Kesihatan dan Nutrisi

12
Kesihatan dan Nutrisi Date: Sunday, August 07 @ 01:32:06 MYT Topic: Pendidik Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan tabiat baik sepanjang hidup mereka sejak daripada awal. Kesihatan adalah perkara asas yang perlu dimiliki setiap insan bagi menikmati kehidupan ini sepenuhnya. Kesihatan berkait rapat dengan nutrisi atau pemakanan seseorang kerana pemakanan yang sesuai menghasilkan kesihatan yang baik dan sebaliknya pemakanan yang tidak sesuai menjejaskan kesihatan atau menyebabkan penyakit. Senaman juga mempengaruhi kesihatan seseorang. Tumbesaran dan perkembangan yang optimum bukan sahaja bergantung pada nutrisi yang baik, senaman yang mencukupi dan rehat tetapi juga kebersihan. Tabiat kita dalam pemakanan dan senaman mempengaruhi rupa bentuk atau saiz fizikal serta menentukan tahap kesihatan kita. Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan tabiat baik sepanjang hidup mereka sejak daripada awal(Lind,1999). Pembentukan tabiat melibatkan perbuatan yang berulang-ulang merangkumi satu jangka masa. Masa yang paling sesuai menanamkan tabiat yang baik adalah semasa kanak-kanak, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebung. Daripada umur yang muda kanak-kanak perlu mengikuti peraturan-peraturan dan membuat keputusan yang logik seperti tidak bermain dengan pisau demi menjaga keselamatan dan kesihatan. Dalam bab ini, kita membincangkan beberapa perkara mengenai nutrisi, dan kesihatan. Tajuk nutrisi melibatkan bekalan tenaga oleh tumbuhan, pemakanan yang sihat, makanan seimbang dan cara pengendalian makanan yang betul. Kesihatan pula merangkumi cara-cara menjaga kesihatan gigi, jantung dan badan secara am serta sedikit mengenai penyakit yang berjangkit. Kita juga membincangkan perkara-perkara di atas bukan sahaja secara teori tetapi

Transcript of Kesihatan dan Nutrisi

Page 1: Kesihatan dan Nutrisi

Kesihatan dan NutrisiDate: Sunday, August 07 @ 01:32:06 MYTTopic: Pendidik

Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan tabiat baik sepanjang hidup mereka sejak daripada awal.

