Sampai begitu sekali ke tindakan suami Puan?
Air mata mengalir di pipi Puan S yang cantik lawa. Dia meneruskan ceritanya. "Pelbagai
penghinaan dilemparkan kepada saya oleh bekas suami saya. Hidup saya dulu
bertemankan air mata sahaja. Akhirnya dia bertemu wanita yang mampu
membahagiakannya dan meninggalkan saya yang serba kekurangan."
KESIHATAN
Sudah 10 tahun saya hidup bersendirian. Dia menyambung luahan hati bahawa dia cukup
terluka dengan perkara itu dan enggan lagi memikirkan soal rumah tangga.
"Dan kini saya bertemu jodoh baru dan bakal bernikah semula. Namun trauma buah dada
yang leper ini membuatkan saya rasa tidak yakin. Saya minta doktor besarkan buah dada
saya. Ramai artis macam Pamela Anderson besarkan buah dada mereka,'' katanya dengan
penuh harapan.
Sememangnya saya bersimpati dengan Puan S. Apatah lagi setelah melihat sendiri
keadaan buah dadanya yang leper. Saya dapat bayangkan jika saya ada di tempatnya.
Sudah tentu saya juga berasa malu dan rendah diri sekali.
KESIHATAN
ARKIB : 14/03/2010
Rawatan untuk kulit mulus
Saya sering diajukan soalan tentang cara
mendapatkan kulit yang cantik. Saya
mentakrifkan kulit yang cantik adalah kulit
yang mulus dan bersih. Bagi mendapatkan
kulit yang cantik seseorang perlu
mengamalkan gaya hidup sihat. Jauhilah
tabiat merokok dan minuman keras.
Amalkan senaman dan pengambilan
vitamin. Paling penting rajin-rajinlah
merawat kulit anda.
Mengenali kulit
Kulit mempunyai tiga lapisan iaitu epidermis dermis dan tisu subcutaneous yang berlemak.
Epidermis adalah lapisan paling atas yang nipis. Ketebalan epidermis berbeza-beza
mengikut kedudukan dan taburannya pada tubuh kita. Misalnya epidermis pada tapak
tangan dan kaki lebih tebal berbanding epidermis kulit pada badan. Yang paling nipis adalah
epidermis pada kelopak mata. Epidermis terbentuk daripada beberapa lapisan dengan yang
teratas sekali dipanggil stratun corneum.
Stratum corneum dipenuhi sel-sel mati yang amat halus dan sukar dilihat oleh mata kasar.
Sel-sel ini akan disingkirkan setiap hari. Ada kalanya ia banyak dan dilihat seperti kulit
mengelupas. Bagi pengguna produk pengelupasan, apa yang disingkirkan adalah sel-sel
epidermis ini. Proses pengelupasan haruslah mengikut prosedur dan sukatan yang betul.
Andai bahan kimia yang digunakan adalah toksik dan boleh merosakkan sel. maka seluruh
epidermis akan rosak dan tidak mampu dipulihkan sepenuhnya. Kulit akan tampak tidak
sekata dan kehitaman disebabkan pigmentasi.
Lapisan kedua dikenali sebagai malphigian. Ia adalah lapisan sel-sel separuh matang yang
mengeluarkan sel-sel bagi lapisan teratas. Sel melanocytes pula merupakan sel yang
mengeluarkan warna kulit. Warna kulit yang gelap terhasil apabila kita berjemur di bawah
matahari kerana sel melanocyte akan menjadi aktif apabila terkena pancaran matahari.
Sebenarnya ini adalah proses pertahanan kulit kita terhadap ancaman matahari. Namun
begitu sel melanosyte yang terlalu aktif akan menyebabkan kulit terlalu hitam atau
pigmentasi. Bila ia kurang aktif kulit tampak keputihan seperti yang terjadi kepada pesakit
sopak atau albino.
Lapisan ketiga adalah dermis. Ia mengandungi protein dipanggil kolagen yang memberikan
keanjalan kulit. Ia merupakan satu tisu kompleks yang mengandungi salur darah, lymphatic,
saraf, kelenjar, sel-sel rambut dan pelbagai sel lain yang berfungsi dengan unik bagi
menstabilkan kulit.
KESIHATAN
Lapisan paling bawah adalah lelemak pada kulit. Lelemak ini penting bagi memberi kontur
yang cantik pada wajah. Cuba lihat individu yang tiada lemak pada pipi. Pipinya kelihatan
kecut dan tidak manis di pandang. Bak kata orang orang tua 'hidung tak mancung pipi pula
tersorong-sorong'. Pepatah itu menunjukkan seseorang akan tampak tidak manis bila
pipinya kecut.
Kelenjar pada kulit pula terdapat tiga jenis iaitu kelenjar apokrin yang taburannya pada
kawasan berambut seperti ketiak dan genitalia. Ia mengeluarkan bau badan seseorang.
Kelenjar sebaceous yang mengeluarkan sebum dan pelincir tubuh. Taburannya pada
seluruh tubuh kecuali pada tapak tangan dan kaki.
Kelenjar ekrin pula adalah kelenjar peluh yang berfungsi menseimbangkan garam dan air
dalam badan kita.
KESIHATAN
ARKIB : 21/03/2010
Mencantikkan hidung
Doktor dari dulu lagi saya mengimpikan
hidung yang mancung. Saya dengar ada
teknologi baru yang boleh digunakan, betul
ke doktor,'' tanya sahabat saya Puan M
ketika kami menikmati makan tengahari
bersama.Saya mengiyakan pertanyaan
Puan M sambil mengetengahkan beberapa
pilihan untuk seseorang 'memperbaiki'
penampilan hidung. Lantaran saya
mengakui bahawa hidung yang mancung
memang tampak menarik dan boleh
membuat wajah seseorang kelihatan
berseri-seri.
"M boleh pilih sama ada nak pakai suntikan
atau buat pembedahan plastik." Ayat saya
disambut dengan gaya teruja oleh Puan M.
"Mana yang lebih cantik,'' soalnya tidak
sabar.
Saya menjawab: "Kalau tanya saya sudah tentu saya cakap hidung yang cantik tampak
sesuai dengan wajah kita. Kalau hidung bulat dan kembang sekalipun namun sesuai dengan
wajah seseorang itu dia tetap tampak manis kan.''
Ada rawatan mencantikkan hidung tidak sesuai dengan wajah seseorang malah wajahnya
nampak palsu sehingga menenggelamkan kecantikan asal yang dikurniakan Tuhan. Lebih
menyedihkan apabila wajah tampak ganjil akibat pembentukan hidung yang tidak
sesuai.Saya sering menasihatkan sesiapa saja yang berhasrat menjalani rawatan
mencantikkan hidung supaya fikir semasak-masaknya dan mengikut nasihat doktor.Ini
kerana kebanyakan wanita memilih sendiri bentuk hidung yang diingini tanpa memikirkan
kesesuaiannya dengan paras rupa. Malah ada wanita yang membuat perubahan berkali-kali
sehingga akhirnya mengundang penyesalan.
Saya percaya setiap benda yang kita lakukan hendaklah dibuat secara berpada-pada dan
bersederhana
Nasihat saya, kalau dah lawa bersyukurlah kepada Allah dianugerahkan kecantikan dan
usahlah nak 'renovate lagi.
Pembedahan mampu menukar keseluruhan
bentuk hidung kepada bentuk yang lebih
cantik.
KESIHATAN
Puan M menyambut nasihat saya dengan senyuman meleret sambil memanjangkan
pertanyaannya: "Macam saya pula boleh tak saya ubah sikit kasi mancung?
Saya menjawab: ''Tentulah boleh. Asalkan awak tahu batasnya.''
Saya tersenyum memandang M. Sahabat saya itu memang lawa orangnya. Umurnya lewat
30-an. Dia bertugas sebagai pengurus sebuah bank yang terkemuka di tanah air. Tugasnya
yang memerlukan dia sering berkomunikasi dengan pelanggan membuatkan dia sentiasa
menjaga
penampilannya. Hidung M bukan tidak mancung Cuma ia agak kembang sedikit di bahagian
alae dan batang hidungnya pendek.
Sebenarnya kebanyakan orang Asia memang dilahirkan dengan bentuk hidung seperti itu.
Genetik orang Arab dan Eropah memang berbatang hidung panjang. Jadi hidung mereka
nampak tinggi dan mancung. Dari zaman datuk nenek kita lagi, hidung yang mancung
menjadi lambang kecantikan lelaki dan wanita.
Pernahkah anda mendengar pepatah 'hidung tak mancung pipi tersorong sorong'. Pepatah
itu memberitahu kita seseorang yang hidung tak mancung dan pipinya tak mulus samalah
seperti seseorang yang tidak menyerlah penampilannya dan tidak diminati. Pendek kata
orang yang berwajah begini sukar mendapat perhatian orang lain.
"Awak boleh naikkan sedikit batang hidung dan kecilkan sikit alae di kiri dan kanan. Jangan
buat apa apa pada hujung hidung kerana sudah pun cantik. Biarlah sederhana,'' saya
menasihatinya.
"Betul ke?" M terjerit kegirangan.
"Saya cuma beri pendapat saja. You mintalah pendapat orang lain pula. Ingat, beauty is in
the eyes of the beholder. Apa yang cantik bagi I mungkin tak cantik bagi you," jelas saya.
Sesungguhnya adalah amat sukar bagi kita mentafsirkan kecantikan. Apa yang cantik bagi
kita adakalanya tak cantik bagi pendapat orang pula. Cuba tengok kedai baju tu. Pelbagai
fesyen dan warna baju dijahit dan direka. Bila kita tengok kita tak suka tapi datang pula
orang lain yang membelinya. Selera kita berbeza beza.
"Tentu you lagi tahu sebab you jumpa client hari-hari,'' kata M.
KESIHATAN
Mengapa hidung merupakan sesuatu sangat penting bagi
menyerlahkan kecantikan seseorang. padahal ia suatu
struktur yang kecil sahaja.
Hidung terbentuk oleh tulang rawan, tulang kecil yang nipis, dan kulit sahaja, Sesetengah
orang langsung tiada tulang rawan dan tulang kecil yang membentuk batang hidung pula
terlalu pendek menyebabkan hidungnya tampak penyek dan kembang.
Pada sisi hidung yang di sebut alae pula terdapat otot otot. Sebab itu hidung boleh
dikembang dan dikuncupkan. Jika otot otot terlalu aktif seseorang itu turut mendapat hidung
yang terlalu kembang. Saiz hidung, komposisi rawan dan otot hidung banyak ditentukan
oleh faktor genetik dan keturunan.
Saya teringat kisah superstar Michael Jackson yang dikatakan tidak punya hidung akibat
kekerapan menjalani pembedahan plastik. Bagaimanalah agaknya jika terpaksa
mengenakan hidung palsu sepanjang hidup. Semoga janganlah ada di antara kita yang
menjadi mangsa ketaksuban diri sendiri. Saya melihat trend masa kini ramai wanita yang
menukar bentuk hidung dan wajah setiap tahun. Melakukan pembedahan dengan kerap
menjejaskan struktur dalaman kulit. Lama kelamaan kulit rosak dan struktur wajah musnah
tanpa dapat diperbaiki lagi.
Jadi janganlah menjadikan diri kita terlalu taksub dengan kemajuan teknologi. Mencantikkan
diri tidak salah namun sekiranya ia menjejaskan kesihatan kulit maka sangat rugilah mereka
yang terpaksa menanggung derita lantaran ketaksuban diri sendiri.
KESIHATAN
ARKIB : 28/03/2010
Laser rangsang pertumbuhan rambut
BARU-baru ini saya berpeluang menghadiri
aktiviti kejiranan wanita anjuran persatuan
penduduk setempat. Sungguh seronok
berjumpa jiran-jiran yang prihatin dan
ramah. Saya sempat menyampaikan
ceramah keselamatan dan kesihatan. Di situ
saya sempat bertemu dengan Hajah K yang
merupakan salah seorang pelanggan klinik
saya. Meskipun sudah menganjak ke usia
60-an namun dia masih lagi cantik dan
menarik. Dia amat pandai menjaga
penampilan. Pakaiannya kemas dan
sedondon membuatkan dia tampak sentiasa
cantik. Hajah K ialah surirumah sepenuh
masa namun penampilannya membuatkan
ramai yang menyangka dia bekerja kerana wajahnya sentiasa kemas berbedak dan di
bibirnya pasti menawan dengan secalit gincu. Matanya berseri digaris celak hitam.
‘‘Memang saya pastikan wajah dan badan saya kemas sentiasa. Hal ini saya amalkan dari
muda lagi doktor.
‘‘Setiap kali bangun pagi saya membaca beberapa lembar al-Quran. Selepas solat Subuh
saya berhias dulu, kemudian saya uruskan keperluan suami dan anak-anak,” katanya.
Sambil bersembang, Hajah K menarik tangan saya ke satu ruang yang agak tersorok. Dia
menanggalkan tudungnya dan meminta saya melihat rambutnya.Rambutnya masih hitam
lagi tetapi kelihatan amat nipis dan ada ruang kosong yang hampir botak di bahagian tengah
kepala.
“Inilah yang amat merisaukan saya. Masalah ni dah lama. Sejak anak-anak kecil hinggalah
saya menopaus,’’ katanya.
Saya bertanya: “Banyakkah rambut yang gugur Hajah.’’
“Ada kalanya banyak juga doktor. Saya ada beli tonik rambut dan pelbagai ubat di farmasi
untuk mengatasi masalah ini. Bila saya pakai pada awalnya saya nampak rambut kurang
KESIHATAN
gugur tapi sejak akhir-akhir ini terlalu banyak yang gugur sehingga
saya rasa risau. Lalu saya berhenti gunakan ubat,’’ jawab wanita itu.
Pertumbuhan rambut biasanya melalui empat fasa utama
Fasa 1 : Rambut tumbuh dengan aktif dari akar rambut
Fasa 2 : Ia mula memanjang
Fasa 3 : Pemanjangan jadi perlahan
Fasa 4 : Tiada pemanjangan, rambut berehat dan akan gugur dengan mudah
Setiap fasa pertumbuhan memerlukan vitamin dan hormon yang berbeza bagi
merangsangnya. Jika seorang wanita mempunyai hormon testosterone dan progesterone
yang rendah rambut akan gugur. Paras hormon progesterone wanita selepas bersalin paras
akan turun dengan banyak. Wanita yang mengalami keadaan ini akan dilanda kemurungan
(Post natal blues) dan rambut gugur.Pernahkah anda mendengar perkataan gila meroyan?
Sebenarnya gila meroyan adalah kemurungan selepas bersalin dan berkait rapat dengan
kandungan hormon yang rendah selepas bersalin. Semasa mengandung paras hormon
meningkat dengan banyak kerana placenta menghasilkan hormon bagi kegunaan
kandungan.Selepas bersalin pula paras hormon merosot kerana ketiadaan palcenta. Begitu
juga bagi wanita yang menopaus. Ovari menjadi tidak aktif dan tidak lagi mengeluarkan
hormon yang diperlukan olehnya. Oleh kerana ketiadaan hormon wanita akan berasa
keletihan, kepanasan dan moodnya akan merosot.
Hal inilah yang berlaku kepada Hajah K. Kerana itulah selepas mendapat anak beliau mula
mengalami keguguran rambut dan keadaan semakin teruk selepas beliau menopaus. Pada
waktu ini kandungan hormon merosot dengan banyaknya. Namun sebagai seorang wanita
yang tabah beliau menerima keadaan ini tanpa sebarang rungutan.Hajah K berkunjung lagi
ke klinik saya. Dia mahu membuat rawatan agar rambutnya kembali tebal dan tidak gugur.
Apabila membuat analisis darah saya dapati tekaan saya adalah tepat. Saya mencadangkan
penambahan hormon kepadanya dan memberikan krim progesterone dan estrogen untuk
digunakan. Selain itu saya mencadangkan rawatan Lllt (Low level laser therapy). Rawatan
ini mudah dan memakan masa 25 minit bagi setiap sesi. Laser yang dipancarkan berjarak
gelombang 650 nm dan berupaya merangsang sel-sel rambut agar tumbuh subur.
Sel rambut merupakan sel hidup yang memerlukan tenaga dan bekalan zat makanan dari
salur darah pada kulit kepala kita. Apbila salur darah menjadi sempit dan bilangan salur
KESIHATAN
darah berkurangan maka rambut akan gugur dan tidak mampu
bertahan lama.Apabila tenaga foton dari laser dipancarkan pada
rambut, ia diambil oleh sel-sel rambut dan membolehkan sel rambut menyerap tenaga.
Tenaga itu kemudian digunakan sebagai tenaga dalaman yang menumbuhkan semula
pembuluh pembuluh darah padanya. Hasil daripada penambahan pembuluh darah yang
baru sel rambut akan mula berkembang.
Selain daripada itu saya memberikan vitamin yang kaya dengan zink dan kalsium kepada
Hajah k.Selepas tiga bulan menjalani rawatan saya dapat melihat perubahan yang
menakjubkan pada Hajah K. Hasil daripada penambahan hormon dan laser, bukan sahaja
rambutnya ya kembali tebal bahkan wajahnya juga kelihatan lebih muda. “Saya dapati
stamina saya meningkat. Saya lambat rasa letih dan mood saya lebih baik dari biasa.
‘‘Alhamdulillah, bukan sahaja rambut saya tak gugur sekarang tapi saya dapat kesihatan
yang lebih baik kini,’’ katanya.
Dia juga memberitahu tidak menyangka pelbagai kesan menopaus yang dialaminya mampu
diubati. Selaman dia juga menganggap menopaus sebagai takdir dan memaksa dirinya
untuk cergas dan ceria meskipun kadangkala hatinya rasa tertekan. ‘‘Saya pelik kerana
tiada sebab munasabah untuk saya berasa tertekan. Agaknya itulah sebab orang sebaya
saya mudah tertekan. Cepat berasa kecil hati dengan orang lain meskipun hal yang berlaku
sedikit sahaja,’’ katanya.
Saya setuju dengan Hajah K. Seorang wanita yang mengalami simptom tertekan selepas
menopaus kebanyakannya menganggap gejala itu sebagai normal sedangkan ia boleh
mengganggu perhubungan mesra dengan ahli keluarga yang lain. Gejala tersebut juga
boleh dirawat.
KESIHATAN
ARKIB : 04/04/2010
Mata menawan serlah kecantikan
MEMILIKI sepasang mata yang menawan
merupakan aset yang tidak ternilai
harganya. Pepatah orang tua tua
mengatakan dari mata turun ke hati. Bila
mata bertentang mata hati di dalam bagai
nak gila.
Sesungguhnya mata memainkan peranan
penting bagi menjadikan seseorang tampak
cantik dan menawan. Bagi jurusolek pula dia
tidak akan lupa menghias mata
pelanggannya bagi menyerlahkan lagi
penampilan. Jika tidak, seseorang tidak
akan tampak menawan.
Terdapat pelbagai vitamin di pasaran bagi
mencantikkan mata. Vitamin mata
membentuk sel sel mata yang lebih baik dan kuat. Begitu juga kanta lekap beraneka warna
membantu meningkatkan seri mata pemakainya.
Pelbagai warna sapuan dihasilkan dan juga celak dicipta untuk mata. Semuanya bagi
menyerlahkan warna mata. Seorang teman gemar menggunakan bulu mata palsu pelbagai
corak dan membentuk keningnya bagi mencantikkan mata. Mata yang bercahaya pastinya
mempersonakan siapa yang memandang.
Tak kurang juga wanita yang gemar menggunakan tatu pada mata mereka. Tatu dibuat bagi
mencantikkan alis mata. Tatu moden kelihatan natural dan boleh dibuat dalam pelbagai
warna pilihan.
Bagaimanakah struktur mata yang sebenar?
Mata kita terletak dalam soket mata. Soket mata adalah lubang pada tengkorak yang
didindingi oleh tulang tipis dan berlubang-lubang kecil dipanggil cribriform. Ia juga dikelilingi
sekeping lelemak yang di namakan tarsal plate. Tarsal plate ini mengelilingi mata kita.
Serdev suture berkesan untuk merawat
garisan halus pada mata.
KESIHATAN
Lemak mata bergerak sekeliling mata melalui jaringan salurannya
yang dinamakan saluran limfatik. Saluran limfatik mata akan
bersambung pula dengan jalinan limfatik pada maxilla (pipi), telinga dan lain lain bahagian
tubuh kita. Apabila saluran ini tersumbat maka banyak lemak akan terkumpul, lemak yang
mengeras akan membuat mata kelihatan bengkak dan dan cengkung.
Kaedah rawatan
Rawatan yang sesuai adalah kaedah pembedahan membuang lelemak bawah mata.
Terdapat teknologi baru menggunakan fiber optik yang boleh memecahkan lemak dengan
mudah, berkesan dan selamat. Fiber optik yang saiznya kurang dari satu mm memancarkan
tenaga sebanyak 300 joule
dengan kuasa 5 hingga 6 watt sahaja menjadikan kulit bawah mata turut tegang. Ia memberi
kesan mata yang cantik dan muda.
Ada kalanya saluran darah yang tersumbat mudah pecah di bawah mata menjadikan
bahagian di situ lebam dan tampak gelap. Sel sel darah akan merangsang pula melanocyte
menjadi aktif menyebabkan kawasan mata menjadi lebam.
Rawatan yang baik adalah dengan menggunakan enzim khas yang boleh memecahkan dan
menghadamkan sel darah yang terkumpul,
Bagi sesetengah orang lapisan lemak pada tarsal plate pula mudah menipis dan akhirnya
hilang menyebabkan bawah mata tampak cengkung dan berlekuk. Perkara ini biasanya
boleh di atasi dengan filler.
Jika kelopak mata bermasalah, pembedahan dibuat bagi menganjalkannya dan kening
boleh diangkat ke atas menggunakan kaedah serdev suture.
Crow feet merupakan garis halus atau kedutan yang terdapat pada mata. Selalunya ia
melanda mereka yang berusia 35 tahun ke atas. Ia boleh dihapuskan dengan pelbagai cara
contohnya pengelupasan bersiri, laser dan filler.
Masalah lain yang sering mengganggu kulit kelopak mata adalah ekzema iaitu alahan kulit.
Ekzema berlaku disebabkan alahan terhadap makanan tertentu atau alat kosmetik yang
digunakan. Pengidapnya akan berasa gatal panas dan perit. Akibat digosok berulang kali,
mata turut kelihatan merah dan pedih. Rawatannya adalah dengan memberikan ubat anti
alergi dan juga antibiotik yang sesuai.
KESIHATAN
Stye pula merupakan jangkitan kuman jenis streptococcus yang
menyebabkan kelopak ditumbuhi kudis kecil. Rawatan yang baik
adalah antibiotik disapukan pada mata dan antibiotik yang dimakan. Manakala kalazion pula
sejenis kutil keras yang tertanam dalam kelopak mata. Kalazion dibuang melalui
pembedahan.
Tahi lalat yang terlalu besar pada kelopak mata turut mengganggu penglihatan dan
membuat kelopak mata menjadi berat. Adalah lebih baik untuk kita membuangnya.
Exophthalmos merupakan masalah apabila bola mata menjadi besar dan terjojol. Hal ini
biasanya berlaku pada mereka yang mengidap hyperthyroidism.
Enophthalmos pula adalah bebola mata yang termasuk ke dalam menyebabkan mata
tampak kecil dari biasa.
Seorang pesakit saya menjalani pembedahan membuang lemah di bawah mata. Selepas
dipancarkan laser ke bawah mata dan menyedut keluar lemak, mata akan ditampal dengan
plaster kecil yang kukuh.
Masalah eyebag sememangnya melanda ramai wanita. Apabila eyebag mengganggu, mata
kelihatan bengkak dan membuatkan seseorang tampak lebih tua daripada usia sebenar.
Pesakit saya itu mengadu matanya bengkak terutama apabila tiba waktu pagi. Menurutnya
apabila bangun tidur mata tampak sembap menyebabkan dia lebih suka memakai cermin
mata hitam bagi menyembunyikannya. Masalah tersebut mendorong dia melakukan
pembedahan.
Selepas membuang satu lapisan lemak pada sekitar matanya, dia tampak lebih muda.
Matanya nampak luas dan galak. Keningnya juga terangkat sedikit menjadikan kontur mata
tampak lebih bundar daripada biasa.
KESIHATAN
ARKIB : 11/04/2010
Makan bukan punca gemuk
HAIRAN betul tengok Laila. Dia makan banyak tapi badannya kecil dan langsing. ''Kadang-
kadang tengok dia makan tak berhenti. Mulutnya asyik mengunyah namun berat badannya
tak pernah berganjak,'' kata Naemah kepada saya.
Naemah berasa hairan kerana setelah tiga bulan mengamalkan diet yang ketat dia masih
belum mampu menurunkan berat badannya. Sedangkan sahabatnya Laila yang makan
banyak tidak pula menjadi gemuk.
Jelaslah bagi kita bahawa faktor makan bukannya sebab yang tepat mengapa seseorang
menjadi gemuk. Seseorang menjadi gemuk disebabkan tubuhnya tidak mampu menukar
makanan kepada tenaga untuk digunakan. Sebaliknya makanan disimpan menjadi lemak.
Orang yang mengalami masalah ini tentu akan berasa letih dan kekurangan tenaga.
Apabila dia makan lebih banyak untuk meningkatkan tenaganya, makanan tersebut terus
menjadi lemak pada badan dan dia akan bertambah gemuk.
Adakah berat badan satu masalah bagi anda? Adakah anda sedang mencari-cari panduan
yang berkesan untuk menurunkan berat badan? Adakah anda sering mencuba untuk kurus
tetapi gagal? Adakah anda berasa kecewa apabila doktor dan para pakar tidak mampu
membantu anda menurunkan berat badan?
Sebenarnya anda tidak bersendirian dalam menghadapi masalah ini.
Ramai yang bermasalah dan mencari-cari jalan jalan keluar masalah berat badan. Kerana
itulah wujudnya pelbagai perniagaan pelangsingan yang rata rata mengambil peluang ke
atas anda. Apabila anda mengunjungi pusat-pusat sebegini dan gagal mereka
mempersalahkan anda semata mata. Anda akan dituduh makan banyak dan tidak
berdisiplin, atau mereka sekali lagi cuba mengosongkan kocek anda dengan menawarkan
sesuatu program yang lebih mahal.
KESIHATAN
Hakikatnya, anda tidak perlu berbelanja mahal untuk kurus.
Anda hanya memerlukan pengetahuan yang baik mengenai jenis
makanan yang mampu meningkatkan kadar metabolik dan senaman yang berkesan untuk
mencapai berat badan idaman anda.
Bila enzim dan hormon pembakar lemak tidak ada dalam badan kita, sudah tentu badan
tidak mampu membakar lemak. Akibatnya berat badan tidak berganjak meskipun berpuasa
dan berdiet dengan bersungguh-sungguh. Jadi diet dan kaedah meningkatkan enzim dan
hormon badan perlulah seiring.
Perubahan dalam hidup anda
Anda adalah apa yang anda makan. Makan adalah satu daripada nikmat anugerah Tuhan
dalam hidup kita. Makanan yang sedap mengghairahkan selera sehingga apabila kenyang
kita masih mahu makan. Oleh kerana makanan kita mengandungi banyak lemak dan gula,
kita berhadapan dengan masalah pengambilan lebihan gula dan lemak. Kesilapan memilih
makanan menjadikan ramai rakyat Malaysia menjadi gemuk. Keadaan ini disebut sebagai
klinikal obesiti.
Di negara kita terdapat beraneka jenis makanan hasil integrasi budaya antara penduduk
berbilang bangsa. Tidak kurang juga makanan segera dari negara luar. Hampir semua jenis
makanan menggoda selera makan kita.
Lebihan berat badan dan obesiti
Mengikut istilah ada perbezaan di antara overweight dan obesiti. Overweight adalah lebihan
berat badan daripada yang sepatutnya dari segi saiz kerangka badan.
Misalnya seorang ahli bina badan atau ahli sukan tertentu mungkin mempunyai berat badan
yang lebih. Ini kerana kelebihan pada otot berat tulang badan dan kandungan air berbanding
orang biasa namun dia tidak mengalami obesiti. Jadi yang dimaksudkan dengan obesiti
ialah kelebihan lemak badan.
Jelaslah bagi kita bahawa menimbang berat sahaja bukan satu ukuran yang tepat bagi
mengukur tahap obesiti.
Cara yang tepat adalah mengukur ketebalan lemak. Anda boleh mengambil ukur lilit lengan
paha dan perut sebelum memulakan program melangsingkan badan. Jadikan ukuran
sebagai rujukan anda menentukan keberkesanan program
KESIHATAN
BMI yang sering di jadikan rujukan ukuran berat adalah tidak tepat
dijadikan takat rujukan kerana ia mengambil kira keseluruhan berat
kita (berat tulang, otot dan lemak) tanpa mengambil kira amaun lemak dalam badan.
Jadi, apabila anda bersedia untuk memulakan program menurunkan berat badan anda perlu
mengambil ukuran ukur lilit pinggang, lengan, dada, leher. Ini lebih tepat berbanding berat
semata mata.
Persediaan mental untuk kurus
1) Sudahkah anda memikir dengan teliti mengapa anda mahu mengurang berat badan?
Keazaman dan kekuatan minda sangat perlu kerana tanpa keazaman yang kukuh anda
tidak mungkin mampu menghadapi cabaran yang hebat sewaktu menjalani proses
menurunkan berat badan.
2) Adakah anda ingin mengurangkan berat badan untuk diri sendiri atau untuk orang lain?
Mereka yang mahu kurus atas desakan naluri sendiri lebih berjaya pada amnya.
3) Adakah anda bersedia untuk memberi tumpuan dan kesungguhan menukar tabiat, jenis
makanan dan aktiviti anda bagi menjayakan rancangan pengurangan berat badan?
Jawapan ya kepada soalan-soalan di atas memberi erti anda bersedia untuk memasuki era
baru dalam hidup anda. Semestinya hadiah yang menunggu anda sangat besar ertinya
dalam kehidupan anda dan keluarga.
Makanan yang perlu dalam diet
Banyak kalori boleh dikurangkan dengan mengelak makanan berlemak dan bergula. Kalau
membeli makanan pilihlah makanan yang labelnya menunjukkan kandungan kalori atau
kandungan gula yang rendah. Makan daging merah, daging ayam dan ikan. Makan
makanan yang kandungan gula sedikit. Perlu diingat jus buahan juga mengandungi gula
yang tinggi. Minuman beralkohol mengandungi kalori yang tinggi.
Makanan yang berkanji dan jenis tenusu patut ada dalam diet harian kerana ia membantu
badan kita mendapat zat dan vitamin untuk keperluan kesihatan. Kita juga perlu mengambil
bahan dan bijirin sayuran tiap-tiap hari. Dadih, susu kurang lemak, keju dan apa-apa
makanan yang mengandungi susu rendah lemak. Kaum wanita perlu mengambil kalsium
untuk mengelak reput tulang.
Kaunseling pil diet
Pil diet boleh menyebabkan tekanan darah meningkat ke paras bahaya. Janganlah sekali-
kali ambil pil diet tanpa preskripsi doktor kerana tidak berbaloi untuk mendedahkan diri
kepada bahaya semata-mata kerana ingin badan yang cantik.
KESIHATAN
Saya tidak bersetuju dengan pil diet kerana ia hanya boleh
menurunkan berat badan buat sementara sahaja. Jika kita tidak
berubah sikap dan aktiviti kita, kita akan tetap berhadapan dengan permasalahan sebegini.
Pengambilan pil diet tidak harus jadi amalan secara rutin kerana kesan sampingan yang
tidak baik.
Jalan utama mengurangkan berat badan adalah mengurangkan pengambilan kalori dan
mengambil hanya makanan yang mempunyai glycemic indeks rendah serta bersenam.
Inilah jalan utama untuk membakar kalori dalam badan. Ia cara yang penting untuk
mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang dikehendaki.
Senaman dapat menghalang berbagai penyakit dan meningkatkan kesihatan secara
keseluruhan. Tidak menjadi hal untuk kita memilih apa sahaja senaman asalkan ia dapat
membakar kalori dalam badan kita. Untuk menjadikannya berkesan, senaman hendaklah
diikuti dengan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Sekurang-kurangnya sehari kita perlu membuat senaman selama 30 minit. Kita perlu tukar
gaya hidup pasif kepada gaya hidup aktif. Bila ada peluang untuk berjalan kaki kita berjalan.
Bila ada peluang untuk naik tangga kita naik dengan kaki bukan dengan lif atau eskalator.
Kaunseling dalam pemilihan diet selalunya diadakan untuk mengurangkan berat badan.
Terdapat dua jenis terapi diet iaitu diet berkalori rendah (800-1500 kalori) harian dan diet
yang kalori sangat rendah bawah daripada 800 kalori dengan mengguna cecair protein.
Hentikan memakan makanan yang kaya dengan karbohidrat, pada peringkat permulaan
anda akan berasa lapar, cuba alihkan perhatian anda dengan aktiviti yang menyibukkan.
Ambil hanya makanan berprotein seperti telur ikan dan berfiber seperti sayur dan buah.
Selepas seminggu tubuh anda akan segar dan kembali bertenaga dan lemak akan mula
pecah.
KESIHATAN
ARKIB : 18/04/2010
Kitaran obesiti
KESILAPAN memilih makanan menjadikan ramai kalangan rakyat Malaysia gemuk malah
menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti di negara ini. Obes akan menyebabkan
perubahan dalam sistem enzim dan hormon tubuh. Seseorang yang obes tidak mungkin
dapat kurus semula melainkan dia berbuat sesuatu bagi membaiki masalah ini.
Di klinik saya kaunseling peningkatan metabolisme menjadi asas kejayaan beratus individu
yang kecewa dengan masalah obesiti.
Untuk membolehkan penurunan berat badan dilaksanakan dengan berkesan kita perlu
mengenal pasti apa sebenarnya punca obesiti.
Ketagihan gula
Tubuh manusia mudah menjadi ketagih terhadap pelbagai jenis bahan dan molekul kimia
seperti alkohol, kafein, garam dan gula. Otak manusia mempunyai sejenis memori yang
mengesan bahan kimia.
Apabila lidah merasa bahan kimia tersebut, otak akan membuat rakaman memori itu.
