KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

22
TUTORIAL 5 KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN ASMAWI BIN ABDULLAH SMK PURUN 28330 TRIANG, PAHANG

Transcript of KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

Page 1: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

TUTORIAL 5KESTABILAN

ATMOSFERA DAN KERPASAN

ASMAWI BIN ABDULLAHSMK PURUN

28330 TRIANG, PAHANG

Page 2: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

1 (a) Bezakan maksud udara stabil dengan udara tidak stabil.

[4]i. Udara Stabil. Berlaku apabila bungkusan udara

itu turun dan cenderung kekal ke tempat asalnya (hampir dengan permukaan bumi).

ii. Udara Tidak Stabil. Berlaku apabila sesuatu bungkusan udara itu naik secara menegak dan terapung di dalam atmosfera sekitarnya.

Page 3: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

1 (b) Bagaimanakah udara tidak stabil boleh mempengaruhi kejadian kerpasan? [4]

i. Bungkusan udara tidak stabil akan mempengaruhi kerpasan apabila ia dipanaskan oleh bahangan matahari menyebabkan suhu di dalamnya meningkat lebih tlnggi daripada suhu sekitar. la mengembang, ringan dan cenderung untuk naik ke atas.

ii. Bungkusan udara tidak stabil yang yang naik ini akan menyejukkan wap-wap air di dalamnya mengikut kadar tukaran adiabatik kering (KTAK) iaitu suhu akan jatuh sebanyak 10oC bagi setiap 1000 meter kenaikan.

iii. Apabila suhu dalam bungkusan udara tidak stabil tersebut mencapai 0oC, penyejukan mengikut kadar tukaran adiabatik basah (KTAB) pula akan mengambil alih iaitu penurunan suhu sebanyak 5oC bagi setiap 1000 meter ketinggian. Sehingga kelembapan bandingannya 100%, bungkusan udara menjadi tepu, berat dan hujan akan turun. Jika penurunan suhu mencapai angka negatif. salji pula akan turun.

Page 4: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

1 (c) Tunjukkan pengaruh kadar tukaran adiabatik terhadap proses pemeluwapan sehingga terjadinya hujan. [4]

i. Di peringkat awal/ bungkusan udara belum lagi tepu - Kadar tukaran adiabatik kering (KTAK) akan menyejukkan wap-wap air di dalam bungkusan udara mengikut kadar 10oC bagi setiap 1 000 meter kenaikan.

ii. Apabila wap-wap air di dalam bungkusan udara tersebut mencapai tahap tepu (kelembapan bandingannya = 100%) maka kadar tukaran adiabatik basah (KTAB) pula akan mengambil alih untuk menurunkan suhu sebanyak 5oC bagi setiap 1000 meter ketinggian. Bungkusan udara yang tepu dengan wap-wap air bertukar menjadi titisan-titisan air melalui proses pemelowapan, berat dan seterusnya hujan akan turun.

Page 5: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

1 (d) Jelaskan dua syarat untuk membolehkan berlakunya ketepuan udara. [4]

i. Kelembapan bandingan di dalam bungkusan udara/ air parcell mencapai 100%. lni bermakna semua ruang udara di dalam bungkusan udara tersebut dipenuhi dengan wap-wap air yang terhasil melalui sejatan.

ii. Suhu di dalam bungkusan udara mencapai takat embun (0oC) setelah ia mengalami kadar tukaran adiabatik. lni bermakna wap-wap air akan bertukar menjadi titisan-titisan air/ cecair.

Page 6: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

1 (e) Mengapakah bungkusan udara yang berada hampir dengan permukaan bumi akan naik secara menegak ke atmosfera? [4]

Bungkusan udara yang berada berhampiran dengan permukaan bumi akan dipanaskan oleh bahangan matahari dan bahangan bumi yang menyebabkan suhu di dalamnya meningkat lebih tinggi daripada suhu sekitar. la akan mengembang, menjadi ringan dan cenderung untuk naik menegak ke atmosfera.

Page 7: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan. [3]

Kerpasan ialah proses pelepasan air daripada awan dalam bentuk air hujan, salji atau hujan batu yang terhasil melalui pemeluwapan sehingga bungkusan udara (air parcell) tersebut tepu dengan titisan-titisan air atau hablur ais.