Kesihatan adalah perkara asas yang perlu dimiliki setiap insan bagi menikmati kehidupan ini sepenuhnya. Kesihatan berkait rapat dengan nutrisi atau pemakanan seseorang kerana pemakanan yang sesuai menghasilkan kesihatan yang baik dan sebaliknya pemakanan yang tidak sesuai menjejaskan kesihatan atau menyebabkan penyakit. Senaman juga mempengaruhi kesihatan seseorang. Tumbesaran dan perkembangan yang optimum bukan sahaja bergantung pada nutrisi yang baik, senaman yang mencukupi dan rehat tetapi juga kebersihan. Tabiat kita dalam pemakanan dan senaman mempengaruhi rupa bentuk atau saiz fizikal serta menentukan tahap kesihatan kita. Kanak-kanak perlu diperkenalkan kepada konsep-konsep kesihatan dan nutrisi pada umur yang muda supaya mereka belajar bagaimana menjaga tubuh badan mereka dan mewujudkan tabiat baik sepanjang hidup mereka sejak daripada awal(Lind,1999). Pembentukan tabiat melibatkan perbuatan yang berulang-ulang merangkumi satu jangka masa. Masa yang paling sesuai menanamkan tabiat yang baik adalah semasa kanak-kanak, bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebung. Daripada umur yang muda kanak-kanak perlu mengikuti peraturan-peraturan dan membuat keputusan yang logik seperti tidak bermain dengan pisau demi menjaga keselamatan dan kesihatan. Dalam bab ini, kita membincangkan beberapa perkara mengenai nutrisi, dan kesihatan. Tajuk nutrisi melibatkan bekalan tenaga oleh tumbuhan, pemakanan yang sihat, makanan seimbang dan cara pengendalian makanan yang betul. Kesihatan pula merangkumi cara-cara menjaga kesihatan gigi, jantung dan badan secara am serta sedikit mengenai penyakit yang berjangkit. Kita juga membincangkan perkara-perkara di atas bukan sahaja secara teori tetapi dalam bentuk aktiviti yang sesuai dengan peringkat kanak-kanak prasekolah. Nutrisi Pemakanan sihat mustahak bagi kanak-kanak prasekolah sebagai bekalan tenaga bagi pergerakan, bekalan nutrien-nutrien yang diperlukan bagi mereka membesar dan berkembang (fizikal dan mental) dan menjaga kesihatan secara am (mencegah daripada penyakit dan memulihkan kesihatan badan selepas jangkitan penyakit dan kecederaan). Konsep-konsep berikut adalah asas bagi pembelajaran nutrisi peringkat prasekolah: • Kita mendapat tenaga daripada tumbuhan • Makanan adalah sumber tenaga kita • Makanan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral , serat dan air • Pengambilan makanan yang seimbang adalah tabiat yang sihat bagi kebanyakan orang • Makanan diperlukan untuk membesar Tabiat pemakanan yang baik bermula daripada awal kehidupan setiap kanak-kanak. Penyediaan teknik pengajaran dan penyepaduan subjek yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kanak-kanak perlu bagi menggalakkan mereka memahami maksud kehidupan sihat. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang dapat dijalankan bagi mencapai tujuan itu. Set A Kita Mendapat Makanan daripada Tumbuhan Konsep: Kita mendapat makanan daripada pelbagai bahagian tumbuhan Objektif: Memerhati pelbagai sayuran dan buah-buahan. Membuat perbincangan berhubung bahagian-bahagian tertentu sayur dan buah yang boleh dan biasa