Apabila tidak mendapat bahan tersebut, otak akan ‘meminta’ sehingga akhirnya ketagihan
berlaku sehingga akhirnya mengganggu sistem tubuh kita.
Ketagihan gula menyebabkan perubahan struktur dalaman dalam darah sehingga
menyukarkan pembakaran lemak secara efektif. Akibatnya tubuh kita cenderung
mengumpulkan lemak. Seseorang yang ketagihan gula cenderung untuk minum minuman
manis beberapa kali sehari. Dia juga akan cepat lapar dan mudah letih. Bila mengambil
minuman manis dia berasa seolah-olah bertenaga. Namun perasaan itu tidak kekal lama.
KESIHATAN
Dalam tempoh beberapa jam dia teringin minuman manis
semula. Dengan erti kata lain perasaan letih dan lapar yang
dialaminya merupakan satu ketagihan.
Meskipun banyak gula diambil, paras gula dalam darah sentiasa rendah (hypoglycaemia).
Tubuh begitu cepat menukarkan gula kepada lemak. Kadar tindakbalas kimia dalam darah
begitu cepat sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak baik.
Pada peringkat awal golongan ini menganggap diri mereka sihat kerana doktor memberitahu
mereka tidak mengidap kencing manis. Mereka sering berkata ‘tak apa gemuk asalkan saya
sihat’. Namun selepas beberapa tahun mereka pasti akan terkejut apabila disahkan
mengidap kencing manis dan penyakit kronik yang lain seperti jantung. Tubuh pula semakin
letih tidak bermaya.
Jelaslah obesiti dan paras gula yang rendah pada awalnya merupakan suatu petanda buruk
dan permulaan kepada bahaya-bahaya lain yang bakal menimpa.
Kenapa begini
Metabolisme rendah mengundang keletihan, jantung berdebar-debar dan mood yang tidak
stabil. Ramai yang pergi berjumpa doktor kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena
dengan tubuh mereka. Tetapi doktor gagal mengesan masalahnya kerana pemeriksaan
pada darahnya adalah normal. Antara pemeriksaan yang dibuat adalah paras gula, paras
kolestrol dan tekanan darah. Doktor memberitahu supaya berdiet dan melakukan senaman.
Itu sahaja.
Mereka yang mengalami masalah ini pasti tertanya-tanya, jika mereka sihat mengapa
berasa letih. Hati meronta-ronta mahu membuat senaman dan menjalani gaya hidup aktif
tapi tubuh tidak mahu bergerak.
Apakah sebenar yang berlaku
Apabila kita makan banyak makanan berkarbohidrat dan bergula tinggi paras gula dalam
tubuh kita meningkat. Insulin iaitu hormon yang mengawal kestabilan paras gula dalam
tubuh juga akan meningkat. Apabila terdapat terlalu banyak insulin maka paras gula dalam
darah akan menjadi rendah. Lama kelamaan tubuh kita tidak lagi sensitif kepada insulin.
Maka insulin mula terhasil dengan semakin banyak mula memberikan kesan negatif.
KESIHATAN
Paras insulin yang tidak menentu menyebabkan paras
gula tidak stabil. Apabila gula terlalu rendah seseorang mula berasa
gelisah, resah, berdebar-debar dan moodnya tertekan. Dia akan sering kelesuan.
Kitaran yang merbahaya
Tubuhnya yang lemah akan memberi signal berterusan kepada otak bahawa ia kurang
tenaga. Akibatnya mereka akan mengambil makanan manis bagi meningkatkan paras
tenaga. Keletihan dan kurang tenaga disalahtafsir oleh otak sebagai lapar. Fenomena ini
menjadi suatu kitaran yang merbahaya kerana lama kelamaan tubuh akan menjadi
bertambah gemuk serta mengundang pelbagai penyakit kronik.
Apabila tubuh tidak lagi sensitif terhadap insulin maka kitaran hormon dalam tubuh kita akan
menjadi kelam kabut. Hormon adrenal seperti ACTH akan keluar dengan banyak
menyebabkan lemak berkumpul pada belakang tengkuk dan belakang badan kita. Badan
akan mengembang menjadi bertambah lebar dan semakin besar. Bahagian dari pinggang
ke atas tampak besar longgar dan menggeleber. Usaha bersenam dan berdiet adalah sia-
sia kerana lemak seperti ini tidak boleh dipulihkan dengan diet. Sebaliknya ia hanya boleh
dipulihkan dengan pemulihan sistem hormon tubuh kita.
Pemulihan semula memerlukan komitmen yang tinggi kerana ia melibatkan perubahan
dalam cara makan, pemilihan makanan dan aktiviti seharian.
Bermula minggu depan saya akan membincangkan langkah memerangi obesiti termasuk
dari sudut pengambilan makanan.
KESIHATAN
ARKIB : 25/04/2010
Serlahkan kecantikan
Pengambilan makanan harus bersesuaian
KESIHATAN
DOKTOR minggu pertama saya kurangkan
kalori dengan berpuasa berat mula
menurun. Tapi kenapa selepas itu berat tak
turun bahkan semakin meningkat. Ini yang membuat saya hilang semangat untuk berdiet.
''Kenapa sukar benar untuk kurus,'' keluh Puan Sal sambil menyuarakan rasa putus asa dan
tidak percaya lagi bahawa dirinya mampu kurus.
Saya memberikan penerangan jelas bagaimana tubuh kita memecahkan lemak. Kini setelah
menjalani rawatan beliau sudah pun mampu tersenyum semula. Beliau tampak muda dan
jelita setelah tubuh menjadi langsing.
Obesiti bermaksud keadaan berat badan berlebihan atau overweight.Maafkan saya kerana
tidak menyokong obesiti. Bagi saya obesiti adalah satu masalah fizikal yang menyebabkan
seorang yang cantik tertutup kecantikannya.
Meskipun kata-kata saya menghiris hati golongan gemuk namun anggaplah ia satu cabaran
untuk menguruskan badan. Kata pepatah Melayu sayang anak tangan-tangankan. Sayang
seorang doktor kepada pesakitnya adalah untuk merubah keadaan anda agar menjadi
kurus, cantik dan sihat.
Kecantikan bagi seorang wanita merupakan aset yang sangat penting. Setiap wanita mahu
mengekalkan kejelitaannya untuk sepanjang hayat namun ramai tidak dapat berbuat
demikian kerana dilanda obesiti. Seseorang yang terlalu gemuk sudah tentu tidak dapat
menggayakan pakaian yang cantik. Apa sahaja yang dipakai akan tampak kurang menarik
kerana faktor tubuh badan yang besar. Mereka juga sering kecewa apabila membeli-belah
kerana tidak banyak pakaian yang dijual bersaiz besar. Ini menyebabkan mereka tidak
berminat untuk shopping dan lebih suka memakai baju besar dan longgar bagi menutupi
kekurangan.
Wajah orang yang gemuk juga kurang cantik kerana bentuk muka yang sebenar dilitupi oleh
lapisan lemak yang menutup kecantikan sebenar. Sudah tentu apabila sudah berjaya
menjadi kurus mereka akan kelihatan sangat berbeza dan bertambah cantik.Realiti
kehidupan menunjukkan yang cantik disenangi justeru marilah kita mengubah penampilan
diri menjadi lebih baik lagi. Lagi pun tidak rugi jika menjadi bertambah langsing cantik dan
sihat. Tidak salah jika saya katakan obesiti adalah raja segala penyakit lain seperti sakit
jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini merosakkan
sistem tubuh kita. Lalu ramai yang mengeluh kesal kerana nasi sudah pun menjadi bubur.
Potongan tubuh yang langsing dan wajah yang cantik kini hanya tinggal kenangan belaka.
Bolehkah ia dipulihkan semula? Sudah tentu boleh jika anda memulakan langkah yang
betul.
Apakah punca overweight?
dengan aktiviti harian bagi mengelak masalah
berat badan.
KESIHATAN
Overweight berpunca daripada lebihan lemak yang terhasil akibat
ketidakseimbangan antara kalori yang diambil dengan kalori
yang digunakan.
Maknanya seseorang makan makanan yang lebih banyak kalori daripada kalori yang
digunakan. Lebihan kalori akan ditukar oleh badan dalam bentuk lemak yang tersimpan
sedikit demi sedikit sehingga menjadi berbukit-bukit dan dan empunya badan menjadi
gemuk gedempol.
Memahami konsep kalori
Kalori iaitu tenaga yang tersimpan dalam makanan ditukar menjadi lemak dan lemak
sebegini sukar digunakan semula menjadi tenaga. Lemak tersimpan hanya akan digunakan
apabila tubuh mengalami kurang kalori. Jika kalori yang diambil sudah cukup, tubuh kita
akan menggunakan tenaga segera itu tanpa menjejaskan jumlah tenaga tersimpan.
Oleh kerana gaya hidup masa kini, amat mudah kita hanya melakukan aktiviti ringan
dianggarkan kita mengenyahkan 2,100 kalori setiap hari.
Anda boleh menggunakan senarai di atas untuk membuat anggaran jumlah kalori yang anda
gunakan setiap hari.
Kelebihan menggunakan carta adalah anda boleh membuat menu sendiri berdasarkan
jumlah kalori yang tertera. Contohnya jika anda bermain tenis pada Isnin, maka anda boleh
memilih makanan dalam jumlah kalori yang agak tinggi pada hari tersebut. Manakala jika
anda tiada aktiviti yang menggunakan tenaga, maka anda harus mengurangkan jumlah
kalori yang diambil.
Anda boleh makan apa sahaja asalkan tidak melebihi jumlah kalori yang diperlukan. Tidak
perlu hanya makan salad kerana banyak lagi makanan lain yang rendah kalori.
Pastikan diet anda mengandungi semua kelas makanan seperti sayur, roti, nasi, ikan,
daging dan ikan. Elakkan gula dalam minuman kerana ia mengandungi kalori semata-mata
tanpa zat makanan yang lain. Anda perlu kreatif dalam menentukan sajian agar waktu
makan menjadi indah meskipun makanan yang dinikmati rendah kalorinya.
Panduan
Jika anda menggunakan 4,000 kalori bagi aktiviti harian maka ambillah makanan sebanyak
2,000 kalori. Ketidakseimbangan begini akan menyebabkan berat badan anda menurun.
Begitu juga jika anda perlu menaikkan sedikit berat badan. Nilai kalori haruslah dinaikkan
jika anda berhasrat meningkatkan lagi berat badan anda.
KESIHATAN
Pada minggu hadapan saya akan tampil dengan pelbagai
konsep menarik untuk menangani obesiti. Bagi penerangan lanjut
atau program menguruskan badan secara saintifik atau kaunseling menurunkan berat badan
hubungi marissa aesthetic 013-2448484 atau 03-87234808. Kami menyokong usaha anda
menurunkan berat badan.
ARKIB : 02/05/2010
Diet tapi masih gemuk
KESIHATAN
SERINGKALI mereka yang mengidap
obesiti terpaksa berpura pura gembira
dengan keadaan diri mereka. Adakalanya
golongan itu cuba menunjukkan obesiti
adalah jalan hidup pilihan mereka. Cepat-
cepat mereka memberi alasan mengapa jadi
begitu sambil di hati berazam untuk menjaga
diet dan cuba kembali kurus. Namun azam
dan diet sahaja tidak mencukupi sekiranya
tidak diikuti dengan usaha gigih dan kaedah
yang betul untuk merealisasikan impian.
Tak kurang juga yang sudah enggan
melakukan sebarang usaha untuk kurus. Antara alasan yang sering kedengaran:
Lepas bersalin badan naik dan susah nak turun.
Badan memang tak boleh kurus sebab keturunan.
Tiada masa untuk bersenam.
Suami tidak kisah gemuk.
Kitaran menahan makan diikuti dengan patah azam dan gelojoh makan membawa kesan
yang tidak baik kepada badan dari segi kesihatan.
Mengapa kitaran lapar dan kenyang berlaku?
Pada otak kita terdapat saraf pusat yang mengawal rasa lapar dan kenyang. Badan
seseorang yang menahan lapar akan mengeluarkan hormon dan transmitter dari otak
sebagai tindak balas terhadap pengurangan makan. Dengan kata lain otak kita seolah olah
menuntut kembali kesedapan yang biasa diperolehi oleh tubuh kita. Ia mahukan jumlah
kalori dan gula yang tinggi untuk berasa sedap dan selesa. Ini adalah sistem tubuh yang
cuba menghalang lemak daripada digunakan.Apabila perut tidak diberi makanan yang biasa
diperolehi dalam tempoh tertentu, otak akan mengeluarkan signal bahawa ia lapar. Badan
akan memberontak dan mengeluarkan enzim dan hormon tertentu. Ini menyebabkan
berlakunya keinginan tidak terkawal atau craving terhadap sesuatu makanan. Keinginan
tersebut bukan disebabkan oleh nafsu makan tetapi merupakan signal dari otak kita yang
tidak mampu dikawal oleh kita sendiri.
Badannya memberontak dan mengeluarkan hormon dan enzim tertentu menyebabkan
seseorang itu menjadi ghairah untuk makan. Ia ibarat seekor harimau ganas yang sukar
KESIHATAN
untuk dikalahkan. Berperang dengan nafsu makan boleh
menjadikan seseorang resah dan lemah.Akhirnya dia
mengikut kehendak nafsunya. Dia makan tanpa sedar bahawa makanan itu sudah
berlebihan. Jadi pusingan berlapar yang diikuti dengan keghairahan untuk makan
berterusan sehingga akhirnya menyebabkan seseorang tersepit dan tidak berdaya untuk
keluar daripada belenggu obesiti.
Kurus demi kesihatan
Umum mengetahui adalah sangat perlu untuk mengekalkan berat badan yang sepatutnya
bukan saja supaya agar kelihatan cantik tetapi juga demi kesihatan. Kesihatan merupakan
sebab yang terpenting agar seseorang memperolehi berat badan yang sesuai dengan
ukuran rangka badan iaitu berat badan unggul. Kebanyakan teknik yang ditawarkan oleh
pusat pelangsingan memperlihatkan kejayaan sementara.Banyak kajian telah membuktikan
prinsip-prinsip bagi mengurang berat badan dan mengawal daripada berlakunya
pertambahan berat badan bukan hanya dengan berdiet semata mata. Ia perlu mengikut
kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera tubuh badan anda.Anda
perlu menyayangi diri anda dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi
tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan merasa gembira melalui
hari-hari berdiet dengan penuh nikmat. Saya akan mengupas persoalan ini sehingga ke
hujungnya dan berharap anda mengikuti ruangan saya setiap minggu. Ini kerana setiap
artikel akan mengetengahkan konsep penting yang bakal anda guna pakai untuk
menguruskan badan.
Apakah BMR
BMR adalah Basal Metabolic Rate. Maksudnya penggunaan tenaga bagi tubuh semasa kita
berehat. Tenaga tetap diguna meskipun kita berehat atau tidur kerana pergerakan jantung
usus dan lain lain tetap mengguna tenaga. Namun BMR yang rendah membuatkan banyak
tenaga dikumpul menjadi lemak.
Mereka yang mempunyai kadar BMR yang rendah perlu menyedari hakikat ini dan
mengambil langkah-langkah meningkatkannya. Antara yang boleh dilakukan adalah dengan
mengamalkan senaman, mengambil makanan beralkali tinggi dan sentiasa mengamalkan
gaya hidup sihat dengan pengambilan makanan yang mempunyai nilai glysemic rendah dan
rendah kalori. Contoh-contohnya akan diterangkan pada minggu seterusnya.
Sila jawab soalan berikut. Jika jawapan anda YA maka anda mengalami masalah BMR yang
rendah.
Apabila diet berat tidak turun
Berat naik mendadak apabila makan lebih
Sukar senaman kerana berasa terlalu letih bila bersenam
KESIHATAN
Gemarkan makanan berkarbohidrat dan manis
Mudah lapar
Makan sedikit tetapi cepat gemuk
Tekak inginkan makanan yang manis
Lapar pada waktu malam
Punca BMR rendah
Tidak cukup senaman. Senaman yang dimaksudkan adalah senaman ringkas
merenggangkan tubuh badan. Senaman meningkat metabolisma akan diterangkan dalam
isu akan datang.
Hypothyroid. Fenomena ini melanda hampir separuh penduduk dunia. Apabila
hypothyroid menyerang, seseorang akan mengalami peningkatan berat badan, berasa
malas, keletihan, berat badan tidak turun meskipun berdiet, setiap pergerakan menjadi
lambat, rambut juga mudah berkelemumur dan fungus mula menyerang.
Kekurangan insulin. Insulin merupakan hormon paling penting dalam penukaran gula
kepada tenaga. Dalam kes ini lemak yang terhasil cenderung berkumpul pada perut dan
belakang badan.
Kesilapan memilih makanan dengan glycemic indeks tinggi menyebabkan kadar
metabolisme menjadi rendah.
KESIHATAN
ARKIB : 09/05/2010
Elak padah obesiti
SEL lemak atau dalam bahasa saintifiknya
adipocyte dalam badan berfungsi
mengeluarkan hormon yang dipanggil leptin.
Apabila kita makan, tenaga lebihan dalam
makanan disimpan menjadi lemak.
Adipocyte mampu membesar dan mengecil
bergantung kepada kandungan lemak di
dalamnya.
Apabila kandungan lemak tersimpan dalam
adipocytesmeningkat hormon leptin
dirembes oleh sel-sel lemak dan diresap ke
dalam darah. Proses ini memberi signal
kepada otak bahawa badan sudah
memperolehi makanan yang secukupnya.
Leptin merangsang rasa kenyang dan puas
makan. Ia adalah isyarat berhenti makan.
Namun didapati orang gemuk walaupun
mempunyai banyak leptin dalam darah
masih berasa tidak kenyang dan
memerlukan makanan.
Mengapa ini terjadi?
Ini menjelaskan wujudnya molekul lain dalam darah yang memberi isyarat kenyang dan
selesa kepada otak selain daripada leptin. Molekul ini tidak dapat bertindak apabila
seseorang itu menjadi obes. Apabila molekul ini gagal bertindak maka leptin tidak dapat
berfungsi.Terdapat interaksi kimia yang berlaku dalam tubuh kita dan kesemua molekul ini
berinteraksi antara satu sama lain .
Apakah molekul-molekul tersebut?
Di antara molekul-molekul tersebut adalah enzim dan hormon di dalam darah.Hormon dan
enzim berinteraksi dengan kompleks menukarkan makanan kepada tenaga. Apabila ia tidak
dapat berinteraksi maka tenaga tidak terhasil dan makanan terus bertukar menjadi
lemak.Terdapat teknik-teknik untuk meningkatkan paras enzim dan hormon dalam darah.
Terkini pakar mencadangkan pengambilan hormon berasaskan tumbuh-tumbuhan. Ternyata
ia memberi kesan yang memuaskan. Faktor pendedahan kepada racun serangga dan
pengawet makanan secara berlebihan menyebabkan kelenjar tubuh yang merembeskan
enzim dan hormon menjadi tidak aktif. Apabila enzim dan hormon rendah sudah tentu tiada
pemecahan lemak dapat berlaku.
Tenaga berlebihan dalam makanan akan
disimpan menjadi lemak.
KESIHATAN
Kaedah meningkatkan hormon dan enzim
Senaman adalah satu cara yang berkesan untuk meningkatkan paras hormon dan enzim
dalam darah. Bersenam menjadikan otot badan yang aktif memberi signal kepada
penghasilan hormon dan enzim yang tinggi. Anda juga boleh mengambil suplemen
meningkatkan hormon dan enzim dalam darah dengan pengawasan doktor.Peningkatan
kadar hormon dan enzim bererti peningkatan dalam kadar metabolik anda.
Padah obesiti
Sakit jantung
Sakit jantung merupakan penyakit yang paling kritikal berpunca daripada obesiti. Kita selalu
mendengar kisah individu pelbagai peringkat umur tiba-tiba diserang penyakit jantung. Sakit
jantung boleh di anggap sebagai silent killer di kalangan orang orang obes. Lemak yang
terlalu tebal boleh menyumbat saluran darah menyebabkan organ tubuh kita tidak mendapat
cukup oksigen yang diperlukan.
Didapati mereka yang obes pada ukuran BMI lingkungan 25 ke atas terdedah kepada
serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal.
Darah Tinggi
Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berkemungkinan mendapat tekanan darah
tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang
rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride tinggi boleh menyumbat salur darah
dengan cepat. Apabila ruang salur darah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat.
Hipertensi
Hipertensi mempercepatkan proses pengerasan arteri dan mempercepatkan proses
penuaan. Pusingan ini mempunyai rentetan di mana arteri yang keras mengakibatkan
tekanan darah tinggi systolic yang membawa kepada tambahan kerosakan kepada arteri.
Adalah dijangka bagi pengurang berat badan sebanyak 10 paun seseorang boleh
mengurangkan tekanan darah systolic pada kadar lebih kurang 11mm ukuran mercury .
Diabetes
Diabetes adalah keadaan di mana kandungan gula tinggi dalam darah. Makanan yang kita
makan akan diurai menjadi glukosa. Glukosa akan digunakan oleh sel-sel tubuh kita sebagai
tenaga. Proses di mana glukosa bertukar menjadi tenaga di dalam sel dilakukan oleh
hormon insulin.
KESIHATAN
Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengidap diabetes mempunyai masalah
kerana receptors pada dinding sel tidak sensitif kepada insulin. Sekiranya pengidap diabetes
dirawat dan berat badan dapat diturunkan receptors ini akan menjadi sensitif semula kepada
insulin.
Besar kemungkinan ia disebabkan kekurangan ko-enzim dan enzim yang dikeluarkan tubuh.
Kekurangan ini menyebabkan insulin tidak dapat bertindak dengan baik.
Seseorang yang obes terdedah kepada risiko mendapat diabetes jenis 2 sebanyak dua kali
ganda daripada mereka yang mempunyai berat badan normal. Diabetes yang disebabkan
oleh berat badan berlebihan merosakkan saluran darah dan membawa kerosakan kepada
banyak organ dalaman badan.
Kanser
Terdapat kaitan positif antara kanser uterus dan kanser payu dara dengan obesiti. Golongan
obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser
endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan post
menopausal breast kanser.
Didapati kalangan wanita yang mempunyai lebihan berat badan sebanyak 18 paun
mempunyai dua kali ganda risiko untuk menghidap barah payu dara selepas menopaus.
Remaja wanita yang mengalami obesiti pula mengidap penyakit akibat lebihan tekanan ke
atas otak. Penyakit ini muncul dalam bentuk gangguan pandangan mata dan sakit kepala.
Senaman atau aktiviti bergerak membuatkan sel-sel otot kita menjadi aktif dan ia penting
bagi membolehkan hormon dan enzim dalam darah terhasil. Otot yang aktif adalah satu
rangsangan yang membolehkan tubuh kita mengeluarkan hormon dan enzim dengan baik.
Pada Otot terdapat sel-sel yang dinamakan mitokondria. Mitokondria adalah kilang bagi
menjana tenaga yang diperlukan aktiviti tubuh kita. Otot yang tidak aktif mengeluarkan
tenaga yang sedikit kerana bilangan mitokondrianya sangat kecil.
Otot yang kuat membuatkan pembakaran lemak dalam tubuh menjadi pantas dengan
penggunaan tenaga yang berkesan.
Oleh itu kita harus melakukan senaman yang boleh meningkatkan saiz otot dan menguatkan
otot. Antara senaman yang baik dilakukan adalah senaman menaiki tangga, berjalan dan
berlari.
KESIHATAN
ARKIB : 16/05/2010
Ketosis dorong kurus, cantik
Apabila lemak pecah menjadi tenaga ia
akan melalui suatu proses yang di namakan
ketosis. Ketosis merupakan proses semula
jadi dalam tubuh kita. Ia merujuk kepada
proses penukaran lemak kepada tenaga,
ketone dan air. Untuk memulakan ketosis
adalah sukar kerana seseorang perlu
melalui pelbagai fasa yang sukar sebelum
ketosis berlaku.
Fasa yang dimaksudkan adalah penurunan
jumlah karbohidrat dalam makanan,
meningkatkan tahap hormon dan enzim
dalam darah dan fasa ketiga meningkatkan
aktiviti otot dengan bersenam.
Setelah ketosis berjaya dimulakan badan
akan menjadi kurus dan cantik. Tubuh juga
beroleh tenaga yang luar biasa.
Stamina seseorang yang berjaya mencapai
tahap ketosis akan meningkat manakala
perasaan yang sering murung berubah
menjadi riang dan bahagia bagaikan
seseorang yang sedang di alam percintaan.
Begitulah indahnya fenomena ketosis dan ini merupakan sesuatu yang harus anda perolehi
dan kecapi. Di kala ini senaman tidak lagi menjadi tekanan kepada diri anda. Anda akan
seronok bersenam kerana ia merupakan keperluan tubuh anda. Segala aktiviti fizikal
menjadi mudah dan menyeronokkan. Pengalaman ini akan menjadi suatu memori yang
indah dalam hidup anda. Dan dunia anda akan berubah menjadi ceria semula.
Mengapakah ini terjadi?
Seseorang yang sudah mencapai ketosis akan berasa riang dan cergas kerana kehadiran
ketone. Ketone diperlukan oleh otak kita bagi meningkatkan keceriaan. Otak yang mendapat
ketone yang tinggi tidak mudah letih dan mengantuk. Fikiran akan cergas dan aktif. Sebagai
bahan tenaga yang aktif, ketone menggerakkan otot-otot kita menjadikan pergerakan lancar.
Ia juga merupakan ubat penahan sakit semulajadi. Kehadiran ketone membuatkan tubuh
badan kita tidak sakit dan keletihan turut hilang.
AKTIVITI senaman secara berterusan mampu
mengekalkan stamina.
KESIHATAN
Dari segi struktur kimianya pula ketone adalah ahli kumpulan alkohol ringkas. Kerana itulah
mereka yang tinggi ketone sentiasa riang disebabkan kesan alkohol semulajadi. Secara
dasarnya mereka
yang aktif bersukan dan tubuhnya membakar lemak dengan baik akan mempunyai ketone
yang tinggi. Profesor saya sewaktu kolej dulu pernah bergurau. Katanya: ''Ahli sukan
sentiasa riang dan cergas kerana mereka semuanya mabuk.'' Bukankah ketone itu alkohol?
Mabuk ketone adalah baik, tiada kesan sampingan tapi mabuk alkohol berbahaya kerana ia
membuat kita hilang pertimbangan. Alkohol buatan manusia melemahkan tubuh badan dan
otak manakala ketone merangsang sel-sel otak menjadi lebih peka dan menimbulkan naluri
rasa yang kreatif, bahagia dan tenang. Ketone membuatkan transmiter otak kita menjadi
aktif. Apabila transmiter otak menjadi aktif seseorang akan mula berasa riang dan gembira .
Ketone yang terhasil apabila diet tidak pula bersifat begitu disebabkan strukturnya yang
amat natural.
Bagi seorang pesakit kencing manis yang kekurangan insulin dalam badan, tubuh akan turut
menghasilkan apa yang dinamakan ketoasidosis. Apa yang berlaku sel tubuh tidak dapat
menerima gula kerana ketiadaan insulin. Ketoasidosis dan ketosis merupakan dua
fenomena berbeza. Ketoasidosis adalah toksik manakala ketosis adalah baik.
Aktiviti yang dicadangkan
Pengurangan kalori
1) Pengambilan kalori yang rendah sebanyak 2000 kalori sahaja sehari
2) Kalori mestilah diperoleh daripada protein dan gula fruktosa sahaja (buah-buahan) dan
bukan dari karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti.
3) Pengambilan kalsium zink dan potassium yang mencukupi
4) Air yang banyak (Sekurang-kurangnya 4 liter sehari)
Peningkatan hormon dan enzim tubuh
Hormon yang penting adalah semua hormon yang terlibat secara langsung dalam
metabolisme lemak seperti hormon pertumbuhan insulin glukargon dan tiroid. Di klinik saya
suplemen diberikan bagi membantu mempercepatkan peningkatan hormon. Apabila pesakit
berkunjung mereka diberikan satu set soalan yang akan menjadi takat rujukan saya
membuat analisis hormon yang berkurangan. Pemeriksaan darah juga boleh dibuat bagi
menguji ketepatan analisis. Hormon disukat dengan kaedah radio amino assay. Ia adalah
KESIHATAN
kaedah yang mengaplikasikan radioaktif untuk menyukat jumlah hormon dalam tubuh kita.
Terapi hormon bukanlah sesuatu yang baru. Terapi ini menambahkan hormon dalam darah
kita. Bila hormon cukup ia dapat melakukan tugasnya dengan berkesan bagi menjamin
kesejahteraan tubuh kita.
Peningkatan enzim
Enzim bermaksud katalase iaitu bahan yang mencernakan lemak. Tidak seperti enzim
dalam perut, enzim yang memecah lemak lebih kecil molekulnya dan aktivitinya bergantung
kepada suhu tubuh. Cara yang terbaik bagi memastikan suhu tubuh meningkat adalah
dengan bersenam. Pergerakan
otot akan membuatkan tubuh memanas dan enzim mula bekerja dengan aktif. Jika kita
duduk selama 20 minit atau lebih tanpa aktiviti seluruh otot akan mula berehat dan
mengalami penurunan suhu pada sel-sel. Tetapi jika kita bangun dan melakukan aktiviti, ia
memanas semula. Dengan itu jalan terbaik untuk meningkatkan enzim adalah dengan
bergerak dan bergerak. Jika anda bekerja pejabat dan perlu duduk, sentiasa pastikan anda
bangun dan berdiri setiap 20 minit.
Senaman
Setelah mencapai tahap ketosis anda harus meneruskan aktiviti bersenam selama 20 minit
setiap hari bagi memanaskan badan. Di samping itu dapatkanlah nasihat bagaimana
meningkatkan tahap hormon dan enzim tubuh anda dari pakar yang berkenaan. Jika tubuh
kekurangan hormon dan enzim maka sukarlah lemak untuk pecah dan segala usaha anda
menjaga kalori dan bersenam menjadi sia-sia.
Oleh kerana ramai pembaca yang berada terlalu jauh dari pusat saya di Semenyih, saya
senaraikan beberapa pusat yang sudi memberi bantuan sama ada rawatan atau kaunseling
bagi membolehkan anda menurunkan berat badan dengan bijak dan berkesan. Kami
menyokong hasrat anda menurunkan berat badan dengan kaedah saintifik.
Marissa Esthetik : No.26-1 Jalan 4 Semenyih Sentral, Semenyih Selangor. Telefon 03-
87234808.
Klinik Madihah : 131 -1 Jalan Taman Komersial Senawang 1, Taman Komersial Senawang,
Negeri Sembilan. Telefon 06-6782943.
Thalia Clinic : 3-14 Mahkota Square, Jalan Mahkota, Kuantan Pahang. Telefon 09-5164777.
KESIHATAN
ARKIB : 23/05/2010
Muda semula dengan Serdev
Bagi peminat perubatan estetik sudah tentu ramai di antara kita yang gemar melakukan
penyelidikan tentang teknik-teknik terkini dalam bidang yang menjadi semakin penting
dewasa ini. Perubatan estetika adalah satu cabang rawatan bagi orang yang sihat. Ia
semata-mata diadakan bagi memenuhi keperluan masa kini yang inginkan kecantikan
seiring dengan kesihatan.
Bukan semua di antara kita mampu mengekalkan kecantikan dan keanjalan kulit pada usia
melepasi 40-an. Apabila usia meningkat timbullah kedut pada sekeliling mata, dahi dan
sebagainya. Kesan kedutan sudah tentulah perubahan wajah dan perubahan ekspresi
muka.
Kedutan memberi ekspresi muka yang letih, sedih dan tidak riang. Kaedah estetika
membantu menghilangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih
segar dan ceria. Kita tidak mahu mengubah muka menjadi orang lain. Yang kita mahukan
adalah memelihara wajah kita agar sentiasa manis dan menarik. Di sinilah letaknya peranan
perubatan estetika.
Secara saintifik muka kita disokong oleh otot-otot. Otot yang bergerak digunakan bagi
pergerakan seperti sewaktu makan, meniup belon juga sewaktu senyum. Otot yang tidak
bergerak terdapat pada muka berfungsi memegang muka. Apabila dimamah usia otot-otot
menjadi kendur dan lembik membuatkan muka nampak berkerut dan jatuh. Jika otot ini
dapat ditegangkan maka hasilnya muka akan tampak tegang semula. Sementelah apabila
usia menganjak ke 40-an semua otot mula longgar dan ke bawah.
Teknik Serdev
Bolehkah otot-otot ditegangkan semula? Jawapannya boleh. Pernahkah anda mendengar
Teknik Serdev? Teknik Serdev dicipta oleh Dr. Nicholay Serdev dari Bulgaria. Dengan
menggunakan teknik ini muka dapat diangkat semula tanpa sebarang jahitan dan torehan. Ia
menggunakan benang khas yang diletakkan di bawah kulit kepala dan benang ini menarik
otot yang memegang muka ke atas semula. Teknik Serdev dapat dilakukan dengan mudah
tanpa sebarang komplikasi kerana ia tidak memerlukan bius keseluruhan (general
anesthesia). Sebaliknya hanya memerlukan bius yang sangat minimum pada kulit kepala
sahaja.
Setelah dibius doktor akan memasukkan benang dan menegangkan muka. Tidak ada rasa
sakit dan keputusannya dapat disaksikan sejurus selepas proses Serdev selesai. Benang
yang dimasukkan diperbuat daripada protein dan dicampur dengan antibiotik.
KESIHATAN
Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala kekenduran sudah di tarik ke
atas semula. Kehebatan rawatan ini adalah tidak memerlukan mereka yang menjalaninya
bercuti panjang dan tidak pula perlu dimasukkan ke hospital. Anda Cuma perlu datang ke
klinik dan dalam satu jam rawatan telah pun selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru
tanpa kendur. Begitu mudah bukan?
Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia turut dikenali sebagai non
incisional face lift atau non scar method. Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat
kening yang jatuh, dan kelopak mata yang kendur membuat mata lebih luas terbuka.