Page 8: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

2 (b) Bagaimanakah hujan batu terjadi.[4]

i. Hujan batu terbentuk di dalam awan kumulusnimbus yang besar dan tebal apabila halaju pergerakan bungkusan udara tersebut terlalu cepat sehingga melebihi 160km/jam.

ii. Kesannya wap-wap air terus membeku tanpa sempat melalui proses pemeluwapan sebaliknya terus berlaku proses pemejalwapan. (wap air bertukar kepada pepejal). Suhu di dalam bungkusan udara menjadi negatif.

Page 9: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

2 (c) Mengapakah hujan perolakan sering berlaku di kawasan tropika lembap.

[4]i. Kawasan Tropika lembab menerima bahangan matahari yang

tinggi yang menyebabkan bungkusan udara naik dengan cepat ke atmosfera- Bungkusan udara ini mengalami penyejukan adiabatik yang membolehkan berlakunya hujan perolakan.

ii. Kawasan Tropika Lembab mengandungi banyak wap-wap air yang disumbangkan dari proses sejat peluhan permukaan badan-badan air, tumbuha dan tanih yang lembab. Kesannya awan lembab/ kumolusnimbus mudah terbentuk untuk menurunkan hujan perolakan yang lebat.

Page 10: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

2 (d) Jelaskan bagaimana hujan perolakan berlaku. [4]

i. Pemanasan muka bumi oleh matahari membolehkan bungkusan udara naik ke atas. Bungkusan udara panas dengan wap air didalamnya semakin naik dan disejukkan secara kadar adiabatik kering (setiap 1000 meter disejukkan sebanyak 10oC).

ii. Apabila semakin ke atas, jumlah wap air semakin bertambah dan suhu semakin sejuk sehingga wap-wap air bertukar kepada titisan-titisan air (proses pemeluwapan). Pada ketika itu (suhu 0oC), haba pendam di dalam bungkusan udara itu akan dibebaskan dan proses penyejukan secara adiabatik lembab pula mengambil alih dengan kadar kejatuhan suhu 5oC bagi setiap ketinggian 1000 meter.

Page 11: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

2 (d) Jelaskan bagaimana hujan perolakan berlaku. [4]

iii. Proses penyejukan yang berterusan akan membentuk awan kumulonimbus. Apabila semua wap air ditukarkan kepada cecair (titisan air), maka haba pendam tidak dibebaskan lagi. Bungkusan udara ini hilang tenaga untuk terus naik lalu berhenti.

iv. Ketika itu kelembapan bandingannya mencapai 100% dan bungkusan udara tersebut dikatakan tepu dengan air dan awan kumulosnimbus akan melepaskan hujan.

Page 12: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

2 (e) Bagaimanakah hujan bukit terjadi? [4]

i. Hujan bukit terjadi apab;la awan lembab yang terbentuk di kaki bukit di paksa mendaki bukit oleh tiupan angin dari laut. Apabila awan tersebut mendaki bukit maka suhu di dalamnya akan jatuh sejajar dengan kadar tukaran adiabatik.

ii. Lama kelamaan suhu jatuh hingga ke takat embun (0oC) apabila ia berada di puncak bukit atau menghampiri puncak bukit berkenaan. Kesannya hujan akan turun bertentangan dengan arah tiupan angin. Kesannya hu.jan akan turun bertentangan dengan arah tiupan angin.

Page 13: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan mekanisme pembentukan hujan di kawasan tropika lembap. Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan mekanisme pembentukan hujan di kawasan tropika lembap. [12]

Page 14: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan mekanisme pembentukan hujan di kawasan tropika lembap. Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan mekanisme pembentukan hujan di kawasan tropika lembap. [12]• Pemanasan muka bumi oleh matahari membolehkan bungkusan udara naik ke atas. • Bungkusan udara panas dengan wap air didalamnya semakin naik dan disejukkan

secara kadar adiabatik kering (setiap 1 000 meter disejukkan sebanyak 10oC). • Apabila semakin ke atas, jumlah wap air semakin bertambah dan suhu semakin sejuk

sehingga wap-wap air bertukar kepada titisan-titisan air (proses pemeluwapan). • Pada ketika itu (suhu 0oC), haba pendam di dalam bungkusan udara itu akan

dibebaskan dan proses penyejukan secara adiabatik lembab pula mengambil alih dengan kadar kejatuhan suhu 5oC bagi setiap ketinggian 1000 meter.