Page 2: Kesihatan dan Nutrisi

dimakan. Bahan-bahan: Kubis, timun, tomato, lobak merah, pudina, daun sup Eropah biji bunga matahari, biji gajus , sos salad, sudu besar, mangkuk besar dan cukup bilangan sudu dan mangkuk biasa dengan bilangan kanak-kanak 4 kertas( 1 merah, 1 hijau, 1 biru dan 1 kuning) Langkah-langkah: Kubis, timun, tomato, lobak merah, pudina, daun sup, biji Bunga matahari dan biji gajus diletakkan di atas sekeping kertas di atas meja guru. Kanak-kanak dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dinamakan. Kumpulan 1 – Daun, Kumpulan 2 – Buah, Kumpulan 3 – Batang , Kumpulan 4-Akar/Ubi dan 5- Biji. Setiap kumpulan diberikan satu keping kertas . Beritahu kanak-kanak nama bahan-bahan yang ada di atas meja guru dan bahan-bahan itu boleh dimakan. Mereka diminta memikirkan bahagian manakah daripada bahagian tumbuhan (daun, buah, batang, akar/ubi dan biji) itu yang boleh dimakan. Setiap kumpulan hanya mengasingkan bahan-bahan itu mengikut nama kumpulan masing-masing dan meletakkannya di atas kertas dalam kumpulan mereka. Contoh: Kumpulan 1 hanya mengambil bahan yang mereka fikir boleh dimakan bahagian daunnya. Perbincangan dengan semua kumpulan diadakan bagi menentukan jawapan yang sebenar. Daun- Kubis dan pudina, Buah- tomato dan timun, Batang- daun sup Eropah (celery), Akar/ubi – lobak merah dan biji - biji bunga matahari , biji gajus. selepas itu, bahan-bahan tadi dikumpulkan, dibersihkan dan dipotong (kubis, lobak merah, tomato, timun, batang sup daun pudina) dan dimasukkan dalam mangkuk besar supaya dapat dijadikan salad. Salad ini dihiaskan dengan biji bunga matahari dan biji gajus serta di gaulkan bersama sos salad (salad dressing). Kanak-kanak di berikan mangkuk dan sudu supaya dapat mengambil salad tadi dan makan beramai-ramai. Kanak-kanak ditanya: Adakah mereka berasa lebih bertenaga selepas makan salad tadi ? Jawapan – Ya. Bolehkah kita (manusia) mendapat makanan daripada tumbuhan? Jawapan – Ya Bolehkah kita mendapat makanan daripada haiwan, seperti ayam atau ikan? Jawapan – Ya Bolehkah haiwan seperti ayam mendapat makanan Daripada tumbuhan seperti padi atau jagung? Jawapan - Ya Mereka dibantu membuat kesimpulan – Kita (manusia dan haiwan) makan tumbuhan daripada pelbagai bahagian tumbuhan dan mendapat tenaga daripadanya. Set B Tumbuhan Mendapat Tenaga Daripada Makanannya Konsep: Tumbuhan mendapat tenaga bagi tumbesaran daripada bekalan makanannya. Objektif: Memerhati perkaitan antara saiz dedaun biji semasa dan selepas perkembangan pertumbuhan akar, batang dan daun biji benih mempelam dan membuat inferens berhubung penggunaan tenaga oleh tumbuhan. Bahan-bahan: 1 biji benih mempelam tua yang belum bercambah (A) 1 biji-benih mempelam yang tumbuh akar(B) 1 biji benih mempelam yang tumbuh pucuk (C) 1 biji benih mempelam yang mempunyai akar dan beberapa helai daun(D) 1 anak benih mempelam yang mempunyai akar di mana dedaun biji sudah tiada / luruh, batang dan daun-daun yang hijau (E) pita pengukur. (mempelam boleh digantikan dengan kelapa, biji durian ataupun buah-buah lain yang tumbuh melalui biji benih, dedaun biji dwikotiledon) Langkah-langkah: Guru mempamerkan bahan-bahan tadi di meja guru serta memberitahu kanak-kanak bahan-bahan yang mereka lihat adalah perkembangan biji benih mempelam dalam proses membesar menjadi pokok mempelam.Kanak-kanak diminta memerhatikan saiz biji benih mempelam (A),(B),(C) ,(D)dan (E). Mereka mengukur saiz (A),(B),(C) dan (D) –ukur lilit biji menggunakan pita pengukur dan dibantu oleh guru membuat bacaan ukur lilit itu. Daripada bacaan itu, murid diminta menyatakan yang manakah biji benih yang paling besar, sederhana besar dan paling kecil.Mereka juga diminta menyusunkan saiz biji benih daripada yang paling besar kepada yang paling kecil. Jawapan - (A), (B), (C) dan