Semasa menjalani kursus Teknik Serdev yang diajarkan sendiri oleh pengasasnya di
Bulgaria saya berpeluang melihat sendiri bagaimana teknik ini diaplikasi dengan meluas di
Barat dan di benua Eropah. Orang Eropah sangat sukakan Teknik Serdev. Mereka
menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung (agar
tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai lagi. Oleh kerana
benang yang digunakan terdapat pelbagai saiz maka ia sesuai bagi mengangkat kening dan
mencantikkan hidung juga. Semasa belajar di University of Bulgaria dalam bidang ini saya
juga melihat pelbagai prosedur kecantikan lain yang sangat mengkagumkan dibuat di sana.
Mereka menanam rambut palsu yang kelihatan hidup dan boleh diwarnakan dan dikerinting
sesuka hati. Ini adalah solusi yang baik bagi pengidap alopecia yang serius terutamanya
wanita. Di sana saya menyaksikan selebriti dunia yang terkenal menjalani rawatan. Bagi
saya pengalaman itu tidak mungkin akan dilupakan selagi hayat dikandung badan.
Di negara kita bidang estetika masih lagi menjadi bidang yang baru dan masih banyak ruang
yang perlu diterokai bagi kita untuk mencapai kemajuan yang begitu. Namun begitu doktor
kita giat berusaha meningkatkan kepakaran masing-masing dengan mengikuti kursus di luar
negara bagi mempelajari kepakaran yang tinggi dalam bidang ini.
Untuk pertanyaan lanjut hubungi Marissa Esthetik, No. 9, Jalan 4, Semenyih Sentral,
Semenyih, Selangor. Telefon 03-87234808.
KESIHATAN
ARKIB : 06/06/2010
Filler untuk bibir menawan
SAHABAT saya datang ke klinik mengadu
bentuk bibirnya yang tampak jatuh dan tidak
penuh. Berkali-kali dia bertanya mengapa
keadaan seperti itu berlaku. Saya
memberinya cermin sambil berkata: ‘‘Cuba
lihat kiri kanan bibir Nor, ada garisan.’’
Sahabat saya menjawab: ‘‘Setiap kali
melihat cermin saya memang ternampak
garisan itu, dan saya berasa rendah diri
serta serba kekurangan.’’
Lantas dia meluahkan hasratnya untuk memperbaiki kekurangan tersebut agar nampak
berseri. Seperkara lagi dia sering dilihat sukar tersenyum walaupun sebenarnya dia selalu
senyum apabila disapa. Kekurangan itu juga menyebabkan Nor sering menolak apabila
diajak bergambar kerana dia nampak tidak lawa. Pada hal adakalanya kami cuti bersama,
aktiviti wajib yang menjadi kenangan sepanjang hayat semestinya bergambar. Masalah
tersebut menjadikannya kurang keyakinan diri dan rendah self esteem.
Menurut Nor lagi sewaktu usianya dalam lingkungan 20-an dan 30-an bibirnya agak comel
dan menarik namun selepas menganjak usia bibirnya seolah-olah mengecut pula.
‘‘Bila pakai gincu pun tetap tak dapat menutupi kekurangan bibir saya,’’ adu Nor lagi.
Bibir yang menawan merupakan aset bagi seorang wanita. Siapa yang tidak kenal Angelina
Jolie. Dia dikatakan memiliki sepasang bibir yang dianggap sempurna. Bila disebut namanya
sahaja sudah tentu kita akan terbayang bibirnya yang tebal dan sedikit terjuih itu. Tabloid
juga sering mengagung-agungkan bibir pelakon wanita tersebut yang dianggap tidak ada
tandingannya.
Syarikat kosmetik pula tidak putus mempromosikan warna dan jenis lipstik yang berkilau
semata-mata mahu memikat hati wanita agar menghias bibir mereka. Bayangkan seorang
wanita yang kemas berbedak, jika tidak mengenakan lipstik sudah pasti penampilannya
terjejas. Tidak sempurna kemasan wajah seseorang tanpa lipstik yang tercalit indah pada
bibir.
KESIHATAN
Jadi jelaslah kepada kita bahawa bibir juga menjadi titik tumpu pada wajah seseorang.
Bibir yang sihat berwarna sedikit kemerahan dan kelihatan lembap meskipun tidak disapu
sebarang losen atau pelembap bibir. Kulit bibir yang tipis akan berwarna sekata. Apabila
usia meningkat, warna bibir turut berubah menjadi kusam dan pigmentasi mula terhasil.
Seorang rakan yang bertugas sebagai jurusolek artis memberitahu, apabila melakukan tata
rias dia amat mengambil berat perihal bentuk dan warna bibir. Bentuk bibir yang mongel
sememangnya
cantik bagi iklan makanan yang lazat, manakala bibir tipis dan serius sesuai bagi iklan
pakaian yang sarat dengan aksesori.
Menurutnya dia akan melukis dahulu bentuk bibir yang sesuai dengan tugasannya pada hari
itu dan mengenakan warna yang sesuai sebelum model tersebut dirakam gambarnya.
Masalah bibir
Masalah pada bibir yang sering terjadi adalah kulit bibir kering dan mengelupas. Ia biasanya
berlaku apabila kita alah kepada gincu atau losen tertentu. Bibir yang kering dan merekah
akan perit serta menyakitkan. Makan pun menjadi sukar akibat bibir pecah.
Saya sering didatangi pesakit yang bermasalah untuk makan akibat bibirnya pecah. Bila kulit
pada bibir bermasalah sudah pasti seseorang tidak dapat mengenakan gincu
kegemarannya. Jika disapu gincu kerap kali masalah menjadi lebih teruk dan bibir semakin
kering serta gatal. Ini menimbulkan rasa kecewa kepada wanita yang gemar berhias kerana
tanpa lipstik sudah tentu mereka berasa tidak sempurna.
Masalah lain adalah ulser mulut iaitu luka kecil dalam mulut. Tiada sebab yang pasti
mengapa ia berlaku. Teori mengatakan ia berpunca dari kekurangan Vitamin C dan
sesetengah pula menyebut ia disebabkn jangkitan virus. Tidak kurang juga yang
berpendapat ia berpunca daripada stres sebab itu ia juga dikenali sebagai ulcer stress. Agak
malang bagi mereka yang sering mendapat masalah ini.
Rawatan
Saya sering mencadangkan pengambilan Vitamin C yang banyak dan ubat sapuan untuk
menahan sakit serta mengurangkan keradangan apabila masalah ini terjadi. Terdapat juga
lips conditioner mengandungi vitamin dan pelembap tinggi yang baik untuk bibir kita. Ada
kalanya ulser menjadi serius dan antibiotik diperlukan. Ulser yang berulang dan merebak
KESIHATAN
adakalanya memerlukan rawatan di hospital. Jika ini berlaku kepada kanak-kanak lebih
berbahaya kerana mereka tidak dapat makan dan minum. Ini mengganggu nutrisi tubuhnya.
Jika ini berlaku segeralah mendapatkan rawatan doktor.
Apabila gejala menjadi serius, adakalanya ia turut menyebabkan masalah pada gusi dan
halitosis iaitu mulut yang berbau. Bagi kes sebegini saya mencadangkan pengambilan
vitamin secara suntikan. Ia lebih cepat bertindak serta kita dapat memberikan dos yang
sebenar dengan tepat.
Apabila kurang vitamin, bahagian tepi mulut atau dipanggil angle of mouth (sudut mulut)
akan pecah. Hal ini biasa juga saya kesan pada kanak-kanak yang kurang vitamin dan
apabila diberikan tambahan vitamin ia sembuh dengan cepat.
Inginkan bibir menawan?
Apabila usia kita meningkat, kandungan kolagen semula jadi dalam bibir turut berkurangan.
Bibir menjadi kecut dan tidak mongel. Suntikan filler jenis hyaluronic mampu membuat bibir
tampak menarik dan mongel semula.
Garisan pada tepi bibir yang melengkung ke bawah menjadikan wajah seseorang tampak
muram dan kurang seri. Dalam kata lain, ia membuatkan seseorang tampak lebih tua
daripada usia sebenar. Garisan di tepi bibir dinamakan marionette lines dan ia boleh dirawat
juga dengan suntikan hyaluronic filler.
Bagaimana Filler dilakukan pada bibir?
Mula-mula kawasan sekitar bibir dibersihkan dan disuntik ubat bius bagi menjadikan ia
kebas. Selepas itu filler akan dimasukkan dengan kaedah suntikan ke dalam bibir. Hasilnya
bibir akan tampak lebih cantik dan menawan.
Teknik mengangkat semula bibir boleh digunakan bagi menjadikan bibir tampak lawa dan
menarik semula.
Penggunaan filler banyak membantu menjadikan wajah berseri semula. Pada usia 40-an
adalah sesuai bagi kita melakukan rawatan filler mencantikkan bibir. Pada waktu ini
kekurangan hormon dan kolagen sangatlah ketara. Bergantung kepada jenis filler biasanya
kaedah ini mampu bertahan untuk tempoh satu hingga lima tahun.
KESIHATAN
ARKIB : 13/06/2010
Berusia tetap menarik
BARU-baru ini saya dikunjungi wanita
berusia 50-an. Tanpa sebarang temujanji,
beliau muncul di klinik. Katanya dia datang
dari Melaka. Untuk tidak menghampakan
hasratnya yang datang dari jauh pembantu
saya Amy Lisa terus membawanya
berjumpa saya.
Wanita berhemah tinggi itu memperkenalkan
dirinya sebagai Azah. Katanya dia sudah
lama berhajat untuk bertemu saya dan
berbesar hati kerana dapat melaksanakan
hasratnya.
Dia datang ditemani anak dan menantunya.
"Suami saya banyak urusan. Insya Allah
saya ajak dia datang,'' jawabnya bila ditanya
perihal suaminya.
Azah terus merujuk masalah yang
mengganggu kehidupannya sejak akhir-
akhir ini. Dia menunjukkan mukanya yang
mempunyai banyak garisan dan lekuk di
sana-sini. Mulutnya tidak henti-henti
bertanya bagaimana mahu mengurangkan garisan tersebut. Dia juga memberitahu telah
mencuba pelbagai krim tetapi tidak berhasil.
Saya meneliti wajahnya. Bahagian bawah mata berlekuk tidak sekata. Dalam istilah
perubatan estetik masalah tersebut dinamakan eye bag. Garis halus dan kasar memenuhi
dahi. Pipinya masih tegang tetapi terdapat kesan lekuk di kiri kanan bibir. Ia memberi kesan
wajah murung dan senyuman yang terukir tidak nampak serinya.
Pada mata pula terdapat banyak kesan kedut yang membuatkan dia kelihatan kurang
menarik. Mata yang berkedut membuatkan seseorang kelihatan mengantuk. Masalah
seperti ini kerap melanda mereka yang berkulit kering. Oleh kerana kelembapan kulit sukar
dikawal, kulit akan tampak cepat tua dan berkedut. Mereka yang kulit berminyak pula
beruntung kerana lambat sedikit mengalami masalah kulit berkedut.
''Saya tahu saya dah tua. Saya pun bukan nak jadi muda tapi saya tak suka bila semua
orang yang memandang saya pasti bertanya kenapa saya kelihatan terlalu sedih. Padahal
Teknologi rawatan menggunakan filler
hyaluronic membantu mengembalikan
keyakinan diri dalam menghadapi usia emas.
KESIHATAN
saya seorang yang riang. Agaknya air muka saya melambangkan kesedihan. Garis-garis
pada wajah saya menyebabkan saya kelihatan seperti orang runsing. Cuba tengok garis
pada kening saya . Ia membuatkan wajah saya tampak berkerut sentiasa,'' panjang celoteh
nenek kepada sepuluh cucu itu.
Penampilannya juga menyebabkan dia digeruni oleh cucu-cucunya.
Memang benar kita semua tidak dapat lari daripada menjadi tua namun wajah yang terlalu
berkedut amat tidak menyenangkan dan membuat seseorang mudah berasa rendah diri.
Saya menerangkan kepada beliau wajah kita umpama topeng muka. Ia boleh kelihatan
manis atau masam bergantung kepada garisan dan lekuk pada muka. Wajah
melambangkan perasaan muka. Kita dianugerahkan mimik muka bagi menzahirkan apa
yang kita rasa menerusi wajah.
Apa yang perlu dilakukan adalah menaikkan pipi dan menghapuskan garisan yang amat
ketara itu. Jika kita meletakkan semula kedudukan pipi dan mulut ke aras yang sepatutnya,
maka sudah tentu muka akan tampak manis dan seolah-olah tersenyum. Justeru garisan
dan lekuk pada wajah perlu dibetulkan jika seseorang mahu kelihatan berwajah riang.
Apabila usia meningkat, otot otot muka akan kendur dan menjadi kurang elastik di samping
kolagen semulajadi juga akan hilang. Pigmentasi mula berlaku terutamanya pada kedua
pipi. Hal ini terjadi kerana faktor kekurangan hormon progestron dalam badan.
Rawatan
Saya membuat rawatan secara berperingkat untuk membantu Azah mengatasi masalah
yang dihadapinya.
Peringkat pertama adalah memasukkan filler hyaluronic bagi menggantikan semula kolagen
yang hilang dari kulit.
Dengan hyaluronik filler saya mula mengisi ruang kosong akibat kehilangan kolagen.
Hasilnya wajah Azah kelihatan kembali tegang. Lekuk-lekuk yang membuat muka tampak
kendur lenyap dan wajah kembali segar. Langkah kedua adalah dengan teknik serdev
suture (telah diulas dalam isu-isu sebelum ini) untuk mengangkat semula kulit wajah kendur.
Selepas serdev suture, pipi kelihatan terangkat ke kedudukan yang lebih tinggi sedikit dan
kening yang jatuh turut terangkat dengan cantik.
KESIHATAN
Selepas itu saya menggunakan anti kedutan bagi menghapuskan kesan kedutan dan laser
resurfacing bagi meningkatkan keanjalan wajah.
Terdapat banyak jenis hyaluronik yang boleh digunakan untuk mencantikkan struktur wajah
dan tubuh badan seseorang. Ada sistem hyaluronik yang boleh bertahan selam enam bulan,
setahun dan terdapat juga yang bertahan selama lima tahun. Ketahanannya bergantung
kepada jalinan asid hyaluronik yang digunakan.
Hormon bioidentical
Bagi meningkatkan paras hormon wanita menopaus, saya mencadangkan penggunaan
hormon bioidentical yang mudah iaitu secara sapuan sahaja bagi menggantikan hormon
yang berkurangan dalam tubuh.
Apabila hormon rendah seorang wanita akan berasa agak tertekan perasaannya, murung
dan bosan meskipun tiada sebab yang munasabah. Apabila paras hormon ditingkatkan dia
akan berasa lapang dan kembali ceria.
KESIHATAN
ARKIB : 20/06/2010
Cantik dengan laser
Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel
mengenai faktor yang menyebabkan kita
nampak lebih tua daripada usia sebenar.
Kajian Dr. Bernard Fink, pakar psikologi dari
University of Goettingham, Jerman; dan Dr.
Paul Matts dari Procter & Gamble
menunjukkan ada dua faktor utama
menyumbang ke arah itu iaitu:
Pigmentasi dan ton kulit tidak sekata.
Kedut atau garisan kedut pada muka.
Memang tidak dapat dinafikan apabila wanita
mahupun lelaki meningkat usia, garis-garis
pada wajah menyebabkan mereka nampak
lagi berusia. Sepanjang khidmat saya membantu wanita dan lelaki nampak lebih cantik,
muda dan bergaya , saya mengesyorkan rawatan bagi mengurangkan kedut-kedut pada
wajah dan membantu mereka untuk mendapat ton sekata dan menghilangkan pigmentasi
kulit.
Rawatan bagi mendapatkan ton sekata pada kulit amat mencabar. Apabila wanita semakin
berusia, bukan sahaja jisim tulang mereka semakin berkurangan tetapi jumlah kolagen pada
lapisan bawah kulit juga menipis menyebabkan kulit semakin berkedut. Kesan kedut akan
lebih ketara apabila seseorang wanita menopaus, di mana pengurangan hormon wanita
menyumbang pengurangan keanjalan kulit. Bagi lelaki faktor penuaan turut menyumbang
kepada masalah kedutan, pigmentasi kulit dan juga tompokan kehitaman pada kulit wajah.
Sejak kebelakangan ini, masalah ton kulit tidak sekata dan pigmentasi semakin menjadi-jadi.
Ia disebabkan pengunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan tidak diluluskan
kerajaan seperti tretinoin dan hidroquinone serta pemanasan global. Sememangnya cahaya
matahari adalah salah satu punca utama pigmentasi dan ton warna muka tidak sekata.
Apabila sel-sel kulit didedahkan kepada pancaran matahari cahaya ultra ungu yang terdapat
di dalamnya akan merangsang sel-sel kulit yang bertanggungjawab membentuk warna pada
kulit kita yang dinamakan malanocyte. Sebenarnya sel malanocyte penting sebagai
mekanisme pertahanan kulit. Warna yang dikeluarkan menjadikan kulit lebih kuat dan
berdaya tahan melawan kanser dan sakit kulit. Namun apabila ia menjadi terlalu aktif maka
ia amatlah menghodohkan kulit disebabkan kesan tompokan hitam.
KESIHATAN
Dalam penulisan sebelum ini saya banyak menceritakan hal serdev dan terapi hormon untuk
melawan kedutan muka. Saya yakin ramai antara kita telah pun mengetahui mengenai
teknik serdev yang amat berkesan bagi mengangkat kembali muka yang telah jatuh. Teknik
ini menggunakan benang yang diperbuat daripada protein dan hasilnya boleh bertahan
melebihi 10 tahun lamanya. Bioidentical hormon pula merupakan hormon yang baik bagi
meningkatkan kecergasan kita.
Ramai pembaca menghantar e-mel dan menelefon bertanya rawatan yang sesuai bagi kulit
berjeragat, pigmentasi dan ton kulit tidak sekata. Mereka ada banyak membaca tentang
rawatan terkini menghilangkan pigmentasi dengan menggunakan laser. Oleh kerana
terdapat pelbagai jenis laser dan banyak mendengar salon kecantikan menggunakan laser,
maka mereka pun ingin mengetahui dengan lebih lanjut kerana keliru dengan pelbagai
pilihan yang ada.
Pada awal bulan lepas saya terserempak dengan kawan lama semasa menghadiri 7th
Malaysian Conference and Exhibition on Anti-Aging, Aesthetic and Regenerative Medicine di
Kuala Lumpur. Kongres itu dinaungi oleh Persatuan Perubatan Anti Penuaan yang berdaftar
di bawah Kementerian Kesihatan. Ia bertujuan memberi lebih pendedahan kepada doktor
yang mendalami perubatan estetik. Sahabat saya merupakan seorang pengamal perubatan
di Kuantan, Pahang yang menggunakan banyak laser untuk merawat masalah kecantikan.
Walaupun perjumpaan itu singkat namun saya sempat diberi penerangan mengenai laser .
Untuk meyakinkan saya lagi, beliau telah berkongsi beberapa gambar pesakit yang
menerima rawatan laser untuk pigmentasi. Sungguh menakjubkan dalam masa 10 minggu
segala masalah pigmentasi boleh diselesaikan. Saya berterima kasih kepada Dr. Shaharum
Sulaiman kerana berkongsi pengalaman merawat pigmentasi menggunakan laser.
Apakah laser
Laser terhasil apabila cahaya melalui satu medium yang berupa gas. Oleh kerana terdapat
banyak jenis gas maka laser yang terhasil juga akan menjadi pelbagai bergantung kepada
jenis gas yang digunakan. Sebagai contoh gas CO2 (karbon dioksida) menghasilkan jenis
laser yang dinamakan Laser CO2.
Manakala gas helium menghasilkan laser yang dinamakan Laser Helium. Dalam dunia
perubatan laser turut dikelaskan mengikut gred iaitu kelas 1 dan 2 adalah laser yang tidak
kuat. Kelas 3 dan 4 pula laser yang kuat dan memerlukan latihan yang cukup sebelum
menggunakannya. Kerana itulah para doktor yang terlibat dengan laser mengikuti kursus
dan memperoleh sijil kelayakan. Laser yang sering digunakan dalam perubatan estetik
adalah laser lipolisis (Deka) bagi memecahkan lemak pada bahagian tertentu tubuh. Setelah
lemak dipecahkan ia akan di sedut keluar. Laser lain terdiri daripada kategori laser Alma
laser yang sangat bagus. Di klinik saya saya menggunakan sistem Soprano yang
KESIHATAN
mempunyai banyak kegunaannya. Ia boleh menghapuskan bulu roma secara kekal dan
memutihkan kulit dengan bertindak mengurangkan keaktifan melanosit dalam kulit. Satu lagi
kegunaannya ialah meningkatkan kolagen dengan stimulasi pada kulit. Ia meningkatkan
kolagen dan menjadikan kulit lebih tegang. Ini menjadikan soprano bukan sahaja sesuai
untuk membuang bulu roma pada mana-mana bahagian kulit malah turut memutihkan kulit
berbanding sistem lain. Ada juga laser daripada Alma yang bertindak menghapuskan bintik
hitam pada kulit seperti sahabat saya menggunakan sistem laser dinamakan Medlight iaitu
satu sistem yang terbaik bagi menghapuskan pigmentasi kulit.
Sebenarnya laser sangat sinonim dalam kehidupan kita. Kalau ke pusat membeli-belah
misalnya, penggunaan laser yang diguna pakai pada mesin pengimbas menjadikan urusan
jual beli berjalan lebih lancar. Bayangkan kalau kita masih menggunakan mesin kira, sudah
tentulah urusan menjadi sangat lambat. Begitu juga dalam urusan seharian di rumah, laser
digunakan dalam aplikasi alat kawalan jauh.
Di hospital pula laser memudahkan para doktor membuat pembedahan pada organ yang
rumit seperti jantung dan mata. Seorang sahabat saya yang merupakan pakar mata
memberitahu dengan adanya laser orang yang kabur penglihatannya boleh melihat dengan
jelas semula. Beliau memuji teknik Lasix yang digunakan dengan meluas bagi membentuk
semula kanta mata. Hasilnya mata menjadi terang dan kita dapat melihat dengan jelas
semula tanpa cermin mata.
KESIHATAN
ARKIB : 27/06/2010
Kulit rosak cacat penampilan
PERTEMUAN pertama dengan Puan Chua
berlangsung semasa saya dijemput oleh
sekumpulan ahli kelab perniagaan bagi sesi
ceramah kesihatan. Apabila memberi
ceramah untuk wanita saya mesti
menyelitkan teknik terbaru bagi menjaga
kecantikan dan meningkatkan keterampilan
diri seseorang.
Ketika sesi soal jawab Puan Chua paling
kurang bertanya. Saya merapati beliau
kerana kulit wanita ini mempunyai kesan
tompokan hitam yang agak serius sehingga
mencacatkan kecantikan wajahnya. Oleh
kerana beliau tidak bertanya apa-apa, maka
saya mengandaikan beliau tidak berminat
meningkatkan penampilan dirinya.
Tanpa disangka beberapa minggu selepas
itu saya bertemu semula dengannya. Beliau datang ke klinik saya sebagai pesakit.
Meskipun kurang fasih berbahasa Melayu beliau sedaya upaya cuba berkomunikasi. Kali ini
dalam suasana yang berbeza. Beliau tampak resah dan menceritakan kepada saya kisah
bagaimana kulitnya boleh menjadi sedemikian.
Sepuluh tahun yang lalu Puan Chun berkunjung ke sebuah pusat kecantikan yang
dikendalikan oleh seorang wanita berasal dari China. Wanita dari China itu memasuki
Malaysia dengan menggunakan pas pelancong dan membuka pusat kecantikan secara
haram. Menurut Puan Chua pada waktu itu kulitnya tidak bermasalah. Wajah nya putih dan
bersih. Dia berkunjung ke situ dengan rakan-rakan hanya untuk melihat jenis rawatan yang
dibuat di situ. Namun setelah dipujuk beliau bersetuju mencuba rawatan di situ.
Rawatan yang dijalankan adalah sejenis pengelupasan kimia. Ubat yang disapu kewajah
Puan Chan menyebabkan kulitnya kering dan sakit seperti terbakar. Wanita tersebut
meyakinkannya selepas beberapa hari kulitnya akan menjadi lebih cantik. Dia kemudiannya
di berikan ubat sapu, losen dan pil vitamin.Kejadian itu menjadi tragedi baginya kerana kulit
cantik yang diharapkan tidak kesampaian. Sebaliknya kulit beliau menjadi Kehitaman dan
hari demi hari keadaan semakin teruk. Beliau cuba memulihkan kulit dengan bertemu pakar-
pakar kecantikan namun menurut mereka kulitnya telah rosak sama sekali dan tidak dapat
dibaiki lagi.
Kulit rosak akibat pengelupasan kimia mesti
dirawat.
KESIHATAN
Lebih menyedihkan suaminya sendiri berasa malu untuk membawa beliau ke majlis-majlis
kerana kulitnya terlalu hitam tidak dapat disembunyikan walaupun dengan menggunakan
mekap. Puan Chua sendiri berubah menjadi anti sosial dan pendiam.Saya membuat analisis
kulitnya dan mendapati masalah Puan Chua adalah long standing PIH (post inflammamatory
hyperpigmentation) akibat kesan samping chemical peeling oleh orang yang tidak bertauliah
atau tiada pengalaman.
Post Inflammatory Hyperpigmentation
Kerosakan ini boleh berlaku kerana kesan sampingan radang pada kulit seperti bekas
jerawat, luka atau terbakar dan pengunaan bahan kosmetik yang salah. Oleh kerana
chemical peeling dilakukan ke seluruh wajah, maka kesan `terbakar’ yang di alami oleh
Puan Chua adalah pada keseluruhan muka. Sekali pandang saling tak tumpah seperti
Dayang Senandung dalam filem Seniman P Ramlee. Bukan sahaja wajahnya jadi gelap dan
lebam, tetapi tekstur kulit mukanya kasar dan pori-pori mukanya luas.
Kaedah Rawatan
Saya mencadangkan rawatan menggunakan laser. Rawatan mestilah dibuat antara enam
sehingga sepuluh kali untuk mendapat hasil yang memuaskan. Saya juga mencadangkan
rawatan PRP (platlet rich plasma). Uniknya dalam rawatan ini kita menggunakan sel-sel
dalam darah pesakit itu sendiri. Saya menyarankan agar beliau melakukan rawatan setiap
minggu, tetapi beliau hanya mampu menjalani rawatan sebulan sekali . Selepas rawatan
pertama Puan Chua berjanji akan datang lagi jika terdapat perubahan pada kulitnya.
Nampaknya belum benar benar yakin dengan saya. Pada bulan berikutnya, beliau datang
untuk rawatan kedua. Beliau kelihatan sedikit ceria kerana pigmentasi beliau sudah mula
pudar dan ada beberapa kawan sudah menegur.
Minggu lepas adalah rawatan beliau yang ketiga. Saya menjangkakan beliau akan datang
semula sebulan dari sekarang. Tetapi minggu ini beliau muncul di klinik. Kehadirannya
memberikan saya seribu satu pertanyaan yang berlegar di dalam pemikiran. Selepas
beberapa minit saya menjemput dia masuk. Keadaan kulit mukanya tampak banyak
perubahan walaupun baru tiga kali rawatan.Beliau juga memberitahu hubungannya dengan
suami yang semakin hambar menunjukkan tanda-tanda akan pulih. Malah dua hari beliau
memberitahu dikunjungi suami yang mengajaknya keluar bersama. Untuk sesi kali ini saya
menjalankan rawatan menghilangkan pigmentasi menggunakan laser sekali lagi.
Sambil merawat Puan Chua beliau bercerita mengenai masalah rumah tangganya yang
rumit. Semenjak mengalami masalah pigmentasi pada mukanya , beliau berasa sangat
tertekan, tidak mahu keluar rumah dan suka menyendiri. Ini juga telah menyebabkan beliau
berpisah dengan suaminya. Beliau memilih untuk berpisah kerana merasa rendah diri. Saya
KESIHATAN
terkejut mendengar berita tersebut.Namun begitu suaminya seorang yang baik dan selalu
datang melawat beliau sambil memberi wang nafkah. Sebab itu beliau hanya mampu
menjalani rawatan sebulan sekali. Bekas suaminya cuba berbaik semula dan selalu
mengajak beliau keluar. Tetapi akibat kesan pigmentasi pada mukanya , beliau berasa
sangat malu dan memilih untuk duduk di rumah sahaja. Tetapi kini selepas tiga rawatan,
keadaan beliau sudah jauh lebih baik. Tidak lagi terdapat kesan tompok-tompok yang ketara
di mukanya, dan hanya kelihatan seperti terkena sedikit selaran matahari.
Beliau faham untuk mendapat kesan yang cantik, beliau perlu menjalani dalam 6 sehingga
10 kali rawatan. Dan semasa dalam rawatan beliau harus menggunakan pelindung matahari
yang bagus dan menghindari sinaran matahari. Beliau kini sangat gembira kerana tidak
perlu risau orang memandang mukanya apabila keluar ke bandar. Dia menambah lagi selain
pigmentasinya yang semakin pudar, bekas suaminya memuji kulit beliau semakin halus dan
tegang, malah dia kelihatan lebih muda.
Saya tidak menyangka keprihatinan saya terhadap masalah kulit beliau sebenarnya telah
mengubah hidup dan masa depannya. Namun begitu saya mengingatkan beliau berkali-kali
untuk menghindari sinaran matahari ketika berada di luar rumah dengan memakai sunblock
dan payung.
KESIHATAN
ARKIB : 04/07/2010
Jerawat punca remaja stres
Ketika menghadiri seminar perubatan di ibu kota saya bertemu seorang sahabat lama yang
kini menjadi pakar psikologi dan psikiatri. Kami keluar makan bersama sambil bertukar
pendapat dan pengalaman. Menurut sahabat saya masalah jiwa di kalangan remaja
meningkat lebih tinggi. Antara punca utama disebabkan kurang keyakinan diri dan masalah
kecantikan. Mereka berasa diri kurang menarik berbanding rakan-rakan menyebabkan jiwa
tertekan.
Isu tersebut amat menarik perhatian kerana saya mendapati remaja sekarang begitu
mengambil berat perihal penampilan diri mereka.
Masalah kulit di kalangan remaja termasuklah jerawat, parut lama disebabkan jerawat, kulit
kusam, berminyak dan tidak sekata. Remaja biasanya tidak bermasalah dari segi pigmentasi
kerana usia yang muda. Pigmentasi biasanya berlaku semasa hamil dan apabila usia
meningkat. Bagi remaja, masalah paling kerap terjadi disebabkan kemerosotan paras
hormon adalah jerawat yang teruk.
Menurut sahabat saya, beliau pernah mengendalikan kes seorang remaja yang menjadi
murung dan enggan keluar rumah kerana wajahnya berjerawat batu. Remaja dibawa ibunya
berjumpa dengan ramai pakar kecantikan namun tetap tidak pulih. Jerawatnya terlalu
resistant sehingga mencacatkan wajah. Dia telah diberikan antibiotik selama hampir dua
tahun dan turut di bekalkan dengan Retin A. Namun tiada perubahan. Sahabat saya
mencadangkan agar saya mencari jalan untuk merawat masalah tersebut.
Jerawat dan punca
Jerawat boleh dianggap sebagai bisul kecil yang menyerang kulit muka atau badan. Jerawat
bukan saja menyerang muka malah leher dan badan apabila hormon tidak seimbang.
Kuman jerawat terdiri daripada jenis corynebacterium yang berbentuk koma. Kuman ini
membina rumahnya di dalam epidermis. Ia mengeluarkan enzim yang mampu
menghancurkan epidermis dan membolehkannya membiak hingga ke dermis.
Lebih dalam ia masuk ke dalam kulit maka lebih seriuslah masalah jerawat. Biarpun jerawat
sembuh tetapi parut yang ditinggalkan adalah dalam dan kelihatan hodoh. Parut yang dalam
membuatkan kulit tampak berbintik-bintik .Jerawat yang teruk menimbulkan stigma sosial
kerana ia menyebabkan kulit berparut. dan mengubah rupa seseorang. Seseorang gadis
atau pemuda yang lawa akan kelihatan tidak menarik jika dihinggapi jerawat. Penampilan
juga akan terjejas.
Kuman jerawat mudah hidup apabila sebaceous gland menjadi aktif. Sebaceus gland
merupakan kelenjar pengeluar cecair berminyak yang melembapkan kulit kita. Kelenjar
sebaceus penting kerana tanpanya kulit akan kering dan mengelupas. Namun apabila ia
KESIHATAN
terlalu aktif kulit akan menjadi berjerawat. Kuman jerawat mudah hidup dan membiak pada
jenis kulit yang begini. Oleh itu seseorang yang mempunyai banyak hormon androgen
mudah terkena jerawat. Hormon androgen merangsang pengeluaran sebum dari kelenjar
sebaceous. Kerana itulah sesetengah doktor mencadangkan pil perancang keluarga bagi
mengatasi masalah jerawat. Pil tersebut merupakan sejenis hormon wanita yang boleh
membantu menghalang pembentukan jerawat.
Sebum yang banyak terhasil akibat lebihan endrogen menyebabkan pori-pori tersumbat,
bintik-bintik hitam dan putih terhasil. Corynebacterium akan mula membiak, jerawat juga
terhasil.
Rawatan
Selalunya rawatan jerawat terdiri daripada antibiotik, pil hormon dan Isotretinoin selain
amalan kebersihan dan rawatan muka. Isotretinoin sangat berkesan kerana menyebabkan
pengeringan kelenjar sebum. Rawatan itu menjadikan kulit tidak berminyak dan
mengurangkan jerawat dengan berkesan. Namun begitu, untuk mendapat kesan yang baik ,
Isotretinoin perlu dimakan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua atau tiga bulan untuk
dilihat kesannya. Oleh kerana pengambilan oral yang lama, pengumpulan ubat ini di dalam
badan boleh menimbulkan kesan sampingan sistemik seperti gangguan hati, kemurungan,
kekeringan kulit dan bibir dan gangguan penglihatan malam. Bagi wanita ia boleh
menyebabkan kecacatan janin jika ubat ini diambil waktu mengandung.