• Ketika itu kelembapan bandingannya mencapai 100% dan bungkusan udara tersebut dikatakan tepu dengan air dan awan komulunimbos akan melepaskan hujan.

Page 15: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan mekanisme pembentukan hujan di kawasan tropika lembap. Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan mekanisme pembentukan hujan di kawasan tropika lembap. [12]

Page 16: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (a) Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan mekanisme pembentukan hujan di kawasan tropika lembap. Dengan bantuan gambar rajah lakar, jelaskan mekanisme pembentukan hujan di kawasan tropika lembap. [12]• Hujan bukit terjadi apabila awan lembab yang terbentuk di kaki bukit di paksa

mendaki bukit oleh tiupan angin dari laut.• Apabila awan tersebut mendaki bukit maka suhu di dalamnya akan jatuh

sejajar dengan kadar tukaran adiabatik. • Lama kelamaan suhu jatuh hingga ke takat embun (0oC) apabila ia berada di

puncak bukit atau menghampiri puncak bukit berkenaan. • Kesannya hujan akan turun bertentangan dengan arah tiupan angin. • Manakala di belakang bukti, tidak mengalami hujan dan ia dikenali sebagai

kawasan lindungan hujan

Page 17: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (b) Bincangkan pengaruh hujan ke atas aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [13]

Aktiviti pertanian• Hujan membantu mempercepatkan tumbesaran tanaman

khususnya padi sawah yang memerlukan bekalan air yang banyak.

• Namun begitu hujan lebat juga boleh memusnahkan tanaman apabila berlakunya banjir seperti tanaman tembakau dan sayur-sayuran akan rosak dan musnah.

• Selain itu aktiviti menoreh getah dan mengutip hasil tanaman juga terganggu pada musim hujan

Page 18: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (b) Bincangkan pengaruh hujan ke atas aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [13]

Aktiviti penternakan• Hujan lebat akan mempengaruhi aktiviti penternakan

seperti ternakan ikan air tawar. • Kolam ternakan akan ditenggelami air dan ikan akan

terlepas keluar. Ini merugikan penternak. • Selain itu hujan lebat mengganggu aktiviti meragut

rumput bagi ternakan lembu dan kambing, di samping mempercepatkan rebakan penyakit kuku dan mulut.

Page 19: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (b) Bincangkan pengaruh hujan ke atas aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [13]

Aktiviti perikanan• Aktiviti ini juga terjejas apabila berlakunya hujan

lebat khususnya perikanan pinggir pantai. • Ini kerana hujan lebat biasanya disertai dengan laut

yang bergelora yang amat merbahaya kepada bot-bot kecil.

• Oleh sebab itulah pada musim tengkujuh aktiviti nelayan di Kelantan, Terengganu dan Pahang tergendala.

Page 20: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (b) Bincangkan pengaruh hujan ke atas aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [13]

Aktiviti pengangkutan• Aktiviti ini juga terganggu pada musim hujan. lni

disebabkan keadaan jalan yang licin yang meningkatkan risiko kemalangan kepada sistem pengangkutan darat.

• Hujan lebat juga menyebabkan kejadian banjir yang akan menenggelamkan jalan dan jambatan yang seterusnya memutuskan rangkaian pengangkutan darat terutamanya ke kawasan pedalaman.

Page 21: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (b) Bincangkan pengaruh hujan ke atas aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [13]

lndustri kecil dan sederhana (IKS)• Industri batik, ikan kering, pembuatan keropok,

tembikar dan pasu akan terjejas pada musim hujan. .

• Ini kerana IKS tersebut memerlukan aktiviti menjemur di bawah sinaran matahari yang terik. Sedangkan pada musim hujan akitiviti menjemur tidak dapat dijalankan.

Page 22: KESTABILAN ATMOSFERA DAN KERPASAN

3 (b) Bincangkan pengaruh hujan ke atas aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [13]

lmpak sosial-penyakit• Hujan lebat dan udara lembab akan

mempercepatkan rebakan penyakit bawaan air seperti taun dan kolera terutamanya selepas musim hujan.

• Ini akan menjejaskan kesihatan penduduk. Oleh sebab itu kos kawalan penyakit berjangkit akan bertambah