Page 3: Kesihatan dan Nutrisi

(D).Guru memberitahu murid dalam dedaun biji benih terdapat bekalan makanan. Guru menanya murid berhubung, Apa yang berlaku menyebabkan biji benih (A), (B), (C) dan (D) susut saiz biji benihnya. Jawapan – saiz biji benih mengurang semasa pertumbuhan kerana makanan yang ada di dalam biji benih di gunakan bagi proses percambahan. Guru juga memberi maklumat kepada murid tumbuhan seperti pokok mempelam dan pokok-pokok lain yang berdaun hijau membuat makanan mereka sendiri menggunakan daun hijau itu. Guru bertanya soalan-soalan susulan daripada aktiviti di atas :Bolehkah kita mendapat makanan daripada biji benih tumbuhan ? Jawapan – Ya. Murid diminta memberi contoh biji benih lain yang biasa dijadikan makanan kita. Jawapan – biji nangka/cempedak dan biji gajus.Adakah tumbuhan memerlukan makanan bagi tumbuh dan membesar? Jawapan – Ya. Sesudah makanan dalam biji habis digunakan oleh anak benih mempelam bagi proses tumbuh daripada manakah ia memperoleh makanan membesar ? Jawapan – Adakah kita perlukan makanan untuk membesar? Jawapan – Ya. Selain daripada membesar, adakah kita memerlukan makanan bagi melakukan aktiviti-aktiviti kita yang lain seperti berjalan, menulis, bergerak, bercakap dan lain-lain. Jawapan - Ya? Guru membantu murid membuat kesimpulan iaitu tumbuhan dan manusia memerlukan tenaga daripada makanan untuk tumbuh dan membesar. Set C Kita memerlukan makanan yang seimbang bagi membesar dan menjaga kesihatan dengan baik serta mencegah penyakit Konsep: Makanan seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, vitamin, garam mineral, lemak, serat dan air. Objektif: Memerhatikan kandungan kelas makanan dalam pemakanan seharian dan menghasilkan menu makanan yang seimbang. Bahan-bahan: 6 carta (carta bergambar dan maklumat berhubung karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan serat), bahan-bahan menyediakan ‘burger’ bagi satu kelas ( roti, daging burger yang sudah dimasak ,daun salad, timun, tomato, keju, mayones dan sos tomato dan cili), susu dan pisang . Langkah-langkah: Guru membahagikan kelas kepada 6 kumpulan; Kumpulan 1dan kumpulan 2 menceritakan berhubung makanan sarapan pagi mereka, kumpulan 3 dan 4 menceritakan makanan tengah hari dan kumpulan 4 dan 5 menceritakan makananmalam mereka. Mereka diberi masa 5 minit bagi setiap kumpulan berbincang menyatakan makananyang mereka makan dan berpakat memilih satu bagi menceritakan pada kelas mengikut jenis sarapan yang ditugaskan kepada kumpulan masing-masing.Guru menulis di papan tulis makanan bagi setiap Kumpulan. Guru bertanya kepada kelas sama ada makanan itu baik dan seimbang. Bagi menjawab pertanyaan itu, guru memberi penerangan kepada kelas berhubung makanan seimbang menggunakan kad-kad carta yang sudah disediakan. Penerangan: • Apakah makanan seimbang. • Kelas-kelas makanan. • Contoh-contoh makanan bagi setiap kelas makanan. • Kepentingan setiap kelas makanan. Dengan menggunakan pengetahuan itu, kanak-kanak bersama guru menganalisis kandungan kelas makanan dalam contoh makanan yang disebut oleh setiap kumpulan tadi dan membuat keputusan sama ada makanan itu seimbang ataupun tidak (Aktiviti ini baik bagi menggalakkan kanak-kanak berfikiran kritikal). Sebagai satu projek untuk aktiviti ini, satu menu iaitu penyediaan roti ‘Hamburger’, minuman susu dan buah pisang sebagai ‘pembasuh mulut’ di sediakan bersama-sama kanak-kanak. Selepas siap roti ‘Hamburger’Kanak-kanak daripada menyatakan kelas-kelas makanan yang terkandung dalam ‘Hamburger’ iaitu susu dan pisang. Selepas selesai perbincangan, guru menolong kanak-kanak membuat kesimpulan makanan yang sihat mengandungi semua kelas makanan. Kanak-kanak memerlukan banyak makanan daripada kelas protein dan kalsium bagi menolong mereka