Rawatan Photo Dynamic Therapy pernah popular untuk jerawat. Sejenis krim disapu pada
muka untuk meningkatkan penyerapan cahaya ketika rawatan. Krim dibiarkan selama 20
hingga 60 minit untuk diserap ke dalam kulit. Selepas itu pesakit akan diletak di bawah
lampu khas yang mengeluarkan cahaya khas lalu diserap oleh kulit . Kesannya akan
menyebabkan pengecilan saiz pori-pori muka dan kulit kurang berminyak. Rawatan perlu
dilakukan beberapa kali selang sebulan. Namum begitu, ia menjadi tidak popular kerana
selepas menjalani rawatan, kulit muka akan kemerahan dan mengelupas selama tiga hingga
lima. Rawatan juga tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit gelap.
Kaedah terbaru
Kini terdapat dua kaedah rawatan terbaru untuk merawat jerawat. Pertama adalah dengan
foto terapi. Rawatan ini menggunakan sejenis alat perubatan yang dinamakan Isolaz. Ia
adalah satu satunya alat perubatan yang diberi kelulusan FDA untuk merawat jerawat jenis
1 - 6 . Ini bermakna , jika jerawat anda gagal dirawat dengan antibiotik , hormon atau
Isotretinoin , harapan masih ada dengan Isolaz.
KESIHATAN
Bagaimana Isolaz berfungsi
Isolaz berfungsi dengan dua cara. Pertama ia akan menyedut segala kekotoran dan sebum
pada jerawat. Kedua, mesin ini akan mengeluarkan sinaran cahaya khas untuk membunuh
bakteria dan mengecutkan kelenjar sebum. Rawatan ini tidak memerlukan penyediaan khas
malah tidak sakit dan tiada kesan sampingan. Selepas rawatan, pesakit boleh terus
mengerjakan aktiviti harian. Kesan rawatan boleh dilihat selepas 24 hingga 48 jam di mana
jerawat akan kecut dan kering. Namun begitu, untuk mendapat rawatan yang berkesan,
setiap orang perlu menjalani rawatan sebanyak 10 sesi iaitu sekali setiap seminggu.
Laser
Rawatan kedua yang berkesan adalah laser. Rawatan ini sangat berkesan untuk jerawat
yang disebabkan bakteria corynebacterium. Sejenis laser yang dinamakan Long Pulse Nd:
Yag digunakan untuk jerawat. Pada tenaga dan wavelength tertentu, laser akan diserap ke
dalam kulit dan membunuh kuman secara langsung. Kesan laser juga akan mengecutkan
kelenjar sebum. Rawatan
ini juga akan mengecutkan jerawat dalam masa 24 hingga 48 jam. Rawatan laser juga
boleh dilakukan seminggu sekali untuk lima ke 10 sesi rawatan.
KESIHATAN
ARKIB : 11/07/2010
Pigmen, parut ganggu penampilan
Gadis yang saya temui bernama Jenny. Dia
ditemani Puan Maria - seorang ibu yang
sangat risau kemurungan anaknya
disebabkan masalah jerawat. Menurut Puan
Maria, beliau telah berulang kali membawa
Jenny bertemu doktor bagi merawat
masalah yang dihadapinya. Jerawat hanya
hilang sekejap dan tumbuh semula dengan
banyaknya apabila rawatan tamat.
Kemurungan Jenny berpanjangan. Dia
enggan berbual dan berbincang dengan
ibunya lagi.Nampaknya penderitaan anak gadis ini jauh lebih hebat daripada apa yang saya
duga. Dia sudah pun berputus asa.Saya tidak bercakap banyak dan menumpukan kepada
rawatan untuk membantu anak gadis itu tampil ceria. Rawatan yang dibuat kepada Jenny
adalah laser bagi menghapuskan jerawat, antibiotik dan bio identical hormone bagi
menseimbangkan hormon dalam badannya.
Selepas dua minggu Jenny datang semula untuk rawatan susulan. Dia sudah mula ingin
berbual-bual dengan saya. Mungkin juga selama ini Jenny kekurangan hormon di dalam
tubuhnya maka terapi peningkatan hormon mampu menceriakan Jenny. Begitu cepat sekali
kesannya dan hal itu diperakui Puan Maria sendiri.Selepas dua minggu sesi laser diulang,
jelas kesan penyembuhan dapat dilihat dengan cepat sekali.Melihat perubahan anaknya,
Puan Maria mengambil kesempatan merawat masalah pigmentasi pada wajahnya.
Saya memberitahu beliau, kesan pigmentasi disebabkan pengumpulan melanin iaitu sejenis
pigmen pada kulit manusia. Ia juga boleh dirawat dengan laser. Rawatan laser akan
membuatkan melanin yang berkumpul berpecah menjadi partikel. Pigmentasi bukan saja
kerana usia tapi kesan jerawat turut menjadikan kulit kehitaman. Ini dinamakan PIH (Post
inflammatory Hyperpigmentation).
''Kesan parut jerawat menjadikan kulit berlubang. Apabila lubang menjadi dalam maka kulit
kelihatan seperti kawah pada permukaan bulan,'' kata saya sambil bergurau. Saya
menambah, masalah kulit seperti itu juga boleh dirawat menggunakan laser.
Struktur kulit
Kulit mempunyai tiga lapisan iaitu epidermis dermis dan tisu subcutaneous yang
berlemak.Epidermis adalah lapisan paling atas yang nipis. Ketebalan epidermis berbeza
mengikut kedudukan dan taburannya pada tubuh. Misalnya epidermis pada tapak tangan
dan kaki lebih tebal berbanding pada kulit badan. Paling nipis adalah epidermis pada
KESIHATAN
kelopak mata. Epidermis terbentuk daripada beberapa lapisan dan yang teratas sekali
dipanggil stratun corneum. Stratum corneum dipenuhi sel-sel mati yang disingkirkan setiap
hari. Sel-sel tersebut amat halus dan sukar dilihat mata kasar. Ada kalanya ia banyak dan
dilihat seperti kulit mengelupas. Penggunaan produk pengelupasan menyingkirkan sel-sel
epidermis dah harus mengikut prosedur dan sukatan yang betul. Andai bahan kimia yang
digunakan adalah toksik dan boleh merosakkan sel maka seluruh epidermis akan rosak
dan tidak mampu lagi dipulihkan sepenuhnya. Kulit akan tampak tidak sekata dan kehitaman
disebabkan pigmentasi.
Lapisan kedua adalah malphigian iaitu lapisan sel-sel separuh matang bagi lapisan teratas.
melanocytes merupakan sel yang mengeluarkan warna kulit. Warna kulit yang gelap terhasil
apabila kita berjemur di bawah matahari kerana sel melanocyte akan menjadi aktif apabila
terkena pancaran matahari. Sebenarnya ini adalah proses pertahanan kulit kita terhadap
ancaman matahari. Namun apabila sel melanosyte terlalu aktif akan menyebabkan kulit
terlalu hitam atau pigmentasi. Bila ia kurang aktif kulit tampak keputihan seperti yang terjadi
pada pesakit sopak atau orang albino.
Lapisan ketiga adalah dermis yang mengandungi protein dipanggil kolagen untuk keanjalan
kulit. Ia merupakan satu tisu kompleks yang mengandungi salur darah, lymphatic, saraf,
kelenjar ,sel rambut dan pelbagai sel lain yang berfungsi dengan unik bagi menstabilkan
kulit.Lapisan paling bawah adalah lelemak pada kulit. Ia enting bagi memberi kontur yang
cantik pada wajah.Sebenarnya parut jerawat merupakan masalah yang lebih besar dan
sukar dirawat berbanding jerawat itu sendiri. Meskipun jerawat berjaya dibendung masalah
parut pada muka tetap membuatkan seseorang itu hilang kecantikan asalnya.
Jenis-jenis parut jerawat
1. Parut Ice pick
Parut yang sempit tetapi dalam hingga ke lapisan dermis kulit. Kulit kelihatan seperti dicucuk
dengan alat tajam. Ia terjadi apabila jerawat jenis cystic (jerawat batu) dijangkiti kuman.
2. Parut boxcar
Parut jenis ini kelihatan bulat atau oval pada muka seseorang. Ia mempunyai dinding yang
tegak dan muka kelihatan seperti permukaan bulan. Parut ini berlaku apabila inflamasi
jerawat memusnahkan lapisan kolagen pada kulit. Ini menyebabkan kulit tidak mempunyai
apungan dan menjadi lekuk di permukaan. Keluasan lekuk bergantung kepada berapa
luasnya lapisan kolagen yang musnah.
KESIHATAN
3. Parut rolling
Akibat parut jenis akan menyebabkan muka kelihatan tidak rata dan beralun-alun. Ia terjadi
apabila kesan jerawat menyebabkan terbentuknya tisu fibrous di antara lapisan kulit dan
lapisan dalam kulit (subcutaneous). Kawasan yang terbentuknya tisu fibrous akan menarik
lapisan kulit atas (epidermis) ke dalam dan menyebabkan kulit kelihatan beralun alun.
Jenis rawatan
Rawatan laser kini menjadi pilihan pakar kulit dan aestetik untuk merawat parut jerawat.
Kaedah dahulu untuk merawat parut jerawat adalah teknik subcision atau punch excision.
Namun begitu dengan perkembangan fractional laser, kombinasi rawatan tersebut dengan
laser semakin popular dan memperlihatkan kesan rawatan yang lebih cantik. Teknik
subcision menggunakan sejenis jarum khas (trokar) dicucuk ke bawah parut jerawat. Ia
bertujuan melepaskan parut jerawat dari ditarik ke
bawah oleh tissue fibrous. Punch excision pula digunakan pada parut yang dalam , sejenis
alat punch biopsy untuk kulit diguna kan untuk membuang parut yang dalam . Walaupun
kesan punch biopsy juga meninggalkan parut, namun parutnya lebih halus berbanding
kesan parut jerawat asal.
KESIHATAN
ARKIB : 18/07/2010
Lelaki pun nak cantik
LELAKI moden amat mementingkan penampilan diri. Bukan sahaja pakaian, wajah juga
menjadi tumpuan. Lelaki kini tidak lagi malu mengunjungi pusat-pusat kecantikan. Bukan
sesuatu yang memeranjatkan jika lelaki juga berminat menjalani rawatan kecantikan
terutamanya pada wajah.
Saya sendiri menerima banyak e-mel dari kaum lelaki bertanyakan tentang teknik rawatan
estetik yang sesuai untuk kaum Adam. Kebanyakan lelak itu di peringkat usia 40-an. Pada
usia tersebut lelaki sememangnya semakin matang dan stabil dari sudut kewangan
mahupun kerjaya. Gaya hidup yang aktif di kalangan lelaki juga menuntut stamina diri. Saya
percaya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan dalam
kualiti kesihatan juga.
Umum mengetahui apabila usia mula meningkat maka peluang untuk diserang penyakit
seperti darah tinggi, kencing manis jantung dan kanser semakin besar. Oleh kerana
fenomena itu sangat serius dan mengancam nyawa, maka kita seharusnya menyekat
kehadirannya sebelum ia berlaku. Bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati.
Dalam bidang perubatan anti penuaan, setiap masalah mesti dikesan dan dihindari sebelum
ia terjadi. Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit.
Konsep ini sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika lelaki berusia 40-an
mengadu letih dan kurang tenaga maka doktor perlu memeriksa paras hormon di dalam
darahnya. Doktor juga akan mengesyorkan terapi ozon dan anti-oksida di samping
penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon di dalam badan.
Masalah penampilan yang sering dialami lelaki adalah:
pigmentasi pada kulit
garis dan kedutan
wajah jatuh menggeleber dan tampak tua
rambut beruban
rambut botak
pori pori wajah kasar kerana kerap bercukur
kurang stamina dan kurang keinginan seks
kulit kusam dan tidak sekata
kulit gelap kerana pendedahan melampau pada matahari
KESIHATAN
obesiti
Perbezaan kulit lelaki
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi
hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen
mempengaruhi kulit Wanita. Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak
berbanding wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta
tahan kepada kerosakan matahari. Sebab itu apabila berbanding usia, wanita lebih
menunjukkan garis-garis halus berbanding dengan lelaki seusia. Namun begitu, semakin
berusia, kulit lelaki menjadi semakin nipis, manakala ketebalan kulit wanita tidak berubah.
Lelaki juga mempunyai pori-pori kulit yang lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan
mempunyai saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit lelaki kelihatan lebih kasar, lebih
berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak bulu muka dan suka bercukur
akan hilang satu lapisan hydrolytic film di permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi
lebih sensitif.
Apabila usia menganjak ke 40-an lelaki juga tidak dapat lari daripada masalah penuaan.
Wajah yang dimamah usia akan menyebabkan mereka tercari-cari rawatan yang sesuai.
1) Modified Serdev
Oleh kerana lelaki mempunyai wajah yang lebar saya menggunakan teknik Modified Serdev
untuk mereka. Melalui teknik ini benang yang diperbuat daripada protein digunakan bagi
mengangkat muka dan mengikatnya semula pada satu struktur kepala yang dinamakan
temporalis fascia. Melalui cara ini wajah yang jatuh akan diangkat semula dan hasilnya
wajah tampak lebih muda dan menarik.
Teknik Modified digunakan kerana wajah lelaki agak lebar. Kawasan yang sering kendur
adalah bahagian bawah dagu. Ini membuatkan leher tampak kendur dan menggeleber.
Berbanding wanita pula kawasan yang mudah jatuh adalah pada pipi. Rawatan ini
mengambil masa selama sejam dan hasilnya dapat dilihat sebaik saja selesai rawatan.
Wajah kita terdiri daripada struktur tulang dan otot-otot muka. Apabila usia meningkat kulit
kita turut mengalami perubahan dalam kandungan kolagen di dalamnya. Jalinan kolagen
yang sedikit dan tidak kukuh membuatkan kulit menurun, tidak lagi anjal dan tidak tegang.
Otot-otot juga mula mengalami kesan penuaan. Ia mula melendut menimbulkan garisan
kecil yang menghala ke bawah.
Saya pernah memberi penjelasan tentang teknik serdev. Dengan menggunakan benang
khas yang dimasukkan ke bawah kulit kepala, kulit muka akan diangkat semula tanpa
memerlukan pembedahan yang menyakitkan. Keistimewaan teknik ini adalah ia
KESIHATAN
menggunakan benang yang diperbuat daripada protein, tidak memerlukan pembedahan,
tidak sakit dan hasilnya tahan lama. Dalam masa beberapa bulan benang itu akan hancur di
dalam tubuh kita namun hasilnya tetap cantik selama 10 tahun kerana berlakunya fibrosis
pada bahagian muka yang diangkat. Fibrosis adalah proses semulajadi di mana bahagian
muka yang diangkat melekat pada pada tempat yang betul dengan kekal.
2) Filler
Penggunaan Hyaluronic Filler turut penting dewasa ini. Filler menggantikan struktur lemak
muka yang hilang dimamah usia. Ia mengisi ruang kosong yang menyebabkan muka
tampak cengkung dan berlekuk seperti yang terdapat di pipi dan juga bawah kelopak mata.
Garis halus yang muncul pada dahi di antara kening dan tepi bibir juga dapat diatasi dengan
Filler. Terdapat pelbagai jenis Filler di pasaran dan saya suka mencadangkan Filler jenis
berasaskan kalsium yang tahan lama dan tampak begitu natural sekali.
Sebenarnya di dalam kulit turut terdapat hyaluronik asid yang dikeluarkan secara semula
jadi oleh tubuh kita. Ia bersifat sebagai bahan yang mengisi ruang di dalam kulit
membolehkan kulit tampak anjal. Apabila usia meningkat, penghasilannya juga kurang dan
wajah tampak berlekuk. Adalah lebih baik bagi kita melakukan penambahan.
Terdapat pelbagai jenis asid hyaluronik di pasaran dan kesemuanya mempunyai
keistimewaan tersendiri .Bagi saya pemilihan haruslah mengikut kesesuaian dan usia juga.
Bagi lelaki berusia 40-an saya mencadangkan penggunaan jenis berasaskan kalsium yang
tahan lama.
3) Laser bagi lelaki
Bagi kaum lelaki penggunaan laser turut memainkan peranan yang penting. Laser yang
saya cadangkan mampu meningkatkan paras kolagen secara semula jadi dan mengaktifkan
semula sel-sel kulit. Di Marissa Aesthetik saya menggunakan pixel laser yang baik bagi
meninggikan paras kolagen di dalam kulit. Laser sebegini bertindak pada permukaan kulit
sahaja. Ia spesifik dan membolehkan pigmentasi turut dirawat dengan baik. Dengan kata
lain ia membaiki struktur kulit dan menghasilkan kulit lebih gebu dan cerah. Pori-pori terbuka
boleh diatasi dengan lebih berkesan.
KESIHATAN
ARKIB : 25/07/2010
Bersara bukan merana
TAJUK 'Lelaki juga mahu cantik' dan isu
'Hormon mudakan lelaki' yang disiarkan
minggu lepas mendapat sambutan amat
menggalakkan di kalangan pembaca. Saya
menerima banyak panggilan telefon
bertanyakan tentang hormon tersebut.
Ternyata ramai yang berminat untuk
mengetahui lebih lanjut tentang alternatif
kepada hormon sintetik untuk merawat beberapa masalah penuaan.
Minggu ini saya ingin berkongsi pengalaman seorang usahawan berjaya berbangsa
Tionghua yang telah mencuba beberapa kaedah yang ditawarkan oleh dunia perubatan
estetik dalam menjalani usia persaraannya.
Biar pun beliau telah memasuki usia 60-an tetapi tubuhnya masih tegap dan sangat prihatin
keadaan tekanan darah dan jumlah gula dalam darahnya. Berbeza dengan sifat beliau yang
peramah, isteri usahawan tersebut kelihatan sombong, berwajah tua dan lesu.
Usahawan yang memiliki kekayaan melimpah itu datang ke klinik saya menyatakan hasrat
untuk menggunakan kaedah terkini bagi memastikan penampilannya tidak tampak terlalu
tua. Beliau datang bersendirian.
Hasil analisis ke atas wajah beliau menunjukkan masalah yang dihadapi beliau sama seperti
lelaki-lelaki lain yang seusia dengannya. Saya juga bertanya beberapa soalan dan
rumusannya adalah:
Kulitnya mengalami kesan-kesan penuaan yang sangat ketara. Kandungan hyaluronik
dan juga kolagen semulajadi dalam kulitnya sudah semakin berkurangan. Keadaan itu
membuatkan kulitnya tampak layu dan mengecut. Masalah itu menjadikan wajahnya tampak
jatuh dan muram. Fenomena ini adalah suatu yang lumrah pada usia sebegini.
Kedutan pada wajah. Wajahnya didapati berkedut pada dahi, di antara dua kening dan
juga di tepi mata. Kedutan di bahagian kanan dan kiri bibir juga amat ketara sekali.
Usahawan tersebut memberitahu beliau sangat kurang senang melihat garisan di tepi pipi
yang amat dalam dan pipi turut tampak cengkung.
Sejak akhir-akhir ini beliau sering berasa letih dan tertekan, ada kalanya resah dan
kemurungan tanpa sebarang sebab.
Sukar melelapkan mata dan murung meskipun melakukan banyak aktiviti bagi melupakan
masalah tersebut.
GANGGUAN kesihatan dan
perasaan akan memburukkan lagi
penampilan individu yang menecah
usia emas. - Gambar hiasan
KESIHATAN
Rawatan
Bagi mengisi ruang kosong pada pipi dan juga meningkatkan ketegangan wajahnya, saya
mencadangkan rawatan menggunakan hyaluronic filler. Selepas itu saya melakukan
prosedur face lift iaitu menggunakan teknik modified serdev suture bagi mengangkat
wajahnya yang jatuh.
Bagi masalah pigmentasi dan membuang kutil kecil pada kulit (masalah yang sering dialami
oleh golongan berusia) saya melakukan rawatan laser.
Hasilnya, wajah beliau berubah sama sekali menjadi lebih muda dan tampak berseri seri.
Untuk mengatasi masalah keletihan dan kemurungan pula saya mencadangkan beliau
menggunakan hormon bioidentikal.
Selepas enam bulan menjalani rawatan dan mengamalkan hormon usahawan tersebut
kelihatan sepuluh tahun lebih muda dari usianya yang sebenar.
Baru baru ini beliau berkunjung ke klinik saya bersama seorang wanita muda berusia dalam
lingkungan 30-an. Wanita cantik bernama Lucy itu turut menjalani rawatan kecantikan dan
laser bagi mencantikkan lagi struktur kulitnya. Menurut Lucy dia kagum dengan perubahan
pada usahawan tersebut lantas meminta diperkenalkan dengan saya. Ternyata Lucy amat
menyukai rawatan yang saya berikan kepadanya. Ternyata wanita itu bersama usahawan
tersebut berkongsi minat dan pandangan yang serupa. Masing-masing amat mementingkan
penampilan yang sihat dan muda. Bagi saya apabila seseorang itu amat mengambil berat
mengenai penampilan dan rupa parasnya ini bermakna beliau mempunyai semangat yang
tinggi dalam menjalani kehidupan.
Tidak lama selepas itu saya menerima kunjungan isteri kepada usahawan tersebut. Saya
agak terkejut dengan kehadirannya. Beliau yang lokek dengan senyuman berubah menjadi
peramah dan mesra. Selama ini beliau mempunyai pandangan yang sangat negatif
terhadap perubatan anti penuaan. Beliau juga salah sangka terhadap saya dan
menganggap rawatan anti penuaan tidak diperlukan. Kini beliau mengakui memiliki wajah
yang tampak muda serta tubuh yang selesa sangat penting bagi dirinya yang kini sudah
meningkat usia.
''Saya dulu sangat bodoh,'' katanya tanpa segan silu.
''Saya telah melihat kawan-kawan saya telah berjaya mengubah penampilan dan stamina
mereka setelah menjalani rawatan dengan doktor,'' tambah beliau.
Saya memberi penjelasan secara berhati-hati dan terperinci mengenai rawatan penuaan.
Jika wajah saja kelihatan muda namun stamina seperti orang tua pun tidak ada gunanya.
KESIHATAN
Rawatan anti penuaan mengubah struktur dalaman tubuh kita. Ia meningkatkan hormon
tubuh, membuatkan tulang kuat dan jantung menjadi lebih baik lagi. Otot-otot yang
mengecut juga akan segar kembali.
Saya mahu membetulkan tanggapannya terhadap rawatan anti penuaan. Tubuh dan
perasaan yang muda adalah penting. Orang muda kurang mendapat risiko kanser. Orang
muda juga kurang mendapat masalah tulang rapuh dan penyakit nyanyuk. Penyakit darah
tinggi dan kencing manis juga mudah sekali melanda orang tua. Mengapakah ini terjadi? Ini
kerana apabila tua kita mengalami kekurangan hormon yang ketara.
KESIHATAN
ARKIB : 01/08/2010
Ketahui kaedah buang bulu
Hari ini saya didatangi wanita lingkungan 40-an bersama anak gadisnya yang berusia 15
tahun Nina yang mempunyai masalah bulu roma lebat di keseluruhan tubuhnya. Masalah
tersebut menyebabkan dia enggan ke sekolah kerana malu dengan wajahnya yang bermisai
seperti lelaki. Nina mula datang haid pada usia 12 tahun tetapi haidnya tidak teratur. Saya
mendapati Nina mungkin menghadapi masalah hormon tidak stabil. Hasil pemeriksaan saya
mendapati bulu roma tumbuh pada kaki, paha dan juga perut Nina. Mukanya juga turut
ditumbuhi bulu roma yang banyak sehingga menyerupai misai dan janggut.
Saya merumuskan Nina menghadapi masalah polisistic ovarian cyst (PCOS). Ia merupakan
masalah di mana bebola kecil iaitu cyst tumbuh pada ovari dan mengeluarkan hormon yang
tidak seimbang. Keadaan itu menyebabkan kadar testosteron tinggi dan estrogen menjadi
rendah sekali gus mengakibatkan bulu tumbuh dengan banyak.Saya melakukan kaedah
diode laser iaitu dengan menggunakan sistem soprano. Kaedah ini mudah, cepat, tidak
menyakitkan serta sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga amat berkesan. Dalam rawatan
pertama hampir 70 peratus bulu roma dapat dihapuskan. Saya mencadangkan enam hingga
10 kali rawatan dalam jangkamasa setahun bagi mendapat hasil yang benar-benar hebat.
Kelebihan sistem ini adalah ia mematikan bulu roma secara kekal, memutihkan kulit serta
menjadikannya lebih tegang.
Masalah bulu di bahagian muka amat sesuai menggunakan kaedah ini. Muka bukan sahaja
bebas daripada bulu malah kulit wajah menjadi bersih dan cerah. Apabila saya
menggunakannya pada pesakit yang berusia 40 tahun ke atas kulit mereka menjadi lebih
tegang disebabkan peningkatan mutu kolagen dalam kulit.Setelah laser, bulu hilang dan
tumbuh halus. Rawatan susulan berjaya mengatasinya sehingga tidak lagi kelihatan.
Kitar hidup rambut/bulu
Memahami kitar hidup bulu/rambut membolehkan kita memahami dengan lebih mendalam
proses membuang bulu badan. Rambut menjalani tiga fasa dalam satu kitaran hidup.
Fasa pertama, Anagen iaitu peringkat aktif pertumbuhan rambut. Pada fasa ini rambut
dalam keadaan paling tebal dan mengandungi melanin yang tinggi.Catagen adalah fasa
perantara manakala Telogen pula adalah fasa tua/rehat.
Perubahan antara fasa pertumbuhan bulu adalah di antara satu dan tiga bulan bergantung
kepada kawasan bulu itu tumbuh.
KESIHATAN
Kaedah hilangkan rambut/bulu sementara
1. Bercukur : Ia bersifat sementara. Bercukur tidak menyebabkan rambut tumbuh lagi tebal,
cepat atau banyak. Ia hanya memotong bulu di bahagian atas kulit. Pangkal rambut yang
lebih tebal bila memanjang menyebabkan bulu atau rambut yang tumbuh selepas dicukur
kelihatan lebih tebal.
2. Mencabut bulu : Agak menyakitkan tetapi kesannya lebih lama berbanding bercukur.
Namun begitu bulu tetap akan tumbuh semula.
3. Melilin : Lilin yang panas dituang pada kulit. Apabila sejuk rambut akan melekat pada lilin
dan ditarik keluar daripada kulit. Selain itu kaedah ini juga menggunakan gula seakan-akan
karamel yang panas dituang di atas kulit. Caranya sama cuma apabila selesai, proses
mencuci sugar wax lebih mudah berbanding kaedah tradisional.
4. Depilatories
Bahan kimia yang digunakan adalah thioglycolate dicampur dengan sodium hydroxide atau
calcium hydroxide. Ia secara langsung 'mencairkan' rambut . Masalah utama adalah kesan
sampingannya kerana bahan kimia ini boleh 'mencairkan' sel kulit juga.
Kaedah kekal
1. Elektrolisis
Menggunakan jarum halus untuk mengalirkan elektrik terus ke folikel rambut. Secara
teorinya, kesan elektrik ini membakar folikel rambut. Elektrolisis adalah salah satu cara
untuk membuang rambut secara kekal. Namun begitu, masa yang diambil untuk prosedur ini
adalah lama, sakit dan memerlukan seorang yang mahir untuk melakukannya.
Prosedur ini perlu dilakukan setiap 12 ke 18 bulan. Kesan sampingan adalah pembentukan
keloid, hyperpigmentation dan hypopigmentation.
2. Laser
Rawatan laser adalah yang terbaik dan paling berkesan. Jenis-jenis laser yang digunakan
untuk membuang bulu adalah Ruby, Alexandrite, Diode dan Long Pulse Nd:YAG. Konsep
membuang bulu menggunakan laser adalah mudah. Secara saintifiknya, ia berkonsepkan
selektif photo termolysis. Menerusi kaedah ini akar rambut dimusnahkan secara selektif oleh
haba. Sebenarnya laser akan diserap oleh pigmen pada akar bulu tersebut. Laser yang
diserap akan bertukar menjadi haba dan terus membunuh akar rambut. Ini akan
menyebabkan bulu kekal mati. Untuk kulit orang Asia, laser yang sesuai adalah jenis Diode
dan Long Pulse Nd:YAG.
KESIHATAN
Oleh kerana laser diserap oleh pigmen akar bulu, ia sangat berkesan pada bulu yang
mengalami fasa Anagen atau fasa pertumbuhan aktif. Pada fasa ini bulu roma adalah tebal
maka penyerapan laser paling tinggi dan bertindak paling berkesan untuk mematikan akar
bulu roma. Bulu yang tumbuh pada fasa Telogen atau Catagen tidak menyerap laser
dengan baik. Kandungan melaninnya yang rendah maka ia tidak mati. Oleh itu laser perlu
dibuat beberapa sesi selang 6 hingga 12 minggu. Ini bertujuan membolehkan bulu roma di
fasa Telogen dan Catagen menjadi fasa Anagen.
Diode laser sangat berkesan untuk orang yang berkulit cerah mana kala mereka yang
berkulit gelap, rawatan yang terbaik adalah dengan menggunakan laser Long Pulse
Nd:YAG.
Di klinik Marissa Esthetic saya menggunakan sistem soprano iaitu diod laser keluaran Alma
Laser yang merupakan syarikat pengeluar laser terunggul dalam dunia perubatan. Ia begitu
hebat dan sesuai bagi kulit orang Asia serta mampu menghapuskan bulu roma dengan
berkesan.
KESIHATAN
ARKIB : 08/08/2010
Wajah geleber tegang semula
SAYA bertemu ramai wanita berusia 40-an
yang merungut kerana bentuk wajah asal
telah berubah menjadi kurang menarik.
‘‘Doktor, tengoklah muka saya. Pipi saya
kembang manakala dagu pula berlapis.
Saya nak muka yang kecil dan bujur. Doktor
tolonglah betulkan semula wajah saya,’’ rayu
Puan Iza.
Wanita itu menambah, dahulu wajahnya
kecil dan dagu pun runcing tetapi sekarang
segala-galanya berubah menyebabkan dia
berasa rendah diri. Keadaan itu juga
menyebabkan dia tidak dapat menggayakan
pelbagai fesyen tudung terbaru yang ada di
pasaran.
Bentuk muka berubah apabila usia bertambah. Pipi yang sepatutnya terletak sebaris dengan
hidung akan melendut ke bawah. Kelopak mata akan menjadi berat dan menurun
membentuk eye bag. Kening juga menjadi berat dengan pengumpulan lemak di bawah kulit
dan ini turut menyebabkan mata menjadi kecil dan sekan tertutup.
Pendek kata segalanya mengecut. Pemakaian tudung yang ketat turut menyebabkan bentuk
wajah berubah dan bertumpu ke depan. Wajah menjadi sangat bulat dan pipi pula menonjol
ke depan. Apabila tersenyum mata pun seakan tertutup kerana pipi yang terlalu bulat. Oleh
itu saya menasihatkan wanita agar memakai tudung yang sederhana dan tidak terlalu ketat
bagi mengelak perubahan pada bentuk wajah.
Bentuk wajah juga penting bagi menyerlahkan penampilan seseorang. Apabila usia
meningkat tidak dapat dinafikan bentuk wajah berubah menjadi lebar tidak kira bagi lelaki
atau perempuan. Masalah ini dapat dipulihkan semula dengan kaedah rawatan yang betul.
Muka kita terbentuk daripada tulang tulang tengkorak yang menjadi acuan kepada
pembentukannya. Tulang tulang utama yang menjadi asas pembentukan muka adalah
tulang mandible iaitu rahang. Jika tulang rahang terlalu besar muka akan tampak empat
segi.
Tulang lain adalah tulang mastoid yang bersambung pada tulang mandible. Tulang mastoid
dapat dirasa jika kita menyentuh belakang telinga akan terasa seperti satu benjol di situ. Di
dalam tulang mastoid inilah terdapatnya sebahagian daripada organ telinga yang penting.
PEMBENTUKAN wajah sebelum dan selepas
laser lipolisis.
KESIHATAN
Tulang-tulang maxilaary yang membentuk pipi adalah mustahak bagi menentukan
pembentukan pipi kita. Jika ia terlalu kecil pipi akan tampak kecut. Sebahagian daripada
tulang cranium, pula membentuk dahi. Pada kawasan orbit mata pula terdapat percantuman
antara tulang-tulang kecil . Tulang pada hidung terdiri daripada tulang rawan yang lembut.
Bagi melengkapkan struktur muka, terdapat juga otot-otot muka yang membantu kita
memberi reaksi dan riak wajah. Seseorang yang marah, sedih, gembira dan mengantuk
misalnya dapat di kesan melalui riak wajahnya. Begitu juga wajah seseorang yang meminta
simpati. Garis-garis muka yang tertentu memberi raksi wajah tertentu. Reaksi sebeginilah
yang digunakan oleh para pelakon bagi mempamerkan mutu lakonan yang
mempersonakan. Ekspresi wajah amat penting dalam kehidupan seharian. Kerlingan mata
sahaja sudah cukup untuk memberitahu maksud yang tersirat di dalam hati tanpa perlu kita
bersuara. Jelaslah bahawa ekspresi wajah adalah salah satu cara komunikasi yang
berkesan sesama manusia.
Apabila seseorang itu gembira otot-otot pada pipi dan mulut akan bekerja bagi
mempamerkan senyuman. Bila bersiul otot buccinators akan bekerja. Jika mengerutkan dahi
pula kita menggunakan otot frontalis. Bila kita makan otot mengunyah yang bernama
maseter akan mengerakkan rahang. Seseorang yang mengalami kelumpuhan otot
sebagaimana yang dilihat pada pesakit strok atau angin ahmar sudah tentulah gagal
melakukan semua pergerakan ini kerana otot-otot muka menjadi lumpuh.
Di atas lapisan otot terdapat lapisan lemak yang membalut muka, selepas itu barulah di lapik
pula kulit. Muka seolah-olah tergantung pada tulang tegkorak kita. Apabila kita meningkat
usia ia akan semakin melendut disebabkan tarikan graviti. Pada masa ini kulit akan lebih
kendur dan turun di kawasan dagu dan pipi kiri kanan dagu. Lemak-lemak pula akan
mengisi ruang kosong tersebut lalu wajah mula kelihatan lebar dan dagu mula berlapis.
Masalah ini terjadi disebabkan oleh kejatuhan lemak muka. Lemak pada muka yang
berlebihan akan turun dan mengisi ruang pada bawah dagu dan juga pipi menyebabkan
bentuk muka menjadi besar kerana berlemak.
Bagi mereka yang berwajah bujur atau sangat kurus, masalah ini tidak ketara. Namun bagi
mereka yang berisi dan wajah pula berbentuk bulat maka ia menjadi satu fenomena yang
menghodohkan wajah. Kehadiran lemak yang terlalu banyak menjadikan wajah tampak
bengkak dan bentuknya tidak menarik. Tambahan pula apabila usia meningkat 40-an kesan
pengurangan hormon membuatkan air berkumpul dalam kulit dan kelihatan lebih bengkak.
Namun teknologi baru boleh mengatasinya. Wajah yang bulat boleh dibentuk semula
menjadi bujur dan dagu yang berlapis boleh dibuang lemaknya. Begitu juga pipi yang
menonjol boleh dicantikkan semula. Kedudukan pipi juga boleh diangkat semula dengan
KESIHATAN
teknik serdev. Laser lipolisis adalah kaedah yang baik bagi pembentukan wajah. Laser jenis
ini akan menghancurkan lemak dan merangsang sel-sel kulit longgar menjadi ketat semula.
Bagaimana laser lipolisis bertindak?
Laser merupakan satu jalur cahaya dengan jarak gelombang yang tertentu. Jarak
gelombang ini membolehkan pancaran laser menembusi sel-sel lemak dan menukarkannya
menjadi cair. Tenaga laser yang kuat bertindak dengan sangat selektif. Ia hanya memecah
lemak tanpa mengganggu sel-sel lain. Justeru ia selamat digunakan dan akan
menyebabkan pengecutan dalam jalinan kolagen. Ini menjadikan kulit ketat dan tegang
semula. Penggunaan laser seperti ini adalah selamat, cepat dan hasilnya dapat dilihat
dalam jangkamasa yang singkat. Perubahan pada wajah menjadi lebih ketara selepas
seminggu. Selepas sebulan wajah menunjukkan perubahan yang menakjubkan. Dalam
tempoh tingga hingga lima bulan pula seseorang kelihatan lebih muda dan berseri-seri.
Proses laser
* Wajah akan dibersihkan dengan povidone iodine dan disapu dengan krim bius. Selepas
satu jam krim akan mula bertindak. Doktor akan menandakan kawasan yang akan dirawat.
* Suntikan ubat bius di buat.
* Laser dimasukkan ke bawah kulit dan dipancarkan, lemak akan bertukar menjadi air.
* Selepas seminggu wajah akan menjadi lebih baik
Perubahan akan dilihat beransur-ansur dan dalam masa dua minggu wajah kelihatan
menarik dan terbentuk semula.
Kelebihan rawatan
* Tidak menyakitkan
* Tidak perlu masuk ke hospital untuk menjalani rawatan
* Hasil yang baik
* Tiada parut yang merosakkan kulit.
KESIHATAN
* Boleh pergi bekerja seperti biasa sejurus menjalani rawatan
* Satu rawatan sahaja sudah berkesan tidak perlu berkali-kali melakukannya.
* Selepas rawatan tiada kesan bengkak yang ketara.
KESIHATAN
ARKIB : 15/08/2010
Kedut, parut & lekuk
TEKNOLOGI filler kini mendapat tempat di kalangan
lelaki dan juga wanita yang ingin mengubah
penampilan menjadi lebih baik.
Oleh kerana sifatnya yang mampu mengubah struktur
atau menambah isipadu kulit yang longgar, maka
hyaluronik dipanggil juga injectable implant. Ini bermakna kehadiran hyaluronik boleh
menggantikan tisu yang hilang di dalam kulit kita akibat penuaan.
Untuk mencantikkan wajah terdapat banyak cara di mana kita boleh menggunakan filler
hyaluronik.
Menutup kesan lekuk atau parut yang dalam pada kulit.
Kulit yang berparut atau berlekuk bererti kandungan kolagen dalam kulit sangat sedikit
contohnya kesan parut jerawat yang berlekuk. Adalah sukar bagi kita menghilangkan kesan
parut begini. Penggunaan filler adalah baik kerana selepas pengisian dibuat kulit akan
tampak segar dan kurang berparut atau berlekuk.
Menambah kolagen di bahagian yang memerlukan seperti:
Pipi dan kulit yang kendur
Apabila suntikan filler dibuat, kulit kelihatan cantik semula. Masalah pipi yang tenggelam
agak ketara bagi seseorang yang terlalu kurus. Pipi tampak tersorong ke dalam dan wajah
akan tampak kurang menarik.
Menutup kedutan yang ketara
Kedutan yang sukar dirawat seperti kedutan pada dahi yang dalam dan di antara kedua
kening sering memerlukan teknologi filler bagi menutupi garisan yang ketara.
Mencantikkan struktur wajah seperti memancungkan hidung
Kini mereka yang mahu meningkatkan penampilan hidung tidak perlu lagi menggunakan
pembedahan plastik kerana filler juga mampu menjadikan hidung tampak lebih mancung
dan berseri. Sudah tentu mereka yang berhidung mancung tampak lebih segak berbanding
mereka yang berhidung besar atau penyek. Suntikan filler mampu membuat hidung lebih
mancung berbentuk sangat natural.
AKTRES Hollywood turut
menggunakan filler untuk
menjadikan bentuk bibir lebih
menarik. - Gambar hiasan
KESIHATAN
Mencantikkan dagu
Simetri pada wajah adalah penting bagi memperlihatkan wajah yang cantik dan menawan.
Jika dagu seseorang terlalu pendek sudah tentu wajah akan tampak tidak simetri.
Penggunaan filler mampu menjadikan bentuk dagu lebih runcing dan panjang. Wajah
tampak lebih tirus dan ayu. Masalah lemak bawah dagu turut dapat diatasi kerana dagu
yang panjang menjadikan lemak bawah dagu kurang kelihatan. Perubahan seumpama itu
mampu menjadikan seorang wanita lebih cantik.
Mencantikkan bibir yang terlalu kecil atau kecut
Bagi mereka yang memiliki bibir yang kecil dan kurang menyerlah, penggunaan filler mampu
mengatasinya. Filler yang disuntik pada sekeliling bibir membuatkan bibir tampak lebih
menawan dan seolah olah terlukis indah. Bagi wanita yang memasuki usia 40-an, warna
bibir sudah tentu pudar dan bibir juga turut mengecut menjadi kecil. Penggunaan filler akan
menyerlahkan semula bentuk bibir menjadikan bibir lebih anggun dan tebal.
Menambahkan saiz payu dara
Terdapat juga filler khusus bagi meningkatkan saiz payu dara. Suntikan sebegini haruslah
dilakukan oleh doktor yang terlatih agar bentuk yang menarik dan keselamatan anda
terjamin. Mereka yang bersaiz kecil boleh menggunakan teknologi sebegini yang mudah dan
tanpa perlu melalui sebarang pembedahan.
Menambahkan saiz punggung yang leper
Sebagaimana payu dara, saiz punggung yang leper boleh ditingkatkan dengan penggunaan
filler. Saiz punggung yang terlalu kecil kurang menarik bagi lelaki dan juga wanita.
Mencantikkan kulit pada tangan berkedut
Apabila seseorang wanita berusia 40-an banyak kolagen pada kulit akan hilang. Pada masa
ini kulit terutamanya pada tangan akan kelihatan berkedut dan tidak bermaya. Ini
membuatkan seseorang hilang keyakinan diri dan sesetengahnya berasa amat malu apabila
berhadapan dengan orang ramai. Teknologi filler membolehkan masalah ini diatasi. Filler
menjadikan kandungan kulit lembap semula. Kedutan kecil akan dihilangkan oleh filler.
Kegunaan filler dalam kes seperti ini adalah lebih kepada melembapkan kulit.
Menyembunyikan eye bag
Masalah eye bag atau lemak bawah mata adalah fenomena biasa yang mengganggu wajah
apabila usia mula meningkat. Apabila lemak berkumpul ia mula membentuk lekuk yang tidak
sekata di bawah mata. Penggunaan filler boleh membantu menjadikan lekuk tampak kurang
ketara dan eye bag juga kurang kelihatan.
KESIHATAN
ARKIB : 22/08/2010
Elak rambut gugur sampai botak
SAYA kagum pertama kali bertemu Puan Rosnah.
Wajahnya ayu dan tutur katanya begitu sopan
sekali. Beliau datang dari Kuala Selangor.
Meskipun jauh beliau tetap menguatkan hati
memandu beberapa jam untuk bertemu saya.
Usia Puan Rosnah 45 tahun namun sekali
pandang sudah tentu orang akan menyangka
beliau baru berusia 30-an.
Semasa pertemuan itu, Puan rosnah meluahkan rasa risau tentang rambutnya yang gugur.
‘‘Gugur bukan sedikit doktor, malahan saya mula menjadi botak,’’ katanya sambil moodnya
yang riang bertukar sayu apabila berbicara tentang masalah yang dihadapinya itu.
Apabila membuat pemeriksaan saya dapati masalah yang Puan Rosnah amat serius. Kesan
rambut gugur amat ketara dengan kawasan botak yang berselang seli dengan tompokan
rambut. Menurutnya, setiap hari pasti ada saja rambut yang gugur dan beliau terpaksa
berhenti menyikat rambut kerana khuatir akan menyebabkan rambut semakin gugur.Saya
memberitahu masalah itu disebabkan sel-sel rambut yang tidak dapat hidup. Sel-sel yang
baru tumbuh cepat mati kerana itu rambut tidak bertahan dan memanjang.Rambut adalah
kutikel yang hidup. Seperti kuku juga rambut adalah kutikel yang perlu nutrisi daripada darah
kita. Seseorang yang kurang nutrisi akan mengalami masalah pada rambut dan juga pada
kukunya.Saya membuat analisis rambut dan kuku Puan Rosnah. Jelas kelihatan tanda-
tanda kekurangan nutrisi. Rambut yang kurang nutrisi akan kasar tebal dan kelihatan rapuh.
Rambut beliau yang kurang nutrisi bercampur aduk dengan rambut yang cukup nutrisi.
Terdapat rambut yang sihat dan bermaya bercampur-aduk dengan rambut yang kasar dan
kusam.
Puan Rosnah memberitahu, beliau selalu mengambil vitamin dan pemeriksaan darah
menunjukkan darah beliau normal. Beliau musykil tentang nutrisi yang saya maksudkan.Di
dalam tubuh kita terdapat enzim dan hormon yang penting bagi meningkatkan metabolik
tubuh. Metabolik bererti kadar tubuh menggunakan tenaga. Proses makanan dan zat
makanan masuk ke dalam sel dan sel menggunakannya bagi pembinaan tubuh badan. Itu
dipanggil proses metabolik. Jika cukup vitamin dalam makanan seharian tapi dalam badan
tidak cukup hormon dan enzim maka kadar metabolik juga rendah. Segala vitamin yang
dimakan akan sia-sia kerana ia akan keluar semula sebagai bahan buangan.
‘‘Maksud doktor saya tidak cukup hormon, jadi vitamin yang saya amalkan itu menjadi sia-
sia saja?’’ tanya Puan Rosnah.
KESIHATAN
Saya membuat ujian darah bagi melihat hormon dalam badan Puan Rosnah dan menyuruh
beliau menjawab beberapa soalan. Hasil daripada keputusan itu saya dapat mengagak
apakah yang sebenarnya menjadi masalah sehingga rambutnya enggan tumbuh. Saya
mengesyorkan rawatan LLLt laser yang berkesan menumbuhkan rambut .
Laser LLLt membolehkan salur-salur darah kecil yang layu dan mati menjadi lebih segar dan
hidup kembali. Rawatan seperti ini mudah dan berkesan. Ia mengambil masa lebih kurang
tiga bulan bagi membuahkan hasil yang baik.Rambut adalah mahkota kita. Tidak kira lelaki
atau perempuan rambut merupakan suatu anugerah berharga yang penting. Rambut
membuat wajah seseorang menjadi lebih berseri. Justeru rambut gugur, nipis atau botak
menjadi satu masalah yang sangat merisaukan. Dewasa ini keadaan cuaca panas dan
pemakanan merosakkan struktur hormon dan enzim dalam tubuh menjadikan rambut kita
gugur dan kusam.Baik lelaki atau wanita inginkan rambut yang cantik supaya kelihatan
hebat dan berseri. Saya dapati masalah rambut di kalangan lelaki tidak kurang hebatnya
dengan masalah rambut bagi wanita. Rata-rata lelaki mengalami masalah ini apabila berusia
30-an. Faktor hormon yang merosot memainkan peranan penting dalam permasalahan ini.
Hormon yang mustahak dalam pembentukan rambut adalah testosterone, progesterone dan
tiroid .Apabila kekurangan hormon tersebut maka tubuh akan menjadi lesu dan kurang
bermaya.
Saya sering juga bertemu lelaki dan tidak kurang juga wanita yang terpaksa mengamalkan
pemakaian rambut palsu bagi meningkatkan penampilan. Pemakaian rambut palsu tidak
selesa kerana sifatnya yang keras.
* Hormon yang mempengaruhi rambut wanita
Penurunan hormon progesterone dan penukaran esrtadiol yang banyak kepada testosterone
mempengaruhi kadar pertumbuhan rambut wanita. Selain itu masalah kekurangan hormon
tiroid membuatkan rambut tidak dapat tumbuh dengan baik.
* Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki
Hormon yang mempengaruhi rambut lelaki adalah kesan penukaran testosterone kepada
hormon-hormon lain akibat aromatization. Aromatization terjadi kerana kesan toksik dalam
badan seseorang.
* Ujian darah pengesanan hormon
Bagi membolehkan analisis yang lebih tepat adalah baik jika ujian pemeriksaan darah
dibuat. Ujian darah dilakukan bagi melihat jumlah hormon dalam badan dan adakah berlaku
gangguan pada hormon-hormon tersebut. Selepas ujian para pelanggan diberi rawatan yang
betul untuk stimulasi rambut.
KESIHATAN
* Pemakanan yang betul bagi nutrisi rambut
Bagi mendapatkan nutrisi rambut yang baik amalkan makanan yang rendah karbohidrat dan
berprotein tinggi. Selain itu makanan yang merosakkan hormon seperti ubat mengandungi
beta bloker harus dihentikan.
* Laser LLLt bagi rambut
Ia sejenis diod laser yang memancarkan cahaya laser dengan jarak gelombang yang amat
pendek iaitu 625 nanometer sahaja. Oleh itu ia selamat digunakan pada bila-bila masa.
Apabila laser diputarkan ke seluruh kulit kepala (bagi mendapatkan laluan yang serata) ia
akan meningkatkan penumbuhan mikro kapilari yang menghidupkan rambut. Apabila ini
berlaku maka rambut akan mendapat nutrisi dan akan mula tumbuh perlahan lahan.
KESIHATAN
ARKIB : 29/08/2010
Hormon anti penuaan
Ramai yang memberi reaksi positif apabila
saya memperkatakan tentang anti penuaan.
Tidak kurang juga yang mempunyai
tanggapan negatif kerana tidak tahu dan
kurang memahami pengertian anti aging
atau anti penuaan yang sebenar.
Mereka menganggap perubatan anti
penuaan sebagai cubaan melawan takdir
ketentuan Ilahi dan hanya mampu memberi
kulit yang licin tanpa kedut tanpa membantu
kesihatan dalaman tubuh. Ini adalah tidak
benar kerana perubatan anti penuaan
mempunyai matlamat menghindari penyakit
dan masalah manusia apabila berhadapan dengan isu-isu penuaan.
Anti penuaan adalah satu cabang kesihatan yang membolehkan kita hidup sihat pada usia
tua, mengekalkan kesihatan dan kehidupan ideal manusia. Ia mengekalkan fungsi organ
dalaman badan seperti jantung, buah pinggang, kelenjar-kelenjar yang penting serta
kesihatan otak manusia. Ia juga menjadikan kelenjar hormon dalam tubuh kita berfungsi
semula sebagaimana semasa muda. Pada zaman ini tempoh hayat seorang manusia
dianggarkan selama 90 tahun. Ramai yang masih hidup sihat meskipun sudah melebihi usia
tersebut.
Kata-kata yang sering diluahkan oleh mereka yang kurang pengetahuan mengenai
anti penuaan adalah:
l Menjadi tua dan mengalami menopaus adalah proses semula jadi maka tidak ada apa
yang mampu mengubahnya.
l Saya sudah menopaus dan mencapai usia 60-an maka tidak mungkin saya boleh kembali
muda. Saya tidak percaya wujudnya kaedah yang boleh membuatkan saya lebih muda.
l Usia tua adalah takdir yang tidak boleh ditolak.
l Saya mengamalkan cara hidup sihat, senaman serta mengamalkan pemakanan seimbang.
Sudah tentu badan saya sihat. Mengapa saya perlukan perubatan anti penuaan?
PELBAGAI rawatan dilakukan untuk tampil
sihat walaupun pada usia tua.
KESIHATAN
Cuba anda fikirkan fakta ini.
l Punca utama kematian adalah usia yang tua. Orang yang mencecah usia 40 ke atas
mudah mendapat kanser, kerana itu mereka digalakkan menjalani pemeriksaan kesihatan
tahunan.
l Orang yang berusia mudah mendapat tulang rapuh. Ramai orang orang tua terlantar di
hospital kerana osteoporosis yang teruk membuatkan tulang patah.
l Orang yang tua mudah murung dan sensitif
l Orang tua mudah mendapat darah tinggi, sakit jantung dan sakit kronik lain berbanding
orang muda.
l Paras kolestrol, gula dalam darah dan fungsi organ akan menjadi tidak baik apabila usia
meningkat.
Mestikah seseorang berasa murung, letih, layu dan kelesuan apabila usia meningkat?
Mestikah paras rupa berubah menjadi cengkung dan berlekuk-lekuk, wajah menjadi
berpigmen serta berkedut? Usia tidak dapat ditolak namun jika kita mengamalkan perubatan
anti penuaan kita akan dapat menghalang penyakit penyakit dan masalah penuaan.
Masalah penuaan bagi lelaki
l Andropaus. Lelaki menjadi murung kurang bertenaga, mudah marah dan mudah tertekan.
l BPH prostat menjadi bengkak dan mula mengganggu sistem urinasi (kencing). Mereka
mula mendapat jangkitan kencing yang kerap.
l ED adalah masalah menegangkan zakar.
Bagi wanita pula;
l Menopaus
l Masalah pada buah dada
l Masalah rahim dan vagina.
Bagi lelaki dan wanita
l Atherosclerosis
KESIHATAN
l Darah tinggi dan kencing manis
l Dementia (nyanyuk atau pelupa)
l Lain lain yang melibatkan sakit tua seperti tulang rapuh dan sakit badan.
Dari segi kosmetik pula kesan kesan penuaan mengakibatkan paras rupa yang cantik hilang
serinya.
Apabila usia bertambah kelenjar hormon pada tubuh bekerja keras bagi memastikan
penghasilan yang cukup untuk tubuh badan kita. Hormon merupakan molekul-molekul yang
amat penting serta mempunyai tugas khas bagi menseimbangkan dan memastikan fungsi
tubuh badan menjadi lancar. Kelenjar ini menjadi mengecut dan kurang aktif apabila usia
meningkat. Hal ini dapat dilihat melalui kajian para saintis yang menilai saiz kelenjar melalui
kaedah CT scan.
Cuba lihat di sekeliling kita. Seorang wanita atau lelaki yanng periang berubah menjadi
murung dan anti sosial apabila usia meningkat. Tidak kurang juga mengalami masalah berat
badan yang tidak dapat diturunkan melalui pemakanan semata-mata. Diet tidak akan
berkesan tanpa pengurusan hormon yang betul. Dengan terapi hormon yang betul barulah
seseorang mampu menurunkan beratnya dengan efektif.
Seseorang yang kurang hormon akan letih, lesu dan kurang gembira. Badannya terasa
berat dan sukar untuk bersenam. Apabila hormon rendah tubuh akan berasa malas dan letih
selalu. Apabila hormon metabolik tertentu ditambah, ia akan berubah menjadi lebih baik dan
cantik. Tubuh mula membakar lemak di dalam badan. Hasil tubuh mendapat tenaga yang
baik dan mula menjadi lebih langsing.
Mengapa kadar patah tulang, serta tulang rapuh sering berlaku pada orang tua.
Jawapannya adalah kerana hormon tubuh sangat rendah membuatkan kadar penyerapan
kalsium menjadi tidak efektif.
Mengapa orang orang tua cepat tersinggung dan mudah bersedih. Ini juga kerana tubuhnya
tidak mempunyai hormon yang cukup. Hormon tertentu merangsang perasaan agar positif
dan sentiasa gembira.
Apabila kelenjar hormon mengalami keletihan maka penghasilan hormon terjejas. Kelenjar-
kelenjar yang keletihan akhirnya gagal berfungsi. Inilah puncanya seseorang menjadi lesu
dan lemah. Bagi wanita pula kegagalan fungsi hormon seks mengakibatkan menopaus yang
merupakan satu gangguan hebat bagi tubuh. Justeru menjaga kelenjar hormon agar
menopaus berlaku dalam suasana yang tidak mengganggu fungsi tubuh adalah disarankan.
Pada minggu akan datang saya akan mengupas isu hormon dengan lebih mendalam lagi.
KESIHATAN
ARKIB : 05/09/2010
Badan pear atau epal?
KITA sering melihat bentuk tubuh manusia yang berbeza-beza. Ada orang yang besar di
dada dan lengan. Ada pula mempunyai dada dan lengan yang kecil namun saiz punggung
lebar dan besar.
Seorang sahabat saya mempunyai punggung yang serta paha yang besar walaupun jika
dipandang daripada saiz tubuhnya di bahagian atas dia tampak kecil sahaja. Badan yang
sebegini dinamakan bentuk pear. Ia seolah-olah buah pear yang kecil daripada tangkainya
namun lebar di bawah.
''Saya terpaksa memakai skirt atau kain kembang bagi menutup kekurangan ini,'' kata
kawan saya itu lantaran menurut beliau memakai seluar memang tidak sesuai kerana
punggung yang terlalu lebar. Keadaan itu mendatangkan masalah kepada sahabat saya
apabila mahu membeli baju. Jika bajunya muat sudah tentu kainnya ketat lantaran saiz
tubuhnya yang mengembang di bahagian punggung. Seorang sahabat yang lain pula
mempunyai tubuh yang berbentuk epal. Tubuhnya besar dan lebar di bahagian dada dan
belakang (atas), manakala paha dan kaki pula kecil. Punggungnya juga kecil. Namun beliau
kelihatan sangat gemuk kerana bahagian belakang badan dada dan pinggangnya berlemak.
Dengan kata lain bentuk tubuh seperti ini diberikan gelaran bentuk epal lantaran bentuknya
yang gempal di atas dan menguncup pula di bahagian bawah..
Seorang sahabat saya pula mengadu perutnya buncit. Walaupun dia tidaklah terlalu gemuk
namun perutnya tidak dapat disembunyikan. Puas dia mencuba pelbagai jenis jamu dan
ubat-ubatan tradisional bagi menurunkan saiz perut namun tidak berjaya. Masalah perut
buncit sering berlaku kepada lelaki.
Seorang sahabat pula mengadu anaknya terlalu gemuk dan rendang sahaja. Tubuhnya
seimbang dari atas ke bawah dipenuhi lemak sahaja. Dia turut berasa hairan apakah
masalah yang dihadapi oleh anaknya itu. Apabila berdiet berat tidak boleh turun dengan
mudah. Anaknya juga tidak makan terlalu banyak namun berat badannya sentiasa sama
sahaja meskipun menjaga pemakanan dengan ketat.
Mengapakah ini berlaku? Mengapakah seseorang tidak serupa bentuk tubuhnya
berbanding orang lain?
Jawapannya adalah kerana di dalam tubuh kita terdapat kelenjar hormon yang berbeza-
beza keaktifannya. Kelenjar hormon yang aktif akan menjadi kelenjar yang dominan di
dalam tubuh seseorang dan akan merembes lebih banyak hormon berbanding kelenjar yang
kurang aktif.
KESIHATAN
Kelenjar hormon bukan sahaja mempengaruhi bentuk tubuh seseorang malah juga
mempengaruhi perangai seseorang, corak pemakanan, kecenderungan terhadap cuaca dan
suhu persekitaran dan sikap seseorang dalam menangani kehidupan sehariannya. Hal
sebegini sangat unik. Justeru itu jika kita tahu kelenjar hormon yang dominan dalam tubuh
adalah lebih mudah bagi untuk menangani masalah kesihatan kita.
Kelenjar utama dalam tubuh kita adalah kelenjar pituitary yang terletak di otak, kalenjar
insulin di pankreas, kelenjar tiroid di leher dan juga kelenjar adrenal di buah pinggang kita.
Kesemua kelenjar ini memainkan peranan yang berbeza, berfungsi membentuk tubuh dan
menjadikan tubuh berbeza-beza bentuknya.
Tubuh kita akan terbentuk mengikut rangsangan hormon yang dominan. Jenis hormon yang
dominan ditentukan oleh genetik seseorang di mana setiap daripada kita mempunyai
kelenjar yang berbeza aktivitinya. Seseorang yang lahir di kalangan ahli keluarga yang
mempunyai kelenjar tiroid yang dominan akan mempunyai bentuk tubuh yang tinggi lampai
dan berbadan kurus. Mereka ini mempunyai kadar metabolik tubuh yang amat tinggi dan
mampu membakar lemak dengan mudah dan cepat. Oleh kerana itu mereka tidak mudah
gemuk melainkan jika wujudnya masalah yang membuatkan kerosakan pada kelenjar tiroid
mereka. Mereka yang mempunyai kelenjar adrenal sebagai kelenjar dominan akan
mempunyai tubuh berbentuk epal. Bahagian atas tubuh besar dan berlemak manakala
bahagian yang lain kecil saja. Kumpulan ini mempunyai tenaga yang tinggi sepanjang hari.
Mereka tidak mudah merasa letih dan mampu bekerja atau menjalankan aktiviti fizikal
sepanjang hari. Mereka juga mempunyai semangat yang tinggi dan amat tekun dalam
urusan pekerjaan.
Mereka yang mempunyai punggung lebar dan dikatakan berbentuk pear pula mempunyai
hormon gonad sebagai kelenjar mereka yang dominan.
Sara ialah seorang gadis berusia 35 tahun dan bertubuh gemuk. Dari zaman kanak-kanak
lagi tubuhnya besar dan tidak pernah turun beratnya meskipun Sara mengamalkan diet yang
ketat. Sara telah mencuba pelbagai kaedah diet namun tidak juga berhasil. Perubatan
tradisional dan moden juga dia telah dicuba namun tidak juga berhasil.
Sara cepat berasa letih. Dia cuba melakukan senaman namun tubuhnya terasa berat sekali.
Dia juga berasa tangan dan kakinya agak sejuk. Apabila teman-teman mengajak berenang
di kolam maupun pantai Sara enggan masuk ke dalam air kerana dia berasa sejuk. Sara
hairan kerana dia mempunyai lemak yang banyak dalam badan namun kenapa asyik berasa
sejuk. Sejak akhir akhir ini Sara berasa berat badannya naik mendadak lagi. Dia juga
melihat perubahan pada struktur kulitnya yang tampak kasar dan dan di bawah matanya
kelihatan agak lebam.
KESIHATAN
Rambutnya menjadi agak kasar dan gugur dengan banyak. Sara mengagak mungkin hal ini
disebabkan oleh usianya yang meningkat.
Masalah yang dihadapi oleh Sara adalah kekurangan hormon tiroid di dalam tubuhnya. Ini
membuatkan Sara menjadi perlahan pergerakannya dan lemak mudah berkumpul. Hormon
tiroid adalah hormon yang menjana metabolik tubuh. Ia membolehkan tubuh kita menjana
tenaga yang digunakan bagi aktiviti tubuh kita. Apabila usia meningkat hormon ini semakin
berkurangan dan menyebabkan kita semakin lesu. Memang benar ramai di antara kita yang
tidak menyedari hakikat ini namun setelah dibuat analisis barulah kita faham masalah
sebenar.
KESIHATAN
ARKIB : 12/09/2010
Hormon dalam lelaki
Banyak e-mel yang dihantar kepada saya datangnya daripada kaum lelaki bertanyakan
teknik rawatan estetik yang sesuai bagi meningkatkan penampilan kaum Adam berusia 40-
an ke atas. Di zaman ini usia 40-an melambangkan kematangan dan kestabilan kehidupan.
Gaya hidup aktif membuatkan kita mahu meningkatkan penampilan dan juga stamina diri.
Bagi saya penampilan yang muda dan bergaya haruslah sejajar dengan peningkatan kualiti
kesihatan. Kini umum sudah mengetahui bahawa apabila usia mula meningkat maka
pelbagai penyakit seperti darah tinggi kencing manis jantung dan kanser turut meningkat.
Oleh kerana fenomena ini sangat serius dan mengancam nyawa maka kita seharusnya
menyekat kehadirannya sebelum ia berlaku. Bak kata pepatah mencegah lebih baik
daripada mengubati.
Dalam bidang perubatan anti penuaan masalah dikesan dan dihindari sebelum terjadi.
Dengan kata lain doktor mengesan dan merawat sebelum terjadinya penyakit. Konsep ini
sebenarnya ibarat menyediakan payung sebelum hujan. Jika seseorang yang berusia 40-an
mengadu keletihan dan kekurangan tenaga maka doktor perlu mengadakan pemeriksaan
paras hormon dalam darah dan mengesyorkan terapi ozon dan anti oksida di samping
penambahan hormon. Ia dilakukan bagi mengaktifkan kelenjar hormon dalam badan.
Apakah rawatan yang sesuai dilakukan oleh kaum Adam bagi mendapatkan semula
kulit wajah yang tampak segar dan muda?
Lelaki dan wanita mempunyai kulit yang berbeza. Ini kerana kulit manusia dipengaruhi oleh
hormon. Hormon testeron mempengaruhi kulit lelaki manakala hormon estrogen
mempengaruhi kulit wanita.Kulit lelaki mempunyai elastin dan kolagen yang lebih banyak
dari kulit wanita. Ini menyebabkan kulit mereka 20 peratus lebih tebal dan anjal serta tahan
kepada kerosakan matahari berbanding kulit wanita. Sebab itulah wanita lebih menunjukkan
garis-garis halus berbanding dengan lelaki yang seusia dengannya. Namun begitu , semakin
berusia kulit lelaki menjadi semakin nipis , manakala kulit wanita tidak berubah
ketebalannya.Berbanding dengan kulit wanita, kulit lelaki mempunyai pori-pori kulit yang
lebih besar, kelenjar sebum yang lebih aktif dan saluran darah lebih banyak. Oleh itu kulit
lelaki kelihatan lebih kasar, lebih berpeluh dan berminyak. Lelaki yang mempunyai banyak
bulu muka dan suka bercukur akan hilang satu lapisan hidrolitik di permukaan kulit
menyebab kan kulit menjadi lebih sensitif. Kesan bercukur yang bertahun-tahun
menyebabkan kulit kusam dan pori-pori menjadi luas.
KESIHATAN
Pengaruh hormon kepada lelaki
Hormon yang penting bagi lelaki adalah
1)Testosteron
Merupakan salah satu daripada hormon seks yang penting bagi kesejahteraan lelaki. Ia
meningkatkan mood dan memberi rasa segar kepada lelaki. Lelaki yang mempunyai
hormone testosteron yang cukup mempunyai tubuh yang segar dan sasa. Tanpa testosteron
kulit juga mula berkedut dan menjadi kecut.Testosteron menjaga kelenjar prostat pada lelaki
agar menjadi kekal sihat dan tanpanya kelenjar ini menjadi bengkak. Keadaan ini dipanggil
Benign Prostatic Hyperplasia dan jika tidak dijaga akan berubah menjadi sel kanser yang
menakutkan. Mereka yang mengalami masalah prostat akan mendapat jangkitan pada pundi
kencing dan juga masalah kencing tidak lawas.Lelaki yang mengidapi masalah ini pastinya
akan resah kerana sering terganggu akibat panggilan ke bilik air yang terlalu kerap.
Kekurangan testosteron mengakibatkan nafsu keupayaan seks terganggu. Nafsu seks
dipengaruhi secara langsung oleh hormon testosteron. Hormon tersebut juga menjadikan
tubuh lelaki tegap dan sasa. Tanpanya tubuh akan mula mengecut dan menjadi tidak
stabil.Hormon testosteron turut merangsang mood dan minda seorang lelaki. Lelaki yang
kurang testosteron akan sering berdebar-debar, berasa resah dan cepat marah.Dari segi
kesuburan pula hormon ini mempunyai kesan terus ke atas sel-sel leydig dan sertoli pada
testis bagi menghasilkan sperma. Apabila kurang testosteron maka tahap kesuburan lelaki
juga akan turun. Testosteron banyak mempengaruhi darah kita. Seorang lelaki yang paras
testosteronnya baik akan mempunyai tahap kolestrol yang baik. Kekurangan testosterone
menjadikan tahap kolestrol dalam badan bertambah.
Dari segi rupa paras pula seseorang yang tidak cukup testosteron akan tampak tua. Kulitnya
lebih berkedut berbanding mereka yang cukup testosteron. Penampilan mereka juga akan
tampak murung dan kurang yakin. Apabila mendapat testosteron yang cukup seseorang
menjadi lebih yakin dan perubahan yang menakjubkan dapat dilihat. Bentuk tubuh seseorang
yang kurang testosteron kelihatan agak menggeleber. Perutnya agak besar dan buncit
manakala lemak pula mudah berkumpul. Ini membuatkan lelaki menjadi kurang keyakinan
diri dan tenaga pula merosot.
Ujian darah
Ujian darah boleh di lakukan bagi meneliti tahap hormon dalam tubuh seseorang lelaki. Bagi
saya ujian ini bagus kerana ia boleh memberikan gambaran sebaik mana peningkatan yang
dapat dicapai apabila terapi dibuat.
KESIHATAN
Ia juga dapat membantu mengesan kekurangan yang ketara dan dapatlah kita memberi
perhatian segera terhadap masalah yang dihadapi oleh seseorang.