Page 4: Kesihatan dan Nutrisi

membesar dengan baik. Kanak-kanak dan guru menikmati makanan yang mereka sediakan bersama-sama tadi. Sambil itu guru mengajar bersyukur kepada Tuhan kerana di negara kita makanan yang baik senang diperoleh. Kesihatan Kesihatan badan kita diperoleh bukan sahaja melalui pemakanan yang seimbang tetapi juga melalui kebersihan dan senaman. Kebersihan meliputi kebersihan fizikal (kebersihan diri dan persekitaran), mental dan rohani. Kebiasaannya, ketiga-tiga aspek kebersihan ini saling berkait antara satu sama lain. Kebersihan fizikal mempengaruhi secara positif kebersihan mental dan rohani. Sebagai contoh, persekitaran yang bersih menghasilkan pemikiran yang tenang dan jiwa yang tenteram. Kanak-kanak diasuh daripada kecil lagi menjaga kebersihan diri dan persekitaran dan menjadikan amalan itu sebagai tabiat. Apabila amalan menjaga kebersihan menjadi tabiat, kebersihan senang dicapai kerana menjaga kebersihan dilakukan secara otomatis. Dalam tajuk ini kita membincangkan berhubung menjaga kebersihan tangan, gigi, pengendalian makanan yang betul dan sedikit berhubung senaman dan kaitannya dengan kesihatan badan. Set A Tangan yang tidak dibasuh mempunyai banyak kuman yang boleh menyebabkan kita sakit. Konsep: Kuman berada di merata-rata tempat termasuk pada tangan yang tidak berbasuh dan kelihatan ‘bersih. Kuman boleh dihindari dengan membasuh tangan. Objektif: Memerhatikan kesan tangan yang tidak berbasuh dan kesan tangan yang berbasuh pada kentang. Bahan-bahan: Piring petri, ubi kentang/ubi keledek/ubi kayu (dikupas kulitnya dan di belah dua), botol (kaca) bersih bertudung , sabun, air dan tuala kecil (bersih)/ kertas pengelap serta pen penanda dan label. Langkah-langkah: Guru membahagikan kanak-kanak kepada lima kumpulan.Mereka diminta melihat tangan masing-masing dan menyatakan sama ada tangan mereka bersih ataupun kotor.Guru memilih dua orang kanak-kanak daripada setiap kumpulan dan menamakan seorang A dan seorang lagi B. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 botol, ubi kentang yang dipotong dua, pen penanda dan label. Kanak-kanak A daripada setiap kumpulan diminta membasuh tangan mereka di singki menggunakan sabun dan kemudian lapkan dengan kain tuala kecil. Kanak-kanak A diminta memegang satu ubi dengan tangan yang sudah dibasuh tadi – sapukan pada keseluruhan bahagian ubi dan masukkan ke dalam satu botol dan tutupkan botol itu. Labelkan botol itu A dengan menggunakan pen penanda. Kanak-kanak B juga diminta menyapu tangan mereka yang tidak berbasuh pada keseluruhan satu lagi ubi, masukkan ubi itu ke dalam botol, labelkan B dan tutupkannya. Botol-botol itu diletakkan di tempat yang sesuai selama 1 ataupun 2 hari di mana kanak-kanak membuat pemerhatian dan merekodkan apa yang berlaku dengan senang. Perbandingan dibuat bagi mengetahui apa yang berlaku pada ubi dalam botol A dengan ubi dalam botol B -(Lebih banyak kulat tumbuh pada ubi dalam botol B berbanding ubi dalam botol A). Kanak-kanak ditanya:Mengapa ubi A ada lebih banyak kulat daripada ubi B?Jawapan – Tangan yang menyapu ubi B lebih kotor daripada tangan A walaupun ia kelihatan bersih. Tangan A lebih bersih kerana ia baru dibasuh dengan sabun. Guru membantu kanak-kanak membuat kesimpulan iaitutangan yang terbiar lama – selepas di basuh dengan betuladalah kotor walaupun kelihatan ‘bersih’.Perbincangan lanjut berhubung tabiat membersihkan tangan dijalankan. Guru bertanyakan bila kanak-kanak membersihkan tangan mereka. Kemungkinan ramai yangmenjawab selepas makan ataupun apabila mereka lihat tanganmereka kotor. Ketika ini guru memberi maklumat berhubung waktu yang sesuai membersihkan tangan iaitu sebelum makan, selepas makan, selepas bermain, selepas bangun daripada tidur, selepas membuang air dan apabila tangan kelihatan kotor.