Contohnya
Hisham berusia dalam lingkungan 55 tahun. Beliau sangat prihatin dalam soal penjagaan
kesihatan, tidak merokok dan rajin bersenam. Beliau hairan apabila disahkan oleh doktor
menghidap kencing manis. Walaupun berat badannya ideal dan jarang mengambil gula
dalam makanan, namun beliau mendapat penyakit kencing manis.
Sejak akhir-akhir ini beliau berasa sangat letih dan lesu. Wajahnya juga tampak tua dan
layu. Beliau juga berasa murung dan mudah bosan dalam aktiviti seharian. Menurut rekod
pemeriksaan doktor, paras gula di dalam darahnya adalah normal kerana beliau
mengamalkan memakan ubat kencing manis mengikut arahan dan menjaga
pemakanan.Ujian darah menunjukkan beliau mengalami masalah hormon yang rendah.
Bukan saja paras hormon insulin rendah namun hormon-hormon lain juga juga telah
merosot. Setelah menjalani terapi barulah dia merasa bertenaga semula dan semakin
bersemangat menjalani kehidupan. Setelah terapi penambahan hormon dibuat ternyata
perubahan
yang menakjubkan berlaku. Bukan sahaja paras gula di dalam badannya menjadi seimbang
malah beliau juga menjadi lebih bersemangat dan bertenaga semula. Beliau tidak murung
lagi dan yang hatinya berasa riang dan tenang.
"Saya bagaikan mendapat kehidupan baru yang lebih indah,'' katanya.
KESIHATAN
ARKIB : 19/09/2010
Peranan GH dalam tubuh
Encik Kamal ialah seorang lelaki yang tegap
dan cergas. Beliau berusia dalam
lingkungan 57 tahun. Sewaktu masih muda
(dalam usia 20-an), beliau terkenal sebagai
seorang yang aktif bersukan dan sikapnya
yang kekal cergas berterusan sehinggalah
ke usia sekarang.
Encik Kamal seorang yang tenang dan
sangat rasional. Personalitinya sangat
disukai oleh orang di sekelilingnya. Sejak
zaman persekolahan dan universiti beliau
merupakan antara ketua pelajar yang
disukai ramai lantaran sikapnya yang
bertanggungjawab dalam memimpin
sebarang tugas. Encik Kamal mementingkan
ketepatan dan merupakan seorang yang
rajin. Setiap tugas yang dipikul pasti akan
dilaksanakan sehingga berjaya.
Tidak hairanlah beliau memegang jawatan
yang tinggi dan dihormati ramai.
Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini beliau merasa tenaga dan ketenangan hatinya
seolah olah tergugat. Dengan tidak semena-mena beliau merasa tidak tenang. Hatinya
sering berdebar-debar. Jika dulu beliau mampu menghabiskan masa berjam-jam melakukan
tugasnya di pejabat namun kini beliau kurang dapat menumpukan perhatian kepada tugas
itu. Sebaliknya daya tumpuannya telah terjejas. Beliau cuba mengawalnya dan menganggap
apa yang dihadapinya adalah kerana tekanan bekerja. Baru-baru ini beliau bertemu
sahabatnya yang merupakan seorang doktor dan sahabatnya mengesyorkan agar beliau
mengurangkan stres dalam kehidupannya. Bagi Kamal pula hidupnya begitu tenang tanpa
sebarang stres namun demi memperbaiki taraf kesihatannya beliau menurut juga cadangan
sahabatnya.
Beliau cuba mengurangkan stres yang dihadapi dengan bermain golf dan aktiviti lain yang
sesuai bagi usianya namun keadaan yang rasai tetap tidak berubah. Hatinya tidak tenang.
Tidurnya juga tidak lena. Untuk bangun dari tidur pada awal pagi dia mula berasa sukar.
Seperti kehabisan tenaga .
stres kerja mempercepatkan proses penuaan
sesorang individu.
KESIHATAN
Penampilan fizikalnya juga sudah mula berubah. Apabila memandang cermin dia berasa
seperti orang asing. Wajahnya terlalu kendur .Pipinya mula cengkung dan matanya mula
mengendur. Bibirnya juga mengecut. Dia makin kehilangan dirinya. Di manakah jejaka muda
yang tegap dan gagah pada suatu masa dahulu?
Dia teringat kembali tidak lama dahulu otot-otot nya tegap dan berketul-ketul dek kerana
kesabarannya bekerja keras di pusat senaman. Dia sering berjogging dan mengangkat
berat. Namun segala kerja kerasnya telah hilang begitu saja. Otot-otot sasa mula digantikan
dengan sel sel lemak yang lembik dan menggelebeh sekali. Dia risau melihat perutnya yang
mula gendut dan berlemak. Puas dia cuba menjaga pemakanannya namun tetap tidak
berhasil.
Sebenarnya gejala-gejala yang dialami oleh Encik Kamal mungkin disebabkan oleh
kekurangan growth hormone (Gh) yang dialaminya. Hal ini boleh dibuktikan dengan ujian
pengesanan aktiviti Gh dalam darah kita. Di makmal dua ujian boleh dibuat bagi memeriksa
paras Gh iaitu GH assay dan IGF1 assay.
IGFi merupakan molekul yang dihasilkan oleh hati kita. Ia saling bertindak dengan Gh bagi
menjalankan fungsinya. IGF 1 merupakan kaedah mengesan aktiviti Gh yang baik.
Dewasa ini kebanyakan makmal mempunyai khidmat bagi mengesan pelbagai paras
hormon dalam darah dan ia nya menjadi semakin penting apabila kadar populasi warga
emas semakin bertambah.
Gh merupakan hormon yang dihasilkan oleh kalenjar pineal di otak kita. Kegunaannya ialah
untuk tumbesaran. Sewaktu di dalam perut ibu sehinggalah membesar menjadi dewasa gh
berperanan merangsang tumbesaran sel-sel dalam tubuh. Bagi orang dewasa pula ia
berperanan memperbaiki sel-sel dan membentuk otot yang kuat. Ia juga menghalang
pembentukan lemak dalam badan.
Pada usia 30-an jumlah gh yang dirembeskan oleh seseorang akan berkurangan.
Pemeriksaan darah menunjukkan ia berkurangan dengan banyak sehinggalah usia lima
puluhan kekurangan ketara akan berlaku. Kekurangan yang ketara itu menyebabkan
masalah keletihan menjadi lebih serius.
Peranan GH
Menjaga organ seperti saiz otak, kulit, rambut, otot, tulang dan organ dalam tubuh kita.
Seseorang yang mempunyai masalah dalam penghasilan Gh akan menjadi seperti orang
kerdil, saiz badan kecil dan pendek sahaja. Kekurangan hormon ini membuatkan kesan
penuaan begitu cepat sekali berlaku.
KESIHATAN
Simptom kekurangan gh akibat penuaan:
l Rambut menjadi tipis.
l Wajah pipi menjadi kendur dan kulit pada mata menjadi kendur bibir tampak nipis tulang
hidung dan tulang rahang menjadi nipis membuatkan wajah tampak layu.
l Leher kulit menggeleber pada leher.
l Tangan semakin halus dan meruncing .Kuku kelihatan jaluran putih. Tapak tangan
kelihatan lebih rata disebabkan pengecutan otot-otot pada tapak tangan.
l Berasa kurang sihat meski pun tidak ada apa apa masalah.
l Keyakinan diri merosot.
l Kurang efisien dalam menjalani tugasan harian terutamanya yang memerlukan multiple
tasking.
l Kurang kawalan diri. Berbicara dengan kasar dan mudah panik. Mudah berasa tertekan
apabila menghadapi sesuatu peristiwa.
l Memerlukan tidur yang lebih banyak dari biasa dan mudah letih jika kurang tidur.
l Mudah menjadi gemuk biarpun mengamalkan diet yang ketat.
l Mudah berasa sejuk.
l Bagi lelaki ramai yang mengalami masalah seksual.
l Selera kepada daging dan protein hilang disebabkan anabolic yang rendah.
l Risiko penyakit yang mudah di perolehi ialah masalah jantung dan darah tinggi,
peningkatan dalam kadar kolestrol dalam darah, kegemukan, kencing manis type 2.
Selepas rawatan
Selepas rawatan pesakit akan merasa dirinya berasa lebih tenang. Ini adalah kerana GH
mempunyai pengaruh yang besar ke atas system parasimpatetik tubuh iaitu saraf-saraf yang
memberi kesan tenang kepada tubuh kita.
KESIHATAN
Teknik gaya hidup yang boleh membantu meningkatkan kandungan Gh. Mengambil kalori
yang mencukupi bagi tubuh kita, diet yang terlalu ketat bertahun-tahun menjadikan
seseorang terlalu kurus dan cepat tua. Diet mestilah mengandungi daging, telur dan ikan.
Elakkan pengambilan alkohol, makanan bercuka dan kafein. Elakkan makanan manis
bergula dan makanan berasaskan tenusu. Jangan merokok dan mengambil sebarang dadah
yang mengkhayalkan. Pastikan tidur mencukupi dan akhir sekali jangan stres.
Apabila kita mengecapi kadar kemajuan dalam bidang perubatan yang tinggi dan jangka
hayat kehidupan yang lebih panjang, kita perlulah juga menjaga kesihatan agar produktif
dan tidak bergantung kepada sesiapa pun untuk menjalani kehidupan di usia tua.
KESIHATAN
ARKIB : 26/09/2010
Atasi tompok ‘rama-rama’
SALINA sangat risau melihat tompokan
hitam pada wajahnya. Kulit wajahnya yang
putih bersih seakan tercela apabila
tompokan hitam mula terbentuk. Di
peringkat awal hanya sedikit kesan hitam
terbentuk pada pipi Salina.
Dia membeli krim muka dan losen yang
disyorkan oleh seorang kawan untuk
mengatasi masalah tersebut. Salina gembira
kerana penggunaan krim tersebut
menampakkan hasilnya apabila kesan hitam
menjadi semakin berkurangan.
Bagaimanapun apabila penggunaan produk
tersebut dihentikan kesan hitam timbul
kembali malah menjadi semakin banyak.
Akibat daripada tompokan hitam itu dia mula
berasa rendah diri dan tidak mahu keluar rumah. Jika keluar rumah beliau menggunakan
kosmetik yang tebal bagi menutup kekurangan itu.
Semasa bertemu Salina saya bertanyakan bila tompokan hitam itu mula muncul.
Menurutnya dia perasan tompokan hitam itu semasa hamil anak pertama. Saya
berpendapat kemungkinan masalah Salina berkait rapat dengan hormon yang tidak
seimbang. Ia juga ada kaitan dengan melasma yang sukar dirawat kerana kedudukannya
yang jauh ke dalam kulit. Melasma atau tompok hitam adalah sel-sel hidup yang membiak
secara aktif. Ia mempunyai jalinan kapilari darah yang memberi nutrisi dan
menghidupkannya. Jalinan kapilari darah ini membekalkan sel-sel melasma dengan oksigen
dan zat yang diperlukan untuk hidup dengan aktif. Jadi adalah sukar untuk mengurangkan
keaktifannya sekiranya kapilari darah ini membesar dengan aktif juga.
Oleh kerana ia berada di lapisan dermal iaitu lapisan kulit yang ke bawah maka masalah
tersebut memang sukar untuk dirawat.
Apabila menyapu krim, krim hanya boleh meresap di permukaan atas dan tidak sampai ke
lapisan bawah kulit. Sahabat saya yang terkenal dengan kepakaran mengendalikan laser
iaitu Dr. Shaharom Sulaiman menyifatkan melasma seperti tahi lalat yang hidup di bawah
kulit. Bagi saya amat sesuai juga andaian seumpama ini kerana neavus atau tahi lalat juga
merupakan sekelompok melanocytes yang aktif dan mempunyai salur darahnya sendirinya.
Oleh itu ia hidup sebagai sel yang tersendiri. Tahi lalat yang terlalu besar atau terlalu aktif
eloklah dibuang kerana ia mempunyai risiko kanser .
TOMPOKAN hitam pada bahagian muka kini
boleh dihilangkan dengan teknik rawatan
terkini.
KESIHATAN
Lelaki juga tidak dapat lari daripada melasma. Saya sering merawat beberapa pesakit lelaki
yang bermasalah melasma. Melasma lebih aktif apabila seseorang bawah pancaran
matahari.
Sel-sel aktif yang mengeluarkan pigmen hitam dinamakan melanocytes. Fungsi utama
melanocytes adalah untuk mengeluarkan pigmen yang dinamakan melanin. Kehadiran
melanin memberi warna kulit. Melanin juga bertindak sebagai penapis menghalang cahaya
yang terlalu kuat yang boleh merosakkan kulit daripada masuk menembusi kulit kita. Oleh itu
bagi mereka yang mempunyai banyak melanin warna kulitnya akan menjadi gelap apabila
terdedah di pancaran matahari atau pergi ke tempat beriklim panas dan apabila ia berhijrah
ke tempat beriklim sejuk atau menutupi kulitnya daripada matahari maka kulitnya kembali
cerah. Dewasa ini terdapat krim pelindung matahari dan pil yang boleh diambil bagi
melindungi kulit daripada matahari. Apabila kulit disapu pelindung matahari ia akan menebat
atau menghalang kemasukan cahaya yang mengaktifkan melanocytes. Justeru bagi mereka
yang terlibat dalam aktiviti yang sering terdedah kepada pancaran matahari, perkara ini tidak
boleh dipandang remeh. Pemakaian skrin matahari haruslah diamalkan setiap masa.
Rawatan yang sesuai bagi melasma ialah penggunaan krim mengandungi anti melanin.
Suntikan transeminic dan pil mengandungi transeminic turut menghilangkan salur darah
yang berada di bawah kulit. Apabila salur darah itu mengecut maka sel-sel melasma akan
turut mengecut. Lama kelamaan melasma akan berkurangan. Penggunaan krim yang salah
hanya akan menyebabkan melasma semakin ketara kerana sesetengah krim akan
merangsang salur darah menjadi lebih aktif dan kulit menjadi lebih nipis menyebabkan
melasma menjadi ketara.
Melasma yang mekar kelihatan seperti bentuk kupu-kupu yang gelap di kedua dua pipi.
Penggunaan laser bagi melasma harus dibuat dengan berhati hati kerana melasma
memberi reaksi yang pelbagai apabila menggunakan laser. Sesetengah melasma menjadi
lebih aktif apabila terkena laser manakala sesetengahnya pula boleh berkurangan. Oleh itu
rawatan melasma haruslah sejajar dengan keputusan yang diperoleh. Penggunaan hormon
juga penting kerana faktor kekurangan hormon turut menjejaskan dan membuatkan
melasma menjadi aktif. Hormon yang dicadangkan ialah bioidentikal hormon yang mudah
digunakan dan memberi kesan yang menyegarkan tubuh kita.
Tempoh rawatan bagi melasma sangat lama dan ada kalanya memakan masa berbulan
bagi mendapat kesan yang baik. Setelah itu penggunaan krim anti melanocyte secara
berkala adalah sangat penting bagi mengekangnya. Boleh dikatakan proses menentang
melasma merupakan satu perjuangan seumur hidup juga. Ia menuntut disiplin dan
kesabaran yang sangat tinggi
KESIHATAN
Melasma berbeza dengan pigmentasi epidermis yang mudah saja cara rawatannya. Saya
menggunakan laser jenis pixel bagi memulihkannya dan mendapat hasil yang sangat
menakjubkan. Pigmentasi pada epidermis adalah disebabkan oleh pengumpulan melanin
pada kulit kita. Melanin adalah pigmen yang terdapat pada kulit. Apabila pigmen banyak
maka kulit menjadi sangat gelap. Laser pula bertindak memecahkan melanin. Apabila
melanin pecah ia akan dibuang sebagai bahan buangan dan di keluarkan daripada kulit kita.
Hasil yang baik dapat diperolehi apabila kita merawat pigmen dengan laser kerana sifat
pigmen melanin yang memecah dan boleh di keluarkan dari kulit.
Sekiranya anda menggunakan produk pencerah kulit yang mengandungi hydroquininone
memang boleh membantu mengurangkan melasma namun apabila berhenti memakainya
melasma pasti muncul kembali. Justeru itu produk itu perlulah dipakai secara berterusan.
Pastikan anda berterus terang dengan doktor perihal produk yang anda gunakan kerana jika
berhenti menggunakan produk akan mendatangkan kesan rebound terhadap melasma dan
ini amatlah menyusahkan.
KESIHATAN
ARKIB : 03/10/2010
Isolaz rawat jerawat bisul
FAZLI benar-benar risau. Jerawat di wajahnya semakin hari semakin bertambah. Jerawat
tumbuh melata dan bernanah. Kulit mukanya terasa pedih dan sakit. Apabila dipicit nanah
dan darah mula keluar menyebabkan dia malu ditegur kawan-kawannya.
Seingat Fazli sejak di bangku sekolah lagi masalah jerawat telah mula mengganggunya.
Semasa itu jerawat itu hanya kecil-kecil sahaja. Namun kini saiz jerawat semakin besar dan
sangat hodoh tampaknya.
Fazli sudah pun mencuba pelbagai cara untuk mengubatinya. Malahan dia sudah mencuba
ubat yang disarankan oleh doktor dan juga pakar kulit. Jerawat reda seketika namun
selepas itu muncul kembali. Dia juga banyak mencuba pelbagai produk kosmetik dan ubat
ubatan tradisional namun tiada hasil. Jerawat bagaikan tidak mahu surut dan dia hampir
berputus asa dengan keadaan tersebut.
Setelah membaca kaedah terkini merawat jerawat menggunakan laser, Fazli datang
bertemu saya.
"Boleh doktor jelaskan kepada saya dengan terperinci apakah maksud laser dan adakah ia
sesuai bagi mengatasi masalah seperti yang saya hadapi?" tanya beliau.
Saya menjelaskan tentang laser iaitu satu jalur cahaya dalam jarak gelombang yang tertentu
dan tindakannya jauh ke dalam kulit. Ia mampu mengurangkan aktiviti sel-sel jerawat.
"Saya banyak mendengar mengenai laser. Di sana sini orang memperkatakan mengenai
laser. Adakah semuanya sama?" tanya beliau lagi.
Semua laser adalah tidak sama. Tindakan laser amat spesifik. Jenis laser pun begitu. Ada
laser yang sesuai bagi mencerah kulit namun tidak sesuai bagi jerawat kerana ia
mengaktifkan sel-sel jerawat pada kulit. Jenis-jenis laser juga ada pelbagai dan
penggunaannya haruslah berasas. Para doktor yang mengikuti kursus-kursus laser yang
ditauliahkan pasti akan memilih laser terbaik buat pelanggan mereka.
"Laser bagaimana yang sesuai bagi saya?" Tanya Fazli.
Bagi mengatasi masalah jerawat saya menggunakan laser Isolaz yang telah lulus FDA
(Food and Drug Administration) bagi rawatan jerawat di pelbagai peringkat. Di Marissa
Esthetic penggunaan laser dipilih dengan berhati hati berdasarkan masalah yang dihadapi
oleh pelanggan kami.
Teknologi yang digunakan oleh pengeluar Isolaz dikenali sebagai photopneumatic. Ia
menggabungkan penggunaan vakum yang boleh menyedut kekotoran dari dalam pori-pori
dengan mengecutkan liang sebum dan menanggalkan noda-noda hitam. Tidak ada satu pun
KESIHATAN
laser lain yang mampu menjalankan tugas sebagaimana yang mampu dilakukan oleh
teknologi seumpama ini. Sedutannya amat bertenaga dan mampu mengeluarkan semua
nanah dan sebum yang menyumbat liang roma dengan sempurna.
Oleh kerana sifat vakum nya yang handal dan unik, sel kulit langsung tidak terjejas dan kulit
tidak rosak sebaliknya kembali pulih dengan cepat. Ini amat bersesuaian sekali bagi rawatan
jerawat.
Jerawat aktif apabila sebum di dalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman.
Sesetengah krim muka yang berminyak dan kosmetik juga boleh menghasilkan jerawat
kerana ia masuk ke dalam pori-pori dan menyebabkannya tersumbat. Ini menyebabkan
bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak. Oleh itu aspek pembersihan
muka juga perlulah dititikberatkan bagi mengelakkan jerawat.
Cahaya broadband yang dipancarkan oleh laser Isolaz juga membunuh kuman. Apabila
cahaya dari laser dipancarkan ia akan membuatkan kuman mati dan dinding bakteria juga
mula pecah akibat daripada cahaya laser. Tindakan laser seumpama ini amat spesifik. Ia
mematikan kuman yang tidak mudah dibunuh dengan ubat-ubatan antibiotik semata-mata.
Gandingan laser dan antibiotik pasti memberikan kesan yang jauh lebih baik berbanding jika
hanya mengamalkan antibiotik.
"Apakah perbezaan antara rawatan laser dan rawatan chemical peeling? Yang manakah
yang lebih baik?" tanya Fazli lagi.
Rawatan laser sangat berbeza dengan rawatan chemical peeling yang menggunakan asid
lembut atau asid buah-buahan bagi mengupas kulit dan sekali gus memudahkan kuman
jerawat dan nanah dikeluarkan. Ia juga membolehkan jerawat cepat sembuh dan
merangsang sel-sel kulit kita. Kedua-duanya merupakan rawatan yang baik kerana ia
membuat kulit kita menjadi lebih muda dan cantik. Bagi saya, saya akan mencadangkan
chemical peeling bagi sesi pertama pertemuan dan diikuti dengan laser selepas dua minggu
peeling dibuat. Ini kerana proses peeling memudahkan laser menembusi dengan lebih
efektif lagi.
Biasanya selepas chemical peeling cystic nodules yang mengandungi nanah akan mula
pecah dan menjadi nipis. Jadi pancaran laser dapat menembusi dan memusnahkan
kesemua kuman yang bersembunyi di dalamnya.
Laser juga mengecutkan kelenjar sebum dan mengurangkan radang akibat jangkitan
kuman. Selepas laser pelanggan berasa lebih selesa kerana kulit muka tidak berasa sakit.
Masalah kesakitan dan keperitan pada kulit amat mengganggu terutamanya remaja yang
masih bersekolah. Jerawat yang teruk ibarat bisul kecil pada muka dan kesakitan yang
ditanggung akibat bisul-bisul ini amatlah menyiksakan.
KESIHATAN
Kelebihan yang lain ialah tidak sakit, cepat dan berkesan untuk semua jenis kulit. Berbeza
dengan laser jenis lain yang rata-ratanya merengsakan, laser ini tidak menyakitkan. Ia
sesuai digunakan oleh remaja dan semua lapisan usia. Ia juga sesuai digunakan oleh
semua jenis kulit dan sangat universal.
Satu lagi kelebihannya ialah ia mencantikkan kulit dengan mengecilkan pori pori. Apabila
pancaran laser terkena kulit ia meningkatkan kandungan kolagen dan merangsang sel-sel
yang lebih baru dan cantik untuk lebih segar lagi.
KESIHATAN
ARKIB : 10/10/2010
Mahu dagu bulat atau panjang?
Sahabat saya Sherry gemar membelek
belek gambar-gambar artis dan model dari
luar negara. Dia sukakan wajah jelita model
tersebut yang rata-ratanya berhidung
mancung dan berdagu runcing.
"Kalaulah saya dapat wajah macam
ni....alangkah seronoknya,'' kata Sherry.
''Bagaimanakah caranya untuk
mendapatkan bentuk wajah yang sempurna
seperti ini?" Tanya Sherry kepada saya
pada suatu hari.
Sebenarnya wajah model-model tersebut
kelihatan cantik didalam gambar kerana ia
sangat simetri. Simetri memainkan peranan
yang penting bagi membolehkan seseorang kelihatan menarik di dalam gambar atau
fotogenik. Fotogenik adalah suatu aset yang penting sekiranya seseorang ingin menjadi
model foto.
Lagipun dengan kemajuan teknologi komputer dan wujudnya facebook ramai juga yang
ingin tampil fotogenik kerana mahu setiap gambar yang dimuat naik ke facebook kelihatan
cantik dan persis gaya seorang model.
Simetri wajah boleh dicapai apabila peratusan jarak dari dahi ke hidung, dari hidung ke bibir
dan dari bibir ke dagu adalah 33 peratus iaitu sama banyak. Apabila wajah tidak simetri
maka ia kelihatan tidak sempurna.
Tulang rahang atau mandible ialah satu struktur yang membentuk dagu kita dan mempunyai
struktur khusus bagi perlekatan gigi. Didalamnya terdapat saraf yang menghubungkan gigi
kita dan juga salur darah halus yang memberi nutrisi pada gigi. Di kiri dan kanan tulang
mandible bersambung dengan tulang tengkorak yang dinamakan tulang temporal.
Penyambungan ini dinamakan TMJ (temporo mandibular joint).
TMJ merupakan satu struktur penting kerana ia merupakan tempat yang membolehkan kita
menggerakkan rahang untuk bercakap, makan dan sebagainya.
Selain tulang ini dagu juga dibentuk oleh sekelompok tisu yang terdiri daripada sel lemak,
sel kolagen, sel elastin dan hyaluronik yang di sebut sebagai tisu tisu konektif. Kehadiran
tisu-tisu sebegini yang seimbang membentuk dagu runcing dan tajam membawa kepada
keseimbangan wajah.
TEKNOLOGI moden menaawarkan pelbagai
kaedah untuk mendapatkan dagu yang cantik
bersesuaian dengan bentuk wajah.
KESIHATAN
Sebenarnya tidak semua orang perlukan dagu yang runcing bagi kelihatan cantik dan
menarik. Seseorang berwajah bulat memerlukan dagu yang tajam bagi kelihatan menarik
manakala seseorang yang berwajah panjang dan cengkung pula perlu mempunyai bentuk
dagu yang bulat sedikit bagi menghasilkan wajah yang simetri. Pendek kata bentuk dagu
perlulah disesuaikan juga dengan wajah seseorang bagi menghasilkan bentuk yang
seimbang. Ada juga mereka yang mempunyai dagu berlekuk. Dagu berlekuk berlaku di
sebabkan struktur tulang mandible.
Dagu yang pendek membuatkan wajah tampak bulat. Lemak di bawah dagu juga mudah
berkumpul di kalangan mereka yang mempunyai dagu pendek.
Apabila saya diminta membuat analisis wajah seseorang, saya akan terlebih dahulu melihat
keadaan simetri pada wajahnya. Selepas itu barulah perbincangan diadakan bagi
memastikan apakah yang di mahukan oleh para pelanggan itu.
Rawatan bagi membentuk simetri pada wajah boleh dilakukan dengan banyak cara. Teknik
serdev misalnya mengangkat pipi agar tidak kendur. Ia juga boleh mengubah bentuk dagu.
Teknik serdev bagi dagu menggunakan benang serdev yang sangat halus. Ia boleh
memanjangkan dagu dan menjadikan dagu tampak kecil dan runcing. Teknik ini juga sesuai
digunakan bagi mereka yang mahu kan dagu yang bulat. Teknik berbeza akan
menghasilkan bentuk yang berbeza. Kelebihan teknik serdev adalah kita tidak memasukkan
apa apa pun ke dalam kulit. Benang halus di gunakan bagi mengikat dan mengumpulkan
lelemak dan elastin semula jadi pada dagu. Ia di ikat bagi menghasilkan bentuk yang
dikehendaki. Ubat bius suntikan sahaja yang digunakan dan ia juga tidak mengambil masa
yang panjang. Memadai hanya sepuluh minit sahaja bagi mendapatkan hasil yang baik.
Selepas rawatan tidak ketara bengkaknya dan dalam masa tiga hingga lima hari sudah pasti
kita dapat melihat perubahan yang sangat ketara.
Kaedah filler juga sesuai bagi membentuk wajah terutamanya dagu. Filler dari jenis bio
alcamid bagus digunakan kerana ia tahan lama dan mampu memberikan bentuk yang cantik
dan runcing. Dewasa ini terdapat juga jenis filler yang berasaskan kalsium. Ia juga sangat
baik kerana mudah di bentuk dan memberikan rupa bentuk yang sangat natural.
Cara suntikan filler dibuat juga terdapat banyak cara. Doktor akan memastikan bentuk yang
paling sesuai sebelum suntikan dibuat. Dengan penggunaan filler kita juga dapat mendapat
bentuk dagu yang kita sukai.
Sudah tentulah teknologi implan merupakan yang paling baik kerana kita dapat memilih saiz
dan bentuk implan yang sesuai dengan bentuk wajah seseorang. Implan yang diperbuat
daripada plastik tahan lama. Dagu yang comel menarik perhatian. Ia menjadikan wajah
seseorang tampak lebih jelita.
KESIHATAN
Selain wajah yang simetri mempunyai kulit yang licin juga adalah penting. Kulit yang licin
dan pori-pori yang kecil apabila disapukan mekap akan tampak licin dan cerah. Ini
membantu menjadikan seseorang tampak lebih jelita apabila berfoto.
Untuk mendapatkan kulit yang licin tanpa noda hitam dan biji-biji putih, rawatan yang sesuai
adalah laser pixel yang mencerahkan kulit dan laser jenis Isolaz yang membuang sebum
serta mematikan kuman jerawat dalam kulit.
Laser isolaz baik bagi menyedut semua minyak dan mematikan jerawat. Ia mempunyai dua
fungsi iaitu mematikan kuman jerawat manakala dan mengurangkan sebum. Apabila simetri
wajah dicapai dan kulit pula mulus dan halus sudah tentu penampilan lebih cantik dan
bergaya.
KESIHATAN
ARKIB : 17/10/2010
Hapuskan parut jerawat
SALLY merenung ke bayangnya di cermin. Jerawat sudah
sembuh hasil rawatan yang dijalani dengan bersungguh-
sungguh. Selain berubat di klinik, dia juga rajin ke salon
untuk mencuci mukanya. Tak cukup dengan itu dia turut
mengamalkan rejim mencuci muka dan pemakanan
sihat.Setahun yang lalu masalah jerawat bagaikan tragedi
ngeri yang menimpa Sally. Syukurlah dengan teknologi
perubatan moden maka mimpi ngeri tersebut sudah
berakhir dan kini hanya tinggal kesan parut kehitaman.
Baru-baru ini Sally datang bertemu saya. Dia bertanya
sama ada parut parut tersebut dapat dipulihkan atau tidak.
“Bagaimanakah cara terbaik bagi memulihkah parut. Jika
ada apakah peratusan ia boleh pulih semula?” tanya beliau
bertalu-talu.
Semangat Sally tetap kental sebagaimana saya
mengenalinya setahun lalu.Saya yakin Sally akan berjaya
merealisasikan impiannya.
Apakah sebenarnya parut jerawat?
Apabila jerawat sembuh, ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam.
Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat . Jika tiada jerawat
baru yang tumbuh, kulit akan sembuh dengan sendiri . Proses penyembuhan ini boleh
mengambil masa 6 hingga 12 bulan. Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali
parut jerawat. Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan
kurang menarik. Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.
Rawatan awal
Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal. Ada
beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal parut
jerawat.Pendedahan kepada matahari melambatkan proses penyembuhan radang jerawat
dan boleh merosakkan kulit. Oleh itu pengunaan sunblock yang sesuai amat penting Doktor
boleh memberi krim tretinoin untuk mempercepatkan proses remodeling kulit.
PARUT jerawat membuatkan
kulit muka kelihatan gelap dan
kurang menarik.
KESIHATAN
Penggunaan peeling agent seperti AHA (Alpha Hydroxy Acid) yang bersesuaian juga boleh
mempercepat kan proses remodeling kulit
Jangan memicit jerawat atau parut jerawat . Ini akan mengganggu proses penyembuhan
jerawat. Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar lebih
ke dalam kulit. Ini boleh menyebabkan parut jerawat yang lebih dalam berlaku
Penggunaan krim antioksidan seperti Vitamin C juga membantu memulihkan kesan jerawat.
Rawatan parut jerawat
Dengan kemajuan teknologi laser dermatologi/ aesthetic , kini rawatan yang paling berkesan
untuk rawatan parut jerawat adalah dengan menggunakan laser. Dua jenis laser yang paling
berkesan adalah laser CO2 (karbon dioksida ) atau Erbium Yag. Kedua-dua laser ini adalah
dalam kategori ablative. Ia bermaksud akan meratakan kawasan kulit yang dirawat dengan
laser. Ia juga akan merangsang kulit untuk membentuk kolagen. Ini menyebabkan kulit akan
kelihatan lebih tegang, kesan parut jerawat kurang dalam serta pori pori muka kelihatan
lebih halus. Proses rawatan ini perlu dilakukan beberapa sesi di antara enam ke lapan
minggu. Masalah jerawat adalah masalah utama untuk remaja . Masalah ini menjadi lebih
rumit apabila remaja mula mencuba pelbagai jenis produk. Saya boleh memberi beberapa
tip dan panduan untuk remaja yang mempunyai masalah jerawat.
1. Amalkan banyak pemakanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti buah-
buahan citrus, nenas, kiwi dan anggur. Kebanyakan sayur sayuran juga mempunyai
antioxidan yang tinggi .
2. Stres juga boleh menjadikan jerawat tumbuh dengan banyak. Oleh itu lakukan aktiviti
yang boleh mengurangkan stres dan menyihatkan seperti bersukan
3. Apa-apa produk yang diletakkan di muka mestilah bebas minyak, berasaskan air dan non-
comedogenic (tidak menyumbat pori-pori muka). Gunakan pencuci muka yang sesuai dan
jangan mencuci muka dengan sabun mandi.
4. Jika peralatan kosmetik anda menyebabkan tumbuh whitehead atau blackhead, tukar
kepada jenama lain. Yang terbaik adalah kosmetik berasaskan mineral. Kosmetik di muka
mesti dicuci sebelum tidur .
Perubahan hormon juga boleh menyebabkan jerawat yang teruk. Jika langkah langkah di
atas tidak dapat membantu, rawatan seperti antibiotik, chemical peeling, photofacial dan
rawatan hormon boleh membantu. Sila berjumpa dengan pakar kulit. Parut di muka
selalunya disebabkan oleh kesan jerawat. Namun begitu ia juga boleh disebabkan kesan
kecederaan seperti terbakar atau luka. Setakat ini belum ada produk yang boleh merawat
kesan parut dengan berkesan. Jika parut itu tidak dalam, rawatan seperti chemical peeling
KESIHATAN
dan microdermabrasion boleh membantu mengurangkan masalah parut. Tetapi jika parut itu
dalam dan banyak, rawatan yang sesuai adalah laser CO2 atau Erbium YAG. Rawatan yang
diperlukan adalah sebanyak tiga ke lima sesi. Rawatan ini adalah yang terbaik untuk
masalah parut.
Jerawat di badan
Untuk merawat Jerawat di badan , saya nasihatkan untuk mengambil antibiotik yang sesuai
seperti Minocycline HCL. Ini bertujuan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat itu
bengkak dan sakit. Semasa rawatan antibiotik , nada perlu menggunakan krim Benzoyl
peroxide (seperti jenama Oxy) agar rawatan lebih berkesan. Jika jerawat tersebut
mempunyai blackhead, rawatan seperti krim tretinoin perlu digunakan. Namun begitu anda
dinasihatkan bertemu doktor untuk mengenal pasti rawatan yang sesuai.
Untuk rawatan terkini, terdapat dua jenis laser yang sangat berkesan untuk merawat jerawat
iaitu Isolaz yang mendapat kelulusan untuk merawat jerawat tahap 1 hingga tahap 6 dan
laser long pulse Nd:Yag. Kelebihan rawatan ini adalah ia ringkas, tidak sakit dan sangat
berkesan.
KESIHATAN
ARKIB : 24/10/2010
Melatonin rawat insomnia
MASALAH sukar tidur sering diajukan
kepada saya. Berapa jam waktu tidur yang
mencukupi. Mengikut kajian waktu tidur
sekitar lima hingga enam jam adalah ideal.
Orang yang mengamalkan waktu tidur
sebegini akan hidup lebih lama dan
mempunyai kesihatan tubuh sangat baik
berbanding mereka yang tidur banyak
terutamanya pada siang hari.
Adalah tidak benar manusia memerlukan
tidur 10 jam sehari. Jika waktu tidur terlalu
panjang sudah tentu kita terpaksa
menghabiskan sebahagian besar daripada
hayat untuk tidur sahaja. Mereka yang tidur terlalu banyak mungkin mempunyai masalah
mendapatkan tidur yang berkualiti. Meskipun mereka tidur dalam tempoh masa yang
panjang namun badan tidak memperoleh rehat secukupnya disebabkan oleh kualiti tidur
yang kurang baik.
Tidur yang berkualiti mesti dipandang berat kerana ia membolehkan tubuh badan kita
terpelihara. Semasa tidur tubuh mengumpul tenaga. Sel-sel tubuh juga mula mengalami
proses pemulihan. Pelbagai zat dan bahan protein akan dirembes oleh tubuh kita pada
waktu malam. Di antaranya hormon yang memelihara tubuh. Begitu juga dengan enzim
yang bertindak membaiki sel-sel. Bila tidur terganggu, hormon dan enzim yang keluar turut
terganggu membuatkan tubuh tidak dapat dipulihkan atau direhatkan secukupnya.Proses
kitaran ini dinamakan circadian rhythm yang bertindak umpama jam biologi dan bekerja
secara berperingkat mengikut waktu yang ditetapkan. Setiap bahan kimia tubuh kita
dirembes oleh kelenjar dalam badan mengikut circadian rhytm.
Pernahkah anda mendengar perkataan melatonin? Melatonin adalah bahan kimia
semulajadi yang terhasil di dalam otak kita. Apabila waktu malam paras melatonin mula
meningkat. Ini membuatkan kita mengantuk dan mampu tidur nyenyak. Pada waktu siang
pula paras melatonin merosot menyebabkan kita hilang rasa mengantuk. Kitaran melatonin
penting bagi membolehkan tubuh kita kekal dapat mengimbangi antara aktiviti tidur dan
jaga.
Melatonin merupakan bahan yang membolehkan kita lena. Kadar melatonin yang rendah
menyebabkan seseorang mengambil masa panjang untuk tidur. Keadaan itu menyebabkan
seseorang resah dan gelisah. Kadar melatonin yang tinggi dalam darah menimbulkan rasa
tenang dan mudah lena.Apabila kita ke luar negara yang berbeza waktu, (misalnya ke
TIDUR yang tidak mencukupi boleh
mengganggu perjalanan hidup seseorang.
KESIHATAN
Eropah), paras melatonin akan cepat berubah sehingga akhirnya kita boleh mengubah
dengan cepat tabiat tidur kita mengikut waktu.
Tidur boleh dibahagikan kepada dua fasa iaitu REM sleep (Rapid eye movement) dan
NREM (Non rapid eye movement).Semasa fasa REM anak mata bergerak dengan laju ke
atas ke bawah. Ini adalah tidur yang nyenyak dan biasanya aktiviti otak sangat aktif
sehingga membawa mimpi mimpi yang indah. Fasa NREM pula adalah tidur yang mendatar
dan seseorang akan mudah terjaga. Cuba lihat seorang anak kecil atau bayi yang tidur.
Dalam fasa REM dia mungkin bangun menangis namun
tidur semula dengan nyenyak apabila didodoikan seolah-olah tiada mimpi buruk yang
mengganggu. Apabila tidurnya memasuki fasa NREM, dia akan menangis jika didodoi sekali
pun. Dalam keadaan itu adalah lebih baik bayi tersebut dibangunkan sahaja kerana dia
sudah puas tidur.
Tekanan perasaan yang kuat dan juga stres mampu mengganggu paras melatonin dalam
darah dan mengganggu tidur membuatkan seseorang menjadi insomnia. Pengambilan ubat
seperti valium tidak boleh diamalkan kerana boleh menyebabkan ketagihan. Disebabkan
faktor itu doktor lebih berminat memberikan kaunseling agar pesakit dapat mengurangkan
pengambilan ubat-ubatan.Masalah tidur kerap melanda masyarakat moden dewasa ini.
Gangguan paras melatonin yang serious menyebabkan keletihan dan tubuh menjadi lesu
kerana proses baik pulih tubuh terganggu. Melatonin boleh ditambah melalui suplemen
harian.
Pengidap insomnia mengalami masalah ketidakseimbangan melatonin yang ketara.
Golongan ini juga mengalami masalah metabolik seperti kencing manis dan gout. Terdapat
juga pengidap insomnia menderita masalah mental seperti schizophrenia dan manic
disorder. Keadan ini berlaku disebabkan ketidakseimbangan transmitter dalam otak dan juga
hormon. Selain hormon seperti melatonin otak kita juga boleh bertindak dengan kehadiran
dopamine yang memberi signal kepada otak kita. Ketiadaannya membuat kita menjadi letih
dan lesu. Penyakit seperti parkinson bersangkut paut dengan transmitter sebegini.
Cara yang baik menangani masalah insomnia adalah dengan meningkatkan kandungan
melatonin dalam badan. Terdapat makanan seperti soya dan buah-buahan jenis beri kaya
dengan melatonin. Melatonin boleh dibeli dalam bentuk pil atau krim untuk mendapatkan
tidur yang berkualiti dan tubuh badan yang sihat. Paras melatonin dapat ditingkatkan
dengan aktiviti senaman, bersukan dan mendengar muzik yang indah. Bagi sesetengah
orang paras melatonin meningkat dengan membaca atau berkhayal yang indah-indah.
Sebab itu timbulnya teknik-teknik khayalan seperti mengira, membayangkan sesuatu yang
indah untuk memulakan proses tidur. Para pengamal hypnosis iaitu satu teknik penguasaan
minda turut menyarankan teknik khayalan yang mampu meningkatkan paras melatonin
dalam darah kita dan merangsang tidur yang berkualiti.
KESIHATAN
Satu cara yang baik untuk merangsang tidur adalah menukar cadar baru selain memastikan
bilik tidur cantik kemas dan bersih. Pastikan tiada hama pada tilam yang menggigit pada
waktu malam membuatkan kulit terasa gatal gatal. Elak minum kopi atau sebarang minuman
yang mengandungi banyak kafein serta pastikan perut tidak terlalu lapar atau terlalu
kenyang.
Seseorang yang tidurnya berkualiti akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Jiwanya akan
terasa bahagia dan kecergasan fizikal dan mindanya akan bertambah. Seorang pensyarah
yang mencuba krim melatonin memberitahu: ‘‘Sejak menggunakan krim melatonin dan
mempraktikkan tidur berkualiti, saya dapati tahap kecergasan meningkat. Semasa
berdiskusi dengan teman sejawat yang jauh lebih muda mereka memuji ketepatan dan
kepantasan saya menyelesaikan masalah dan membuat analisis. Tahap matematik saya
juga meningkat.’’
Semakin usia meningkat paras melatonin dalam darah akan merosot kerana kelenjar pineal
yang menghasilkan melatonin mengecut. Jika kita membiarkan perkara ini berlaku maka
kualiti tidur akan terjejas dan hormon lain dalam badan juga merosot.Adalah dicadangkan
rawatan menggunakan krim
dan juga kapsul melatonin bagi membaiki masalah ini. Krim dan kapsul melatonin membantu
pemulihan kelenjar pineal. Ia membuatkan anda tidur nyenyak dan nyaman seperti bayi.
Hasilnya anda menjadi lebih muda, otak cergas dan riang semula.
KESIHATAN
ARKIB : 31/10/2010
Rawat obes akibat stres
SETELAH mendalami bidang perubatan dan melaksanakan program diet menggunakan
hormon bioidentikal saya berasa begitu gembira dapat membantu mereka yang bermasalah
seperti itu. Tanpa rawatan yang spesifik tidak mungkin pesakit saya dapat menurunkan
berat badan dengan mudah.
Ini kerana masalah yang dihadapi bukanlah kerana faktor makan berlebihan semata-mata.
Sebaliknya pesakit yang berkunjung ke Marissa Estetik tidak mempunyai masalah untuk
mengawal pemakanan mereka. Mereka mencuba pelbagai ubat-ubatan dan produk
pelangsingan namun hampa. Untuk bersenam pun tidak mampu kerana tubuh terasa berat
dan tenaga juga berkurangan. Oleh kerana itu ramai yang menjadi kecewa. Rawatan dari
klinik-klinik biasa juga tidak mampu membantu. Puas sudah menahan selera dan mengikat
perut namun badan tetap juga mengembang. Sebenarnya ini adalah masalah dalam
metabolisme tubuh mereka. Apabila badan tidak boleh membakar makanan dan lemak
segalanya terkumpul sebagai cecair yang melekit dan menyumbatkan sel-sel kita. Akibatnya
sel-sel tubuh menjadi rosak dan mengalami metabolisme yang tidak efektif sehingga lemak
dan karbohidrat tidak dapat dibakar. Masalah ini ibarat satu kitaran yang merosakkan tubuh
badan kerana makanan yang tidak diproses menjadi tenaga akan hanya menjadi bahan
berupa lendir dan mukuous mucous. Bahan tersebut akhirnya menyumbatkan sel-sel dan
akhirnya menjadi rosak. Sel yang rosak hilang upaya untuk menghasilkan tenaga yang
diperlukan oleh tubuh dan akhirnya seseorang itu akan menjadi sangat lemah.
Masalah metabolik saya bahagikan kepada lima jenis yang utama. Untuk minggu ini saya
menghuraikan dua daripadanya terlebih dahulu.
1) Masalah lemak pada belakang tubuh.
Lemak berkumpul dengan banyak pada bahagian belakang terutamanya di bawah leher. Ia
berbonggol. Dalam bahasa saintifik (perubatan) ia dikenali sebagai buffalo hump. Bagi
mereka yang mengidap masalah ini lemak juga banyak berkumpul pada kawasan scapular
(tulang selangka). Ada kalanya ia terletak di bawah ketiak sehinggakan sukar memakai coli
dengan baik. Keadaan itu juga membuatkan buah dada kelihatan besar dan tidak di bentuk
dengan menarik. Mereka yang mempunyai masalah ini tidak dapat menurunkan berat badan
dengan mengamalkan diet semata-mata. Ini kerana dalam tubuh mereka terdapat hormon
cortisol yang terlalu tinggi. Hormon ini sangat cenderung mengumpulkan lemak. Cortisol
adalah hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar adrenal dalam tubuh kita. Peningkatan
adrenal adalah disebabkan faktor tekanan (stres) dan juga makanan tertentu seperti gula
yang tinggi yang meningkatkan aktiviti adrenal. Ubat-ubat untuk diet juga boleh membuatkan
adrenal aktif. Oleh kerana itulah mereka yang mengamalkan ubat diet apabila berhenti
mengambil ubat akan mengalami kenaikan berat badan yang banyak disebabkan oleh
kelenjar adrenal terlalu aktif.
KESIHATAN
Sebenarnya hormon cortisol amat mustahak kepada kita dalam kuantiti yang optimum.
Apabila tubuh mengalami stres seperti membuat kerja berat atau bersenam, tubuh
menggunakan banyak tenaga dan perlu mengumpul semula tenaga itu. Pada masa itulah
hormon cortisol memainkan peranan yang sangat penting. Hormon ini menjadikan tubuh kita
mengumpul tenaga dalam bentuk lemak. Pada zaman moden stres yang melanda bukannya
dari segi fizikal tetapi kebanyakannya melibatkan mental. Namun tubuh kita mengenalinya
sebagai stres fizikal menyebabkan cortisol terhasil dengan
banyak. Boleh dikatakan mereka yang mengalami masalah obesiti melibatkan pengumpulan
lemak yang tinggi pada belakang mempunyai stres yang agak tinggi dalam kehidupan
mereka. Mereka gagal berdiet di sebabkan faktor ini. Rawatan yang sesuai sudah tentulah
penggunaan hormon bioidentikal yang membantu mengurangkan paras cortisol. Selepas
paras cortisol berkurangan akan berlaku perubahan berat badan menakjubkan. Begitu juga
bentuk tubuh di mana perubahan yang berlaku akan menjadi ketara.
2) Masalah lemak pada bahagian depan tubuh iaitu pada buah dada, ketiak, perut
termasuk lengan.
Lemak yang berkumpul pada bahagian ini adalah disebabkan oleh faktor hormon yang tidak
seimbang. Di dalam tubuh wanita terdapat hormon yang penting iaitu estrogen dan
progestron. Kehadiran kedua-dua hormon ini perlu seimbang. Apabila estrogen terlalu
banyak maka akan berlaku ketidak seimbangan. Estrogen cenderung untuk mengumpulkan
lemak pada perut, dada, lengan dan ketiak. Mereka yang mengalami masalah ini cepat letih
dan sukar memakai korset atau pakaian ketat kerana saiz badannya lebih besar apabila
waktu petang atau malam. Korset yang dipakai terasa seolah-olah semakin ketat di
sebabkan perkara ini. Sebenarnya tubuh mereka menyimpan air yang banyak. Semakin
lama air menjadi semakin banyak dalam sel menyebabkannya mengembang sehingga baju
yang yang dipakai terasa semakin ketat. Rawatan yang sesuai sudah tentulah rawatan yang
meningkatkan progestron dan mengurangkan estrogen bagi wanita. Bagi lelaki pula kita
akan meningkatkan hormon testosterone yang penting bagi lelaki dan mengurangkan
estrogen juga.
Pendekatan menangani obesiti haruslah dibuat menerusi pelbagai aspek kerana mengawal
makan sahaja bukanlah penyelesaiannya. Selepas rawatan barulah doktor akan
mengenalpasti makanan yang sesuai dengan komposisi tubuh seseorang. Ini membuatkan
seseorang lebih mudah menjaga dirinya bagi mengelakkan stimulasi hormon cortisol dan
estrogen. Perubahan gaya hidup juga penting iaitu dengan menjauhi ketegangan dan bijak
menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian.
KESIHATAN
ARKIB : 07/11/2010
Lemak di sana sini
ZURA berasa risau dengan keadaan
tubuhnya yang semakin gemuk. Baju-baju
yang dibeli pada tahun lepas semakin
sendat. Melihat baju-bajunya yang dibeli tiga
tahun lalu, Zura dapat merasakan
perbezaan yang ketara. Ternyata tubuhnya
semakin mengembang. Tahun demi tahun
'pengembangan' itu semakin ketara.
Tahun lepas dia menghabiskan RM10,000 di
sebuah pusat pelangsingan dengan harapan
dapat menyusutkan badan yang
mengembang. Penurunan berat badan yang
diperolehi hanya bersifat sementara sahaja.
Tahun ini berat badannya naik kembali
dengan cepat.
Tubuhnya mengumpul lemak di belakang,
lengan perut dan bahagian pinggang. Untuk
memakai korset juga amat sukar kerana
tubuhnya yang mengembang berasa amat tidak selesa dan ketat di sana-sini. Apabila
memakai tudung dia juga dapat merasakan wajahnya seolah-olah menjadi bengkak.
Sejak kebelakangan ada sesuatu yang menjadi kebimbangannya. Beliau berasa sukar
menelan. Makanan yang ditelan seolah-olah tersengkang di kerongkong. Apabila menelan
sebiji panadol dia merasakan seolah-olah panadol itu terlekat di tekaknya. Tekaknya juga
berasa loya dan mulut seolah-olah berbau biarpun telah berkumur lama.
Zura bertekad untuk melakukan senaman. Sewaktu di universiti dia amat gemar bersukan
namun kini setiap kali dia cuba melakukan senaman tubuhnya terasa amat berat. Aktiviti
senaman menjadi amat membosankan. Lama kelamaan dia menghentikan banyak aktiviti
yang digemarinya. Masalah sering bosan melanda dirinya. Dia juga berasa bosan untuk
berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan keluarga. Dia memaksa diri demi membahagiakan
keluarga. Zura juga kurang bertemu kawan-kawannya. Wanita yang cantik dan gemar
bergaya kini hilang dari pandangan. Yang tinggal ialah seorang wanita yang gemuk dan
murung. Wanita itu bagaikan kehabisan tenaga. Setiap hari dia tercari-cari bagaimanakah
cara untuk keluar dari kepompong itu. Apakah yang terjadi? Penyakit apakah ini? Setiap kali
bertemu doktor, laporan perubatan menunjukkan paras tekanan darahnya dan kandungan
gula dalam darah rendah.
STRES salah satu punca kegemukan
KESIHATAN
Masalah Zura sememangnya disebabkan paras metabolisme yang rendah. Banyak faktor
yang mencetuskan hal ini. Di dalam tubuh kita terdapat hormon dan enzim yang
menukarkan lemak kepada tenaga. Apabila hormon dan enzim merosot maka proses ini
terhalang. Sebab utama yang mengganggu kelenjar hormon adalah tekanan atau stres.
Bayangkan jika anda mahu membakar sampah setinggi gunung dengan hanya 10 batang
anak mancis. Selepas mancis pertama dinyalakan ia hanya mampu membakar sedikit
sahaja sampah itu. Apabila angin kencang atau hujan maka nyalaan itu padam dan anda
terpaksa menyalakan yang lain pula. Akhirnya setelah 10 mancis habis dinyalakan sampah
setinggi gunung belum dapat dihapuskan. Lori sampah datang dan menambahkan lagi
sampah yang sedia ada.
Begitulah tubuh kita. Apabila berdiet bahan pembakar lemak yang sedikit tidak mampu
menghilangkan lemak. Selepas sedikit penurunan berat badan, maka kadar metabolik
merosot kerana tidak cukup bahan bakar itu. Setelah penambahan hormon metabolik
barulah proses diet menjadi efektif.
Minggu lepas saya telah menghuraikan dua masalah metabolik yang utama mengikut
keadaan tubuh seseorang. Setiap rawatan adalah berbeza mengikut masalah yang
dihadapi. Minggu ini saya akan menghuraikan tiga lagi masalah metabolik yang
mengakibatkan kegemukan.
1) Pengumpulan lemak pada muka.
Masalah pengumpulan lemak pada muka dan belakang leher. Biasanya tangan dan kaki
adalah agak kecil. Perut mungkin membesar sedikit dan terdapat banyak kesan rekahan.
Rekahan ini di namakan striae. Sekali pandang ia kelihatan striae yang sering muncul pada
perut wanita hamil. Keadaan seperti ini dinamakan cushinoid. Ia mungkin terjadi kerana
faktor steroid yang tinggi dalam tubuh. Stimulasi adrenal sering membuatkan masalah ini
menjadi-jadi. Besar kemungkinan faktor mengamalkan ubat-ubatan menyebabkan stimulasi
pada kelenjar adrenal yang berlebihan. Banyak ubat pelangsing mencetuskan stimulasi
yang sebegini. Pada jangka panjang mereka yang mengamalkan ubat sebegini mengalami
masalah muka yang kelihatan bengkak.
2) Pengumpulan lemak pada perut dan pinggang sahaja
Bagi lelaki, masalah ini berlaku disebabkan sel-sel tidak sensitif kepada insulin. Tubuh jenis
ini berisiko mendapat kencing manis. Sel sel dalam tubuhnya tidak efektif terhadap insulin
menyebabkan insulin dikeluarkan dengan banyak. Kesan insulin yang banyak akan
membuatkan gula di dalam tubuh menjadi rendah dan tenaga menjadi lemah. Mereka juga
kerap berasa lapar. Oleh itu mereka akan kerap makan. Akibat kerap makan maka berat
semakin bertambah. Mereka juga kerap merasa berdebar-debar dan mungkin berdarah
rendah. Paras gula yang rendah membuatkan mereka lebih senang berehat sahaja.
KESIHATAN
Golongan ini lebih suka makan dan minum minuman yang banyak gula. Apabila mengambil
makanan manis mereka berasa sedikit segar dan sebentar kemudian lemah kembali
menyebabkan mereka kerap makan. Golongan ini mudah stres dan pergerakan juga agak
lambat.
3) Pengumpulan lemak pada punggung.
Masalah pengumpulan lemak pada punggung berlaku akibat kelebihan hormon gonadal. Ia
mungkin berlaku pada lelaki mahu pun wanita. Kelebihan hormon gonadal atau hormon seks
membawa kepada pengumpulan lemak ada kawasan ini. Mereka yang mengalami masalah
ini disarankan mengambil hormon bloker dan juga mengelak daripada mengambil makanan
seperti organ dalaman haiwan yang kaya dengan hormon seperti ini. Hormon yang
dimaksudkan ialah estrogen. Bagi lelaki adalah baik jika mereka meningkatkan paras
hormon testosteron dalam tubuhnya dan bagi wanita pula rawatan penggantian hormon
adalah sesuai
KESIHATAN
ARKIB : 14/11/2010
Estrogen punca lelaki gemuk
SAYA tidak menyangka bertemu dengan
sahabat lama, Zack. Semasa sama
menuntut di universiti dia merupakan
seorang pemuda yang kacak dan diminati
ramai. Saya terkejut melihat penampilan
Zack yang sungguh merosot. Tubuhnya
gemuk, berlemak dan perutnya buncit.
Wajah Zack juga kelihatan bengkak dan
bawah mata terdapat banyak lemak yang
menjadikan dia tampak lebih berusia.
Meskipun begitu Zack tatap seorang lelaki budiman dan berhemah tinggi. Menurut Zack dia
mengidap masalah kencing manis dan tahap kolesterolnya meningkat. Isteri Zack sempat
berbisik kepada saya bahawa suaminya sangat emosional dan tertekan dengan keadaan
dirinya sekarang. Pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan namun tidak berkesan.
Dia ingin tahu jika ada kaedah anti penuaan boleh membantu memulihkan keadaan
suaminya.
Pada usia yang baru mencapai 42 tahun Zack sepatutnya terus sihat menikmati kehidupan
yang penuh warna-warni. Sebaliknya dia kelihatan keletihan dan tidak bermaya. Saya
simpati kepadanya.
Beberapa dekad yang lalu jangka hayat seseorang manusia hanyalah setakat 45 tahun
sahaja. Pada tahun 1950-an, 45 merupakan usia emas. Mereka yang mencecah 45 tahun
dianggap terlalu tua. Oleh itu pada usia 50-an mereka disuruh bersara dan dianggap tidak
lagi produktif.Kemajuan kesihatan yang pesat membolehkan jangka hayat meningkat ke usia
6o-an. Pada tahun 1980-an dan terkini jangka hayat seseorang dijangka meningkat
sehingga 90 tahun pula.
Jelaslah kepada kita kemajuan sains perubatan bukan sahaja membawa peningkatan dalam
kualiti kesihatan malah ia turut meningkatkan jangka hayat. Maka usia 40-an bukanlah
dianggap sebagai usia emas lagi. Sebaliknya usia 40-an dianggap paling stabil bagi
seseorang kerana pada usia sebegini beliau sudah matang dalam mengendalikan
kehidupan dan mencapai tahap memberangsangkan dalam kerjaya.Malangnya apabila usia
mencecah angkat 40 kita dihadapkan dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Syarikat-syarikat insurans mula menawarkan pelbagai skim perlindungan dan kos
penjagaan kesihatan turut meningkat.
KESIHATAN
Mengapakah pada usia yang sebegini kita mula didatangi gejala pelbagai penyakit.
Masalah jantung, paru-paru, kolesterol, penyakit hati, kencing manis dan lain-lain lagi akan
turut menyerang. Begitu juga kanser dan masalah prostatik bagi lelaki selain masalah
dementia (hilang ingatan atau nyanyuk) dan atherosklerosis (penebalan arteri). Kualiti
kehidupan turut merosot dengan tubuh badan mengecut dan lemah serta tulang yang rapuh.
Apabila lemak berkumpul di sana-sini dan perut menjadi buncit maka pasti mengundang
rasa kecewa kepada lelaki.
Banyak kajian telah membuktikan bahawa prinsip mengurang berat badan dan mengawal
daripada berlakunya pertambahan berat badan bukannya hanya dengan berdiet semata-
mata. Ia perlu mengikut kaedah saintifik dan bukanlah secara paksaan sehingga mendera
tubuh badan anda.
Anda perlu menyayangi diri dan mendengar bisikan hati nurani anda. Jika anda memberi
tubuh anda apa yang ia perlukan ia akan selesa dan anda akan berasa gembira melalui hari
hari berdiet dengan penuh semangat dan dedikasi. Sebaliknya jika anda cuba memaksanya
menjadi kurus, anda akan dibelenggu perasaan kecewa dan keletihan semata-mata.
Untuk membakar lemak tubuh memerlukan bahan api iaitu hormon memecah lemak yang
cukup. Tubuh juga perlu mengurangkan penyimpanan lemak. Hormon yang
bertanggungjawab bagi penyimpanan lemak adalah hormon estrogen.
Apabila usia meningkat makan paras hormon turut merosot. Hormon yang penting bagi
lelaki ialah testosteron, DHEA dan juga hormon GH (growth hormone). Selain itu hormon
tiroid (T3 dan T4) juga penting kerana ia membolehkan aktiviti metabolisme menjadi lancar.
Tanpanya seseorang akan menjadi gemuk dan sukar kurus meskipun mengamalkan diet
yang ketat.
Estrogen merupakan hormon yang banyak dihasilkan oleh lemak kita. Tidak kira lelaki atau
wanita semuanya mempunyai hormon estrogen di dalam tubuh bagi aktiviti tubuh kita.
Sedikit hormon estrogen adalah penting tetapi apabila sel lemak meningkat ia turut
menghasilkan hormon yang tidak berkualiti (bad estrogen). Hormon jenis ini hanya akan
bersifat mengumpul lemak sahaja. Ini bermakna lemak yang sedia ada akan memanggil
lemak-lemak baru dan akhirnya kuantiti lemak menjadi banyak. Justeru hormon estrogen
terdapat dengan banyak dalam tubuh kita. Kekurangan hormon lain membuatkan estrogen
semakin banyak sehingga kita menjadi sukar untuk kurus semula.
Pengambilan anti-estrogen adalah penting bagi memastikan lemak dapat dilepaskan.
Setelah anti estrogen diberi barulah seorang lelaki dapat memecahkan lemak dengan
efektif. Setiap senaman yang dilakukan akan berkesan dan perut mula menjadi kempis.
Lelaki juga akan merasakan tenaganya meningkat, stamina bagi aktiviti berat menjadi lebih
baik. Begitu juga keperluan seks mereka akan lebih terpenuh disebabkan kestabilan dalam
KESIHATAN
emosi dan tenaga seksual yang bertambah. Apabila lemak berkurang maka pengeluaran
estrogen juga akan berkurangan daripada lemak-lemak itu. Pengurangan dalam kuantiti
estrogen memberi kesan yang baik kepada lelaki kerana ia membolehkan hormon lelaki iaitu
testosteron berfungsi. Kehadiran hormon estrogen yang banyak merosakkan hormon
testosteron.
Sebenarnya makanan berasaskan tumbuhan juga mengandungi hormon estrogen yang
banyak yang boleh menambahkan saiz perut seseorang. Adalah tidak benar jika seseorang
mahu cepat kurus maka dia harus makan sayuran sahaja. Diet yang berasakan sayuran
sahaja belum menjamin seorang itu boleh cepat kurus. Seorang teman yang mengamalkan
diet sayuran mengeluh tidak dapat mengecilkan saiz pinggang setelah sebulan berdiet
memakan sayuran. Estrogen yang tinggi di dalam sayur-sayuran itu membuatkan saiz
badannya tetap gempal. Setelah diberikan anti estrogen dan dikenal pasti hormon tambahan
yang diperlukan barulah dia dapat merubah bentuk badannya sebagaimana yang diinginkan.
Tidak dinafikan senaman dan gaya hidup sihat perlu diamalkan kerana ia mampu
menstimulasikan kelenjar hormon kita agar bekerja secara optimum. Apabila paras hormon
tinggi maka darah kita menjadi muda semula. Dengan cara ini kesihatan dapat diperolehi
dengan menyeluruh dan anda pasti kembali tampan dan kacak semula.
KESIHATAN
ARKIB : 21/11/2010
Pelbagai manfaat PRP
1) Rejuvenasi kulit
PRP digunakan bagi rejuvenasi kulit muka
dan badan. Sebulan selepas suntikan PRP
kulit akan lebih segar dan tampak lebih anjal
berbanding sebelumnya. Kaedah ini sesuai
bagi mereka yang berusia 40 tahun ke atas
kerana pada peringkat ini kulit mula
mengalami kesan penuaan. Hormon yang
berkurangan turut memburukkan keadaan
menyebabkan seseorang tampak tua dan
kaedah PRP mengembalikan semula
keremajaan kulit seseorang.
2) Mengurangkan parut
Bagi yang mempunyai parut terutamanya parut jerawat pada muka kaedah ini adalah baik
sekali. Kebiasaannya doktor akan menggabungkan rawatan PRP dengan kaedah laser yang
boleh membantu mendapatkan kesan maksimum. Pada mulanya wajah dibersihkan dan
dipancarkan dengan laser. Selepas itu PRP dimasukkan ke bawah kulit. Keseluruhan
prosedur akan mengambil masa 40 minit. Dalam tempoh tiga minggu barulah kita akan
dapat merasa perubahan yang ketara.
3) Menghilangkan pigmentasi
Pigmentasi adalah cabaran terbesar bagi doktor dan pakar kecantikan. Pigmentasi terhasil
disebabkan oleh gangguan pada sistem melanocyte kulit kita. Apabila melanocyte menjadi
aktif ia mengeluarkan banyak pigmen yang dinamakan melanin. Melanin yang banyak dan
berkelompok menyebabkan kulit tampak hitam dan kusam. PRP membantu menstabilkan
aktiviti melanocyte. Ia membuatkan masalah pigmentasi menjadi terkawal.
4) Garis dan lekuk pada wajah
PRP juga boleh bertindak sebagai natural filler yang berupaya mengisi ruang pada garis dan
lekuk di wajah kita. Untuk itu PRP akan diaktifkan dengan campuran kalsium sehingga
berubah bentuk menjadi filler semulajadi. Filler bererti bahan atau matrik kulit yang mengisi
wajah. Penuaan membuatkan garisan pada wajah menjadi ketara. Garis-garis ini akan
membuatkan wajah tampak murung. Garisan di antara kening misalnya menjadikan kita
tampak seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
PROSEDUR PRP juga digunakan untuk
merawat luka akibat diabetes.
KESIHATAN
4) Alopecia
Alopecia bermaksud kepala botak yang berkait rapat dengan factor usia dan juga hormon
pada badan. Seseorang yang mengalami alopecia sukar sembuh disebabkan hormon dan
faktor-faktor pertumbuhan yang kurang. Kehadiran PRP membuatkan rambut mula tumbuh
kembali.
5) Ulser diabetes
Apabila seseorang mengidap kencing manis atau diabetes, dia akan mudah mendapat luka
dan luka yang terjadi juga lambat sembuh. Ini kerana pada sel sel terdapat kurang faktor
rangsangan sel endotelium yang mustahak bagi merangsang penyembuhan luka. Oleh
kerana pesakit kencing manis mempunyai kadar gula yang tinggi di dalam tubuhnya maka
kuman juga mudah menyerang. Apabila terkena jangkitan kuman maka luka makin menjadi
teruk. Antibiotik sangat mustahak bagi membunuh kuman dan pembersihan setiap hari perlu
dibuat. Laser boleh digunakan untuk membunuh kuman di dalam luka. Apabila kuman sudah
mati luka tidak akan berbau lagi dan PRP boleh digunakan bagi merangsang penyembuhan.
Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan PRP boleh hubungi Marissa Esthetic, No. 26,
Jalan 4, Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor. Tel: 03-87234808, 013-2448484
atau layari www.marissa-esthetic.com.
KESIHATAN
ARKIB : 28/11/2010
Awas memilih kosmetik
NANI ingin mendapatkan kulit muka yang cerah.
Sahabatnya Siti menggunakan sejenis produk pencerah
dan mencadangkan kepada Nani agar turut mencuba.
Menurut Siti selepas menggunakan produk itu selama
tiga minggu hasil yang ketara akan terlihat.
Selepas mencuba selama beberapa minggu kulit Nani
menjadi gatal gatal dan kemerahan. Dia alah dengan
produk tersebut dan terpaksa berjumpa doktor bagi
rawatan alahan.
Namun Nani tidak putus asa. Setelah kulit mukanya
pulih semula dia mencuba pula produk yang lain. kali ini
kulitnya cerah dan tidak ada sebarang masalah.
Oleh itu Nani terus menggunakan produk itu selama
setahun. Selepas setahun Nani bertukar pula ke produk
baru yang disyorkan oleh temannya. Nani terpengaruh
lantaran melihat kulit temannya yang halus dan licin.