Page 5: Kesihatan dan Nutrisi

Bincangkan juga cara membersihkan tangan yang betul: • Sentiasa membasuh tangan selepas menggunakan tandas, menyentuh luka atau kudis, sebelum menyentuh makanan dan selepas memegang daging yang mentah. • Basuhlah menggunakan sabun dan air yang suam. • Basuh keseluruhan tangan – jangan tinggalkan mana-mana bahagian – sabun sehingga ke paras pergelangan tangan dan jangan lupa bersihkan juga bahagian bawah kuku. Penggunaan berus kuku membersihkan dengan lebih berkesan. • Basuh dalam tempoh masa 10 – 20 saat • Bilas dengan air yang mengalir/air suam – Halaukan kuman masuk longkang! ( Zeller, 1998). • Keringkan tangan dengan tuala yang bersih ataupun tisu pengelap. Semasa guru dan kanak-kanak membasuh tangan sebagai amali, lagu yang pendek boleh dinyanyikan bersama. Lagu ini dinyanyikan dengan lirik lagu trek-tek-tek: Set B Gigi menolong kita mencernakan makanan dan menambahkan kecantikan muka seseorang. Konsep: Kita mempunyai banyak dan pelbagai bentuk gigi. Objektif: Membuat pemerhatian ke atas bilangan, bentuk dan fungsi gigi kita. Bahan-bahan: Cermin, buah epal atau pisang, gambar-gambar haiwan menunjukkan gigi-gigi mereka seperti harimau, anjing, lembu dan kambing. Langkah-langkah: (a) Bilangan gigi. Kelas dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil (5 kanak-kanak setiap kumpulan). Setiap kumpulan di bekalkan dengan satu cermin muka. Mereka diminta menggunakan cermin itu mengira gigi dalam mulut masing-masing. Setiap kumpulanhanya mengemukakan satu contoh sahaja dan bilangan gigi itu di rekodkan oleh guru. Selepas semua kumpulan mengemukakan bilangan gigi dan direkodkan oleh guru, kanak-kanak diminta membandingkan kumpulan manakah mempunyai paling banyak gigi dan kumpulan manakah mempunyai paling kurang bilangan gigi.Guru bertanya murid lagi, siapakah antara kanak-kanak yang kehilangan giginya dan berapa bilangan gigi mereka yang luruh . Jawapan – mungkin ada yang belum pernah kehilangan gigi dan ada yang sudah luruh antara 1 – 4 gigi. Minta setiap kumpulan memerhatikan bentuk gigi mereka. Bantu murid lakarkan bentuk-bentuk gigi mereka. Berikan nama bagi bentuk-bentuk gigi yang berlainan itu. 8 di hadapan (4 atas dan 4 bawah) – gigi kacip , 4 di kiri dan kanan ( 2 atas, 2 bawah) – gigi taring, 8 di belakang (4 atas 4 bawah) – gigi Guru memberikan maklumat bahawa: • Bilangan gigi yang paling banyak /maksimumKanak- kanak pada peringkat 5 – 6 tahun adalah 20 batang. • Pada peringkat ini, set gigi ini dinamakan gigi susu atau gigi bayi • Gigi yang luruh pada peringkat ini tumbuh semula. • Semua gigi susu luruh dan gigi kekal tumbuh menggantikan gigi susu tadi. • 1 set gigi baru (12 batang kiri dan kanan, 6 atas dan 6 bawah) di bahagian belakang adalah gigi geraham hanya terdapat pada orang dewasa. • Gigi pada orang dewasa hanyalah gigi kekal dan gigi ini tidak daripada tumbuh lagi apabila rosak ataupun tercabut. • Bilangan gigi pada orang dewasa mencapai 32 batang ( 8 kacip, 4 taring, 8 geraham kecil dan 12 geraham). Bagaimanakah gigi kita menjalankan tugasnya?Bagi memberikan gambaran bagaimana gigi kita menjalankan tugasnya, edarkan buah epal ataupun pisang kepada setiap kumpulan. Mereka diminta menggigit buah itu (buangkan kulit apabila menggunakan pisang) dan perhatikan kesan gigi pada buah yang masih tinggal. Nyatakan pada mereka setiap orang tidak sama corak gigi, corak gigi adalah unik bagi setiap orang (Ticotsky, 1985).Kanak-kanak diminta sekali lagi menggigit buah itu sambil memberikan tumpuan pada laluan yang dijalani oleh buah itu dalam mulut mereka. Gigi manakah yang memotong buah itu dan gigi manakah yang mengisar buah itu sehingga ianya cukup kecil ditelan. Jawapan -kacip memotong, - geraham mengisar. Guru menambahkan maklumat kepada mereka – gigi taring digunakan menyiat daging.Guru mengedarkan gambar-