Namun selepas dua bulan Nani mendapati kulitnya
kusam. Dia juga melihat kesan pigmentasi mula terjadi dan membuatkan hatinya risau.
Nani berjumpa saya kerana dia telah membaca berkenaan produk kecantikan yang beracun
bakal mencetus masalah kanser dan pigmentasi kulit jika di gunakan terlalu lama. Dia
meminta saya memberi nasihat berkenaan pemilihan produk kecantikan yang sesuai pada
kulit. Beliau juga ingin tahu apakah yang dilakukan oleh produk tersebut kepada kulit kita.
Saya mendapati ramai daripada kita mengalami pigmentasi akibat penggunaan bahan
kosmetik yang tidak terkawal. Untuk membaik pulih kes seperti ini adalah rumit. Ini kerana ia
memerlukan rawatan bersiri termasuklah suntikan vitamin dan transeminic ke dalam kulit
bagi mengurangkan angiogenesis pada sel sel melanocyte itu.
Bahan-bahan pencerah boleh didapati daripada alam semulajadi dan juga menerusi proses
sintetik.
Berikut dihuraikan serba sedikit mengenai bahan pencerah dalam kosmetik.
Arbutin
Sejenis hidroquinone yang sudah mengalami proses glycosylated. Ini bermakna struktur
kimianya adalah sama seperti hydroquinone namun mempunyai molekul glukosa yang
melekat padanya. Arbutin terdapat secara semulajadi di dalam buah-buahan seperti
PENGGUNAAN alat pencerah
yang menggunakan bahan kimia
berlebihan boleh merosakkan kulit.
KESIHATAN
kranberi, pear, bluberi dan buah-buahan jenis beri yang lain. Arbutin menghalang tindakan
tyrosinase (sejenis enzim yang menggalakkan pembentukan melanin iaitu pigmen pada
kulit). Apabila arbutin disapukan kepada kulit ia meresap jauh ke dalam dan menentang
pembentukan melanin. Hasilnya kulit menjadi cerah perlahan-lahan.
Asid kojik
Bahan semulajadi yang terhasil daripada sejenis kulat. Ia sering digunakan dalam proses
membuat tapai di Jepun. Ia terbentuk dari aspergillus oryzae iaitu spesies kulat yang sering
digunakan dalam proses pembuatan sake di negara Matahari Terbit. Pada awalnya kojik
digunakan sebagai pengawet bagi bahan makanan dan kosmetik. Penggunaan kojik
menyebabkan warna makanan dan kosmetik kekal cantik dan tidak kusam. Kajian saintifik
menunjukkan kojik sesuai untuk kulit manusia dan pigmentasi seperti melasma dan bintik-
bintik hitam. Oleh kerana sifatnya yang berasid, anda mungkin berasa gatal sedikit di
peringkat awal penggunaannya. Ia bertindak menghalang pembentukan melanin melalui
proses oksidasi.
Hidroquinon
Hidroquinne merupakan agen penting dalam menangani pigmentasi. Ia mampu menyerang
sel-sel melanocyte dan merosakkan DNA dan RNA pada sel tersebut. Ini menjadikan sel-sel
itu rosak dan tidak mampu menghasilkan pigmen. Namun begitu sifat hydroquinione yang
toksik tidak terhad pada sel melanocyte sahaja. Sekiranya digunakan dalam kuantiti
berlebihan ia turut merosakkan sel-sel lain juga. Oleh itu penggunaannya haruslah terhad
kepada empat bulan dan mengikut nasihat doktor sahaja. Selepas empat bulan anda harus
merehatkan kulit beberapa bulan sebelum menggunakannya semula. Penggunaan
hydroquinone membuatkan kulit kita menjadi berubah dari segi sifat semulajadinya. Sel-sel
seolah olah menjadi mutant dan berubah dari segi komposisi semulajadinya. Ini
mewujudkan keadaan bergantung kepada hydroquinone. Tanpa hydroquinone kulit gelap
semula.
Asid azelaic
Bahan semulajadi di dalam pyhtosporum ovale yang merupakan sejenis yis atau kulat.
Fungsi asid azelaic adalah bagi membunuh melanocytes melalui sifatnya yang menghalang
thioredoxin reductase sejenis enzim dalam mitokondria sel melanocytes.
Azelaic asid turut berguna dalam rawatan jerawat, lentigines, rosacea dan pigmentasi yang
disebabkan keradangan.
KESIHATAN
Retinoids
Retinoids seperti trenitoin dan adapalene adalah derivatif kepada vitamin A. Ia turut
menghalang aktiviti tyrosinase menyebabkan pigmentasi tidak terjadi.
Niacinamide
Vitamin B3 yang aktif dan menghalang proses warna terjadi pada sel kulit.
Protein soya
Mengandungi enzyme serine protease yang menghalang pembentukan melanin. Namun
kesannya agak lambat. Dengan menyapu sebanyak dua kali sehari ke muka kesan
pencerahan dapat dilihat selepas 12 minggu.
Pengelupasan dengan asid buah buahan atau asid lembut
Fungsinya ialah meningkatkan proses pembentukan epidermis baru dan membuang melanin
yang lama. Jenis asid yang sering digunakan adalah alfa hydroxyl asid, glycolic asid,
trichloroacetik asid.
Aleosin
Sejenis molekul glycoprotein yang terdapat di dalam tumbuhan aloevera. Ia menghalang
tyrosinase tanpa menunjukkan sebarang sifat toksik seperti hydroquinone.
Asid tranexamic
Menghalang cahaya UV daripada merosakkan kulit. Ia juga menghalang daripada
pembentukan melanosit.
KESIHATAN
ARKIB : 05/12/2010
Hormon untuk cantik dan sihat
Sejak akhir akhir ini saya rasa tak sedap badan. Dada asyik berdebar-debar dan mudah
benar naik angin. Kadang-kadang perkara yang berlaku bukanlah besar sangat namun saya
sangat cepat terasa. Kalau anak-anak tinggi suara sikit mulalah saya rasa kecil hati. Dengan
cucu pun begitu. Padahal mereka budak budak lagi, bukan tahu apa apa namun saya
mudah benar tersinggung.
''Mungkin sejak saya pencen saya jadi begitu. Masa bekerja dulu sentiasa sibuk, bila pencen
duduk rumah banyak masa senggang, mungkin itu yang mempengaruhi emosi saya,'' keluh
Puan Zai. Wanita berusia akhir 50-an itu masih aktif dan bergaya.
''Puan Zai rasa tak sedap badan?" Saya bertanya. ''Memang doktor, saya rasa panas dan
berpeluh sampai melekit. Tapi bahang panas datang tak tentu masa. Kejap datang dan
dalam beberapa jam ia hilang. Tak tentu rasa di buatnya. Kaki pula berasa lenguh dan
tulang macam sengal-sengal,'' jelas Puan Zai. Saya seterusnya bertanya beliau tentang
aktiviti sehariannya. Menurut Puan Zai, pergerakannya menjadi lambat. Beliau memikirkan
masalah tersebut hanya disebabkan usia yang semakin meningkat.
''Ada sebab lain ke doktor? Lagi satu saya cepat rasa sepi. Kadang kala saya menitis air
mata apabila hati terasa duka dan terluka. Bila saya fikirkan tiada sebab-sebab yang
sepatutnya namun hati saya mudah tersentuh. Hati rasa sepi dan sunyi. Semasa bekerja
dulu saya seorang yang periang. Adakah ini faktor psikologi dan harus dilalui oleh semua
wanita dalam peringkat umur sebegini?'' tanya beliau lagi.
Puan Zai juga menyatakan kebimbangan mengenai masalah sukar tidur dan berat badan
yang semakin meningkat. Katanya, beliau sering bersenam dan menjaga pemakanan
namun lemak yang berkumpul semakin banyak serta sukar menurunkan berat badan.
''Saya takut menjadi gemuk dan obes. Setiap kali memandang cermin, saya seolah-olah
kehilangan diri sendiri. Perubahan menjadi ketara pada wajah. Saya tampak hodoh dan
wajah menjadi lebar. Satu waktu dahulu saya gemar bergaya dan berhias namun kini dunia
saya sudah hilang.
''Apakah ini satu takdir saya menjadi tua, gemuk dan tidak menarik lagi?'' keluh Puan Zai.
Bagi saya apa yang di suarakan oleh Puan Zai adalah sesuatu yang jujur dan ikhlas dari
hatinya.
Semua orang takut untuk menjadi tua. Bila usia meningkat banyak perkara yang mula
bermain di minda kita. Apabila memandang cermin dan terlihat garis garis halus pada wajah
kebanyakan wanita akan mula diburu kebimbangan. Lalu pelbagai cara dilakukan bagi
mengurangkan kesan penuaan tersebut.Ramai yang berkunjung ke pusat kecantikan bagi
KESIHATAN
menghilangkan pigmentasi, kedutan dan mengembalikan ketegangan wajah. Namun sebab
sebenar yang mencetus masalah ini ialah kekurangan hormon di dalam badan. Ramai
wanita menganggap simptom menopaus sebagai faktor psikologi semata-mata. Ternyata ia
tidak benar. Sebaliknya ia merupakan faktor fisiologi yang melanda tubuh kita. Gangguan
emosi dan perubahan fizikal boleh dirawat dengan ujian paras hormon
dan menambahkan semula hormon yang tiada. Menopaus bagaikan nyanyian sepi dalam
hati wanita. Apabila era menopaus muncul dalam diri seseorang perasaan akan mudah
terganggu dan hati menjadi mudah terasa. Kenapakah ini berlaku?
Kitaran tubuh amat dipengaruhi oleh hormon yang merangsang minda, jiwa dan tenaga kita.
Apabila seorang wanita didatangi haid buat pertama kalinya kitaran hormon dalam tubuhnya
mula berfungsi dan berkembang. Pada waktu ini seorang gadis akan berkembang menjadi
wanita yang sempurna. Tenaga serta kecantikannya meningkat apabila di puncak
perkembangannya. Apabila paras hormon merosot seorang wanita akan mula kehilangan
kecantikan dan tenaganya. Inilah yang dikatakan era pra menopaus dan post
menopaus.Pada usia 25 tahun hormon di dalam tubuh kita mula berkurangan dan akan
terus berkurangan sehinggalah usia seseorang itu mencapai 35 tahun. Selepas usia
tersebut kadar pengurangan hormon akan menjadi lebih ketara lagi. Kemerosotan hormon
dalam tubuh menyebabkan kita mengalami pelbagai tekanan dari segi emosi dan juga
fizikal. Hormon sering dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Apabila haid tidak menentu
hormon dipersalahkan. Ini menyebabkan berlaku salah faham dan tanggapan negatif
mengenai hormon dan tugasnya di dalam tubuh kita.
Di sini saya ingin menjelaskan bahawa gangguan yang dimaksudkan bermakna tidak cukup
hormon di dalam badan dan bukan kerana hormon merbahayakan tubuh badan kita.
Sebenarnya hormon merupakan entiti yang sangat penting dan memainkan peranan
mustahak bagi kehidupan kita. Tanpa hormon segala proses metabolik akan terganggu.
Hormon tyroxine misalnya meningkatkan metabolisme tubuh. Seseorang yang kurang
thyroxine akan mengalami masalah berat badan meskipun makan sedikit. Individu yang
kurang hormon ini juga mempunyai kulit kasar, rambut gugur serta kekurangan tenaga
menyebabkan selalu keletihan.Hormon insulin pula terlibat dalam metabolisme gula dan
juga membolehkan gula digunakan di dalam sel sebagai tenaga. Tanpa insulin sel tidak
dapat menggunakan tenaga. Ini menyebabkan seseorang yang kurang insulin kelihatan lesu
dan tidak bermaya. Insulin merupakan sejenis hormon dan masalah kencing manis sebenar
nya merupakan gangguan hormon di dalam tubuh kita.
Melatonin merupakan hormon yang penting bagi membolehkan kita tidur lena. Gangguan
hormon melatonin membuatkan seseorang tidak lena tidur dan mendapat insomnia. Hormon
ini penting bagi mengelakkan penyakit nyanyuk atau pelupa.
KESIHATAN
Estrogen dan Progesteron pula merupakan hormon seks yang mustahak bagi kesejahteraan
wanita.
Saya menasihatkan wanita 40 tahun ke atas memandang serius tahap hormon di dalam
tubuh yang semakin berkurangan. Hormon bukan saja berkait rapat dengan kitaran haid dan
menopaus wanita. Ia amat penting kerana ia mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan dan
kecantikan kita.Penggunaan hormon dengan nasihat doktor yang berpengalaman dalam
bidang ini akan merubah hidup anda. Bukan sahaja kesihatan menjadi lebih baik, anda juga
kelihatan lebih cantik dan muda semula. Pengetahuan sains perubatan yang tinggi
membolehkan kita menikmati hidup lebih berkualiti di usia tua dengan terapi peningkatan
hormon di dalam badan. Justeru persepsi kita terhadap hormon harus berubah ke arah yang
lebih positif.
Hormon harus diberi perhatian yang sewajarnya dan perkongsian ilmu sebegini adalah
mustahak bagi kita sama-sama melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan sejahtera.
KESIHATAN
ARKIB : 12/12/2010
Hormon cantikkan kulit
Yasmin mudah terkena jerawat dan noda-noda putih. Jerawat sering sahaja tumbuh pada
pipi atau dahinya. Bahagian lain pada muka jarang dihinggapi jerawat. Bila Yasmin menyapu
ubat, jerawat itu hilang dan meninggalkan kesan parut yang berwarna kehitaman. Ada
kalanya jerawat yang tumbuh kelihatan seperti ruam kecil pada dahi. Jerawat juga tumbuh
pada bahagian belakang badan. Kehadiran jerawat tidak pernah putus. Meskipun sembuh
apabila dirawat namun ia akan tumbuh semula. Yasmin yang inginkan kulit licin tanpa cela
mencuba pelbagai cara bagi menutupi kekurangan itu. Setiap bulan Yasmin akan ke salon
bagi rawatan muka. Selepas rawatan kulit tampak cantik dan berseri namun selepas
beberapa hari kulit menjadi kusam semula. Bintik putih dan hitam terlalu banyak sehingga
menimbulkan rasa kurang selesa. Apabila bermekap, amat sukar sekali bagi meratakan
bedak. Ini adalah kerana bintik hitam dan putih yang banyak menyukarkan bedak asas
disapu rata. Lagi pun apabila dia memakai bedak asas jerawat tumbuh semakin banyak.
Bintik-bintik putih juga semakin bertambah sehinggakan Yasmin terpaksa berhenti
menggunakan bedak asas.
Yasmin melihat sahabat baiknya Julia berkulit mulus dan bersih meskipun setiap hari Julia
menggunakan bedak asas dan bersolek tebal. Kulit Julia seolah-olah kebal dan tidak
bermasalah meskipun kerap bertukar produk kosmetik dan menggunakan pelbagai jenis
bedak dan krim. Yasmin ingin tahu mengapa beliau sukar mendapat kulit yang licin dan
cantik meskipun mencuba pelbagai cara.Saya memberitahu Yasmin terdapat perbezaan
antara kulit Yasmin dan kulit Julia kerana kulit Julia mempunyai jumlah hormon yang cukup.
Yasmin hairan kerana dia tidak tahu bahawa hormon turut mempengaruhi kulit.
Bagi ramai orang kefahaman mengenai hormon sangat terhad. Mereka melihat kepentingan
hormon dalam suatu perspektif yang sempit. Sebenarnya kepentingan hormon untuk
meningkatkan kecantikan kulit juga sangat penting. Ada hormon yang bertindak secara
langsung ke atas kulit kita. Tanpanya kulit ditumbuhi ruam dan berjerawat.Masalah
kekurangan hormon bukan sahaja berlaku kepada mereka yang berusia, malahan di
kalangan para remaja juga tidak dapat mengelakkan daripada masalah ini. Saya dapati
masalah kekurangan hormon begitu ketara di kalangan para remaja sama seperti peringkat
usia yang lain. Justeru mereka sukar mendapatkan kulit yang baik. Hormon yang kurang
membuatkan kulit mereka dilanda pelbagai masalah.
Jenis hormon yang mempengaruhi kulit.
Hormon adrenal sangat mustahak bagi kecantikan kulit seseorang. Hormon ini dikeluarkan
oleh kelenjar adrenal kita yang terletak pada buah pinggang. Kelenjar adrenal adalah
kelenjar kecil yang terdiri daripada dua bahagian iaitu kortex dan medulla. Kedua-dua
bahagian menghasilkan hormon yang berbeza. Kortisol iaitu hormon dari adrenal
merupakan elemen penting dalam kecantikan. Ia juga mustahak bagi pembentukan badan
yang cantik dan seimbang. Seseorang yang kurang hormon kortisol akan mempunyai
KESIHATAN
masalah jerawat, pigmentasi, resdung, gatal-gatal dan juga noda putih yang sukar dirawat
meskipun dengan pelbagai kaedah rawatan muka.
Rawatan yang hanya memfokuskan pada kulit sahaja tanpa mengambil kira hormon dalam
tubuh kita tidak mungkin memberikan hasil yang kekal pada jangkamasa panjang. Ini kerana
sekiranya kelenjar hormon yang tidak dirawat sudah menghasilkan hormon pada tahap
rendah, masalah yang dihadapi akan berulang. Jadi demi mendapatkan hasil yang terbaik
kita perlu meningkatkan paras kortisol juga.
Saya dapati rawatan laser dan peningkatan kualiti kulit perlulah disekalikan dengan rawatan
peningkatan hormon dalam tubuh.
Bintik-bintik putih adalah radang pada kulit. Ia terjadi apabila kelenjar sebum menghasilkan
terlalu banyak sebum. Kekurangan hormon kortisol menyebabkan kulit menjadi terlalu
sensitif. Proses keradangan membuatkan kulit rasa gatal dan tidak selesa. Bintik-bintik putih
pada hidung dan dahi membuatkan pori-pori kulit kita terbuka dan kulit tampak kasar. Bila
dipicit bintik-bintik keluar sebagaimana nanah, berbau dan membuatkan pengidapnya tidak
selesa.
Bagi memperolehi kulit mulus, kita juga harus menitikberatkan faktor mencukupkan hormon
dalam badan. Setelah hormon ditingkatkan, bintik-bintik putih tidak lagi terjadi dan
keradangan pula mula hilang. Kulit juga tidak berbau busuk lagi. Masalah kekurangan
kortisol boleh berlaku kepada seseorang yang gemuk atau kurus. Jelas di sini faktor berat
badan atau saiz badan tidak memainkan peranan dalam menentukan kualiti kulit seseorang.
Seseorang yang terlalu kurus apabila kortisol ditambah akan berubah menjadi lebih berisi
dan mendapat bentuk badan yang lebih menarik. Seseorang yang terlalu gemuk pula
apabila kortisol ditambah akan mula mendapat penurunan berat badan yang seimbang dan
berubah menjadi lebih cantik. Jelaslah bagi kita bahawa kepentingan hormon kortisol tidak
boleh dipertikaikan lagi.
Tanda tanda kekurangan kortisol.
1. Mudah alah dan mendapat gatal-gatal kulit apabila makan makanan tertentu atau
menggunakan produk tertentu (mudah mendapat alahan)
2. Jerawat dan radang kulit
3. Bintik-bintik putih yang banyak
4. Tampak lebih tua daripada usia sebenar
KESIHATAN
5. Kulit tampak gelap
6. Terlalu gelap pada ketiak dan celah-celah lipatan badan seperti leher dan bawah buah
dada
7. Gelap di belakang lulut
8. Parut-parut lama berwarna kehitaman
9. Terlalu gemuk dan sukar untuk kurus meskipun berdiet
10. Terlalu kurus dan sukar meningkatkan berat badan meskipun makan banyak.
Di dalam tubuh kita terdapat pelbagai hormon yang saling berinteraksi. Apabila kortisol
kurang maka hormon lain akan turut merosot. Hormon thyroxine misalnya amat sensitif
dengan kehadiran hormon adrenal. Apabila hormon adrenal rendah ia turut menjadi rendah
juga. Ini membuatkan seseorang menjadi gemuk dan sukar menurunkan berat badan.
Proses metabolisme menjadi rendah dan seseorang akan mudah letih.
Setelah menjalani terapi penambahan hormone Yasmin mula berubah. Bintik-bintik putih
yang mengganggu telah tiada dan Yasmin bebas menggunakan mekap tebal serta bedak
asas tanpa sebarang masalah.
KESIHATAN
ARKIB : 19/12/2010
Pulih hormon untuk kurus
NORIAH dan Razana merupakan dua sahabat karib bersaiz XXL. Kedua-duanya
mempunyai berat badan mencecah 100 kilogram. Meski pun begitu mereka sangat ceria
dan disukai ramai. Kedua-dua sahabat mempunyai hobi dan kegemaran yang sama. Oleh
itu mereka serasi. Sebagaimana pengidap obesiti yang lain wajah mereka bulat dan montel
kelihatan serupa seperti adik beradik.
Pengidap obesiti tampak serupa kerana mereka mengalami masalah pengecilan tulang
pada rahang dan soket mata. Oleh itu mata tampak kecil dan muka tampak berisi. Apabila
mereka kurus bentuk tulang muka kembali normal dan mereka akan kelihatan jauh lebih
jelita.
Noriah dan Razana sepakat untuk menguruskan badan. Mereka menjalani program berdiet
dan bersenam. Hasilnya mereka berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram
dalam tempoh tiga bulan. Selepas itu berat badan mereka tidak berganjak meskipun mereka
mengamalkan diet yang ketat dan bersenam di waktu petang. Oleh kerana kecewa dengan
perubahan yang sedikit mereka mengunjungi pusat pelangsingan dan membayar kos
sebanyak RM5,000 setiap seorang. Setelah beberapa sesi Razana menunjukkan penurunan
yang sangat baik namun Noriah pula sebaliknya. Noriah kecewa kerana tidak mendapat
hasil sebagaimana Rozana.
Setelah selesai tempoh rawatan Rozana berubah menjadi seorang gadis ayu yang
berbadan cantik. Berat badannya turun kepada 69 kg. Wajahnya juga tampak lebih manis
dan jelita disebabkan perubahan pada struktur wajah manakala Noriah gagal melaksanakan
impiannya. Noriah berasa tertekan dan kecewa dengan keadaan itu. Rakan-rakan mereka
memuji Razana yang semakin hari semakin langsing dan cantik. Noriah akhirnya
menyalahkan dirinya sendiri. Dia menganggap tubuhnya gemuk kerana tidak mengikuti diet
yang ketat sebagaimana Razana. Dia juga merasakan dirinya ditakdirkan menjadi gemuk
dan tidak cantik. Beliau tertanya-tanya di dalam hati di manakah silapnya sehingga menjadi
punca kegagalan. Bolehkah Noriah juga menjadi cantik dan langsing seperti Razana?
Sebenarnya Noriah dan Razana mengikuti program yang serupa. Pemakanan mereka juga
hampir serupa. Faktor yang menyebabkan Razana berjaya ialah Razana mempunyai enzim
dan hormon pembakar lemak yang tinggi dalam tubuhnya. Bagi Noriah pula, jentera
pembakar lemaknya rosak dan belum pulih sepenuhnya sebab itu beliau gagal menurunkan
berat badan. Razana sebenarnya bernasib baik kerana dapat memulihkan jentera penting
iaitu kelenjar hormon tiroid yang menjadi penentu kejayaannya. Kejayaan Razana tidak ada
kena mengena dengan program atau jenis senaman kerana kedua-dua sahabat ini
mengamalkan amalan yang serupa untuk kurus.
Hormon yang penting bagi membakar lemak adalah hormon tiroid. Kelenjar tiroid berada di
leher. Ia merupakan sebuah kelenjar kecil berbentuk rama-rama. Tanpa kelenjar ini manusia
KESIHATAN
tidak dapat menjalani kehidupan dengan sihat. Hormon tiroid begitu penting bagi fungsi
tubuh badan kita. Sesetengah makanan boleh merosakkan hormon tiroid antaranya
pewarna makanan, ubat-ubatan, pengawet makanan dan makanan yang diproses. Sinar X
juga merosakkan hormon kita.
Kerosakan hormon tiroid boleh dibaiki namun kadar pembaik pulihnya berbeza daripada
seseorang dengan seseorang yang lain. Bagi mereka yang bernasib baik, apabila membuat
perubahan dalam jadual pemakanan, mengamalkan senaman dan menjalani terapi berlaku
baik pulih pada hormon tiroid mereka.
Mereka akan mendapat kesihatan yang lebih baik. Tubuh mereka akan mula membakar
lemak dan berjaya menjadi kurus serta cantik. Mereka juga akan berjaya mengekalkan berat
badan yang ideal kerana hormon tiroid yang tinggi menghalang lemak daripada berkumpul.
Kekurangan hormon tiroid menyebabkan cecair berupa lendir berkumpul di bawah kulit
menjadikan kulit kelihatan merening dan tidak cerah.
Tubuh juga berbau kerana kesan inflamasi atau radang pada kulit. Kulit mereka biasanya
tampak kusam dan seri wajah hilang.
Dalam senario Noriah beliau tidak dapat menurunkan berat badan disebabkan hormon
tiroidnya yang rendah. Hormon yang rosak tidak dapat sembuh membuatkan beliau tidak
dapat menjadi kurus. Untuk membaiki keadaan itu beliau memerlukan rawatan yang
spesifik. Saiz kelenjar hormon berbeza-beza dalam tubuh kita. Jika kita tengok saiz hidung,
mulut, tangan dan bibir manusia semuanya berbeza. Begitu jugalah dengan kelenjar di
dalam badan. Saiz dan bentuknya berbeza dan itulah yang menjadi penentu terhadap kadar
keaktifannya.
Bagi saya mereka yang obes dan berjaya menurunkan berat badan dengan sedikit usaha
berdiet dan bersenam merupakan golongan yang bernasib baik kerana mereka memiliki
kelenjar hormon yang dapat dipulihkan dengan cepat. Bagaimana pula dengan kebanyakan
yang tidak berjaya. Dalam pertandingan The Biggest Looser kita menyaksikan peserta
disajikan makanan yang sama dan senaman yang sama namun kadar penurunan tetap tidak
sama.
Pemeriksaan tahap hormon di dalam badan adalah penting bagi mereka yang sukar
menurunkan berat badan. Pemeriksaan darah amat penting bagi melihat jumlah hormon.
Hormon tiroid perlu berada pada tahap yang tertinggi (7 -8) bagi membolehkan lemak
dibakar dengan berkesan. Di Marissa Estetik saya memberikan rawatan enzim yang akan
mempercepatkan lagi proses metabolik berlangsung. Peningkatan kadar metabolik
memberikan hasil yang menakjubkan pada tubuh badan kita. Seseorang akan mengalami
penurunan berat badan, tenaga yang lebih baik dan mereka juga kembali tenang dan
gembira.
KESIHATAN
Saya bertemu Noriah yang sudah pun menurunkan sepuluh kilogram setelah sebulan
menjalani rawatan di klinik saya. Kini Noriah faham bahawa masalah yang dihadapinya
berkaitan dengan metabolik yang disebabkan oleh kekurangan hormon dan enzim di dalam
badan. Dia juga lebih cantik dan tampak berbeza sekali kerana pulih daripada masalah
obesiti.
KESIHATAN
ARKIB : 26/12/2010
Langsing apabila metabolik lancar
Saya bertemu Nina tiga bulan lalu. Pada masa itu berat badan beliau adalah 82 kilogram.
Sebagaimana orang orang gemuk yang lain, Nina berwajah sembap dan berpipi montok.
Bila tersenyum matanya seolah-olah tertutup oleh pipi yang terlalu montok itu. Nina juga
mempunyai garis hitam di bawah mata. Kulit Nina juga meskipun tiada jerawat dipenuhi
pigmentasi yang tebal di sana sini. Ketiaknya kehitaman. Kulit di lipatan siku dan paha juga
kehitaman. Nina mengadu lehernya turut menjadi hitam. Kulit pada perut dan badan juga
menjadi semakin gelap. Bentuk tubuh Nina besar dari atas ke bawah. Lengannya melendut
dan berlemak.
Nina sentiasa memakai jubah yang besar. Dia juga terpaksa berhati-hati memilih tudung
demi menutup bentuk wajahnya yang terlalu bulat itu.
Menurut Nina masalah berat badan yang dihadapi bermula selepas habis sekolah rendah.
Semasa di universiti berat meningkat dengan banyak sekali. Meskipun Nina tidak makan
banyak namun berat badannya tidak pernah menurun. Bila berdiet berat badan menurun
sedikit namun kemudiannya naik dengan banyak sekali. Hal itu membuatkan Nina serik dan
putus asa untuk mengamalkan sebarang diet. Nina sering berasa lemah dan kerap demam.
Oleh itu dia jarang mahu keluar ke mana-mana. Sekiranya dia membuat aktiviti yang
berlebihan dia akan menjadi lemah seakan-akan demam. Nina juga takut mahu tidur lewat
kerana dia akan demam keesokan harinya. Apabila demam dia tidak mampu pergi kerja.
Justeru Nina dianggap sebagai seorang yang lemah, tidak aktif dan pemalas oleh kawan-
kawannya.
Rokiah pula seorang suri rumah. Selepas kelahiran cahaya mata pertama beratnya naik
mendadak dan tidak mampu turun lagi. Wajahnya bulat dan lemak menggeleber di bawah
dagu. Bahagian belakang tubuhnya juga berlemak dan lengannya menjadi terlalu besar. Coli
menjadi ketat dan tubuh mula melebar. Kesemua baju baju lama tidak dapat dipakai lagi.
Yang merisaukan Rokiah tubuhnya semakin membesar tahun demi tahun. Saiz bajunya
terpaksa diubah saban tahun. Sejak akhir-akhir ini beliau merasa terlalu letih. Jirannya Siti
mengajak Rokiah berjoging bagi menguruskan badan namun Rokiah merasa terlalu letih
untuk mengikutinya. Setiap langkah terasa berat dan sukar sehingga akhirnya Rokiah
membuat keputusan untuk berhenti bersenam. Anehnya apabila berehat dia tidak berasa
hilang keletihan itu. Akibat nya Rokiah gemar berbaring selepas membuat kerja-kerja rumah.
Segala kerja yang memerlukan tenaga sukar dilakukan oleh Rokiah. Beliau terasa mudah
bosan dan tertekan. Suaminya berasa hairan melihat isteri yang sering ceria menjadi
murung. Dia cuba membawa Rokiah berjalan-jalan namun isterinya masih lagi tidak
berubah. Apabila bertemu saya Rokiah memberitahu dia berasa sukar mengendalikan
suasana di sekelilingnya. Satu perkara yang diminatinya hanyalah mengadap facebook dan
mendengar radio. Dia bencikan suasanan yang menyebabkan dia perlu berinteraksi dengan
orang lain. Dia lebih senang berdiam diri dan menjadi pemerhati sahaja.
KESIHATAN
Dalam rawatan obesiti, simptom-simptom sebegini adalah fenomena yang melanda
golongan yang mempunyai kadar metabolik rendah.
Mereka yang bermetabolik rendah bukan sahaja gemuk malah berubah wajah menjadi tidak
cantik disebabkan oleh kehadiran air yang banyak di bawah kulit. Air merupakan sejenis
bahan berlendir dan berlemak juga. Ia hadir di bawah kulit membuatkan kulit tampak
sembap dan tidak bercahaya. Wajah tampak kasar dan lebar membuatkan mereka hilang
kecantikan yang dimiliki. Oleh kerana simpanan air yang banyak mereka kurang minum air.
Mereka juga tidak selesa dalam cuaca panas dan tidak tahan cuaca terlalu sejuk. Tubuh
mereka sukar mengadaptasi perubahan cuaca. Cuaca sejuk atau panas membuat hati
berasa gelisah dan tertekan.
Wajah seseorang yang obes hampir sama bentuknya. Ini disebabkan faktor hormon yang
mengumpulkan lelemak pada pipi dan leher. Hal ini membuatkan mereka kehilangan bentuk
wajah asal dan kelihatan hampir serupa kesemuanya. Apabila kurus semula barulah mereka
mendapat kembali kecantikan wajah yang hilang akibat lemak itu.
Rawatan meningkatkan metabolisme memerlukan komitmen yang tinggi. Di Marisaa Estetik
kunci utama kejayaan dalam menurunkan berat badan pelanggan adalah kefahaman yang
jelas mengenai proses metabolik. Apabila pelanggan mendapat kefahaman yang jelas dia
akan berusaha mengubah corak kehidupan sebagaimana yang disarankan oleh kami.
Langkah pertama adalah mengubah persepsi dan kefahaman terhadap pemakanan. Apabila
pelanggan faham maka mereka tidak membenci makanan sebaliknya hati mereka menjadi
tenang kerana masalah sebenar bukanlah disebabkan pemakanan. Masalah sebenar
adalah mereka tidak mempunyai hormon dan enzim yang mencukupi bagi menukarkan
makanan kepada tenaga. Kerana itulah mereka merasa keletihan dan tubuh menjadi lemah.
Apabila seseorang makan, makanan itu akan ditukarkan kepada tenaga pada empat
bahagian tubuh kita iaitu otot, otak, hati dan sel lemak. Apabila makanan tiba pada sel otot
ia bertukar kepada tenaga yang membolehkan pergerakan dan aktiviti fizikal tubuh kita.
Apabila tiba ke otak pula ia bertukar kepada tenaga menghasilkan neurotransmitter bagi
otak kita. Begitu juga apabila ia tiba pada hati. Pelbagai proses penghasilan protein berlaku
pada hati. Hati dianggap sebagai kilang menghasilkan protein yang diperlukan oleh tubuh
kita. Makanan juga akan tiba ke lemak tubuh dan bergabung membentuk simpanan lemak
yang digunakan kembali semasa tubuh kita memerlukannya. Masalah obesiti terjadi kerana
proses penggunaan tenaga terganggu. Sebaliknya semua makanan yang dimakan hanya
menjadi lemak dalam tubuh sahaja.
Dengan terapi enzim dan hormon proses metabolik akan berjalan lancar semula. Dengan itu
golongan yang bermasalah akan dapat menurunkan berat badan dengan mudah.