Page 6: Kesihatan dan Nutrisi

gambar menunjukkan gigi harimau, anjing, lembu dan kambing . Kanak-kanak diminta menyatakan makanan utama bagi haiwan-haiwan itu berdasarkan giginya. Jawapan – harimau: daging, anjing:daging,lembu:rumput ataupun daun dankambing:daun.Kanak-kanak diminta melihat wajah mereka menggunakancermin sambil senyum bagi menampakkan gigi mereka. Bayangkan apabila satu daripada gigi hadapan mereka tiada. Manakah wajah senyuman yang lebih cantik, semasa ada semua gigi hadapan ataupun semasa tiada gigi hadapan? Respons – sudah pasti wajah senyuman bersama semua gigi hadapan lebih cantik. Guru membantu kanak-kanak membuat kesimpulan : Gigi manusia terdiri daripada pelbagai bentuk bagi menjalankan tugas yang berlainan semasa mencernakan makanan dan kehadiran gigi mencantikkan senyuman seseorang. Set C Kebersihan gigi perlu dijaga bagi mengekalkan gigi kuat dan mengelakkan sakit gigi Konsep: Kalsium adalah mineral yang berguna membina gigi yang kuat. Asid hasil daripada tindakan kuman dalam mulut yang kotor menghakis dan melemahkan gigi kita. Bahan-bahan: kepingan-kepingan batu kapur, cuka, penitis dan kanta pembesar. Langkah-langkah: Pamerkan pada kanak-kanak kepingan-kepingan batu kapur. Kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan bahan-bahan di atas. Tanya kanak-kanak batu terdiri daripada apa? Jawapan –mineral. Kalsium adalah salah satu daripada mineral itu. Beritahu mereka kita dapat menguji kehadiran kalsium menggunakan cuka. Minta kanak-kanak meramalkan apa yang berlaku apabila batu- batu tadi dititiskan cuka ke atasnya. Arahkan setiap kumpulan mengisi penitis dengan cuka, titiskan beberapa titisan cuka ke atas batu dan perhatikan apa yang berlaku ke atas batu itu. Jawapan – buih terbentuk menghakis permukaan batu itu. Kanak-kanak diminta membandingkan bahagian manakah tubuh mereka yang keras seperti batu tadi. Jawapan – tulang dan gigi. Terangkan pada kanak-kanak tulang dan gigi juga terdiri daripada fosforus dan kalsium, semasa kanak-kanak sedang membesar, mereka perlu makan makanan yang kaya dengan fosforus dan kalsium supaya tulang mereka membesar dan menyebabkan tulang dan gigi kuat. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium dan fosforus adalah susu dan hasil tenusu, sayuran berdaun hijau, buah, telur, daging ,kacang dan bijirin. Mereka melihat kesan cuka ke atas batu. Beritahu kanak-kanak cuka adalah sejenis asid dan asid terhasil dalam mulut kita akibat tindakan kuman ke atas makanan atau sisa makanan . Minta kanak-kanak bayangkan apa yang berlaku apabila asid bertindak ke atas gigi kita. Jawapan gigi daripada terhakis, sama seperti batu terhakis akibat cuka. Bagaimanakah kita mengelakkan asid daripada mulut kita? Bersihkan mulut dengan menggosok gigi dan berkumur selalu. Guru membincangkan cara-cara menggosok gigi dengan betul dan menjaga kebersihan mulut secara am. Aktiviti ini boleh divariasikan dengan menjemput pakar pergigian menyampaikan ceramah ataupun demonstrasi. Pemakanan yang sihat berpunca daripada makanan yang berkhasiat dan bersih daripada kuman. Kebersihan makanan bukan sahaja bergantung pada makanan yang bersih tetapi juga pengendalian makanan itu. Pengendalian makanan yang tidak betul menyebabkan makanan itu tercemar. Kuman seperti yang sudah dibincangkan dalam aktiviti pada awal bab ini, terdapat di merata-rata tempat dan disebarkan dengan begitu mudah sekali. Berikut adalah langkah-langkah melawan kuman : • Bersihkan - makanan, tangan, bekas dan tempat • Asingkan - daging, ikan yang mentah daripada makanan lain • Masakkan - masak keseluruhan makanan • Sejukkan - masukkan makanan seperti susu, dadih, telur dan yang mudah rosak ke dalam peti sejuk. Aktiviti menanamkan tabiat yang betul melawan kuman ini dapat dijalankan dengan beberapa

Page 7: Kesihatan dan Nutrisi

cara: - Peraduan mewarna. Sediakan maklumat-maklumat melawan kuman dalam bentuk gambar (poster ataupun buku kecil). Variasi gambar berkomputer juga boleh digunakan. - Kuiz antara kumpulan dalam kelas. Kesihatan yang baik diperoleh melalui pemakanan yang sihat, kebersihan dan juga senaman. Senaman bukan sahaja menjamin kesihatan yang baik tetapi juga membolehkan seseorang merasa gembira. Senaman berupaya melegakan perasaan tertekan kerana apabila senaman dilakukan, badan merembeskan sejenis bahan kimia iaitu endofins yang menghasilkan perasaan gembira dalam otak manusia (Rutherford, 2001). Set D Senaman membolehkan darah mengalir lebih lancar ke seluruh badan dan menghasilkan badan yang lebih kuat dan bertenaga. Konsep: Senaman ringan menyebabkan jantung mengepam lebih cepat dan mendapatkan lebih oksigen. Objektif: Membuat pemerhatian ke atas kadar degupan jantung sebelum dan selepas senaman ringan. Peralatan: stetoskop dan mikrofon. Langkah-langkah: Seorang kanak-kanak diminta ke hadapan kelas. Guru meletakkan bahagian skop pada dadanya dan bahagian pendengaran pada mikrofon. Semua orang mendengar degupan jantung kanak-kanak tadi. Mereka diminta meramalkan kadar degupan jantung selepas kanak-kanak tadi melakukan senaman. Bagi mendapatkan pengesahan jawapan, kanak-kanak itu diminta berlari setempat selama 30 saat sebelum degupan jantung didengar semula. Jawapan – kadar degupan jantung lebih cepat selepas senaman. Guru memberi penerangan kepada kanak-kanak: - Jantung mengepam darah ke seluruh anggota badan - Senaman menguatkan lagi otot-otot pada badan kita termasuk jantung. - Senaman menolong menjaga berat badan kerana ia mengurangkan lemak. - Senaman mengekalkan pergerakan yang fleksibel dan kurang kemungkinan mengalami kecederaan akibat terseliuh ataupun kekejangan. - Senaman perlu dilakukan selalu – sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 10 minit setiap kali. Bagi kanak-kanak, senaman selalu dijalankan kerana mereka selalu berlari, melompat ataupun bermain secara fizikal. Senaman juga dapat menolong otak menjadi cerdas. Rumusan Kesihatan badan kita bergantung pada pemakanan yang sihat (berkhasiat dan bersih), pengendalian makanan, kebersihan diri dan persekitaran serta senaman yang dilakukan. Pengendalian makanan yang baik bukan sahaja setakat penggunaan peralatan yang bersih, makanan yang bersih, bekas ataupun persekitaran yang bersih tetapi memasak makanan keseluruhan (bukan separuh masak-terutama sekali daging dan telur serta makanan laut). Makanan yang mentah perlu diasingkan daripada makanan yang sudah dimasak. Penyimpanan makanan yang betul juga mustahak dalam mengekalkan khasiat makanan. Kebersihan diri seperti tangan dan gigi perlu ditanam sejak kecil supaya menjadi tabiat yang senang dilakukan. Senaman dapat melengkapkan kesihatan badan,Mengelak daripada penyakit dan menyumbang kepada kecergasan dan kecerdasan.